Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, February 24, 2007

terbiasa bersama.

saya macam letih lah dengan contengan kedewasaan.
sbb.. saya rasa 'histeria' menjadi orang dewasa. Tapi saya ingin sbb saya memang perlu menjadi orang dewasa yang sebenar. *oyya... saya sangat sarcastic kan? mentang-mentang ingin berlagak menjadi dewasa, saya mula berbahasakan diri sebagai 'SAYA'* errrk... :-s


Ok, split identity!


Hari ini :
  • Bangun pagi makan roti canai sardin. Aku bukan 'hantu' roti canai sebenarnya. Lagi-lagi kuah dhal. Yucks! Mmg langsung aku tak jamah. Tapi roti sardin aku suka jugakla. Dan breakfast roti canai sardin pagi tadi... membuatkan aku sedikit kesal mengenang pergaduhan dan masam muka antara aku dan kekasih minggu lepas. Ngam-ngam la seblom masing2 balik bercuti CNY ni, aku pon carik pasal. Marah2 bagai sbb si kekasih tak dapat bawak pi mkn roti canai. Sbbnya, dia dah janji ngan member dia nak balik hometown pagi tu. Dia cuma sempat temankan aku breakfast kat cafe sahaja. Cis cis cis! Apa punya aku lah. Saja je tarik muka empat belas. Last2 aku sedih sendiri sbb buat dia begitu. And his last word sgt la melankolik "everytime nak balik cuti, mesti mcm ni. aih..." Dan aku? Terus tarik muka muka belas. *buduh okay perbuatan ini*
  • Lepas ayahanda balik sembahyang, kami ronda-ronda ke Ikea. Sangat letih.
  • Malam... habiskan waktu mendownload lagu dan berkaroke bersama adek-beradek.

  • Bernafas dan menghidu udara seperti biasa. Hiarghht! Aktiviti harian aku kosong sebenarnya. Tapi waktu bersama keluarga yang membuatkan hari-hari menjadi sgt berkualiti. *yer, aku mmg hebat susun ayat tatabahasa!*

And by the way.. sbg tanda penyesalan dan rasa kesal juga bersalah aku atas perbuatan melampau aku kepada kekasih sejak kebelakangan ini (yes, i know kita selalu gadoh-gadoh ubi) ... jadi... aku ingin luahkan terima kasih kepadanya kerna...

  • bawak saya jalan-jalan ke merata tempat sampai naik muak dibuatnya
  • belikan saya bracelet yang funky itu (eventhough i know its totally not ur taste. But THAT IS my taste wo!)
  • hadiah purse ROXY yang lama saya idam-idamkan. (its okay about the GUESS thing yg tak kesampaian bcoz ROXY is better)
  • hadiahkan saya t-shirt RADIOACTIVE masa trip ke JB last time.
  • Thanx jugak sbb invest some dolar masa kat Singapore demi mencapaikan cita-cita saya membeli perfume Gucci itu
  • Sanggop korbankan one of the souvenir ( yang dia beli utk kwn dia) kepada saya kerna kasihankan saya yang frust menonggeng sbb barang saya tercicir kat Singapore.
  • And of course la BIG THANKS utk dinner kat Secret Recipe last 14th Feb. Makan besar! Saya suka!!!
  • juga terima kasih tak terhingga sbb sentiasa update nota-nota kuliah kat laptop saya. Muahahaha.... enak sungguh rasanya.
  • I was impressed about... my assignment is his assignment. and his assignment is his assignment. No no! He helped me a lot. Kasihan... sejak bersama saya, kehidupannya jadi 'ganda dua'. *tapi dia garanglah dalam hal-hal assignment and class. takotttt! kecut! ketaq kat dia!*
  • Dan jutaan penghargaan kerna menjadi PA saya yang disayangi. Tolong print setiap kali assignment saya, tolong hantarkan ke lecturer, tolong photostat semua nota, tolong online kan untuk saya untuk buat semua pengesahan, dan terakhir ni... terpaksa risau-risau pasal praktikal saya. (juga menghabiskan resume yg saya buat separuh jalan :p) Sedang saya... masih enak goyang kaki tak hingat apa-apa dah kecuali cuti. *dia juga garang tentang ini. sekali kena tengking, memang mati aku diam terusssss.... hahaha*

Aih. Kesal dengan perbuatan sendiri.

Ah, hari-hari pon kesal.
Ada je benda nak dikesalkan.
Baik pergi tido.
Pasti tak menyesal.


1, 2, 3.... tido!
 

Friday, February 23, 2007

i've made up my mind.

yew! conteng lagi.
okay, semalam dengan semalam lagi.. aku habiskan waktu libur dengan berfikir perkara yang tidak baik, disamping membuat andaian-andaian buduh yang juga tidak baik. Ternyata mmg sukar untuk menjadi baik, lebih-lebih lagi hati ini. Hati selalu sogok fikiran dengan perkara yang bukan-bukan. Dan hasilnya...

kasihan dia...

Ternyata dia masih memegang rekod bersih. Sbg insan yang tidak pernah main kotor di depan maupun di belakang aku. Oh, terharu! Juga masih menjadi insan yang tidak pernah 'melacur' mulut di belakang aku apatah lagi di hadapan. Aku tidak tau usaha apa lagi harus dilakukan untuk menghargai rekod baiknya. Hanya akan terus berdoa dan terus berdoa. Dan akan menerima apa sahaja yang telah Allah SWT kehendakkan. Hmm... hari ini juga, aku nak bagi sedikit 'kredit' buat diri sendiri. Sejak kebelakangan ini (maksud aku, lewat beberapa bulan ini), kegiatan 'melacur' mulut maupun kegiatan 'mengata dulang paku serpih' ku sudah menjadi sgt perlahan. Aku tidak menyedarinya sehinggalah hari semalam, ketika berchattingan dengan seorang teman, dia ada menyebut. Tentang aku yang sudah kurang bercakap tidak baik tentang orang lain. Lebih-lebih lagi tentang seorang 'teman paling tidak digemari' zaman persekolahan dahulu. *senyum* Ye la, aku pon baru tersedar. Sebaik tamat sesi berchattingan...


Solat Zohor. Dan tiba-tiba terselak Al-Quran juzuk 30. Terus terpapar Surah Al-Humazah. Woh, tersentap! Surah Al-Humazah adalah yang menyebut tentang Pengumpat. Err... tiba-tiba semalam, aku rasa sungguh takut dan ... takut!


Ih!
Apa aku ni?


Tak! Sebenarnya sejak beberapa bulan kebelakangan ni (yang aku perasan, sejak cuti semester yang lalu) aku benar-benar takutkan perbuatan itu. Ada beberapa sebab yang buat aku rasa begini. Satu, berlakunya sebuah peristiwa ngeri depan mata aku masa sem lepas. Peristiwa yang dikongsi bersama rumet lama aku(yang pastinya tak dapat aku ceritakan demi menjaga janji aku pada diri sendiri untuk tidak berkata yang tidak baik lagi) Kedua, berlaku satu lagi peristiwa yang bukan depan mata aku (tapi aku dengar). Mulai kejadian hari tu lah, kami (merujuk orang tertuntu) pakat insaf dan ambil iktibar sama-sama. Tapi yang paling jelas bagi aku, jangan sesekali berkata yang tidak baik tentang orang lain. (Aku harap peristiwa tu tak terjadi dan aku harap, ia tidak benar belaka). Kami sangat ghairah membuat andaian dan menganalisa yang tidak baik. Sampai macam-macam hinaan dan celaan kami lemparkan sedangkan kami tak tau pun apa sebenarnya yang dialami oleh orang berkenaan. Ya Allah, ampunkan aku dan kawan-kawan yang telah sewenang-wenangnya kami cela. Dan sejak detik itulah, aku dah janji tidak mau berkata yang tidak baik sesama manusia. Juga tidak mau menyakiti sesama manusia. Aku kesal amat sebab telah menuduhnya yang jahat-jahat. Dia barangkali tidak seperti yang disangka. (Dan aku masih ingat bagaimana kami semua menangis). Oh, tidak! Aku juga sudah berjanji tidak akan bercerita tentang ini lagi!


Okay. I've made up my mind.
Life bukan seperti yang aku sangkakan.
Life semakin hari semakin susah rupanya. Mungkin aku dah capai higher level. Oleh itu, game of life pon jadi lebih sukar. Aku impressed mendengar kata2 haikal yang mau bagi wang gaji pertamanya pada ma dan abah. Aku harap, aku juga akan lakukan itu. Tapi ayahanda suruh kami bayar zakat (sebagai kesyukuran atas pembukaan rezeki). Dan aku juga impressed mendengarkan kata adek, dia harap dia tidak cepat besar. Sbb dia mau terus duduk di rumah. Bukan seperti ayong, angah dan along. (aku juga harap itu.Duduk rumah, dan tidak berbuat jahat dengan orang yang tidak berdosa)


Yer, bukan seperti aku yan kini tidak punya banyak waktu di rumah!
Rasa baru semalam aku tinggalkan rumah sebab nak ke matrikulasi. Tapi ternyata dah hampir 3 tahun. Aku masih rasa tak betah tinggal jauh dari rumah. Aku rasa sakit. Rasa tak sehat tanpa keluarga. Dan sampai sekarang, aku masih tak faham... kenapa ada orang lebih senang menghabiskan waktu di kampus berbanding pulang ke rumah. Bagi aku, keluarga nombor satu. Benda lain nak hancur, musnah, lantak kau! Perkara paling menyeronokkan ialah berkumpul satu keluarga pada setiap hari Jumaat, dan biasanya selepas sembahyang Jumaat. Tapi aku jarang dapat menikmatinya sekarang :(


Baru semalam juga rasanya aku solat mohon petunjuk dari Allah... samada ada aku harus atau TIDAK HARUS bertemu 'seorang insan' ni. Dan sekarang, lebih 3 tahun ia berlalu. Aku sudah bersama insan lain. Dan apa pula kehidupannya, aku pon tak tahu. Dari situ, aku belajar sesuatu. Allah sentiasa izinkan manusia untuk bergembira dan bersedih. DIA selalu memberi apa jua yang manusia minta. Tapi DIA selalu juga berkehendakkan yang lain, yang bukan sebagaimana kita minta. Oleh itu, DIA menarik kembali apa yang sudah diberikanNYA. Dan aku yakin, dia menarik semula... kerana ada yang lebih baik buat aku. Tapi aku tetap syukur, kerna walaupun Allah tidak mengkehendakkan aku bersama dia... tapi Allah tetap beri aku sedetik bersama dia... sbb Allah tau... aku terlalu inginkannya. Dan kalau Allah masih berkehendakkan yang lain selepas ini untuk hidupku, aku akan terima dan aku tetap akan berterima kasih padaNYA.

Ya Allah..
Aku masih belum jelas tentang apa yang aku lalui.
Aku tak pasti kalau ini sememangnya apa yang KAU kehendaki, atau hanyalah sebahgian dari apa yang aku ingini. Kalau satu hari kelak, KAU bakal menariknya dariku, KAU berilah aku kekuatan dari sekarang ya Allah. Aku mau jadi anak yang sudah dewasa. Yang tidak hanya tau menangis. Aku mau jadi anak dewasa yang sudah tau erti REDHA. Sebab yang paling membelenggu aku kini, adalah perasaan. Dan perasaan aku selalu yang buruk-buruk tentangnya. Mungkin aku masih tak berkeyakinan... sungguhpun dah hampir setahun tempohnya. REDHA....
 

Thursday, February 22, 2007

saya tak reti lah...

Lama aku tak conteng rakus-rakus.
Bukan sbb aku tak ada mood atau tengah bermalas-malas...
tapi sebab...
aku sebok design template baru.


Cis cis cis!
Aku sangat lampi dengan sistem blogger yang baru ni. Dah dekat seminggu aku adjust coding aku sana sini, tapi langsung tak ngam. Macam kena ribut blog aku jadinya. Aku terasa aku ni dah macam ahli baru pulak dalam dunia blog ni. Sebabnya, aku langsung kekejutan melihat dashboard yang lain macam. Kena sign in guna account Googles (sorry, saya dah outdated). Juga maaf kepada pembaca-pembaca, pengunjung-pengunjung mau pun penyemak dan penyamun semua. Sesungguhnya aku tidak melawat ke mana-mana blog pon kebelakangan ini. Ya ampun! Aku lagi sebal memikirkan template yang belum langsai. Aku janji, sebaik saja aku menyiapkan sebuah CONTENGAN MAUT kelak, aku pasti merayap-rayap 'menghantui' kalian. HAR HAR HAR!


Hiarght!
Kasi aku waktu.
Aku harus kerja keras.
Hingga ke titisan keringat terakhir.
Bila aku muak nanti,
Aku lesing je BLOGGER.COM.


Ada nak join?
Mari-mari...
Mari kita buat rapat umum melesing BLOGGER.COM.
(hello, aku gurau SAHAJA okey!)
 

Monday, February 19, 2007

3 malam tanpa bintang

tapi saya tak kesah.
saya macam rasa ... enak jugak malam-malam yg dilalui tanpa bintang.
sbb saya harap..
bila bintang muncul nanti...
cahaya dia lebih terang.
Insyaallah.


kalau tak terang?
kalau lebih malap?
pun saya tak kesah.
sbb saya dah ada keyakinan sendiri.


Kepada seisi dunia...
saya tak perlukan bantuan hayat ketika ini. Saya sememangnya okay dan baik-baik sahaja. Malah lebih baik dari kehidupan-kehidupan yang lalu. Saya juga tidak lagi dirundung kesedihan maupun penyesalan. Saya betul-betul berterima kasih kepada kehidupan. Saya dah jumpa sebahagian besar masalah saya. Saya mengalami kegawatan motivasi yang kronik. Pulang rumah, ada ibubapa.Kelas agama yang abah buat setiap malam selepas isyak utk anak-anak dah lama aku tak join. Tiap kali weekends bila pulang umah, aku jarang sekali join ahli keluarga. Sbb aku lagi suka nak tido besar-besaran. Tapi cuti2 ni, alhamdulillah. Banyak btol update yg aku tertinggal. Termasuklah adek-adek yg dah potong aku hafal surah Yaasin. =( Saya rasa terharu sgt. Sbb betapa lama rasanya tak dengar nasihat-nasihat agama dari ayahanda. Betapa lama rasanya tak sembahyang jemaah dengan ahli keluarga. Yer, masalah aku adalah... aku tak boleh jauh dari keluarga. Aku jarang pulang semester ni. Kalau pulang pon setakat satu hari. Telinga aku jadi jarang mendengar nasihat yg baik-baik. Oleh itu, aku jadi asyik melakukan yang tidak baik belaka.


Semalam, ayahanda kata ... kalau jarang baca al-quran, nanti jadi orang yg busuk hati. Asyik dengki kat orang lain. (patotpon aku selalu nak naya org. Selalu naik angin. Selalu carik pasal) kalau tak rajin baca tafsir al-quran, minat nak baca al-quran jadi hambar. Sekali, abah bagi soklan maut! "tafsir Quran yg Tok Wan bagi dulu mana? ada baca? ada guna ayat-ayat yg dia bagi? Kan ada ayat-ayat utk elakkan sakit kepala, ayat pendinding... mana?" lalu aku terdiam. Sesungguhnya aku tak tau kat mana aku letakkannya. Dulu masa zaman matriks, sgt la rajin baca-baca perkara baik. Sekarang, sgt la ghairah baca magazine2 lagha. Astaghfirullah...


Sesungguhnya aku mmg kegawatan motivasi rohani.


Bunda pesan... jangan tinggal solat. Jangan solat laju-laju (seperti yg sering dilakukan oleh kami adek-beradek masa dulu-dulu. Solat laju-laju sbb nak kejar rancangan TV). Lepas solat jgn lupa doa. Nanti Allah murka. Org tak doa lepas solat ialah orang yang riak sbb tak mau meminta pada Allah. Sebenarnya kata2 bunda beberapa hari lepas sgt menyentuh hati. Kata bunda, kalau tak berdoa lepas solat, macam mana nak bantu bunda dgn ayahanda bila mereka sudah tiada kelak. Saya sgt tersentuh.


Hari makin hari, makin byk melakukan dosa.
Dan yang paling menyentap jiwa....
Mendengarkan cerita ayahanda tempoh hari selepas solat Isyaq.


"Kalau kita berbuat dosa pada Allah SWT... Allah pasti maafkan bila kita memohon padaNYA. Sbb Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Tapi dosa sesama manusia itu yang paling besar".


Ayahanda kata, tak boleh menyakiti sesama manusia. Tak boleh mengata keburukan orang lain (Ya Allah, aku sering melakukan ini) Tak boleh bercerita keburukan orang yang telah mati (yer, terkadang aku masih mengungkit kesilapan orang yang telah pergi. Astahfirullah). Mengumpat itu adalah dosa-dosa besar yang paling seronok dilakukan (Ya Allah.. aku juga banyak melakukan ini). Dan juga dosa-dosa sesama manusia yang timbul dari hasad dengki. Lagi, kata ayahanda... manusia yang terlalu byk bercakap itu.. tanpa disedari boleh terpesong akidahnya. Barangkali, paginya kita masih Islam, tapi petangnya... kita sudah menjadi munafiq. Dan kadang2... kita mempersoalkan kuasa Allah tanpa kita sedari.


Yer, itu lah sedikit sebanyak update terbaru motivasi yg aku dapat.

Aku kagum dgn abah. Abah tak pernah langsong cerita yg buruk2 tentang orang lain. Aku sgt kagumi sikap abah. Aku mmg orang degil. Hanya nasihat ibubapa saja yg selalunya berjaya nasihati dan lembutkan hati aku. Itulah sebenarnya yg ingin disampaikan utk kali ini.


Baiklah, tadi kisah pedoman buat semua. Ini pula kisah diri sendiri.

Saya sebenarnya mengaku kesemua kesilapan saya. But the most unaccepted thing is when... your own problem becomes a problem to others. I don't understand why when once things are all about me, the whole world will be influenced. And... why did.. for every single mistakes that i've made, there is always no excuses for me. And why did peoples never tried to put themselves in my shoes.

Aku masih ingat. Masa aku sekolah menengah.. aku pernah buat satu kesilapan besar yang sebenarnya tak mengaitkan sesiapa pun. Ia adalah masalah aku SENDIRIAN BERHAD. Tapi few frens of mine, yang tiba2 tau tentang masalah aku ni, dorang semua bantai dump aku beramai-ramai. And at the same time, sorang lagi kawan aku ni pon buat benda yg sama. But then they kept on forgiving each other in a short time. Waktu tu aku sgt berkecil hati sampai aku berkata dgn diri sendiri ... bila dah kena batang hidong dorang, dorang baru tau.

Aku bukan harap, ada batang hidong sesiapa pon yg akan kena. (since ayahanda juga kata, Allah murka dengan doa-doa yang bukan untuk kebaikan) But peoples will never knew the other peoples' problem unless THEY WERE THEM. Ih, geram! Geram sbb aku nak je curahkan sepuasnya kat sini but yeah babe.. takkan aku nak lelong kisah peribadi aku kat satu dunia kot. Dan aku sgt terkilan dgn perlakuan-perlakuan manusia yang lagi suka memanipulasi cerita rather than discover the truth. (okay, istilah aku berada di pihak yg benar mmg tiada tapi sentiasa ada kebenaran kepada setiap kesalahan)

I've told one fren of mine everything. Afta telling her that stupid thing, aku rasa sgt2 better. Apa2 manipulasi yg dilakukan terhadap peristiwa ini, aku tidak kisah. Because wut is important most is, no such INCIDENT will happen again. Now, i just want to keep on praying to Allah semoga berlakunya keajaiban bernama 'petunjuk' dan 'cahaya'. Apa yang aku mahu sekarang hanya 'kesatuan' pedoman antara dua insan yang tidak berse-pedoman. Kesatuan 'pedoman' adalah perkara nombor satu untuk meneruskan riwayat cinta. Or else, aku HARUS lakukan sesuatu dan belajar untuk berpisah. Thats all. Yeah, it sounds easy. Jadilah aku, dan rasakan kepayahannya. (mmm... learn to leave each other.... mmm... )


Okay la..
I was actually happy today.
Hey, c'mon! Jgn ingat aku sedang merana mau mati.
I'm just fine. Semuanya okay saja di sini.
Just that... terkilan tak dapat meluahkan apa yg patot diluahkan.
And actually...
Aku indecisive sekarang ni.
Tak Tau Antara Dua.


-signed out-
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."