Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, January 15, 2006

The Adventure Of Lumut


Aku sudah pulang, Beylo!

Akhirnya! Kejutan-kejutan yg dua org lecturer terchenta tu asyik perkatakan seblom Trip ke Lumut dah terbongkar dgn menyayat hati sekali.Tapi tu pada mulanya lah. Sbb bila dah experienced, rasa syok pulak. Kami asyik tertanya-tanya je ttg penginapan kami kat Lumut.


5 jam perjalanan dari UKM, kami sampai Lumut. Turun je dari bas UKM, kami pon bertempiaran macam guli-guli comel yang jatuh dari kantung. Huh! Bayangkan..... ihihihi.... Berkumpul depan Waterfront Promenade, sebuah bangunan yg nampak sexy sekali lentuk liuk bumbungnya. Kat situ lecturer kasi briefing. Oh my god. com.my! Belom pon tenang tulang belakang yg saket akibat 5 jam sengsara dlm bas, kami dah kena mulakan projek. Kena menjelajah sekitar Lumut ikut group dan dapatkan segala macam info utk dibentangkan mlm nanti. Group aku kena study Township development and Waterfront development.Wallauweih! Dah la mood kami lebih terarah untuk menjadi supermodel dan berposing-mania. Maka mood utk berprojek pon dtg secara dipaksa-paksa.


Ingat lagi Soup Opera aku last entry? Ala... yg pasal Drama Murahan tu? Hmm... Drama tu dah abes dah. Happy ending. Sekarang filmstar (macam aku) dah boleh tdo nyenyak-nyenyak, watak utama (member sorang tu) dah boleh kembali normal dan penonton-penonton drama murahan kami dah boleh angkat kaki sbb drama betol2 dah tamat. Aku harap dah tamat dan tak ada siri-siri daram murahan yg lain. Sudahlah tu! Aku dah letih nak jadik filmstar yg tak dpt bayaran. Aku nak jadi arkitek yg profesional. Bukan nak jadi pelakon drama! Sudah! Jgn bergadoh lagi, Chika!


Thanks to Lumut sbb mengelokkan balik hubungan kami semua. Aku tak suka bergadoh sebenarnya. Lagi-lagi bergadohkan benda yg tak ada punca. Kalau ada punca, tak apa jugak. Ni percuma-percuma je nak bergadoh. Gadoh, gadoh, gadoh! Aku fed up la. Hidup aku ni byk sgt agenda pergaduhan. Ah, ngomong sama tangan!


"Nanti kat sana, challet best tak?," tanya aku yg sgt ngeri klu kena dok khemah lagik.
"Hmm... cantekkk...," jawap lecturer.
Kami konpius. Sbb dlm seribu patah kata2 lecturer kami yg dua org tu, 10 patah pon lom tentu boleh diadaptasikan secara terus.Sbb simbolik dia tahap melampau. Kdg2 kami pon takmo percaya sepenuhnya cakap mereka tu.
"Toilet dia grand tak cam dulu?," tanya kami lagi. Tingat pulak toilet chalet time kami kat PD sem lepas. Toilet dia mmg class! Rasa macam nak makan, tdo dan segala macam aktiviti nak buat dlm toilet.
"Hmm... dia.... semuanya terbalik antara apa yg kamu dpt time kat PD dgn Lumut ni nanti"
Dan kata2 tu yg kami ingat sampailah kami tiba di Lumut.


Phewww....! Bas lalu menuju ke Swiss Garden. Tau dah! Mmg Bulan Purnama la malam tu kalau lecturer nak bagi kitorang menginap kat Swiss Garden. Tapi entah pesal, kami sgt berharap jugak yg kete Encik Mazlan akan masuk ke perkarangan Swiss Garden. Tapi.... kete tu membelok ke dlm semak-samun dan bas kami pon ikut sama. Hancur hati aku Beylo! Terbayang aku betapa daifnya nanti chalet kami.


Dan.... Memang pon! Tapi best jugak duduk chalet daif camtu. Betol2 depan laut. Membuatkan wajah-wajah kami ni asyik kena cium free-free ja ngan bayu laut yg sgt sopan langkahnya. Nampak je sopan santun encik-encik bayu laut tu, tapi dlm lembut-lembut dia bakar kulit aku. Terasa diri aku macam seorang Alicia Keys jadian pulak skang ni. AHAHAH...


Sebuah pondok buruk yg kalau dinaiki oleh lembaga-lembaga hyperbola cam kami ni, pondok tu boleh tunjukkan ciri2 mau runtuh! Tapi aku terasa suka pulak dgn pondok (chalet) buruk tu.Walopon hanya dibekalkan tilam belang2 hijau yg sgt huduh, dengan atap zink yg berlubang sana-sini, pintu yg tak boleh dikunci dan pulak tu berlubang besar, hingga 3 pasang mata juruskodeng pon boleh muat intai kami, aku dan Sarah tetap tdo dengan lenanya. Sampai bila hujan lebat pon kami tak terasa yg kami ni boleh mati lemas sbb air hujan boleh masuk dgn selamba melalui atap bocor tu. Tapi seriuslah! Sgt best pondok buruk tu. Seploh kali lagi hebat dari duduk khemah yg dikelilingi monyet-monyet gatal nak kena ketok.




(tugasan pertama yg agak mencabar jiwa dan raga)


Lecturer duduk Swiss Garden. Kontra kan taraf student dgn lecturer? HAHA... tapi lecturer kami sgt baik hati. Sbb sapa nak ikut balik tdo kat SG pon dia bagi. Kalau dia tak bagi pon, kami tetap pergi dgn sendirinya! Oh, ha! Lai, lai, lai! Dgr ni satu cerita budak jahat!


Sepetang Menjadi Kaya dan Raya.

Hari kedua kat Segari (Kami buat keje kat Lumut, tapi menginap kat Segari), lecturer benarkan sesapa yg nak ke Pngkor, leh naik boat ke Pangkor. Jadinya, balik awal sket la dari Lumut. Pas Zohor, terus kami bersidai tepi pantai (depan chalet) tuk tggu boat nk ke Pangkor. Aku mulanya bukan main hyper lagi nak ke Pangkor. Tak sabar-sabar lagi nak ke sana, aku kejut A'ai bangun tdo dan lekas2 solat jamak Zohor ngan Asar.Kununnya nanti tak sempat nak buat Asar sbb nk ke Pangkor.


Boat sampai dan naiklah bergilir-gilir sbb ada 2 boat je. Kami tak naik dari Jetty. Tapi naik dari Teluk Kopiah. Masyaallah! Tiba2 hati aku rasa tak sedap. Aku dah siap dgn T-Shirt merah, topi, beg, dan berkasut. Serius punya semangat nak ke Pangkor. Bila je tgk boat nelayan yg kecik tu, aku rasa phobia tahap dewa-dewi. Terus terdetik kat hati aku yg aku taknak pegi. Lagi2 bila Encik Azimin dgn A'ai dok berbual pasal warga Taiwan yg mati kena pusar kat tepi pantai Pangkor tu. Pulak tu Encik Azimin pulak dok kuarkan warning kat kitorang... "Hati-hati kalau kamu buat creature scanning kat tepi pantai kat pangkor sana. Sbb kat situ byk batu karang. Bahaya. " Confirm! Aku terus teriak.

"Aku taknak pegilah!"

Kenyataan aku tu ternyata menggemparkan dunia. Semua serbu aku dan pujuk rayu dgn madah2 puaka yg sket sebanyak menggoda iman aku jugak.

"Apa ni Nurul... tak nak pegi. Tadi bukan main semangat lagi. Tak best ar ko camni," Ainul ngan Farah mula nk racun-racun pikiran aku. Sib baik hati aku kuat. Aku kata aku fobia tiba-tiba.Mmg pon, Aku rasa tak sedap hati sebenarnya. Entah kenapa bila aku tgk betol2 laut tu, then diberitahu pulak boat makan masa 20 minit utk sampai sana, aku rasa macam ada yg tak kena. Berpuloh kali aku tanya lecturer aku. Ombak tenang ke? Ombak tak kuat ker? Macam2 aku bayangkan dlm pikiran. Jarang aku punya rasa macam ni.


"Tak apa.Kalau kau phobia, ko peluk kitorang kuat-kuat. Kitorang sumer pelok ko. Kitorang pegang ko sampailah kat pangkor sana," A'ai sgt tak puas ati sbb aku tammo pegi.

"Dah... kalau taknak pegi, lepas ni ikut saya balik Swiss Garden. Ptg ikut Encik Azimin memancing kat bawah," Encik Mazalan macam fhm je gelora, taufan, tsunami dan tsumawi dlm hati aku time tu. Tapi aku pikir2 balik. Tak ke nanti amatlah membosankan bila tinggal sorang2?. Takkan aku nak ngekor je lecturer aku? Tak syok ar!

"Encik Mazlan ngan En Azimin takmo pegi ker?," tanya aku. Aku rasa cam konfiden sket kalau depa ikut naik boat.

"Sy mabuk laut," jawap en mazlan. Hek eleh... iyorla tuh!

Dan.... tadaaa!!! Setelah lebih separuh dari kami dah selamat sampai ke Pangkor, separuh lagi tak dpt pegi sbb boat tu lembap sgt. Bila dah petang, lecturer tak kasi pegi Pangkor lagi sbb ada benda lain nak buat. AHAHA....! Jadinya, member2 baik aku termasuk Farah ngan Ainul tak dpt gi Pangkor. Aku kesian ngan dorang sbb dorang sgt2 nak naik boat tu. Betapalah dorang keciwa, aku faham. Tapi sorry to say.Aku syukur sgt waktu tu sbb hati aku sgt tak sedap rasanya. Aku nak je bagitau dorang jgn pegi. Tapi takut pulak dorang pikir lain. Takut dorang kata... aku taknak pegi, then nk pengaruh org pulak.


Mlm tu aku dapat tau, yg nak pegi fishing cuma 6 org je boleh. Sbb boat lagi satu tu dah bocor. Berdetap hati aku. Boat bocor? Tu ke agaknya yg aku bimbangkan sejak petang? Entahla... tapi aku btol2 bersyukur sbb kwn2 aku tak pegi seberang naik boat. Ishk, apa benda la aku ni rasa yg bukan-bukan je time tu kan? Ah, ngomong sama tangan!


"Encik mazlan.... nak shopping! jom la gi Lumut!," tiba2 dalam pada kesyukuran aku sbb waktu ke Pangkor dah tamat, aku terasa memberontak tak dpt shopping. Tgh hari tu sebok keje ukur-mengukur bangunan kat Lumut. Sampai semua org tgk kat kami. Macam apa je dok main ukur-ukur dgn tak malunya.Shopping pon tak sempat. Tak rock ar tak salurkan ringgit malaysia aku kat peniaga Lumut tu! =D ngeeh

"Shopping? Hmmmm... kete sy mana muat bawak ramai-ramai ni.Esok je la.Seblom balik UKM, suruh driver bus singgah Lumut kejap.Shopping la kamu esok..," kata En Mazlan yg sporting.

Tiba2 Encik Mazlan kasik kunci KIA dia kat Syikin. Apalagik, ptg tu sementara bebudak yg gi Pangkor balik, kami pon berjola-joli ngan kete en mazlan. Terasa macam anak-anak orang kaya pulak.


Encik Mazlan pesan, guna kete dia utk gi beli makan kat kedai dekat ngan Swiss Garden. Tak jauh pon. Seblah je dari chalet kami. Tapi.....! Biasalah. Jiwa remaja yg tak berapa stabil. Kami pon dok berjalan sakan entah sampai ke mana tah. Alasan, carik umpun-umpun utk keje2 memancing mlm ni. Punyalah jauh berjalan. Dahla kami ni tak biasa ngan Lumut tu. Sib baik ada Maz. Dia dok tunjuk jalan, kami dok iyakan je.

Sampai kat satu kedai ni (yg sgt jauh jugak dari chalet kami), kami pon stop sat beli umpun2. Last2 kena 'follow' ngan satu group bebudak lelaki ni.Depa naik Kancil. Hek eleh... nak main ayat-ayat. Aku tau apsal bebudak lelaki ni teruja smcm ja. Satu sbb kami sumer pompuan. Kira cam magnet kutub Utara bertemu magbet kutub Selatan ar. Kedua sbb dorang hingat kami ni anak orang kaya. Ye ar! Dok berlagak ngan kete Encik Mazlan. Pulak tu, turun dari kete, saja-saja tayang muka kaya.


"Nak gi mancing ker? Jom la follow kitorang. Kitorang nk gi mancing gak," tiba2 kete kancil dorang ni block depan kete kami (Beylo : kete ko???Bukan kete lecturer ko?). Nak je aku jawap... *kami nak mancing ikan. Kamu nk mancing orang. Objektif kita tak sama la, bang!* Tapi aku jawap... "Tak pe la.Kitorang dtg ngan lecturer," tu je jwpn penyelamat aku rasa.


Lepas membeli umpun-umpun RM5 dan dapat segenggam umpun2 free, kami pon balik ke tempat kami. Aksi2 Syikin drive sgt adventure.Terasa risiko dia sama mcm risiko kalau aku naik boat gi Pangkor. Cuma time tu aku lemas atas darat sbb syikin buat pemanduan yg membahayakan.Dah la lesen pon dia tak bawak. Aku risau gak takot tragedi ribu-riban berlaku lagik.


Tiba2 encik mazlan call enpon aku.

"Nurul, kat mana?,"
"Haa... kitorang on da way balik.Belom beli makanan lagi,"
"Huh??! Pegi mana? Kan sy kata beli je kat depan SG tu,"
"Ye la...mmg nk beli kat situ pon.Tp td kitorang carik umpun-umpun"
"Kat mana??"
*nada terkejut*
"haa... jauh jugak"
*sikit cuak*
"Haa... ok. Cepat beli makanan, balik!,"


Fuh, sporting ar en mazlan!


Sampai kat Swiss Garden, kami pon singgah kat satu kedai mkn yg buruk. Mak minah ar kedai nih! Lembab semacam. Order tak sampai2 membuatkan kepala kami masing2 tumbuh tanduk dua. Taring pon kuar. Apalagi! Agenda Perasan Kaya pon bermula!


"Bang, kejap lagi kitorang datang balik. Kitorang kuar kejap eyh," aku bitau abang amek order tu.


Maka, melalui gabungan kepintaran kepala aku, farah, ainul, maz, mek ti dan syikin, kami pon memulakan AGENDA PERASAN KAYA DAN RAYA kami. Start enjin kete, dan masok kat Swiss Garden. Fuh, mak aih! Ko tak tau Beylo betapalah perasan kami semua! Pusing2 sekitar Swiss Garden macam anak-anak orang kaya. Loaded la kunun.

Sesi berangan bersama-sama.

"bayangkan, dlm umur 19 tahun ni kita ada kete KIA, pastu menginap kat Swiss Garden ni," kami pon berangan bersama-sama sambil mulut murai masing2 terus keluarkan satu demi satu ayat-ayat perasan kaya. "Pastu kita stop main golf kat situ," kata kami lagi bila lalu depan pdg golf.


Sampai kat satu tempat, kami stop utk bergambar. Cam biasa lah, man! Ishk, kalaulah encik mazlan tau yg kami dah salahguna kete dia, mau kena pelangkong kejap tu jugak. Ada hati berlagak ngan kete orang. Yg tak tahan tu, kami boleh tayang muka budget kaya bila je ada mata2 yg memandang kami. Poyo abes-abesan. Mmg makin besar, makin tak siuman! AHAHA!Tapi enjoy kan Farah???!





Dah puas jelajah SG, kami kuar dari situ. Siap silap masuk jalan. Apa da! Kaya tak sudah! AHAHA... Ada hati pulak nak naik buggy tempat golf tu. Sempat jugak tanam hajat nak main golf. Kesian tak kat kami?


Lepas rasa puas berlagak ngan kete orang, dan selepas puas berposing atas bukit yg nampak mewah, kami pon turun balik ke kedai mkn utk amek makanan. Mak aih! Lom siap! Tiba2 encik Mazlan call lagik. Dia pon naik risau sbb kami tak balik2. Takut jugak kut kitorang ni larikan kete dia. Ye ar, apa je boleh jadi ngan kami ni. Har har har!


Sampai je chalet, pakat kena soal selidik kami ngan bebudak lain. Sbg menghormati sikap baik encik mazlan yg bagi kami guna kete, kami pon berterus terang ngan dia apa yg kami buat. Termasuklah bercerita ttg sandiwara kami berlagak kaya ngan harta encik mazalan.Ingatkan dia marah... tapi tup-tup... "Laa... apsal tak kata nak naik SG? Kalau tak boleh sy bagi kunci apartment sy.Boleh rehat sana kejap kamu sumer," Umak aih! Terharu aku dibuatnya. Walopon lecturer ni sumer suka laser kat kami, tapi ttp ja sporting.


Smlm ptg, kami pulang ke KL.Aku tak stop kat UKM. Aku stop kat Hentian Serdang dgn Shah dan tggu ma kat sana. Abes satu bas dok gelak-gelakkan aku ngan Shah sbb depa seronok kut tgk kami menghangkut beg cam pelarian. Tadi ym ngan Farah.Dia kata dorang gelak sbb kesian tgk Shah.Brg dia byk, ditambah pulak kena bawak brg aku.Miahaha....


Bykla Beylo kalau ikutkan hati aku. Cuma aku tak mampu nk conteng sumer. Jari aku dah mula tunjuk degil tak mau bergelek lagi. Aku kena berhenti sampai sini.


Kepada blog2 yg aku jarang masok tu, maafin gwe yach! Sgt sebok skang ni. Semuanya berjalan tanpa henti lepas satu, satu. Lepas ni mula ngan projek 2 dan 3 yg semestinya sgt besar berbanding projek lepas. Tak sabar nak tnggu cuti semester.AHAHA....


Beylo yg amat aku kasihani.
Berehatlah sekarang...
Mari tidur bersama-sama...
 

23 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
panjang giler seh...
ohohohohoh... ko nampak sehat jek lepas balek lumut.. aku bajet penat jek la..hehehehe.. okla tuh..

p/s: aku sambong bace esok ehh.. sbb aku rase nilah entry paling panjang sampai saat ni.. hehehe.. teking k.. banzaiii
2:55 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
yeah...aku dah kasik bace abes..seronok bangat kamu!!bestkan lumut??tapi aku tak penah lak jejak kaki ke segari..segari kat ner?before sampai lumut ke lepas lumut?woah, bergaya ye kamu2 sume, dengan spec mata ala mak datin,bergaya dgn spectra hitam pinjam,lepas tuh gi lak membeli-belah,usih,mmg menjadila drama queen kat lumut!!pastu lecturer kamu SANGAT2 SPORTING,best seh dpt lecturer camtuh!!
3:09 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Sya tak habis baca lagi. Panjang, lebih panjang daripada yang terdahulu. Nanti sambung. Tapi, kak Nurul diberi masa bergembira, kan? Maknanya, ada juga 'kewarasan' belajar untuk jai arkitek ni.
3:54 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Keempat! - Panjang bebenor pun karangannyer.. tak larat teman nak membancernyer... Nanti baca lagi, sekarang nie nak tidor dulu. hek hek hek..
4:02 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
Cam biasa lar kengkawan !!! baca secara siri! HAHAHAHA
4:11 AM  
Blogger jed1 conteng...
trip ke lumut yekk...hehehe sebenarnya saya pun tak abis baca :D

enjoy + study mmg besttt
8:33 AM  
Blogger Nashrex conteng...
aku pun x larat... tulis pendek2 dah ar.. wat kesimpulan je.. haha
9:20 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
selamat bergumbira menempuh hari2 yang ceria, kerana esok mungkin kita akan menangis.
9:49 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
huhu...apa class wat entry pendek2 kan nurul kan!!!
ngiahaha!!aku suke gambar riang ria di ketapi tuh!! :))
aku suke gambar sepetang menjadi kaya....
aku suke gambar kite atas boat...
aku SUKE SUME!!! ngiahaha!! best best!!
aku sokong ko tulis entry pjg2!!wakaka!!troskan usaha anda!!
10:02 AM  
Blogger Adian conteng...
haha, aku rase memang entry ni paling panjang ever! sebab utk pertama kalinya aku bole lupe part2 awal setelah abis part2 last tu, wahaha.

soap opera dah tamat! huhu. ditutup dengan episod akhir: RAHMAT LUMUT
akankah ada sambungannya? harapnya tidak. hehe

waa, pondok ko ade tilam ke? pondok aku lantainye xsanggup untuk dipijak! anyway, walaupun pondok n toilet (layakke?) die macam dalam bersamamu tv3 tu, tapi yang penting kite sume ENJOY!!! (eh, dialog ni cam familiar je?)
10:03 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
ape la panjang benor..
11:39 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
muahahah...ape kelas bace entri pendek2..tak gempak la..sememang nyer bestfrenku mmg suke nulis panjang2..keep up the good work cik nurul!!
adian: pondok ngan toilet cam bersamamu??
cik nurul: fuyoo.aku tabik la kat ko sbb ko sanggup dok kat pondok bersamamu,pastu ko buat mcm bende yg ko taknak buat dolu2!sememangnye course architecture telah merubah sahabatku inih!!
12:01 AM  
Blogger mohdismail conteng...
aku setel baca..
2:10 AM  
Blogger mohdismail conteng...
stended la panjang2..life as student ni,kalo nak citer sehari satu page pon x ckup..
2:14 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
hmmm... panjang yang menghiburkan... sian beylo layan si chika yang hyperaktif bombastik pesta loba-loba... hahahaha
2:24 AM  
Blogger zuril conteng...
beli sate ikan tak? hehe. =)
5:05 AM  
Blogger Unknown conteng...
Wahh... seronok jenjalan kat Lumut. Siap posing lagi kat tulang ikan paus tu.

Lain kali datang, bagi tau dulu.... sedara saya ada hotel-apartment kat Marina Curve. Boleh dapat harga member. dan jemput datang rumah saya makan ketam rebus. Ketam tangkap kat Teluk Rubiah. Freshh :)
9:01 AM  
Blogger shafarina conteng...
wah chika.. sronot nye dapat lecturer sporting gila camtu..
9:21 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Mmg makin besar, makin tak siuman!

» ahkahaks..ayat ter bes dlm entry ni..berusahalah..mcm bes je lumut ni..ehehehe nak pegi jugak..tp blom lengkap lagi perasaan teruja nak dipengaruh ke lumut ni.. :Þ
1:35 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
gile bes berektibiti macam tuh.. waaa.. miss gile taim kat skola skola.. huhuhu.. -sob-
1:41 PM  
Blogger Nashrex conteng...
byk tul komen ko.. kagum aku..

sungguh popular blog ko ni...
9:48 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
Enjoyed a lot! carnival cruise lines Edward furlong and paris hilton group cruise wedding tickets 2002 chrysler sebring sedan problems Quit smoking pg 4 Cruise tour aid travel vacation Mercedes benz parts schematic No singls supplement cruises Free ringtones downloaded to pc formula renault dwg Siren+mp3+players free free best free fluoxetine Chairs fairs about lipitor
4:33 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! car seat covers for dogs
2:47 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."