Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, November 27, 2007

Happy Feet

heartblinkie.gif image by klasik Hello Bello heartblinkie.gif image by klasik

Semalam aku main 'Happy Feet'
Tapi tiada bontot penguin kegemaran.
Tidak jumpa Mumble juga.
Ok. Aku cakap yang bukan-bukan.


Semalam main Ice Skating.
Genap setahun aku mabuk kepayang [click]
Akhirnya semalam, main juga.
Aku sangat gembira ; macam kera dapat bunga.
lalala.gif image by klasik

skating

Pemain 'Happy Feet' : Saya, Aizar , Astri, Farah, Nana (Farah's sis), Haikal and Adek (my brothers). Aku jadi driver macam biasa. Fetch Aizar dan Astri ... dan jalan! Ada confession hendak dibuat. Aku seorang reckless. Thank you. Dan oh ... aku driver wanita yang 'hot'. Engkau biasa makan bubur ayam McD? Ada caution : HOT! Kena berhati-hati. Aku harap semua orang berhati-hati juga dengan semua driver wanita yang 'hot' kerna aku boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya yang lain ketika marah. Thank you lagi.


*
Hot = Panas Hati.


Sampai je Sunway Pyramid, brunch dulu. Maklumlah bawak Adek. Dibuatnya dia memberontak nak makan time tengah layan skating, sawan aku dibuatnya. Adek saya jenis pemakan. Dia makan BESAR. Haikal bukan jenis pemakan. Tapi dia PEMINAT TEGAR makanan yahudi. Ehem... maksud aku, fast food.


Kisah teladan : Kalau nak tanya surau, jangan tanya dekat chinese girl. Tanyalah pada Indian boy. Chinese girl lambat beri jawapan. Dan jawapan dia panjang, dan sukar dimengertikan. Indian boy jawap dengan pantas. Jawapan dia, ringkas dan tepat. AHAHA. Selepas solat Zohor, kami terkinja-kinja menuju ke ice rink. Cis, tak guna! Waktu tu la dia off kejap untuk cleaning. Kami terpaksa menunggu dan merayau-rayau macam kutu. Makan lagi. Yes, of course man! Makanan yahudilah. Yang sedap dan berpropaganda itu. Tadi Pizzahut, sekarang McDonald. Tengok, sambil-sambil macam tu pon kami dah kayakan yahudi. Moralnya ... aku ni pandai cakap je.


Dalam pukul 2 pm, barulah dapat menyerbu ke dalam ice rink dan berballet, bergolek, dansa, dan meluncur dengan pelbagai skill. Tipu. Kami skate biasa-biasa je. Tapi masih dianggap skating la. Yang tak boleh dianggap skating pada awalnya ialah Farah dan Nana. Mereka melekat di tepi lantas menimbulkan kerisauan di hatiku dan rakan-rakan yang lain. AHAHAH! But at last, diorang boleh jugak berdiri di atas kaki sendiri dan bergerak tanpa melakukan aksi anti-graviti. O ye yeh! Aku berasa bangga kerna berjaya mengimbangi tubuh badan dan sekelian anggota dari menyembah ais. Ucapan 'kasihan' buat Farah, Nana dan Aizar atas kemalangan yang menimpa semalam. Tanpa kejatuhan, kita tidak akan menilai erti keteguhan. Ngeee =D Best kan gedebuk atas ais? Rasa macam bontot penguin tak? Haikal biasalah. Orang nakal kalau campak tang mana pon boleh jadi. Siap dapat 'amoi' yang aku tak tahan tu !!!!! Dapat free pulak tu. Atuk sorang 'amoi' ni suruh Haikal ajar cucu dia skating. Memang jadi bahan gelak je kat rumah.

Skating
tak berniat pulak aku nak buat efek gambar ala-ala winter sonata. Tapi memandangkan kesemua gambar semasa dalam ice rink ni adalah gambar yang diambil secara HARAM, ni lah jadinya. Semua gambar blur. Terima kasih buat lelaki penjaga rink yang telah menggunakan speaker untuk memberi amaran kepada saya. Amaran seposen dua. Aku tetap je snap gambar mengikut kesukaan hati.



skating

Hi, kami couple-siam! Tak boleh dipisahkan sepanjang permainan. Tangan kami bertaut erat. Bukan kerna cinta dan airmata, tetapi demi maruah. Berpegang erat dengan harapan, apabila berhadapan dengan cabaran graviti kami dapat membantu satu sama lain. Tetapi nasib baik ketika Aizar jatuh, aku berjaya mengawal diri dari tergadai sama. HAR HAR HAR! Dan Astri escort je dari belakang. Pro la katakan :p Adek Del bermain dengan comel sekali. Dia sebenarnya seorang yang kuat gayat. Tengok muka dia pon aku dah tau dia cuak. Tapi dia jenis tak nak kalah. Farah dengan Nana kerjanya keluar masuk rink. Buat macam rumah sendiri. WAHAHAH! Tapi finally diorang dapat stand dan gerak tu buat kami ni rasa lega sgt. Next time boleh SALSA pulak. Nak? Tak? Nak? Tak?Tak? Nak?

Jari dah tunjuk perasaan. Asyik buat typing error sahaja.
Maknanya, mari menonton gambar!

aku benci tangan 'peace'. Kenapa aku buat tangan 'peace' ? Jangan buat tangan 'peace'.






Photo skating
5.30pm keluar dari rink.
Kena balik cepat atau kena marah dengan ibubapa.
Tapi kenalah foto-mania dahulu.

Perhatikan : tudungku macam mak nenek. skater of the world la katakan. Nak elak dari asyik membetulkan tudung, aku ikat tudung macam tu. Biar jadi mak nenek, asalkan dapat skating dengan bahagia sekali *wink* Betapa semangatnya aku.



Berpelukan dan berlaga-lagaan pipi lalu mengucapkan selamat jalan kepada Farah dan Nana.
Sempat lagi Farah tanya.

"drive ke nanti pi Johor?," "Tak... abah tak kasi. Kau?" emo3.gif image by klasik
"Tak...," geleng-geleng.
Oh yes! Sama-sama 'patah kaki' la kita 2 minggu kat Johor nanti ye.


Nah, gambar lagi!
Tengok sampai muntah!




A new bubble necklace in blue.
tq farah.


Sampai rumah, rushing untuk Asar.
Mandi-mandi, Maghrib dengan abah.

nasib baik sempat jemaah kalau tak, mesti abah marah.
Memandangkan kami balik terus rushing untuk Maghrib,
angin abah pon baik.
Kami borak-borak tentang skating tu.
Tapi kena marah juga sebab tinggalkan Zirul.
Dah kereta penuh.
Cuba abah beli Honda Jazz lagi satu.
Atau CR-V baru yang 4WD tu.
Kan muattttt...

Malam kejadian itu terus aku lumpuh.
Baring je atas katil kerna kakiku sakit bukan kepalang.
Tapi tetap kakiku gembira dapat bermain ais.
HAPPY FEET!

Labels: , , ,

 

Friday, November 23, 2007

Vroom ... Vroom ...

Isnin, 19 November 2007

Saya dan keluarga pergi sini :

Ujian JPJ untuk lesen motosikal ; B Full. Bukan saya. Oh, pastilah bukan. Menghidupkan enjin motosikal juga tidak pernah berhasil, inikan pula hendak mengambil lesen motosikal kuasa tinggi. Mimpi di siang hari. Sebenarnya, kami sekeluarga pagi-pagi lagi sudah bersiap hendak menyaksikan bunda saya melakukan JPJ test. Ma, you rox ma! Sebagai anak-anak yang supportive dan sporting, kami pon dengan bangganya duduk berderet di kerusi paling hadapan. Jantung macam nak pecah dibuatnya. Sangat gayat melihat aksi bunda menunggang virago. Walaupun bunda sudah biasa bermain-main Virago setiap petang ... tapi kali ni mestilah lainkan. Sebab terpaksa riding di hadapan masyarakat yang ramai.


Ma ambil turn terakhir. Dan paling mengujakan oh my god ... ibu saya SEORANG sahaja yang mengambil lesen untuk motosikal besar. Oh, ma ... you are funny. Dan sepanjang beberapa hari dia berlatih untuk ujian tu, dia dah jadi sangat famous dekat driving school tu. Semua youngster dah jadi member baik dia. Okay, my mum sangat friendly and outspoken i tell you. No wonder la bila sampai turn dia... semua orang bersorak-sorak mengalahkan kami, her kids ni. Siap ada yang sanggup tunggu sampai turn mak saya semata-mata nak menyaksikan sendiri macam mana mak saya beraksi. Sebab ramai young boys yang inspired nak mengambil lesen B full juga kerana melihatkan mak saya. Ada few pulak yang nak tengok how my mom ride the bike, how to control the bike and how to pass the 'bridge'.


Meniti!

Seriously aku pon cuak bukan sebarang cuak masa ma meniti jambatan. I wonder how mom steadily passed that test. Dah lah tayar Virago tu besar. Then abah pesan supaya kitorang semua selawat banyak-banyak. Alhamdulillah. Bunda saya LULUS! Dan buat gempak je dekat driving school tu. Dia jadi sangat glamor. Kami ni pon tak pasal-pasal jadi glamor.


"your mum?," sorang lelaki tanya.
"ya," between proud and ... blur.
"she's roxx!," lelaki tu adore namampos kat mak aku.


Balik rumah.
"perasan tak lelaki tadi yg tak habis-habis borak dgn ma?," ma tanya and that sounds like.. 'something'

"hurmm... kenapa?," of course la aku ingat.

"dia nak jadi menantu. DIA kata," selamba sahaja ibu berkata begitu lalu terkesimalah aku.

"yewww! otak senteng. Baru dapat lesen P ada hati nak kat kita," berderailah ketawa ibu dan anak.

"Hahaha. Dan-dan tadi cerita kat ma konon-konon dia baru break up dengan girlfriend dia. Orang tengah seronok cakap pasal motor, dia cakap pasal awek pulak," kami gelak lagi.

"Patutlah adore sangat dekat ma. Beriya-iya supportnya," kami gelak-gelak-gelak lagi.

Kami memang suka gelakkan orang.
Ma, congratulation!

Apa nak buat, mak saya memang extremist.
Terima kasih....



Labels: ,

 

Sunday, November 11, 2007

Satu Hari Yang Tidak Berhasil

Hariku ini sangat tidak produktif. Sekali lagi aku berpeluang menjadi warganegara yang tidak mendatangkan hasil buat negara. Aku cuma beroperasi sebagai seorang manusia yang diprogramkan untuk makan, minum, tidur dan melayari internet menambah ilmu di dada. Selebihnya, tiada plug-in lain yang di-install ke dalam sistem badanku.

Program Makan - Hari ini dapat merasa kek Sarawak sedap. Dibuat dengan penuh dedikasi dan kreativiti. Keknya bercorak-corak. Berlapis-lapisan. Sekali masut mulut, nikmat dia sangat terasa. Tetapi aku masih mengidamkan KEK COKLAT. Ada sesiapa yang baik hati nak buatkan sebijik?? Yang berkenaan tu, pandai-pandailah TERASA seperti disindir ye. AHAHAHA.

Siapa pandai buat kek, dialah yang terasa KEKnya.


Pada waktu malam, kami sekeluarga menikmati ayam panggang black paper. Aku harap, bila aku sudah besar nanti dan sudah mampu memiliki dapur sendiri, aku akan pandai masak. Kerna aku sukakan makanan. Inilah harapanku yang terasa berat di dada.


Ini bukti bahawa Astri ada merasa ketupat yang dikatakan sedap dan merugikan kalau tak rasa itu :


Sebenarnya siang tadi tekak aku terasa macam nak makan ketupat. Maka, aku terkenangkan dua bijik ketupat ini. Menyesal tidak ajak Astri berkongsi. Makan berduakan lebih sedap :) Aku bertanya pada ibuku... kalau-kalau aku boleh mendapatkan ketupat lalu aku kenyang menelan jawapannya ... "Ah, jangan nak fikir ketupat-ketupat bagai. Tu, makan lemang abah beli tu," aku sentap seketika. Yew, aku sangatlah tak suka lemang.


Grandparents - Datang tadi dari Johor. Esok bergerak ke hotel. Dan aku sudah awal-awal dikerahnya menjemput mereka di hotel esok. Aku membantah. Dan akhirnya, aku disuruh dan dipaksa menghadiri majlis makan-makan di Ampang. Majlis besar. Aku tak suka. Lagipun tak banyak remaja funky dan fashionista akan hadir pastinya. Yang ada hanyalah mak-mak dan pak-pak DATIN danDATO'. Sungguh out of my line!

"Alah, awak kan suka duit. Esok entah-entah jumpa jodoh kaya," Maktok cuba sogokkan fikiran aku dengan ideologi itu.
"Jodoh orang tua buat pe. Kaya, tapi tak sedap mata memandang," sejujurnya aku tidak pernah berangan mahu menikahi hartawan tempatan yang kaya. Kerna aku pasti trauma kalau terpaksa mendampingi orang-orang tua yang.... kulitnya sudah... tidak tegang.
"Nanti dapat cucu menantu sama tua dengan Aki, dengan Maktok. Tak ke malu?," aku mula tak puas hati.
"Tak apa lah. Redha," sampuk Aki.

Sekadar gurauan tak apa.
Ya Allah, Engkau Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Kasihani hambuMU ya Allah.
Amin.


"Esok banyak menteri datang," - Maktok.
"Sapa?," - aku
"Bla..bla..bla.." - Maktok.


Loh. Politikus 'karat biru' ka? I layan 'hijau' ja.
Ternyata.
Ideologi politik atuk-cucu adalah berbeza.
Tetapi, dalam sesebuah keluarga...
Politik tidak pernah menjadi dalang kasih sayang.
Kerna aku tetap menerima wang saku yang banyak dari atukku walaupon kami berpegang kepada 'WARNA-WARNA KEPERCAYAAN' yang berbeza.


Kusuka lagu ini.
Andai Ku Tahu - Ungu.
Marilah kita bertaubat dan insaf.
Hentikan duniawi yang fana ini.
Perbuatan menangkap orang berpakaian kuning dan menahan orang yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid adalah kezaliman dunia yang hakiki. [klik]


andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

Labels: ,

 

Sunday, September 16, 2007

Dellooo!

16 September 2007.
Happy birthday our baby boy!
Haizdell sudah 14 tahun.
Rumah kami sudah tiada bayi-bayi kecil lagi.
Yang paling kecil ini pon sudah jadi terlalu BESAR.
:)


Menurut kata seorang teman lama bernama Kian Shen, meletakkan gambar sendiri di blog itu adalah perbuatan yang hina. Dia mengklasifikasikan perbuatan ini sebagai melacur kamera. Oh, lucu! Boleh click untuk melihat aksi pelacur yang memualkan ini.


Kisah-Kisah lain

01 -
Malam semalam, pulang je dari kamar bunda aku terus tidur. Rasanya sudah berhari-hari tidak tidur malam. Tapi tidur pon tidak tenang. Aku mimpi yang aneh-aneh lagi. Seingat aku, dalam mimpi tu aku berlari ke sana ke sini mengejar sesuatu. Dan pada posisi yang lainnya, aku seperti berlari menyelamatkan diri dari sesuatu. Tidurku terasa sangat meletihkan. Maka, aku bangkit awal pagi lagi. Dan skrin komputer hitam sahaja. Ketika hendak keluar dari bilik, aku terjatuh depan pintu akibat kesakitan yang amat. Akhirnya aku kembali ke katil. Bercadang hendak menyiapkan autocad drawing tapi perutku memang kerbau! Setiap kali si perut yag macam kerbau itu bergelora, setiap kali tu lah aku menitik air mata. Sakit gila! Kalau hospital menawarkan suntikan ubat penenang untuk aku tidur 7 hari 7 malam pon aku mahu. Asalkan aku tak perlu berasa sakit lagi.

02 - There are things.. word can't describe.

Labels: ,

 

Saturday, September 15, 2007

Love is blind.

"kalau i tau u beli pizza, i tak order nasik campur"
"it's okay"


"i tak kisah ada girlfriend yang status dia lagi tinggi dari i.Cuma i tak suka orang sindir-sindir,"
"ya. i understand,"


"next time please jgn bagi i hadiah yang i tak afford nak beli, nanti orang kata i kikis duit you"
"Okay"


Dan Putri ambil balik sut mahal yang dia hadiahkan buat Reza. Next, Putri jahitkan sendiri sut yang sederhana je buat Reza. Reza senyum.

"Thanx sayang"


Complete. Putri sayang Reza walaupun Reza tu orang biasa je. Tak ada kereta. Tak glamour. Tak ada duit. Putri selalu call Reza tak kira masa, tempat dan keadaan. Because she loves Reza. Reza selalu call Putri after class. Putri always said... it's okay sayang. Itu scene Gol & Gincu.


Aku rindu scene tu. Kenapa Love is blind? Sebab Love tak ada mata.


RAMADHAN | Salam Ramadhan semua. Ramadhan macam biasalah. Buat everybody excited termasuklah aku. Bukan sebab nak raya, tapi... memang 30 hari ni akan dirasai sangat berbeza. I mean, semuanya! 30 hari ni lah waktunya untuk kita semua buang ke dalam tong sampah kesemua rutin dan suasana hidup yang biasa. Kerana Ramadhan luar biasa. Lapar, dahaga, tenang, berbuka, bersahur, terawikh. In short, everything is different *smile*


STRESS MEMANG SERONOK | Family will always be my priority. Petang tadi, after class Amalan Profesional ... terus aku tinggalkan UKM. Memang sangat teruja hendak pulang ke pangkuan keluarga. Malam semalam lagi aku sudah histeria hendak lari dari UKM. Waktu tu jam 12 tengah malam. Ada orang kata memang KEPALA OTAK betul aku nak balik Cheras tengah-tengah malam macam tu. Hey, ahahaha! *laughing like hell* Orang gila mana peduli malam atau siang. Orang stress kalau dah kena sampuk penyakit gila, mati pon dah tak takut la you! Apalah you ni *laughing terlentang-lentang* Tapi orang stress separuh gila walaupun tak takut malam, dia takut kepada ibubapa. Sebab tu aku cancel saja rancangan berani mati tu. Because... "Kalau berani, baliklah! Jangan degil eh. Fikir sikit dah malam ni!, " Uuuuu... Bunda marah. Beg yang sudah siap dipacking terpaksa diheret masuk ke dalam almari semula. Dan aku tidur dengan tekanan yang sangat tinggi.


PAGI TADI | Ada kelas Ukur Tanah. Ada amali. Great, amali waktu bulan puasa. Ukur-ukur tanah bawah matahari, tekak haus dan tak boleh minum. Memang menarik. Tapi pagi tadi was really great la! Sebab tekanan sudah hilang. Entah pergi mana, tak tau. I feel fresh. Mungkin sebab terlalu sakit, dan dibiarkan membuatkan aku rasa immune. Akhirnya penyakit gila sudah pulih. Aku macam dah boleh fikir. Ye la. Ada orang kata, its not serious things. So, buat apa aku nak fikirkan? Ada orang boleh letak ke tepi semua masalah. Kenapa aku tak boleh? Okay, aku pon nak letak ke tepi juga. Buat apa nak bincang-bincangkan? Kelakar! Very funny. Ini bukan United Nation nak kena discuss one problem seriously. Ini hal kecik je. *gelak terbahak-bahak*. Keciiikkk... sangat. Orang lain relax je. Aku sorang nak gila, buat apa. Oh, aku sangat funny rupanya. Bukanlah funny sangat *gigit kuku* Cuma aku teringin nak settle down *smile* Tapi tak apalah. Buat apa nak settle down. Silent treatment kan best. Apa kata pepatah Melayu tu? Tepuk sebelah tangan, tak berbunyi. Lebih baik dua-dua tak payah tepuk. Diam itukan AMAN. ahahaha *gelak macam diva*


HATI PLASTIK | Hati aku memang diperbuat daripada plastik. Lucu tak? Ahahah... Hati plastik senang cair. *hint* Aku suka angin. Aku nak terbang ikut angin. I mean... I will keep on following the flow. Sebab hati plastik memang macam ni. Nampak je keras, tapi alahai... senang lembut. Lucu kan? Hati ni memang organ yang luculah. Jom gelak!


HATI PLASTIK 2 | Marah? Mana ada marah. Kan aku dah banyak gelak ni. Tak marah lah. Buat sssusah-sssusah aje. Aku cuma berkecil hati dengan terlalu banyak hal. Dan stress sebab tak dapat nak luahkan banyak hal. Tapi its okay. Really it's okay. Hati aku masih ada banyak tempat kosong untuk simpan semua benda tu. Kalau ada kata-kata 'menarik' nak disampaikan, silalah... masih ada free space.


Tq Beylo... sebab at least I can talk to you :) I nak talk, tak ada orang nak dengar. Sebab I lucu sangat kot. Kih kih kih!


Aku sedang gilakan sinetron Kawin Muda lakonan Agnes Monica. Dari petang tadi sampai pukul 4 pagi ni aku streaming kat Youtube. Sambil bosan tunggu dia stream, aku tengok Gol & Gincu season 1. Nak bunuh masa. Tapi aku pon rasa macam terbunuh sama. Aduh, sinetronnya memang asyik! Lumayan deh.







aku rindu.

Labels: , , ,

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."