Selamat Hari Lahir Ma.
You are great.
Mak aku garang o. Tapi dalam garang-garang tu, kami sangat dimanjakan. Cuma jangan buat silap. Waktu kami membuat silap, waktu itulah mak aku akan menjadi sangat garang. Namun begitu, beliau sangat penyayang dan sangat generous (tidak kedekut langsung dengan anak). Bila aku punya anak kelak, aku pon tak mahu kedekut dengan anak aku sebagaimana mak aku tak da kedekut dengan aku.
Kalau anak aku mintak duit, pasti aku bagi. Kalau dia mintak toys, pasti aku belikan. (Bukankah aku juga suka toys, maka boleh dijadikan harta bersama ibu dan anak.Sungguh comel bukan?) Aku akan memandikan anak-anak dan menyiapkan mereka ke sekolah. Sama macam mak aku menyiapkan aku ke sekolah secara perfect. Basuhkan rambut, pakaikan baju sekolah, susunkan buku aku mengikut jadual, mengikatkan tali kasut, membagi wang belanja mengikut jumlah yang tersebut di hujung bibir aku (sumpah aku tak pernah mintak duit belanja sekolah sampai seribu sehari) dan menunggu sampai lah bus tiba di depan pagar. Oh sangat baik hati. Aku juga akan menjadi seorang mak yang baik hati kelak.
Tapi.
Kalau anak aku tiba-tiba melalak tendang pintu dan memberontak mintak aku wang RM1 Juta, nescaya aku akan lesing dia secara dramatik.Kah kah kah. Apabila dia meminta aku membelikan dia sebuah Private Jet semasa dia berusia 10 tahun, aku juga akan melesing dia. Apatah lagi apabila dia berani sepak pinggan makan semasa aku sedang suap dia makan. Err. Jangan melampau sangatlah. Boleh meminta, tapi jangan sampai mencabar maruah dan kesabaran aku sudah. HAHAHAHA. Err, macam biasa. Chika seorang yang seimbang. I am positively somebody and I am negatively anybody. Well.
Tidaklah. Aku pon mana suka mendera anak. Kalau boleh, aku sangat tak nak memukul anak aku. Dan tak mahulah mendidik dengan cara itu atau menjerit-jerit secara rockers. Aku cuma membagi satu situasi. Untuk menceritakan bahawa, aku akan sangat memanjakan anak-anak (aik?plural kah? haha) tetapi dalam keadaan yang sangat sesuai dan perfect. Atau dalam kata lain, jangan sampai mempijak kepala ibubapa. Sebab walaupun aku sangat dimanjakan oleh ibubapa, aku sangat patuh dengan kata-kata ibubapa. Bercakap NO kepada ibubapa merupakan satu perkara paling susah untuk dibuat pada kebanyakkan time. Menderhaka merupakan satu perbuatan paling ditakuti. Oleh itu, janganlah memandang rendah kepada anak-anak yang dimanjakan. HAHA.
Yang penting, bagilah pendidikan agama yang mencukupi. Dan impian aku, untuk memiliki anak-anak yang super genius, taat kepada agama dan sihat walafiat. Aik? Ini sebenarnya entry menyambut hari lahir mak aku ataupun hari menghargai bakal anak-anak aku? Kembali ke pangkal jalan ; kisah hari lahir ibuku.Semoga Ma akan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Aku sedang seronok membuat kerjaan lain. Oleh itu, aku takda masa untuk mengerjakan blog ini secara over. Walaubagaimanapon, I love you blog. Selamat berpuasa semua. Janganlah makan secara pukal semasa berbuka puasa nanti. Kerna akan menjejaskan stamina semasa bersolat dan membaca Al-Quran. Err. Tahukah membaca Al-Quran memerlukan stamina yang baik? Kalau tidak, engkau akan sukar untuk bertajwid dengan betul. Ini berdasarkan kisah benar dan pengalaman penulis.
Semoga keluarga kami kekal bahagia dan dilimpahi keberkatan.
Insyaallah.
We Love You
Wassalam.
17 Congteng-conteng:
nak2 part mak yang x kedekut..
huhuhuhu
hepi besday mak chika!!
kem salam kat Ma ko ek nurul!
aku rindu ma ko, tp mesti la aku lagik rindu ko! hehehe
(erk! motif?)
jom berbuka sesama! hehe. berbuka dgn cara terjun masok pool danau!kihkihkih!!
auntie,
happy besday. moga sentiasa di bawah lembayung kerahmatan Allah SWT. amin.
chika, bila majlis kawin kamu ni?
serius i gelak guling2.err ayat tipu la tuh.
hehe..
1)happy birthday to ur beloved mom :)
hehe..bestnye,semua mak u sediakan :) haha...mmg sangat best dpt mak yang tak kedekut! heavennnnnn!!
2)kalau anak i mintak yang di luar batasan akal dan minta. i bukan setakat bagi lesing je, silap2 i suro die tido luar lah chika! hahhaha.. kecik2 dah pandai demand :p
3)err..dah xde isi la.
ok.bye.
hahha..
saje je balas balik komen chika kat blog yonna hoho :p
happy weekend,dear!
err, bolehkah sampaikan ucapan sbgini kpd ibu kamu? hehehehe
baguslah chika sayangkan mak krn tanpa ibu bapa kita tidak kemana....
:P
nape x post gambar mak sendiri ?
haish ..
nak post.
tapi sangat busy hari ni.
ketagihan benda baru.
blog neh akan terbiar kejap.
entry pon akan cincai.
hhahah
THANK YOU EVERYBODY FOR THE WISHES. THANKS FOR THE COMMENTS
br je i terpk, eh..tadi mcm nk citer besday ma, tibe2 citer psl anak2 plak :P
sekalik u dh state dlu..hiks!
btw, n3 ni sangat comel :)
Post a Comment