Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, September 04, 2008

Kerang

Tak guna punya kerang!

Kerang pon fight balik : Tak guna punya Chika!
Chika fight lagi : Kau lah tak guna!
Kerang kasi counter attack : Kau lah!
Chika tak mudah mengalah : Kau lah kau lah!

Kau!
Kau!


Err.
Hujah 1 ialah ; I like to eat Kerang. Saya suka makan kerang.
Hujah 2 ialah ; I am allergic to Kerang. Saya alergik kepada kerang.
Hujah 3 ialah ; Kerangs are very delicious. Kerang sangat sedap.
Hujah 4 ialah ; Kerang can cause stomachache. Kerang boleh menyebabkan sakit perut.

Kesimpulan : I like to eat Kerang but I am allergic to Kerang. Anyhow, I can't resist Kerang because it is very delicious even though it can cause stomachache. Saya suka makan kerang tetapi saya alergik kepada kerang. Namun begitu, saya tidak boleh menolak Kerang kerana ianya sangat sedap walaupon boleh menyebabkan sakit perut.

Saya tidur hanya selepas Subuh. Sebab perut saya sakit sangat. Sampai ada masanya, saya rasa hendak membuat pembedahan perut secara sendiri. Malangnya, saya bukan Dr.Chika (kalau aku doktor, pasti hospital sangat harmoni kerna adanya Dr.Chika yang langsing dan sangat comel wadehal?) Saya sangat tidak boleh tidur. Kesakitan ini menyebabkan gejala tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Saya berguling-guling di atas katil seperti sedang bermain rollercoster. Sangat sakit sampai menitiskan air mata dara (?)

Semalam mak saya sudah warning ; Jangan makan kerang banyak-banyak. Sebab beliau tahu saya tak tahan dengan kekuatan kerang. Kerang sangat jahanam bukan? Dia kelihatan sangat tidak kuat semasa di dalam mangkuk. Dia sangat lemah dan sangat pasrah dimakan dan dijadikan habuan. Semasa dia sudah masuk ke dalam perut, dia pon mula menunjuk gagah dan cuba memakan saya semula. Jahanam bukan? Anda semua kena tahu, kerang nampak lemah di luar, tetapi kuat di dalam. Sekarang dia sangat berkuasa dan sedang memusnahkan perut saya. Sebab itulah kerang sangat tak guna.

Saya baru saja berupaya bergerak aktif. Perangai kerang yang jahanam di dalam perut telah membuatkan saya jadi sangat lembik. Saya janji tak mahu makan kerang lagi. I promise not to eat Kerang anymore. Tapi akan makan sikit-sikit kelak. Kah Kah Kah!!

Disebabkan perangai kerang yang jahanam ini, saya tak terasa mahu makan nasik. (benarkah???) Saya nak makan makanan lain hari ini. Tapi apakah makanan tersebut, sangat tak tahu. See. Tengok. Disebabkan kerang semangkuk, habis nasik sebelanga. Disebabkan kerang yang menjahanam, dengan nasik-nasik aku tak da selera.

Hooray!
Akhirnya aku boleh katakan yang aku tak nak makan nasik!


Terima kasih Kerang.
(berlaku konflik hujah dalam entry ni. Chika neh marah kerang ke, atau thankful to Kerang? Jom main game!)
 

19 Congteng-conteng:

Blogger Mastakilla conteng...
kerang kalau dibakar...
kene sos..
pergghh!!!
bulan-bulan pose ni sume best!!
3:50 PM  
Blogger Zulhatfi Aziz conteng...
haha.. kerang sangat kelakar lah.. mari nyanyi lagu "mari berbuka puasa dengan memakan kerang bersama cik chika"
3:52 PM  
Blogger cemut conteng...
hahaha.ala sian nye..mlm td cemut mkn kerang lagi..perot ok je..perot chika tidak gagah.tidak sekuat perot cemut.jom men laga2 perot?

bila nk publish entry making a dadih with chika.
3:56 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
mastakilla - tak nak kerang! taknak! bunuh semua kerang! dia nampak je baik, ko tak tau dalam perut ko, dia buat macam-macam sampai ko rasa cam dia yang makan ko. Bukan ko makan dia.

zul - hoih. lama tak nampak :P skang confuse. Saya makan kerang ke, kerang makan saya.

cemut - erk. perut chika tak sekuat perut cemut? alaaa... :( ekekeke. oh, dadih. akan dibuat kelak. haha. cam pandai masak je tiba-tiba kan. haha
4:00 PM  
Blogger Izzatul Azma conteng...
sedapnya kerang
i like kerang too!!!
letih mata membace dua ayat yang sama dalam bahasa yang berbeza..haha
btol ke chika xmo mkn nasik ke? btol ke? btol ke?? nasik adalah kesukaan saya..hari2 saya mahu makan nasik :D
4:01 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
izza saya telah dimakan oleh kerang . sob sob... ye betul! saya tak nak nasik! saya nak makan lobster! kah kah kah!
4:02 PM  
Blogger Mastakilla conteng...
anda kene baek dgn kerang..
baru lah kerang baik dgn anda..
hahaha..
kerang sentiasa baik dengan saya!!
dan saya pn baik dengan kerang...
sebab tu bila kerang masuk dalam perut,dia akan masuk secara sopan..
hahehu
4:04 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
tak de maknanya. saya baik dengan semua makanan. sebab saya penyayang pada makanan.
4:06 PM  
Blogger cepotet conteng...
ahahahahaha. akak suka kerang. sanggup nak balik kampung sebab kerang.

kalau duit akak abis sebab balik kampung, semua salah chika ngan cemut. dedua cita makan kerang. dan, yang pasti, harapnya perut akak pun gagah macam perut cemut. insyaAllah.. :p

oh, sedapnya kerang. lalalalala..
4:10 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
kak erni - kalau kerang tu takda hidup di dalam perut, ok lah tu. sbb kerang yg chika makan neh, dia mati dalam mangkuk. masuk perut dia hidop, dia makan chika balik. gagagaga
4:19 PM  
Blogger ajathajar conteng...
ajat suke kerang.
sedap!!!
4:25 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
alaaaaaaaa...miss lagik lucky one
4:29 PM  
Blogger Chika Chika conteng...
ajat - tapi dia jahat. nanti dia hidup di dalam perut dan makan kita balik.......
4:29 PM  
Blogger Dieyla conteng...
haha~
lawak2~
sesi chika bergaduh dgn kerang.

maybe kerang tak leh di makan time bulan-bulan pose ni.
kite pose.
die tak pose.
so die lagi gagah la.

hahaha~
4:47 PM  
Anonymous Anonymous conteng...
watdehel dude..
5:18 PM  
Blogger Unknown conteng...
kerang mmg sedap.. owh kerang bakar.. owh kerang rebus

tp kalo makan terlebey doss mmg bleh sakit perot dik oi..

hmm owh kerang dimakan bersama sos! sedapnyaaa
6:31 PM  
Blogger :: Wiween :: conteng...
nih kisah kerang vs chika nih.akhirnya kerang menang yek.egegegeg xpe adik, lenkali kasik bakar sama dia. baru dia akan tewas dlm perut adik :P
6:33 PM  
Blogger leeds conteng...
jom pekena kuewtiaw kerang kt kedai kak leed!
8:15 PM  
Blogger Eireen Camelia conteng...
eh eh, tiap2 raye mak kite masak rendang kerang tauu.. sedap gileeeee
10:01 PM  

Post a Comment

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."