Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, March 26, 2006

Sebuah Aku

(annual dinner yang merembat seketika kami (aku, fara, adian, guan, alias dan adian) dari aura studio yg sgt mencemaskan dan merunsingkan)



Tajuk penuh entry kali ni : Sebuah aku yg ber-maintenance tinggi.


Orang kata... kalau dapat perempuan maintenance tinggi, baik tok sah! Kata orang la. Aku tak mau kata apa-apa. Sbb kdg2 aku pon terperasan yang diri aku ni pon macam sebuah manusia maintenance tinggi. Uuuu...bahaya statement ni, dong! Tarik statement!


Beberapa minggu lepas, Fara dok hingaq la kat telinga aku ni pasal annual dinner kolej kami. Aku buat dono je memandangkan aku tak hingin langsong nak pegi dinner tu. Baik dinner kat Pelamin. Lagi best! Ataupon dinner kat De' Limau Nipis. Minuman limau nipisnya sgt enak. Tapi setiap kali aku minum air limau nipis kat restoren depan PKNS tu, mesti pikiran aku jadi lucah semacam. Semuanya gara-gara biji-bijian warna warni yang dicampur ke dlm minuman tersebot. Rupanya tak ubah seperti sperma manusia. Dan sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa rupa sperma dipilih sbg bentuk agar-agar yg mau dicampur ke dlm minuman kami? kenapa? Uuuu... lagi satu statement bahaya. Tarik statement lagi sekali!Hiargt!


Reverse! Back to Fara punya ajakkan ke annual dinner. Aku pon beriya-iya tak mau pegi. TIDAK MAHU. Tapi! Pada tarikh 22 March 2006.....


Aku dgn Fara bergegas berjalan-jalan ke Bangi. Semuanya sbb aku dah naik gila. Mood aku jadi tonggang langgang membuatkan aku rasa teruja nak melaram sakan malam tu utk hadiri annual dinner. Apalagi, carik butik la! Mula-mula aku belek kebaya pendek warna hitam. Price tag hanya mencatat harga RM100++. Aku suka. Aku belek. Tapi aku letak sbb aku nampak yg lain. Yang aku lagi suka. Aku angkat.Aku belek. Price tercatat RM170++. Aku letak lagi. Sbb aku nampak yang lain lagi cantik. Sbg manusia biasa, aku sgt mudah terpengaruh dek nafsu wanita aku.


"Sekarang trend org pakai kebaya nyonya," kata si akak bertudung tu. Sbg gadis berusia 19 tahun mengjangkau 20 tahon, naluri kewanitaan mendesak aku utk mencuba kebaya-kabaya nyonya yang ada. Auuuww! Sexy..... dan cantik. Aku suka. Kali ni aku sgt suka. Aku tidak lagi melihat harga. Aku hanya teruja utk keluar masuk fitting room. Macam-macam jenis baju aku pakai. Mengalahkan pengantin tengah bersanding. Dan aku sgt suka dgn perlakuan tersebut. Berposing, melaram, dan bergaya mmg antara elemen yg boleh menguja aku ke excited state. (ayat ini sgt rakus bunyinya).


Akhirnya aku konpius samada aku nak beli yang hitam atau yg putih. Yang hitam size S. Sgt ngam dgn aku. (aku bangga bila aku masih layak sarung baju saiz s)... yang putih saiz L. Besar sket. Tapi masih ngam dgn aku. Bincang punya bincang dgn Fara, akhirnya aku pilih yg putih sbb aku jatoh hati dgn sulaman dia. Time ni baru akal aku yg lampi ni terpikir tuk tgk harga. Tgk-tgk ja....... wallauweih!

(ketika maseh fresh dari kedai.blom ternoda dek peluh si pemakai)


Tapi aku kan kurang waras. Dulu, kini dan selamanya... aku jarang waras. Aku terkejut tgk harga baju tu, tapi aku tak la terkilan sgt. Tak juga terasa hati nak cancel dari membeli. Maka, aku lebih sanggup buat pelaburan sgt besar tu dan mengorbankan hasrat aku utk mendapatkan kasut Nike hijau ptg tu.


Baju kebaya nyonya + kain batik + selendang = RM 260
Hand bag (pink) = RM 40
Total : RM 300.

Dan aku membelanjakan RM300 utk satu malam yang sgt hampesh dan poyo. Malam dinner tu, aku enjoy! I feel good wearing my kebaya even tho aku tak rasa diri aku seperti seorang ratu nyonya. Aku tahu, tak ada siapa yg tahu betapa mahalnya aku belanja utk mlm tu. Tapi aku rasa puas! Puas utk diri aku sendiri. Tapi lepas je semuanya berakhir....


Aku mula rasa kesal. Buat apala aku buang hinggit-hinggit tu utk membayar harga satu malam yg aku boleh dpt lebih baik dari tu? Aku rasa kepala aku perlukan sejenis rawatan yang aku tak tahu apa. Apa ye? Mungkin plastic surgery. Hmmm.... (tak ada kaitan, dol!)


Sekarang aku kesal. Aku patotnya beli Nike hijau yang amat aku gilai sejak sebulan lamanya. Aku patot beli jam tangan Guess atau pon breakfast setiap hari selama sebulan kat secret recipe. Tapi apa nak buat.... aku tak mungkin boleh pegi kat kedai tu dan tebalkan muka...

"kak..boleh tak nak pulangkan balik kebaya ni?,"
"kepala hek kamu! Nak pulang boleh, refund tak boleh!,"
"Tapi sy menyesal beli, kak,"
"Masa mlm dinner tu? happy tak pakai kebaya tu?,"
"happy,"
"Ooo...byk songeh! Dah puas, dah happy pakai, skang nak pulangkan?,"
"ha ah..."
"Meh sini aku hentakkan paler kamu kat dinding kasi lebih waras!,"


Huwaaa! Begitu la agaknya situasi yg mungkin jadi kalau aku pegi pulangkan kebaya tu. Aku sgt perlukan rawatan supaya aku tak berbelanja byk2. Aku sgt perlukan rawatan supaya aku tahu hargai wang. Aku perlukan rawatan psikologi supaya aku tak lagi suka membazir! Aku tak mau menjadi sebuah objek ber-maintenance tinggi.


Tapi...mungkin ke aku akan berubah? Dua hari lepas, selepas tamat annual dinner, aku sgt menyesal berbelanja sebegitu rupa. Hingga aku tekad mau rawat penyakit 'membazir-litis' aku. Tapi tadi... aku ke Leisure Mall. Makan Kenny Rogers macam aku sorang je ada perut, beli sunglasses dan beli jam tangan baru. Apakah ertinya semua ni???? aku takkan berubah kan?


Berubah!!!!
Duit susah nak cari!
Jgn asyik jalan-jalan!
Minyak kete mahal!


Aku mau berubah. Aku tak mau jadi sebuah objek ber-maintenance tinggi. Jadi, aku akan cuba utk tidak ....

  1. membeli pakaian baru setiap minggu.
  2. beli makanan-makanan yg tidak mengenyangkan.
  3. drive tak tentu hala tuju sambil membuang minyak kereta.
  4. beli vcd cerita indon setiap kali aku nampak ada movie indon baru.
  5. beli album nasyid setiap kali album nasyid baru keluar
  6. beli novel byk2 sekaligus
  7. beli komik tak berguna yg hanya merosakkan bahasa aku
  8. beli perfume macam aku seorang tokey kedai perfume
  9. rosakkan pc dan hantar repair beratus-beratus hinggit harganya
  10. rosakkan modem dan beli modem baru
  11. tukar mouse sewenang-wenangnya
  12. tukar speaker macam tukar baju
  13. beli lipstick macam-macam jenis sedangkan tak pakai langsong
  14. beli hair treatment product yg akhirnya jadi hiasan yg tersengih kambeng atas meja solek.
  15. lambat top up hingga menyebabkan kredit bernilai RM89 aku ditelan kenyang-kenyang oleh Maxis, si tekak buaya.
  16. keluarkan duit sebulan RM500.
  17. habiskan RM200 utk makan selama tempoh satu-dua minggu.
  18. pegi salon set rambot macam la aku ni freehair.
  19. beli bag/handbag
  20. membeli gula-gula kapas setiap kali aku ternampak gula-gula kapas. (tadi dah beli sebijik)

Ada byk lagi yg aku nak singkirkan dari terus menular riang dlm diri aku. Kena banteras nih! Ayuh, banteras tabiat membazir demi masa depan dan demi Islam yg bencikan pembaziran. Lagipon, tak ada lelaki akan suka kalau dapat perempuan yg belanja maut ni. But u guys dun worry. One thing aku pasti dan aku puji dgn sikap aku. Aku tak suka lelaki belanja. Full stop.


Sebot pasal gula-gula kapas. 22 March tu jugak besdey chee way. Aku gi bagi dia gula-gula kapas. Best tak? Abes pakat menjerit beberapa kanak-kanak dalam studio tu. Masing-masing mintak dan mempersoalkan kenapa aku hanya bg kat chee way dan tak bagi kat dorang yg lain. Tunggu besdey la. Nanti besdey angpa, jgn kata gula-gula kapas... semua jenis kapas aku sanggup bagi. Ehehehe.... He is 20. Satu per satu kwn2 aku menjangkau umur 20. Aku? coming soon! Tunggu je la. Dan aku nak jerit sampai kehabisan suara pada hari aku menjadi 20 tahun nanti. Tak rela, dong!Tua jugak aku akhirnya. Rasa dah uzur pulak. Rasa nak pakai tongkat, duduk atas wheelchair dan mintak orang pimpin bila berjalan. Aih, ni dah salah konsep. Tu namanya lumpuh, dol! Takkan umur 20 tahun terus lumpuh kot?


Tu dia ayat-ayat tak senonoh aku dah kuar!
Baik aku berambus sebelom ayat aku menjadi makin liar.
Selamat malam, Beylo darling!



(Fara Diana - one of favourite girl. Bila mata bertentang mata, semua benda boleh post-mortem kasi abesss! miahahaha)


(kami bahagia bersama. Jgn ganggu rumah tangga kami)


(hanya kami bertiga tanpa ainul. Sbb ainul budak Kris Mas. Apa la malang kami tak bersama semua. kalau tak mesti post-mortem baik punya!)



(mek ti bila melaram. kalau incik yg sorang tu tgk, sure menangis tak hingat alam fana dah. Sure kami kena berkabung menghormati perasaan incik tersebot. *dush, mek tau ni..... pengsan aku*)

 

Sunday, March 19, 2006

Hari Perkahwinan (ku)

Semalam rumah aku hingaq. Lorong sepanjang ke rumah aku bersusun kete. Macam pusat jual kete. Laman umah aku pon penuh ngan kete. Kalau dijenguk dari tingkap atas, bumbung2 kenderaan itu kelihatan cantik jugak. Macam arca-arca penyeri rumah tapi hakikatnya menyemakkan. Oppps!


Tak baik mengata mereka menyemak. Semak-semak pon meraka, mereka datang bawak hantaran. Mereka datang bawak anak lelaki dan anak perempuan masing-masing. Aku malu la... *terkulat-kulat malu*. Dua keluarga berkumpul kat rumah aku (Jadi umah singgah pengantin lelaki). Kepala aku pusing-pusingan. Membuatkan aku terasa nak lari dan berumah tangga di Mc Donald berhampiran supaya aku tidak terus pusing.


Anak mak cik ni berlari naik atas! anak mak cik tu bertempiaran sekitar rumah aku. Anak pak cik ni, terjun kolam depan umah aku. Basah lencun dibuatnya mengalahkan olahragawan komanwel. Ada pulak yang main-main dgn magazine aku. Kepala aku pusing-pusing! Rasa lemas dlm rumah sendiri menyebabkan aku pon menjadi Puteri Lindungan Bulan. Hampir separuh siang aku, aku kurung diri dalam bilik tidur yang sejuk ni. Aku tak suka orang ramai di rumah. Privacy ku hilang ditelan dek kanak-kanak kecik yang tangannya meliar tak tentu arah mengusik semua benda alah dlm rumah aku. Tgn aku pon rasa nak meliar mencubit atau menyepak kanak-kanak tersebut. Tapi mereka tetap datang bersama hantaran yang tak boleh aku sangkal betapa pentingnya mereka....


akhirnya....
tanggal 10 march 2006, aku sudah diijabkabulkan....
Dan semalam, aku pon naik pelamin renda-renda sambil memakai mekap tebal-tebal macam model shu eumura.
*gembiraaaaaaaa*

Tapi kesalahan fakta berlaku. Bukan aku yang berkahwin. Ha, kena tipu! *gelak guling-guling* Makcik dan pakcik aku yang berkahwin. Dua beradik tu, naik pelamin serentak. Maka, pelamin pon terpaksa dibuat size besar yang boleh memuatkan dua pasang pengantin. Bilala aku dan pasangan akan naik pelamin. Tentu gamat suasana. Tentu aku berubah sekelip mata pada hari aku menjadi RAJA SEHARI tu. (tapi kan beylo, ari2 pon aku jadi raja sebenarnya).


Aku kan byk cakap. Banyak ketawa, suka gelakkan orang, suka sakat orang. Aku bukan lemah lembut mahupon lemah gemalai macam beberapa gadis ITU. Tapi dah tentu masa hari perkahwinan aku nanti, aku akan jadi pendiam. Sbb pengantin selalu diam, tak byk ckp. Kalau ckp pon control2. Kepala aku yang selalunya terdongak tinggi penuh angkuh, akan tertunduk macam terkehel tulang tengkuk. Sbb pengantin kan selalu tunduk. Malu la kunun. Ehehehe.... Tapi aku suka jadi pengantin. Sbb selain berlagak jadi raja satu hari, dia jugak boleh berlagak jadi model. Boleh pose maut dgn suami/ isteri terchenta sambil bersalin-salin pakaian pinjam. Sgt gerek!


Tapi tak tau la Beylo. Sbb aku pon belom rasa aura perkahwinan lagi. Aku pon jarang sebenarnya menghadiri majlis kahwin. Sbb majlis kawen buatkan aku pening, pusing dan pitam. Perut aku yang satu ni pon agak manja-manja kucing lagaknya. Kalau kena je lauk kenduri, mesti dia cedera. Atas sbb2 yg aku tak tau apa. Dari aku kecik lagi, bunda kata aku sgt tak boleh mkn lauk kenduri. Semua makanan tu buat perut aku berpancaragam. So, aku akan makan sgt sikit bila aku di kenduri kawen atau apa-apa kenduri.


Cerita pasal kawen lagi.
Last week, kami ke Raub, utk majlis akad nikah pak cik sedara aku. Si Haikal jadi pengapit pengantin lelaki. Aku tau dia teruja abes. Dah tu tak pasal2 nak berdebar. Macam dia je yang nak pi pegang tgn tok kadi. Aku tempeleng jugak kang adekku yang ulat bulu naik daun ke daun ni.


"Ma, td dek kal dah tgk Pak Pit akad nikah camner. Senang je. Bukan nak cakap byk2. Boleh la pasni dek ekal nak menikah. Best la ma....," abes je majlis, dia merungut-rungut kat bunda. Pulak tu, dia tuju aku dlu.


"Tapi susah ar! Ayong bukan nak kawen! Pegi la kawen cepat, boleh dek kal kawen plak!,"
"Ko ingat kawen cam main dam? Sukati ko je.Nak sgt, ko je la kawen dlu. No hal," aku kebengangan.

"Ingat, bulan 9 ni kawen tau!," tak pasal2 pesan kat aku lagu tu. Tah mana dia dpt idea suh aku kawen bulan 9. Ekekeke.....


Semua orang dalam dunia ni nak kawen. Sapa yang tanak. Aku pon orang jugak. Aku pon nak kawen gak. Aku suka naik pelamin dan pose like hell dgn baju-baju sponsor. Tapi kalau la aku naik pelamin satu hari nanti, takde nyer aku nak jadi replika wayang cina yang mekap seputih-putihnya. Tak de nyer aku nak beratkan bijik mata dgn mekap tebal-tebal cam yang pengantin wanita suka lakukan. Dan tak akan juga aku menanggalkan tudung demi sebuah hari perkahwinan. Buat kata abah.... Majlis kawen tu kan, majlis berpahala. Kalau dah masukkan nilai-nilai dosa, pahala pon lari. Ingat tuh! Aku takut je kalau aku wat perangai nanti, abah tak mau kawenkan aku. Mati la aku! (ok, go boleh pegi kawen!)


Bagi aku la kan...
Kalau aku pilih pasangan, salah satu yg sgt penting ialah komunikasi. Bila dah kawen tu, bukan la utk sehari dua tapi utk sepanjang hayat kalau dizinkan Allah. Jadinya, komunikasi sgt penting. Aku sgt suka dgn orang yg aku rasa selesa, enjoy dan seronok berbual dgnnya. Aku penah crush kat few persons but then aku sedar, aku tak seronok borak ngan meraka, so wut is the point? Utk apa nak terus seriuskan relationship kan? Siyes tau, aku sgt2 pentingkan hubungan komunikasi.


Meh aku ngaku! aku kuat berborak sebenarnya. So setiap masa aku perlukan someone utk aku ajak berbual. Ada orang yg sgt suka layan aku borak. Tapi tak semestinya aku suka borak ngan orang tu. So, aku akan carik orang yg aku suka, selesa dan enjoy talking with him for the whole of mylife. Sbb bila dah tua nanti, apalagi yang satu pasangan mampu lakukan selain menghabiskan byk masa duduk2 sambil berbual. Aku selalu membayangkan, zaman tua nanti aku akan duduk minum ptg sambil berbual dgnnya, berbual sebelum tdo, berbual sambil bercucuk tanam dan berbual, berbual, berbual. Come on la, guys! Aku rasa aku betul. Bila dah tua, apa yg kita harapkan ialah teman berbicara.


Okeh, cepat carik orang yg suka berborak! Esok boleh kawen! Go, pegi kawen!


Bunda Ku Itu Bikin Malu Aku.
Smlm time org sebok2 kat umah aku, aku kan tak turun langsong jenguk muka. Banyak la suara-suara sumbang dok bertanyakan aku. Mana aku? Tak pernah nampak pon? Btol ke ada anak pompuan? Besar mana? Mana? Mana?


Disebabkan suara-suara inilah, bunda berteriak panggil aku turun. Aku degil tak mau turun. Aku terus sebok berpeleseran dalam arena internet. Akhirnya bunda yang mmg faham sgt dgn tingkah laku enigma aku ni pon naik ke bilik aku. Bunda kuarkan album2 aku dan dihangkutnya ke bwh. Apa da bunda! Buat malu aku je.


Bila rumah dah lengang sbb pengantin lelaki dah turun ke rumah pengantin pompuan, barulah kaki aku ni terkedek-kedek turun bwh. Satu apa aku tak tolong. Bukan aku yang suh pon buat majlis kat umah aku. Byk agi keje aku nak buat termasokla bersarang kepala otak aku pikirkan design. Mmg aku tak de mood smlm. Bunda pon tak suh aku buat apa-apa. Bunda tau dah perangai aku. Kalau aku tak suka, aku mmg takkan campur walau sket pon.


"Eh, pengantin dah turun!," tiba-tiba Haikal si mulut murai pon tego aku. Bunda sengih-sengih sambil jeling menjeling ngan anak lelaki mulut murainya tu.

"Semua jiran ingat org masok minang kau," kata bunda. Terbeliak bijik mata aku. Ni dah kali kedua huru-hara ni melanda. Dlu time mak yang kawen kat umah aku, orang ingat bunda kawenkan anak. Aku la tu. Skang time rumah aku jd umah sanggah, jiran ingat orang masuk minang aku plak. Mmg naseb aku la jd satu-satunya anak pompuan tunggal dlm umah ni.


Ingat aku sorang je ke boleh kawen kat umah aku?
Budak-budak mana boleh kawen, dong!
Kau nak ke aku kawen, Beylo?
Kalau aku da kawen, mesti aku ceraikan kau...
Mungkin la...
Mungkin...


Beylo said : tak guna punya budak! abes madu sepah dibuang merata-rata.
Chika said : Ko manader madu!
Beylo said : Abes selama ni? apa kau dambakan dari aku?
Chika said : Tak de apa. Sekadar ruang contengan bebas.
Beylo said : (nothing....diam...)

AHAHA... aku suka buli Beylo! Sbb aku menguasainya dan aku boleh lakukan apa saja pada Beylo.


Dialog ujung majlis bersama bunda
"Ada mak cik ni tadi kata, next week nak dtg lagi satu rombongan. Nak masok minang ko pulak,"

"Huh??!,"


"Tapi ma kata....eh jgn! tgh belajar lagi...jgn buat pasal..."


"Ishkkk....,"


Aku belom mau kawen. Tapi aku mau kawen. (nanti laa......)
 

Sunday, March 12, 2006

I akan survive dong!

Banyak sgt nak aku conteng sebenarnya. Tapi sungguh ni, aku kesuntukkan masa. Cuti hujung minggu kat umah yang tak seberapa ni, aku perlu isi dgn tido. Serius kalau aku cakap. Aku sgt dituntut utk tidur sbb sistem badan aku kadang2 tak boleh terima langsong program 'anti-tidur' yang terpaksa aku tempuhi ni. *ayat tak nak hyper lagi*.


Memula, terima kasih kat Astri atas sumbangan VCD citer indon tu. Catatan Akhir Sekolah. Entah bila la aku nak nonton, belom tau. Aku punya koleksi VCD utk ditonton yg sgt banyak. Jiwa aku ni dah nak meletop akibat terdorong dek nafsu utk menonton macam2 jenis citer tu. Tapi aku paksa diri aku bertenang. Program ngedat sama Radit juga dah tertunda-tunda beberapa episod. Ni la namanya forbidden love antara aku dan Radit. Aih... *pilu betol*


Pasal kereta. Maaf la dekat encik tu. Kalau kamu rajin2 nak carik kete kami kat kausar pon, kamu takkan jumpa. Sbb kami belom berani merempuh pak guard2 ukm yg sgt efisien tu. Malas la nak salurkan duit ke dana saman-menyaman. Kunun2 student 1st year tak boleh drive area kampus. Ye la, dong! Aku pon tak hingin drive kat ukm tu buat masa ni. Wisma Aman pon jangan kempunan nak duit aku. ekekeke.... sebenarnya aku dan kaum kerabat yg lain seakan-akan anti pak guard pulak. Sebab byk sgt kejadian yang tak logik berlaku dpn mata kami. Seperti pak guard menahan Waja Adian lalu bertanya... "kenapa gelak2? Apa yg lucu sgt?," serius aku rasa macam nak tarik pak guard tu join kami. Tgk, dia gelak ke tak dengar borak kitorang yg extra gila tu?.

Laju sungguh aku memicit keyboard.Tentu cedera tubuh bdn keyboard aku ni nanti. Maaf la, encik keyboard. Tak dapat beri sentuhan mesra seperti dulu lagi. Aku sekarang dlm projek akhir yg menuntut terlalu byk masa utk dikorbankan. Last krit pon dah merampas separuh dari nyawa aku. Tak heran la kalau aku skang kelihatan mcm objek bernyawa separuh. Terumbang ambing pikiran aku sbb asyik pikirkan design gallery.


Akhirnya sahih! Akulah layak jd pemegang award Miss Emotional. Hampir sgt aku nak meraung depan Wncik-Encik lecturer jumaat lepas sbb design aku kena kritik. Tak la terok sgt dia kutuk. At least perkataan 'bull shit' tak terkeluar dari mulut encik azimin. At least jugak dia tak kata ayat puaka macam .. "kamu tau design kamu ni apa? huduh! macam umah setinggan tak siap! macam periuk! macam tempat monyet bergayut" dan sebagainya. Kalaula dia keluarkan salah satu ayat puaka peberet dia tu, mmg drama murahan aku akan on da spot disiarkan live utk tatapan satu fakulti. Mmg sah sah akan jadi ratu air mata la aku jawapnya.Dah la dibuatnya krit kat tgh2 fakulti. Saja je nak kasi kami jual muka kat bebudak Engineering.


Aku tak suka bawak keluar design kami dari studio. Bawak keluar design tu satu hal, tapi hal paling besar ialah bawak keluar tubuh dan rupa paras kami student JSB ni. Muka masing2 pitam, mabok, kepayang kemaruk dan sebagainya. Semua dok tayang muka lalok tak cukup tido. *bukan tak cukup, mmg tak tdo pon*. Nak berdiri pon tak larat jumaat lepas. Rasa nak tumbang waktu tu jugak sementara lecturer krit orang lain punya design.


San Sit mai kat aku. Mata dia berair. Aku tanya kenapa. Kata dia, bukan je sbb sgt mengantuk, tapi sbb emosi sgt terganggu. Sampai rasa air mata nak berlenang je. Jumaat lepas sgt tragis dan dramatis. Masing2 sensitif yang amat. Padahal dah biasa kena simbah lagi puaka dari tu. Tapi maybe sbb dah bersengkang mata seminggu lamanya demi sebuah gallery, kami sgt mengharapkan pujian dari lecturer.


Bagi orang lain aku tak tau. Tapi bagi aku, yes. Aku sgt tak mau dgr apa2 kritikkan. Aku penat! Aku cuma nak apa yg aku buat dihargai! Walaupon aku tahu mmg tu mustahil lagi2 utk sesi krit pertama. Manader design sekali tgk, lecturer terus terima. Aih.... semua ni buat aku jadi bertambah emosi. Sejak join architecture, aku lebih terdorong menjadi seorang yg emotional. Mentally and physically emotional.

Malam ni, nak pulang ke ukm lagi. Macam dah tak de keje lain. Boshan naa... Tapi apa boleh buat. Kata nak jadi arkitek. Kalau duduk umah je namanya surirumah tangga sepenuh masa. Tak kuaser dong! Dan maknanya, pagi esok bermula kembali kehidupan sebok aku tanpa tido. Tapi program makan kami tetap berjalan dgn sgt stabil. Ehehe... sbb tu badan aku susah nak susut walaupon tak cukup tdo. Sbb pemakanan aku tetap teruatur malah menjadi extra-ordinary. Dan sejak akhir2 ni, kami addicted to Limau Nipis dan Pelamin. Restoren area Bangi la. So, aku sgt susah nak ditemui di sekitar ukm. Sbb aku mengabdikan diri aku sepenuhnya dalam studio, fakulti kejuruteraan. Tapi aku sgt mudah ditemui pada jam 8-9 malam dan 2-3 pagi di restoren2 sekitar bangi. This is life dong! Jangan tak makan...rugi!

Beylo yang amat aku chentai sampai mati....
Naluri aku dah terdesak sgt nak conteng kamu byk2.
Tapi ko faham kan betapa aku tak berkudrat lagi.
Aku masih chentai kamu...
Belum selingkuh lagi...
Releks la , Beylo!
Ko jgn kecik ati dgn perlakuan aku akhir2 ni yg byk mengabaikan ko.
Sbb byk agi benda lain yg perlu aku utamakan.
Ko pon bukan bagi aku makan.
Jadinya, ko tu aku nanti-nantikan pon tak apa kan?
Bak kata pepatah... sayang kekasih tinggal-tinggalkan...
Sbb tu aku sekarang slalu tinggal-tinggal kan ko, Beylo.
Sbb aku sayang kat kau....
*hup ula hup!*

Nak pulang dah. Apa pon jadi, I akan survive dong. Dan akan menghiburkan diriku dgn banyak2 makan... I spend so many nights di pelbagai restoren.... Huhuhu....Tata titi tu tu...
 

Saturday, March 04, 2006

What dreams are made of

Maaf Beylo, aku lama tak conteng. Bukan salah aku sbb aku punya beberapa sebab yg sgt kukuh utk tidak menyonteng arang kat sini. Sebab pertama, aku sebok menyonteng arang pada wajah sendiri. Tak seronok rasanya menyonteng muka sendiri.Rasa macam tampar muka sendiri kuat-kuat. Kedua, aku sangat sebok. Bosan kan alasan ni? Tapi selagi aku blom tamat menjadi arkitek jadian ni, selagi tu akan sebok. *kamu semua takkan dpt faham istilah sebok aku. Sbb kesebokkan yg kamu bayangkan, takkan tepat dgn kesebokkan melampau yg aku lalui* Ketiga, access ke nuruloveme.blogspot.com telah di-block oleh server fakulti aku. Tak de chance nak intai Beylo dari studio kecuali aku menggunakan taktik ahli sihir aku.Tapi taktik tu payah. Aku menyampah. Keempat, internet langsong mati kat fakulti sepanjang 2 minggu lepas.Sampai kami semua ketagihan. Sib baik tak kena tahan masuk pusat serenti. Terus terang, aku semakin benci dgn internet connection kat fakulti. Tak ada maknanya kalau kebanyakkan website kena filter. Kelima, aku malas nak mencipta sebab lagi.Cukup la tu.

Maaf semua! Kamu tak tau betapa mabok kepayangnya aku nak conteng cerita.Eh, meluat pulak aku dgn ayat-ayat melayu aku yg supan ni. Mau conteng secara liar! Mulakan!


Aku tak mimpi lagi!
Dlm banyak2 agenda hidop aku sepanjang kehilangan aku ni, aku nak mulakan tulis tentang sesuatu yang paling bermakna dlm idop aku. Apa? Apa? Aku nak menikah? Eh, blom... *malu* Aku nak naik pangkat? Eh... tak de lah... *tersipu-sipu*. Aku dapat offer jadi model Guess gantikan Paris Hilton? Yucky... tak seswai... *jolok-jolok tekak kemuntahan*


Hentikan spekulasi!

Cerita bermula pada suatu petang Jumaat yang psycho...

Jumaat aritu aku masuk kelas terhoyong-hayang sbb aku tak tdo semalaman. Tak balik mandi pon sejak ari Khamis. Maknanya aku berkerja secara terus kat studio yang macam benua antartika tu sampai lah ke pagi Jumaat. Dari studio penoh malam2 tu, sampai lah ke studio lengang sbb masing2 balik tdo around 5-7 am. Pulak tu, depa mai pulak studio dgn bau-bauan dan baju lawa2.Budak boys siap ngan baju melayu nak gi sembahyang jumaat pas kelas. Aku?

Aku masih ngan baju semalam. Memang dahsyat punya rupa paras yg aku miliki. Jadinya, aku hadiri kelas ngan tubuh yg blom mandi. Sib baik ok dlm aircond, takla aku berpeloh dan rasa pengotor sgt. Pas kuliah mengejut Encik-Encik itu, tiba2 ada seminar pulak kat atas. Aku desperate gila rasanya time tu. Kepala melayang je. Mata rasa cam buta. Badan tak bermaya, suara dah macam sepupu-sepapat itik serati.

"Encik Mazlan, sy tak mo pegi seminar tu. Nak balik, tdo. Blom mandi sejak semalam,"
"Ha...okeh, tak de hal"
"Seminar wajib ke? Amek attendance ke? Kang tak psl2 kena serang plak,"
"Tak wajib.Open. Tapi digalakkan,"
"Tak nak pegi,"

Aku pon keluar gi tepi tasek tunggu ma dtg. Dah lemas sgt rasanya nak dok dlm studio sbb sana sini manusia sebok ngan design gallery. Sana sini ada suara manusia minta krit dari lecturer. Sana sini manusia hingaq. Cukupla aku korbankan usia remaja aku berjaga sepanjang mlm tu.

Aku usha satu2 kete yg turun dari bukit tu. Naik terkehel leher aku. Padahal aku tau mmg kete parents aku takkan muncul sbb aku baru je call suh amek aku. Takkan sekelip mata abah boleh sampai UKM dari Cheras kot. Tapi sbb mental aku sgt terdera, aku rasa terdesak nak balik umah. Nak mandi kat umah. Nak makan kat umah dan yang paling penting nak tdo beberapa tahun *kalau boleh la*

Lama gila aku dok tepi tasek kejuruteraan tu. Macam pencinta alam pon ada aku rasa. Macam la tasek tu indah sgt sampai aku sanggop dok situ bukan sket punya lama. Sempat la aku curik2 snap gambar gadis2 india yang turun dari Fakulti Undang2. Hebohnya india ni, bukan sket-sket. Rasanya boleh melimpah air tasek membanjiri cafe mak cik Kedah tu. AHAHA! Terpikir sat aku. Kalaulah depa ni btol2 jadi peguam satu hari nanti, pasti retak bangunan mahkamah. *bukan racist, cuma jauh pemandangan, luas pengkritikkan*


Tiba2, aku rasa nak pusing. Aku pusing lagi buat kali yg tak terbilang. Ada satu kete turun dari bukit. Dan yg pasti, kete tu bukan kete abah. Tapi aku nak jugak pandang kete tu. Nak jugak perhatikan kete tu tajam-tajam. Jantong aku berdetap. Tersentak kejap. Dan cam ada aura terlintas dlm jiwa aku. Ngeh ngeh... aku rasa tiba2 saket perot. Aku bulatkan mata aku yg rasa dah nak buta sbb mengantuk sgt. Hati aku yg nakal ni cam berangan sesuatu. Something like... "kalaulah itu mmg kete baru yg abah beli..."

Dan....
Aku diam.
Aku terkaku....
Macam batu..
Macam aku adalah sebahgian dari kerusi batu yg aku tgh duduk...
Aku hilang kata...
Aku tak menjerit...
Aku tak kata apa-apa kecuali perot aku bertambah saket.
Sbb aku rasa tegangan perasaan...
akibat kesukaran otak dan mata aku menerima apa yg aku tgk.


Dlm kete tu aku nampak ma, abah dgn adek.


Aku terus diam situ. Bunda turun dari kete dan waktu tu baru aku sedar yg aku sejenis mahkluk yg boleh bergerak dan berkata-kata rupanya. Aku pelok bunda. Aku jerit kecil-kecilan. Aku rasa nak lompat sampai kepala aku cecah awan. Rasa nak terjun dalam tasek tu. Rasa nak cekik burung2 bertebangan sbg tanda keterujaan aku.


Aku tau bunda nak belikan aku kete tu.
Aku tau warnananya adalah blue black.
Tapi aku tak tau kete tu dah keluar.
Sbb kata bunda...
Keluar bulan empat.
Tapi rupa2nya itu gimik semata-mata....
Dan niat ma dgn abah nak surprise kan aku mmg menjdi sangat.
Sampai aku rasa menjadi-jadi...



Terus aku lari dapatkan abah. Aku mati kutu sat. Tak tau apa nak buat sbb aku kena kejutan budaya shot term. Kalaulah kete tu kete mainan, mesti aku dah peluk erat-erat. Tapi kete tu 2000 cc, tak terpeluk dek aku.


Terus...
Aku jadi lintang pukang. Aku rasa macam tak tau nak jalan macam mana. Tak tau nak kata apa. Tak tau jugak nak luahkan rasa terkejut dan terima kaseh aku kat Ayahandabunda, aki dan maktok yang menyumbang belas ihsan utk aku memiliki kete itu. Thanks maktok sbb bank in kan duit sebanyak itu. Aku tak penah terpikir nenek aku nak sponsor aku setinggi tu. *air mata kegembiraan dan terharu pon menitis sampai keyboard aku banjir* manader! acah je....


Aku suka nombor pendaftaran kete aku. Agak chumey nombornya. Walopon aku suka kete warna hitam, tapi aku tak ada komplen ngan yang ini. Sbb ini adalah pilihan ma dgn abah.

Ini mmg salah satu kete impian aku sejak first time kete ni femes dipasaran. Dan aku tau, abah memang sgt minat ngan kete ni. Dulu aku penah terdengar desas desus abah nak beli kete ni. *cerita lama*... tapi cam biasa la. Abah orangnya tak suka membeli tanpa keperluan. Abah mmg selalu cukup dgn apa yg ada.


Kete ni sampai masuk gate umah aku 2 march aritu. Dan sampai ke pandangan mata aku 3 march. First time aku drive pulak ialah harini, 4 march. Destinasi pertama ialah umah Aiza dan ia berlaku tanpa dirancang. Aku saja test drive kete sekitar kawasan umah aku dan lalu lah depan umah Aiza. Apalagi, stop sat. Sempatla berborak-peranda kat bilik Aiza sementara Bunda berborak-peranda dgn ibu aiza kat dapur. Lengkaplah aktiviti dunia dunia berbeza. Iaitu dunia kami remaja, dgn dunia mereka, wanita dewasa. *datang dah ayat bombastik aku!*


Apa yg aku nak komen pasal kete ni...
  1. Aku tak bermimpi pagi petang siang malam lagi utk memiliki kete. Dan impian aku sejak usia aku 17, iaitu sejak aku dapat lesen... dah tercapai.

  2. Ini mmg salah satu kete idaman aku yg tak berani aku suarakan pada abah atas sebab2 yang tak aku ketahui apa. (Tapi minta BMW aku selamba je. AHAHAHA!mmg tak berapa betol otak ni)

  3. Sedap nyer drive kete ni! Tekan ikut perasan pon tak goyang habaq ang!

  4. aku rasa jakun memandu kete auto. Terasa asyik nak masok gear je.Kaki kiri pulak asyik menggatal nak tekan pedal clutch padahal pedal tu tak wujud pon kat kete aku.Pulak tu gearboxnya terletak di satu tempat yg sgt buat aku kekok. Cara kendalian pon lain macam. Buat aku teragak-agak nak drive.

  5. Kehadiran kete ni membuatkan kete abah bercuti seharian semalam. Tentu si 8474 itu seronok mendapat cuti buat julung2 kalinya selama sehari.

  6. Aku terpaksa spend wang yg sangat besar utk feed tangki minyak aku. Tangki perut sendiri pulak masih perlu di-feed. Kalaula aku tak payah feed perut aku lagi, tentu wang simpanan aku di bank berlipat kali ganda dari sekarang. (tapi... aku ke yg kena keluar duit minyak? konon2 la....sekadar ayat meletakkan diri aku dlm kondisi masalah yg sama dgn pemilik kenderaan yg lain)

  7. Haikal mula keluarkan statement bahayanya. Tak mau main moto lagi, nak main kete pulak.

  8. Kete itu bukan Ferrari maupon Jaguar. Bukan jugak Hyundai Coupe yang menjadi kegilaan aku. Lalala...

  9. Aku bahagia buat masa ini.

Pesan abah : abah belikan kete bukan untuk berlagak, menunjuk kat orang yg kita ada kete. Abah beli kete ni semata-mata sbg transport. Kalau benda yg fungsinya mmg utk kebaikkan tapi kita salahguna utk keburukkan, nanti dia makan diri kita sendiri.


Insyaallah. Safety first. Akan kuhormati objek2 di jalanraya termasuk menundukkan badan bila melintasi lampu isyarat. Ekekeke....

Mmm.. tak adil ingat pesan abah je. Ingat pesan ma jugak.
Pesan ma : Bila balik umah, jgn tdo lambat. Bukan slalu dpt chance tdo awal. Jgn online sampai pagi. Tdo!

Jadinya aku mau tdo. Aku malas nak conteng selonggok lagi kisah yg ada. Esok ajer la ye kawan-kawan.... Mata aku yang tidak bermulut tapi bersuara ni dah mula mintak tdo. Rasa nak tdo dalam kete... *ngeeeee :D*
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."