Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Thursday, February 16, 2006

Selamat Berbahagia.

Malam ni, aku akan keluar dari rumah.
Takkan tinggal bersama keluarga lagi.
*Beylo : bluekkkk.... mula dah nak berlakon*


Malam ni, aku akan pulang ke UKM.
Sikit tak sabar.
Banyak hulubalang-hulubalang dgn pelbagai hantaran tunggu aku kat studio.
Oret, set!
Tak de hal kali ni.
Aku akan pulang ke ukm, belajar jadi arkitek dgn kuasa kuda bersisi besar.
Banyak agenda dah menanti.
Spt :

  • Buat site model. Yang dgr desas desus si adian sebesar 6 keping paper A1. Besar ke tak t? Bagi aku besar giler. Site yg kami refer ialah site area Lumut sana. Ingat senang nak bina model skala kecik siap ngan fasad bangunan semua? Terkehel mak minah la.... TApi aku rasa keje ni mcm sonok jugak. *kenyit mata, jelir lidah*


  • Gantong banner! Banner dah siap kami buat pada hari sebelum senior ke Indon. Separuh nafas buat banner. Tapi sikap senior yg understanding buat kami enjoy dan menganggap keje-keje membuat banner tu macam hiburan yang tak boleh didapati kat tempat lain. *tapi bukan semua senior best* Lalalala~


  • Buat 1 video clip dan 1 iklan untuk competition sempena Fest'Sena 24 hb ni nanti. Yeah, nantikan kami superstar-superstar handalan ni beraksi! Gegar!
  • Persedian Fest'Sena. Can't wait. Mungkin ada soup opera terbaru bakal muncul sempena festival senibina ni.

Semua warga fakulti kejuruteraan UKM!
Bersedia untuk Fest' Sena!
Dan untuk semua ahli Jabatan Senibina...
Bersedia untuk jadi penonton Samarenda kami.
Aku kerat jarilah.
sepanjang beberapa minggu menuju ke Fest' Sena ni sure ada banyak drama-daram murahan punya.
Siaplah.
Aku dari sekarang lagi dah sinsing lengan.
Macam seorang wrestler amatur pulakkk...


Aku bukan nak bergusti mania.
Sekadar suka-suka tunjuk kuat.
Berlagak kan percuma.
Apa salah aku berlagak hebat untuk seketika.


Okay, Beylo yang huduh!
Aku nak bersiap.Pakai tudung, tutup aurat.
Pakai sweater memerangkap haba...
Dan nak pulang ke UKM dgn hati yg senang.
Ku bahagia!


Selamat berbahagia buat aku dan buat semua. Selamat berbahagia juga buat pasangan bercinta tak ingat alam semua. Dunia bukan milik kamu berdua. Dunia milik kita bersama. Bercintalah secara berhemah. Conteng lagi nanti. Umur panjang, jumpa lagi. *aku butuh sesuatu yang aku tak ketahui apa*
 

Wednesday, February 15, 2006

Puasa ayam

Luar sana hujan. Dalam sini tak hujan. Mujur rumah aku punya bumbung. Kalau rumah aku lompong? Mesti kami semua kebasahan. Mesti aku sedang terkinja-kinja keseronokkan. Sbb dah lama aku pendam keinginan nak lompat-lompat dlm hujan. Takut peha lebam kena cubit, takut telinga nipis kena dgr ceramah perdana bunda... keinginan aku selalu terkubur macam pusara pejuang melayu. *ngok btol mukadimah aku kali ni*


BAHYER!

Tadi ptg, aku kelam kabut teman bunda amek adik balik sekolah.Hujan. Bunda kata bahyer hujan2 biarkan anak naik bas. *funny kan?* Then aku minta nak drive.Lama tak pegang kete abah. Kete yg buat aku rasa macam dinoso kuat atas jalan raya. Tup-tup bunda kata... anak tak boleh drive sekarang sbb hujan.Bahyer. *funny lagi kan?*. Baiklah bunda! On da way mulut murai aku sengaja sebut-sebut idea yang kompom kena bangkang forever ni. "nak balik ukm naik komuter boleh?," guess what? Bunda jawap... anak tak boleh naik komuter jauh-jauh.Bahyer. Sekarang banyak org jahat *funny lagi dan lagi kan?*. Aku rasa nak gelak tapi aku tukarkan gelak aku ngan soklan lain...

"semua bahyer. apa yg tak bahyer?,"
"zmn skang ni semua bahyer.tak de yg tak bahyer,"
"susahla camtu,"
"mmg. sekarang ni mak ayah dah tak tau nak letak anak kat mana. Semua tempat bahaya. Sana kes bunuh, sini kes bunuh. Culik, rompak, samun, rogol...bla..bla..,"


Teka apa aku buat sbg respon kpd kata-kata bunda? Tadaa! Aku boleh ikut sebijik-bijik apa yg bunda nak kata. Sbb aku dah dengar ayat penyata ini banyak kali dlm hidup aku. Thanks bunda. Funny kan? Seorang bunda yang overprotective sekaligus menjadikan aku seorang anak yg overprotected.


KFC : Tak payah bayar!

Tadi abah kasi 4 helai voucher KFC. Aku, adek dgn Ijat pon terhegeh-hegeh ke KFC nak tuntut ayam-ayam goreng imported tu. Dapat seploh ketul free. Apa nak lagi? Aku suka service akak tu. (aku tak sure dia akak atau aku yang perasan muda.Sbb aku slalu pikir...orang yg dah keje tu dah tua dari aku.)

Gadis KFC : Nak semua ke?
Aku perasan muda : Ha ah. (takkan dpt free seploh, tapi nak 5 je kot)
Gadis KFC : Makan atau bungkus?
Aku perasan muda : Bungkus
Gadis KFC : Regular or spicy?
Aku perasan muda : spicy.


Gadis KFC : ada lagi, kak? *senyum*
Aku perasan muda : Aaaa.... tambah 2 set dinner plate. *oh, aku yg akak*
Gadis KFC : Lagi?*senyum*
Aku perasan muda : Fun fries large satu.
Gadis KFC : lagi? *senyum*
Aku perasan muda : hmm... boleh tak kasi kentang putar ni, tapi takmo kentang dia.
Gadis KFC : Huh? *cam nak tergelak*
Aku perasan muda : Nak kuah dia je... ngeee *aku sengih kebuntuan*
Gadis KFC : haa...okay.. *nada ragu-ragu*
Aku perasan muda : *senyum*


Maka..mengangkutla kami tiga beradik ayam-ayam goreng produk omputeh tu. Masyaallah...nafsu!


Semua tak makan banyak. Tak lahap pon. Semua makan dgn tenang sekali spt tidak bernafsu. Aku? Hmmm...tanyalah Farah macam mana aku ni gila KFC. Jadinya aku terasa macam aku sorang je yang pelahap dinner tadi. Macam banduan kena tahan reman yang tak dpt makan beberapa hari. Semuanya gara-gara kegilaan aku terhadap ayam. Juga sbb aku ketagih ayam setelah beberapa minggu aku puasa ayam. Faghah, aku selingkuh lagi! Maafin aku.


"kenapa semua makan slow-slow? tak lapar ke?" tanya aku
"mcm tak sedap KFC arini," kata Ijat.
"Sbb free kot. sbb tu tak sedap," kata adek.
"cuba makan ma punya. mesti sdp.Sbb ma punya tu bukan free, bayar!," kata dek ekal.
"ishk, sama je. Tak sedap!," kata bunda.
"ah, sebenarnya dah jemu! Dah tak nak dah mkn KFC ni sebenarnya.Perot tu dah tak boleh nak terima lagi dah.Tapi sbb saja nak buat dengki. Saja je korang pergi tukar voucher free tu. Bagi orang lain tadi lagi baik," kata ayahanda.


Okay, aku janji ini kali terakhir aku makan KFC. Tunggu beberapa bulan lagi.Tekad ni. Serius ni. Aduh, pecah puasa aku! Aku dah berjanji tak mau makan ayam lagi. Bukan sbb takut kena bird flu. Bukan sbb isu halal haram. Tapi sbb... aku terpengaruh dgn kata-kata mak cik tukang urut aku aritu. Beylo darling... aku bukan urut macam ibu-ibu lepas bersalin. Tidaklah! Aku urut sempena memujuk kepala migrain aku ni.


Urut.

Aku geli orang urut-urut ni. Masa je aku tgk tangan mak cik tu yg berlumur minyak urut nak dekat ngan badan aku, aku mengekek kuat-kuat.Seriau! Aku rasa geli yg amat. Tapi lama-lama rasa syok pulak. Lagi-lagi bila dia tekan kuat-kuat kat area batang hidung sampai ke dahi. Lega. Rasa macam psikologi aku terubat. Macam setiap picitan dia tu membuang sakit aku.


Tgh syok-syok tiba-tiba.... mak cik ni kuarkan ayat spoil. Rasa macam keluar asap berkepul-kepul kat telinga aku. Apa dia cakap? Biar aku simpan sendiri. Tapi terngiang-ngiang kat telinga aku.


Kepulangan yang tertunda.

Aku kan Beylo... bergolek atas katil sendiri lagi malam ni.
Aku pikir... aku tak dpt bergolek lagi.
Sbb aku ingatkan.... mlm ni aku terpaksa tido kaku atas katil ostel,
katil single tu.
Yang membuatkan aku tido tanpa pergerakkan.
Akibat takut aksi stunt aku mencederakan diri sendiri...
sbb kebarangkalian tergolek katil amat tinggi.
Aku selalu nampak buttercup aku tergolek setiap pagi.
tak rela aku ditergolekkan!


Aku tak jadi pulang ke ukm mlm ni.
abah letih sgt.Tak larat nak drive ke bangi mlm ni.
Kalau bukan sbb keje yg menuntut komitmen dan penyertaan aku,
Tentu aku masih bercanda dgn cuti sampai ahad ni.
Tapi aku rasa... lain macam kali ni.
Teruja sgt nak balik ukm.
Rindu pulak kat studio yang dikatakan adian....
mengeluarkan pelbagai bau-bauan yg memeningkan kepala dia.
aku tak pening pon.
*lalalalala*
Yang iyanya jugak... aku rasa excited nak buat site model.
Macam satu pengalaman baru.
Belajar buat model size besar.
Selalunya skala besar, jadinya hanya menuntut potongan-potongan board ciput.
Kali ni pasti menitiskan keringat!



Beylo, aku mintak diri boleh? Terasa macam nak baring, memejamkan mata dan celik semula esok hari. Kamu jaga diri baik-baik. Terima kasih kerana rela diconteng utk mlm ni. Esok aku conteng lagi huduh-huduh. Jaga kau!
 

Tuesday, February 14, 2006

If I ain't got you

Ada orang idop utk nasib,
ada orang idop utk pemes,
ada orang idop utk power, yeah!
ada orang idop utk main game,
ada org pikir perkara fizikal....
menyatakan apa yang ada di dalam...
dan aku pernah kat situ sebelom ni,
tapi kehidupan tu bosan,
penuh dgn kecetekkan...


Sesetengah org nak semua...
tapi aku tak nak apa-apa...
Kalau bukan awak...
kalau saya tak dapat awak...


Sesetengah org nak cincin berlian..
sesetengah nak semua benda...
tapi semuanya tak bermakna apa-apa...
kalau saya tak dapat awak.. yeah!


Sesetengah orang carik pancutan air...
Yang promise muda selamanya...
sesetangah org perlukan tiga dozen mawar
dan itu saja yang buktikan awak chentakan mereka...


Bawak saya ke dunia pinggan silver
dan apa yang baiknya ia akan jadi..
tidak kongsi dengan sesapa
dengan tiada sesapa yang amek peduli tentang saya...


Alicia Keys - If I ain't got you.
(versi bahasa melayu latin)


Cuba bayangkan the beautiful Alicia Keys nyanyi pekik-pekik lagu ni versi melayu. Sebijik macam terjemahan aku. Mesti menarik kan? Nyanyi yok! Hmmm... teringat Riby nyanyi lagu ni sambil memeluk Radit. Romantik aww!


Ku Tlah Jatuh Cinta........ sama Radit

Radit lagi! Jatuh cinta lagi! Aih, aku pon dah naik runsing dgn keterujaan semasa aku. Kehidupan rasa tunggang langgang macam anti graviti tanpa ngedate lagi sama Radit. Kejambuan dan keayuan wajahnya dah cilok hati aku. Cilok dgn gelojoh, dan dibawa lari jauh-jauh. Radit dah cilok dgn baik sekali hati aku. Patot pon aku terasa sgt tak berhati perut beberapa masa yg lampau ni. Sbb hati aku dah kena cilok. Rasa lengang aja kawasan dada aku. Rasa ringan sket tanpa hati. Aku dah tidak punya hati lagi. Maka aku tidak boleh lagi berhati-hati maupon makan hati. Radit si jambu air.....pulangkan hati aku cepat-cepat yach! *mata bersinar-sinar penuh harapan*


Yang iyanya.... aku baru pulang dari tontonan perdana Ku Tlah Jatuh Cinta volume 10 kat bilik bunda. Satu rumah dah aku sogokkan ngan baik sekali ngan citer ni. Cuma ayahanda yang tak akan pernah termakan kata. Filem chenta....filem leleh... ayahanda kata buang masa ajer nonton. Bunda pulak dari baring, terus bangun. Bila ja kuar si Gina penjahat paling jahat tapi unggul itu, dia mula lah teruja. Bunda sgt suka tgk aksi jahat Gina. Katanya kejahatan yg tak ada tolok bandingan lagi. Tapi sgt hebat lakonan spastiknya itu. Aku suka bila Gina buat mata liar. Macam burung hantu sakit mata.


Heh, aku bilangin nih! Nonton yok! Sapa tak nonton mmg tak romantik la. Dan aku suka volume 10 ni. Sbb adegan romantik dewa dewi Radit dan Riby sgt menjadi-jadi. Si Gina pulak hampir mati tapi macam biasala... nyawa penjahat kan liat. Tapi apalah ertinya cerita ni tanpa kejahatan Gina.


"tadi kamu bilang aku cantikkk... bangat,"
"ya iya..."
"terus kenapa?"
"aku makin sayang sama kamu, By..."
"Owh... hanya sbbnya aku cantik, kamu jadi lagi syg sama aku. Kalau aku sudah tua, terus kerepot, terus giginya udah rompong, terus tangannya panjang sebelah..terus.... aku sudah tua ganyut..... kamu masih sayang ngak sama aku?,"
"HAHAHA...! Iya... aku tetap syg kamu, By..."

Dan seorang makhluk pemusnah hadir mengganggu kebahagian mereka.


Hmm..ok, ngam! Radit mmg cocok dengan Riby. Tapi dgn aku bukan lagi cocok. Dah bercocok-cocok. ekekeke.... Gurau dech. Aku tak boleh nak conteng hal lain sbb pikiran aku terlekat kuat-kuat pada cerita indon tu. Banyak sgt cinta mati dlm cerita ni.


ngomong sama Beylo :
Cinta mati.
Payah la Beylo kalau kita dah cinta mati kat seseorang.
Boleh mengakibatkan gejala radang otak.
Serius ni aku cakap.
Kamu tak apa la Beylo.
Tak payah nak cinta mati-matian.
Sbb kamu tak dikurniakan perasaan halus itu.
Yang aku tau....
Sekali dah wujud cinta mati...
mmg hanya maut yang boleh hentikan penyakit radang otak dan radang perasaan.
Sungguh ni.


Aku ni bebel percuma ajer. Sudah, sekarang semua boleh bersurai. Sudah jam 10.45 malam. Waktu utk aku menjadi superstar. Show aku dah nak mula.sign out!

 

Teman Tapi Mesra

Ada seorang encik telah menge-tag aku. Sekali lagi kita kena tag, Beylo. Dan kali ni, bukan setakat tag, siap kena satu sumpahan lagi. Sapa yang dah kena tag tapi buat dono, encik tu kata nanti umah dia seminggu tak ada air. Bisa kan sumpahan tu? Aku takut tak ada air. Sebab nanti abes la tanaman gandum, sayur-sayuran dan bijirin di ladang aku tak bersiram. *aku sangat penipu*


Tajuk : 8 points I'm looking for in a perfect lover
Target : Wanita-wanita cantek dan sexy Lelaki

  1. Religious.
    Aku tak berani bawak pulang lelaki tanpa sifat ini. Aku takut ditolak mentah-mentah oleh ayahanda. Dan aku frust mentah-mentah jugak lepas tu nanti. Terus... aku mau dia mengimamkan aku dan anak-anak solat. *peace, brother!*
  2. Segala-galanya melebihi aku.
    Konservatif jugak kalau aku cakap, aku tak suka berada di depan lelaki. Aku masih suka prinsip 'lelaki itu kedudukkannya lebih besar'.
  3. Berharta.
    Aku tak harapkan David Beckham masuk meminang dengan hantaran banglo bertingkat-tingkat (sebesar midvalley, setinggi KLCC), tapi jangan la kasi aku kebuluran! Jgn pulak nanti untuk setiap kemahuan aku, aku hanya dapat melelehkan air liur.
  4. Suka dan pandai main bola sepak.
    Bagi aku, lelaki adalah membosankan bila dia jahil ilmu bola sepak. Sbb aku suka bola! *takkan aku yang kena berjaga 3 pagi time world cup sedang si lelaki tu berdengkur lena-lena.Macam songgsang ajer!* Tapi apa nak buatkan.. bukan semua orang boleh suka apa yg orang lain suka. Yang sebenarnya, aku suka lelaki aktif. Aku suka lelaki yang sporty. Kalau bukan bola sepak, main la apa-apa sukan lain. Main guli? *hello... apa classss?*
  5. Serius, tegas
    Berguna untuk cairkan kekerasan kepala dan kekerasan hati aku! Aku degil! Degil!
  6. Stylo.
    No komen
  7. Ada prinsip yang kuat.
  8. Kematangan fleksibel.
    Ada masa, lelaki tu kena matang sbb kematangan aku jarang ada. Tapi janganla matang tak sudah-sudah. Boys look cute bila dia lompat-lompat atau main-main just like kids. Ehehehe.... *nyorok!malu!*

Aku rasa... aku tak berapa adil sepanjang aku menulis tentang ni. Sbb pikiran aku dikuasai oleh seseorang. Membuatkan aku bukan menulis tentang my perfect lover, tapi aku menulis tentang orang tu. Tak adil kan? Sangat tak adil buat aku. Ah, lagi mudah kalau aku tulis......


perfect lover aku hendaklah hensem, tinggi, sasa, glamour, berilmu, senyum mencairkan semua jasad wanita, kulit hitam manis, hebat main rugbi, pandai berlakon, romantik, seksi dan suka buat muka seposen dua. Dia lah Fahrin Ahmad. HAHAHA! *amek ko!* Dan kali ni lebih tak adil lagi. Eheh. Gurau senda semata-mata.


Ah, malas dech berbual lagi soal ni. Sbb aku terkenang lagi manusia yang menguasai pikiran aku untuk menjawap soklan perfect lover tu. Dia tu lah Teman Tapi Mesra aku. Tapi sekarang.... bukan teman, bukan jugak mesra. Sudah tidak kenal dia lagi. Tapi setiap apa tentang dia, semuanya aku masih ingat. Ah, baik aku berangankan Fahrin Ahmad. Sbb sama ajer jalannya. Tak akan dapat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak keciwa dengan Fahrin. Iya kan?

Mangsa seterusnya :

KAMU!

Kamu merujuk kepada semua orang yang blognya ada di-link-kan dalam blog aku. Selamat berimaginasi!


Sekian, bebelan tak bermanfaat aku.


 

Sunday, February 12, 2006

Soup Opera Baru

Anak-anak semua... lihatlah bencana alam yang menimpa blog ini. Kesian beylo. Tak sebersih dulu. Makin comot. Semuanya gara-gara tangan gatal tak boleh garuku ini. *lempang muka sendiri*


Sangat mendidih-didh hati aku bila je cik tikus hitam terklik tanda save yg sekaligus membuatkan keseluruhan wajah Beylo musnah! Mau nangis, tapi ah buang masa! Daripada menangiskan Beylo, baik aku menangiskan diri sendiri atas beberapa kekeciwaan berpanjangan sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Macam terkena sumpahan keramat yang durjana sekali.


Layout ni, untuk sementara. Sementara menunggu mood aku yang sangat kudus kembali kepangkuan aku. Bila mood kudus tu datang nanti, akan ku solek-solek wajah Beylo kasi kembali suci. Aku tak suka tgk blog aku sekarang ni. Huduh! *ketok keyboard kuat-kuat* Tak lawa! *hentak mouse hitam buruk kuat-kuat* Tak suka! *tumbok peha sendiri*


Lupakan yang itu! Lawa tak lawa...asalkan aku masih mampu menconteng dengan rakusnya.Dan kali ni aku nak conteng serakusnya sebagai menghormati hari-hari berlalu tanpa ada contengan baru.


Aku seorang menteri

Kesebokkan (macam menteri) sepanjang seminggu yang lalu membuatkan mood aku jadi tunggang-langgang. Sampailah sekarang ni aku masih blom stabilkan mood aku. Sebenarnya aku tak puas hati dengan projek yang dah pon aku submit tu. Aku tak puas hati atas beberapa sebab. Pertama, aku heran kenapa aku mula lambat tapi siap cepat.Orang lain pulak masih terkedek-kedek hinggalah ke hari ini. Bukan ke tu maknanya, aku berkerja tergopoh-gapah dan tak senonoh? Ye kan? Yang keduanya, aku takut projek apparatus aku tu tak berjaya diadaptasikan ke dalam projek galeri seterusnya. Sangat risau aku.


Krisis + Tak faham bahasa

Ada jugak dalam alam fana ni manusia yang tak faham-faham bahasa kan? Kita dok la perli sana perli sini, dia tetap tayang muka warga republik 'tak faham bahasa' dia tu. Aih, nampak gayanya, soup opera baru akan keudara tak lama nanti.Eh, macam dah keudara je. Heronya tetap aku, Farah dan Ainul termasuk beberapa heroin seperti Babe dan Adian. *zaman dimana lelaki tidak lagi bisa mendukung watak hero*.


Kami yang hero soup opera ni pon dah tak ada keja lain. Terpaksa menahan marah, menahan diri dari dipergunakan. Dan juga menambah dosa akibat terlalu banyak bergosipan. Ingat kami ni mesin cop duit nak jadi banker? Maka, kempen FEED THE POOR tak akan berlangsong lagi sampai bila-bila. Aku taubat. Tak mau feed orang lain lagi. Lebih baik feed diri aku sendiri yang jugak poor ini.


Beylo, aku lemas tau ada manusia kedekut mengendeng-ngendeng sekitar kami.
Aku ni bukan pemilik Bank Negara.
Kat rumah aku, mesin paling besar yang kami ada pon cuma mesin basuh baju je.
ayahanda belom lagi mampu beli mesin cop duit.
Terus... aku tak mau ada orang merugikan kewangan aku lagi.
Daripada aku salurkan ke makhluk2 kaya yang hanya tau menunggu kami membuat kempen FEED THE POOR,
lebih baik aku salurkan wang aku mendapatkan kasut nike warna hijau idaman aku tu.
Ataupon makan pagi petang siang malam kat Secret Recipe...
*perut aku mula tersenyum bahagia*


Aku bilang lagi!
Aku lemas dengan manusia kedekut dan berkira!
Aku jugak sangat lemas dengan wanita-wanita yang terlupa mereka itu belajar ARCHITECTURE.
Kenapa meraka punya masa yang banyak?
Sampai kadang2 tdo sampai bengkak-bengkak mata?
Sedangkang kami tak pon punya masa sebanyak yang wanita-wanita itu ada.
Kenapa kami je yang terhegeh-hegeh berhempas pulas untuk submit assignment on time?
Sedangkan wanita-wanita tersebut yang banyak waktu tidur dan bershoppingan itu boleh submit mengikut suka dan suki mereka?
Kenapa eyh?

Jaga la wanita-wanita tersebot!
Aku warning nih!
AKU BAHAYA!
AKU TOXIC!
I look like a flower but i stink like a bee!
Mind u!


Kamu semua jangan risau. Soup Opera ni bersiri. Nanti2 akan aku siarkan episod kedua.Tunggu ajelah apa yang kami BERTIGA mampu buat. Tiba-tiba aku terperasan.Yang kami ni sebenarnya memang Toxic. Hari makin hari, makin buas kami ni mengerjakan golongan manusia yang suka nak carik pasal dan menyusahkan kehidupan kami. Tengok ajerla! Untuk senior jugak! Baik belajar berhati-hati sebab kami dah mula buas! Nak ke rasa tamparan wanita? Untuk encik abang yang tak puas hati dengan fakta yang kami ni hebat pon, tunggu la kau! Jangan sampai bebola mata tu jatuh macam spring ke lantai satu hari nanti.


HAHAHAH!
Bahagia rasanya bila aku mampu menulis sekejam ini.
Rasa macam pahlawan sebenar.
Dan aku menulis untuk suka-suka sahaja.
Tiada maksud sampingan untuk digembar-gemburkan.
=)
Peace untuk semua! \/


Apparatus : objek yang direka bentuk untuk kegunaan dalam merekabentuk sesuatu yang lain. Faham ke? Tak faham cubalah mengaku tak faham. Jangan jadi macam MEREKA tu... kan, Beylo? Tak faham berlagak faham. Lepas tu mata terkebil-kebil sambil akal lintang pukang carik jalan nak underestimate kami. HAHAH...

Ini apparatus yang aku guna untuk presentation. Sangat dukacita, cermin tu terpecah sbb mentol sangat panas di dalam.




Akhirnya, ini lah yang aku submit. Mentol ditukar dengan lampu panjang yang kurang panas, tapi cahaya tak spread sangat membuatkan idea particle pasir aku tak clear sangat.


Untuk laporan presentation day, sila KLIK ADIAN.
 

Friday, February 10, 2006

Pe Benda ?

Sekarang teka pukul berapa? pukul 4.54 pagi, Beylo! Dan ketika ni jari-jemari aku maseh lentik dgn canteknya.Bebola mata terasa macam bola-bola api panas. Tekak aku perit macam tadi aku dinner makan duri, minum paku. Hyper tak ayat aku?


Aku kat studio lagi.Blom dpt memenuhi nafsu mata. Masih kat studio. Senior tahun dua pun dah mula datang beramai-ramai ke studio. Dengan baju lawa-lawa, bau wangi-wangi... hati mestila gembira. Huh, tengok tu! Ada sekor baru membuat lintasan. Huwaaa.... aku rasa mau menangis sbb mereka (senior tahun 2) dah dtg balik ke studio dgn penuh gaya. Aku dan kengkawan lain? Blom pon pulang tdo. Jeans aku ni dah penuh dengan debu kayu. Tangan aku melekit-lekit kena gam kayu. Tapak kaki aku yg halus mulus ni dah jadi hitam legam.


Sebenarnya, senior 2nd year nak ke Indonesia pagi ni.Sbb tu melaram sakan memasing. Skang dah 5 pagi. Entah bila agaknya nak bertolak ke KLIA, aku tak tau. Malas nak tanya. Cukupla abang-abang dengan akak-akak itu mengheboh hebahkan yg mereka akan ke Indon harini. Sbb tak lama nanti, kami pon akan ke Indon.


Sangat bizi sekarang ni. Tadi aku dah hampir give up. Rasa nak je aku buat sukan lontar cakera pada malam yang mulia ini. Nak je aku balingkan apparatus aku tu. Masa krit aritu, bukan main terang benderang lampu dia. Sampai boleh suluh satu donia. Tup tup bila aku dah rajin, aku dah mula rasa konsisten, aku pon ubah la benda alah projek aku tu. Sbb aku nak base dia nampak kemas. Pulak tu mentol yg sgt hebat tu dah membuatkan cermin kaca aku pecah betol2 masa ari presentation. Kecoh satu studio mensensasikan soalan apa dah jadi ngan cermin aku.


Nurul, tu mmg design kau ke?

Nurul, mmg ko saja pecahkan sbb nak nampak rhythm ke?

Nurul,kenapa pecah?

Crack sbb paku kuat sgt kot.

Crack sbb panas kut...

Macam2 andaian. Yang aku tau, aku rasa nak lesing sampai hujung benua asia apparatus aku bertemakan pasir pantai tu. Tapi bila tgk respon baik senior, teman-teman dan lecturer, aku rasa macam bersemangat balik.


Tiba2 tadi aku test dgn lampu lain, cahaya dia tak spread. Memandangkan aku seorang insan biasa yang sgt suka pada hari-hari percutian, aku tak mau korbankan cuti aku walau pon sesaat. Aku tak kira. Esok aku nak balik rumah! Mesti! Sbb aku terasa letey yg sangat. Perlu balik untuk kumpul tenaga jugak utk membersihkan diri daripada gejala kehidupan yang tidak sistematik ni. So, aku akan submit apparatus aku yang cahayanya hidup segan mati tak mau tu.

Ok, Farah da mula mengemas. Mau pulang ke Kausar dan mematikan diri utk seketika.Biar semua masalah dunia ni selesai sementara aku tdo. Aku nak bangun pagi esok tanpa masalah dunia. Mau tenang sbb aku nak cuti macam gila.Sekian terima kasih. AKU NAK BALIK KAUSAR dan meninggalkan STUDIO YANG PENUH MASALAH DUNIA NI. Jugak mau melupakan ingatan aku terhadap paku-paku, skru-skru pelbagai saiz, kayu-kayan yang mengasarkan tangan, dan semua benda2 hardware yg jadi besfren aku sepanjang minggu ni.

SeRIOUSLY, minggu ni paling panjang, paling seksa, paling pilu, paling indah, paling dramatik, paling penuh dgn masalah, paling banyak konflik dgn manusia tak faham bahasa alam dan paling sebok.Sebok sampai mebuatkan aku terpaksa feed my poor perut ni dgn makanan2 mahal supaya dia dpt bekerjasama dgn aku. Tiga Ratus Hinggit untuk minggu ini. Dan hampir 200 daripanya utk perut yang satu. Saya suka makan ketika sebok.
 

Monday, February 06, 2006

Hari-hari yang sebok

Hari-hari yang sebok datang lagi...
Untuk berapa lama?
Aku tak pasti..
Yang aku tau..... dia tak berkesudahan.
Macam.... (tak tau mau conteng apa)


Aku sangat sebok.
Takrif hidup terkini :
Terhamba dan terabdi sepenuhnya pada Architecture.
Beerti kehidupan aku dikawal sepenuhnya oleh projek-projek mega itu...
Dan dilimpahi lukisan-lukisan yang menuntut komitmen yang sgt tinggi.
Sampai tak tercapai akalku.


Otak aku penat.
Badan aku penat.
Aku penat.



 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."