Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, November 11, 2007

Satu Hari Yang Tidak Berhasil

Hariku ini sangat tidak produktif. Sekali lagi aku berpeluang menjadi warganegara yang tidak mendatangkan hasil buat negara. Aku cuma beroperasi sebagai seorang manusia yang diprogramkan untuk makan, minum, tidur dan melayari internet menambah ilmu di dada. Selebihnya, tiada plug-in lain yang di-install ke dalam sistem badanku.

Program Makan - Hari ini dapat merasa kek Sarawak sedap. Dibuat dengan penuh dedikasi dan kreativiti. Keknya bercorak-corak. Berlapis-lapisan. Sekali masut mulut, nikmat dia sangat terasa. Tetapi aku masih mengidamkan KEK COKLAT. Ada sesiapa yang baik hati nak buatkan sebijik?? Yang berkenaan tu, pandai-pandailah TERASA seperti disindir ye. AHAHAHA.

Siapa pandai buat kek, dialah yang terasa KEKnya.


Pada waktu malam, kami sekeluarga menikmati ayam panggang black paper. Aku harap, bila aku sudah besar nanti dan sudah mampu memiliki dapur sendiri, aku akan pandai masak. Kerna aku sukakan makanan. Inilah harapanku yang terasa berat di dada.


Ini bukti bahawa Astri ada merasa ketupat yang dikatakan sedap dan merugikan kalau tak rasa itu :


Sebenarnya siang tadi tekak aku terasa macam nak makan ketupat. Maka, aku terkenangkan dua bijik ketupat ini. Menyesal tidak ajak Astri berkongsi. Makan berduakan lebih sedap :) Aku bertanya pada ibuku... kalau-kalau aku boleh mendapatkan ketupat lalu aku kenyang menelan jawapannya ... "Ah, jangan nak fikir ketupat-ketupat bagai. Tu, makan lemang abah beli tu," aku sentap seketika. Yew, aku sangatlah tak suka lemang.


Grandparents - Datang tadi dari Johor. Esok bergerak ke hotel. Dan aku sudah awal-awal dikerahnya menjemput mereka di hotel esok. Aku membantah. Dan akhirnya, aku disuruh dan dipaksa menghadiri majlis makan-makan di Ampang. Majlis besar. Aku tak suka. Lagipun tak banyak remaja funky dan fashionista akan hadir pastinya. Yang ada hanyalah mak-mak dan pak-pak DATIN danDATO'. Sungguh out of my line!

"Alah, awak kan suka duit. Esok entah-entah jumpa jodoh kaya," Maktok cuba sogokkan fikiran aku dengan ideologi itu.
"Jodoh orang tua buat pe. Kaya, tapi tak sedap mata memandang," sejujurnya aku tidak pernah berangan mahu menikahi hartawan tempatan yang kaya. Kerna aku pasti trauma kalau terpaksa mendampingi orang-orang tua yang.... kulitnya sudah... tidak tegang.
"Nanti dapat cucu menantu sama tua dengan Aki, dengan Maktok. Tak ke malu?," aku mula tak puas hati.
"Tak apa lah. Redha," sampuk Aki.

Sekadar gurauan tak apa.
Ya Allah, Engkau Maha Pemurah lagi Mengasihani.
Kasihani hambuMU ya Allah.
Amin.


"Esok banyak menteri datang," - Maktok.
"Sapa?," - aku
"Bla..bla..bla.." - Maktok.


Loh. Politikus 'karat biru' ka? I layan 'hijau' ja.
Ternyata.
Ideologi politik atuk-cucu adalah berbeza.
Tetapi, dalam sesebuah keluarga...
Politik tidak pernah menjadi dalang kasih sayang.
Kerna aku tetap menerima wang saku yang banyak dari atukku walaupon kami berpegang kepada 'WARNA-WARNA KEPERCAYAAN' yang berbeza.


Kusuka lagu ini.
Andai Ku Tahu - Ungu.
Marilah kita bertaubat dan insaf.
Hentikan duniawi yang fana ini.
Perbuatan menangkap orang berpakaian kuning dan menahan orang yang sedang mendengar lagu-lagu nasyid adalah kezaliman dunia yang hakiki. [klik]


andai ku tahu
kapan tiba ajalku
ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

andai ku tahu
kapan tiba masaku
ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

chorus:
aku takut
akan semua dosa-dosaku
aku takut
dosa yang terus membayangiku

andai ku tahu
malaikatMu kan menjemputku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu..

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

aku manusia
yang takut neraka.
namun aku juga
tak pantas di surga

andai ku tahu
kapan tiba ajalku
izinkan aku
mengucap kata taubat padaMu

chorus

ampuni aku
dari segala dosa-dosaku
ampuni aku
menangis ku bertaubat padaMu

Labels: ,

 

Sunday, July 01, 2007

Super ... what? I beg your pardon...

_________________________________________________

Attention!
Ini bakal menjadi sebuah topik yang kurang disenangi beberapa pihak, barangkali. Kalau engkau pendokong seni hiburan, pemuja dunia hiburan mahupun seorang yang bercita-cita menjadi seorang artis tersohor dunia, engkau mungkin tak berkenan dengan aku selepas ini. Tapi kalau engkau seorang profesional, kau bakal akur. Akur dalam diam pon tak mengapa.
_________________________________________________



Apa rakyat malaysia ni tak kenal erti JEMU ke? Tak jemu ke asyik disogokkan dengan program mencari 'bintang' lah konon. Penting sgt ke mencari 'superstar'? Apa 'superstar' boleh selamatkan Malaysia dari masalah kemiskinan luar bandar? Boleh bantu atasi masalah sosial pelajar sekolah? Boleh bantu mengatasi masalah banjir di KL? Boleh tolong selamatkan rakyat Islam yang berperang di Asia Barat? Boleh selamatkan penindasan golongan bawahan dari yang berkuasa? Boleh tolong menyelesaikan kes Attantuya? Boleh membantu kejayaan kempen inflasi sifar? Kalau aku teruskan mengaju soalan, sampai bulan July tahun depan pon kita semua akan terus hidup dengan soalan-soalan dunia.


Tak ada agenda lain ke selain memerah otak yang intelek tu demi menerbitkan sebuah program hiburan? Lepas satu...satu. Dulu aku cuma kenal Bintang RTM dengan Sinaran Pasport Kegemilangan sahaja. Tiba-tiba Akademi Fantasia meletup menjadi satu fenomena. Muncul pulak Malaysian Idol, Mentor, One In A Million, Gangstarz dan selonggok lagi program yang tak tersebutkan. Aku tidak hirau kalau engkau semua ada pandangan lain. Tapi bagi pandangan aku, cukup-cukuplah tu. Tak lama lagi muncul pulak MyStarz. My what? My star??! Excuse me! Aku tak akan sesekali 'berbintangkan' ENGKAU semua. Aku rasa nak muntah setimba dua. Aku jemu sangat. Aku semakin wonder... apakah negara kita terlalu terdesak perlukan seorang SUPERSTAR? Apakah yang boleh seorang superstar itu lakukan untuk negara dan bangsa? Oh, pertanyaan yang aku ajukan itu salah. Aku sepatutnya lebih mengutamakan persoalan ini ; Apakah seorang SUPERSTAR itu boleh lakukan untuk AGAMA? A simple question needs one big elaboration. Can you?


i just wonder.


Last time aku baca di MohdIsmail.com tentang artis perempuan botak. Aku tertarik dengan soalan terakhir yang ditinggalkannya menjadi satu SOALAN SUBJEKTIF. Tentang Sharifah Amani yang menegaskan, beliau sanggup berbotak demi seni. (Ohhh k.Engkau sayang seni engkau). Kenapa pulak beliau tidak sanggup bertudung demi agama? (engkau tak sayang agama engkau?) Wallahualam.


Manusia buruk dipandangan kita, belum tentu buruk di sisi Allah SWT.
Menegur itu kewajipan.
Merubah diri untuk menjadi lebih baik dan lebih menghampiri kesempurnaan itu tuntutan.




Tentang program realiti TV mencari super.. super what? Super saiya? Superman? Or what so ever the Super____ they gonna be, aku sudah jemu.
Tak apa.
Tak lama lagi pilihanraya.



aku nak pergi minum susu rendah lemak, rendah kalsium.
Menjaga kesihatan dan mencari yang halal itu fardhu.

Labels: , ,

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."