Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, September 02, 2008

kisah lelong yang menggadai waktu anda.

Number one ; seriously I need new laptop. I need. Need means, wajib. Compulsory. Boleh mati on the spot kalau tak dapat. Err. Okay, ayat tersebut over lah Chika! Exaggeration. Tak mati kalau tak dapat. Tapi at least, umpama jasad tanpa roh. What does that means? Jasad yang mati lah bukan? Ha that's why la hayyoh I said, boleh mati kalau tak dapat juga secepat mungkin.

Dia sudah terbelah-belah di bahagian kiri. Since aku neh kuat perkasa like... err... (siapakah superhero yang sangat kuat?) okay, like that superhero yang sangat kuat, maka tadi aku pon sudah hampir mempatah duakan skrin dengan keyboard. Bahagian kanan pon sudah retak.Dah macam antara nak ajal je aku tengok tadi. Crackkk! Aku dengar bunyi tersebut. Aku pon... hayyoh! Matilah aku pada malam ini juga. Oksigen oksigen! Aku pon memanggil oksigen kerna aku sangat tak bernafas dibuatnya.

Ingat. Kalau laptop aku terputus dua lah malam neh, aku pon akan terputus dua sama. Sebab aku sudah tidak mempunyai desktop lagi. Err. Kejadian petir tempoh hari. Belum dihantar repair lagik. Tahukah kenapa tidak dibaiki lagi? Kerna aku sangat malas mengusahakannya. Aku pon tak tahu apakah sudah jadi dengan aku. Sangat pemalas kebelakangan neh. Nak teguk air masuk mulut pon malas. Kalau boleh, engkau tegukkan aku air lah sini! Err. Tak payah.

Aku perlukan laptop.
Rasa nak menangis tersedu-sedu dibuatnya. (tahukah bahawa aku sedang menipu?) Aku memang sebaklah tengok laptop neh.Terasa kemiskinan yang sangat. Kalau tiba-tiba blog aku terdiam, maksud dia laptop neh dah terbelah dua okey. Macam cool lah bukan? Aku mematah duakan laptop sendiri. Gila cool! HAHHAHAHA. Aku mematah duakan laptop sendiri. Cubalah baca banyak-banyak kali. Terserlah ciri-ciri cool dan comel. Jahanamnyaaaaaaa.


Number two ; I want COACH. Gila tak? Itulah. Siapa suruh banyak sangat membaca Cleo? Gila. Gila. Pergi bakar Cleo! Aku dah tak tahu apakah harus aku baca. Bila baca Cleo, aku terliur tengok COACH. Bila baca Pesona Pengantin, aku rakus tengok pelamin dia bersama hantaran yang macammacam gaya punya artistiknya. Bila baca Utusan Malaysia, aku naik angin dengan kerajaan, bila baca Harakahdaily, aku emosi nak jadi politician. Abes, apakah harus aku baca supaya hormon aku takda bergelora? Komik? Komik doraemon? Nanti aku histeria nak memiliki sebuah doraemon. Bukankah sangat haru biru hidup aku neh? Luckily aku takda melanggan majalah automobil. Kalau tak? Engkau bayangkan lah sendiri... HAHAHAHA. Anyway, I love reading. (huh? eating?! Gila kau)


Number three ; aku bersahur telan happy pills. Berbuka telan happy pills. Sebab tu lah aku high sepanjang dua hari neh. Langsong tak ada naluri untuk hidup. Aik? Ayat kau jangan melampaui batas okey! Err. Aku rasa sangat letih yang tak berkesudahan. Maka, aku pon meng-horizontal sepanjang masa. I mean, most of the time (He said, better la aku meng-horizontal than being spherical) Kejinya ayat tersebut. Oyya, aku sudah tak langsing lagik. Iaitu kenaikan mendadak 1kg. Aku sudah menjadi a bit spherical. Ishk! Burok lah word spherical neh. Sanggop betul dia menggadaikan word tu kepada aku. Erk. Engkau jangan skema sangat lah. Mana ada aku telan happy pills. Bukankah dah dikata berulang kali? Aku sendiri sudah mempunyai ciri-ciri happy pills. Aik?


Semacam, aku semakin kerap membuat entry membazir. Iaitu yang berciri lelong. Maka, aku pon berasa sangat tak best. Entry yang tidak berkualiti sepatutnya jangan di-publish. Kejaplah aku carikkan alasan supaya entry neh berciri kualiti dan kena publish.


Err. Oyya. Entry neh bertujuan menekankan isi number one di atas. Iaitu perihal laptop terbelah-belah. Yang akan mencerminkan keperibadian aku yang bukan saja humble kebelakangan neh, malah sangat gagah dan juga pemusnah. Engkau mesti belum tahulah bukan sikap pemusnah tersebut? Aku rasa, semakin banyak memblog, semakin banyak keburukan aku terserlah sampai engkau semua pon akan sangat histeria dengan aku. HAHAHAHAHAHA. Tapi sikap jahat dan buruklah yang selalunya menyebabkan sikap baik engkau yang sikit akan sangat disanjung. Err. Memang aku ada banyak sifat yang kurang baik. (humble bukan?) Tapi sikap aku yang baik, walaupon sangat sikit tetapi ianya sangat berkualiti tinggi. Iaitu sangat baik. Erk. Atau untuk berciri humble, aku simpulkan ianya sebagai ;
Chika seorang pemusnah yang sangat sayangkan harta bendanya dan sangat bersedih atas kemusnahan tersebut. Chika juga seorang yang garang dan suka memarahi pihak lain dengan mukanya yang sangat berciri kemarahan tetapi beliau sangat baik hati dan cepat cool lantas mengajak orang tersebut makan ice cream dari pagi sampai ke petang.

Tengok. Sikap yang seimbang. (?)

Motifnya kali neh, sikap biarlah seimbang. Semua orang ada sikap buruk. Tapi coverlah sikap buruk tersebut dengan kebaikan yang berkualiti tinggi. Tak faham? Maksud dia, engkau belum mampu mentafsir motif entry. Boleh baca lagi sekali kalau nak. Kalau tak nak, boleh bersurai ke blog lain yang lebih berkualiti. HAHHAHAHAHA.


Bukankah entry neh sangat menggadai waktu anda?
HAHA HUHU HEHE.
 

20 Congteng-conteng:

Blogger :: Wiween :: conteng...
hehehe cian laptop dia da patah. alaa beli laa baru dik. laptop kan da x brapa mahal skang. ;)

pc tu pi laa anta kedai dik oi.hehehe.

alaaa naik 1kg jek. masih comel lagik kak ween tgk. ;) lagik2 bln pose nih..nanti akan turun laa 1 kg itu.maybe lebih.;D
11:38 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - tapi chika tanak laptoplain. Nak antara Apple ngan Vaio jek warna hijau. HAHAHHA. demand , yesss! ehehee. uishk, tak boleh kakak. naik 1 kg pon sangat menjejaskan pikiran neh. hahaha. rugi... rugi...
11:41 PM  
Blogger cepotet conteng...
oh, diri ini tiba tiba terasa nak makan aiskrim. err.. apakah?
11:44 PM  
Blogger Nashrex conteng...
xdpt nombo 1 laa pulek.. haha
11:44 PM  
Blogger cepotet conteng...
akak tak suka laptop. akak prefer desktop. laptop akak dua kali kena kebas. :(

kiranya, entry ni berkisar tentang laptop je la kan sebenarnya? ;p
11:46 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
laptop2..mmg sgt best..
mate aku berpinar2 smenjak pakai laptop bermuka 14" neh.. huuuuuu..


P/s: JOM MEN BOWLING.. den gian.. lol
12:12 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak erni - cerita dia ialah laptop. pengajaran dia ialah sikap dan sahsiah diri. haha. :P

nash - apa ar ko nih.

astri - woi astri kaya! belikan aku latop muka 16". hahaha. bowling? aku tak berminat la. ice skating nak ar. ekekeke.
12:16 AM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
whoaa..dia mau brand Apple yek.yg kaler ijau yek. Tu epal ijau byk kat supermarket.egegeggege ;p
12:41 AM  
Blogger f a R conteng...
dah busan sangat kah smpi hapdet banyak2 dan panjang2? :p

u suh la mr fiance belikan laptop jadi hantaran. besh woo hantaran dpt gadget2. haha..

err.. tp nnt tak dpt on the spot lah ye? *wink*
2:00 AM  
Blogger Unknown conteng...
yang oiii...
baca al quran..
tenang hati tu...
aminnnnn...
6:02 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
dh nak terbelah dua tu gne arrr gam super saiya....ahaksss x pon gne selotep murah sket kekekeke...baru la laptop tu nampak kiut kan kan kan
8:07 AM  
Blogger Masy conteng...
laa baru nk tanye rahsia penurunan berat badan, dah naik pulak? hehehe takpe2 pertambahan tisu adipos dalam badan menandakan kemeriahan bunga api di dalam jiwa *melankolik ye di situ*
8:27 AM  
Blogger Keri AlHaj conteng...
This comment has been removed by the author.
10:29 AM  
Blogger Keri AlHaj conteng...
Lap top apple kaler hijau... macam best je bunyi dia.. mcm cute je bunyi dia...

ha! yg bab apakah harus dibaca supaya hormon tak bergelora tu... apakata kalau Chika baca QURAN... hehe *Ish! belagak alim pulak aku ni ya* ok - utk mengurangkan sedikit kealiman apakata kalau baca buku himpunan hadis-hadis nabi... macam alim jugak ya? errr...
10:30 AM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak ween - huwaaaaa. orang nak laptop hijau, dia suh beli apple hijau. :(

far - gegegege. tak payah la sampai berhantaran bagai. daripada kasik laptop, lagik baik kasik COACH terus. harga lebih kurang. HAHAHA. hey far, i dah lupa url blog u. tu lah, u tulis blog cam biskut. HAHA :P

Hannan - wa, waraknya Hannan. Han, u dah sampai juzuk berapa? ekekeke.

Lelaki Misteri - sabar je lah aku ngan komen ko neh. Ko meh sini gam kan laptop aku nak? wahahahaha. Buat sampai perfect.

kak masy - ahahahha. saya suka bahasa bunga api tersebut. hahahaha. err. chika suka komen-komen dari kakak, semuanya bernas, dan membina-bina. Dan penggunaan ayat yang sangat bersepadu =)) *ROTF


chime - betullah semua orang dah warak sejak ramadhan neh. amin, ya rabbal alamin. Err. Anda dah qatam juzuk mana? huah! :P
11:02 AM  
Anonymous Anonymous conteng...
boleh bolehh...bak meh laptop tuh...nak gne selotep ke nak gne gam gajah cap beruang?
12:14 PM  
Blogger Keri AlHaj conteng...
khatam juzuk mana?? er! er! er!!! (ha tulah belagak alim sgt... padan muka aku)
1:28 PM  
Blogger Dieyla conteng...
hoi!

gile ganas la kamu ni.

laptop sampai nak terbelah dua.

aiyo.

ape kate karate je.

pastu biya die terus terbelah.

pastu mesti ade orang baik hati tolong sedekahkan laptop.

hahaha~
2:10 PM  
Blogger Dieyla conteng...
oh ye.

coach mmg sangat cantek lah.

mmg menggugat keimanan lah.

haha~

mmg patot dijadikan hantaran tuh!
2:55 PM  
Blogger sHiBi conteng...
teringat kejadian ngeri terpijak laptop kat tepi katil sebab lewat g klas mase blajor dulu2..tak pasal2 satu klas kata my screen saver lawa giler sebab segala liquid dlm screen tu dah spreading mcm air sungai..ape kebendenya lawa..itu screen sudah crashlah...hua2..
5:11 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."