Dari KL pukul 4 petang. Sampai rumah atok aku pukul 7.30 malam. 3 jam 30 minit. Itu pon sebab hujan lebat dan mengalami kesesakan (bahasa dah macam UTUSAN MALAYSIA tuih!). Kalau tak, pasti lagi cepat aku sampai. Itu pon atuk aku dah sangat terkejut dibuatnya.
Berapa laju kau drive ni? - tanya atok aku.
Err... 140 (berciri dusta sikit) - jawap aku dan blah masuk dapur carik nasik.
170, ko jangan tipu! - Ijat pecah temberang.
Mak Tok report abah dengan ma kamu - Mak Tok ugut.
Tak guna punya adek. Kalau aku kena dengan abah nanti, mula-mula sekali aku lempang muka kau laju-laju. Bukankah masa hujan aku cuma drive 120km/h? Apsal kena report tentang kejadian 170 dan tak mahu sebut je tentang 120 km/h tersebut? Apalah salahnya back-up kakak sendiri.
Nak salahkan siapa? Salahkan kereta Haikal. Apsal kereta dia gagah sangat? HAHAHAHA. Kalau macam tu lah punya gagah, drive Utara-Selatan pon aku sanggop dow! HAHAHAHA. Minyak pon save gila! RM100 dah cukop. Memang gelak jahanam ar aku tengok fuel meter yang tak berapa terjejas itu. Kalau pakai kereta aku, mati kataklah tersedak-sedak aku isi minyak. Pendek kata, aku nak buat harta kereta tersebut boleh ke? HAHAHAHAHAHHA.
Hello, ayong. Drive elok-elok tau. Pakai kereta mana? - Haikal call petang tu.
Kereta Dek Kal lah - ada rasa malu sikit semasa memberitahu. Macam hina la bukan lanyak kereta orang semasa tuan dia outstation? Aku pulak sangat berciri kedekut dengan dia. Hinalah bukan? Ataupon patut dikeji aku neh. HAHA.
Woo! Dah buat harta nampak. Ok,ok. Pakai puas-puas. Ekal balik nanti, insyaallah tak dapat dah pegang kereta tu. HAHAHAHAHAHAHA- see. engkau pon sama-sama keji macam aku. Baguslah. Adek-beradek keji. HAHAHAHHA.
Haikal, we missed you. Sangat sangat rindu. Tiada kejadian huru-hara dalam rumah ini sejak ketiadaan kau selama lebih 2 minggu ini. Kami sangat bosan dengan kedamaian yang berlarutan ini. Cepatlah pulang ke pangkuan keluarga dan membuat huru-hara di dalam rumah. HAHA.Cepatlah pulang. Bawa wang yang banyak juga. HAHAHA.
Anyway, semasa kami on the way balik kampung, dia SMS Ijat dengan Adek. Dia tanya, nak pesan beli apa. Oiihhhh. Kau tak sms pon kakak kau yang humble neh? Apa ko ingat aku neh kakak tiri kau? Tak fair betul. Itulah masalahnya dengan adek-adek aku. Mereka semua ingat kakak dia neh kaya. Padahal dorang tak tahu, dalam purse aku ada resit je bersama RM6 dan beberapa keping wang rupiah. HAHA. Tapi itulah keajaiban alam. Orang miskin pon boleh hidup dengan baik. Macam aku. Miskin dan unemployed. Tapi masih boleh lah berkeliaran dalam shopping mall. Bukankah aneh tu? Sebab itulah, jangan pandang sebelah mata pada penganggur yang miskin. Motif?
Aku rasa, entry neh sangat membazir. Iaitu kalau tidak dihasilkan pon tak apa. Dan pembaca yang membaca tidak mendapat apa-apa natijah ke atasnya. Membuat entry membazir merupakan satu perkara yang aku tak suka. Iaitu perbuatan berciri bodoh. Jadi, kenapakah membuat entry neh?
Disebabkan aku pandai menggunakan alasan, kejaplah aku mencarik alasan supaya menafikan bahawa entry neh membazir. Err. Mungkin entry ni sekadar membekalkan dadah ala kadar kepada para penagih. Juga membagi diri aku sendiri lepas gian untuk memblog. Itulah. Disamping itu, aku juga mengambil kesempatan untuk membuat sebuah entry berciri kekampungan. Sebab sangat jarang bukan entry aku mempunyai misi teladan yang baik. HAHAHA.
Sebenarnya .. ehem ... entry ini baru saja hendak bermula. Yang panjang-panjang di atas tadi ialah perenggan-perenggan membazir. HAHA. Marah tak? Kalau berasa marah, bakarlah blog aku. Bakarlah dengan apa cara sekalipon aku takda terjejas punya. HAHA.
Ini gambarajah. Semasa perjalanan yang panjang.
Mungkin kesan cuaca yang membuat aku menjadi separa normal. Nak salahkan cuaca lah tu. Well. Aku tak berapa suka menyalahkan diri sendiri. Apa nak buat, aku memang sangat pandai menggunakan alasan. Boleh jugak salahkan snack Cheezel kerna terlalu sedap. Sampai aku membuat aksi high atau boleh dituduh sebagai hilang pedoman. Nak salahkan Ijat pon boleh. Siapa suruh mengambil gambar aku? Bukankah aku sangat pandai beraksi di depan kamera?
Err. Sebenarnya aku bukanlah suka sangat buah-buahan tempatan. Aku cuma die hard fan terhadap buah-buah terpilih sahaja seperti manggis dan mata kucing. Buah lain boleh jalan. Termasuk durian. Jangan berani offer aku durian. Aku sangat tak suka dia. TAPI, demi menghasilkan sebuah entry berciri tempatan, terpaksalah aku memuja-memuji buah-buahan tersebut.
Buah duku sangat banyak dekat kampong. Aku pon duduk balik pintu sambil memakan duku secara ghairah. Padahal bukan suka sangat. Tapi sebab duku tersebut sangat manis dan saiz dia sangat besar, aku pon jadi ketagih kejap. Makan secara solo dalam gelap. Sampai nenek aku menjerit suruh aku jangan meneruskan perbuatan tersebut. Mak Tok kata, burok sangat anak dara makan tepi pintu. Aik? Buruk ke?
Aktiviti kekampongan :
- Menyambut kemerdekaan bersama atuk dan nenek di kampong. Dapatlah kami mood patriotik sebab atok aku sangat patriotik. Selama ni, kami mana pernah menyaksikan rancangan perbarisan di kaca tv. Biasanya pada hari merdeka, kami tetap kental menonton kartun di astro. Tak ada masa nak tengok perbarisan. Err. Menyambut di Dataran? Jangan harap. Mampus kena halau dengan bapak aku kang.
- Malam 1 Ramadhan, kami bertarawikh di rumah dengan atuk kami. Seronok.
- Petang itu aku turun ke kebun memetik buah pulasan. Padahal aku sangat taknak, tapi atuk aku sangat suruh. Dah namapon arahan atuk aku, siapakah boleh protes? Dikasinya aku kasut getah. Wah. Buruk betul rupa aku jadinya memakai kasut tersebut. Aku sangat cuak dan berdebar-debar. Sebab aku mana biasa masuk belukar. Bila disuruh rempuh belukar, aku pon menjrit TAK NAK. Atok aku pon menjerit MASUK! Apalagi, masuklah juga. Rasa nak menangis dibuatnya. Nyamuk sangat pandai mengambil kesempatan. Abes digigitnya aku secara berleluasa. Aku pon tak boleh nak buat apa. Sebab tangan kanan pegang bakul, tangan kiri pegang gunting. Tak cukup tangan nak tepuk nyamuk.
- Banyak wo pulasan yang berjaya dipetik oleh aku. Tapi aku petik sikit, aku makan banyak. Semua putik-putik dia aku makan dulu. Aku memang suka makan putik pulasan sebab takda bijik. Begitu juga rambutan. kalau dia dah betul-betul masak, aku tak suka. HAHA. Aneh bukan? Mak aku kata, itu bukan aneh. Itu nama dia Jakun. HAHAHA.
- Kesimpulannya, aku sangat takut masuk kebun sebab aku rasa terancam. Terlalu banyak haiwan berterbangan yang boleh menyerang aku secara berkumpulan. Aku juga takut dengan semak samun dan belukar. Mereka kelihatan jahat. Macam nak makan kaki aku. Balik dari kebun, aku pon terus mandi kerna aku berasa sangat gatal dan tidak selamat. Padahal tak ada apa pon yang terjadi. Aku pon bercerita dekat mak aku bahawa aku bertungkus lumus masuk semak dan memetik pulasan. Aku ingatkan mak aku akan kagum, tapi dia tak kagum langsung. Mak aku mendengar cerita aku secara biasa dan terus makan buah duku tanpa mempedulikan perasaan aku yang excited.
- Aku masak dadih secara bangga. Sebab aku pandai masak dadih je dalam hidup aku neh. Nenek aku pon memuji dadih tersebut sangat sedap. Adek aku pon memuji sama. Padahal macam aku tak tahu je. Siapa-siapa buat dadih pon, rasa dia tetap sama. Nak ambik hati akulah tu. Nasib baik aku ni jenis cepat perasan, banggalah jugak dalam hati neh. HAHA.
- Menziarahi sedara-mara. Mereka semua terkejut kerna aku balik Johor secara sendiri tanpa ibubapa. Mereka terkejut monkey. Mereka tahu, mak aku jenis yang overprotective punya orang. Mereka pon berasa aneh kenapakah kali ini mak aku benarkan kami balik secara adek-beradek. Mereka ingat aku balik naik bus? Chika naik bus? Nenek aku punyalah gelak sakan dibuatnya. Nenek aku pon berkata : Cucu saya neh, manja-manja semuanya. Mana nak naik bus. Ma dengan Abah dia pon tak pernah nak kasi anak-anak dia naik bus. Amboih, kenapakah mak tok membuka pekung di dada kami? HAHA. Memanglah. Aku tak suka naik bus. Mana pernah aku balik kampong naik bus. Bukankah sangat menakutkan naik bus dan berjalan jauh? Aku berasa sangat terancam. Err. Sebenarnya bukan salah aku. Memang mak aku yang tak pernah nak bagi. Jadi, aku pon sudah terpengaruh bahawa bas itu bahaya.

Ko jangan main gila. Slow... slow!
Ijat fobia. Itulah. Siapakah suruh membuta? Kan aku dah bosan. Bila bosan, aku pon terangsang untuk memandu secara marabahaya. HAHAHA.
Sampai je KL, aku call mak tok. Mak Tok marah pulak dah sebab cepat sangat kami sampai. Masuk je rumah, kena marah lagik dengan abah.
Pukul berapa dari Johor? - tanya abah.
12 - jawap aku dan cuba larikan diri. Confirm kena marah punya.
Pukul 12?!! Sekarang pukul 2.30 dan sampai???! Berapa laju ni kau bawak? - abah dah macam nak marah neh.
Tak laju - aku tak mengaku.
160 sampai 180 dia hentam. Uda dah cakap jangan. Dia buat jugak - sekali lagi Ijat buat dajal kat aku. Tak guna betul. Mampus lah aku kena marah lepas tu.
Tunggu je lah surat saman - kata abah.
Gulp.
Bukan salah aku.
Siapa suruh budak dua orang tu tido?
Okay, aku memang tengah tunggu surat saman. Aku mengaku. 2 jam setengah dari Johor ke KL. Memang tak berapa nak logik lah bukan? Aku pon tak sangka aku bawak selaju tu. Serius aku dah gila punya tak sabar nak sampai rumah. Aku rasa letih sangat dan nak muntah. Aku cuma pikir nak sampai cepat je. Okay. Jom kita tunggu surat saman. Tapi aku harap, tak ada lah surat saman :( Kang memang mati aku kena salai. Siapa suruh aku balik kampong drive sendiri? Salah aku ke?
Atuk aku alhamdulillah sihat. Cuma mata dia je berpinar-pinar. Kurang darah. Mak Tok kata, dia tunjuk perasaan tak nak bangunkan diri. Bila tahu kitorang nak balik, terus je dia sihat dan ceria. Terus bangun tengok tv dan duduk-duduk berbual. HAHA. Dah agak dah. Apa-apa je lah, asalkan dia sihat :) Kami sayang kat aki dengan mak tok :) Bersahur kat kampong best. Macam-macam lauk maktok masak.
44 Congteng-conteng:
ye yes!!!
*nnt aku bc jap*
lelaki misteri - siapakah yang misteri gila neh? ye. saya pon berasa aneh kenapakah boleh sampai sebegitu cepat. magik.
kat sini xde plak buah pulasan..xpenah pun rase.tp org ckp rase die sama ngan rambutan eyh?
siapakah yang misteri neh? ye. saya pon berasa aneh kenapakah boleh sampai sebegitu cepat. magik.
pulasan tu lebih kurang jek cam rambutan. tp dorang kata rasa dia lain sikit. chika rasa sama jek. duku ngan langsat pon macam sama la bukan? cuma strawberry dgn epal, sangat berbeza dan chika tahu nak bezakan. itulah sbb buah-buahan tempatan sgt unik. dia mempunyai dua jenis yang mirip-mirip. hahaha
2 jam setengah..
hehe
mmg patot u dpt surat saman la chika! hahah..
err
mr fiance tidak marahkah? :p
alhandulillah.
u pegi dan balik dengan selamat :))
yonna pun x suka hutan2 belukar. mcm ade penunggu je yang bile2 masa nk tarik kaki kite! ahhaa,.
alasan!
btw,
y ur parents tak pegi sekali ? :)
tu la best kan kalau menganggur.... makan ngan tido jek... xyah pk yg lain ahakssss
ye la. semak samun sangat mengancam keselamatan. tp actually i takot binatang gigit kaki nanti kaki pon sangat burok. padahal dari kecik sampai besar, sangat dijaga jangan main pasir nanti kaki kudis. burok. kang kena gigit kang, sia-sia lah bukan hahahaha.
parents i sibuk. dah terdesaklah tu abah berjanji nak balik tapi tak jadi. abah neh pon kalau dah janji ngan atok kitorang, dia akan sangat patuh. bila dah tak jadi tu, kamilah kena balik. hehe. tapi best wo. kalau boleh nak lagi lama, tapi adek2 sekola... :( huhuhu
ye la mmg la mati katak org lain nak menang sbb dorang x tercalon kekekekeke...tp yg tercalon tuh belom tentu menang lagi..
chika chika boom..boom..boom..bunyi laguuu
kekekekeke...opssss
haha..
siapakah manusia ini?
miseri sgt ke :p
agaggaa
nnt sia2 je u reply.
dah la berjela lak tuh :p
layan cheezel plak kekekee
lelaki misteri - ha ah. sebab tu lah tak sedap
Johor tu kat mana, yg 2 jam setengah je dari KL, kalau batu pahat ke muar ke logik la kot..kalau JB mmg tabik spring la kat kete tu...
anyway chika, harga yg photog tu offer i adalah harga di JB, dia org KL cuba tanya dia harga kat KL bape..
pakej dia masuk nikah, sanding dan outdoor..
gile lah u ni.
tapi macam best je racing kete camtu. hehe~
confirm kene samannye lah.
haha~
tapi takpe. puas hati.
kalau setakat terlebih 10-20 kilo kene saman panas gak.
ni mmg carik nahas.
=P
dieyla - yes, u're right. biar kena saman selepas gila punya speed daripada kena saman disebabkan terlebih speed yg ala-ala. lagik lumayan kan. tapi, tammo ar kena saman. mintak2 takde ar... memang mati kena ngan bapak aku! haha
errk..kasut getah?? kasut phua chu kang tu bukan? agagag ;p kaler ape? itam ke kuning? aiseyman..dpt byg chika pakai kasut phua chu kang itu.musti amat comel. hehe kak ween jugak x brapa gemar masuk kebun. sgt byk nyamuk. Tingat dlu arwah atuk ajak pi kutip durian. ngeri. Menatang 'corak batik' tu pun byk. asik bantai telan ayam utan saja! ngeri bukan. Psl tu x suke ikut arwah atuk pi kebun.Tp bantai mkn hasil kebun mmg amat gemar.kuikui.
giler laju chika bwk.kak ween slalu balik dr Jb ke PD dlm 3 jam baru sampai. Chika pulang ke kl 2 jam stengah?? humang aih...jaga2 kat highway seremban tu pulis slalu wat speed trap. nyampah. xleh nak impak maksima.agagag ;p
anyway, selamat meneruskan puasa yek adik! ;) mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa lebih byk keberkatan :)
oh ye..
chika merempit ni.. ngeahahaha.. aku paham perasaan kamu.. perasaan ingin sampai cepat bile sme org membuta..
p/s: spt kate org di atas.. highway soghomban mmg banyak speedtrap.. lol.. meh check saman 3 secara sms..
astri - erk. btol ker seremban banyak speed trap? dowh! shit ar. mati aku weyh.
macam kak wan drive dari sini ke ipoh..
yayaya
tapi.. chika lg power lah.. hoho
lajunya u drive..hiks
kereta gagah, mesti tak trase drive laju pon kan
i klo bawak pon, paling laju 140 jer
takpela, janji laju tapi selamat :D
i tak suke masuk belukar sebab ase kaki jd miang2 pastu
gatal2..hahaha
(alasan ker?) :D
adik2 memang ske kantoikan kakak..kena suap sket br diam kot...
kah kah kah!
Post a Comment