Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, July 12, 2008

Saya Bukan Kekasih Fahrin Ahmad

Kalau anda sudah berumah tangga dengan blog aku yang 'dadah' ni sejak tiga tahun yang lepas, pasti sangat muntahlah mendengar kisah-kisah kemaruk, mabuk dan habuk-habuk cinta aku pada Fahrin Ahmad. HAHAH. Eii. Geli pulak rasa meng-ayat-ayat cinta macam ni. Yucks.

Fahrin. Beliau handsome lah. Beliau pon berciri 'dadah' jugak. Never failed to get me glued in front of the tv just to watch him. Walaupon kadang-kadang cerita bodoh. Demi beliau, tengok jugak dengan sangat adimire nya. Ih. Gila. Mak aku pon selalu tak faham kenapakah aku suka beliau. Mak aku kata, beliau handsome tapi bukanlah secara sangat handsome sampai memanah ke jantung. Helleh. Mak aku tak tahu. HAHAHA.

Sebenarnya, aku tak adalah tergila-gila dia sangat. Iaitu tak segila yang pernah terjadi macam tiga tahun lepas. HAHAHA. Sekarang, steady saja. Lagi-lagi sejak beliau ber-Linda Onn la pulak. Hayyah. Tak cool betullah bila selebriti handsome ni berskandal. Membuat orang lain makan hati je. Tapi ingat senang ke nak buat aku makan hati. Sudah. Nak sangat linda Onn kan? Pergilah! Macam aku heran sangat je. Setakat Fahrin tu, lu dalam imaginasi gua jerk. Sikit tak menjejaskan kehidupan aku yang berwarna warni mengalahkan warna pelangi neh. HAHAHA. Ayat taknak kalah. Macam biasa.

Sebab-sebab termuncul topik Fahrin ni. Pagi tadi tengok Astro, dalam program AC Di Sini. Sibuk bercakap pasal hubungan dia dengan Linda Onn. Aku sebenarnya tak peduli sangat pon hubungan mereka. Sebab Fahrin Ahmad bukan ada kene mengena dengan aku pon. Dia nak berkasih sayang dengan siapa-siapa pon, aku peduli apa. Kecualilah dia memang kekasih aku ke kan. Memang tangan kudung, kaki kudung lah aku kerjakan. HAHAHAHA. Err.... dictator la katakan. Sebenarnya aku sangat tertarik dengan Statement T-Shirt yang dibagi AC kepada Fahrin. Ada dua T-Shirt.

Satu yang berstatement : Saya Bukan Kekasih Fahrin Ahmad. Iaitu yang akan dibagi kepada Linda Onn.

Yang lagi satu : Saya Pon Bukan Kekasih Linda Onn. Iaitu yang akan dibagi kepada Fahrin Ahmad.

Gila menjatuhkan maruahlah aku rasa. Kalau akulah menjadi Linda Onn, mampos aku saman sekor-sekor. Lagipon, kisah peribadi yang tak perlu dijadikan public statement. Tapi Fahrin memang cool. Dia pandai menjawap. No wonder. Lawyer kan, education background dia. Memang cool. Dan tahu pulak tu menepis kata-kata orang. Tapi T-Shirt yang dibuat untuk dia dan Linda tu aku rasa berciri gurau kasar. If, I were Linda ... aku rasa terhina. Tapi Linda is Linda. Nurul is Nurul. Aik? Apsal aku pulak terbabit nih? Fahrin, Linda, Nurul. Wahaa! Mungkin campur tangan orang ketiga. Oh somebody slap lah at my face.

Pendek kata, apsal aku sibuk kisah Fahrin dengan Linda neh? Sebab aku kan penganggur berhias. Aku banyak waktu terbuang-buang neh. Tapi sebenarnya, aku bukan peduli pon. Cuma kalau siapa-siapa jumpa Fahrin Ahmad, tolonglah shut up. Jangan jadik macam Shida okeh. Lepas jumpa Fahrin dekat KLCC (dating dengan Linda pulak tu), Si Shida ni kecoh-kecoh kasi aku panas. Ye lah. Sapa nak jumpa dia, jumpalah. Aku bukan nak sangat pon. Cuma aku kata, dia handsome. Tak fahamkah? HAHAHAHAHA.

Motif entry ni adalah bercerita tentang T-Shirt sebenarnya. Siapa berani buat T-Shirt tu kat aku, tahulah aku kerjakan orang tersebut sampai jatuh muflis. HAHAHAHAHA. Linda Onn, pergilah belasah Fahrin Ahmad kalau dia pakai T-Shirt tu okeh. Nak bala tenterakah? Contact saya. Email saya : nurul_pon_bukan_kekasih_fahrin@yahoo.com
 

14 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
adakah aku yg 1st lagi? yeaay!~~

Hahaha.. aku SGT TAK SUKA FAHRIN AHMAD sejak awal kemunculan die lagi.. sejak die digosipkan dgn LO lagi aku tak ske.. oh, dulu aku admire LO.. tp tu dulu la.. dulu.. (dah mcm dialog LO dlm citer gila bola plak.. hahaha)..

aku pon nak buat t-shirt statement "Saya bukan kekasih Beylo".. eh? beylo jantan kan? erk.. haha..
2:57 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
uiks.. sudah lama tidak tertera nama fahrin ahmad di blog nih.. hurm, ramai orang kata sy rupe fahrin ahmad.. eh eh.. tak tak.. fahrin ahmad rupe saye.. skarang siapa minat saya angkat tangan??
4:42 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kay - ye. kau first. mmglah. semua lelaki pon tak suka fahrin. haha. Beylo? lama aku tak dengar nama tu. sebab blog aku dah takda nama lagik. ekekeke.

zul - ye er muka anda rupa fahrin? okeh.... hahaha. tu ar kan. lama tak sebut nama dia. sbb mmg lama takda pikirkan dia. ekekeke. ha, sama rasa minat kat zul ni... silalah angkat tgn anda. okeh.
5:06 PM  
Blogger 13may conteng...
saudari,
takleh guna 2-2 akaun ker???
Kasi la pengecualian untuk aku???
hehhe hehhe...

btw, bagi akses untuk akaun ni yea:
encik13may@yahoo.com

satu lagi bleh terminate :)
6:57 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
may - tak boleh la may. walaupon i ni dictator tapi keadilan jugak anatra yg terkandung dlm polisi. ekekeke. ok heh. settle... :)
7:22 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
kakak, t-shirt itu bertujuan dibuat kerna dikatakan mereka sudah putus hubungan kasih baru2 ini. fahrin pon dah buat statement ala-ala xde hubungan. maka, hmm, he's in d market rite now. wuhoo~ aku xmo.. mak minat lain.
7:47 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aisyah - aku lagi tammo. buatnya dia terputus ngan aku kang, mau muncul plak t-shir SAYA MASIH CINTA NURUL . aku boleh je lawan balik SAYA SUDAH TAK CINTA FAHRIN. Ni barulah berpisah secara bermaruah. hahahaha. ni contoh tau. bukan kontrooversi. lagipon aku tak minat artis. lalalala. kang tak lepas lak nak ngadap bapak aku.
7:55 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
huhuhu suke betoi chika kat fahrin ahmad yek.tp beliau mmg macho lah.terpikat sama beliau sejak iklan petronas.huhuh

errk..elok dia pakai t shirt saya bukan kekasih linda onn tu.hihihi
10:27 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - kalau dia senyum, macam seksilah bukan? ngeh ngeh ngeh. bukan apa. baju tu macam penghinaan ar. ekekeke. kalau chikalah jadik linda onn, mmg abes dah fahrin tu simpan dia dalam cage. haha.
10:34 PM  
Blogger Unknown conteng...
eh dik chika. rasanya pasal tishet tu.. linda onn yg start dulu. dia yg kecoh cakap "kalo ada tishet yg tulis saya bukan kekasih fahrin ahmad.. saya akan pakai" erkk ntah lah kan.. tu la sebnab kot ac disini pong cam perli2 buat tishet utk dua org tu hehe
2:25 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
lindosh - ho eh? ishk. memalukan. hahahahahah. kalau chika lah, jangan harap. tapi kalau suh i pakai, i ok. Tapi kalau fahrin ponkena pakai, oh tidak ok. terjejas maruah di situ. ekekek
2:28 AM  
Blogger Aizar Azman conteng...
HAHAhahahaha..
gelak secara majmuk..
aku pon tengok,tp ulanganlah..
macho seyh die menjawap soklan2..
waaaaaaa..
err,tp mmg semacam malulah..
11:33 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
encik zul-->yeke fahrin seperti anda??biar sy bayangkan..
11:36 PM  
Blogger IamYonna conteng...
grrr..
fahrin ahmad..
ai like la chika!!
dengan penuh perasaan i tgk ac di cni ari tu.. i rasa dia sangat2 la gentleman..
dia still ckp dia kenal linda yang sebetulnya.. seems like dia cuba-tidak-terasa-hati dengan statement2 lina dalam paper or mag.
ahaha
t-shirt itu..
mcm sangat kesian dekat fahrin time tu. even ac cabar dia, die x pakai pun..
err x muat kah? huhu..
tp statement linda pasal t shirt tu mmg sangat menjatuhkan maruah! mcm la hina sangat si fahrin tuh!!
eiiee..
fahrin tuh dah la sangat ensem kan chika :p
ahahha..
kalo linda takmo,
beribu lg org nk :p
err..
tp tu la ..
die bau nasik ayam :p haha
3:51 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."