Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, December 11, 2005

Cerita Pagi Ahad



Morning!
Kamu tau tak aku jarang punya peluang untuk mengeluarkan ucapan keramat ini.
Sbb aku jarang temui waktu yg sesuai untuk mengucapkannya.
Sbb aku kebiasaannya belum 'hidup' pada waktu ucapan ini layak diucapkan.
Tapi harini, aku bangkit awal!!!! (aku dah cakap, aku mampu!)

Riak kan aku?

Memang setiap kali aku berjaya bangun pagi,
aku riak....

Aku tak tau lah apa perasaan aku sekarang. Aku rasa, aku je yang perasan konon2 seluruh ahli keluarga tgh marah kat aku. Padahal aku ni yang jadi Cik Emosi. Abah banyak kali panggil aku semalam. Dah tentulah aku jawap. Tak pernah hayat aku tak menjawap kalau parents aku panggil. Abah ajak makan sukun goreng lah (since aku su....ka sgt sukun goreng), abah ajak makan goreng pisanglah (aku su...ka sgt goreng pisang), abah ajak tgk tv dengan dia lah... Tapikan, kepala aku ni memang dah zahir batinnya degil. Semua ajakkan tu aku kata 'tak nak'.



Aku teringat kisah makan roti nan di waktu pagi masa kat Mekah. Abah pegi ngan kengkawan dia.Aku plak tak pon bercadang nak join sekaki, sbb aku lagi suka bayar 10 Riyal utk ayam golek Turki. Aku pon jalan-jalan lepas berjaya menyalurkan 10 Riyal kat Pak Arab yg kejenyer menjual ayam sambil tersengih-sengih. Senangkan keje? Tunggu ayam yg tergolek-golek tu masak, sambil menunggu sengih-sengih. Gerenti ada yg tergoda! AHAHA...



Tgh2 jalan, terserempak ngan abah.Abah pon panggil join makan roti nan tu. Aku kata tak nak. Abah suruh jugak. Aku tak nak. Abah suruh jugak lagi. Akhirnya, aku pon masuklah kat kedai tu. Mak aih! Punyalah keras roti tu.Tak faham aku camner pakcik-pakcik (termasuklah ayahanda aku), boleh telan roti keras tu.


"keras la abah. Baling dinding ni, dinding pon pecah!," aku komplen-komplen, pastu aku tolak tepi.
abah sengih. Orang lain gelak.
"Keras lagi kepala kau," tiba-tiba abah kata camtu.
Semua orang gelak lagi kuat.
Aku tak ada perasaan.


Aku tau kenapa abah kata keras kepala aku lagi hebat dari roti nan yang boleh pecahkan dinding. Sbb aku ada tak puas ati ngan beberapa orang malam tu. Disebabkan tak puas ati tu, aku bangun subuh sepagi-paginya. Senyap2 aku mandi, aku sarung jubah hitam, tarik beg telekung dan turun ke Masjidil Haram. Waktu tu blom pon Subuh. Tapi nak dekat2 jugak la. Aku sembahyang kat area yg ada aircond.Sbb taknak nanti ahli jemaah group aku terjumpa aku. Dorang suka sembahyang subuh depan Kaabah. Sementara tunggu Subuh, aku baca al-quran.



Tiba2 aku dengar suara-suara yg sgt lah aku kenal.


"manalah budak ni. Kang buatnya ditarik dek Pak Arab, baru dia tau,"
"Entah... degil jugak dia ni,"


Aku rasa nak gelak guling-guling camni :

Tapi aku leh buat bodoh. Aku tak toleh pon. Aku biarkan makcik-makcik ni tercari-cari aku. AHAHAH... mau tak gempar! Slalu, aku liat gila nak bangun. Bila semua dah bangun, baru aku bangun. Ni tiba-tiba aku hilang dulu. Sudahnya, time breakfast aku tgk makcik-makcik ni lambat balik dari masjid.Sbb apa? Sbb pi carik aku. Sedangkan aku dah kenyang makan.


"Hoi, anak bertuah!!!," kesemua dorang dok sergah aku. Aku betol2 takot lak waktu tu. Naik2 atas je, kena marah ngan abah. Disebabkan kes tu, satu hari suntuk aku kena ikut abah je. Tak boleh gi memana sendiri. Dan hari tu jugak, aku terlepas Ayam Golek Turki yang enak.....


Merepek di pagi Ahad. Hmm! Aku jumpa someone kat Myspace. Pompuan... dah makin gorgeous! Fullamak! (uiks.... semacam je bunyi nyer). Bukan! Bukan ! Bukan! Dia tu dulu2, masa kecik, kawan baik aku tuh. Main keliling rumah, dari subuh sampai ke senja. Dia tu jiran aku jugak sebenarnya. Tapi mmg berbulan-bulan (ke dah setahon?) tak jumpa. Dasat eyh kawasan perumahan aku nih. Semua buat hal masing2. So, kat myspace tu kitorang bermesej sakan la. Kelaka betol! Padahal umah dia selang 2 buah umah je dari umah aku. Dari tingkap bilik aku ni pon nampak bumbung umah dia.


Apa kata, mandi, bersiap, dan pergi umah dia je arini! Boleh sembang! AHAHAH... Ishk, tak nak lah. Aku tak suka kuar umah. Aku nak duduk dalam umah, atau istilah lagi tepat, aku nak kurung diri buat hari yg ke-2 dalam bilik nih. Lalalala.... capai towel, mandi!
 

7 Congteng-conteng:

Blogger NaSh conteng...
rindu nak ke mekah lagi.. hurmmm...
8:05 PM  
Anonymous fara-D conteng...
tahniah kerna bejaye bgn pagi!!
wahwah!!! ***tepok tgn kuat2!!!***
8:19 PM  
Anonymous as3 yg gle conteng...
sronok ape dok rumah.. erkerhkher.. walaupon slalu begado adek bradek.. rumah itu ttp tpt paleng best.. tp, bile aku nak ade bilek sndrik eh?? erkerhkerhkerh
9:19 PM  
Blogger Adian conteng...
wah wah still dlm mode rebel ye. muahaha. biar kite kira ramai2, brape hari br nurul ni normal balik ngan familynye.
11:10 PM  
Blogger aiyeza conteng...
congrate!!buat kali ke brapa ang dah bangun pagi..tp ari tuh pon time nak kuar gi jenjln ang bgn pagi gak..kawan2,kalo nak tawu,die akan bangun pagi bile time nak jenjalan..kan2?
ko teringat kat mekah ek??uish2,aku nih belum jejak lagik tp bile time tgk cinta madinah tuh sayu giler..rase nak kuar je air mata nih(td dah nak tumpah dah depan ayah aku bile mak aku nak p sana)..
how ur day today??ok da ke blom??jgn marah2 lagik ok??sabar je banyak2..
11:11 PM  
Blogger noamee conteng...
bestnya nurul dah gi ke mekah...bilalah akak dpt gi sana yer!!
8:29 AM  
Blogger ChikaDior conteng...
insyaallah... bila sampai seru nanti, pasti pergi... Berdoalah smoga dapat Seruan Ilahi =)
3:14 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."