Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, August 29, 2008

Lawatan akademik dan nombor Roman

Engkau meluat tak kalau aku kasi ayat puaka macam neh :
Hooray, aku dah langsing dah!

Meluat tak? Meluat tak?
Lantak kau ah nak meluat ke tak. Sebab aku memang dah langsing dah ni. HAHAHAHA. *pangg at my face* Owh people, I feel langsing and athletics since I lost 3 kg. Ingat main-main ke nak buang 3 kilo punya daging dari badan? Ingat calang-calang orang boleh buat ke? Sangat mendabik dada dibuatnya. HAHAHAHA *devilicious* Err. Ajaib betullah macam mana aku boleh berhasil melakukannya. Padahal dah bertahun-tahun aku berusaha. Gym, jogging, bowling, golf, yoga, dan sukan menembak. *tipu gila* Semua aku buat demi nak melangsing *tipu melampau* And finally, aku dapat jugak penurunan berat yang memberangsangkan. Hu Hu Hu Ha Ha Ho Ho! Langsingnya kau Chikaaaaa boleh blah.


Anda bersedia? Warning. Entry super saiya punya panjang akan bermula. Seandainya anda tak berapa sukakan gangguan tekstual, sudah! Janganlah dibaca lagi nanti akan sangat menyesal sampai menangis-nangis dibuatnya. Kalau anda rasa mengah, boleh berhenti dan baca lagik bila anda berasa bosan dengan hidup anda. Sebab blog aku neh memang sesuai untuk orang yang bosan dengan hidup dia. Err. Maksud dia, bacalah blog aku bila anda sudah tiada pilihan lain dalam hidup. HAHAHAHA. Humble bukan this statement? Menjelang Ramadhan neh, entry aku akan berciri rendah diri. Bismillah ...


I
Semalam aku tak ada dalam rumah. Maksud dia, aku berada luar daripada rumah. Pergi UKM. Jumpa kawan-kawan. Sebenarnya berjumpa kawan-kawan merupakan sebab sekunder atau boleh diistilahkan sebagai alasan tidak sengaja. Sebab, perkara primer dia ialah nak pergi swimming. Lepas gian. Alang-alang dah dapat berkumpul secara kedai kopi dengan ramai sahabat handai, apalah salahnya aku jadikan insiden tersebut sebagai sebab kenapa aku susah payah datang UKM. HAHA. Orang pandai dan humble memang macam neh.

Sampai je fakulti kejuruteraan yang macam cantek tu, aku pon terus masuk Studio Petunia. Apsal burok sangat nama studio korang neh ha? Ubah tak boleh ka? Seperti bernamakan Studio Of The Carribbean? Studio Of The Ring? Atau nak comel sikit, Studio Squarepants? See. Kreatif la Chika neh hayyoh. Aik.Bukankah tadi kata nak humble? Hahahaha.

Tak peduli lah macam mana punya burok pon nama studio korang, studio tu tetap merupakan bekas studio aku. Atau secara bahasa karatnya disebut sebagai sangat nostalgik. Tapi aku tak jadi nak serbu studio Petunia *ehem.Tak sedap dow nama neh* tu. Sebab mereka tengah briefing. Aku pon keluar bawak diri terus ke cafe. Nampak Ainul. Teruslah Ainul pon tersengih lebar dan aku pon sama-sama tersengih lebar-lebar-lebar.

"Jom lepak sana. Ramai duk lepak sana. Sha dengan Ayie pon ada," Ainul ajak aku. Aku pon ajak diri aku sendiri. Kami pon berkedai kopi tepi tasek sambil aku meminum coke edisi Beijing. Sejak kebelakangan neh, aku mabuk Coke balik. Kalau Gedik dengar neh, mesti beliau sangat bersorak dan dalam hati dia akan berkata ; dapat pon geng kaki mabuk Coke.

Okay. Aku nak masuk chapter II. Kalau anda pon sudah berasa muak nak baca, boleh berhenti dan sambung bila anda sudah tak tahu apa nak dibuat dengan hidup lagik. Atau pon jangan disambung-sambung lagik. Sebab entry ni memang gila punya panjang. Jangan kata aku tak warning ha.



II
Perbincangan kedai kopi petang semalam. Semua tanya pasal kawen. Semua mintak kad kawen. Semua ghairah nak kawen. Semua pon muka dah macam duta perkahwinan. Tak habis-habis membuka topik kawen. Sampai aku pon berasa tercuak-cuak. Ada sikit perasaan semacam mak nenek. Mereka sangat remaja-ria. Aku pulak sangat mem-bridal-ria. Dua sisi yang berbeza. HAHA.

Sha dengan Ayie pon datang dari JB. Ada meeting project. Wah. Semua orang gigih berkerja menjadi arkitek. Sekaligus membuat aku berasa sangat tidak berwawasan. Erk. Siapa kata? Aku sangat berwawasan. Belum nak tunjuk belang lagik. HAHAHA. Sangat taknak kalah la pulak. HAHA. Tapi aku tumpang seronok menyaksikan mereka dahsyat bekerja. Seminggu 7 hari. Bukankah dahsyat tu? Duduk dalam office membuat working drawing. Hanya orang kepala batu, hati besi saja yang akan gagah. HAHA. Tapi aku cuma berminat mendengar perbualan tentang gaji saja. HAHAHAHAHA.

Mek Ti dah dapat kerja dekat Wangsa Maju. Dia kata firm dia cantek. Gaji cantek tak? Chika neh kenapalah materialistik sangat? Yang engkau tu pulak, kenapalah tak ada sense of humor sangat? Aku bergurau lah. Hehe. Shafiz pulak akhirnya dapat interview from DP Architect. Ha, puas lah hati ko kan? Dapat firm hebat-hebat. HAHA. Nasib baik dia memang top student dalam studio. Maka, bila dia sangat memilih kerja tu, kami pon tak bolehlah nak menghina dia sangat. HAHAHAHA.



III
Mak aku kata ; Dah susutlah badan. Jangan sampai kurus kering, ma tak suka.
Aizar kata ; Weh, ko dah susut! Aaaaa. * dan terbarailah gelak trademark Aizar :D *
Farah kata ; Aku tengok ko neh semakin kecik jek.
Sarah kata ; Nurul, kau nampak kurus.

Aku pon buat-buat terkejut sambil berlakon konon-konon malu. Padahal dalam hati dah melompat katak,lompat galah, dan juga lompat jauh. Dalam hati dah berasa proud macam nak mati punya proud. Aku suka gila. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Tapi tiba-tiba Nisa muncul. Aik? Nisa nampak sangat kurus. Mas pulak muncul. Mas pon nampak sangat kurus. Iaitu lagi kurus dari aku, of course la hayyoh. Okey, aku kalah. Aku tak sekurus mana. Macam nak nangis sikit tapi tak apa lah. Aku tetap langsing hahaha. Tah siapalah kata aku langsing, aku pon tak tahu. Tapi aku memang ikhlas dengan diri sendiri. Aku langsing.




IV
Masuk studio Petunia *huii, buruk nama ni, buruk*.

Kak Nurul...


Mula-mula nampak muka Yin (Junior aku) dah tersengih sangat simbolik wajahnya. Aku faham dah. Nak bukak sidang perkahwinan la tu.

Sarah!!!!

Aku macam biasa. Memang terjerit-jerit bila nampak Sarah.

Nurul!!! *Okay, respon yang baik hahaha* Kau datang sorang ke?


Erk? Apakah maksudnya datang sorang? Tak kan datang studio bawak tunang. Macam terlalu thrill la pulak tindakan tu karang. Padahal aku neh, bajet je macam thrill.Padahal aku bukannya thrill sangat pon. HAHAHAHAHA.

Josh muncul : Hey, Nurul! Lama tak nampak.
Aku : Josh!! Hey! Camner studio?
Josh : Okayyyy. Aih. Macam-macam cerita aku dengar neh pasal kau.
Aku yang humble : Aik? Cerita apa?


Wakakakaka.

Kak Nurul!!!

Sana sini lah pulak Kak Nurul nya. Macam hot je aku neh. Mulalah aku perasan diva kan. HAHAHA. Majoriti mata pandang kat aku. Macam tak penah jumpa aku jek. Amenda lah mereka neh. Buat aku perasan diva jek. Kang bila aku dah men-diva kang, bukankah sangat buruk implikasinya? HAHAHAHA.

Alias pulak teriak : Tu diaaa, Nurul! Orang paling HOT buat masa ni. Diperkatakan di sana sini.


Aku yang dah perasan Diva pon dah terkesima. Aku boleh gelak-gelak je secara batu. Muka dah hangat sikit. Malu la aku hayyoh.

Kak Nurul nak kawen dah .....


Yin neh tak habis-habis dia usik aku pasal kahwin. Amboi amboi. Iman pon sama.

Tengok. Mendadak glamour aku jadinya. Macam artist. HAHAHAHAHAHA. Tolonglah jangan rangsang aku macam neh. Aku ni bila dah terangsang, pasti sangat perasan jadinya. Padahal aku bertekad nak menjadi humble neh. HAHAHAHAH.


okay, anda dinasihatkan menghentikan bacaan. Semak chapter seterusnya pada hari esok. HAHAHA.



V
Danau. Menggelupur nak swimming. Kali ni pergi berempat. Aku, Farah, Yin dan Pei Ping (junior kami jugak). Seronok. Err. Penagih. Kalau dah lama tak dapat barang, engkau tahulah macam mana dia punya gian kan. HAHAHA. Samalah macam kes aku ketagih pool. Rasa nak aku usir semua orang suh kosongkan pool. Kasik aku bermaharajalela macam pool tu aku yang punya. HAHAHA.

Anyway, Yin tak join swimming. Dia datang Danau untuk beberapa tujuan je ; Solat Asar, Jaga handphone aku dan tengok kami swim. HAHAHAHA. Yin, kalau Yin baca neh ... tolonglah senyum secara gembira sebab buat julung kalinya, nama Yin dah termaktub dalam blog neh. Pasrah lah okey :P

Dari jauh, abang jaga counter dah senyum. Oh. Ingat kat aku lagi lah tu. HAHA.

Abang counter : Mana lagi sorang? *dia neh memang tak da modal lain. Dari dulu sampai skang, ni lah soalan rutin dia setiap kali tengok aku datang secara solo*

Aku yang humble : Ha? Sapa? *kura-kura dalam perahu*

Abang counter :Cik Abang lah. *woooooo! sensitif neh*

Aku yang humble : Aaa. Dia busy *taram je alasan. Tak kan aku nak huraikan cerita satu persatu. Tak perlu.Lagipon aku bayar RM2 nak swimming, bukan nak bukak sidang bercerita*



Dah bayar semua, kami pon masuk. Tiba-tiba abang Lifeguard lagi sorang pulak teriak. Sudahhhhh.

"Hey, Nurul! Sini kau!"


Amboi. Panggil aku macam aku hutang 8 juta dengan dia. Aku pon stoplah. Terharulah jugak sebab dia kenal aku lagik. Ingat nama aku lagi pulak tu. Bukankah terharu? Disebabkan terharu, aku pon bercakaplah dengan dia kejap.

Lama tak nampak ni. Kau dah habis study kan? Buat master ke sekarang? - tanya Abang Lifeguard *padahal aku tahu nama dia, tapi biarlah aku panggil dia lifeguard*


Ha ah. Abes dah. Skang menganggur - macam biasa, orang humble memang akan mengaku diri dia menganggur secara jujur.

Helleh. Tipu lah. Dengar cerita nak kawen dah? - srrrrrrrp! selamba badak je dia tanya aku.


Aku secara otomatiknya terus pandang kat Farah. Farah pon secara otomatiknya berkata "Aaa.Bukan aku cakap! Bukan!" Dan Si Farah Reporter Antarabangsa ni pon terus larik mencecet masuk bilik persalinan. Maknanya apa tuh???

Amboi kau, Farah! Gurau kasar neh. Dengan abang lifeguard pon dia boleh canangkan. Tapi aku taklah marah. Sebab cerita dia macam kelakar. HAHAHAHA. Tak sangka lifeguard tersebut busybody. HAHAHAHAHHAHA.





VI
Lifeguard tersebut mencabar aku swim sampai hujung pool. Gila. Aku pon kata ; Tak nak ah. Sayang nyawa. Kawen belum neh.

HAHAHAH. Bantai gelak dia.

Tapi aku sangat proud. Sebab aku berjaya jugak hooray! Swimming sampai hujung. Itupon Pei Ping ikot aku. Manalah tahu aku tenggelam ke kan, bolehlah amoi tu selamatkan aku. HAHA. Aku cuba berdiri tegak, kedalaman dia sangatlah dalam iaitu sama dengan ketinggian dua kali aku. HAHAHA. Pendeknya kau Chika. Pendek pon tak pa, asalkan langsing. Aik? HAHAHA.


Well. Aku memang cuba nak buat entry yang humble tapi kejaplah. Nak mengambil satu perenggan untuk bangga diri kejap boleh ka? Anyway Farah. Kenapa kau tak sampai ke hujung pool? HAHAHAHAHAHA. Tengok. Aku neh nampak je pendek, tapi jiwa sangat kental. HAHAHAHAHHAHAHAHHA. *imagine : Farah lempang muka aku bertubi-tubi* HAHAHA. Gurau jek. Farah, i love u.





VII
Lepas swimming, makan. Makan dekat Pelamin. Lama tak ke situ. Tempat zaman-zaman kecik dulu *aku pon tak tahu apakah maksud dia zaman kecik neh*.

"Hai... sorang je?Boyfriend mana?,"


Sekali imbas, sempat dengar suara lelaki-lelaki tukang masak. Aik? Bukankah aku bertiga dengan Farah dan Yin? Aku tak faham betullah dengan manusia neh. Actually dia nak perli aku lah tu. Masalahnya, apsal dia alert sangat pasal aku? Padahal berbulan dah aku takda ke situ. Aku pon jarang datang situ. Pengajaran dia, banyak betul busy body dalam hidup ini. Tapi tak apalah. Mereka lah yang buat kita berpeluang merasa diri semacam DIVA. HAHAHAHA.


Anyway, Aku nak merekodkan sesuatu untuk masa depan. Yin kata dia nak kawen usia 24 tahun. Pei Ping kata dia nak kawen usia 28 tahun. Farah kata dia nak kawen lepas konvo. HAHAHAHAHA. Erk. Aku exaggerate je pasal Farah tu. Ampun, Farah! Ehehe. Calon dah ada kan? Kan? Aik? Memang sekalilah, jom kita imagine Farah lempang muka aku laju-laju. HAHAHAYYOH. Sabar lah Farah. Kang aku tak de kang, bukankah sangat bosan hidup kau tu? HAHAHAHA.





VIII
Lepas makan, kami pon pulang ke studio untuk bersolat Maghrib dan kemudiannya keluar ke Metropoint. Aktiviti fulus-mania. Tapi bukan collect duit sebaliknya membagi duit kepada yang memerlukan. HAHAHAHA.Lepas itu menjemput Iman (pon junior aku jugak). Jemput dia kat KIAM. First time neh ke KIAM. Hehe.

Aku suka betullah kedai tu. Vintage gila. Belanja punya belanja, tiba-tiba duit aku tingga RM6. Macam biasalah. Aku kan kaya sekejap, miskin lama. HAHAHAHAH.





Siapa suka furniture and decoration in English style, bolehlah pergi Metropoint Kajang tingkat 2. Duduklah kau situ puas-puas sampai mata ko juling tengok roses. Siapa penggemar koleksi pinggan mangkuk comel, artistik dan decorative ... kat situ pon banyak. Yang suka makanan-makanan tak boleh dimakan pon, ada banyak kat situ. Seperti bekas-bekas berbentuk cupcake, ice cream dan chocolate. Harga sangatlah berpatutan. Bunga-bunga plastik dia pon not bad. Tapi taklah sehebat SSF punya. Tapi SSF tu mahal sikitlah. Ah, kau datanglah sendiri tengok kalau berminat. Kalau tak berminat, takpe dun worry. Baca lagi chapter seterusnya :P





IX
Malam semalam aku bermalam di bilik Farah. Nasib baik rumet dia balik PJ. Kalau tak, sangat seganlah aku yang humble neh. HAHAHA. Aku rasa, aku memang tak bolehlah bersekedudukan dengan Farah. Kami akan berlumba-lumba tidur. HAAHA. Berlumba-lumba makan jugak. Saling menjadi enzyme antara satu sama lain. HAHAHA.

Pagi tadi aku celik bijik mata, aku tengok ada orang perhatikan aku. Aku pon hairan. Dia pon hairan. Aikkkk! Mek Ti! Apsal dia ada dalam bilik Farah jugak?

Loh. Kau ke Nurul! Aku ingatkan sapa.


Disebabkan Mek dah sergah tu aku pon bangun. Hehe. Dapatlah jugak jumpa Mek kejap. Kemudiannya kami pon mandi bersama-sama (aik?) dan makan bersama-sama di kedai mamak. Selepas itu pergi Canselori ambik scroll. Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina. Lega. Semua urusan dengan UKM dah settle. Kot. Oh. Belum. Bulan Oktober ada akreditasi. Hayyayayayai.





X
Esok pagi aku balik Johor jugak. Aku rasa, sebagai seorang anak yang baik dan sebagai seorang cucu yang menyayangi atuk dia, aku memang patut balik kampung jugak. Kami akan balik secara adek-beradek. Kalau ada Haikal, pasti sangat seronok. Tapi Haikal sangat sibuk dengan dunia baru dia yang aku tak faham tu. Dia kata tunggu dia balik. Tapi bila ditanya bila dia balik, dia pon kata dia tak tahu. Aik? Aku rindu Haikal. Tak apalah. Esok aku gagahkan juga diri untuk men-driving jauh. Sebenarnya aku pernah drive from Senai to Cheras. Gila dahsyat nak pengsan dibuatnya. Guna Kancil. Gila dahsyat drive jauh bawak Kancil. Sesuatu yang aku taknak buat dah.

Esok pagi service kereta Haikal. HAHA. Sejak dia takda, kereta dia dah aku buat macam kereta sendiri. Ada dua sebab kenapa aku tak boleh pakai kereta aku balik johor. Satu, aku tak mampu nak layan tangki kereta aku yang gila sawan telan petrol. Dua, aircond kereta aku bermasalah. Ketiga, sedap wo pakai kereta Haikal. Aik? Sebenarnya ada tiga sebab, bukan dua. HAHA. Tapi kalau pakai kereta aku, boleh angkut banyak buah-buahan. Termasuk dengan dusun-dusun sekalik. HAHAHA. Acah mak enon.

Ishk. Apsallah Ijat belum ada lesen memandu. Pasti penat aku berhempas pulas memandu jauh esok. Aku nak ajak Aizar, tapi mesti Ibu tak bagi kan? Kan? :( Nak ajak farah, dia dah janji nak bawak Mek pulak carik rumah :(




Disebabkan aku sebenarnya tak pandai menulis number roman, aku berhenti sampai SEPULUH je. Kalau aku pandai, memang aku sambung lagi panjang tu. HAHA. Actually aku pandailah hayyoh. (Aku pandai carik alasan untuk memanjangkan entry dan juga memendekkan entry) HAHA.

Tahukah kenapa aku menulis dalam chapter? Sebab entry neh sangat panjang. Aku nak menggalakkan engkau membaca secara berepisod.Sebab itulah. Mungkin engkau patut habiskan bacaan dalam masa at least TIGA hari. HAHA. Atau lagi panjang dari TIGA hari. Supaya engkau tak menuduh aku lambat update. Hehe. Kan dah kata. Aku pandai carik alasan. HAHA.

Bekalan dadah terputus? Belum tahu lagi. Mungkin aku yang humble neh akan membuat auto publish entry. Oleh sebab itu, engkau masuklah sini esok. HANYA kalau kau dah tak tahu apa nak dibuat dalam hidup neh. HAHA. Memandangkan aku macam humble lah konon, aku sudahi dengan ; blog neh bukan penting sangat. Kalau tak da update pon, ia tidak menjejaskan apa-apa. HAHAHAHA. Humble bukan? Hahahahaha.


Sekian,
blogger yang humble.
(Aih. Humble la sangattttt)
 

20 Congteng-conteng:

Blogger azie conteng...
takpe

dadah ni cukup utk cover sebelum u hapdet


thanks chika,ahahaha

saje mau bagi kamu jadi tak humble,ehehe
11:07 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
good azie. good girl:D

chika humble. humble. humble.


oh chikaaa. entry ni sangat humble. chika neh memang humble lah.

sekian, komen dari penulis yang membaca sendiri entry dia yang sangat gila punya humble neh.
11:11 PM  
Blogger Yana Ismail conteng...
huhu..panjang lak aih..hik2..cantik decoration tu..sangat menarik..:)

Em..tahniah dear brt bdn dah turun..alaahai,yana ni smkn naik adalah..makan je;p
10:37 AM  
Blogger cepotet conteng...
paaaaaaaaanjang sangat.

Metropoint Kajang! yeay, harus ku terjah. ai laikkkkkkkk. :)
10:42 AM  
Blogger cemut conteng...
sempat abes sepinggan nasik bace entry ni.haha.eyh alik kg ke..musim buah ade ag ke..
10:59 AM  
Blogger fara-D conteng...
i pon nak drop comment panjang lah....ko pun bleh baca comment ni secara bersiri...

I
petunia tu nama pokok la. but kalo ko perasan kat muka pintu tu, err...alamak... comment ni offensive la. nnt la story secara live. haha

II
shah dapat nertview dp, kumpulan, rangkaian.... (aku tatau apa motif komen no 2 ni?!!?

III
dialog lebih spesifik "aku tengok ko ni makin macam dak kecik la weh!"

IV
ye. tak dinafikan.
nurul haizum = diva.
^_^

V
lalala.... ingatkan da tamau swimming kat danau da.... siap wat penceritaan secara bersyair lagik kt lifeguard hr tu!! tipooo

VI
haha. ye la, ko jiwa kental. itu hari jiwa ku tak brapa kental sbb sbenonye, salah satu fobia aku adalah air yang amat dalam. tp aku teringin nak amik lesen scuba! wuhu!

VII
haah, ramai sangat calon i kan. ha yo! gurau kaso ni!!

tp ye benar, takde nurul sgt bosan idup kan. heheheh

VIII
aku nak ROSES kt siTU!!!!! T_T
and thanks for the rama-rama berbulubulu itu! ;)

IX
elok sangat hangpa ni, yg mek tengok ko atas katil pk ko rumet aku. yg ko atas katil tgk mek masok ingat mek rumet aku. apada! aku jugak kusyuk melayan tdo! ngahahaha!

X
mek tak jadi g carik umah tu. isk.
maka, plan hr ni ubah kepada bershopping secara tak keluar wang ringgit di kl! huhu

dah. semcm lagi logik aku g update satu entry kt blog aku kan dgn siri komen aku yg melampaui batasan pemikiran manusia aku ni. mwahahahahaktuih!erk.
11:04 AM  
Blogger Dieyla conteng...
chika humble!

haha~

name baru seyh.

=P

(humble la sangat. muehehe~)
11:45 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
Chika bebraju mandi ?
Pasti sang fiancee menelan air liur ..

hohoho
11:46 AM  
Blogger Eireen Camelia conteng...
perghhh humble la sangattttt...~!
1:53 PM  
Blogger kuchalana conteng...
mak ai..panjang nyer.. berpinar mata weh.. kekeke

ole
3:18 PM  
Blogger 13may conteng...
adess..tetiba ajer lapar bila baca entri nih...
3:27 PM  
Blogger 13may conteng...
mungkin byk tenaga digunakan untuk fokus membaca...sebab tu lapar kan???

jom makan!

:)
3:28 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
fuyyoooh
gile srious panjang
tp i khatamkan sekali bace ni
hihi..
xyah stop2
(adakah aku sedang xde ape nak buat? :P)

ee..nak pegi kedai jual mknan xleh dimakan tu!! pasti sangat seronoklaaaaa :D

waa..chika, mehla tunjuk gambar before and after..i mau dayet jugak la..tp x berjaya..huh! :(
9:12 PM  
Blogger WaiWai conteng...
Haha. Tahniah kerana berat badan menurun tetapi make sure certain part tidak menjadi kecil. HAHAHAHA. Ehh.... mana photo fiance? I wanna see :p
2:39 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
wohoooo...stok seminggu ni chika..

haha

apapun..kakak nak wish salam merdeka n selamat berpuasa
( adakah puasa terakhir sebagai penganggur SOLO berhias berdegree..? hihi )
5:43 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
eh .. nampak happy .. aku pun nak kahwin jugak !!
6:02 PM  
Blogger Nashrex conteng...
apsal sampai 10 je? awat x wat sampai 100 point?

hahaha

giler banyak ko tulis... meroyan ke haper? xde masa nak bace.. :p
12:45 AM  
Blogger Napster conteng...
wahoooo.....

*x der bender nak komen*
lalala...
selamat berpuasa!
1:08 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
adik! setelah menghasilkan entry berchapter adik hilang tanpa dikesan nih.ade di JB umah atuk yek? ;)
12:36 AM  
Blogger Masy conteng...
jgn sampai stumble semasa humble dahlah ek? ;)

selamat bpose dik chick (^_^)v
11:35 AM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."