Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, November 28, 2006

Atas ais, dalam piramid

Hooray!
Dapat juga berkencan dan libur-libur dengan teman lama (back to old skewl). Semalam kami berenam ke Sunway Pyramid. Enam itu merujuk kepada Astri, Jullian, Soon, Edwin, Kent dan tentunya aku juga.Main ice skating. Walaupun awalnya aku rasa tak dapat join, tapi lastly aku pegi juga memandangkan Astri setuju nak join aku. Tq dear. Ini menjadikan, kamu tetap mendahului ranking teman-teman favorite pilihan saya. Kamu selalu available.



Maknanya, dalam seminggu dua ni, kerap sangat pulak aku melawat Pyramid. Aku agak teruja mau bertemu teman-teman sekolah yang pastinya lama tak ketemu. Aku yakin mereka juga amat merindui aku (katakan ia benar, tolong) Sesungguhnya aku butuhkan kerinduan teman-teman padaku. Aku suka kalau dirindui! Yes, aku sangat suka. Lagi seronok kalau ada yang sakit-sakit, demam-demam rindukan aku. Pasti hebat dan riak sekali. (excuse me, mak nenek!)


Aku jadi driver. Seorang driver comel kepada sahabatnya Astri dan Jullian. Jullian seperti seorang boss besar yang duduk seorang diri di seat belakang sambil membaca The Sun. Dan sesekali angkuh bagi direction kepada aku, seorang driver kecik. Dan riuh pulak mulut dia komplen-komplen pasal aku. Biasalah, typical Jullian. I tak dilahirkan utk menjadi driver yang baik. Sbb Tuhan tahu that I deserve a driver for myself satu hari kelak. HAR HAR HAR! Tapi aku patot minta maaf byk2 kat dia sbb aku lewat satu jam dari yang dijanjikan. Pasti bengang dia. Tak disengajakan. Tak ada niat pon nak biar you tunggu kat situ satu jam. Semuanya angkara Virago yang obess.



Punyalah kami rushing sbb dah lambat. Sampai2 je, Soon kata dia masih tunggu Edwin. OMG! Jadi, sambil tunggu2.... (and of course sangat kesian kat Jullian yang terpaksa jadi penunggu besar semalam)... kami pon bersidai tengok orang skating kat ice rink tu. Aku sgt suka tgk org main. Aku paling suka tgk kanak-kanak comel kat situ. Macam pari-pari kecik tengah terbang riang. Dan untuk kali ni, ada dua orang pari-pari comel menjadi bahan santapan mata aku. Mereka sangat comel. Berskates kuning dan biru itu. Sungguh riang mereka. Aku jadi geram tgk aksi-aski budak dua orang ni. Sampai aku bitau Astri, kalau aku dapatlah bebudak tu, aku picit-picit sampai meletup. Gegegege....

Comel


Lapar. Penantian satu kelaparan. Maka kami yang dah kebulur amek keputusan tanak tunggu Soon, Edwin and Kent (Their fren and we neva met). Kami finally pilih nak try The Manhattan Fish Market. Aku dgn Astri tak penah telan hidangan-hidangan kat situ. Jullian sahaja yang pernah try restoren tu. Not bad la. Ayamas still is the best (Rindu Ayamas. Tapi Ayamas hanya sedap bila makan dengan orang tertentu sahaja. Bluek :p) Menu pilihan adalah ... (oh, baru aku sedar yang aku tak ingat pun nama dish yang kami telan). Tapi not badlah. Really. Mushroom goreng dia sedap. Lagi sedap sbb makan free. Astri belanja kami. Mabelesss... Astri mmg mabeless... Setakat ni yang aku ingat, dia mmg selalu bayar tiap kali kami kuar mkn bersama. Promise. Lenkali saya belanja awak pulak. :p




Isu hangat ketika makan ialah kes REFILL. Jullian kata kat situ air boleh refill. Oh Ye Ke ? Guess wut? Di bantainya si Jullian tu refill sampai lima gelas! Ice lemon tea 5 gelas! Since aku kan jenis org yg suka bawak main semua perkara kan, so aku pon jadi teruja tgk Jullian enak sekali mintak refill byk2 kali. Tgk muka pekerja situ hanya senyum. Membuatkan aku teruja gila nak try refill jugak. Teka apa aku buat? Minuman peach tea aku masih berbaki lebih dari setengah gelas. Jakun nak main refill-refill punya pasal, aku telan air tu laju-laju sampai abes. NAK REFILL! Tapi i malu lah. Aku paksa Jullian tolong mintakkan refill untuk aku. Dan puas! Aku dapat refill sekali. So stupid being me. Itupun nak bawak main. Aku tgk Astri cam tak tahan je tgk aksi teruja aku.

Apa terjadi kalau perkhidmatan refill minuman juga boleh berlaku di Starbuck? Yer, pasti aku dan Jullian akan ke Starbuck setiap hari dan melakukan kesemua tugasan di situ. Ngee =D. Moral of the story : aku ni pantang diajar. Aku cepat belajar.


Thanks ya Astri. Selain belanja makan, dia juga ajar aku skating! Wow! I can't blif u have such talent on skating! Astri kata tu first time dia try main this game. Saya pon! Astri kata dia hanya ada basic rollerblade tu pon sampai darjah 6. Saya pon! Tapi saya tak pandai pon main ice skating. All and all, Astri dengan Soon is quite the hustler (for me as a beginner ni). But tada! I'm doin better than Jullian! Astri ajar saya main dgn mula2 tu dia pegang saya dan ikut saya tanpa henti to ensure saya tak jatuh. Lama2 saya pon pandai dan saya boleh stand sendiri tanpa dipegang. Kami masuk rink pukul 12 tgh hari. Dekat pukul 4 ptg, barulah Jullian dengan Kent berani muncul kat tengah2 rink. AFTER 4 HOURS OKEY!Ha ha! Yeay, i'm doin better than Jullian and Kent! Edwin ... ok la. Tak sehebat Soon and of course tak sehebat Astri.


Soon tak puas hati kat Astri. Dia cemburu tak dapat skill skate backward spt yg astri mampu lakukan. I'm proud of u, astri. Ehehe. Astri pandai skate! Astri pandai! Dia jadi coach aku dan Jullian. Aku suka tgk cara astri skate. Smooth and steady.


Astri, we have to play again! we have to! Hmm.. aku jatuh sekali. Gedebuk! Adoi, sejuknya punggung. Malang betul bila aku tersedar yg aku tiba2 dah tergolek atas ice. Tapi just like wut Soon said... once you jatuh, u'll feel better. Experience the game lo! Dan kejatuhan itu sebenarnya satu keseronokkan. Soon juga jatuh sekali iaitu ketika mau show off some skill kat Astri. Kent pon. Dan Edwin hampir juga menyertai makhluk malang spt kami. Oh, no-oh-no! Jullian tak jatuh. Not even once. Sbb dia tak pegi tengah. So, ignore his record :p


Pukul 4 ptg, aku ajak Astri balik. Takut bunda naik hangin. Takut ayahanda tak kasi permit keluar rumah lagi (kang ada yg kena bercuti sem hanya dengan aktiviti domestik dlm rumah je pulak kang). Soon and Edwin tak puas hati. Pujuk-pujuk aku balik malam. Then suruh extend at least sampai 5 ptg. Aku berkeras nak balik. Kami santai-santai kejap dan berbual. Suddenly tah macam mana kuar idea nak pi bowling. Dorang suggest main bowling pulak. aku kata aku mau pulang! So aku promise next time akan main bowling.

Dan aktiviti bowling sepatutnya berlaku hari ini. Tapi memandangkan aku sudah jatuh sakit dan terlantar di wad kecemasan skang, aku pohon maaf kat u guys dat i can't make it today. Promise next time. Oh ha, aku tipu. Aku mmg saket. Tak terlantar pon. Saket kaki. Si lembik mmg mcm ni. Main sket, saket. 4 jam skating, mau 4 hari aku terlantar dalam bilik ni. Bukan salah aku. Salah cuaca. (tak ada modal nak salahkan siapa lagi kecuali cuaca :p)


Aduh, saket menyerang lagi! Kali ni tangan pulak saket. Sbb tadi main hand skating. (tipu). Aku malas mau conteng lebih pjg. Spt biasa, aku akan carik alasan untuk menghindari sesuatu. Dan kali ni, alasan aku untuk berhenti menulis adalah... jari aku sudah kuarkan cahaya merah yang menandakan, dia sudah lemah. (ewah, macam ultaman taro pulak). -off-
 

Sunday, November 26, 2006

Kita enjoy!

[ sedikit selingan tidak penting sebagai pembuka contengan ]

How many kids do u wanna have?
depends on their behaviour, if the first
was an angel, i'll continue for the second.

Cuti menawarkan limpahan waktu terbuang untuk aku. Oleh itu, aku gunakan sikit waktu melimpah-ruah itu dengan membaca buletin2 yang dipostkan di friendster. Tanpa niat, aku pon terbaca post dari seorang kawan yang suka makan roti ni. Aku agak terkesima sbb kawan aku yang suka makan roti ni boleh terfikir nak jawap macam tu. Dari manalah dia memproses idea utk jawapan tu. KREATIF! Kalau ramai ibubapa mempunyai daya pemikiran 'lain macam' spt budak suka makan roti tu, pasti seorang sahabat ayah aku tu ada sorang je anak. Anak-anak dia semua lelaki. Dalam kuantiti 7 (klu aku tak silap). Dan semuanya kaw-kaw punya jahat! Aku patot suggest kat dia jawapan seperti di atas sebaik sahaja kelahiran anak pertamanya dulu.

Apa punya bakal ayah la dia ni. Selain kuat makan roti, dia ni tak bertolak ansur juga dalam perancangan anak kelak. Aku sudah tahu sekarang. Mungkin aku patot beritahu sahabat perempuan aku yang juga kuat makan itu tentang dia ni.


HAR HAR HAR!


Dengan ucapan : Akan ku tunggu kelak dan akan ku bilangin jumlah anak-anakmu kelak.



**********

Anggaplah esok adalah permulaan semester break aku!

Mulai esok, aku akan mula jalani kehidupan seperti seorang gadis hyper yang bercuti panjang. Aku akan mulakan kerja-kerja mengisi masa. Masa seolah-olah sedang mengalami kejatuhan harga di pasaran tempatan. Sbbnya, aku tidak lagi menghargai masa. Aku rasa kaya dengan masa hingga aku jadi tidak sedar diri lagi.


Esok aku akan mulakan kerja-kerja mencari teman-teman untuk liburan. Dan aku akan mula membuat senarai panjang aktiviti cuti ini. Owh, sungguh naik semangat cuti secara tiba-tiba! Hmm, sebenarnya mood aku baru pulih dari sawan emosi.

Jumpa Trex dulu. Ini paling penting!
Saya sangat miss awak.
Saya pon tau awak miss saya.
Kita pasti bual hampir pengsan kelak bila bertemu kan?



Sahabat-handai ramai hilang tanpa jejak. Tu lah padahnya kalau ada sahabat handai yang mencecet ke private college. Cuti pon tak sama. Tapi its great that aku tiba-tiba dah keep in touch balik dengan klasmet zaman sekolah. Jullian (this guy memang my all time fren. sentiasa available dan itulah yang aku suka tentang si tinggi lampai ni). Akhirnya msn aku meriah dengan koleksi teman lama yg seperti teruja-teruja bertemu semula (padahal tak lost contact, cuma masing2 bz dan keep silence) Ada Bobo, Kah Shin, Kian Shen, Wai Leng, Pui See, Chai dan Soon! I miss Soon.


Tadi sempat berteguran kat msn sekejap. Soon ajak join they guys main ice skating esok kat Pyramid. Ala... how can i? Sbb aku tak boleh pergi dengan sendirinya. Kalau Jullian ada, maybe aku kaan join. Jullian... Jullian... read this. And of course aku juga perlukan Aiza dan astri. Tapi seems like no one is available. Aih... Soon, i think i can't make it tomorrow.


Dearest, Dear...
Thanx god u've safely reached home last evening. Enjoy holiday! I'm sorry for everything i've done. =) To be honest, didn't really have interest to hang out in somewhere as i used to be with u. But i'm very sure to enjoy this holiday!


Kita enjoy!

Adian kuat makan roti... any activities so far in ur plan?


To Kian Shen : sorry ar.. i couldn't found the song that u asked for . I didn't get any clue lo. i've already added u up in msn . msg me , and make me clear with the song. b informed.


To Trex : where r u, dinoso ganas? can't wait 2 c u afta few months of insufficiency. ehehe.



To Aiza : Update your blog! At least with one or two words like... 'dear diary... hi!'



To Astri : Ga terbang ke Jakarta kamu?


Coming up next : Strawberry On A Shortcake.
 

Masa Berlalu

As time goes by....




- coming soon -
 

Saturday, November 25, 2006

Anyone of us


".....the situation got out of hand
I hope you understand

It can happen to
Anyone of us, anyone you think of
Anyone can fall
Anyone can hurt someone they love
Hearts will break
'Cause I made a stupid m
istake
It can happen to
Anyone of us, say you will forgive me
Anyone can fail
Say you will believe me
I can't take my heart
will break
'Cause I made a stupid mistake..."
a stupid mistake


Sesungguhnya, hati aku sangat berduka lara dan terasa sungguh durjana. Kesengsaraan berlipat kali ganda lagi setelah menyedari sesedar-sedarnya bahawa aku sedang menghadapi krisis gred A yang padahalnya cuma seciput punya kes. Yes, emosi gila aku yang buatkan benda ni jadi besar dan terus membesar. Pagi tadi, sebaik je aku celikkan bijik mata, terus terpampang kat screen Encik Master (nama pc aku) satu msg dari dia (i mean ... dear). We talked about it and i know he tried so hard to fix the situation. Aku tak marah dia! Tapi aku sgt sedih. Bukan soal breakfast yang kontoversi itu lagi! Bukan, dear! The breakfast thing is over. Sekarang, sgt byk perkara-perkara keep crossing my mind. Dan perkara2 itu masing2 menyumbang cas2 negative ke otak aku. Lalu otak aku menjadi aktif memproses data-data negative itu dan terus-terusan membuatkan aku semakin sedih dan sengsara.


Wut did u want me to do?

Nothing dear. I cannot simply tell you all the things that i want you to do as i'll sound like expecting too much from you. Aih, esok u gonna go back to ur hometown. Drive jauh pulak tu. Now i worry sgt. And rasa bersalah buat all these things to u. How much i wish i can tell you... dear, drive safely... keep in mind that i miss you infinity and happy holiday. But na-ah! tak ada tenaga nak buat semua tu. Hello, dunia! Aku sgt letih. Kesedihan sangat meletihkan dan ada baiknya aku berambus dari hanya bertenggek melayan internet.


Sekarang jam 9.24 malam. Sesuai ke kalau aku kata... aku mahu pergi bercucuk tanam? Tak sesuai. So, sorry guys! No choice, going to sleep is the best thing to do.
 

Tajuk bubuh nanti

Sepertinya aku sudah sedap bubuh tajuk-tajuk entry kebelakangan ni dlm bahasa inggeris. Silalah tanya kenapa. Tanyalah. Tunggu sampai ada soalan, baru aku kuarkan jawapan.


Beberapa updates.

1 . Blog-mania

Aku seperti bukan lagi seorang blog-mania. Sbb aku tak kaya-kaya pon sunggohpon dah byk contengan maut aku usahakan di sini. Maka, tersedarlah aku ... tak ada orang akan jadi jutawan dgn hanya berhempas pulas menulis blog dengan emosi yg tinggi. Merepek apa ah? Aku sepatutnya nak conteng....


Sepanjang ketiadaan aku di arena blog ni, adalah few things yg aku perasan agak menarik. Maksud aku, ada beberapa entry blogger (khususnya yg rapat dengan aku) yang menarik-menarik cerita mereka. Maaf. Kali ni aku jadi lokek. Tak boleh kongsi byk cerita sgt dgn kalian. Sbb kalau aku berkongsi pon, aku tetap tak jadi jutawan *mata ringgitan*


Ada 2 penulis blog lama yg tiba-tiba dah muncul. Dan kedua-dua kemunculan agak mengujakan aku. [ Satu ] Munculnya Lagi Seorang Mengada-Ngada. Blog dia ni aku mula jimba-jimba masa aku form 5. Tu pon aku terserempak dari blog astri. Mmg budak hingusan aku time tu. Sanggup je aku layan perang kat blog ngan dia dan beberapa kaum kerabat dia yg ikut campur. Kalaulah tagboard tu wujud lagi, mesti aku gelak tergolek-golek *spt doremon kena geletek*. Apapon, selamat kembali Encik Mengada-Ngada. [ Dua ] Kemunculan Semula Saharil. Dia tak kenal aku. Sila ambil perhatian. Dia tak kenal aku. Sbb aku adalah pembaca bawah umur contengan beliau semasa aku berusia 17 tahon. Waktu tu aku addict gila dgn website dia. Yang aku ingat, nama website dia waktu tu ialah Saharil Conteng. Aku sgt tertarik dengan semua kandungan catatan beliau. Blog dia melintang ke kanan. Semua tulisan tgn sendiri beliau siap dengan lukisan kartun beliau. Kdg2 ada text lucah yg lucu *hingga kelucahan boleh diabaikan akibat lucu dan mendidik* ahaha. Sekali lagi aku kata, dulu aku sgt addict dengan contengan beliau. Sampaikan aku sanggup explore semua post beliau yg lama-lama yang belom aku baca. Dan aku sgt gembira kerana beliau muncul lagi setelah hilang tiba-tiba. Bermakna, aku bakal addict lagi.

Dan ada satu blog favorite aku tiba-tiba lesap beberapa bulan lepas. Aku sgt sedih. Sama sedihnya ketika website Saharil Conteng dulu tiba-tiba hilang. Dan otak intelek aku pon berfikir. Kalau blog aku tiba-tiba lesap, ada orang sedih tak? Kalau AKU yang tiba-tiba tak ada...? *mari ramai-ramai lempang mulot aku sebijik dua*


2. Sumpah! Janji!


Sejak tadi, maksud aku sejak beberapa jam lepas... aku sudah bersumpah yang kemudiannya aku batalkan menjadi janji sahaja. Sbb sumpah tu darjatnya tinggi sgt berbanding janji. Aku sudah berjanji dgn diri aku sendiri. Aku tidak akan lagi membeli pakaian-pakain mengikut nafsu dan obsesi semasa. Maksud aku, dlm waktu terdekat ni. Sbb aku dah tak tau kat mana harus aku sumbatkan baju-baju aku yang dulunya boleh aku divide by 2. Antara rumah dan hostel. Sekali daa! Baju aku dah hampir menjadi Everest.


Saya berjanji tidak akan membazir wang lagi membeli pakaian. Saya hanya akan memberikan tumpuan khusus kepada kasut dan handbag sahaja selepas ini. Dan oh, maaf.. lagi satu. Okay, aku ulang balik angkat janji.


Ulang.


Saya berjanji tidak akan membazir wang lagi membeli pakaian. Saya hanya akan memberikan tumpuan khusus kepada kasut, handbag dan barangan-barangan comel remeh temeh yang tidak penting sahaja selepas ini.


Seronoknya berjanji. Lagi seronok kalau dimungkiri. HAR HAR HAR!


3. Sejarah awal Bandung yang ajaib.


Sapa nak tau. Sebenarnya, Bandung terjadi hasil kuasa magik oleh seorang ahli silap mata yang berasal dari Padang. Beliau telah menyumpah seluruh kawasan Padang menjadi Bandung, dan Bandung menjadi Padang. Yang menariknya, ahli silap mata itu ialah lecturer aku, dan penonton rancangan silap mata itu ialah kami (student). Okay, aku tipu. Sebenarnya, kami tak jadi ke Padang bulan Februari ni. Trip ke Padang dah ditukar ke Bandung atas perbuatan magik lecturer kami. Itu sahaja. Dan kami sgt bersyukur kerana magik telah menukarkan trip itu ke kawasan yang lebih bagus. Aku ngeri nak ke Padang bila mendengarkan cerita-cerita klasik para senior. Kata dorang, tempat yg kami akan tinggal kalau ke Padang tu sgt ulu. Matilah! Tapi tak jadi mati dengan adanya kuasa magik yang akan bawa kami ke Bandung akhirnya.


4 . Cukuplah kehidupan untuk hari ini. Tak sabar nak letak kepala atas bantal. Bantal pon tak sabar nak kena henyak dengan kepala aku yang sudah seberat anak paus betina ni.


5. Tata + Titi ...
 

Friday, November 24, 2006

A confession

It's a confession of a broken heart.

Bukan.Bukan soal hati yang hancur luluh. Bukan pasal kecewa. Bukan juga nak bercerita kisah cinta anak-anak manusia yang menyentuh jiwa. Ini hanyalah satu lagi contengan emosi aku. Yang akhirnya dah bawa aku entah ke mana-mana. Sekarang aku jadi sangat runsing sbb berlakunya collision antara cas-cas positif dan negatif dalam perasaan aku. Oh, sangat saintifik emosi ini! *chika is complicated. she doesn't really understand life but she won't admit*


Semalam (23 November 2006) hari terakhir semester tiga aku sebelum berjimba-jimba di rumah (to be detailed, holiday jugak aku akhirnya. aksi kuak lentang dan bermacam-macam kuak lagi akan bermula sepanjang cuti. Since aku hanya tau melakukan aksi-aksi indoor sahaja).

Atas fakta yang menyatakan " to be Me is complicated", jadinya keja2 mengemas barang nak dibawa balik sempena semester break ni pon sangatla susah dan payah. Barang aku agak banyak. Dengan tikarnya yg sgt besar itu. Oh, tq to KakDell and Tuty for the help. Aku tak suka pijak lantai simen. Eventhough dia bersih, aku tetap tak suka pijak lantai simen. Apatah lagi kat bilik-bilik asrama. Aku rasa geli bila aku imagine balik yang kemungkinan besar, student yg duduk bilik tu sebelum aku main pakai je kasot dalam bilik. Yucks isn't it? Oleh itu aku sanggup beli sebesar-besar tikar iaitu sebesar ruang bilik aku so that aku takkan terpijak lantai simen asrama. Enough about the tikar.


Mari mulakan satu luahan rasa.

Dearest Beylo,
Aku bukannya nak canang cerita kami ke semua orang. Aku cuba sekuat-kuatnya utk tidak menyentuh sikit pon pasal peristiwa semalam tu kat sini. Tapi aku tak boleh. Aku perlu juga buat at least satu contengan cakar ayam supaya mood tak baik aku dapat dilepaskan. Guys, i'm totally down okay. Keep in mind start from now on, that i'm in bad mood while i'm typing this confession. Supaya bila aku ter'sembur' kan barisan-barisan carutan yang comel, tiada pembaca yang terkejut. Tapi dun worry be happy. Aku bukan pandai pon nak berbahasa kesat. Ilmu carutan aku sangat kasihan. Oleh itu, carutan aku hanya yang comel-comel. *eventhough Chika is complicated, she is still a soft spoken. Dia garang tapi dia tak suka mencarut. And she hates those yang suka mencarut*


Semalam aku bangun pagi (pagi bagi record aku lah). Aku sebenarnya tak larat nak bangun. Rasa nak tumbang. Badan aku sangat lenguh. I have two strong reasons kenapa aku memang patut pon tak larat nak bangun pagi tu. Satu, aku mengemas until late in the morning so that paginya aku tak perlulah mengemas lama sangat. Aku sangat teruja untuk pergi breakfast spt yang dia janjikan. Lagipun kami dah lama tak breakfast sbb kami hanya bangun dari tidur menjelang waktu-waktu lunch. Seriously, aku sangat teruja untuk bersarapan pagi. Bukan sahaja sebab dah lama tak sarapan, tapi juga sbb itulah chance terakhir nak jumpa dan jimba-jimba awhile sebelum semester break. Sebab kedua aku tak larat bangun, tulang aku sangat sakit mengemas itu ini. Aku tersedar satu jam lebih lewat dari yang aku janjikan dengan dia. Kelam kabut aku paksa diri aku untuk bangun. Kak Dell pulak dah ke ladang demi pokok rozelnya... Aku terus call dia. 3 kali sampai deringan putus. Aku sms.... ok, fine! its goin to be... useless....



Dear, if u read this... i want u to know that, how even the small thing is counted. Eventhough its in nano or piko units, it'll still be counted. I know its only a breakfast. I didn't talk about the breakfast thing but i'm looking forward into a promise that we made. Okay, that will be out of my principle if i let the whole world knows our stories. Its a small therapy i guess to reduce the painful inside.


To be honest, I tak marah pon lagipon itu mmg unpredictable incident. Tapi seriously, i'm sad. Sangat sedih. Until now pon I'm feeling sad and damn, u're making me standing somewhere negatively. These two days, mmg everything pon jadi negatif bagi aku. Even pada hal-hal yang bukan related to you pon I jadi negatif. I know i tak boleh blame you since i understand how u're feeling bad and down about this.


10 things I hate about you!
  1. I hate the way you always not answering my call when u're sleeping. (this happened few times but damn, how can i blame u on this?)
  2. I hate the way you've been late on replying my sms (sometimes and hopefully its not disengajakan)
  3. I hate the way you didn't care to sms me just to say hi. (sometimes especially when we are apart.)
  4. I hate you for not calling me when I was at home (as i miss our conversation even tho just for 2 minutes)
  5. I hate the way you use *your mother tongue* softly with the most gentlement voice with your friends.
  6. I hate the way you talk about your friends (which keep me jealous and wonder if i was creating the gap between u and ur frens)
  7. I hate to know that u got streamyx at home and can be online all the time. I wonder if u're chatting and contacting others until late in da morning.
  8. I hate to hear ur phones is ringing or producing any sounds which means u got sms while u were with me. (and i hate any sounds from my phone too)
  9. I hate the way you always late to reply my msg when we are chatting. And i hate hate hate it so much when u're only msg me shortly and then have to say goodbye as you need to take ur bath, to have ur dinner etc or the worst, u kept on silence afta me replying urs..... That means u put me aside. U know???
  10. I hate it bcoz there are few things i hate about you. And oh dear, its not bcoz i hate you, but it's a jealousy.

Walaupon all those 10 things above exist in this world, there are infinity numbers of things that make me love you. Aih, funny me! Sekali punya mistake pon i dah boleh hentam u this bad. Tak matang betol pikiran. Sensitive + emotional + sgt jealous + childish + a 20 hours negative thinker plus 4 hours considering irrational things. These are all me. Which give the high possibility for me to be a bad lover. AHAHA... *oh, can i laugh? boleh ke ketawa? oh... belom bleh. Mesti serius*


Okay okay. Tutup kisah tu. Now is the time to give as much credits as he deserves it. One, thanks for the jimba-jimba di Pyramid. Sgt kecewa tak dpt penuhi hasrat hati ini yg nak main-main kat sunway lagoon disebabkan hujan. Since bukan dia yang penyebab hujan tu, so aku nak marah dia pon buat apa. At least aku dapat libur-libur dan bershoppingan di Romp (rembat suar pink satu) dan beli belah style kanak-kanak gembira di Living Cabin (kerajaan saya sendiri tengah krisis kewangan). Tapi alhamdulillah... meskipun terjadinya gangguan ekonomi dan kos saraan diri sendiri semakin tinggi, kami tetap mampu memenuhi nafsu makan yang mewah. Dan pilihan nafsu yang terkini ialah

  • Ayamas (number one fastfood punya ranking lah currently - eh, kenapa ayat aku mcm terbalik-terbalik? sila susun dengan kreativiti sendiri)
  • Yankies Hut (the food is okay not the best. but we love the place actually)
  • Rimbun Klasik (tom yam best)
  • Mamak's (nasik lemak ayam satu!)
  • Limau Nipis (nothing yang syok sangat pon kecuali the limau nipis special sahaja)
  • Sarina Park Cafe (thanx Kak Dell sbb ajar nurul pi situ dan sanggup kita redah hujan that night. And for the sake of laksa kedah yang digembar gemburkan sedap tu... i akan pergi lagi)
  • Pelamin (oh... mmg evergreen lah jawapnya restoren ini)

Hmm... kalau nak dikira-kira... he's worthy. Sgt banyak dia dah buat utk aku just to give senyum at my pipi. Kenapalah aku perlu besarkan this small thing? Ya, bcoz small thing juga diambil kira bagi aku. Aku sgt sedih kalau benda yang important bagi aku tak jadi important bagi orang lain. Aku sedih. Dan kesedihan tu lagi kuat dari kemarahan. Really. Tapi, at the same time, aku tak boleh bebel banyak sgt sbb aku kena appreciate lebih byk benda yang dia buat. Aih, kan bagus kalau aku ni tak menganggotai persatuan cendiakawan dan kelab ahli fikir dunia yang perfectionist la konon. Mmg critical minded yang tak kena tempat aku ni.


Moral of the day : Aku rasa, aku hanya layak main kejar-kejar kat playground sambil menyanyi lagu 'Tiga Beruang" atau pon main tenteng sambil menyanyi lagu "Tiga Kupang". Sbb aku sgt-sgt tak tau macam mana nak jadi orang dewasa. =(
 

Saturday, November 11, 2006

Refresh

Nite Beylo....

Lama aku lesap tanpa entry. Maknanya banyak peristiwa tak sempat diconteng-conteng di sini. Mari kita refresh beberapa perkembangan terbaru kehidupan aku yang kononnya sensasi ini. Dan paling sensasi... aku semakin mencapai kekurusan. Perlu buat banner tak dan gantung-gantung sepanjang jalan utama kat ukm? Yuckss!


Movie (s)
Sangat banyak movie aku tonton kebelakangan ni. Biasalah. Dah jadi cam satu peraturan berdaftar pulak antara budak2 studio ni. Abes project, movie. Abes satu paper (padahal ada berduyun paper dan esemen lagi), movie. Penat buat keje, movie. Bosan, movie. Sib baik movie tu tak boleh dimakan. Kalau tak, pantang lapar gerenti kami dok ratah movie-movie boxoffice tu beramai-ramai. Ehehe... Tapi, kami taklah ke cinema. Kamikan tokey wayang.

Aku pulak sejak dapat rumet kaki borak, kaki movie dan berkaki-kaki lagi, aku makin rajin balik bilik. Jadinya aku byk abeskan masa nonton movie kat bilik. Atas katil single yang kelihatan daif, kat situlah aku dok bergelak ketawa dan berlinang air mata tgk movie.

Latest movies yg sempat aku tonton :
  • Heart - boleh tahan sedihnya. Tapi aku cam meluat-meluat sket tgk acha septriasa. Aku confuse dengan aksi muka dia. Dan aku rasa nak muntah mengenagkan pengorbanan si Rachel yg melampau-lampau tu. Tak de maknanya berkorban sampai camtu.
  • Apa Artinya Cinta - Bolehlah. Sountrack je yg bagus-bagus. Geli tengok penampilan awal Samuel Rizal berambut panjang. Cam pondan tak siap. Shandy Aulia cam biasa, masih seorang kanak-kanak comel. Acha septriasa dlm filem ni nampak ok je. Tak pulak dia tunjuk aksi muka yang pelik-pelik.
  • 13 goin on 30 - citer ni dah basi tapi aku baru nak tgk. Aku suka. Walaupon figure Jennifer Garner taklah curvy, tapi aku rasa minat jugak dengan bentuk badan dia. Dan aku juga sukakan actornya yang walaupon rendah tapi sedap mata memandang.
  • Just Like Heaven - Oh, sungguh sedih cerita ini.
  • The Lake House - Oh, juga sungguh sedih cerita ini. Kasi 5 bintang campur 5 bulan! Yeah! Movie favorite aku setakat ini.
  • Just Married - Sweet kisahnya. Membuatkan aku terasa mau kawin secepat mungkin.
  • Scary Movie 4 - cerita lucah yg lucu. Byk scene lucahnya yg terpaksa aku tonton banyak kasi. Bukan sbb aku pervert atau gatal (miang dsb.)... tapi sbb scene lucah lah yang buat movie ni jadi best. Tak tahan tgk hantu Ju-On tersilap langkah lalu tergolek-golek dari tangga.
  • The Sweetest Thing - lakonan Cameron Diaz. Filem yang bongok. Tapi aku dan rumet (kak Dell) tetap gelak sakan. Tapi sungguh ni! Filem ni sangat bongok.
  • Slither - filem geli! yucks! Ini filem seram yang bongok.
  • Rempit - filem melayu tak sedar diri. Jijik tengok lakonan Julia Hana. Ban filem ni!
  • My Little Bride - 5 bintang! Pon buat aku rasa nak kawen cepat-cepat.
  • Garasi - Oh my god! Inilah filem indonesia terbaik yg pernah aku tgk. Aku suka watak Gaia. Aku suka lagu-lagu dalam filem ni. Garasi mmg filem marbeless. Tapi kalau anda bukan pencinta music, atau anda tidak berminat dengan rock maupon music2 separa keras, anda pasti memberi komen macam yg Alias bagi... "Nurul, Garasi ni bosan. Tah apa-apa..."... lalu aku dan Farah pon naik hangin. Sbb kami sgt jatoh hati dengan filem ni.
  • Doraemon ; Nobita dan Robot kingdom - yeah... akhirnya lengkap sudah koleksi movie doraemon aku. Aku tak pernah miss satu pon movie Doraemon buat masa ni. Doraemon, jadilah kekasih saya! Jadilah! Jadilah!

Sebenarnya ada byk lagi movie yg aku tengok tapi aku dah lupa pulak. *tepok dahi kuat-kuat*

Final Project
Architecture mmg course yg penuh dgn gimik yg tak terduga. Dan sem ni, mmg terlalu byk gimik dan kejutan. Byk kali aku rasa nak tercabut nyawa dek kejutan2 ni. Tak salah kalau aku kata, sem ni sangat melemaskan, kritikal, dan penuh dengan kesengsaraan. Dan aku dpt rasa, kesengsaraan ini akan keep burning lebih hebat next sem.


Makan.
Tabiat makan aku semakin jahat. Nafsu makan dah jadi ghairah sgt. Aku semakin sukakan makanan2 mewah. Apa patut aku lakukan? Tapi aku makin kurus (kata orang...). Aku rasa, aku masih seperti seorang beruang *Uish, kutok diri sendiri! Hinanya diri ini*


Raya.
Bukak je mana2 blog, semua hingaq pasal raya. Aku tak tau nak tulis apa pasal raya. Sbb aku tak beraya pon. Raya mendanya kalau dah balik kampong pon mengangkot board dan drawing. Malam raya bersengkang mata siapkan drawing... pagi raya, tido telentang sampai ke petang. And surprise!!! Koleksi duit raya aku tahun ini bernilai........ *cepat teka*... bernilai...... DUA RINGGIT! *dua ringgit boleh beli gula2 kapas satu*

Dua hari lepas, kami satu studio serbu rumah encik mazlan. Kak Lela (wife encik mazlan) kata.. "Eh, Nurul dah kurus," maka aku pon terkedu seribu bahasa.(taklah bangga sangat jadi kurus. Rasa kehilangan yg besar pulak) Ehehe... tadi patotnya serbu umah Farah dan rumah Encik Irfan kat PJ. Atas sebab2 kesengalan aku yang tak pernah ingat jalan, maka aku tak dapat join mereka ke rumah farah. Terkilannya...... =(


Peribadi.
Ku bahagia......


Nak pergi study lah. 16 & 17 ada paper untuk killer subject. Seronoknya nak baca buku! (wek wek!)
 

Friday, November 10, 2006

Love or Friendship?

Walaupon krisis 'damn tragic and dramatic' tu dah kami selesaikan empat mata (plus 2 lagi mata as pemerhati dan saksi), aku tetap rasa sedih dan sebak yg amat. Bukan sbb marah atau dendam. Tapi aku terkilan sgt benda ni jadi antara KAMI. Kalaulah orang tu bukan DIA, sumpah aku tak akan rasa macam apa yg aku tengah rasa sekarang ni dan beberapa ari sebelum ni. Tapi sbb org tu DIA, aku rasa sedih tahap membunuh jiwa!.


My dear, friend...
Lagu 'HILANG' tu was dedicated to me kan?
The updated friendster profile kamu tu pon menyentuh soal aku kan?


My dear, friend...
Since kamu one of my best fren. Aku kira, aku kenal amat kamu. Aku tahu sgt sejauh mana krisis ni dah buat kamu upset. Aku juga. Aku sedih sgt. (But i can't make u understand my sadness for real). Its ok. I'm tired to cry on this thing anymore. I'm tired to keep on fighting with him again whenever he and me talked about this.


Maka, tersedarlah aku...
Emotional aku time dinner bertiga tempoh hari sgt tak bertempat.
Tersedar jugak aku...
Emotional aku betul-betul tak untungkan aku walau satu sen.
Bila si sahabat yang satu tu kata aku harus bersabar, aku melenting. Aku kata aku dah bersabar banyak. Mulut pon jadi hebat mengalahkan speaker dewan rakyat. Si Dia tu diam bersabar. Oh, betapa aku tak menghormati perasaan dia. Tapi aku melenting bukan sbb aku marahkan sahabat baik itu. Aku marah sbb aku geram tak dapat betulkan salah faham. Geram sbb tak dapat duduk berbincang empat mata sebagai dua insan yg sgt menyayangi sahabatnya. Aku tak sabar bukan sbb aku bengang. Aku tak sabar sbb aku dah tak tahan dengan kondisi serba salah. Aku rasa macam satu dunia benci aku. Satu dunia hentam aku. Ini mmg penderaan psikologi yg overdose. (Boleh maut - kalau sudah ajal)


Malam tu malam paling genting bagi aku. Masa aku lari dalam hujan menuju ke kereta seorang sahabat tu, jantung aku berdetak rasa nak luruh. Waktu tu aku tersedar satu lagi kenyataan. Aku dah hilang sahabat baik. Mungkin dalam beberapa saat, jam atau minit, aku akan kehilangan dia pulak. Aku sgt terasa bila dia kata aku tak matang, kebudak-budakkan, negative thinker dan selalu bertindak bodoh dengan tak pandai kawal emosi. Tapi sebenarnya betul pon aku mcm tu.


Tak payah nak bukak pekung di dada luas-luas. Kenyataannya, malam tu mmg sgt sedih bagi aku. Aku rasa aku dah hilang semuanya! SEMUA! SEMUA! Tapi mlm tu jugak, aku tersedar byk benda yg tak pernah aku sedar. I can clearly see him. Dan dia takkan pernah tau yg dia dah buat benda yg sangat buat aku terharu walaupon aku tau dia bengang maut dengan aku mlm tu. (aih... mari kita laungkan ayat ini : Life is melancolic. Love is the medicine) Dan malam tu jugak aku rasa rindu-rindu rindu rindu rindu sgt kat sahabat-sahabat baik. Rasa lama tak jumpa (walaupon setiap masa duduk bertentangan). Rasa lama tak berbual-bual mesra. Rasa lama terpisah. (oh, sedih tak?) .... hmm.. rasa nak pergi menari sakan sekejap pulak untuk elak air mata tumpah sekarang ni....


Ya Allah... syukur ke hadrat-Mu kerana cepat sedarkan aku betapa aku sudah banyak kehilangan. Aku tak mau kehilangan lagi. Tak mau hilang sahabat (sbb nanti aku boleh mati kerinduan), dan tak mau hilang kekasih (sbb love cannot buy).


Manusia normal (dan typical girl yg berjiwa tidak kental spt aku ni) takkan pernah cemerlang untuk adil between love and frenship. Klu disuruh pilih, aku pasti mati dalam proses memilih tu. Dan aku pon takkan nak memilih. Dulu zaman riang-ria sekolah, aku penah kata... aku sanggup utamakan cinta more than frens. Sbb sahabat tak akan pernah mencintai kita sebagaimana seorang kekasih. Tapi sejak beberapa ari lepas, baru aku tau langit tinggi rendah. Mmg rasa nak tercabut nyawa kalau terpaksa memlih antara satu. Aku sgt takot klu aku harus berbuat demikian. Tolong lah.... plis jgn suruh aku memilih. Aku rasa sejuk! And frens... plis understand how i love him. Eventhough kami tak seperti pasangan lain, tapi plis accept. Tolonglah.. aku tau kebahagian aku takkan maximum tanpa mendapat kefahaman kalian.


Dan satu fakta yg aku tak dapat elak. Sayang dalam persahabatan TIDAK SAMA dengan sayang dalam percintaan. Believe me. Sbb aku sendiri ada kedua-dua rasa tu. (aku experienced benda ni byk kali actually, only u guys neva know) Rasa cinta sebenarnya sgt kuat sbb kita sgt jujur pada hati tentang cinta. Aku harap perasaan persahabatan pon sekuat tu. Bestnya kalau punya sahabat yg menjaga kita sebagaimana seorang kekasih menjaga kita. Kekasih yang tak pernah mengata kita belakang-belakang, tak pernah mengeluh sbb berpenat demi kita, yg sanggup buat apa je untuk kurangkan beban kita, yg sanggup bawak kita ke sana ke sini tanpa memikirkan ringgit-ringgit yg perlu dipungutnya balik dari kita, yg sanggup makan apa yg kita makan, yg takkan sesekali mencebik muka di belakang kita, dan yg takkan sesekali menceritakan keburukan kita ke orang lain. Sbb tu aku yakin, rasa cinta tu sgt kuat. Aku sebenarnya paling butuh sahabat yg sikapnya seperti seorang kekasih yg takkan pernah tergamak mengata-ngata kita dibelakang. (Susah kot nak faham ideologi kritikal aku ni). Thats y aku kena repeat lagi... i love him. (and i hate bitches! - bitches are the worst creatures yg rosakkan hidup org lain. go away all bitches!! - u know few bitches yg aku maksudkan kan?)


Selepas semua tragedi hitam, aku dah tekad. Aku nak jadi sahabat yg boleh bersikap macam seorang kekasih yg tak pernah mengungkit dan menikam sahabatnya dari belakang. Aku bersumpah. Aku tak mau memburukkan teman-teman kesayangan dari belakang. Untuk mendapat kwn yg sjeati, aku perlu menjadi teman yg sejati juga.

Maaf kepada semua yg makan hati dengan perlakuan aku akhir-akhir ni. Aku dah rasa cukup terhukum. Tapi aku tak mau salahkan diri aku sepenuhnya. Sbb certain things happened for such reason. To explain is hard. Biar aku simpan. Ada statement yg better kept on silent rather than being spoken out loud. Dan ianya sangat teruk bila tak dipercayai. Lebih teruk lagi bila dianggap jahat dan dipandang serong sedangkan u know tak ada apa yg berlaku. Damn! Damn! Bitches will lose!


Oh ya! Aku tak berminat mau libur-libur dengan sesiapa pon sekarang ni. Hentikan usaha membuat kacau di messenger. Buat masa ini, aku benar-benar unavailable.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."