Hujung-hujung tahun camni, biasalah kalau langit bad mood.Nak menongak pandang langit pon tak berani dibuatnya. Macam ada mata yg garang dok perhati dari atas. Bila dah cukup marah, dia pon main tuang-tuang air selebat-lebatnya. Kalut jugaklah semua orang bila mula je encik langit berteriak. Aku dah semestinya buat larian pecut naik ke bilik. Nak selamatkan boipren tak sudah aku lah. Boipren aku bernama Encik Sync (pc aku) mana reti protect diri sendiri. Kalut aku takut dia kena sambar ngan petir. Cam insiden bulan lepas. Abis router aku ngan phone bilik aku kena petir. Aku cam insan tak berupaya, boleh pandang je ngan sayu.....
Bangun tido. Mengeliat beberapa minit. Dan turun bergolek dari katil. Mandi dan perkara2 berkaitan dgn mandi. Kemas katil (seblom bunda buat spot check) Makan pagi (kalau bgn pagi la...) <----- jarang berpeluang Borak-borak dgn manusia yg ingin berborak Pasang plug untuk bangunkan Encik Sync dari tidur yg tidak panjang. Online sakan. Turun bawah, naik balik. Masuk bilik, kuar bilik. Kacau MakYang, kacau Bunda, Kacau semua bebudak. Bercakap-cakap macam esok aku akan bisu. Dengar macam2 lagu tanpa henti macam esok aku akan pekak. Makan byk2 macam esok tekak aku dah tak ada. Main-main Membaca buku-buku bukan ilmiah. Potong kuku. Tgk tv. Kalau boleh nak mengadap muka tv sampai tv tu menjerit taknak tgk muka aku.
Tengok! Banyakkan yg aku lakukan sebenarnya. Menjadikan aku sgt sebok. Dan aku memerlukan cuti 2 tahun untuk puas dan mendapat rehat yg mencukupi. Susahlah bila banyak keje harus dilakukan. Sketch book aku? Huuuulala.... apa sudah jadi??? Dari istilah positif, sketch book aku tu bolehla dikatakan BELUM PENUH. Dari istilah negatif, sketch book aku sebenarnya MASIH KOSONG.Apalah perasaan lecturer aku kalau dia tau student dia yg juga bergelar cik emosi ni dok penyegan kat umah? Satu hapa pon dak sketch lagik. Nak jadi arkitek apa nih?? Arkitek buat rumah burung? Buah reban ayam? Hishhh... ! Aku kena tunjukkan elemen-elemen arkitek dlm diri aku. Buku sketch 10 hinggit tu pon HUTANG blom bayar kat Encik Mazlan. Haaa... bukan aku sorang hutang! Satu kelas pakat hutang kan? Elelelele.... Pasai sketch book lagi. Matilah aku kalau naik sem nanti lec minta buku coklat kayu tu. Buku tu lawa... warna coklat. Macam cokelat celop. Siap ada kertas transparent yg diibaratkan macam kertas aluminium yg membalut bar coklat cadbury. AHAHAH.... ! Aku start dok kalut pasal sketch book ni bila Farah ngan Adian mula hingaq sembang pasal ni.
Adian bukan main lagi. Blom masuk sem 2, sebijik model sudah bangun. Terharu kuar air mata tujuh tempayan aku dibuatnya.... Ha... tengok ni habaq hang! Mana aku tak bangga budak Adian ni kawan aku. Rajin bukan main lagi. 10 hours je siap sebijik model. Pasai pa la buat projek shelter aritu sampai hampir nazak kita semua eyh??? AHAHAHA....
Tengokkan model ni, tangan aku gatal-gatal je rasa nak buat model. Nak potong-potong board, nak main ngan cutter, main ngan sugar paper, butter paper dan segala macam jenis kertas yg kedengaran enak kalau dimakan. Rindu jugak pada abang opis, kakak2 opis.... (Uikksss....) Rindu nak kena leter ngan lecturer, kena kutuk, lepas tu sesi patah hati dan sesi robek hatiku. Sesi patah hati dan sesi robek hatiku akan berlangsung setiap kali design2 awal kami dok tunjuk kat lecturer. Kalau ada yg tak patah hati, aku tak tau la nak kata apa. Cekal betol. Kalau ada yang tak robek hatinya, memang tabah jiwanya! Mana taknyer, paling kurang pon dapat sebijik 'Bulls**t' dari lecturer. Tak patah ke hati? Tak robek ke hati? Tak remok redam ke hati? Rasa cam mau mati....! Itu time adegan air mata pon bermula. Emosi sumer mula tak betol. Mulalah terasa cam nak buat taubat nasuha dari amek architecture. Tapi honestly, aku tak penah rasa menyesal. sbb walopon patah hati, walopon robek hatiku, walopon design separuh mati yg kita lakukan hanya mendapat ganjaran 'Bulls**t', tapi architecture tetap da bomb! Sbb kami bebas bershopping bukan saja pada ujung mnggu, tapi pada setiap hari. Kami juga bebas keluar masuk kelas tanpa memikirkan macam mana nak lari dari dewan kuliah. Macam mana nak lalu gi toilet depan puluhan atau ratusan manusia lain. Kami boleh jugak keluar makan seberapa byk kali yg kami mahu walopon tgh waktu kelas. Membawa masuk vcd, dvd atau apa2 jenis hiburan adalah dibolehkan. Membuat cinema gelap walopon hanya bermodalkan vcd pirate jugak dibolehkan. Tak ke ini nikmat namanya? Saya chenta seni bina!!!!!!
Walopon aku rindu pada studio, rindu pd kehidupan sbg arkitek, aku tetap mau cuti lagik! Aku nak cuti lagi 2 tahon!!!!!!!!!
17 Congteng-conteng:
skecth book terkosong?/mesti contest paling ramai pemenangnyer..
aku setuju ngan ko!!cos architecture mmg "cantikmneariktertarikkommgdabomb"!!!!
walopon penat & sering merobek hati dan perasaan serta seringkalai dirundung kekecewaan(rundung??/is there such word??), namun cinta terhadap senibena tuh ttp utuh disanubari!!! ewaaah!!!
huh~! ble masa aku ngan adian hingaq psl sketch book nye? adian je tu yg hingaq tuh...muahaha!~adian kan mmg hingaq!! :P
alaaa...ko sketch le mende pon...hatta semut yg lalu dpn mata ko ketika menules blog skalipon...aku main conteng je buku cokelat tuh...
sampaikan akak ku konpius..."sketch book ke...scratch book neh???" ngeh ngeh!!
cuti aku, aku tetap kat UKM...
kalu kak wan, cinta pada kasut, beg tangan, western food lebih dari semuanya.. :p
langit mendung nampak mcm langit tgh sedih.Tp tabaik kata langit sedih, sbb hujankan rahmat.
HIDUP ARCH
HIDUP UKM!
Cuti! Cuti! Cuti!!!!
hidung abg cinta 3 segi!!
hahahaa!!
Post a Comment