Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, January 31, 2008

JABATAN KERJARAYA

Photobucket

Esok pulang ke pangkuan keluarga. Bercuti sempena Chinese New Year. Sekarang jam 11.46 malam. Masih menghadap laptop jahanam. Menghadap kerjaan secara mati-matian. Tapi bukan secara solo. Secara berpasangan. AHAHA. Studio cantek dan mewah lagi bergemerlapan tu dah tutup. Kami pon setinggan depan pintu studio. Sangat miskin. Kesian.


 

Tuesday, January 29, 2008

Kerja Mati-Matian

lalalalalalala KERJA!
lalalalalala KERJA!
lalalala bosan dengan kerja...
KERJA...
KERJA!

aik!
Ini lagu atau menjerit dari jiwa?
ini puisi.
HAHA.
Nama puisi tu Meet Aunty Nurul.
Apa mahu?


Tadi member partition sebelah yang namanya dirahsiakan telah membuat statement suam. "aaa...banyaknya kerja! tak habis-habis! Tak nak hidup.....!," lalu aku pon memberi respon suam juga suruh dia mengucap namun di dalam hati aku dah menjerit lebih hina dari itu. Terlalu banyak kerjaan gila sampai bila pada satu tahap aku rasa nak tendang semua masalah duniawi dan pergi tidur secara bermati-matian. Tapi bila aku dalam keadaan sedar, aku akan menjadi positif lalu meneruskan kerjaan dengan hati yg ikhlas dan tulus. Aku manusia biasa yang ada dua side iaitu black and white. Jangan salahi aku atas apa-apa. Yang penting aku bernafas dari hidung dan berjalan menggunakan kaki sendiri secara solo. See, aku sangat manusia biasa. Tidak istimewa dan sebab itu selalu buat salah.


Selepas buat salah, akan menyesal secara besar-besaran. Ketika buat salah, buat secara besar-besaran juga. Ini memang tipikal manusia dan aku harap aku boleh menjadi extraordinary supaya aku boleh membuat salah secara besar-besaran tanpa menyesal ataupun aku langsung tidak mampu membuat salah. Semua betul. Semua tidak salah. Dan ketika itu aku pon akan takut untuk hidup kerna semuanya aku yang betul. Aik? Aku nak yang mana ni? Aku manusia biasa yang selalu keliru. HAHA. Semua ini apa?



KERJAAN SECARA BESAR_BESARAN.

Pagi semalam pukul 9 kena pin-up final board. Aku siap pukul 9.30 dan pin-up pukul 10 pagi. Sangat kesian kat aku. Laptop crash macam jahanam. Mood aku pon tak berapa nak baik sebab aku dan menggigil takut tak sempat siapkan drawing, 3D dan presentation board. Dia mintak 4A1 aku kasi 3 saja. Lagi satu anggaplah macam discount. Aku berasa sangat terbiar dan selekeh kerna seminggu lamanya duduk menghadap autocad dan sketchup sampai panas punggung. Kalau punggung saja panas aku tak da marah, tapi hati pon turut panas juga. Tak ada masa langsung nak pakai baju lawa mahupun touch-up muka. Duduk studio macam setinggan dengan sangat selekeh sbb kepala otak hanya pikir nak siapkan project. Balik hostel sambung lagi tanpa tidur. Tidur paling banyak pon 3 jam satu hari dan pada hari-hari terakhir aku langsung tidak tidur.

Rasa macam nyawa tanpa roh. Rasa melayang ja. Nak termuntah sepanjang hari. Kalau boleh nak muntahkan semua organ dalam badan kasi lapang. Kepala pon pening. Jalan pon tidak boleh lurus. Masa menghadap sketch up, aku menjadi bodoh secara tiba-tiba. Kerna aku telah menjadi kronik.


Balik je petang semalam lepas final presentation dan submission, aku terjun atas katil kononnya untuk setengah jam sementara menunggu maghrib. Malam berjanji dengan kekasih mahu dinner secara bagus kerna macam sudah lama tidak dinner demi project design. Bangun-bangun sangat lapar. Ambil handphone buruk nak call kekasih ajak makan. AIK? tengok jam betul-betul... dah pukul 4 pagi. Terus sambung tidur. Sangat kronik ok. Nasib baik pagi tadi boleh bangun. Ingatkan akan bangun menjelang Chinese New Year nanti. WAHAHA. Kehidupan yang hina dan kasihan.


Sekarang aku duduk goyang-goyang kaki. Sangat lapang. AHAHA. Kalau lecturer dengar statement aku ni, mati aku kena rejam. Sebenarnya aku ada banyak lagi kerjaan harus dibuat tetapi aku mahu berehat pada petang ini. Malam baru nak mula buat Heritage Study. Lepas tu Site Analysis. Lepas tu assignment Amalan Profesional. Lepas tu add-on Site Context panel. Lepas Topical Study. Lepas tu masuklah ke musim FINAL PROJECT : Performing Art Centre. Makkkkkk! Aku tak mahu! Seriously, kecut perut nak menjelang final project. Projek mega ni. Diringi Working Drawing.Uuuuu ... matilah gua atau dalam bahasa Inggerisnya boleh diteriak sebagai Hell! Wakakaka.



KALAU AKU PUNYA ANAK PEREMPUAN NANTI ....

Dia tak boleh study architecture. Sebab kesian kat anak aku. Nanti tak boleh tidur. Tak boleh melawa menjelang musim final. Maafkan ibu. Ibu? Anak aku panggil aku ibu kah? Oh, aku belum buat keputusan lagi :p Kalau anak lelaki pulak, kasi chance la kalau dia nak sangat. Sebab kalau dia nak jugak, nanti dia kena buli dengan seorang perempuan bernama kekasih. Sebab gejala berpacaran dan mengharapkan belas ihsan kekasih membantu menyiapkan projek adalah perkara sangat biasa dalam dunia senibina. AAHAHA.



Ada seorang orang telah delete blog dia. Baru aku perasan. Apa pasal delete? Mahu bagi tumpuan dalam bidang makan ayam ka? Ahaha.

Sebut pasal delete, tak lama lagi mungkin aku akan private kan blog aku. Sebab bahasa tulisan aku terlalu puitis sampai boleh membunuh jiwa sesetengah orang. Mungkin buat orang terasa, buat orang menjadi bertambah gila, dan mungkin terlepas kata. Daripada aku menyebabkan lebih banyak orang-orang menjadi gila melayan blog aku yang miskin ni,lebih baik aku set to private. Bolehlah aku meningkatkan skop penulisan daripada UMUM kepada 18SX. AHAHA. Bergurau saja :D Nak 18SX masuk blog lain ar! Aku cuma cerita pasal hidup aku yang kesian je. Cerita selain cerita hidup aku, aku tak da suka nak tulis. Gosip-gosip artis pon tak da. Blog ni sangat tak ilmiah. Mintak sorry la kepada semua orang yang carik ilmu kat sini tapi dapat benda lain. Sebab blog ni memang magik. AHAHA.

Aku nak pergi solat maghrib secara solo. (tak habis-habis buat kerja secara solo). Tadi member ajak solat secara beramai-ramai tak mahu, sebab nak siapkan entry ni lah. Berdosa. Sekarang nak pergi menyucikan dosa secara solo. Dan lepas tu pergi kuliah ETIKA KEJURUTERAAN. Macam aku ni bakal engineer je. Ni lah natijahnya duduk bawah fakulti kejuruteraan.

Ho yeh!
pergi kuliah
Seronok!
kuliah!
kuliah!
seronok!
 

Tuesday, January 22, 2008

Pearl of The Orient

Saya yang baru pulang dari Penang malam semalam. Muka sudah menjadi sangat cantik. Sangat cantik laksana bulan gerhana. Kulit sangat cantik juga. Sunburn atau dalam bahasa nenek moyang disebut sebagai Matahari Membakar. Engkau bayangkan sosej kalau kena bakar sampai rentung. Engkau bayangkan juga roti Gardenia kena bakar garing. Hitam. Pendek kata, saya cantik sangat. Saya sangat hitam dan cantik.


Oleh kerana saya sudah cantik, tekanan pon bertambah. Ada tiga bijik pimple buduh keluar kat muka. Oh, sangat cantik! Cantik macam diamond. Sangat attractive. Semua orang pon mahu tengok. Semua orang pon mahu tegur. Tapi tak da siapa mahu ambil. Kalau ada yang mahu, nanti aku attach kasi send kat angpa. Aku sangat baik hati. Sangat suka berkongsi kecantikan. Watchaaa! Hati gua sangat panasss.


Selain sudah menjadi hitam, saya juga sudah menjadi gemok. Selain menggemok, saya juga sudah demam. Selain demam, kaki saya lumpuh. Huh? confushed.gif image by klasik Lumpuh? I am cheating, not funny! Kaki melecet. Berdarah-darah dan sudah berkudis. Yeww! Ni semua gara-gara manapak keliling Georgetown menggunakan kaki sendiri demi membuat site analysis dan site studies. Sangat kesian kat kaki yang masih kecil. Bila nak membesar, saya pon belum ketahuan. Tapi bila kaki saya sudah besar nanti, saya akan memulakan aktiviti senaman sehat. HAHAHA. Tipu.


Sepanjang dekat site, iaitu sekitar Geaorgtown, saya keluar masuk temple. Sangat banyak ilmu sekarang ni tentang temple. AHAHA. Sebab group saya kena buat Ritual Studies. Oleh itu, engkau semua akan disajikan dengan foto-foto segala macam jenis temple, masjid, dan juga church sekitar area situ. Tapi bukan sekarang. NANTI. Sebab sekarang saya demam sick.gif image by klasik Mood saya macam orang jahat. Sebab hati saya macam hati singa ketika ini. Kerjaan juga banyak di studio tetapi saya tidak ke studio ini hari sebaliknya berehat di rumah ketika nazak. Aku cakap betul ni woi. Aku demam. Pagi tadi muntah-muntah sikit. Kepala pon sakit-sakit. Abah bawak pergi klinik, lepas makan ubat.... aik? Jadi high. Terus berasa happy dan bahagia. Lalu online dan jiwa menjadi artistik lantas menulis blog. Wallauweh! Kalau terbaca ayat-ayat aku yang sangat sedap dan puitis tu, tu sebenarnya disebabkan aku tengah high. Ala-ala kesan ubat la. Aaaaaaaa.


Oh ya. Aku sedang berchenta.
AHAHA.
Aku sedang berchenta.
Jangan chentai aku.
Sebab aku sedang berchenta.
Kalau masih chentai aku.
Nanti hati rosak.
Lepas hati rosak, engkau salahkan aku.
Nanti aku tak mahu bertanggungjawap.
Aku akan kata ... "Tak taw!"
Walaupon aku baik hati, aku masih jenis yang tak bertanggungjawap.
Ngeee :D

Lagi satu perkara.
Aku semakin penat dengan perangai manusia cepat lupa diri.
Dulu miskin baik sikit. (kadang-kadang la baik. Biasanya, walaupon miskin tetap jahat)
Bila ada duit sikit... jadi jahat.
Padahal belum kaya. Cuma up sikit dari miskin. Belum kaya.
Itu pon dah rasa dunia dia yang punya.
Belum aku cerita lagi pasal budak-budak miskin tiba-tiba dapat duit.
Dia punya perangai tu, mengalahkan monkey dapat flower.
Dan tiada kerjaan lain asyik bercerita tentang orang lain yang tak pernah bercerita tentang dia.
Sangat kesian.
Miskin dan bodoh.


Aku banyak problem sekarang ni. Problem tentang orang miskin, kampung dan bodoh aku tak rasa penting untuk difokus. Aku ada masalah keluarga yang lebih serius. Tapi tetap mengenai topik = orang miskin yang lupa diri. Tapi abah pesan, jangan bercakap pasal orang. Biar orang bercakap pasal kita. Kalau kita bercakap yang jahat tentang dia walaupun itu benar, satu dosa dia akan pergi ke kita dan pahala kita akan pergi ke dia. Ada dosa-pahala exchange. Aku tak nak ah! Oleh itu aku mahu diam-diam saja. Biar orang-orang miskin mengamuk secawa sawan dan memaki hamun aku secara solo. Biar dia berlawan secara solo dengan diri dia sendiri. Dosa pahala hak Allah SWT. Tapi kemaafan ada pada aku. TIADA MAAF BAGIMU. Tapi aku ada sedikit kesal.

Kalau kita tidak membuka aib orang lain, insyaallah Allah SWT tidak akan membuka aib kita kepada orang lain. Walaupun aku tahu terlalu banyak perkara, aku simpan je buat koleksi peribadi. Kalau memang aku jahat, dah lama aku bukak muzium informasi kasi aib sama mereka. Wktu tu biar melutut kat aku, aku kasi ludah ja. Sangat marah emo5.gif image by klasik Ini membabitkan aku dan keluarga. Mulai hari ini, tidak kira siapa pon yang mahu berkata-kata mahupun mengumpat seranah aku, buatlah. Ayah aku sudah ajar supaya anak-anak dia jangan sesekali menyumpah seranah orang lain. Ya semua! Pergilah mengumpat aku!


Aku telah kehilangan orang yang aku sayang. Demi maruah dan kebenaran, aku akan ajar hati aku jadi strong. Yeah, strong babeh! Aku masih ada keluarga. Dan kepada Mr. Lim yang disayangi, tq for your patience on me. :p mini16_12.gif image by klasik


Ah!
Lapar!
Pergi jalan dengan program slimming fit!
Aku nak pergi makan!
 

Thursday, January 10, 2008

Selamat Tahun Baru

INTRODUCTION
HAHAHA!
Semua suruh aku update.
Aku minta sorry kerna hilang lama-lama.
Bukan aku sangat suka hendak biarkan blog macam rumah hantu.
Tapi aku ada masalah dengan MASA.
Setiap detik yang ada dikorbankan untuk STUDIO.
Dan setiap detik yang dikorbankan... membuatkan aku menjadi korban yang terkorban.
Inilah namanya pengorbanan.
Dan demi pengorbanan, aku mengorbankan sebuah blog.
Aku akan kurang memberikan kasih sayang kepada blog sepanjang semester ini.
Kerna lebih banyak perkara yang memerlukan kasih sayang aku.
Seperti assignment, project, lecture, design, thesis dan juga seorang kekasih.


Mungkin aku akan conteng sebanyak-banyaknya. Nak sangat kan update? Dan mungkin aku akan hilang lebih lama lagi selepas entry ini. SANGAT SERIOUS! AKU SIBUK. Untuk mengelakkan engkau semua hentam-hentam hendak update, aku kasi cadangan supaya entry ini dibaca satu hari satu perenggan. Kalau engkau rasa paragraph aku sikit sangat, boleh baca satu hari satu ayat. Kalau rasa nak lagi panjang, bacalah satu hari satu word. Kalau tak cukup-cukup jugak, tak ada cara lain dah. Pergi baca encyclopedia. AHAHA. Baca sampai habis ok. Lepas tu otak jadi genius. Lepas genius kau akan berasa sangat gembira. Dan tidak mahu lagi membaca contengan aku yang tidak intelek dan merupakan sebuah fiction suka-suka. AHAHA. Sangat banyak introduction entry kali ini. Kerna aku memang berniat hendak memanjangkan entry. Bukan untuk siapa, untuk engkau semua jugak. Aku ni memang blogger berjiwa rakyat. Sangat caring. Sangat understanding dan pandai menjaga hati pembaca.



TAHUN BARU.

Ini entry pertama tahun 2008. Memang tiada entry khas tahun baru. Tapi aku berasa sangat berbesar hati hendak memulakan tahun baru pada hari ini. Pada AWAL MUHARRAM ini. Tahun Baru Islam. Lagi seronok dan diredhai untuk disambut. Pasal new year 2008, aku tak da hati yang riang untuk celebrate. Tiada azam. Aku benci nak buat-buat azam. Azam tebal mengalahkan encyclopedia, tapi hasil habuk pon tak ada. Lebih baik tak payah azam. Tapi sempena Maal Hijrah, aku berniat hendak membuang semua perasaan hitam dalam hati. Perasaan hasad dengki, buruk sangka, dan memusuhi orang lain. Insyaallah. Azam untuk bernikah, berumah tangga mahupun menimang cahaya mata aku akan isikan kemudian nanti kerna ini bukan masanya. Walaupun prof. selalu menyebut tentang pernikahan aku, tetapi percayalah. Ia tidak mungkin berlaku seawal 2008 ini. Sebab dalam kepala aku masih tergila-gilakan permainan Mc.D, lampu ajaib, kad UNO dan juga kad Donkey. Aku sengaja masuk cerita nikah demi memanjangkan entry. AHAHA.

Oleh itu,
selamat menyambut Maal Hijrah.
Kepada semua umat Islam.

(nasib baik ada Maal Hijrah. Kalau tak, jangan harap dapat cuti. Mati katak la aku kat studio. Mati kataklah aku rindu dekat keluarga)



2007 - THE PAST.

Seperti tahun-tahun yang lain, 2007 bagi banyak cerita yang menarik dan juga tak menarik. Growing a relationship, destroying a relationship, good and bad moment, and went through thick and thin of life. Sebenarnya, setiap tahun pon sama. Cuma angka yang membezakan. And nothing is really matter about turning to 2008 and leaving 2007. Past is past. We will always have another day to go through. So, keep on smiling with your very straight heart inside.

One of the most precious memory was ... my studio's Bandung Trip. Sangat seronok. Trip terakhir studio kami dapat bersama selengkapnya. Start from this semester, trip kami akan menjadi kurang seronok kerna beberapa orang tak akan join :( Hmm.. BANDUNG sangat touching lah. One day, I might visit Bandung and Jakarta again. Tidak tahu akan pergi dengan siapa dan dalam keadaan apa. Tapi aku yakin, dengan suatu perasaan yang sangat berbeza. Yang sangat pilu. Dan penuh memory. Susah nak cakap. Tak mahu cakaplah. Ini entry suka tahu tak? Jangan buat cerita sedih ok. Nanti sedih jiwa bergelora. Entry pon jadi sedih dan membuatkan suasana tak seronok. Ini tahun baru maaa. Kena melonjak-lonjak gembira macam monkey. Atau yang lebih kurang seperti monkey.

find me.
betul dapat oksigen free :p



STUDIO MADNESS
(Ini emotional section. Untuk bacaan warga sehat sahaja)

Studio Madness atau dalam bahasa melayunya disebut sebagai Studio yang GILA. Macam orang gila terlebih makan gula. Jadi hyper. Hari pertama semester, lecturers kasi brief untuk first project. Iaitu Case Study. Dan submission within 1 week. Ini bukan perkara luar biasa. Ini perkara biasa. Tidak magik pon. Buat kerja macam clown memang menjadi kebiasaan. Dapat dateline macam clown pon memang satu kebiasaan. Maka, tak hairanlah kami pon buat kerja macam clown dan sekaligus menjadi clown.

Projek 1 : Case Study.
Group work. Aku berkumpulan dengan kumpulan Muse dan My Chemical Romance. Ya ya. Tipu. Masih sengaja hendak panjangkan entry. Aku berkumpulan dengan Mr.Lengzhai Suka Makan Laksa dan juga Mr TY Selalu Tak Nampak. Atau nama mereka dicatatkan sebagai Mr.Lim dan Mr.Ong. Oh, berkumpulan dengan lelaki-lelaki. Tak tau samaada aku berjiwa lelaki atau mereka berjiwa wanita. Hi, Encik Lim yang Handsome! Saya bergurau sahaja :p

Major Project for this semester : Performing Art Center.
Oleh itu, untuk case study kami kena buat report dan juga presentation board A1 saiz sebanyak maximum 4 tetapi kami semua buat 2 sahaja. Kalau nak EMPAT juga, tunggu kami jadi sotong ada banyak tangan ok. Kena buat 2 buildings pulak tu. Tersedak-sedak buat. Dahlah group aku 3 orang je nak divide case into 2 pon susah. Nasib baik aku ada semngat luar biasa kali ni. Aku buat dengan begitu giat tapi tak segiat Mr. Lim. Dia memang sangat giat.

Kami pilih bangunan Walt Disney Concert Hall by Frank Gehry dan Schuster Performing Arts Center by Cesar Pelli. Bukan building Malaysia. Pastilah BUKAN. Kat Malaysia ni sangat miskin. Performing Art Center tak banyak. Sangat tak maju. Tak habis-habis dengan KLPAC. Bila nak buat building alien macam Frank Gehry ha? Tunggu aku jadi arkitek? Oh, tak da. Tak da. Aku tak minat alien. Aku minat fashion. Nanti bangunan yang aku buat semua pakai skirt. Nak lagi tradisional, aku buat bangunan Kebaya. Kesian kat aku. Otak senteng. Kesian kat Malaysia. Dapat rakyat macam aku. AHAHA.


Walt Disney Performing Arts Center, Los Angeles. Architect : Frank Gehry.



Schuster Performing Arts Center, Dayton, Ohio. Architect : Cesar Pelli


Buat report tanpa henti. Henti waktu makan dan mandi dan solat sahaja. Semester ni aku sangat takut sebab ada 21 unit yang kena kejar. Final sem pulak tu. Aku sangat tidak mahu tunggu lagi untuk grad. Tersedak-sedak dan terbahak-bahak buat projek pertama yag seronok ni. Tidur 4 pagi, bangun tidur 8 pagi. Tolak bangun subuh 10 minit, tinggal kurang dari 4 jam tidur. Itupun bangun subuh dengan sangat liat. Sampai ada satu hari ni aku berdiri depan pili air selama seminit dua kerna aku jadi blank. Aku tak tahu kenapa aku bangun dan pergi toilet sedangkan aku tak terasa mahu membuang air besar ataupun kecil. Lama-lama baru aku sedar yang aku nak ambil wudu' mahu solat. Sangat kelakar tapi aku tidak ketawa kerna sangat mengantuk. Buat apa ketawa? Buang masa. Dan ada juga kejadian di mana aku bangun setelah enpon antik berbunyi-bunyi. Aku terus keluar dan menyarung kasut cantek nak pergi toilet. Sangat clown. Aku patah balik dan tukar selipar. Kelakar tapi masih tak ada gelak. Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Sangat stress dan kesian dekat diri sendiri sebab kena buat kerja berat. Kadang-kadang aku tak lipat telekung lepas solat. Aku terus tidur dan lipat pada waktu pagi ataupun pada hari yang lainnya. AHAHA. Dan bilik aku pon menjadi sangat semak, kotor dan bersepah-sepah. Sesuai untuk disewakan kepada lipas-lipas jalanan dan tikus-tikus merempat. Tapi yew! Sangat jijik ok. Bilik aku tak da jijik macam tu. Masih bau sangat harum sebab kalau busuk, dah lama hidung aku meletup. Hidung aku sangat sensitif dengan bau busuk.


Aku paling kesian dekat diri aku bila aku nak tidur, tapi tak dapat. Waktu-waktu macam ni aku akan berasa sangat-sangat nak menangis tersedu-sedu. Nasib baik Mr. Lim sangat baik selalu kasi saya tidur ketika saya hampir mati. Dan menyudahkan kerja-kerja saya yang terbengkalai. Mr. Lim memang lagi cool dari Superman. Wahaha. Maksud saya, saya bergurau sahaja :p


Semester ni memang gila. Hari pertama je, dah stay up tak tidur. Tapi lagi hinanya, hari pertama lepas briefing untuk 1st project, aku pergi Sunway Pyramid. Untuk apa? Nanti cerita. Ini cerita lagi gila. Cerita budak gila. Cerita budak tah apa-apa.


Macam biasa, ada masalah dengan pendaftaran kursus, kolej, dan subjek. Macam-macam kontroversi subjek mesti jadi setiap sem. Kali ni pulak kontroversi kena ambil 18 unit tapi kena cover 21 unit. Malas nak cerita detail engkau bukan faham pon. Tapi kalau aku cakap, semester ni aku dah mula thesis, engkau faham kan? Engkau fahamkan macam mana azab aku sedang bertambah kan? Sekarang dah ada DUA subjek BESAR. DESIGN dan TOPICAL STUDY. Arght! Aku nak tarik rambut kuat-kuat sampai otak aku tegang!!


Untuk topical study aku belum confirm kajian aku. Tapi aku dah submit draft. Aku nak buat kajian pasal SHOPPING COMPLEX. Topik pilihan aku : Kajian terhadap permasalahan perancangan susun atur ruang dalam bangunan pusat membeli-belah dan cara-cara mengatasinya.

Ya ya. Aku memang gila. Sekarang aku dah waras. Aku nak tukar topik. Topik tu susah. Shopping memang senang. Tapi buat thesis pasal shopping mall tak semudah memandu kereta dan membayar tol untuk ke shopping mall. Tak semudah mengeluarkan duit untuk membeli sepasang jeans. Ianya sangat SUKAR!

Submit case study on Monday, dan sambung buat Topical Study. Dah submit draft, nak kena start on design pulak. Second Project dah bermula officially on Monday sebaik sahaj kami submit 1st project. Projek kedua ialah merekabentuk sebuah Ticket Box Office. Aku belum memikirkan apa-apa so far. Kerna aku mahu menghayati Maal Hijrah pada hari ini. Ye la tu.

Sekarang engkau semua faham tak kenapa aku tidak boleh mencurahkan perhatian kepada blog? Huhuhu. Internet connection di studio lewat kebelakangan ini macam tahi kerbau. Sangat tak guna. Aku boleh online pagi-pagi sahaja seawal jam 3 pagi ketika fakulti mulai lengang. Itupun termati-mati. Sangat benci! Kalaulah aku boleh masukkan streamyx aku sendiri, dah lama aku buat. Kasi mati semua orang tak dapat guna. Biar diorang tertonggeng-tonggeng pulak. Stress. Kami ni kalau buat report tapi tak ada internet, alamatnya jari kaku tak boleh buat apa. Tak guna! Stupid Idiot. Aku belum belajar marah-marah dalam mandarin lagi. Nanti aku belajar.


SHOPPING.

Hari pertama semester dah shopping macam orang gila dekat Pyramid. Beli swimming suit beserta kelengkapan swimming yang lain. Semuanya angkara terpengaruh dengan Farah dan juga si dia tu. Sebenarnya ada banyak benda aku dah shopping selain daripada swimming equipment yang separuh gila tu sepanjang 2 minggu awal ni. Aku tak ada mood nak buat blog aku macam katalog barang. Tak payah tunjuklah. Cuma nak tunjuk barang-barang terakhir 2007 yang aku dapat.




Ceh! Ada banyak lagi gambar aku tak jumpa aku bubuh di mana. Terlalu banyak folder bersepah. Nanti-nantilah. Semua benda ni benda kecil sahaja. Tapi sangat bermakna sebab diterima pada hari-hari terakhir 2007. Ada hadiah dari adek, dari uncle saya, dan juga dari ibu saya. Itu pink, teko KFC. Nampak murah dan tak berapa seronok bagi korang. Tapi sangat seronok bagi aku sebab dia mengingatkan aku kepada kehidupan di Pontian selama 8 hari. Adalah kisah-kisahnya tapi aku tak mahu cerita. Sebab cerita ni tak ada kualiti.


SWIMMING
Aku tengah gila nak swim ni. Petang-petang swim tiga orang dekat Danau. Konon nak hilangkan stress. Tapi lepas swim, malam kepala pening. Mabuk je rasa. Tapi sangat ketagih. Lagi ketagih sebab nak pakai swimming suit baru. Kalau boleh, perlu class pon nak pakai. AHAHA. Aku ni macam gila pulak. Aku tak da gila lagi. Aku sedang mengantuk tapi aku memaksa diri untuk tulis lebih dan lebih panjang. Aku sangat kuat semangat tau. Setakat tak tidur dan buat kerja sampai pagi ni perkara biasa je bagi aku. Tak tidur 3 hari pon pernah. Tapi lepas tu aku catch up tidur 6 hari. AHAHA. Kalau tak tidur seminggu direct, mahu aku koma sebulan. Bangun-bangun je dah bulan February. Seronok jugak tu.

Cerita pasal swim. Semalam swim 1 jam setengah. Petang pergi Mines carik makan. Gila pergi makan jauh-jauh. Padahal makan nasik ayam je. Sebenarnya nak shopping beli T-Shirt tapi semua T-shirt buruk. Tak ada yang design cantik. Dear carik cd game tapi tak jumpa. Dan akhirnya rushing balik UKM dan terus pergi Danau. Pukul 5.30 petang terjun masuk pool. Dan semalam buat pertama kali dalam hidup aku yang sudah tua ni.. aku berjaya swim secara 'swim'. selama ni aku swim secara 'tidak swim' iaitu swim kuak tenggelam. At least semalam aku dah boleh tenggelam timbul. Walaupun kaki aku bersepah dan aku swim macam clown, tapi aku tetap swim. Semngat kuat. Sikit waktu lagi, bolehlah aku swim dari merentasi satu pool. AHAHA. Berangan! Hujung tu kedalaman dia 7 kaki. Mahu mati ka? Nanti mati dalam pool sangat hilang maruah. Yang penting, aku semangat nak pakai swimming suit baru. AHAHA.


JADUAL JANUARI.
Aktiviti kelas untuk bulan ini sudah sangat padat. Selain kelas dari Isnin-Khamis, kami dah mula Design. Ada trip dan beberapa tempat kena pergi.

12 Jan , Sabtu
PAM . (Persatuan Akitek Malaysia). Ada talk about performing art center.

14 Jan, Isnin dan satu minggu ini
Krit design. Studio mula tutup pukul 12 malam. Tak guna.

18-21 Jan
Site visit, Penang.

27 Jan
KLPAC (nak pergi!!!)

Unknown date
Kota Tinggi ( tak mahu pergi!!)


next target
BALI
:p
i nak pergi Bali.
:(



RUMAH.
aku rindu rumah.
2 minggu tak balik.
akhirnya hari ni balik juga.
membawa satu beg besar pakaian kotor untuk dicuci oleh bunda.
dan membawa diri ini yang semangat menggemok.
sebab nafsu makan aku sangat jahat.
sangat cepat lapar, dan sangat sekejap kenyang.
Tempoh kenyang sangat pendek.
otak aku asyik sibuk berfikir nak pergi makan apa dan makan di mana.

sebab tu aku kena grad cepat!
supaya aku tidak berbelanja sakan untuk makan lagi.
ada orang tu buat calculation lagi semalam.
dia kata saya kena grad cepat.
sbb lagi lama saya duduk UKM, lagi besar perbelanjaan saya.
dia telah menganggarkan secara purata bahwa perbelanjaan saya tidak kurang dari RM3K satu bulan.
Janganlah begitu, dear.
Don't calculate please :(
Tidak.
Tidak benar.


Tapi kalau dah satu malam boleh habis RM200, itu namanya apa?


Aku stress betullah menjalani kehidupan macam orang gila ni.Belanja makin lama makin banyak. Kerja pon makin banyak. Masa je makin sikit. Aku kena grad cepat! Aku tak boleh kalah dengan nafsu. Tak boleh makan banyak. Tidak boleh pergi Alamanda semata-mata untuk lunch dan demi dua ketul Dunkin Donut. Tidak boleh pergi Mines untuk sepinggan nasi ayam. Tidak boleh pergi Secret Recipe sesuka hati dan waktu demi air liur yang meleleh. Tidak boleh! Hiargt! Stress lagi dahsyat.


Bunda saya tanya samada saya ada makan epal dan minum susu atau tidak seperti yang disuruh olehnya.

"ada" saya kata ada.

Sebenarnya TIADA. Saya cuma makan segigit epal hijau sahaja. Itupun digigit daripada epal Shida. Saya tak beli epal pon. Saya juga tak minum susu. Kerna tiada orang nak lumba susu dengan saya. Semangat saya hilang. Tapi hari ini ibu saya bagi sekotak minuman kesihatan yang mesti di minum setiap malam. Ayah saya pon bagi sebotol makanan tambahan untuk kesihatan. Mulai malam ini, saya kena kembali memakan makanan-makanan berkhasiat yang tidak sedap ini. GAYA HIDUP SIHAT.

Makan buah epal.
Minum susu.
Makan gel kesihatan.
Minum minuman kesihatan.
Swimming.

Okey, memang sehat.

Dan macam mana pulak bila kita selitkan sekali ... nasik lemak ayam beli dekat kedai mamak pukul 3 pagi?

Jawapannya, sia-sia.


AHAHAHAHA.


Dah panjang dah entry ni.
Selamat berjuang.
Jangan nak komplen entry ni panjang. Aku ni memang kreatif. Memang berbakat menulis panjang. Kalau nak komplen, pergi luahkan emosi dekat diary masing-masing. Okay? Aku sudah penat. Nak pergi makan egg tart dan selepas tu sapu air mawar dekat muka kasi wangi. Mahu main facebook pulak. Dua minggu tak main. Ketagih ni.

yeay!
malam ni tidur atas tilam sedap.



Selamat malam.Jumpa lagi.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."