Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, July 10, 2008

Ditulis secara malu.

Disebabkan blog ni sangat addictive iaitu membuat aku berasa gian nak update, tanpa mempedulikan usaha gigih pembaca yang mengejar entry, aku akan tulis lagi satu entry. Blog dalam keadaan hyperactive buat masa ini. Lebih laju dari bullet.

Dan disebabkan entry ini ditulis secara malu, anda pon haruslah berasa malu untuk membacanya.

Sejuk. Lately, aku memang menghabiskan waktu di dalam rumah. Bergelak ketawa macam hantu dengan adik beradik, menyakitkan hati ibubapa dengan aksi-aksi kurang bernas dan berehat-rehat macam old citizen yang menghabiskan penghujung usia. Ishk. Tenat betul ke life aku neh? Exaggeration :p

Tapi semacam ada aktiviti baru iaitu sesi suaikenal. HAHAHAHAHA. Dengan beliaulah. Beliaulah neh. Muncul dalam hidup aku dan mengisi bulan July secara ekspres. Betul punya pantaslah aku rasa bulan ni. Sebab beliaulah kot. Put the blame on him. HAHAHAHA.

Sebenarnya, aku tak da bercadang nak bercerita pasal beliau. Tapi disebabkan blog ni berciri peribadi dan tiada lain melainkan hal-hal peribadi aku yang tak berapa nak hebat ni, jadi aku tak dapatlah menolak daripada menyelit se-slot dua kisah beliau. Sebab beliau sebenarnya slowly sudah mempengaruhi kehidupan aku neh. Aik. Macam manakah beliau sampai sudah mempengaruhi aku neh? Aku pon tak tahu hujung pangkal cerita. Tiba-tiba dah tersampai ke sesi suaikenal yang ekspres dan berjalan secara aktif. Hyperaktif lah.

Okay.
The truth.

9 July 2008 - Ter'dating. Aik? Apa pasal TER pulak? Sebenarnya bukan TER. Memang BERdating pon. With somebody new. Tahukah yang hidup aku sudah masuk ke chapter baru? Pasti anda tak perasanlah. Aku pon tak perasan. Magik jugak. Sebab tiba-tiba, aku pon dah berada dalam chapter baru. Chapter yang lama tu, aku pon tak sedar samada sudah tamat atau cerita tergantung. Entahlah. Sebab magik punya pasal.

Aku sebenarnya pon tak berapa faham apakah yang sedang terjadi. Diajak dating, okay datinglah. Masalahnya, memang dengan hati yang terbuka dan begitu pasrah sekali. Sebenarnya aku rasa banyak nak dicakap kepada beliau. Tapi bila sedang berbual-bual hyper... kami pon akan mengalami short term memory lost. Atau sebenarnya kadang-kadang, bukan memory lost tetapi memang tidak mahu bercakap. Aku pon ada je benda nak dicakap tapi tak tercakap. Memandangkan beliau antara insan yang ter-addict dengan blog ilmiah yang sangat comel ni (you yang bagitau I okey.Bukan I pandai-pandai cakap :p) so mungkin boleh lah dijadikan medium komunikasi. Hallamak. Macam cuak sangat pulak nak cakap dekat beliau. padahal bukankah aku orang yang steady? Erk. Tapi ada certain benda, aku tahu malu jugak. HAHA. Walaupon muka aku macam tak berapa tahu nak malu. Sebenarnya aku memang malulah. Dan to be honest, sejak kebelakangan ni, aku secara ajaibnya semakin pandai berasa malu. Tapi sebenarnya ia semacam berciri positif. Malu positif. HAHA


Serius neh aku makin pandai bermalu-malu. Dan semakin panjang pulak akal aku yang sedia panjang neh. Disebabkan aku berada di dalam keadaan yang ingin bercerita, biar aku tulislah sikit-sikit okeh. Sikit sajalah. Nak yang detail, banyak cantik muka anda. HAHA. Lagipun ia melibatkan orang lain. Jadi aku perlu menjaga keselesaan pemilik hati, jiwa dan raga tersebut. Hi you! :p


Semalam pergi dinner. Bukan berdua. Bertigalah. Aku kena membawa escort atas beberapa sebab, kesopanan dan ketatasusilaan. Hah, dah macam rukun negara dah bunyinya dating aku ni. Frankly speaking, inilah dating paling susah payah dan memerlukan hati dan jiwa yang paling gagah. Selama ni, konsep dating aku senang je. Bila diajak berdating ... aku pon akan membuat keputusan secara dictator. Iaitu kalau aku nak, naklah. Kalau aku taknak, taknaklah. Tapi kali ni, aku macam membuka hati secara pasrah. Aku takda pernah tolak pon. Malah aku mencari hari dan masa yang sesuai lagi. Okay. Sebenarnya aku bukan keras hati sangat. HAHA. Hmmm ... mari bercerita secara dewasa boleh? Sebab ni macam sebuah kisah yang agak flowery. Kalau tidak ditulis secara dewasa, ia bakal menghasilkan kisah seakan-akan filem Orked. Iaitu kisah kanak-kanak. AHAHA.

Serius.

Aku ambil 2 hours untuk pilih baju yang SESUAI dan ended up dengan memakai yang SALAH juga. But why should I really care about that? Sebab I want to respect him. I want to and I have to and I need to. Mungkin. Mungkin dalam fikiran aku, aku menjadi sangat realistik that he is not my previous chapter. Yang aku boleh keluar pakai apa-apa saja dan tidak akan dipertikaikan. Seriously, aku tersedar pulak betapa salahnya untuk melakukan perbuatan yang salah. Tapi aku tak boleh meng-hipokrit. Sebab... bukan dia memang tahu ke macam manakah aku? One.

Two. Aku tak ada rasa gentar nak jumpa dia. Maybe sebab muka beliau yang terlalu coooooool itu, jadi aku pon berasa cool. Cuma aku terlalu risau dengan attitude. Aku ni sangatlah childishnya punya perangai. Aku seorang yang hyper. Cepat teruja dan teruja-uja. Tapi, apa yang jadi semalam adalah sesuatu yang luarbiasa. Iaitu aku pandai pulak menjaga keterujaan dan mengurangkan sikap hyper. Aku tak rasa stress pon. Sebab aku tak paksa diri untuk slow down, tapi dia memang jadi sendiri. Again. Magik.

To cut the stories yang sepanjang almost 4 hours itu, aku rasa memang betul-betul comfortable. Padahal, ingat senang ke nak buat aku rasa comfortable. You are cool, sweet and a very nice person. Walaupun sometimes you try nak underestimate I tapi I ni gagah sampai tak larat nak jadi gagah dah. HAHAHA. Anyway (eh eh... meminjam ayat favorite you) aku tak fahamlah apa aku cuba tulis. Sebenarya ni kisah dating. Tapi tak semacam kisah dating pulak. HAAHAH.

Pendek kata, ni lah dia rencah-rencah dating yang pertama dengan beliau. Iaitu satu situasi yang luarbiasa bagi aku. Sebab aku pon tak faham apa yang sedang berlaku. Yang aku tahu, aku memang seronoklah berseronok dengan beliau dan semacam menunggu sms beliau pada waktu pagi. Hallamak. Ayat berciri kantoi dan semacam mem-blushing-kan. Tahukah sejak bila aku pandai menunggu sms beliau? Sejak pagi tadi. HAHAHAHAHAHAHAHAHA (this HAHAHA is longer).

Semacam menulis sebuah confession pulak. Tapi aku memang nak bagitahu beliau. Tapi mulut ni macam tak pandai bercakaplah. Jari lagi pandai bercakap pulak. Dengan terlalu malu, segan dan membawa pipi yang merah ini ... dinyatakan dengan malu sekali bahawasanya aku suka berbual dengan beliau dan sangat berbesar hati untuk menerima dan membalas sms beliau. KAH KAH KAH. Beliau pula asyik risau kalau-kalau beliau akan dilabelkan sebagai one of my stalker sejati. Oh. Anda bukan sama sekali. KAH KAH KAH. Since muka I dah malu dan terasa kebas ni, I mintak diri lah. Bye.

"Blog you memang addictive"
"Memanglah. I letak dadah dalam tu"

See. Beliau akan baca since beliau pon kata blog ni addictive kan. Sebab memang nak disuruh beliau baca pon. Supaya beliau sedar betapa sukarnya untuk hidup apatah lagi pergi berdating dengan beliau. HAHAHA. Bila dibaca balik tulisan di atas, memang merangsang sense of humor. Gelaklah kalau tak malu. HAHAHAHA.


 

11 Congteng-conteng:

Blogger IamYonna conteng...
aik?
chika sudah ada magic ka??
since when u jadi pemalu ni>?
ahaha..
slalu bukan gagah perkasa perwira kah? :p
grr..bagus la..
u da matang la tu :p
ahahha..

ehe..
mmg i rase u boh dadah la dlm blog u ni :p
i wajib masuk tiap2 hari! :D
2:33 AM  
Blogger Darling conteng...
hehehehehe

i tersenyum sorang2.. walaupun pagi2 ni bila membaca agak tidak masuk ke dasar otak tapi rasanya masih paham walau hanya 50% (aiks bodoh dah ke aku ni?)

chika sudah jatuh cinta? wah kali ni bukan bulan april eks? ihiks..


ps: i pun rasa u ada letak ganja kat blog u sebab tiap2 ari entah berapa kali i masuk nak tengok u ada update ke tak.. opss i bukan lessy ok :P
8:54 AM  
Blogger Mastakilla conteng...
betui..betui..
mmg ader dadah..
setiap hari akan dilawati..
klu blog ini dibukukan..
mungkin kilang printing x sanggup untuk print ke semuanya..
kerna akan meMUFLISkan kilang printing itu..disebabkan hasil nukilan yg terpanjang-panjang lebau ini..

~jgn ambek ati ye chika, ambik peparu xpe~

=)
8:55 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
semua orang,

memang lah ada dadah dalam neh. anda semua dah menjadi penagih. mungkin. hahahahahahahahahahahahhahaha.
1:18 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
waaaaaaaa....
kalau tuan pon malu,aku pon berasa seganlah untuk mengkomen..
takpe2,komen face 2 face boleh bermalu bersama-sama..wakaka
oh..oh..oh..aku berasa sesuatu
2:07 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
ehem2
chika sudah jatuh cinta kah smpi terblushing2 itu..hehehe
5:02 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aizar - huh? ko pesal? wahahaha. aku steady saja. dun worry. kekekekeikankekek

izza - chika neh kalau tak jatoh ch\inta pon menten blushing. nak buat camne. pipi ni mmg suka bagi kantoi kat tuan dia. ahhaa
8:03 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
new phase of life. cant wait to hear next. hehe. moga ada pengakhiran yg baik. amin.
5:40 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
aisyah - errrrr...... keh keh keh. helleh. aku dating. korang pon dating. semua pon dating. bukan ka? :p
1:46 PM  
Blogger aisyahmokhtar conteng...
nasib baik kau sebut korang..bukan aku la tu. haha. eh, ni bukan soal dating..ni soal dub dab dlm ati.
7:50 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
sapa yang dupdap weh? hahaha. engkau ka?
7:56 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."