Morning, Beylo....
Pd pagi yg suriram ini....
Aku pilu yang amat.
Sbb cuti aku sudah mati katak!
AHAHAHAH!
Tak mau conteng-conteng cerita.Sbb aku rasa, dah byk sgt jari-jemari cantek aku ni menconteng arang pada wajah kamu untuk bulan ni. Sudah huduh sgt rupa kamu Beylo. Sekurang-kurangnya, bila aku pulang terkedek-kedek, sambil mengangkut pakaian-pakaian, makanan-makanan dan semua keperluan (spt seorang pelarian), kamu boleh berehat membersihkan kembali martabat kau, wahai Beylo! Sbb... mungkin aku jarang update. Jarang yg aku maksudkan ialah 2 hari sekali.Mungkin jugak 3 hari sekali. Bergantung kepada Kolej Za'ba padang jarak padang tekuko samada sistem wireless dia sgt hebat atau sgt kronik. Bergantung jugak sejauh mana aku dapat bergoyang kaki kiri dan kanan.
Mari kita selak-selak sisa contengan aku yang agak kontroversi sepanjang bulan ni. Cit cit cit....
-sehingga aku berjaya mempengaruhi ramai orang supaya menonton filem ni. Ayat-ayat bombastik yang berjaya menaikkan ranking dan keterujaan kamu-kamu utk membaca seperti 'babak kissing dlm cinema' sgt menarek! sbb dgn membaca komen kamu semua, baru aku tersedar yg aku telah memanipulasikan cara tulisan aku sehinggakan ramai yang mengharapkan sesuatu dari filem tersebut. Yang sebetolnya tiada apa sgt. HAHAHA... Akibat membaca tulisan aku, ramai yang keciwa tergolek-golek sbb babak-babak yang diharapkan tak superduper hot! Tapi sungguhkan... Janji Joni best???
-malas mau ingat! *hentak-henatak kepala*. Aku kesal dgn kelakuan aku. Aku kesal dgn cara pemikiran aku sgt tak bertamadun *tekup muka dgn bantal sampai lemas*. Disebabkan peristiwa ni, aku mendapat 2 title sekaligus iaitu sbg Pengarah Drama dan Pengarah Famili Ria. (Dan kisah ni berlarutan menjadi drama bersiri 4 episod) Sensasi sungguh!
-disebabkan preview panjang lebar utk filem ni yang berjaya aku buat, aku telah mendapat satu pengiktirafan. Aku telah berjaya pulak menyandang gelaran Pengkritik Filem. Apa yang aku rasa mau ketawa terbahak-bahak... sampai tekak ku mau meletup, ialah respon pembaca. Semua kelam-kabut mau carik filem ni. Siap ada yang email-email, dan meminta-minta untuk pinjam. Kelakar sungguh! Adakah review yang aku tulis tu bersifat keterujaan? Tapi betolkan Beylo... filem itu sgt bagos. Sekaligus aku bubuh dia sbg Filem Paling Enak 2005 utk rekod aku la.
-sekali lagi aku buat orang tergila-gila mau ke PD yang sebenarnya tidak indah! Wek wek... Mungkin aku ni sorang penulis yang pandai mengindahkan panorama dgn baris-baris contengan aku yang tidak berdosa. AHAHA... Tapi percutian itu indah bagi aku dan keluarga.... DAN! Untuk entry Port Dickson, aku mendapat beberapa pujian hingga aku tak tau samada hidungku sudah kembang kuncup atau tidak. Kata mereka, aku tuliskan tentang percutian itu dgn sempurna dan ekspress! Miahahaha....
-Entry ni telah mempengaruhi beberapa orang. Yang akhirnya mereka turut terbukak hati nak bercerita-ceriti tentang zaman persekolahan mereka. Dan paling cepat terpengaruh ialah Cik Famia dan Cik stri. Miahaaha...
-Ini biggest issue sepanjang percutian aku. Isu yang sekaligus membuatkan gelaran Kehidupan Dramatik aku menjadi lebih sempurna. Isu yang mendapat respon paling banyak sampai kepalaku migrain malam tu. Sbb ym aku tak henti-henti berteriak minta menjawap soal siasat masyarakat yang perihatin mau tau. Kamu! Sudah baca lom? Blom? Baca la! Utk liputan lain pasal kes ribu-riban ni, boleh klik pada ADIAN dan FARAH
Secara keseluruhannya, hasil contengan aku membuatkan aku menerima beberapa gelaran. Semuanya aku rangkul dalam satu bulan bernama Disember ini. Pengarah Drama, Pengarah Famili Ria, Pengkritik Filem dan Penulis Blog Lucu. Hebat kan? AHAHA... Lucu ker? Aku tak terasa lucu ketika jari-jemari aku dok bergelek atas keyboard. Aku tak terasa pon otak aku byk bekerja demi sebuah entry dan contengan. Aku hanya tulis apa-apa saja bergantung pada tahap normal kepala aku. Dan sebenarnya, semua contengan aku hanyalah satu contengan cakar ayam yang tidak punya apa. Hanya berguna untuk kepuasan aku. Itu saja. Kamu mau lebih dari itu? Aku tak mampu beri sbb aku hanya menulis tentang aku, panorama aku dan kegilaan aku. Aku tau ada yang tak puas ati dgn aktiviti aku kat arena internet ni. Termasuklah pada Beylo aku ni. Aku pedulik apa?
Selagi aku tak meminta sesuap nasik pada orang lain demi mendapatkan tenaga menconteng Beylo,
Selagi aku tak menjatohkan martabat beberapa jenis manusia hingga aku dilayangkan surat saman,
Selagi Beylo tak lari dari rumah akibat tak tahan diconteng,
Dan selagi aku seronok dgn contengan cakar ayam aku ni,
Selagi tu aku mau mau mau!
Aku mau conteng serakusnya!
Kamu tak suka?
Kamu boleh angkat kaki dan block link blog ini untuk selama-lamanya.
Kamu suka ?
Aku mengalu-alukan kamu merayap-rayap sekitar blog aku yang serba kekurangan.
Sesungguhnya Beylo adalah sebuah blog yang tidak berdosa.
Itu saja....
Cuti da bes!
Ptg ni mau pulang ke pangkuan Pak Cik Za'ba...
Pak Cik Za'ba hanyalah sebuah kolej kediaman yang tandus.
Sekali lagi aku mau jerit kuat-kuat!
Beylo! !
Aku pulang petang ni.
Esok bermulalah kembali sketsa hidup aku sbg sorang ARKITEK.
Yang seboknya mengalahkan pengarah-pengarah besar di Lembaga Arkitek Malaysia.
Faham ker?
Wajah yang selalu cium aku seblom tdo,
Aku akan rindu wajah ayahanda...
Wajah yang selalu usik-usik aku dgn kata-kata paling mengharukan.
Wajah adek-adek jugak..
Bebudak lelaki yang tidak tau apa kecuali mencetuskan bunyi-bunyian paling bising dalam dunia..
Sayang kamu semua!
(ehehehe... seperti jamuan perpisahan tak? Tapi... Jumaat ni mungkin aku pulang ke rumah balik. AHAHAHAH) Lekas, kamu semua! Ucapkan selamat pulang ke kampus, selamat maju jaya dan gud luck utk aku! Lekas!
Adian baru je sampaikan Berita Terkini.Katanya da nampak kete Farah sampai Za'ba. Sdgn memunggah barang skang ni. Aku? AHAHA... Masih dirumah, blom mandi pon. :p
Okay...cuti da bes......
12 Congteng-conteng:
lepas ni mesti blog si beylo ni jadi cam blog aku.. ari minggu je bertulis.. ekekeke!!
slamat maju jaya.. semoga mencapai apa yg dicita!!
tq la... ko pon smoga jadi pelukis plan yg hebat dan dasat!
*dulu waktu di rumah mahu ke kampus, di kampus mahu balik rumah, skrg tdk di mana-mana keh keh.
ko ble lgk nurul???
cepat2 g mandi!!!
haha!!! sok kite bergolek2 dr za'ba ni ye ke studio kesygn!!!
waaaa....kagum aku!! bukan nak habaq mai kat aku na...!!
Post a Comment