Hari Raya Korban.
Yang mana.... rata-ratanya bukan kita buat pengorbanan,
Tapi lembu, kambeng, unta dan sedara-mara mereka yang terkorban.
Sempena hari mulia ini...
Aku mau korbankan sesuatu.
Iaitu sikap tak baik aku dalam PERSAHABATAN.
Sungguh ni aku nak berkorban.
Aku mau jadi kawan yang baik, yang memahami.
Kenapa?
Bukan buang tebiat la, Beylo!
Tapi DRAMA AWAL TAHUN yg tgh berlangsong dlm kehidupan persahabatan aku ni buat aku pikir banyak kali.
Aku mau jadi kawan yang baik!
Beylo, aku ni Drama Queen ke? Aku bukan actress. Jauh sekali nak jadi Angelina Jolie. Kehidupan aku ni... macam drama bersiri Samarenda ker? *garu-garu kepala macam iklan Head & Shoulders* Aku benci bila ada crisis dengan member aku sendiri.Lagi-lagi yang rapat dgn aku. Memang aku ni keras kepala. Memang aku ni suka dendam, tapi aku tetap sorang manusia yang sensitif. Aku sgt tak suka gadoh! (walopon aku selalu bergadoh dgn orang).
Sudah! Sakit kepala aku yang satu ni memikirkan KEPALA HANGEN lelaki tu. Sebenarnya, aku taklah marah sgt dengan dia.Tapi since dia buat Farah dgn Ainul menjurai air mata mlm tu, aku rasa nak tikam-tikam dia dengan pisau sembelih lembu. Dah la aku yang sgt waras malam tu cuba diperbodohkan. Aku rasa.... aku macam Perceramah Bebas yang tgh berucap berkobar-kobar depan jutaan warga dunia.Dan ucapan aku tu hanya didengari tanpa mendapat respon. Macam sorang gila yang tengah berteriak-teriak kat tgh dataran dunia mengakui dirinya TIDAK GILA!
Kau tu dinding konkrit yang tak ada mulut ker?
Telinga kau tu kuali masak rendang yang besar tapi pekak ker?
Huh???!
Aku tak suka berperasaan macam ni pada hari raya yang sgt mulia ni.
Tapi....
Tapi....
Tapi...
Tapi tapi tapi!!!
Apa-apalah! Otak aku mau hancur memikirkan kau.
Aku sayang otak aku. Dan aku tak mau otak aku terkorban demi seorang lelaki bernama 'SAHABAT KONON-KONON' macam kau!
Yang pastinya, kami dah berjaya bangunkan construction kami dalam masa 2 hari saja. Terima kasih buat Farah, Ainul, Adian, Alif, Afiq, Nisa, Alias dan Guan! Aku rasa sikap HYPERBOLA kita banyak membantu dlm projek cekik darah ni. Sehingga aku terasa spt kekurangan darah dan memerlukan seseorang untuk menderma darah. AHAHA...
Nanti ajer berbual pasal projek.Sbb aku mau rehat pada hari raya KORBAN ni. Tak mau ingat projek. Sbb mengingatkan itu, psikologi aku jadi penat.
Beylo!
Ko nak tau tak?
*Beylo mengangguk-angguk dgn rakus sekali*
Aku kan....
Bakal ke Lumut esok pagi!
Bertolak dari UKM pukul 8 pagi.
Sekarang! Sekarang jugak aku nak kau bayangkan macam mana penatnya kami.
Semalam berpitam-pitam pasal projek platform.
Hari ni beraya (sebuah perayaan yang tidak seronok bagi aku)
Malam ni, pulang semula ke bumi UKM.
Dan esok ke Lumut untuk projek seterusnya.
Tiga hari kami akan berkelana ke Lumut dan Segari (satu tempat yang sgt tak dikenali oleh kami satu studio). Malam ni nak packing dari rumah. Sampai UKM nak tdo nyenyak-nyenyak supaya esok sistem badan aku tak meragam. Aku mau trip ke Lumut itu jadi sgt bermakna buat aku dan Drama Queen aku yang lain. Kalau ada sesuatu yang indah untuk aku fikirkan pon, ianya hanya MEREKA SAHABAT SAHABAT AGONGKU. Aku harap, KAMI (Farah, Ainul dgn Aku) berjaya entertain each other since kami sgt dlm keadaan kritikal. Dan mungkin kami akan satu kumpulan lagi kat sana. Bahagia punya kalian sebagai teman-teman yg sgt hyper. My Drama Queens, Adian the 'Hyper-Maker', Alif - Mr Semua Boleh, Afiq the Powerful Palapes, Alias- Si Badang Hebat, Nisa yg sporting and Guan - Our Supportive element. Korang sgt best! Hope we can do our best! Walaupon hanya 9 per 10 sahaja dari kita yang tinggal. Yang 1 per 10 tu dah hilang kena bawak angin. Tapi aku sayang frenship kita. Aku kesal benda ni jadi sbb aku tak suka benda yang aku tak nampak Punca.
Okay la Beylo. Aku conteng kau ujung minggu ni insyaallah. Conteng tentang Lumut pulak. Doakan kami semua dapat buat keje-keje kami kat Lumut dgn baik yach! Doakan aku dan Drama Queens aku yang lagi dua tu dapat berbahagia bersama. Sbb kami sgt blank sekarang ni.
contengan abes.....
15 Congteng-conteng:
aku masih menanti jwpn dari anda...
sbb aku maseh sygkan frenship ni...
mungkin persahabatan ni tak sama spt dlu, tp at least, kami tau kedudukan yg sebenarnye....sakit tau berendam airmata tetiap mlm...
Boleh cuba rasa ketam rebus :)
lumot..cika cabar kamu!
seems that Lumut has given the chance for us to memperbaik semula apa yg rosak...
sgt2 bahgia skang neh....
hope days like that won't repeat again!!
luv ya!! muah!!
Aku sihat Alhamdulillah... pening sesikit jek.. ko plak?? jgn tensenkan dirik ye.. Ini sme dugaan... Buat sehabes baek.. Banzaiiii
Post a Comment