Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, July 11, 2008

Fry-Day

Drug addict. Conteng entry lagi. Gian je aku tengok blog neh. Sebuah statement berciri syok sendiri. Helleh. Aku memang adore blog aku. Macam andalah. Taknak mengakulah tu. Kalau ditanya, antara blog anda dengan blog aku, blog mana anda rasa comel? Mesti anda jawap blog anda bukan? Itu dinamakan sebagai Yakin Terhadap Potensi Diri. Sikap positif tu. Simpan sikap tersebut dan pupuklah sikap-sikap positif yang lainnya. Err... seperti menjadi ketagih dengan blog sendiri. Walaupon berciri syok sendiri, tapi ia akan membentuk jatidiri yang lagi baik. Okay. Tamat perenggan motivasi.

Hari ni Friday. Family day.
  • Kereta aku yang Rockers tu dah ber-shining. Haikal hantar cuci. Abah hantar polish. Service segala. Aku mintak betulkan side mirror. Okay, beres. Aku mintak lap cermin kasi clear, ok beres. Aku mintak exhaust baru. Okay, tak beres. Frust. Love Cushion aku, mamat cuci kereta tu pandai-pandai je ubah posisi. Cookie Monster dengan Si Bulat berwarna Hijau pon diubahnya. Weh brader, sukahati hang ja decorate kereta aku. Lain kali jangan usik toys aku okeh. Kaset pon dah dikebasnya dua kali. Ambiklah. Zaman kaset dah berlalu. Kalau curik CD Jay Chou aku, tahulah aku cincang tubuh anda.

  • Adek Del dah tak nak geng dengan aku. Sebab sekarang kami dah berpecah kepada dua puak. Aku bersekutu dengan Ijat. Adek dengan Haikal mungkin sekutu bersama. Ikotlah anda abang anda yang samseng itu. Pukul 8 kau geng dengan dia, pukul 9 kang, tak mustahil kau makan penumbok dia. Good luck okeh. HAHA.

  • Sejak kebelakangan ni, aku selalu ber-outing dengan Ijat. Dulu aku langsung tak pernah bawak Ijat. Aku suka bawak Adek. Tapi aku baru sedar. Kalau bawak Adek, aku yang miskin akan bertambah miskin. Kalau bawak Ijat, rangsangan humor akan meningkat. Maka, Adek pon dah buat statement suam tadi ; Okay. Tak nak geng dengan adek tak pe. Macam adek heran je. Pergilah!

  • Abah sekali lagi tersilap kasi ajaran. Disuruhnya Haikal mengelap cermin mengikut tips yang dibagi oleh kawan dia. Habis. Cermin kereta aku rosak sudah. Gila sakit hati aku tapi memandangkan aku neh anak yang taat, aku senyum ja secara paksarela. Pasrah je lah.

  • Mak aku kelakar. Aku tak boleh tahanlah berjalan-jalan mencari kuih bersama beliau. Mata beliau sangat tajam. Benda-benda yang aku tak nampak pon beliau akan nampak. Lepas tu akan tarik aku dan berbisik membagitahu apakah yang beliau nampak. Kemudiannya kami akan ketawa secara berduet anak-beradek. Dan akhirnya abah akan perasan dan kasi warning : Ishk dua orang ni. Tadi mak aku nampak sesuatu yang luarbiasa. Aku pon tak tahu apsal dia boleh peka terhadap benda kecik macam tu. Dia pon kasi signal dekat aku. Apalagi, aku gelak macam sakan lah. Masuk kereta, abah sound : Lain kali jangan gelakkan orang depan-depan. Tunggulah balik rumah. Oh again. Kami gelaklah macam jin. Mak aku kadang-kadang lagi rock and roll.

  • Haikal suruh pasang CCTV. Idea paling tak masuk akal yang pernah aku dengar dalam rumah ni. Kami pon mentertawakan beliau secara berjemaah. Tapi dia memang serius. Aku ingat dia buat jenaka. Dia pon bercerita pasal sistem CCTV dan aplikasinya ke atas kediaman. Abah kata TAK. Dia argue jugak. Kau aphal? Sejak bila pula high tech kemain neh? CCTV? Hang gila ka kah kah kah kah!!! Baru aku tahu. Rupanya-rupanya ada kes curik besi yang berleluasa. Tong sampah kami pon kena curik. Tong sampah tu berat masyaallah. Campur pulak dengan sampah maka menjadi sangat berat. Tapi kalau dah memang niat tegar nak mencurik, yang berat pon jadi ringan. Apalah pencurik ni stupid sangat. Tong sampah pon nak rembat. Haikal kata, kalau dia jual dekat kedai besi buruk, boleh dapat RM400. Loh. Kalau aku tahu, baik aku je pegi jual tong sampah bapak aku tu di waktu kegawatan ekonomi peribadi. Ishk. Pendek kata, tong sampah pon ada market tuh.

Dear friends,
FestSena bila? Aku tak sabar nak berkhemah dalam FRIM neh. Wa. Aku kah tu? Sejak-sejak dah menjadi penganggur berhias ni, hati aku semakin steady dan sedikit baik.Kurang mengada-ngada sikit. Sebab tak berapa ada sebab untuk aku marah-marah dan sakit hati. Hati aku agak sehat secara total. Ekekeke. Kelantan? Terengganu? Aku nak ikut studio yang nak ke Kelantan lah. Sebab dah lama tak gi Kelantan. Tapi parents aku cam tak kasi je. Camner? Ajaklah Ainul dengan Shida jugak weh.

 

11 Congteng-conteng:

Blogger Aizar Azman conteng...
FRIM dorg kate best weyh..
ramai berkata begitu sampai aku pon ingin tahu..
jika engkau mahu pergi secara observer dahulu,kasi tahu..
nanti jika berkhemah,dan sampai disitu,mungkin anda jadi hero!
10:26 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
aizar - dah penah pegi dah. sampai tumpah peluh-peluh dan keringat. bulan puasa masa tu dok buat trip gi FRIM. masa 2nd year rasanya. ke 1st year tah. tak ingat.
10:28 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
blog ko mmg addictive.. terutama bile part lawak2.. mmg gelak sampai letih tp still rasa tak puas nak gelak.. tp bile ko tulis emo2, aku pon terasa emo gak! haha.. tp ko kene igt, dadah kalo diambil berlebihan bleh overdos.. blog ko ni pon dah umpama dadah.. kalo update byk2 sehari reader bleh overdos dan boleh menyebabkan MAUT! ya, MAUT! hahaha.. yelah, aku letih nak baca entry byk2 sbnrnye.. haha
11:24 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
esok sy mahu mencari tong sampah di rumah2 jiran.. kalau dapat sepuluh buah tong sampah dah leh dapat ribu2... kalau dapat ratus2 tong sampah dah leh dianggap kaya.. sape nak join? tapi berdosa la.. haha
11:30 PM  
Blogger IamYonna conteng...
:)) :))
betul dear..
kalo org tu mmg tegar nk mencurik.
bende berat gile pun..
die buat mcm sangat ringan..
hee..
kalo lif2 kt umah flat,.
diorg mesti curik besi2 lam lif tu!!
ahaha..
lif tu nnt tinggal sehelai spinggang la...
sangat kesian :p

err..
tp CCTV itu mcm relevan tp mcm sgt x relevan sebenarnya :p

err..
penganggur berhias!!
ahaha
comel2.. :p
1:25 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kay - apsal komen ko berbaur kekejaman jugak neh? gila gelak pulak aku. haha. masalahnya, bukan readers yang overdose. aku sendiri yang overdose. padahal aku yang provide dadah neh. kakakakakakikikuku.

zul - tabaik..... ishk. saya cam membagi idea la pulak kan? tapi harus diingat. bukan sembarangan jenis tong sampah tau. tong sampah yang kena curik tu ditempah di kedai welding. diwelding secara cantik, dicat secara cantik dan berbentuk cube yang comel. bukan tong sampah burok dan plastik. ekekekke. kang kalau silap curik kang, buat badan jadi busuk je. tapi tak laku. ekeke.

yonna - i pon da pening dah dgn perangai pencurik ni. kalau dah mmg pencurik tu, dari sebesar-besar sampai sekecik-kecik benda pon nak dicuriknya. err. kecuali pencurik hati. ni memang pencurik yang sangat classss.
2:13 AM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
tidak.. jgn ajar sy mencurik tong sampah pelastik.. bedosa la..curi tong sampah besi welding pun dosa.. curi tong sampah pelastik buruk pun dosa gak.. ape kata kite beli je tong sampah besi then jual kat kedai besi buruk.. haha.. cik chika mesti nak try pas nih..
3:02 AM  
Blogger Fakyew conteng...
This comment has been removed by the author.
12:29 PM  
Blogger Fakyew conteng...
kalau chika mahukan pertolongan mengangkat besi tersebut sila koling saya. nombor talipon ada di facebook. available 24/7. macam kedai serbaneka.

50-50 aite?

drug dont work - the verve
12:32 PM  
Blogger Aizar Azman conteng...
oh..dah pergi rupenye..cam aku lak ketinggalan..
apekah kes encik zul mahu membuat sebegitu..sangat lawaklah kan..

~errr...mcm nak cakap,tp taknak cakap..
1:31 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
zul - tammo ah. saya tak berminat dgn industri tong sampah. hu hu ha ha

iqbal - takpe. orang kalau dah mmg berniat nak mencurik, yg berat mmg jd ringan. hahahaha. dosa ar! ekeke :D

jaja - dah pegi dahhhhh. bulan puasa lak tu. zul tu... tu lah. dia nak try mencurik tapi dia tahu hukum. ekekekeke :))
1:39 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."