Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, July 10, 2008

Fakta Kekejaman

fakta 1 : Silalah. Puas sudah disuruh. Boleh get out lah anda. Bye-bye *back-off*

fakta 2 : Blogger kasi limit up to 100 invited readers saja. Terpaksa berlaku adil sesama manusia. Yang berciri 'monumen' akan disingkirkan dan digantikan dengan sebuah organisma yang aktif. Macam biasa. Tolak guna jari pon boleh. Dan mungkin akan dibuat secara kitar semula. Tunggu giliran. Atau tunggu dan tunggulah. Sampai anda dimakan usia. HAHA. Tapi kalau 'monumen' tersebut semacam cantik, dan tidak memburuk ... macam sayang jugak nak dijentiklah. Simpanlah dulu. Tapi monumen tersebut akan dilabel sebagai harta simpanan aku. Amacam? Anda sukakah digelar sebagai harta simpanan?

fakta 3 : Aku masih diktator. Walaupun entry kebelakangan ni kurang berciri 'kekerasan'. Aku masih memegang polisi. Janji boleh dimungkiri. Tapi polisi tetap polisi. Lagi-lagi yang telah termaktub di atas sana. Jangan cuak, babe. Blog ni tak berisiko. Sikit tak ada.

fakta 4 : Hidup aku bukan kosong. Sapa kata hidup aku kosong? Sebab aku dah up sikit. Jadi penganggur berhias. Siapa kata menganggur tu perbuatan orang tiada wawasan? Wawasan aku lagi bersemarak dari wawasan anda. Mungkin. Aku bukan jadi penganggur tipikal. Aku penganggur terpilih. Iaitu yang memilih untuk menganggur. Maka, aku mensedapkan sikit status aku dengan menggelarkan diri sendiri sebagai penganggur berhias. Tak fahamkah? Sebenarnya masih setaraf dengan penganggur. Cuma status nama tu sedap sikit je. Ishk. Anda cubalah berfikiran luas sikit. Kita kena angkat basket sendiri. Sebab ciri-ciri orang berwawasan, dia mesti kena pandai angkat basket. Walaupun anda memang kosong dan tiada lain melainkan kosong semata-mata, tapi anda kena berlagak juga seolah-olah anda tidak kosong. Penganggur berhias punya wawasan.

fakta 5 : Hidup harus diteruskan. Dating pon harus diteruskan. Penganggur berhias juga mensyaratkan supaya untuk bergelar seseorang yang berwawasan, jangan suka melayan hati yang pecah. Kalau hati nak pecah, biarlah pecah sana. Errr... semalam aku ter'dating hallamak. Okay. Siapa berani kata hidup aku kosong? Mesti anda sibuklah bukan? Anda semua memang peka dengan perkataan 'dating' bukan? Tengoklah. Kalau aku nak bercerita, aku ceritalah. Kalau aku taknak, tak naklah. HAHA.

fakta 6 : Semua toys kesayangan lepas ni akan dikuburkan. Aku tak tahu tanah perkuburan manakah akan dikebumikan mereka neh. Atuk kata jangan simpan patung. Nanti malaikat tak nak masuk. Semua doa tak termakbul. Rezeki pon akan tak sampai. Hallamak. Pertama kali dia jejak masuk bilik aku. Heart attack orang tua tu. Dia tak sangka cucu dia penyimpan patung yang agung. Beliau kasi notis sampai minggu depan. Next week dia datang KL, kalau masih berpatung-patung bilik ni, dia warning : Siap! Walaupon aku tak takut sebenarnya dekat atuk aku, tapi bila dah masuk chapter agama ni, gua cuak dow. Kalau mintak duit aku tak cuak. HAHA. Tak lama lagi, bilik aku tak ada toys lagi. Ishk. Kesian hot chicks yang aku simpan neh. 22 tahun aku membesar bersama dolls. Berat betul dugaan hidup ni.

fakta 7 : Semalam punggah almari. Hari ni kena kemaslah balik. Siapa suruh punggah? Siapa suruh ajak aku dating? Aik? Apsal dating sampai punggah almari? Sebab aku hilang keyakinan terhadap tatasusila diri dan kesopanan peribadi. Tapi jangan hipokritlah, pakar motivasi ajar. Sebab tu lah. Akhirnya aku menjadi aku jugak. Sebab aku memang aku. Walaupun Paris hilton mencadangkan untuk kami bertukar identiti, aku akan kata NO secara gagah. Sebab walaupon tatasusila aku rendah, kesyukuran aku kerna menjadi aku adalah tinggi. HAHA. Ni bahasa jenaka la. Gelaklah kalau nak.

fakta 8 : Namun, harus kutinggalkan cinta .. ketika kubersujud. Apsal ayat neh sedap sangat?

fakta 9 : Hi Nuffnang! Duduk diam tumpang blog aku sekejap okeh. Nanti aku menyampah, kau blah lah ok. Sebab blog ni private. Letak nuffnang, macam tak relevanlah. Tapi gila punya hit la blog aku rupanya. Walaupon private. Bayangkan kalau aku open. Bukan setakat hit, ada orang boleh pecah kepala pon ada. Maklumlah. Blog aku ni comel sangat. Sampai menggugat ketenteram masyarakat jahiliah. Aik? Terasa ke? Apsal kau nak terasa? Makan cililah tu. Patut pedas. Pergi minum air sana!

fakta 10 : otak aku memang kualiti baik. Kalau tak, tak adalah aku menaip entry ni dalam masa 15 minit. Aku tak ada terfikir-fikir sangat. Terus taip. Pendek kata, fakta-fakta ni semua adalah merupakan latih tubi ketajaman otak aku. Bagus. 9/10. Lagi 1/10 aku terpaksa tolak sebab sepatutnya aku jangan buat splelling error. Tapi aku yakin, mesti ada spelling error. Aku memang diva spelling error. What to do, I love you. Bye
 

6 Congteng-conteng:

Blogger Mastakilla conteng...
10 fakta untuk menjadi penganggur yang berguna, berhias, dan berjahilliah..smoga mencapai kehendak diriyang sentiasa menghendakkan seshuatu..chaiyok!! chaiyok!! chika!
5:03 PM  
Blogger azie conteng...
suka ayat last. what to do, i luv u.
u writes in rhyme,ehehe..
7:09 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
mastakilla - fakta ni mungkin betul mungkin salah. mungkin applicable, mungkin tidal. tapi disebabkan owner sangat berkuasa, semua org kena percaya dan telan jek. hahaha. diktator.

azie - ada cilok sikit lirik lagu hindustan. hahahahahhahah. PARDES
7:52 PM  
Blogger 13may conteng...
hehhe hehhe...

Sebagai tanda penghargaan:

http://13may.blogspot.com/2008/07/141-terima-kasih.html

http://picasaweb.google.com/encik13may/BloggerPictures/photo?authkey=Tz25mAffF_A#5221307062512162642

Sila lawat blog saya...

Terima kasih :)
8:44 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
may - ho. hokey :)
9:05 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
waaa..
terlepas sudah..
semacam basi puler kalau lambat bace..
tengok,sape suh jd addictive lak..
err,mcm menyerah diri puler berkata addictive..
bukanlah addictive,tp MESTI kene jenguk..
ahaha,10fakta hokey..
fakta 5,waaaa..
fakta 6,mcm kes aku.tp aku sempat sorok,kecuali yg besar2 sebelum ibu nak buang.kikiki.itu pon setelah rase nak menangislah,kalau tidak yg besar pon kene pelangkong ke dalam beg plastik hitam!
1:58 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."