Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, September 03, 2008

Nasik satu pinggan

Selamat Ramadhan, everyone!
Third Ramadhan already. Baru nak wish Happy Ramadhan ke? Why so slow? Because its fasting month, semua pon menjadi slow motion. (ye?) Alasan lah, macam biasa. Bagaimanakah Ramadhan anda? Sangat seronok? Mengujakan? Melangsingkan? Atau sudah ternaik kilo lantas berlinangan air mata dibuatnya?

Ramadhan saya (ehem, saya?) seperti Ramadhan yang lalu juga. Sangat sederhana dan tidak bermain bunga api atau mercun sebagai menyahut saranan kerajaan. Ramadhan tanpa mercun yang meletop-letop sampai menggoncang dunia adalah sangat bosan. Tetapi berwaspadalah dengan arahan kerajaan. Bukankah kita sangat menghormati kerajaan? Amin. Saya masih diplomatik dengan kerajaan. Sebab kerajaan pon very diplomatic lah hayyoh. Its Ramadhan, baby! Kita haruslah meningkatkan puji-pujian dan berkata yang baik-baik.

Apakah yang seronoknya menjelang Ramadhan?

Pertama, kita akan makan nasik. (as if you never makan nasik during any other months). Kita akan menjumpai lauk-pauk dan kuih-muih yang aneh-aneh. Dengan pelbagai rupa dan rasa. Yang kadang-kadang membuat tekak saya berasa nak hancur kerna keanehan juadah tersebut. (anyway, tekak saya sangat conservative atau disebut sebagai tah apa-apa). Kita juga akan bersahur dan bangun dari tidur untuk makan. Bukankah kejadian ini sangat luarbiasa dan sangat tidak praktikal pada bulan-bulan lainnya? Mak kita pasti sangat tidak kuasa untuk bangkit pada jam 3 pagi dan memasak-masak kalau bukan pada bulan ini. Setelah itu mengejutkan anak-anak untuk makan. Berciri kasih sayang di situ. Selepas itu, we have dates! I love dates! (Kurma lah. Bukan dating maksud dia.Janganlah berdating sewaktu berbuka ataupon bersahur. ) Tahukah kenapa aku (ehem, saya lah!) Tahukah kenapa saya suka dates? (bukan dating!) Sebab memakan kurma akan membangkitkan ilusi-ilusi berpuasa seumpama di Tanah Arab (?) Aneh betul perasaan neh. Mungkin saya sangat terkenangkan ladang kurma di Tanah Suci Mekah.

Sebenarnya, berpuasa boleh melangsingkan anda. Tetapi perlukan mengamalkan cara yang betul. Kalau anda makan secara vampire sepanjang malam membawa ke waktu syuru', pastilah peluang untuk langsing sangat TAK ADA. Oleh itu, tingkatkan Iman pada waktu malam. Janganlah menjadi sangat angelic pada waktu siang dan bertukar menjadi vampire kuat makan pada sepanjang malam. Kalau anda sangat beraksi vampire, janganlah berharap sangat untuk melangsing menjelang perayaan aidil fitri kelak. Nasihat ini percuma sempena Ramadhan. Kalau tak, aku charge jugak tu! HAHAHA. Apa kau ingat aku pernah membagi service percuma selama ini?

Apakah lagu raya kegemaran anda?
Lagu raya kegemaran saya ialah Anugerah Aidilfitri nyanyian Siti Nurhaliza. Aik? Aneh bukan? Chika mana suka layan Siti Nurhaliza. Tetapi menjelang Ramadhan dan Raya, Chika sangat layan artis tersebut. Apa nak buat, lagu raya beliau saja yang tasty.

Lagu raya paling saya menyampah ialah yang berbunyi seperti ini ; Selamat hari raya, kepada saudara serta saudari ... setahun hanya sekali ... bla bla bla.. Gila punya bosan lagu neh! Dari kecik sampai besar aku sangat tak nak dengar lagu neh. Kenapakah lagu tersebut berciri sangat bosan? Kalau aku sedang memandu dan terkeluar lagu neh dicorong radio, laju-lajulah aku menukar ke stesen lain. Aku sangat alergik dengan lagu tersebut. Iaitu satu rasa tidak suka secara sangat.

I am trying to talk about Ramadhan but I guess, I am missing nasik even more. Why lah nasik so alluring. Err? Sepanjang puasa ni, I eat nasik only for break fast (bukan sarapan pagi. Ko gila?) Nasik only sebanyak satu pinggan tanpa bertambah ke dua atau tiga pinggan. Then, I eat nothing for all night long. Sumpah. Semasa bersahur juga I eat nasik. One pinggan only. Not more than satu pinggan because I want to be langsing (whatever). Why I want to be langsing? Because I want to raya sakan this year like I never did before. I had studio projects these past three years and they killed our raya mood. Sebab itulah raya this year, I am so semangat to look langsing, cantik dan sangat RAYA HOORAY! Baju raya yang subhanallah punya glam pon akan kelihatan sangat buruk bila tiada kelangsingan. Thats why lah!!! HAHAHA.Somehow I know, I will never be langsing. Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapakan tahu. Brilliant. Not bad juga pepatah Melayu. Sangat berguna dijadikan alasan.

Perempuan yang meninggalkan puasa, janganlah makan secara berleluasa. Saya pernah makan buah nangka pada bulan puasa iaitu semasa matahari sangat terik. Saya makan secara sanagt sedap semasa adek saya tengah tidur lena. Saya makan berhampiran dengan dia. Tidak sangka, bau nangka sangat mujarab untuk membangkitkan orang yang lena. Adek saya telah bangun secara mengejut dan lantas berteriak "Tak puasaaaaa!" Dia pon terus bangun dan berlari ke tingkat bawah lantas berteriak-teriak macam orang gila.

"Hoi semua! Ayong tak puasa! Dia tak puasa! Dia makan nangka dalam bilik kat atas! cepat cepat naik atas marah dia!!!!"


At that time, Haikal was only 8 years old. Dan kejadian kantoi telah berlaku banyak kali sampai aku rasa bengang nak selam muka budak-budak ni masuk kolam. HAHAHAHAHA.
 

18 Congteng-conteng:

Anonymous Anonymous conteng...
no 1...opss baca jap kekeke
2:17 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ciss.. lelakimisteri meragut lucky no 1 aku dgn langkah jahat.. tak aci! disqualify! haha..

gile canang satu kampung si haikal masa kecik2.. nakal gak die eh.. cam perangai aku gak lebih kurang.. hahahahahahah..

lagu yg ko bosan tuh kalo tak silap aku lagu saloma.. klasik lagu tuh.. die jadi bosan sejak kerajaan mengarahkan utk dibuang "dam dam dum, bunyi mercun" dari lagu tersebut kerana telah mengharamkan mercun.. haha.. haram jadah sungguh! *opss, puasa* haha
2:22 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
lelaki misteri - ko main kotor neh. komen dulu baru baca. hahahaha.

kay - haha. ada orang dah mencabar lucky number 1 ko. hahahahaha.
2:26 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
ehh...mana ada main kotor...lumpur pon xde lam opis ni ahaksss...opsss im a lucky one.....dont jeles2 hahh ahaksss
2:31 PM  
Blogger Dieyla conteng...
haha~

sengal la kamu.

yang kamu pegi makan nangka ape ke hey?

aiyoyo~

tapi adik-adik lelaki mmg sangat menensenkan bile bulan pose.

bile kite pergi dapo je mula la nak menyebok gak.

hoho~
2:39 PM  
Blogger Dieyla conteng...
oh ye.

selamat berpuase ye chika.

jangan makan banyak-banyak.

=P
2:40 PM  
Blogger Masy conteng...
obses betul nampaknya chika pada nasik hehe.

misi puasa akak thn ni ttp kekal spt tahun lepas - no nasik at all. well... err.. i hope. kecuali nasik yg dipadatkan menjadi nasik impit sahaja yg akan dipertimbangkan nasibnya ke dalam perut. insyaallah. berdoalah nasik impit.
2:43 PM  
Blogger Shaira Nadiah MJ conteng...
Haha, sangat funny la.

Selamat Berpuasa dik!
3:07 PM  
Blogger cepotet conteng...
ahahahaha. yang pasal nangka tu buat akak tergelak besar. cumel la adik chika ni. cumel macam akak ja. agagagagaga. :p
3:31 PM  
Blogger Ms Haslina conteng...
selamat berpuasa juga..semoga puasa kita di berkati ALLAH amin..
4:21 PM  
Blogger Keri AlHaj conteng...
hmmm... entri kali ini lebih berbau 'Muslimah' dan 'Solehah'...
5:16 PM  
Blogger Eireen Camelia conteng...
dulu aku best lagik. lagi berapa minit je nak bebuka, ada satu sudu dalam jag tu aku main isap je. tanpa disedari banyak kali aku isap sudu bercelup air bandung tu. sampai mak aku cakap 'hoiiii tak puasaaaa' haha bingai
5:30 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
selamat ramadhan dik chika ku! hehe

sama la kite suke mkn kurma. kak ween pun sama. kurma sgt sedap. tp ade gak org x suke mkn kurma.ikut tekak memasing kot.gege ;p

err...sama break fast mmg kena mkn nasik.kalo x akan menjadi lembik kan. tp kak ween tau, chika mmg suke nasik.hehehe satu pinggan tu mmg da orait sgt da. mari sama2 melangsing di bln ramadhan ini. :D
6:35 PM  
Blogger CikJa conteng...
hhahahaha.. lain plak aku...
aku dengan selambanyer soh abg ipar aku beli makan aku sekali.. mase tu umur baru belasan tahun.. di sebbkan dia nak belikan tuk anak dia yg baru 2 ke 3 tahun makanan.. aku pun join ler sekaki...
wakakkaka...
aku sgt keji dan zalim...:D
8:23 PM  
Blogger alifmimyanun conteng...
makan secare vampire ? apekah makan secare vampire. setau saye vampire tak makan.

kalau mau langsing jangan makan nasik la cek adek. nasik itu terkandung karbohidrat. makanlah dadih.

kenapekah makan nangke di waktu puase ? pastu kantol banyak kali pulak tu memang jenis never learn from mistake(s)lah

kenape mengepost 2 entry dalam satu hari ? tak kerje ke ?
10:13 AM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
hahahaa
haikal sangat agresif!
takottttt

:D

tp i pon klo terkantoi ngan budak kecik tak puasa, sangat la tak taw nak explain mcm mna :P

tp biasanya klo i xleh puasa pn, i x la makan secara berleluasa..hihi..iaitu selalunya minum air jer

i pon mau langsing jugakkk :P
10:14 AM  
Blogger IamYonna conteng...
haha.
haikal comel gile :p
biase la
kate umo baru 8 tahun kan :)

kurma..
err..
tidak pernah makan.
sebab i tak makan sebarang buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan haha..

cehh.lagu raya yg u sebut tu..
mmg i pun mcm nk muntah la!!
lagu ct tu pun best :)
err lagu raya dia mmg best2..

tp i suka lagu yang anuar zain ngan ellina tu..
ouh..comel! :)
2:16 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
nampaknya Yonna setuju hampir secara total dengan isi entry ini. haha.
3:09 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."