Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, December 23, 2005

Kusut masai semuanya!

Sebuah Kisah Hari Ini

Entah dari mana titik puncanya, aku pon tak tau.Yang aku tau, minat memancing di kalangan golongan lelaki keluarga aku dah menjadi-jadi.Dulu tahap kecil-kecilan, skang tahap menjadi-jadian. Aku? Aku tak berminat! *palingkan muka ke lain* Apa baiknya memancing ikan? Aku rasa, lebih menghiburkan memancing manusia. *riak terkejot* Okay, aku bergurau. Kedua-dua jenis sukan memancing itu aku tidak punya minat. Samada sukan memancing ikan, maupon sukan memancing manusia. Tak kuaser!


Ayahanda kata, mau bawak anak-anaknya ini ke kolam memancing.Alah, yang kena hulur beberapa keping ringgit malaysia seblom boleh melontar tali pancing ke tengah kolam yg tak seberapa tu. Jumlah bayaran bergantung kpd jumlah mata kail. Kami punya 3 pancing. Bermakna kami juga punya 3 mata kail. Sekaligus bermaksud, kami kena bayar utk tiga kepala punya pancing. Hanya utk menangkap ikan-ikan yang tidak berdosa...


Kereta pon lalu depan empangan Hulu Langat. Fuyyooo... banyak lembaga kepala hitam yg duduknya jauh-jauh antara satu sama lain. Kesemua lembaga kepala itam, yg kelihatan bagaikan satu bola itam yg sgt kecik kalau dipandang dr dalam kete tu tengah dudok spt golongan bermeditasi. Sungguh la kata orang, nak jadi kaki pancing kena penyabar orangnya. Kalau nak jadi kaki 'pancing orang?'. AHAHAH....


Disebabkan ghairah menyaksikan gelagat2 lembaga itam yg sedang memancing, sambil monyet2 liar menjadi penonton, kami pon batalkan niat mau buat pelaburan kat kolam berbayar. Pegi join lembaga2 kepala itam ni pon bagos. Tak payah bayar. Berapa ratus mata kail nak bawak pon boleh. Maka, tersenyum kambeng kami semua sambil mata memandang AMARAN papan tanda seblom ayahanda menurunkan kete ke bawah.


DILARANG MEMANCING, MANDI, BERSAMPAN....
(aku blom sempat hafal tapi lebih kurang camtu la amarannya)


Memang la sah sah tak boleh memancing kat situ. Sbb itu kan empangan. Tapi dgn status rakyat malaysia yg lembaga2 itu ada, termasuklah kami juga punya status sbg rakyat malaysia, amaran macam tu kami buta-buta kan ajer. AHAHAHA.... *rakyat yg degil* Dilarang mandi? Tentu! Itu bukan tempat berkelah. Itu empangan! Dilarang bersampan, kayak dan ber-boat? Tentu! Itu kan empangan! Tapi ada je tadi 2 orang lelaki cina dgn sorang budak kecik dgn gagahnya menghangkut boat turun ke air. Aku dan family pulak jadi penonton bersama-sama monyet liar yg sgt byk kat situ.



Kelakar kan memancing kat empangan? Nngeee *gelak orang tak mengaku salah*. Tapi kami bukan memancing besar-besaran.Cuma pancingan kanak-kanak yg tak mengerti apa-apa. Kami cuma nak cari keseronokkan dgn menganiaya ikan-ikan. AHAHA... Tapi malangnya, pada Hari Jumaat yg mulia ini, tiada seekor ikan pon yang teraniaya. Semua ikan educated agaknya kat situ. Tapi kata sorang India ni, dia slalu dapat ikan kat situ. Siap kasi tips kat kami. Kalau nak dapatkan ikan Baung, guna umpan keli. Ada beberapa tips padanan umpan dgn ikan yg nak dipancing yg dia bagi.Tapi since aku bukan ahli perikanan, aku pon dah lupa apa dia kata. Tapi aku rasakan, adek2 aku main pakai pancing je. Depa tak de masa nyer nak demand ikan apa yg depa nak. Asal namanya ikan, bergegarlah alam fana ni bila sekali ikan tersangkut kat mata kail.


Boleh relate dgn kehidupan manusia sebenarnya kisah pancing dan umpan ni. Seperti... kalau lelaki mau pancing perempuan, umpannya di 'megamall'. Kalau perempuan mau pancing lelaki, umpannya 'berasap-berasapkan dapur'. Kalau lelaki nak pancing lelaki? Atau pompuan mau pancing pompuan? Wallahualam... aku belom pernah terlibat dalam keje-keje memancing sesama sendiri. Sbb apa seronoknya mau pancing keli, umpannya juga keli? Mestilah tak sonok kan? Miahahaha... Tapi jgn buat spekulasi tak baik. Isu megamall dan dapo berasap tu sekadar menunjukkan fenomena yg biasa berlaku. Aku cuma nak jadi lebih realistik walopon kedengaran terlampau. :p


*****************************

Barang keperluan nak pulang ke kampus Isnin ni dah beli tadi. Membuatkan aku semakin runsing. Aku mau cuti lagi. Banyak yang aku nak lakukan tapi tak sempat. Macam...

  • Tamatkan bacaan semua novel yg aku ada.Termasuklah komik2. (cuma baca satu novel je selama 2 bulan. Aku bukan membaca, aku mengeja!)
  • Cat bilik warna ijau belang-belang.
  • Tukar carpet dlm bilik ni. Kaki aku yg terpaksa pijak carpet yg sama dah mula kasi warning.. "Tukar carpet! Aku pitam cium bau carpet yg sama. Bau yg makin hari makin tak menyelerakan!"
  • Send semua gambar2 percutian dekat sedara mara dan sepupu-sepupu yg nak gambar tu
  • Editkan cik men gambar family dia.
  • Beli printer baru
  • Gi salon, wat hair treatment
  • Kuarkan baju-baju yg tak pakai lagi, yg tak muat dan tak diperlukan lagi dari almari yg sgt terseksa.
  • Beli router baru
  • Dapatkan cheesecake
  • Nonton kesemua vcd indon yg as3 kasi... (astri, nampaknya lambat sket vcd kamu akan pulang ke pangkuan kamu. Maafkan kami)



Aku runsing lah!
Runsing runsing runsing!
Runsing yang aku rasa macam nak sebut 3 ratos kali.
Fikiran aku ni macam kepala gatal yang digaru-garu...
ala-ala orang yang buntu berfikir...
mengakibatkan fikiran aku kusut masai...
Macam rambot aku bila bangun pagi... kalau aku tido bersama-sama masalah dunia...
Aku sgt pening dan saket kepala...
Memikirkan 2 hari yg tinggal..
apalah nilainya 2 hari kalau dibandingkan dgn 2 bulan.
2 bulan pon tak cukup utk memuaskan nafsu cuti aku,
Inikan pulak 2 hari yg bernama sisa ni.
Aku tak ada perasaan...
Aku rasa macam layang-layang terputus tali yang tak mau jatoh turun...
Aku terus melayang terhoyong-hayang...
tanpa mempedulikan samada aku akan terhantuk,
Tersungkur,
terjatoh,
tergolek dog,
maupon ter'mati...
Entah!
Aku sgt bingung menghadapi cuti yg hampir habis.


Kamu jgn risau Beylo.
Aku biasa menjadi sebiol ini... iaitu pada setiap kali aku mau berambus tinggalkan rumah.
Apa masalah aku sebenarnya?
Bangi dgn Cheras tu sama jarak dengan KL-Turki ker?
Hinggakan aku takkan kembali bertahon-tahon lamanya?
Sudah, Nurul!
Isnin ni kau melara jiwa ke kampus...
Khamis atau Jumaat, kau pulang lagi berpesta di rumah...
Dan proses ni akan berlarutan setiap minggu sampailah aku grade.
AAHAHA... aku chentakan rumahku.
Sbb...
Di rumah aku punya wajah2 yg aku sayang....


Sebenarnya, aku memang ada sindrom ni sejak lama dulu.
Aku mmg ada masalah utk memulakan sesuatu.
Setiap kali cuti tamat, aku akan diserang pelbagai kesaketan mental.
Sbb aku sgt tak suka nak memulakan sesuatu.
Samalah fenomenanya dgn kepayahan aku nk mula ke klas selasa ni.
Aku tak tau macam mana nak mula kembali ke studio...
Selepas 2 bulan bergoyang kaki kiri dan kanan di rumah...
Aku punya masalah utk memulakan!
Mula mula mula...
Aku fobia utk memulakan sesuatu...
Macam mana kalau aku lakukan sesuatu tanpa permulaan????


Ramai tak tau.Aku memang ada sindrom ni dah lama. Aku selalu dapat gangguan mental yg mendalam bila setiap kali aku nak memulakan sesuatu. Tak susah melakukan, tapi utk mendapatkan permulaan tu, separuh mati bagi aku. Macam kalau kita nak mula buat revision. Buat revision tu bukan lah azab mana. Mungkin seronok abes masa dapat buat revision. Tapi utk memulakan revision tu, aku selalu mati punca. Aku selalu saket mental. Huwaaaa! Betul ke ni gangguan mental? atau ni cuma alasan aku utk terus cuti selama 2 tahun lagi. HAHAHA... aku rasa KUSUT dan MASAI!

 

11 Congteng-conteng:

Blogger Adian conteng...
wahaha. sindrom memulakan sesuatu? hoho macam2 sindrom pernah kudengar. ini yg terbaru mungkin. hehe. aku plak sindrom nak menghabiskan sesuatu. nk start tu excited bukan main. muahaha.

3 HARI LAGI!!! c ya at za'ba!
2:46 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
isk... mmg dah parah sindrom nak cuti lelama menular dlm diri ko neh nurul...
isk...sampaikan aku pon terasa tempias nye....
mule rase tak sabo nak stat masok studio balik....
tapi sejak dua menjak ni...aku jadik muak lak....
hadoihhhh.........................
2:59 AM  
Blogger Nashrex conteng...
Ko da kronik nih... smua citer indon~!
6:54 AM  
Blogger Fakyew conteng...
Aku ingat misai dan janggut aku aja yang kusut masai.

Sekarang ini mana ada "Kalau perempuan mau pancing lelaki, umpannya 'berasap-berasapkan dapur" itu kuno.

:p
12:32 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
wahahah...sesi mancing dengan pelbagai edisi..sindrom ko SAMA dengan aku(well, u know me rite??)eh incik timyohannon, berasap-asapkan dapor tuh mmg ideologi kuno tapi sangat diperlukan lar..
3:46 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
jangan diulangkan frasa 'sakit mental' itu kerana kalau ikut mulut padah pula yang nnt anda dpt, sedangkan ini cuma sedikit masalah saikologi yang akan setel jika anda rajin utk berfikir tentang disiplin.

apa perasaan anda jika anda di dalam kasut saya? : sudah 2 bulan x balik kg walaupun cuti sebulan sbb konon nak stadi tesis, ++ berharap nak balik masa raya aji tapi br tahu raya aji cuti cume sehari.. dan kg saya<->shah alam bukan sedekat cheras<->bangi.

*pancing perempuan berumpankan megamall? itu bukan realistik, itu materialistik.
4:10 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ADIAN ... apalah ertinya za'ba..... yg gersang itu =(

FARA ... aku fobia dgn penangan tak tdo berhari-hari yg kita lalui final project aritu... ko tak rasa ke?

Nash ... tggu jejaka indon yg ganteng melamar... :p

Timyohannon ... bukan kami yg kuno. Lelaki kuno yg simpan ideologi macam tu lagi. Sy cuma katakan yg biasa berlaku...

Aiza ... aku suka ukm. Tp aku susah nk mulakan balik semua kegiatan hyper-hebat kat ukm tu.

Aash ... kesian kamu... kamu blaja kat mana sebnarnya?
8:33 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
saya ingat sy dah beritahu tempohari - uitm.
9:50 PM  
Blogger Fakyew conteng...
This comment has been removed by a blog administrator.
9:53 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
huhu!! mmg maseh trase la penangan tak tdo berhari2 tuh!!
haihhh...penat seh!!
12:27 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
tu yang aku cukop fobia nak pulang ke kampush nih. Sbb tiap2 ari bangun lambat.... tiba2 tak leh tdo berhari-hari nanti.. terkejutla sistem badan aku...
12:32 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."