Tahun ini....
Aku tua!!!
HAHAHAHAH....!
*ini gelak seorang gadis bakal tua tapi otak masih kecik*
Sebab tu aku bilang...
Aku tak rasa apa-apa menyambut 2006.
Perasaan aku lebih kepada FOBIA.
Aku tak mau tua.
Sbb semua orang pon tak mau tua.
**********
PERINGATAN : Ini cerita panjang. Sila buat bacaan secara siri.
Mula-mula aku dengan Farah dah dipisahkan. Tapi disebabkan group kami buat design yg lebih kurang sama, so group kami telah dicantumkan. Menjadikan group aku skang ni berada di ranking teratas carta 'WARGA HYPER'.
Semuanya lapan group! Dan dua orang encik kesayangan kami tu pon pergi dari satu design ke design yg lain. Semua model dibelek-belek. Kami pulak masing-masing memujuk rayu hati sendiri yg sure akan patah sebaik saja lecturer bukak mulut.
Dasat tau, Beylo! Setiap bijik kata lecturer-lecturer kami ni, semuanya macam peluru M16. Tepat-tepat tembos ke jantong dan mematikan kami semua. AHAHA... Tapi kami tetap tak mati.Blom ajal mungkin. Kami hanya ketawa terbahak-bahak seperti kematian itu satu hiburan. Yang aku rasa syok untuk dikenang tu ialah sikap kami semua. Bila lecturer kutuk kumpulan lain, punyalah kami jadi tukang gelak. Seronok tak hingat alam fana lagi bila tgk orang patah hati. Bila sampai turn hati sendiri untuk patah, kami tetap gelak. Gelakkan diri sendiri pulak. Yang pasti, Encik-encik pensyarah kami mmg versatile. Boleh jadi lecturer, boleh jadi arkitek, boleh jadi interior designer, boleh jadi pengarah sitcom... boleh jugak jadi Tukang Patahkan Hati Pelajar. Hebatkan pensyarah2 kami yang 2 orang ni.
Semalaman kami tak tido. Studio terang benderang.Kami semua bersetinggan kat fakulti sampai ke 3 pagi demi sebuah design yg hanya berharga 10% drp markah final. Ini ialah short projek atau yang diconteng oleh Encik Azimin dalam sketch book aku sebagai ESQ Project. Kena buat laju-laju. Otak aku pon jadi sewel sbb kena putar ligat-ligat. Maka, pagi tu masing2 bawak design sewel-sewelan.
Aku, Alif, Adian, Palapes dgn Nisa dah pening! Kami tekad! Mau persembahkan design bentuk cubic semata-mata.Tanpa roof yang melentuk-liuk dan punya bentuk yg sexy. Hanya flat roof. Dan... OMG! Lecturer kami mmg suka yang kotak-kotak camtu. Lagi plain, lagi dia suka.
Seperti biasa, aku dapat lagi title EMOSIONAL. "Ni apa nih? Apsal dinding dia macam ni? Emosional!," berdesing telinga aku dengar perkataan emosional. "Uish, lama tak dgr perkataan tu," Tiba2 aku dengar suara ainul cam berpuaka je menyampuk. Dan manusia2 lain pon hinggap kat aku ptg tu sambil buat ulasan antarabangsa. "Yang aku perasankan, kalau design tu ada kena mengena je ngan Nurul, sure dia kata design tu emosional!Ahahaha" dan aku hanya mengiyakan sungguh2. Emosi sgt ke aku?
Antara ganjaran yg kami dapat setelah tak tdo malam dan bertungkus lumus seperti sorang arkitek merangkap kontraktor dan buruh kasar adalah seperti kata-kata berikut.Design kami semua disifatkan sebagai...
dan sebagainya...
PATAH HATI tak???? Patah-patah pon...kami tetap ketawa cam orang gila. Maunya tak ketawa. Selamba ajer encik-encik tu mengata kami. Tapi biasalah. Tu sebahagian dari deraan psikologi. Kutuk-kutuk pon, dia tetap jatoh chenta dgn beberapa persembahan kami.
Encik 1 : Ni, sapa punya idea tutup sket kat belah sini nih?
Alif : Nurul. (suka je sebut nama aku)
Encik 1 : (sengih sinis) nak buat apa belakang ni?
Encik 1 : Dah la tertutup, siap ada kerusi. Senang orang buat projek belakang ni!
Ahli studio : AHAHAHAHAHA... (gelak macam gila. macam design mereka tak kena kutuk je)
Encik 2 : Yang tutup ni, guna apa?
Aku bernama Nurul : Guna kanvas.
Encik 1 : (sengih sinis lagi) mmm... boleh buat wayang kulit. Bila tgh2 hari, waktu orang tak ramai tu, adalah orang duduk belakang ni buat projek. Projek wayang kulit. Guna pulak kanvas... aihhh! ahaha(gelakkan aku!)
Encik 2 : Ni pulak? Kenapa susun kayu macam ni? Ada tinggi rendah pulak. Sapa buat?
Aku bernama Nurul : Alif (laju je aku nk balas dendam)
Alif : Owhhh... itu... berdasarkan kajian kami... (semua gelak sakan bila Alif mula bercakap macam tokoh bahasa)......bla...bla... jugak untuk shading devices.
Encik 2 : Shading devices.... kamu boleh tutup semua. Tgk tak toilet kat luar negeri.Mat Saleh punya toilet, dia ada tutup abis tak? Tak kan? Dia tutup mana? Haa... asalkan yg bahagian situ tu tutup... okla. Kat bahagian kaki dia biarkan nampak. Jadi bila orang tgk dari jauh, nampak kaki. Orang tau dlm tu ada org tgh guna. Kalau kat Msia buat... memang atas bawah orang pasang kamera. Sbb orang malaysia ni....
Ahli Studio : cepat teruja...!
Encik 2 : ... ahaha... sbb orang malaysia ni kreatif sgt.
Encik 1 : Heh! Emosional!
Kesimpulan : Pantang nampak muka aku. Gerenti design tu kena cop emosional automatically. Lain kali aku mau menyorok belakang tong sampah studio yg besar tu waktu group aku present. Supaya design kami tak kena cop emosional. Cop lah apa2 saja selain dari emosional.
Lepas krit session, kumpulan yg 8 dah dikecikkan jadi 4. So, aku pon ditakdirkan kembali ke pangkuan Farah dan Ainul. Completelah persidangan Datin-Datin kami. Cuma Shida terpelanting ke group Mek.
Ptg tu aku ajak Alif dgn Farah balik Kausar cepat sket sbb mak aku nk amek aku balik umah. Adian tammo balik. So, dia tak terlibat dalam sketsa ni. Mmg agaknya Allah sayangkan kamu, Adian. Dan Allah melindungi kamu dari sketsa sensasi ujung tahun itu.
Masa tnggu bas, aku cadangkan supaya kami naik je mana2 bas yg lalu. Tak payah peduli bas tu nak naik Kausar atau tak sbb pusing2 pon nanti bas tetap naik Kausar. Aku yg selalu ilang pertimbangan ni pon kasi idea petang jumaat yg sgt spastik...
"Mesti la naik sbb kang dia pusing kat Dectar"
Maka, kami pon mengucapkan selamat tinggal kat kengkawan yg lain yg mau pulang ke Keris Mas.Sempat aku kata kat farah...kesian budak2 Keris Mas tunggu bas naik Keris Mas dah lama tak sampai-sampai. Kami bertiga pon naiklah dgn tenangnya. Niat mau bersiar-siar sekejap. Setakat pusing Dectar, tak ada hal. Bas UKM yang dah terkena sumpahan pon bergerak terkedek-kedek. Sem lepas semua bas ensem-ensem. Sem ni semua bas tak ensem. Semua huduh. Entah sumpahan apa, aku pon tak tau.
Kami pon bersandar dgn tenang. Terasa sgt damai dlm hati. Dan membiarkan bas bergerak ke depan. Padahal nak pulang ke Kausar, kami kena naik bas yang ke arah lain. Tapi disebabkan tak mau berdiri lama jadi gadis penuggu bas, dan kunun2 mau bersiar-siar SIKIT, kami pon naik bas yg tak sepatutnya. Semuanya gara-gara mau mengelak dr membuat penantian yg tak seberapa.
Lalu je depan Dectar.... eh! Bas tak masuk Dectar!! Tapi dia jalan terus menuju ke Keris Mas. Farah dgn Alif dah mula bersuara. Aku yg yakin tak bertempat ni pulak cuba sedapkan hati dorang.. "Tak... bas ni pusing karang". Kata aku. Tiba2, bila sampai Keris Mas, semua lembaga2 yg ada dlm bas turun. Tinggallah tiga lembaga bernama Nurul, Farah dan Alif.
Alif : Balik Kausar
Abang Bus : Laa.... gi Kausar buat pe naik bus ni?! Tadi tunggu belah mana? Belah KEJUT ke, belah seberang sana?
Aku : Belah Kejut
Abang Bus : Ishkk... *cam tak puas ati* mana boleh nak pegi Kausar tggu belah Kejut.
Hati Aku : Tau la bang! Mmg tau! Tapi arini kami nak makan angin tapi......silap strategi.
Abang Bus : Hmm... bas ni gerak kul 7. Takkan kamu nak tggu sampai kul 7. Baik kamu turun, tunggu bas nombor 3. Nanti kamu turun kat Kejut balik.
Kami Bertiga : Oooo.. haa... ok... (bergerak turun dari bas)
Aku : Mekasih, bang!
Abang bus : Sama-sama...
Huawaaaa! Turun je kami apalagi, terus gelak sakan! Tak ke keje bodoh ni? Pandang ke bangunan besar depan mata. Bangunan kolej kediaman KERIS MAS! Kalau nak tau, Keris Mas dgn Kausar ni mmg bukan kecik2 anak jauhnya. Kira macam Keris Mas jauh ke belah sana, Kausar pulak jauh ke sebelah sini. Sgt tak logik tindakan kami ni. Hanya kerana tak mau tggu bas yg tak seberapa lama, skang kami dah tersangkut kat bumi Keris Mas yg sgt asing bagi kami.
"Tgk! Dorang yg nk balik Keris Mas, yg sepatutnya naik bus tadi tu tak naik. Kita yg lebih2 sampai Keris Mas dulu" aku mula bebel.
Kami gelak cam nak pecah perut. Maunya tak.Masa naik bas, kami punyalah konfiden. Bila member2 yg nak balik Keris Mas bising2 tegur kenapa kami naik bas tu, kami leh jawap yg kami nak siar-siar. Amek kau! Bersiar-siar lah sangat.
Sebenarnya, kalau jalan kaki dari Kausar ke Fakulti Kejuruteraan (Kejut) hanyalah 5-6 minit. Tapi disebabkan strategi kami yg sgt gila ni, masa utk pulang ke Kausar dah menjadi lebih dari satu jam! Abes satu UKM kami pusing sedangkan kami tak perlu lalui apa-apa pon utk pulang ke Kausar dari Fakulti. Aku pon tak tau waktu tu nak bengang atau nak gelak. Semuanya idea otak aku yg sgt bestari ini. Lain kali aku tak mau biarkan otak aku perbodohkan aku lagi!
Tunggu punya tggu... kami duduk kat bustop Keris Mas dgn debaran. Berdoa janganlah kami dipertemukan dgn bebudak studio yg mau pulang ke Keris Mas tadi. Tiba-tiba!
Moto Anuar (atau dipanggil Baby, Babe, Anuar Zain ataupon Puteri) lalu... Phewww! Fuh! Naseb dia belok ke sana. Tak perasanla dia kehadiran kami yg macam alien turun ke bumi. Tak lama tu ada sebijik lagi bas UKM yg tak ensem lalu.
"Aku rasa aku nampak Piyan"
"My god! Dorang lalu sini ker?,"
"Sure la.Sbb ni la tangga yg Shah slalu lalu"
Lom sempat bernafas..... Muncul 2 jasad milik Shah ngan Piyan. Masyaallah. Waktu tu aku berdoa paling khusyuk sekali semoga dorang tak nampak kami bertiga ni yg sesat larat. Tapi doa aku tak termakbul. Sbb dosa aku ejek Anuar sbg Puteri byk sgt kot hari jumaat tu.
Tiba-tiba terdengar terbarai gelak suara Si Shah dari jauh! Sebatu lagi dah dengar. Gila nih! Aku rasa mau tarek Farah menyorok belakang semak waktu tu jugak tapi apakan daya... Kat situ terlalu ramai orang tgh tggu bas. Apa lagi, bantai kena gelak lah ngan Si Shafiz Wonka tu. Dah puas gelakkan kami, dia sms aku pulak dari dlm bilik dia.
Aku hanya reply msg dia bila dah dapat bus utk pulang ke Kausar. Sbb aku tak nak dia tau kami tggu lama. Aku dah sgt malu. Terasa kulit muka aku dah setebal kulit gajah afrika.
Sgt jahat dia! Aku sgt bengang. Dah la pulak terserempak dengan Ah Yang dan Ah Tong. Huwaa.. mereka pon hairan abes sbb wajah kami tak sepatutnya kelihatan di Keris Mas. Disebabkan malu dan takot disoal siasat, kami lari laju2 naik bas.
Huwaaa! Lagi satu malang. Gedebuk! Sudah jatoh ditimpa tangga lagi. Bas yg kami naik dari Keris Mas tak masuk jalan ke Kausar! Dia stop kat Kejut. Bermakna kami kembali semula ke fakulti. Skang kamu pikir! Bodoh tak tindakkan kami? Naik bas untuk pulang ke Kausar, tapi akhirnya kami dibawa pusing satu UKM dan diberhentikan kembali ke fakulti. Sama je macam kami tnggu bas selama berjam-jam. And now kanak-kanak semua! S stands for Stupid! Aku lah punya idea! Aku! Aku! (Beylo, lekas salahkan aku!)
Sekali lagi. Demi mengelak malu, kami turun ikut tangga fakulti.Maknanya kami masuk balik ke dalam pekarangan fakulti utk mengelak drp orang dlm bas tau yg kami sesat. Padahal orang takkan tau pon. Tapi bak kata pepatah. Sapa mkn cili, dia minum air. AHAHAH...!
Maka pada ptg jumaat yg sgt lampi ...
dan kelakar itu...
kami mendaki dlm kepanasan pulang ke Kausar.
Kami sudah tidak bermaya.
Kami panas
Kami letih
Kami mau pengsan.
Tapi kami tetap mempertahankan ketawa kami yg terbahak-bahak.
Apa yg kami dapat?
Kisah ini sgt stupid silly kan? Tapi seronok pulak bila diingat-ingat. HAHAHAH! Ssshhht...! Jgn sesekali biarkan ahli-ahli persatuan underground aku dlm studio tu tau. Yg dah tau tu tolonglah cover line aku ngan farah. Kami malu kerana tindakkan ini sgt tak logik. Sgt tak masuk dek akal. Dan itu idea aku!!!
Fara, ko puas ke bersiar-siar?
Puassss....
Aku tak tau nak gelak atau nak marah.Sbb aku lebih terasa cam nk gelak...
Aku pon sama...
*semua orang! lekas gelakkan kami!!!*
(cerita sensasi... sudah conteng!)
23 Congteng-conteng:
Haha, nasib baik blog Farah dah citer siang tadi, kurang sket sakit perut aku gelak. tapi still gelak cam nk mati, tambah2 bab bile dah sampai ke krismas tu. muahaha. nasib beb xnampak. rase cam nk sms die citer bende ni skrg jugak plak. haha. nasib aku nk tunggu kat luar studio tu, kalu x, penuh la gamba ko, fara, besfren, bus, bustop, dan krismas dlm blog aku. hehehe...
Siyes weh..time aku nampak moto babe, aku dah cuak.Sib baik dia belok seblom sampai bustop.Klu tak... ishk! dah la aku asyik kenakan dia.Malu gila laaa
yg aku tak tahan, siap senyum bangga dlu kat dak2 yg dok tunggu bas dah lama tu b4 naik bas... last2 kena gelak balek ngan depa!!
yah ha!! tp bes kan?!! rugi adian tak ikot kan nurul kan!!
p/s: adiannnnn!! besfren??? gile ek...
anonymous ... tq krn membaca... =)
east ... tu psl da siap kuar warning suh baca secara bersiri. :p
fara ... tu yg aku malu nak mati ni. Time naik bas tu, muka bangga tak hingat ar! poyo poyo poyo!!!! yg lawaknya ko ngan alif on ja idea aku.Siap sokong abes-abesan. Alif tu plak, bley dia ikut jaa... Muka steady cam tak bersalah. WAKAKAKAK
adian .. besfren ko la. Bukan besfren aku. Besfren aku lain...
ko akan dpt title arkitek yg lembab dtg opis nanti... takpun, projek yg diberi x siap sbb ko suka lambat2.. kejap je kena buang keje nanti.. hahaha
happy new yr nurul :)
timyohannon ... tak pening. Tapi rasa ntah apa2
jed1 .. tq.epi new year! best mmg best, tapi bencana alam jugakla nk menyiapkan...
eastmail ... tu la kan. lenkali xde la asyik ilang pertimbangan.
wizurai ... baiklah!!!
aash ... ye er? tp best gak kan?
mazda Disney mp3 player for kids Earnest bentley Upconverting dvd player close captioning portable dvd player coby tf-dvd8500 portable 8.5 dvd player pda pocket pc Trying to stop effexor Www mp3 players problems Prozac dog discount Sports underwater video cameras Fire racer subaru impreza Compress dvr-ms on pda
Post a Comment