♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
Monday, September 25, 2006 |
'Buah Hati' tiada.
Ramadhan 2.
Patotnya pagi-pagi tadi aku dah balik ukm. Tgh dok siap-siap nak balik tu, abah tanya aku nak pi mana. Kisahnya abah bitau aku, aku tak leh balik siang ni sbb kete tiada. Kete dah abah hantar pi workshop. (disebabkan eksiden last 2 weeks tu la). Aih, around RM600 jugak lah nak ketuk kemek-kemek tu. Bukan lah teruk mana pon. Tapi hati aku mmg hancur tgk 'buah hati' kena hentam sampai kemek. Siap ko! *nak salahkan sapalah agaknya aku ni. Salah sendiri, okay!* So, malam ni je la baru aku akan muncul kat studio. Miss studio la. *oh ye ker???*
Dua minggu tak balik umah aritu, macam-macam aktiviti wajib, sunat, haram dan makruh yg dah aku kerjakan. Ngeee... =D. Mula-mula aktiviti ke hardware dalam hujan lebat sampai menyebabkan eksiden. Dah la time tu berdua je ngan Ainul. Mmg ketaq la satu badan. Maaf, aku tak ambil gambar pon keadaan kereta yg kemek-kemek tu. Sbb aku tak sanggup nak tgk buah hati yg cedera.
Simulasi. Hujung minggu lepas ada simulasi kat Hutan Pendidikan Alam UKM. Mula-mula kami semua dok merungut-rungut dan memaki-hamun. Mana taknya, tak pasal-pasal kena masuk hutan belakang KerisMas tu. Dah la nak masuk situ bukan sket punya durjana. Mmg boleh rosak kete dibuatnya. Tapi bila dikenang balik, taklah sehina mana pon program tu. Tu program sempena kelas Khidmat Masyarakat. Dlm 400 orang jugak yg ikuti program hujung minggu lepas. Tapi not to deny, student architecture masih pegang title paling heboh. Dan kami dah buktikan kat semua orang, tak tido malam adalah perkara biasa. Rasa nak muntah je bila aku dengar suara-suara sumbang 'certain orang ni' yg mengadu nak pengsan sbb tdo lambat. Siap komplen-komplen lagi tak tahan dengan program tak tdo malam. Hello, try putting urself in my shoes, plis!
Dan kami mmg kanak-kanak gila tak kira masa. Masih camera freak yg tak tau malu. Sampai kena jeling ngan mata-mata tak puas ati. Like i care, babeh!
Akhirnya macam-macam aksi keluar. Sgt letih program ni. Majoriti kami (student architecture) amek bahagian buat banner. Mmg nak patah dua pinggang aku rasa. Putrajaya. Ada satu malam tu, kami rasa sangat tensi dan tensi dan... tensi lagi sekali. Akhirnya, idea yang hina pon keluar. Atas khidmat Si Kelisa Kuning itu, kami pon bersiar-siar ke Putrajaya 5 orang. MAsa tu dlm kul 10 malam kot. Mmg terasa diri cam RAJA kat putrajaya tu. Rasa cam Putrajaya tu kawasan jajahan takhluk kami. Boleh buat aksi-aksi super-saiya kat tengah jalan tanpa perlukan apa-apa pertimbangan. AHAHA!
Celebrate Birthday. Epi besdey dear Ainul, Anuar and Adian! Time besdey Ainul, senior 4th year dah kenakan dia dgn sangat dahsyat. Dengar citer dia diselubungkan dengan sleeping bag dan henpon disorok selama 24 jam. Naik sebal si Ainul carik enpon yg lesap sekelip mata. Uhuhu...
Anuar dengan Adian pulak, kami pegi simbah dorang dengan air. Abes basah kuyup. Tapi last-last, Si Nuar yg hina tu buat cubaan nak simbah kitorang balik. Alamatnya, kitorang yg jadi ketakutan dan duk menyorok dalam studio tak kuar-kuar. Ko mmg hina!
Wuteva it is, walaupon kami celebrate biasa-biasa je, tapi aku harap dorang bertiga enjoy the nite. Dan sepatutnya dorang bersyukur sbb kami hanya simbah air, rather than baling telur atau tepung. Dan patut buat solat sunat kesyukuran jugak sbb plan A kami terpaksa dibatalkan. Plan A - nak tinggalkan Nuar dengan Adian samada kat tepi tasek Kejut atau tepi jalan kat Kolej Burhanudin Helmi, atau pon mengikut idea aku, nak tinggalkan dorang kat jalan FUU (seram, dol!) dan biarkan dorang jalan kaki balik studio. Miahaha... Tapi atas beberapa kesulitan, kami batalkan.
Epi besdey, dear!
|
Sunday, September 24, 2006 |
Aku Lampi Ke?
Ramadhan 1.Nafsu memang jahat. Baru hari pertama puasa, nafsu dah tunjuk taring tajam-tajam. Iblis dah kena ikat. Tak ada suara iblis main cucuk jarum kat telinga. Maknanya, aku mmg jahat dengan sendirinya. HAR HAR HAR! Fikiran aku asyik terkenangkan SR Chocolate Banana dalam peti sejuk. Nyum nyum! Berambus kau nafsu!! Hari ni sangat plain. Nothing to do i guess. Its either there's really nothing to do or its only me tend to malas-malas sampai petang. Aku sepatutnya tengah main pecah kepala dan pecah jiwa memikirkan design. Final project dah sampai dah. Kali ni kena design Center for cottage industry. Industry yg aku pilih ialah WAU. Sila layarai www.padanmukakau.com. Memang padan dengan muka aku. Disebabkan terlalu ghairah memilih wau without considering few big things, musibatnya... aku terpaksa bertahan selama satu sem ni survive demi wau. Dari 1st project - product packaging, sampai ke kiosk dan seterusnya center ni, aku kenalah pecah kepala sket pikirkan design yg relate 100% dengan wau. Lebih kurang gali pusara sendiri je aku rasa skang ni. Bukan senang wo nak study wau. Masa product packaging dulu, memang menonggeng la dibuatnya. Progress aku makin slow. Aku rasa benci dengan semua design yg aku buat. Aku tak krit walau sekali pon lagi dengan lecturer. Sikap ni mmg sgt buruk sbg student architecture. Aku rasa nak meraung kuat-kuat sampai ada orang lempang muka aku sebijik dua. Nurul, honey.... please be more consistent ok. If u dun help yourself, who will? Nurul, honey... you're really such a childish architect wannabe. Keep in mind, darling. No kids are allowed to involve architecture. No kids can be an architect. You have to be a young lady with brains. Jangan jadi anak kecik yg sukakan taman permainan dan hanya tau nak menangis. You got it, Nurul?
Okay, tamat sesi motivasi diri yang pertama.
Pendidikan Seks Bagi Yang Lampi.Aku suka lagu Jera nyanyian Agnes Monica. She's hot la, baby. Aku suka aksi-aksi daring dia on stage. Sgt hot and i'm feeling sexy. Oh my! Kenapa aku pulak yg feeling sexy? But frankly said, aku currently agak obses tentang sexuality. I mean... i mean... i always keep on wondering about it. At least i sound normal, am i?Sbb aku rasa terhina bila makin kerap dituduh sbg 'lurus bendul' dan 'lampi'. Bukan ke itu normal bagi gadis 20 tahun kalau dia masih 'lurus bendul' tentang seks? Okay, aku akan kumpul banyak ilmu pasni supaya tidak lagi diperbodohkan tentang itu dan ini. I look stupid asking them about things that everybody already understood. Mana kamu semua tau? Kenapa aku selalu lambat tau? Aku tak normal, atau mereka super-normal? HAR HAR HAR! Teringat aku kes minggu lepas bila sahabat-sahabat sensasi semua bercakap tentang 'the tutt' dan dorang gelak sakan afta that. Aku pon gelak juga padahal aku tak faham apakah bendanya 'tutt' itu. Lama-lama aku tak boleh tahan gelak macam orang bodoh, aku pon tanya kat sahabat-handai yg byk ilmu ni. Dan OMG! How come i didnt know that such thing really exist in this world???? Fuh...! And suddenly aku rasa dua perasaan. Satu, aku rasa the sexs things hanya buat aku rasa pening kepala sbb aku tak boleh terima byk perkara, but in the other hand aku rasa curious pulak. HAR HAR HAR! And... aku still a good girl kan walaupon aku mengaku aku menonton American Pie selama beberapa minit? Rumet aku kata cerita tu sgt funny tapi jalan ceritanya jijik sket sbb fully about seks. Sahabat yg lain pon kata benda yg sama. TAPI! Bila je aku tonton movie tu few days back, aku tak rasa apa-apa. Tak rasa funny pon. Jijik apatah lagi. Sbb aku sebenarnya tak faham satu apa pon yg dia cakap dan dia buat. LANGSONG! Thats why bila aku kata movie tu entah apa-apa, dorang tuduh aku ' lurus bendul' dan 'lampi' buat kali yg ke-seratus juta. Lampi eyh aku? Akhirnya aku tengok movie tu tak sampai separuh pon. Mungkin lepas byk ilmu sket, baru aku continue. MIAHAHA! Okay, guys... dun get me wrong. Jadilah lebih open minded. EHEHE.... Orait, talking bout music lagi fun. Jera means... something like sudah pulih. Bye!
Artist: Agnes Monica Title: Jera
Hitam bukan cirimu Putih juga bukan cirimu Semu ku melihatmu Tak bercahaya Seperti memudar
Cinta aku mencinta Kamu yang aku mau Namun tak tepat waktu Ku sudah jera dalam percintaan
Salam hangat untuk cintamu Aku yang kandas dan patah hati Biarlah orang memandang lama Aku tak mau bercinta lagi
Engkau yang dulu pernah ku cinta Namun terlanjur kau bersamanya Dan ku terluka oleh cintanya Kini kau hadir kusudah Jera
Cinta aku mencinta Kamu yang aku mau Namun tak tepat waktu Ku sudah jera dalam percintaan
Salam hangat untuk cintamu Aku yang kandas dan patah hati Biarlah orang memandang lama Aku tak mau bercinta lagi
Chorus 2x
Engkau yang dulu pernah ku cinta Namun terlanjur kau bersamanya Dan ku terluka oleh cintanya Kini kau hadir kusudah Jera
|
Ramadhan Al-Mubarak.
Bismillah... Hari ni, 1 Ramadhan. Bulan baik datang lagi. Ayuh, jom buat pahala banyak-banyak setelah puas buat dosa sewenang-wenangnya selama ni. Teringat aku kat iklan susu tepung antara Wardina dgn anak pompuan dia. 'kita boleh buat pahala... ha....ghi-haghi'. Miahahaha... *sebenarnya aku tak gelak pon sekarang ni. Perasan sgt plain*Aku patutnya happy. Patutnya pergi main lompat-lompat atas katil, atau sekurang-kurangnya pergi bergelak ketawa macam tokey balak kenyang duit. Tapi entahnya, aku rasa tak sedap ati plak. Rasa nak lari mencecet ke ukm skang jugak. Astaghfirullah... Entah apa-apa la dengan fikiran aku ni. Okay, cut off! Dua minggu lepas, aku ter'eksiden. Aku kata... 'TER!'. Maknanya bukan aku suka-suka nak pergi eksidenkan 'buah hati' aku tu. Mmg patah-riuk hati aku tgk kete kesayangan yang remuk-redam kat bahagian tepi, belakang. Okay, aku rasa hampir satu studio dah tau. Studio-studio jiran pon dah tau. Lecturer pon dah tau.Hey, tolonglah jangan imagine eksiden tu tahap super-saiya pulak. Cuma kemek-kemek dan calar-balar je.Cuma hati aku je patah-riuk dan tercedara parah sbb rasa terkilan yg amat atas kecuaian sendiri. "Nurul, sapa cium bontot kete?," tiba-tiba malam beberapa ari lepas en mazlan tanya soklan ni. Sayup btol aku rasa nak menjawap. "Lori," ting!Aku tingat balik kat lori kemetot yang berani buat aksi cium kat kete aku. "Gatal btol lori tu, cium bontot kete kamu eyh,"
Huwaaa!!!! Hasilnya, aku jadi kecut perut nak bitau ibubapa tentang kejadian ni. Tapi... depa tak marah pon. Abah gelak ja. Aku rasa depa dah immune dengan tragedi demi tragedi yg dah aku lakukan. Apa punya anak la lagu ni. *hantok kepala sat kat dinding* Angpa perasan tak, setiap kali aku dok lama sket kat ukm tak balik umah, gerenti aku cipta at least satu tragedi. Patot minum air tujuh telaga kot aku ni. Kasi kurang hyper sket. Semalam, motor ainul hilang kat PKNS. Lanun brengsek mana la dok rembat motor si enol tu? Mmg ketaq sungguh la bila aku tgk dia menangis bengkak-bengkak mata. Kalau pencuri laknat tu ada depan mata, mmg sah aku rejam dia hidup-hidup. Aku kata, KALAU. Tapi buat kata Arul semalam. Kalau betul pon aku jumpa pencuri tu tengah bawak motor si enol tu tengah jalan, berani ke aku nak pi kejar? Berani? Berani? Mestilah tak! Errr.... maknanya, akubersimpati atas kejadian, tapi maaf aku tak mampu tolong apa-apa. =( Ishk, aku rasa serba tak kena la. Dan aku tak sukakan perasaan-perasaan ni. Tapi aku terjebak lagi..... SELAMAT BERPUASA! "Ya, Allah... Kuatkan imanku.... Kuatkan... Kuatkan... Kuatkan...."
|
Thursday, September 07, 2006 |
Archinature 2006 (part 1)
Part 1 ni, aku cuma nak cerita beberapa penderitaan menjelang Archinature. 30Ogos 2006- 2 Sept 2006 - Studio tahun dua (studio aku dan sahabat-handai) berjaya juga merealisasikan Fest Sena (Festival Senibina) ke4 Jabatan Senibina terchenta. Ni festival tahunan jabatan. Bukan je kat UKM, tapi seluruh jabatan senibina kat mana-mana institusi pon mmg akan sambut festival ni sbg annual event. Macam-macam nama festival ni mengikut institusi tu sendiri. Kat UKM, kami panggil Fest Sena. Dan mmg every year pon, student 2nd year akan organize. Memandangkan ni acara yg agak besar, tentu aku akan menglipurlara dengan sangat 'besar' jugak. Utk mengelak kamu semua mabuk baca contengan aku yg berjela-jela, aku akan berusaha gigih utk tidak meleret-leretkan cerita. *tapi... mungkinkah?*Organisasi - Shafiz sebagai pengarah festival dan Ainul sebagai timbalan pengarah. Ngam ho! Then adalah department-department khas yg bertungkus lumus menjayakan festival 'kontroversi' ni. Aku dok under Farah dan Hafiz (under Program coordinator) Salutasi aku layangkan khas buat Encik Mazlan. Beliau sgt concern tentang festival tahun ni. Kami yg rasa 'terawang-awangan' dan 'bergantung-gantungan' macam bintang cantik kat langit tapi tak de sapa nak pandang ni rasa syukur sbb ada Encik Mazlan. Dia support kami byk sgt. Salutasi seterusnya tentulah buat teman-teman studio yang aku tgk dah mula psycho dan emosi sepanjang perjalanan merealisasikan fest sena. Maaf terbuka - aku nak minta maaf kat semua teman-teman kerana aku sedar aku langsong tak menyumbang tenaga sepanjang persediaan menjelang hari perasmian. Semuanya gara-gara aku sgt cuak dengan dua projek yg kena submit serentak. Pulak tu, apa nak jadi..jadilah! Dua projek tu tetap kena submit untuk kegunaan pameran sempena festival. Mau tak cuak? Aku tau, semua orang cuak. Tapi maybe psikologi buat aku jadi sgt selfish. Dan psikologi juga buat aku berkecil hati atas satu insiden yg berlaku ke atas aku. *and no one knows*Migrain - malam menjelang hari perasmian, aku sedar semua orang dah jadi berkecamuk. Keluar masuk tak cukop tangan nak buat keje. Runsing nak buat banyak benda PENTING dlm satu masa. Nak siapkan design, dan nak siapkan stage, program, pameran, banner dsb utk perasmian esok. Aku cam biasala. Bila je runsing-runsing, besfren aku yg bernama migrain tu pon mai la terhegeh-hegeh. Mlm tu migrain tahap super-duper. Aku terus lembik, dan terduduk atas lantai. Aku rasa tak boleh nak bernafas, rasa nak mati!! Tapi aku tau tak ada orang tau kalau aku ter'mati kat sudut meja tu sekalipun sbb semua sebok dan semua tanak amik tau kesakitan aku. Bukan aku mengungkit sbb aku TAU KONDISI MALAM TU SGT TEGANG! Tapi aku tetap nak luahkan rasa terkilan aku sbb waktu aku cuba mintak orang tolong dan lakukan sesuatu, aku ditembak balik dengan jawapan yg buat aku rasa... LEBIH BAIK AKU MATI SEBENTAR ketika itu. (ok, aku tak akan mention apa dan siapa yg terlibat). Disebabkan sakit dan bercampur gaul dengan sedih, mmg aku rasa dah terkorban kat sudut meja tu. Aku nangis.. tak ada orang sedar. Hanya Nisa yang sedar dan dtg urut-urut aku. Dia mmg tak bantu buang sakit aku tapi sekurang-kurangnya dia buat aku rasa... BELOM NAK MATI. Tak ada orang tau dan faham macam mana rasanya sakit kepala yang hampir mati tu. Sbb semua orang sehat dan jauh dari penyakit migrain tu. Mlm tu, byk suara-suara hanya suruh aku balik dan berehat. Tapi tak de yg tau betapa aku tak larat nak bangun apatah lagi nak drive balik ke hostel. Thanx to Farah sbb dia ada offer nak hantar aku tapi aku tolak. Bukan nak tunjuk keras kepala tapi aku rasa bersalah sgt kat dia since aku tgk dia sebok sgt. So, aku tanak dia susah lagi. Thanx Farah. Kau mmg sgt committed. Then aku bitau Farah senyap-senyap, aku nak balik sendiri. Kalau aku tak larat drive, aku rehat sat kat kereta. Sampai je kereta, aku tak sedar apa. Aku terus tertido dalam kesakitan. Sedar-sedar, ada orang ketuk tingkap kereta. Mmg terperanjat monkey aku. Aku terus turunkan tingkap. He is there. I feel empty and blur. Aku tak sure sgt apa dia kata, tapi pastu dia pegi masuk studio dan pesan suh aku tutup tingkap. I continue my sleep. Tgn aku lemah selemah-lemahnya. Langsong tak larat nak drive. On aircond, jatuhkan seat. Mmg rasa sgt bahagia. Tak lama tu, aku terkejut lagi sekali sbb ada ketukan lagi kat tingkap. Him again. Then he offered to send me back to college. So, thanx to him sgt sgt. "Kenapa tak cakap kat dorang u migrain? Tak suroh dorang hanta?," "I try bitau dorang. Tapi dorang kata dorang pon sebok. No one cares,"
Dan dia hantar aku balik. Masa tu kul 11 malam. Around 1 pagi tu, he call me. Tanya kalau aku nak makan. Okay, stupid tak bunyinya kalau aku kata... aku bitau dia.. "saya teringin nescafe ais. nak makan....... bihun goreng," ahaha... masa tu aku tgh tdo. Tapi bila terjaga je, dengan kepala yg rasa berat cam ikan paus obess tu, boleh pulak aku teringat nescafe ais. So, around 1 pagi, he fetch me back to studio. Dan sambong buat design!!! Malam tu, mereka siapkan 10 banner besar! (wowww!), byk banner kecik.. (wowwww!), gantung kain hijau keliling faculty.. (woowww!), setup ruang pameran (woww!), dan mulakan progress untuk stage! WOWWW! Dan aku tak menyumbang apa-apa malam tu. Minta maaf banyak-banyak. Tapi dalam hati, aku dah tekad. Aku sanggup handle program dan akan sedia jadi host anytime. Aku tekad jugak pas submission, aku akan kejekan my part sebaik-baiknya untuk fest sena. Dan malam tu jugak, ketika aku tgh melentok-liuk makan bihun goreng bersama nescafe ais idaman perut, sesi balas dendam mula menampakkan taring. Tapi memandangkan aku sgt tak bermaya malam tu, aku biarkan ajer mulut-mulut puaka tu main laser-laser. Aku sedar Farah dah down sbb Farah pon sedar yg malam tu, kami dah mula menerima habuan kami. Pembalasan la konon di atas apa yg berlaku pada fest sena yang lepas. Tapi aku tak pasti pembalasan tu berpatutan ke tak? Atau sebenarnya, pembalasan tu hanya spt membuka pekung di dada. Untuk kisah balas dendam, nantikan edisi khas Archinature, part 2! Aku dah rasa muak nak tulis lagi.
|
Marah & Astronot
You sound stupid repeating the same words to me. I look stupid listening to the same words from you.
Alih bahasa
Kamu berbunyi bodoh mengulangi ayat yang sama kpd saya. Saya nampak bodoh mendengar ayat yang sama daripada kamu.
Kamu bodoh. Saya pon bodoh jugak. Kamu bodoh sbb cuba perbodohkan saya. Saya bodoh sebab cuba diperbodohkan oleh kamu.
Aku malas nak memicit keyboard semata-mata nak tulis perkataan BODOH banyak-banyak kali. Lebih baik aku diam dan berzikir dalam hati. Dapat pahala, boleh reduce dosa. Harapnya aku begitulah. Tapi terasa mau sekali lagi menaip huruf-huruf yang membentuk perkataan BODOH.
Aku jemu nak hadapi perkara yang sama dengan makin kerap. Ingat aku gelak-gelak tu aku bahagia sgt dengan perlakuan dia yang semacam tu? Ingat aku senyum-senyum tu aku tabah sangat nak telan semua perbuatan hina dia tu? Syukur aku tak bertemu dia selalu. Boleh mati di tempat kejadian aku dibuatnya kalau hari-hari terpaksa 'berhibur' dengan sikap 'gila' dia tu. Erght! Nak je aku tulis nama dia diikuti susunan huruf yang membentuk perkataan bodoh. Nak je aku tulis buku biografi *dah macam Diana Naim pulak dah!* yang menceritakan semua kekejaman yang dia buat bagi membunuh aku secara sulit.
Eii... sakitnya hati aku! Doktor Muszaphar tolong ... hati saya sakit. *Dr Muszaphar? Aik?Mana datang Dr Muszaphar??* Tak payah operation. Marilah ubati hati saya di angkasa lepas. Mungkin kita boleh mengadap matahari terbit dan terbenam secara live dari perkarangan sistem suria. *Ngok!* Err... sejak bila kisah lepas geram aku yang serius ni termasuk kisah Dr. Muszaphar pulak? Tapi... tiba-tiba aku terasa macam mood aku dah pulih. Mm.. ternyata aku agak obsess dengan ASTRONOT ketika ini.
Lupakan si jahat yang tak membawa hasil dan tak berpatutan itu. Lebih baik 'bercandaan' dengan Dr Muszaphar yang bakal ke angkasa lepas nanti. *Ngok!! Aku tak suka jadi ngok!* Dan untuk makluman awam, aku dah 'ter'tukar ciri-ciri lelaki idaman aku. Sekarang, aku tak pikir lagi jenis-jenis bibir, kuku, kaki, dsb pada lelaki yg aku maukan. Aku dah simplify ciri-ciri lelaki idaman aku menjadi : seorang astronot malaysia yang pertama (buahaha! penyek aku kena saman ngan bini/ girlfren beliau).
NOTE : Bahagian atas isi contengan kali ini adalah benar dan serius. Bahagian bawah adalah jenaka murahan semata-mata.
|
Tuesday, September 05, 2006 |
Hari Lahir Bunda
5 September - Hari lahir bunda. Selamat hari lahir, ma! Sayang sangat-sangat. Kamu peluk saya setiap kali saya buat kamu gembira. Kamu peluk saya setiap kali saya menangis. Kamu kucup dahi saya, setiap pagi dan malam. Kamu cium saya setiap kali saya hampiri kamu. Hanya kamu yang sayangkan saya seikhlas hati. Hanya kamu. Syukur tak terkira kepada Allah SWT sbb kurniakan kamu sebagai ibu saya. I love you, ma. Wo ai ni!
Abah dah bagi hadiah hari lahir buat ma. Boleh tak aku anggap hadiah tu mewakili kami semua? Ahaha... beberapa perkara dah membataskan keinginan aku utk beli present buat ma tahun ni. Pertama, masalah kewangan. Bukan aku tak ada duit lagi. Tapi serius aku buat pengakuan jujur buat julung-julung kalinya. ATM Machine kelihatan spt seekor dracula yang menakutkan aku. Aku jadi sgt takut nak menghampiri mana-mana ATM Machine lagi. Sbb dalam tempoh 2 minggu tak pulang rumah ni, aku sgt rakus mintak mesen dracula tu muntahkan ringgit mesya sesuka hati aku. Skang aku rasa sgt bersalah. Aku jugak dah terguna separuh dari duit kolej yg abah masukkan dalam account aku. Skang aku kena practice makes perfect untuk mendapatkan semula wang separuh tu. Kedua, aku malas mau keluar ke mana-mana. Jadinya, mustahil aku boleh mendapatkan sebuah hadiah buat ma kalau aku hanya mengharap bulan jatuh ke riba. Tapi kalau btol pon bulan akan jatuh ke riba, dah tentu aku akan mati terkejut. Aku harap tiada apa-apa yg akan jatuh. Mengidam.Aku mengidam kek coklat yg lazat. Semuanya gara-gara fikiran aku terusik dek kisah beberapa minggu lepas bila Karim datang rumah aku menghantar kek coklat yg dah dipotong-potong. Masih panas pulak tu. Kata Karim dari seorang gadis buat Si Haikal. Nyum nyum! Aku tak mau tau siapa gadis tu sbb walau siapa pon dia, kek coklat yg didakwanya dibuat sendiri tu sgt enak. Oleh itu, sejak semalam aku dah mendapat idea untuk memaksa seorang kwn bernama Pudin / Budin/ Saifuddin/ Pudink untuk buatkan sebijik kek coklat size XL untuk aku. Kenapa aku pilih dia? Sbb aku byk kali terdengar khabar angin yg kononnya dia ni mmg mabeles bab masak-masak. Pudink janji nak buatkan sebijik untuk aku tapi bukan esok atau pun lusa. Aku kena tunggu hingga hari jadi aku yang ke 21 nanti. Sempat mati kempunan aku jawapnya. Seblom aku mati kempunan, lebih baik aku dapatkan je apa-apa kek coklat dari kedai2 kek berdekatan. Kan? Tapi janji tetap janji. Pudink tetap kena buatkan aku sebijik kek menjelang usia 21 tahun aku nanti. Beylo jadi saksi. *hina perlakuan begini*Aku tak berapa sehat. Bunda kata, rumah ni dah tak sesuai dengan aku lagi. Setiap kali balik cuti, aku mesti demam. Agaknya biologi aku dah biasa bersesak dengan timbunan kerja. Bila duduk-duduk free macam permaisuri agong ni, dia mulalah sakit. Kesakitan membuatkan aku terpaksa hentikan contengan. Daa~
|
Monday, September 04, 2006 |
Bunda Yang Lucu
Tiba-tiba pukul 3.30 petang tadi... bunda hilang.
Teriak-teriak aku carik bunda. Jgn kan bunda, satu manusia pon aku tak nampak dalam rumah ni petang tadi. Raksasa-raksasa lelaki pon semuanya tak nampak kelibat. Aku terus melompat naik ke bilik. Sambong aktiviti sosial tanpa masyarakat. Download lagu la. Dua hari ni je, ada dekat 100 lagu jugak aku download. Berpuloh-puloh lagu jugak dah aku salurkan ke Recycle Bin. Terima kaseh atas perkhidmatan. Sekarang aku dah puas dengar, boleh masuk tong sampah!
Tiba-tiba pukul 4 petang... Bunda muncul tersengih-sengih. Sambil membawa sebungkus hadiah besar buatku. Manader! Tak de hadiah pon. Bunda cuma bawak cerita yang kononnya 'hangat'.
Aku pon dengar cerita tu baik-baik.Mula-mula aku rasa malas nak dengar. Tapi lama-lama aku rasa seronok jugak sitcom tu.
Kisahnya... Petang tadi, bunda pon lakukan aktiviti kegilaannya. Sejak aku makin sebok dengan urusan universiti yang tak berkesudahan tu, bunda pon kesunyian. Katanya bila sunyi-sunyi, dia dah dapat idea nak bersuka ria dengan RXZ si Haikal. Tapi tu dulu! Perkembangan terbaru yang tak aku sedari, rupa-rupanya bunda dah naik taraf aktiviti petangnya. Bunda dok gila main Virago pulak. Adoila bundaaaa! Smlm aku bising2 dlm kete berkeras tak mau bunda terus dengan minatnya yang extreme tu. Aku bukan dengki atau tak suka tgk bunda bersosial cara tu, tapi aku rasa aktiviti tu bahaya. Aku rasalah. Tapi bunda kata.. "Tak de apa pon. Okay je, alhamdulillah". Okay, fine!
Pasal petang tadi, semula. Bunda pon saja pusing-pusing sekitar kawasan kediaman aku dengan Virago yang dah di-modify itu. Masuk je kat lorong rumah keluarga Awie (penyanyi yang kontroversi itu), bunda ternampak seekor daineso seorang lelaki berdiri depan pagar banglo 'oren menyala' tu tengah bual-bual kat henpon. Bunda yg bley tahan 'notty' nya pon dok slow kan motor dan usha manusia tu. Aiseyman! Sekali memang penyanyi itu daa di luar pagar rumahnya.
Bunda usha lagi. Tapi makin dekat, bunda buat-buat tak nampak dan tak kenal. Terus je bawak motor yg ternyata bersaiz tiga kali ganda lagi besar dari bunda. Lucu kok! Lagi aku nak pecah perut bila bunda kata, nak dekat2 ngan tempat Awie tu berdiri, bunda jadi nervous sket sbb dia tau Awie mmg penggemar motor2 cc besar. Tapi dia main Harley Davidson la. Tapi bunda control selamba. Lalu je depan penyanyi itu, bunda usha ikot ujung mata. Dia kata, terus ja si penyanyi itu memanjangkan leher dan bertukar-tukar pandangan antara motor dengan bunda. Mukanya jelas terpamer ekspresi tak percaya. Agaknya streotype pompuan bawak motor besar kot.
Bila bunda dah lepas jauh sket pulak, bunda terus usha ikut cermin. Ternyata lehernya makin panjang dan mukanya makin semacam. Aku pon dengan sengal menyoal "muka dia macam apa masa tu?," maksud aku, camana ekspresi dia. "muka dia cam tak puas ati. cam nak nafikan yg ma ni pompuan bawak motor tu,"
Maka! Kami ketawa terbahak-bahak.
"Dia tu not bad jugak kata Marlia. Ensem gak la," kata aku. Marlia tu besfren aku time secondary skewl dulu yang jugak merupakan jiran depan umah si penyanyi itu.
"ensem. mmg ensem. putih gila. Badan tough.Uuuu... rambut panjang... paling menarek kat dia sebnarnya, kening dia yg lebat tu," ada nada 'separuh jahat' dari percakapan bunda yg buat aku galak nak ketawa. Klu ayahanda dengar ni...
Okay, fine!
Bunda selalu jumpa lelaki ganteng ketika ketiadaan aku. (tapi setakat jumpa artis-artis ni aku tak heran since i'm not goin into them) Enggak fair nih! Bulan lepas dia jumpa penyanyi Fazley tu kat kedai makan. Fine! Pon dia sebok cerita kat aku dengan intonasi yg sama ketika dia berjumpa Awie ptg tadi. Belom dengar lagi cerita2 dia bertemu cowok2 ganteng bukan celebriti. Aih, kesimpulannya, bunda lebih bernasib baik dari aku.
********** Pengalaman beberapa ari lepas ketika sebok dengan festival dan radang emosi... mengajar aku supaya lebih rasional dan jangan cepat melenting. Tak mau melenting tak tentu pasal lagi. Sendiri rugi. Orang lain untung besar!
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|