Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Wednesday, August 31, 2005

MERDEKA!

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
jeritlah wahai rakyat malaysia sumer sekuat hati laungan MERDEKA tuh!Ada jeritan yang lagi kuat sebenarnya tapi sebab terlalu kuat, sampai tak terdengar bunyinya. Jeritan yg aku maksudkan ialah jeritan "public holiday!" wakakaka.... jangan pulak laung kuat-kuat naa...Nanti tak pasal-pasal mencetuskan kontroversi 'tak hormatkan kemerdekaan'.
Aku hargai 31 Ogos.Aku suka 31 Ogos.Aku suka sbb negara kita negara merdeka.Tapi aku bukan orangnya yg akan terkinja-kinja ke Dataran Merdeka atau ke Putrajaya tuk sama-sama menyambut merdeka.Sambut merdeka tak seberapa, ke lain ja nanti hala tujunya.Lagipon aku tak pernah diajar oleh ayah aku tuk sambut merdeka cara tu.
Ingat kata abah masa aku kecik dulu.
"kenapa kita tak pergi pon Dataran Merdeka cam orang lain," aku pernah tanya abah soklan tu.Time tu aku kecik lagi.
"sbb cara tu tak baik.Cara tu tak betol.Lebih baik kita dok umah, hayati kemerdekaan dalam diri kita sendiri, dan bersyukur dekat Allah. Ada ke bila kita nak panjatkan kesyukuran kita pergi Datarn Merdeka tgk konsert?," tanya abah balik.
Aku pon tak ingat apa aku buat waktu tu.Samada aku jawap atau tak, tapi aku tau aku leh berfikir walopon aku kecik.
"Cara nak panjatkan syukur mestilah dgn sembahyang.Baik kita buat sembahyang kesyukuran kat masjid," lebih kurang camtu la kata abah. Aku ingat sampai skang.
Dan ada TIGA benda aku tak izinkan kaki aku langkah, dan diri aku buat.Sbb aku tau abah tak suka aku buat dan abah tak pernah ajar aku buat.
  1. Tengok wayang
  2. Sambut Upacara atau perayaan spt Merdeka dgn pergi ke tempat2 sambutan
  3. Tengok konsert

Aku pon tak nak ulas banyak sbb mungkin sensitif tuk sesetengah pihak. Tak ada niat nak membangkitkan isu.Cuma manusia ada cara hidup sendiri.Aku hormati cara hidup orang lain. Dan ni cara hidup aku yang parents aku bentuk.

I'm not perfect.But I'm trying not to be BAD.

Konvoi Merdeka, Konvoi Maksiat???
Maaf lagi kalau aku tuliskan satu lagi kisah sensitif.Semalam on da way balik dari UKM nak ke Cheras, abah stop sat isi angin tayar kete kat Bangi.Melambak motor kat situ.Kebanyakkannya pakai RXZ.Pitam aku tgk gelagat brader-brader yg semangat bukan skit punya tinggi nak sambut merdeka.Tak sure aku kalau-kala dorang tu student UKM atau apa.Harapnya bukan.Mmg jenis bukan 'lelaki idaman'.Sbb aku malu tgk ada terselit pompuan antara lelaki-lelaki tu.Dah la pakaian bukan main tak senonoh lagi.Mengucap panjang mak aku.Mmg la hak individu tapi masalahnya kacau pandangan umum.

"kalau anak abah, abah langgar kejap tu jugak.Sbb tu abah sanggup amek balik bila cuti.Tak payah nak berjalan ke sana sini," seriau satu badan aku dengar.

Teringat ceramah Ustaz Aqil Hayy yg aku dgr semalam dalam kete.Manusia sekarang banyak keliru dgn hiburan.Tak tau mana hiburan haram, mana hiburan halal.Tapi terlalu banyak hiburan haram yang tak reti dikawal dah masuk dalam rumah kita sendiri. Betul gak.Umah aku pon apa kurangnya kot.

Wallahualam...

*cerita ni cerita lapok.tapi cerita ni manader hujung*

 

Sunday, August 28, 2005

Pujaanku...

Andaikan malam tiada penah kan berakhir
Setiap ku bersamamu mungkin tak berujung
Betapa rindu ini tak pernah mati
Kekasih hatiku hanyalah engkau
Saat mulut manismu memanggil namaku
Hatiku pun bergetar bagai terserang rindu
Betapa aku menyanjungi dirimu
Buta mata dan hati untuk yang lain
Memetik gitar menyanyi syair yang tulus
Persembahan kalbuku
Nantikan dikau ditidur lelapku
Pujaanku...
Burung berkicau tanda setia pada pagi
Ku dengan engkau tak bisa dipisahkan lagi
Jantungku kau mintapun kan ku berikan
Betapa dalamnya cinta untukmu
"Betapa rindu ini tak pernah mati"
Ada rindu yg senang je mati.Ada yang tak mati-mati tapi boleh mematikan hati kita sendiri.Boleh bunuh rindu tak? Atau kita terbunuh dek rindu? *diam dan berfikir*
P . u . j . a . a . n . k . u .
Athirah, Diba dan Haizum
tra_nrl.jpgJumpa jugak ngan kawan yg freaky fun tu smlm kat Burger King dpn LRT masjid Jamek.Dia mai ngan rumet dia dari Sawarak yg tak penah aku kenali.Tapi cam mesraaa ja.Sgt ngam dan sporting jugak Si Diba tu.Kami pon bergumbira melaborkan ringgit malaysia dalam arena 'membeli-belah sakan'. Fuh, ramai btol manusia kat Sogo.Meleleh air liur aku tgk baju-baju kat situ.Sib baik tak ilang pertimbangan.Kalau tak...kering kontang ringgit malaysia yg ada dalam purse.
Diba budak Sawarak.Teringin nak jejalan kat Masjid India tu.Aku bawaklah dorang kat situ.Eh, aku bawak ke?Bukan aku bawak..Athirah yg bawak sbb aku ni nama je naturally Kuala Lumpurian tapi ngak ngerti apa-apa hal ehwalnya jalan.Ngekor je orang.Tu aku tau la.
Sampai kat Cempaka, aku terus lari laju-laju (manader laju) tuk panjat tangga nak naik train cepat2.Sian Thirah tunggu aku lama.Tup-tup ada encik ni mai kat aku nak blanjer ais krem.Yg aku tak tahan tu, dia konfiden bukan main lagi yg aku ni nak la kunun makan ais krem tu.Terus ja order dua ais krim.Aku terus cabut.Tetiba dia jerit kuat-kuat sampai org kat situ sumer pandang aku sambil gelak-gelak.
"Cancel lah, bang!Amik satu je! Orang tu sombong sgt.Orang nak belanja, jual mahal!," bajet aku goncang la ngan jeritan dia tu.Tapi mmg aku gelak gak sbb kelakar.Selamba mak minah dia je nak ajak aku makan ais krem. Isshkk.. seriau aku.
Naik tanduk dua cam biasa.
Aku kan kepala gila sket.Tak sah kalau otak aku ni tak kuarkan idea-idea gila yg bernas tuk dijadikan permainan penghibur hati.Kali ni aku ajak budak dua tu main-main kat area menjual barangan pakaian KHAS WANITA.Ekekeke.. malu lak aku nak sebot.Tapi bukan dosa pon aku ajak dorang berkeliaran kat situ.Tak de lagi main-main kat kedai mainan.Idea aku sudah UP! Hasilnya....

Image hosted by Photobucket.com

Pink ada, biru ada, macam-macam ada...

Image hosted by Photobucket.com

berlatar belakangkan pakaian KHAS wanita.

Image hosted by Photobucket.com

Pilih-pilih...!

What do you say? ^_* nakal tak? Nak rasa camner jadik nakal dan gila, meh la join aku.Sesungguhnya it's naturally me.


Image hosted by Photobucket.com

Atas ni gambar ptg tadi.Athirah dtg umah ngan Diba.Kagum aku ngan dia ni.Masih ingat selok-belok dtg umah aku sendiri dari Subang.Tu pon kejap je dia dtg sbb terus nak ke Bandar Tasek Selatan.Mak dia tunggu kat sana.

Terlerai rindu...Ngeh ngeh...

Crit Session
Akhirnya projek pertama aku dah berjaya.Bukan berjaya sbb projek tu terbina menepati kehendak lecturer, tapi berjaya gak disiapkan dan berjaya aku present.Nanti cerita panjang.

Image hosted by Photobucket.com

bukan senang tgk aku pakai baju kurung pi klas. Uhuhu... Takut tol nak mengalaminya.Nak mempersembahkan hasil keje kat lecturer bukan calang-calang punya gigil.Dan lagi.... (bersambung...)

Pusing Pahang
Jumaat tu pi rayau kat Pahang ngan family.Aku tak rasa sgt mood berjalan sbb aku lebih terarah melayan mata aku yg blues semacam.Sampaikan time abah berenti kat kolam air panas pon aku leh membuta ngan lenanya dalam kete.Mahunya tak, demi projek, seminggu tak tido.Ada sehari tu balik dari fakulti kul 6 pagi, then terus sambung ke kelas pagi tu jugak.Pakat rasa nak tido berdiri time klas.

Image hosted by Photobucket.com

ekal buat aksi terkejot.sejak bila aku ni seorang yg pendek? wakakak...

Image hosted by Photobucket.com

ekal wajah pelik

Image hosted by Photobucket.com

ziruL...lihatlah mukaku dari tepi!

Image hosted by Photobucket.com

Ijat...encik serba tau yg bersikap keanak-anakkan tanpa sempadan lagi.

Pujaanku Lagi

Kadang-kadang aku rasa tersudut kat satu cerok yg sgt sempit sedangkan sebenarnya aku kat tgh2 dataran yg sgt luas.Everytime aku pergi kat situ, aku terimbas balik semua cerita-cerita lama.Cerita yg tak ada episod akhir. Aku harap sgt satu hari ada episod akhir untuk cerita ni.Mungkin sbb terlalu memujai...

betapa rindu ini tak pernah mati.

 

Saturday, August 27, 2005

To meet Athirah is to meet my happiness...

Okay... start dengan senyum lebar-lebar. Owh,man! (ayah peberet penuh aksi lecturer communication aku).Aku bangun pagi harini sbb Athirah sms lagi.Smlm dia sms, tanya aku cuti ke tak.Puas aku try nak reply tapi asyik kuar error.Hangin satu badan.Takkanlah kat umah pon tak de line kot.Klu kat kolej Zaa'ba padang jarak padang tekukur tu aku leh terima lah tak ada line.Uhuhu... rupa-rupanya...credit expired kau! Uhuhu...bukan dah reach zero, tapi dah kena block sbb tak top up dah 2 bulan.
Maknanya apa tu?
Maknyanya, since aku jadi warga rimba kat Zaa'ba ngan Fac Kejut ni, enpon dah jadi halimunan.Sikit pon aku tak penah risaukan samada aku bawak enpon ke tak, aku top up ke tak, battery ada ke tak...pendek kata, kalau tak ada enpon pon hidup aku sempurna ja cam biasa.Sbb line maxis tak ada. Woah..sangat hebat dan gempak jenama dunia tu heh.Kununla kat iklan sampai ke angkasa lepas leh dapat coverage.Hell lah...
Berbalik pasal Athirah.
"Awak!," aku teruih ja jerit kat fon time aku call dia tadi.
"Woi...baru bangun ke?," tanya dia yg mmg dah bijak bestari ngan tabiat tido aku yang melampau.
"Nak kuar ke?Kita boleh je arini,"ngan riangnya bersuara walopon suara pagi aku sgt seksi.
"Jomla..mak kita pon kata tadi..pegilah kuar ngan Haizum...,"mau je aku gelak kuat-kuat sbb nada cakap cik trex sama je cam dolu-dolu. Maka terdengarlah suara back-up tolong gelakkan kat belakang.Entah suara sapa, aku tak tau.Kawan dia kot yg dia kata ikut dia balik Subang.
Bla...bla....TUP!Akhirnya dah decide nak kuar kejap lagi.Sungguhla gembira.
Lama tak jumpa Athirah.Sgt la rindu.Last aku kuar ngan dia time dia hanta aku pi interview kat UTM.Kalau tak silap aku bulan April lepas.
Banyak nak cerita kat dia nih.Bergosipan la.Yeaah...tunggu je mulut aku yg satu ni beraksi cam ada sepuluh.Akanku canangkan semua kisah kat cik trex yg freaky fun tuh.Uhuhuu...
Hidup yang bermakna, banyak kisah, banyak tragedi...
Seminggu yg aku lalui dok kat ukm makin best, makin banyak kisah dan tragedi. Nak tulis, tapi bukan sekarang sbb tgh over excited nak jumpa Athirah.Tulis nanti...
extra : love will fade away after 3 years.Will it be less than that?Hopefully yes. Those memories keep flashing in my mind (if u realise)
 

Friday, August 19, 2005

-Tekanan Tinggi-

[aku tak rasa nak tulis panjang]
cuma nak tinggalkan short note untuk otak aku sendiri. Ada masa aku tulis banyak-banyak mengalahkan novel chenta setebal 5 bulan bacaan. Wakakaka...
Aku.
Aku semakin hyper.Semakin kuat makan.Extra ordinary food lover.Daya tarikan antara aku ngan makanan sgt hebat sampai aku rasa nak melalak mengenangkan perkembangan ini.Tak sepatutnya ni terjadi sbb aku tau akan datangkan effect besar kat aku.
Sepanjang minggu ni aku gadoh ngan Encik Ketua Jahat pasal isu 'besar'.Bukan 'gadoh' yang 'bergadoh besar' la.Tapi seriously aku sgt sensitif bila dia kata aku besar.Sgt tak boleh terima.Dah tu mengekor aku tuk sakitkan hati aku.Aku tak besar, man! Nak je aku bakar studio tu bila dia kata aku besar sbb aku tau dia cakap dan maksudkan. But honestly, aku bukan manusia yg suka kurus.Aku takmo jadi kurus tapi kalau aku berterusan ngan perkembangan yg sehat ni, aku akan jadi saiko.Owh my god!
Mulut aku ni dah cam hilang pertimbangan sejak join JSB.Tak reti nak diam sampai asyik kena sound tuk diam.Risau gak aku.Kalau aku tak bercakap, aku nyanyi ngan riangnya.Kalau tak, aku mengunyah.Aku dapat rasa yg aku ni terhumban dalam satu fenomena dunia baru.
Mentor & Protoge
Ni permainan yang kitorang main semalam dalam studio.Aku lah mentor nya.Ramai gak yg nak jd protoge aku.Yg aku tak percaya, Si Faiz leh ngan releks nyer nak join aku.
"Faiz, ko nak jadi protoge aku?," aku jerit kat Faiz sbb dia dok group depan
"Nak...,"On da spot dia jawap.Kagum seisi studio.Ekekekke...
Aktiviti Mentor & Protoge = Makan.Dan Kelab ni jugak ada cawangan bernama KAA iaitu Kelab Anti Arul. Arul ialah Encik Ketua Jahat yang suka mengekor aku demi menyakitkan hati aku.Tapi aku redha je.
Wani Pi Indon!
Akhirnya Rabu 18 Ogos - last wani mai studio.Dia dtg ngan sedih sbb nak tinggaikan kitorang.Babai wani...semoga bahgia kat Indon nanti.
*akan cerita panjang nanti
Harini
Pas Maghrib, aku kuar ngan abah pi hardware.Then pusing-pusing sampai ke Pandan Perdana beli sate.Sementara tunggu sate tu, aku nampak sorang budak lelaki melintas jalan masuk dalam kedai.Aku tgk cam kenal ja muka dia.Tgk hidung yg terpacak tu, tgk cara jalan, tgk muka yg ala-ala sombong tak bertepi tu, aku rasa cam BUDAK TU plak.Tapi aku tak sure so aku usha dia ngan begitu galaknya.Then dia kuar dari kedai sambil hisap rokok.Ishk, awatla isap rokok! Mengenangkan rokok tu, aku terus je berharap sangat-sangat yg aku salah org.Entah naper tah aku rasa cam tak nak ramalan aku betul.Sbb manusia yg aku tgk tu tak senonoh je. Bila abah gerakkan kete ke depan, dia pon lintas.Ahamdulillah...aku salah orang.
Masalahnya : Aku ni dah kenapa terbayangkan BUDAK TU secara tiba-tiba. Budak hingus meleleh yang entahkan dah tau lap sendiri ke blom.Waakakaka... Mengingatkan kisah-kisah sekolah, aku rasa nak gelak sampai terburai isi perut aku.Tingat jugak kat member2 yg GILA dan skang dah hilang lebuh.Aizar pon dah ke mana ni.Lama gila tak dengar citer.Aku ada benda nak bagi kat dia.Aku beli kat Melaka.Uhuhuhu.....
MALAS NAK TAIP!Sbb aku adalah sorang pelajar architecture yg sedang berada di bawah TEKANAN TINGGI.*mati*
 

Saturday, August 13, 2005

Generasi Suka Kamera

Hoi! (permulaan yang kurang sopan tapi agak happening :p)

Tak Balik Sepatutnya.
"Awk, jom la kuar ngan kita," Wani tetiba ajak kuar time kitorang berpesta sakan sampai ke ptg kat Pusanika.Ntah apa tah aritu aku ngan Wani konfiden je lecturer tak mai.So kitorang lari pi Pusanika dari tgh hari sampai ke ptg.Akulah dok melilau carik laptop la kunun.Nak beli tak reti, tapi main bantai ja beli yg aku suka.Pas dah order sumer, baru aku bitau ngan mak aku.Wakaka...sudahnya mak aku kena mai UKM memalam buta hantar duit. Mmg keje kekanak gila.Sib baiklah abah sporting ja nak mai hanta duit kalau tak... mana aku nak korek duit nak bayar kat orang tu. Silap-silap kena lelong aku jadi kadam cam filem P.Ramlee tu.

Memandangkan ma ngan ajaibnya bagi kebenaran aku kuar ngan Wanie, aku pon bitau ma aku tak balik weekend.Tup2 rabu malam tu ma call kata nak mai UKM hantar duit.Tapi bukan setakat hanta duit, siap usha persekitaran sumer. Akhirnya ada 3 sebab membatalkan plan aku kuar ngan Wani dan menyebabkan aku kena balik umah gak weekend ni.
  1. Aki tak sehat.Kena balik kg.Abah risau dgr aki demam panas.
  2. Jerebu.Ma kata jgn kuar pi mana2.Klu boleh klas pon takyah pi.Uhuhu
  3. Abah kata weekend kat kampus tak elok.Byk panorama org dating kat depan blok aku.Plak tu ada kes rompak ngan mcm2 kes lg.Fuh, bukan sket punya over protected nih.Kagum aku

So, hari Khami malam tu gak ma sampai.Hangkut aku dari Bangi terus balik Johor jumpa atok aku. Demam panas.Tp tgk ja kitorang dtg, terus sehat.

Image hosted by Photobucket.com

Farah kat depan tasek fakulti.Sgt jelas jerebu yg melanda.Sampai kitorang nak termuntah-muntah everytime kuar dr studio sbb fakulti agak open.Sib baik studio tertutup.Selamat sket jantung dan hati kami dari dinodai ngan udara kotor.

Kami Pelajar Hyperbola yang sukakan kamera (kes kronik)

Aktiviti student JSB cam biasala.Berkorban segalanya kat studio.Tp aktiviti makin maju ngan adanya bilangan laptop yg bertambah.Huru-hara dan haru-biru pon terjadi dalam studio akibat persaingan bunyi-bunyian.Memasing dok gila MP3...cam ribut! Currently, lagu favorite yg boleh didengari secara percuma kat studio ialah lagu Pokok Kelapa, Mirai, Hey Mickey ngan clip baby menangis.Poyo btollah kengkawan aku ni tapi tetap menggembirakan.Telinga aku naik kebas asyik dengar lagu Pokok Kelapa ngan Mirai.Sampai bila kuar ja lagu Mirai, mulalah ada sora back up dok jerit suh stop.Sbb kami dah sgt muak ngan lagu tu.Tapi ttp menggemarinya.Errkk?

Aktiviti pilihan utama mestilah aktiviti yg mengaitkan kamera.Kami sgt sukakan kamera! Wakaka...amek gambar, bergambar, edit gambar, send gambar, tgk gambar, rekord gambar dan segala mcm jenis keje-keje penggambaran amatlah kami sukai.Pantang nampak kamera, teruja masing2.Ada ke patut dorang kata aku lah president nyer.Siap cadangkan aku tukar course.Suh aku study photography.Dush dush..aku nak jadik arkitek!!!

Bayangkan, tgh2 lecturer mengajar, aku ngan selamba mak minahnya bangun pi depan amek gambar dia.Then owang lain pon sama.Siap record apa sumer.Bersaksilah student JSB sgt chentakan kamera.Lecturer pon pantang diajak bergambar, laju ada berposing.

Image hosted by Photobucket.com

[ gambar diambil ketika kelas design masih dijalankan ]

Kayu : Kayu milik Ainul tuk projek Ready Made. Idea dari Sheeda tuk menjadikan kayu sbg frame.Aku lak jadi model yg sentiasa bersedia je nak bergambar.Uhuhuhu... Sgt la spastik.

Image hosted by Photobucket.com

Kan aku cakap...lecturer pon suka bergambar.Jadi, bukan salah kami sekiranya terdidik tuk turut gila ngan objek bernama kamera.

Image hosted by Photobucket.com

Konon2 Encik Ketua Jahat ni tgh mengajar aku la tu.Padahal mai tanpa diundang bila nampak Farah pegang kamera.Mmg kronik penyakit kami semua terhadap wabak bergambar.


Image hosted by Photobucket.com

Dan...sorry to say la,peeps! My mum pon dah lama terkena wabak sukakan kamera ni.Pantang ja nampak kamera mesti dok tanya bila nak amek gambar dia.Siap tanya nak pose lagu mana.Ishk..

Aku cerita pasal kamera ni sbb sejak akhir-akhir ni, bukan je org lain aku nampak dah gila posing, aku pon sama.Tabiat ni cam dah jadi satu warisan kat jabatan aku.Mungkin sbb kamera tu sebahagian dari kehidupan atau nyawa kitorang klu nak selamat projek.Mungkin jugak sbb kami ni tensen dan terlalu mencari permainan tuk dimain.Selain menganjurkan JSB Idol, kami pon buatlah permainan bergambar tanpa henti.Yg si Alias plak aku sedar tak sudah2 merecord movie.Membuatkan kami terpaksa berhati-hati sbb klu silap gaya, abis kena gelak tetiba sbb aksi2 tak siuman direkodkan.

Walo apa pon, sgt best lah! Aku gembira ngan kehidupan skang.

Extra : I miss someone la i think.Since he gave me his incomplete smile last week... adoi! Senyum yang tak sempurna tapi sgt sweet.

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."