Ujian JPJ untuk lesen motosikal ; B Full. Bukan saya. Oh, pastilah bukan. Menghidupkan enjin motosikal juga tidak pernah berhasil, inikan pula hendak mengambil lesen motosikal kuasa tinggi. Mimpi di siang hari. Sebenarnya, kami sekeluarga pagi-pagi lagi sudah bersiap hendak menyaksikan bunda saya melakukan JPJ test. Ma, you rox ma! Sebagai anak-anak yang supportive dan sporting, kami pon dengan bangganya duduk berderet di kerusi paling hadapan. Jantung macam nak pecah dibuatnya. Sangat gayat melihat aksi bunda menunggang virago. Walaupun bunda sudah biasa bermain-main Virago setiap petang ... tapi kali ni mestilah lainkan. Sebab terpaksa riding di hadapan masyarakat yang ramai.
Ma ambil turn terakhir. Dan paling mengujakan oh my god ... ibu saya SEORANG sahaja yang mengambil lesen untuk motosikal besar. Oh, ma ... you are funny. Dan sepanjang beberapa hari dia berlatih untuk ujian tu, dia dah jadi sangat famous dekat driving school tu. Semua youngster dah jadi member baik dia. Okay, my mum sangat friendly and outspoken i tell you. No wonder la bila sampai turn dia... semua orang bersorak-sorak mengalahkan kami, her kids ni. Siap ada yang sanggup tunggu sampai turn mak saya semata-mata nak menyaksikan sendiri macam mana mak saya beraksi. Sebab ramai young boys yang inspired nak mengambil lesen B full juga kerana melihatkan mak saya. Ada few pulak yang nak tengok how my mom ride the bike, how to control the bike and how to pass the 'bridge'.
Meniti!
Seriously aku pon cuak bukan sebarang cuak masa ma meniti jambatan. I wonder how mom steadily passed that test. Dah lah tayar Virago tu besar. Then abah pesan supaya kitorang semua selawat banyak-banyak. Alhamdulillah. Bunda saya LULUS! Dan buat gempak je dekat driving school tu. Dia jadi sangat glamor. Kami ni pon tak pasal-pasal jadi glamor.
"your mum?," sorang lelaki tanya.
"ya," between proud and ... blur.
"she's roxx!," lelaki tu adore namampos kat mak aku.
Balik rumah.
"hurmm... kenapa?," of course la aku ingat.
"dia nak jadi menantu. DIA kata," selamba sahaja ibu berkata begitu lalu terkesimalah aku.
"yewww! otak senteng. Baru dapat lesen P ada hati nak kat kita," berderailah ketawa ibu dan anak.
"Hahaha. Dan-dan tadi cerita kat ma konon-konon dia baru break up dengan girlfriend dia. Orang tengah seronok cakap pasal motor, dia cakap pasal awek pulak," kami gelak lagi.
"Patutlah adore sangat dekat ma. Beriya-iya supportnya," kami gelak-gelak-gelak lagi.
Kami memang suka gelakkan orang.
Ma, congratulation!
Apa nak buat, mak saya memang extremist.
Terima kasih....