Selamat Hari Lahir Abah yang ke 45!
Sempena 25 Disember 2005, sama jugak sperti 25 disember tahun-tahun yang lalu...
Iaitu semenjak abah rasmi bergelar ayah kepada aku,
Dan aku rasmi lahir utk menjadi anak kpd abah,
Dan juga selepas aku faham apa itu Hari Jadi,
Tak pernah aku sambut 25 disember tanpa apa-apa...
Kalau dunia haru-biru dgn Merry Christmas,
Kamu sekeluarga berbahagia bersama mendoakan kesejahteraan hidup abah di dunia dan di akhirat. Amin~
Istimewa utk lelaki paling beerti dalam hidup kami sekeluarga....
Kalau ada satu soalan yang tak pernah kami soal seumur hidup, soalan itu ialah soalan yang bertanya... kenapa abah menjadi ketua keluarga kami? Sbb kami tak mau punya soalan sebegitu genting. Kami gerun memikirkan... kehidupan kami semua jika bukan berbapakan abah. Terima kasih utk semua kasih sayang yang melimpah ruah... hinggakan kadang kala kami biarkan tertumpah macam tu ajer kasih syg yg abah curahkan. Selamat Hari Lahir.
************************************
Athirah
Semalam seharian aku lesap, kata Adian. Bukan aku magically lesap! Aku lesap kena telan dgn kotaraya Kuala Lumpur. Bertemu Athirah setelah.... beberapa bulan tak bertemu. Satu perkara yang menyeronokkan, tentu! Macam biasa, macam zaman dia menjadi rumet aku dulu, kami suka berbual tentang entah apa-apa. Kebanyakkan tentang sesuatu yang tiada apa. Macam... saling mengaku sudah kurus, saling menuduh antara kami lebih 'berisi', memperkatakan semua sketsa lakonan beberapa manusia ketika kami di KMJ.Sketsa yang sudah tentunya banyak tidak elok dari yang elok. Jugak!!! Athirah sampaikan suatu perkembangan (gosip) tentang seorang kwn kami ni. Alahai... 'kwn kami' ni... masih seorang DIA yang dulu. Yang kalau dia terus-terusan dengan sikap Kepala Hangin itu, dia akan dibenci oleh masyarakat. Aku? Aku jugak ada masanya simpan rasa meluat dgn tingkah laku dia. Dulu la... sekarang? Sekarang aku tak ada masa nak memikirkan dia. Sbb dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Bukan anak aku, maupon kekasih aku. Kekasih? AHAHA... dia pompuan la! cit cit cit.... !
Athirah ni kan, Beylo... dia lagi tak malu dari aku. Aku kalau iyapon mmg camera freak, tapi dia lagi freak. Boleh dikatakan Athirah @ Trex ni memang sorang kwn aku yang paling freak sekali. Freak tak freak, ni lah antara member aku yg paling best. Sbb dia pandai tenangkan orang. Dan jugak sorang penasihat peribadi yang sgt logistik. :p
Beberapa peristiwa perlu diblog, kata Athirah.
Tiba-tiba kami kena tahan ngan sorang aunty ni. Bertanyakan jalan ke masjid india. Katanya dia dari Brunei. Bersama aunty tu ialah husband dia, sorang lelaki yg aku tak pasti apa hubungan dengannya, sorang anak perempuannya yang merupakan 'orang istimewa', dan sorang anak lelaki (baru tamat A level, usia lebih kurang kami, kulit putih, tinggi, sandang beg, dan boleh tahan wajahnya di pasaran tempatan. AHAHA!) sure athirah tak sangka aku menulis tentang ini. :p
Akhirnya kami pon jadilah pemandu pelancong yang tak dapat gaji ujung bulan ni. Terpaksa pulak tadah telinga demi mendengar respon tak puas ati uncle tu tentang KL. Katanya, pemandu di KL ni reckless. Pejalan kaki pulak main pakai lintas (dalam hati aku : ye, warga KL ni adalah kambing2 liar yang tidak takot rosiko mati kena langgar kete!). Lagi apa yer kata dia? Entah, dia cakap berbalik-balik tentang isu yang sama. Tentang KL ni sesak, pemanduan yang tidak selamat, ragam rakyat malaysia yang tidak mementingkan keselamatn dan byk kesalahan jalan raya dilakukan. Macam yang aku katakan pada entry lepas, aku tiada perasaan. Aku membesar dgn semua situasi ini. Aku lali dah! Menjadikan aku punya pandangan aku sendiri tentang KL.
Kalau pemandu tak memandu secara 'aksi-aksi hebat' iatu dengan bijak cilok lorong sana, cilok jalan sini, sampai seminggu pon kemungkinan utk tidak lepas adalah tinggi. Sbb KL mmg sgt sesak.Seakan-akan tiada cara lagi utk mengurangkan sesak. Kecualilah kerajaan melaksanakan kempen 'Buang Kereta'. Di mana warga KL ni tak boleh berkereta lagi. Kasi lengang jalan raya. Kasi tol tak ada orang lalu, maka kekayaan negaraku akan merudum dgn tragisnya. HAHAHAHA... Alah, inikan tahon 2005! Nak masok 2006! Sedangkan pada tahun 70,80-an lagi fenomena ni dah gamat diperkatakan.
Apa nak dikata... sehuduh mana pon wajah KL, dia tetap tempat aku hidup.
Aku tak tau samada cashier salah picit-picit harga, atau aku yang salah faham. Tak mo citer banyak! Aku dapat sehelai baju RM63 ++ dengan harga RM19++. Kagum tak? Aku tak menyangka hal ini dan aku keluar mengheret beg plastik BUM warna merah dgn muka paling sengal. Terpikir-pikir apa yang berlaku sampai aku dapat harga serendah tu. Bila Athirah pulak membayar T-shirt merah yg punya nilai harga dan nilai diskaun yg sama dgn aku punya baju, harga yang dibayarnya ialah RM34++. Apa yang berlaku??? Tapi yang pasti, harga yg dipamerkan kat Athirah adalah betul.Macam mana dgn harga runtuh-runtuhan yg aku dapat tu? Cik cashier salah kira! Ke aku salah faham??? Atau aku yg dah tak reti maths? Atau... apa-apa je lah! Yang pasti aku telah menyelamatkan wang-wang kesayangan dari melompat masuk ke dalam account BUM CITY. Har har har...
Kami kami saket yang amat. Jari kaki aku melecet dahsyat. Ini memungkinkan aku tidak berpeluang berkasut ke klas selasa nanti. Mungkin terpaksa berselekeh pada hari pertama sem 2 dgn selipar-selipi...
Beli belah best. Ada dua je tak best. Satu, time bayar-bayar. Rasa nak je carik seseorang jadi banker tiap kali aku nak bershopping. (kamu jgn anggap ini serius Beylo!). Kedua, time nak mengangkut barang. Lagi2 semalam. Dah la aku beli beg yg agak besar.Kunun2 utk trip ke Pangkor nanti. Sungguh mencemar gaya! Sib baik diselamatkan oleh Athirah.
Kami bergambar tak ingat alam lagi. Macam dunia milik berdua. Masa makan di A&W, Athirah dgn tak malunya panggil chinese yg dok meja seblah tolong amekkan gambar kami. Masa dlm Isetan, akak staff situ disuruhnya juga amekkan gambar kami....
Sampailah ke dalam toilet, kami masih mau mau mau! Mau amek gambar lagi. Dan terjadilah peristiwa di mana kami diperhatikan dek makcik cleaner. Dia tenung aksi kami macam kami ni alien planet Pluto pulak. Camera aku pon di perhatikannya. Terasa, mulutku yang sudah expired insuran ini mau menyatakan.. "mak cik, ini namanya kamera.Kamera ini tidak boleh dimakan atau ditelan.Hanya digunakan utk mengambil gambar," KAHKAHKAH... sebetulnya, aku tak suka orang pandang aku macam aku buat kesalahan dunia akhirat.Sbb aku sendiri tak suka pandang orang. Kalau aku nak pandang pon, aku buat-buat macam tak pandang. Sbb kadang2 pandangan kita buat org lain tak selesa.
"Kak, kak... kali ni bukan nak menjual, cuma nak bercerita ajer. Dengar dulu kak," kata sorang ni dan aku terus jalan laju-laju tapi dgn senyum. Dah la gaya cakap dia bukan sket nyer petah. Baik dia jadi speaker dewan rakyat drp jd salesman. :D "tak pe, tak pe..." kata aku.Athirah dah lagi ke depan.
"Sekejap je kak.Seblom tu, boleh bagi nombor telefon?," fuh, ayat! salesman minta nombor fon tu, Beylo! Aku pon cepat je jawap, "tak boleh," dan terus jalan laju-laju.Dia tetap follow laju-laju jugak. "Okay, tak boleh tak pe," kata salesman yang aku tak pandang pon mukanya camner. Akhirnya aku gelak ngan Athirah. Sambil menyelam, minum air sungguhla salesman2 kat situ.Tapi serius, cara dorang tak menyampahkan. Malah dorang tu jadi cam badut sarkas yg menghiburkan masyarakat yg kuar masuk KLCC. Ngeeehh... =D
Makan banyak-banyak. Lunch makan waffle A&W dgn ais krim strawberry. Minuman utk tekak pulak ialah root beer float. Pon ais krem jugak! Malam kat umah, tengok-tengok ada ais krem dlm peti sejuk. Jadinya, semalam sambil aku menderma dana utk perut aku, aku seksa dia jugak dengan ais krem.Biar dia tau erti sejuk dan berehat! Dan alhamdulillah, sampai ke pagi ni dia belom buat perangai minta disumbat makan. Aku kena jadi kaya demi perut yang satu ini.... alahai!
Athirah best! Akan rindu kamu balik. Betapalah UKM-UTM telah menjarakkan kita. Dulu kita sebilik, 24 jam boleh menatap wajah satu sama lain. Bahagia jugak kan waktu tu? Walopon kita berdua selalu dapat masalah dan krisis kat KMJ, tapi KMJ tu indah untuk dikenang.
note : adian pulang ke Za'ba arini. Ek ekleh.. tak remaja la kau balik awal-awal! Apalah ertinya bumi gersang Za'ba tu.!aku packing pon blom. Macam aku masih punya cuti 2tahon. (mcm yg aku impi-impikan....)
14 Congteng-conteng:
gigi pon dah panda memberontak....saket la plak time2 nak pulang ke bumi ukm tercHenTa!!!
nampak je silap aku si adian neh....POYOY la... *wink!*
mujo la si nurul memahami!!! saaaaayyyyaaang kamu!!
*menjeling adian*
ye la ye la....
panda pon panda la....
*pasrah dan menunduk ke bumi....
Post a Comment