Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, July 25, 2005

Monday - Monster

[ aku ] : Hilang dalam ramai
[ aku ] : Hilang pertimbangan
:: K i s a h P a g i ::
Bangun pagi.Ijat ketok-ketok pintu ajak makan.Memikirkan perut yang tersangatlah jarang mengenal erti kenyang, aku pon bangkit.Adui... tekak sakit yang amat. Nak telan air liur rasa cam telan duri.Tgk-tgk kat meja ada Vico panas.Telan masuk tekak..terasa nikmat berVico tekak yang sakit ni.
:: S e m a l a m ::
Time sebok nak sembahyang Maghrib, ma tiba-tiba panggil Ekal.Tanya dia pasal sorang jiran yang dok jauh sket dari umah aku tapi satu baris.Ekal pon beriya-iya je ngan lagak muka suspen, tanya ma balik .." betul ke? betul ke?..," aku plak yang jenis suka nak amik tau ni lekas-lekas menyampok.
"Mak Cik Ramlah...kawan ma tu dah meninggal.Terkejutnya ma.Sbb pagi tadi ada je dia.Tapi mmg ada dengar dia tak sehat.Tapi kata laki dia tak sehat biasa je la," cerita ma.Aku nampak ma mmg tersentak betol.Mestilah rasa tak percaya.Maunya tak..member sendiri.Dah la tiba-tiba.
Tak lama tu Ijat ngan Zirul pon hebohkan benda yang sama.Masing-masing terkejot.Adek plak aku tengok dia menung dalam bilik. "Ayong, baru pagi tadi dia senyum kat adek.Pastu semalam dia tegur adik main beskal.Dia kata... adek berat sangat.Tak larat nak kayuh beskal," sedih plak aku dengarkan cerita adik.
Tapi malangnya aku tak kenallah mak cik ni.Aku tak cam pon dia yang mana satu.Ishk.. aku selalu je camtu.Dah la dalam adek-beradek aku, akulah yg paling tak femes.Mesti orang tak tau kewujudan aku.Biasalah, puteri lindungan bulan.Ekekeke...
Apapon, aku pikirkan balik anak-anak dia yang kecik.Dengar citer plak dia tengah pregnant 3 bulan.Puolang ke rahmatullah sama-sama dengan anak dalam kandungan.Apalah perasaan anak-anak tanpa ibu? Suami tanpa isteri? Hmm... tang suami aku curiga nih.Nak kata tak sedih, biasanya ramai gak yang meraung durjana nya kematian isteri.Tup-tup 3, 4 bulan pastu dah bahgia bukan main kawin baru.Ishk..tak baik aku berideologi camni. (walopon betol)
Innalillah...
Semoga rohnya dicucuri rahmat....
:: E s e m e n ::
Dah siap sumer! Yippi yippi yeay! Punyalah rasa nak terpatah dua tulang belakang aku.Mewarna, menggaris, menggunting, mengegam. Sebijiklah pembelajaran aku ni dah berbalik pada titik permulaan. Pada titik aku mula kenal tadika.Masuk pertandingan mewarna MC D pon ngam nih. Eheh.

Image hosted by Photobucket.com

Ni esemen pertama yang aku kena buat.Yang ada 3 part tu. Tak ke kelakar aku punya esemen buat kotak-kotak.Disebabkan mata aku dah juling, kotak aku senget-benget dan besar kecik.Dengan prinsip, setiap yang besar, ada keciknya.Alam ini saling berharmoni dan punya pertentangan. *wink*. Bestari tak prinsip segera aku nih?

Image hosted by Photobucket.com

Spt biasa.Bila tangan cantek aku ni mula sentuh keje, mmg semak-samun pon jadilah. Bukan main hebat lagi situasi busy aku.Nampak cam real punya sebok. Kes kes... kagum tak, tuan-tuan dan puan-puan?

Aku dah tak ada apa nak cakap.Cuma nak main tayang-tayang gambaq sat.

Image hosted by Photobucket.com

[ currently : desktop oren. Popap girL! ]

Image hosted by Photobucket.com

[ koleksi novel terchenta ]

Note cepat-cepat

  1. balik kampush petang ni.Malam kul 8 kang ada kelas Tamadun Islam dan Kenegaraan kat Kompleks Bestari yg besh! Buat pendakian malam ngan bebudak haru-biru tu agak best jugak.
  2. Tak balik weekend ni.Pi camping sampai Ahad.
  3. Balik minggu depan.Akan kuhangkut baju-baju kotoq pulang ke rumah. Ngeh ngeh...
 

Saturday, July 23, 2005

Kemarin Kau Beri Bunga...


Kemarin kau beri bunga...

"...diriku sebenarnya tak cantik, tak rupawan, seperti katamu..."

Aku rasa sangat tertarik dgn lirik lagu ni.Bunyi dia selamba tapi boleh relate dengan akal dan perasaan.Sejak tahun lepas aku dah simpan lagu ni. Tak pernah nya nak rasa jemu.Tiap-tiap hari kena dengar lagu ni. Melly Goeslow sgt mengagumkan!

E s e m e n
Pas maghrib, terus aku hangkut barang-barang aku turun bawah.Nak siapkan esemen.Esemen aku ni janganlah dibayangkan cam esemen yang korang selalu buat.Yang banyak research, past kena taip lawa-lawa dan print out.Bind and submit! Esemen aku sangat kelakar instruction nyerh.

Ada 3 parts.Yang first tu kena buat garisan banyak-banyak sampai penuh satu paper A2 size.Free hand plak tu.mmg susah! Memula aku ingat senang.Tapi naik hangin gak la aku punya bekerja keras nak hasilkan garisan yang lurus. Aih... lenggok tangan aku ni blom baik lagi.Part 2 plak kena wat kotak bukan sket punya banyak.Naik kuyu-kuyu mata ma tunggu aku siapkan keje. Part 3.... aku lom buat! Kena belajar ABC, 123 balik! Umak aih... Adek yang mai dok kacau aku buat keje tadi pon gelak-gelak ngan Ijat.

"Ni masuk U ke, masuk tadika?," tanya adek.Aku buat dek sbb bila aku tgh buat homework aku mmg ja garang.Rasa nak telan sumer orang. Mmg tabiat yang aku warisi sejak aku mula kenal erti homework.Skema abis la plak.

Tengah-tengah aku wat esemen dgn begitu rakusnya, terdengar ma ngan abah borak.Bukan terdengar tapi mmg sah nak bagi aku dengar.Sbb time tu ma ngan abah ada depan aku. Kata abah one day cam nak dok Johor plak. Mentang-mentanglah ada tanah kat sana. Huwaa! Pantas dan tangkas aku interrupt. "Tammo la, abah! Jangan dok kampung!," kata aku.Ma teruih ja gelak. Pastu ma sambung "Ishk...dok kampung?," ma pon cam tammo. Ekekke..abah sengih-sengih.Aku tau...abah pon tak de nak nyerh nak tinggaikan umah kat KL nih.

Aku bukan tak suka dok kampung.Tapi memasing ada ideologi masing2.Bg aku, balik kampung tu satu percutian dan tradisi Melayu.Jumpa orang tua, jenguk2 kampung halaman...Tapi bagi aku, kalau kena pindah dari tempat asal akan datangkan masalah.Bukan senang nak respon ngan benda baru.Ecececeh.. aku ni cam serius je parents aku nak dok Johor.Jgn risau , Nurul! Tu memain ja tuh. Ngeh ngeh....



165638908_l.jpg

PhotoAlbum021.jpg

Ihik...gambar adek-beradek yang terkedek-kedek.. ekekke... Yang ataih sekali tu Haikal.Yang paling menyakitkan hati aku. Dia lah tu. Then Adek ngan Zirul. Gambar aku tak disertakan.Wohoo... budak gila kamera.Aku la tu.Pantang nampak kamera.Tak kira kamera siapapon, kalau boleh sumer aku nak sumbat gambar aku. Rakus betol.Ijat pon tak ada plak gambar dia.Tercicir!

Eh, sat la! Aku nak stop skang jugak sbb nak layan isu kat conference yg agak besh plak. Dari parti politik si zam, sampai ke jiran tetangga.Entah sejak bila, masuk plak soal pompuan kawin lelaki tua. Ada ke patut aku umur 19 ni carik lelaki 30? Sik mauk!

Isu malam ni : Kenapa mesti lelaki nak pompuan cantek? Kenapa kecantekkan tu nombor satu? Tahap motivasi yang rendah!1st time la plak aku geng sama Nash.

 

Friday, July 22, 2005

*Tajuk Tak Disertakan*

Khamis mlm jumaat, aku turun je dari bilik Kak Moon kat tingkat 3, teruih ja nampak ma ngan adik kat belakang blok. Wooo.. sgt hebat. Terbukti Cheras - Bangi sgt dekat.Kedekatan yg menggembirakan.

Ni dah minggu ke-3 aku dok UKM.3 kali weekend gak aku balik umah.Ni berlenak kat umah la ni.Tak ke bahgia camnih.Apapon malas nak cerita byk.Malas. Malas. Cuma nak kata, aku dah mula sukakan UKM.Fizikal ngan mental aku dah mula respon ngan persekitaran.Adey... tapi penat.Berumah tangga kat faculty mengalahkan apa je.Dan siri pendakian masih berjalan seperti biasa.Tapi aku makin gagah. Ada potensi jadi pendaki yang baik.Tak payah lama aku rasa.Satu sem pon cukup tuk buatkan otot kaki aku jadi kuat.Sangat kuat. Selera makan pon berganda dengan begitu giat.

Aku suka bidang seni bina yang aku ambik ni.Tak menyesal sket pon walaupon terasa sgt penat dan penuh ngan adegan-adegan pelik.Kelampian pon terjadi.Aku pon jadi terpinga-pinga sbb tak ada punca.... tiba2 je kena buat projek ngan senior. Projek arca kena submit khamis ni. Takut betol bila dengar krit session bila lecturer hentam-hentam design kita.Mmg bukan turn bebudak junior kena.Tapi akan sampai turn nya nanti.Aku dahla seriau bila orang marah-marah ni.

Sebut pasal Khamis. Student tahun 1 JSB akan pi camping tuk assignment design yang pertama Khamis ni.Entah semangat dari mana, aku pon tak pasti.Tapi buat julung2 kalinya aku gembira nak pi camping.Kat PD je.Tempat paling aku nyampah.Tapi akan pegi ngan klasmet. Aku tak sure sgt kelas aku berapa org kandungannya sebab ada yang kuar masuk.Tapi adalah around 44 org. Sib baik ada Wani! Kitorang dah teruja dari awal.Siap merancang nak dok satu khemah.Bley lah aku menggilakan tingkah laku, aktiviti dan pemikiran aku bila dah berusahasama ngan Cik Wani.Wani lah yang pi bagi aku nama baru. NughuL.Siap intro kat sumer org.Klu leh satu jabatan dia nak kecohkan.

Gembira tol hari Khamis aritu.Aku ngan klasmet buat sesi photography dalam studio.Mmg pakat kena gelak ngan budak boys.Aku ngan Cik Wanilah lecturer nya yg mendidik keje yang bukan2.Terlalu kreatif la katakan, sampai posing bawah meja. Mmg kembung perut kitorang gelak. Suka! Suka!

Hmm...yang aku ada dalam simpanan ingatan aku semuanya pasal UKM. Sbb UKM dah jadi hidup aku.Suka atau tak, tu lah gaya hidup aku yang kena jugak aku suka.Tapi aku gembira ja.Siang berumah tangga kat faculty @ studio ngan NughuL Iwanie dan klasmet juga senior2.Ptg balik room membebel ngan Mizah. Malam berpesta lova-lova kat cafe.Ahli persatuan pesta lova-lova pon makin bertambah.Dari dok kat hujung cafe, berganjak ngan majunya ke tengah, pastu teruih ja dok depan tv.Lama-lama siap naik pondok. Fuh, mmg balance gak hidup camni.Siang berpenat lelah, malam leh gak suka ria. At least Jane knows how to release me.

Main Pusing-Pusing.
Pusing-pusing kat UKM kali pertama hari Rabu aritu ngan NughuL Iwanie @ Wani.Sumernya demi esemen Sejarah Seni Bina.Haru biru kitorang carik PC nak menaip.Dari fakulti, sampai ke Pusanika.First time aku jejak kaki kat tempat tu.Wani ketawakan aku sbb dah tiga minggu pon lom jejak Pusanika.Tak ada perasaan. Then aku cam jakun-jakun sket tgk Tun Sri Lanang.Huk oloh, bangunan lama! Jauh lak tu nak gi sana dari Fac.Alamatnya aku yakin aku akan jarang2 ke tempat lain.Sbb dunia aku hanyalah Fakulti Kejuruteraan.
Sekali daa... elok2 je aku masuk Pusanika, teruih ja ternampak satu wajah yg aku cam kenal.Punyalah penglihatan aku sgt baik, aku bley cam muka Encik Qai.Ekekeke... maka, dah terjumpalah aku ngan Encik Qai @ Abang Qai. Eekekke... tapi yang kelakarnya, dia tak tau pon aku lah yang dok tercongok seblah dia sambil mendengar tanpa rela apa yg member dia tgh cakap pasal persatuan.Sbb aku tak minat nak jadi pc.Aku kan sgtlah 'lemah lembut' nya. Orientasi aritu pon dah keje nak pengsan je aku.Ni kan pulak aku jadi pc. Cam sitcom je plak nanti.Aih, tu pon aku dah dapat title Gadis Migraine. Sgt jahat!

Bilik Tidurku yang terchenta.
Antara tempat paling selesa tuk aku ialah bilik aku. Tapi sejak aku sebok jadi arkitek wannabe ni, bilik aku sgt tunggang langgang.

Ataih Almari ada taman menan

atas almari ada taman menan.Tempat pelupusan benda yg aku nyampah nak tgk.Siap ada sarang spider yg sgt cantik coraknya.Jadi Zoo Negara almari aku.

PhotoAlbum009.jpg




PhotoAlbum007.jpg

Aku malas la nak fokus kat katil aku. Sbb kang ada plak mata yang tersembul sbb salah faham.Ingatkan pulau yang dilanda bencana alam plak.Serius bilik ni sangat dahsyat semaknya.

PhotoAlbum006.jpg

Beg peberet buat masa ni yang dah naik hitam akibat diheret ke sana ke sini. Kesian gadis itu sudah kelihatan comot.

PhotoAlbum015.jpg

Jam peberet sepanjang zaman.Pon dah mula menampakkan sifat-sifat tua.Tapi masih sedap dipakai.

PhotoAlbum003.jpg

Kasut yg akan aku hangkut pi camping! Bersedialah tuk menjadi Si Kasut Comot!

Fuh, aku dok tayang gambar yang banyak.Sbb aku aku rasa kosong kat kepala, gelisah kat hati.Byk benda aku kena pikir. Benda-benda yang aku tak nak sebut kat sini.Sbb psikologi aku rasa terancam bila aku makin ingat tentang benda-benda ni.Banyak keje = Susah hati.

Titik dulu.Encik Zam ajak main pool.Kesian Encik Zam si Budak Bosan Tak Sudah.Ekekeke....Tapi kedekut.Ajak blanjer shopping pon tanak. Ngeess... *kidding is hepi* Ada-ada je idea BERNAS dia tuk program ari Sabtu aku esok.Ajak jogging la, gym la.Tapi payah sgt nak ajak shopping.Ngedate kalu ngak ada shopping nya, ngak ada aroma deh! wakaka...

epi besdey ASTRI FADHILAH!

 

Sunday, July 17, 2005

Masjid Jamek - Masjid India.

Sangat kelakar.Mak aku mmg super duper best! Cukup bertenaga ikut layan kepala aku yang tak berapa nak betol ni ptg tadi.Aku ajak ma pi Masjid Jamek. Saja, carik stationary kat Mydin cam best ja.Mydin la sgt. Mydin - tempat paling aku pitam + nyampah.Aku sebenarnya mengidam nak lalu balik jalan2 kat KL yg penah jadi satu nostalgia kat aku dulu.Tingat lak zaman paling best dalam riwayat aku pas abis spm.Time aku study kat Cosmopoint.Mmg jalan-jalan tu sgt bernostalgia.Jalan-jalan di mana kaki aku melangkah sendirian tanpa hala tuju.Cukup gembira waktu tu.Ala-ala diva dalam kelas. Sungguh mahsyuk.
"Jom ma," kata aku.
"Jom.Tapi jam ar," ma pon menyebut ttg masalah kesesakan yg paling dia benci.
"Naik train.Sampai Cempaka, kita naik train," aku bagi idea bernas, ringkas dan padat.
"Boleh je... Jom! Ajak Ijat, Along ngan Adek,"lekaih ja ma setuju. Aku pon gembira...Yeay, Kola Lumpoq....! Ekekeke... Cam budak ulu ja aku.
"Kuala Lumpur...senyumanmu... di pagi ini...sungguh beerti kerna cinta bersemi lagi... setelah kemarau panjang..."
Lagu yang pernah beri makna kat aku.Sayup btol aku rasa bila aku cuba kait-kaitkan balik lagu tu ngan nostalgia lama.Ishk, tak de masa nak layan nostalgia! Berambuslah wahai semua kisah klasik.
Ma ni mmg ja buat havoc.Park kete bukan main hebat lagik. Diakui ma mmg sorang pemandu yg hebat dan dasat.Bila dapat je pegang kete, abih jadi warrior kat tgh jalan.Elok je dapat parking kat Cempaka, teruih naik atas beli tiket.Kesian adek.Dia mana penah naik LRT.Maklumlah, kitorang ni ala-ala manja sket.Kalau kuar ngan abah, abah mesti siap stop depan-depan ngan tempat yg nak dituju then baru abah pi carik parking.Mmg prinsip tak kasi kitorang jalan jauh.Tup2 tadi kena jalan sendiri, angkut barang sendiri, mmg pakat kena gelak ngan abah.
Aku ni ada kelemahan paling kuat sekali yg tak dapat diatasi. Aku ni pelupa jalan.Jgn lah harapkan aku direct jalan.Mmg akan ku tunjuk ke jalan yang tidak benar belaka.Cam tadi.Turun je LRT, terus aku heret ma pi belah kiri.Patutnya ke kanan.Abih carik2 bangunan Kotaraya tak jumpa.Entah keajaiban apa yg terjadi, alih2 dah ada kat Wisma Yakin @ Wisma Confident. Kagum btol.Aku ngan mak aku mulalah buat-buat takjub. "Eh,eh... camner leh sampai kat sinih pulak?Kagum btol," kata ma bila kitorang dah mula sedar yang kitorang takkan jumpa bangunan Kotaraya tuh. Tapi ngan confidentnya, teruih ja jalan.Jalan punya jalan sampai gak kat Mydin yang paling jahanam dalam dunia.Ma dah buat muka.Sakit hati bila terpaksa meredah kawasan banjir ngan manusia.Tak lama dok dalam tu, kitorang kuar.Adik pon dah mula nak gadoh ngan sorang brader nih.Ada ke tunjuk penumbuk kat budak kecik bila adik aku terlanggar dia.Adik aku pon pandang je dia.Lama-lama dia blah.Tau takut.Sib baik aku tak sedar time tuh.Kalau tak mesti aku jeling sakan brader tu.Cam lah kitorang ni suka sgt masuk Mydin yang mengalahkan kapal Amerika hangkut hamba abdi dari Afrika. Bengang tau!Aku pi pon sbb dah teringin sgt nak lalu lalang kat situ.
Lalu kat Masjid India tu buat aku ala-ala kagum.Banyak dah berubah.Lain macam je keadaannya.Teringat jugak kat Athirah sbb dah lama janji nak pi situ ngan Athirah carik kaset ceramah. Tapi malangnya blom berpeluang.
Bila dah nak balik, baru terperasan bangunan Cahya Suria kat belah kanan. Mmg hangin satu badan sbb tersalah destinasi.Patutnya ke belah Cahya Suria tu.Barulah ada nilai-nilai nostalgia.Setakat Mydin, nostalgia apa ke benda yang pernah ada? Hampessss betol. Tapi tetap gembira melakukan aktiviti jalan kaki meredah banjir manusia ngan ma dan adik-adik.
"Klakar je arini.Serupa tak percaya kita leh berjalan kaki kat area situ.Entah apa-apa," komen terakhir yang ma buat bila sampai umah ptg tadi. Hahaha.. i think ma was really funny.
Kesimpulan : Hari yang kelakar sbb carik tempat lain, sampai tempat lain.
Kegilaan semasa : BUNGA TANJUNG // Sharifah Aini
Bunga tanjung putih berseri
Kembang jelita harum baunya
Gagah sungguh pohonmu berdiri
Tegap rimbun gagah perkasa
Harum jelita si bunga suci
Idaman dara gadis rupawan
Sangat sombongnya bungamu menari
Melenggang-lenggok dihujung dahan
Walaupun engkau si bunga tanjung
Hiasan sanggul gadis rupawan
Tiadalah kamu sangat beruntung
Bagai melati...Bagai melati dilembah sana
Lihatlah senyuman kembang melati
Disunting kelana hati...
Di lembah sunyi
Lihatlah pula bunga teratai
Dijunjung musafir lambai melambai
Sungguh nasibmu si bunga tanjung
Bagai cahaya ditutup mendung
Tiadalah tangan menyunting kamu
Menunggu gugur di angin lalu
Malang dudukmu di dahan tinggi
Kini bertabur di atas bumi
risau - math lom study, tutorial lom sentuh. Word design lom elaborate.
 

Friday, July 15, 2005

pelik-pelik ja...

akum wr...
Aku lagik.Aih, weekend ja adalah aku kat umah.Mmg agak parah tabiat pulang ke rumah yg aku alami ni.Aku pulang, yeay! Aku pulang! *sambil melompat si katak lompat.*
Aku balik kali ni atas alasan aku nak beli barang.Entah barang apa, aku pon tak taw.Tapi something like for architecture.Macam2 instrument yg mahal-mahal belaka kena beli. Aku call ma tiga hari lepas.Tu pon sbb aku rasa tak larat betol nak dok kat ukm lagi.Perlu balik tuk compile energy dan semangat completely.Ma call balik pastu bitau yg abah tak kesah.Khamis mlm Jumaat gak abah nak amik.Punyalah kembang hati aku yg satu ni.Siap heboh2 kat kelas yg kununnya tak dapat join depa sampai Jumaat tuk projek arca tuh. Tup2... dush! Pagi semalam, time kitorang satu kelas naik kat bilik kuliah, ngan anggun bergayanya tertampal satu kertas putih depan pintu.
"Kelas Komunikasi kul 9.00 pagi hari Jumaat"
Punyalah berbulu aku rasa.Cam nak melenting time tu jugak.Tapi buat-buat la bersabar.Sbb baru ja beberapa hari jd mahasiswa.Takkan nak buat perangai plak.Lagipon kena jaga tingkah laku takut2 nanti senior tgk budak baru ni pandai memberontak lak.Tak pasai-pasai tak jalan market aku.Market? Whoops! Market yg aku maksudkan ialah hubungan baik ngan senior. Seriously, as first year student yg ala-ala baru belajar meniarap ni kenalah banyak harapkan senior.Sombong2 tolak tepi.Ego aku yg setinggi pencakar langit ni pon kena taruk kat tepi dulu.Kenalah aku bermanis muka.Tapi really, man!Nampak neutral gak perangai aku.Lagipon senior agak baik.
Aku rasa aku dah nampak beberapa perubahan kat diri aku sendiri.Aku semakin tahu camner nak turunkan ego dan tolak ke tepi perangai aku yg suka buat muka.Then aku semakin pandai beramah-tamah.Yes lah, Nurul! Kagum aku ngan diri aku sendiri.Perubahan paling aku kagum ialah tang kulit.Mmg kalau aku dok seblah Alicia Keys pon, mmg sama ton lah warna kulit.Ekekeke.. tak ada lah sampai tahap Alicia Keys.Cuma aku dah terbakaq lebuq dah kulit.Mmg serius gelap.Ma pon nampak surprise gila tgk aku.Anak Afrika ka apa nih?Ekekee...dak la sampai camtu.
"Kau ni...kata penat.Tapi ma tgk badan gemuk, gemuk jugak. Tak de sket pon susut.Naik lagi adalah. Ishk..," ma dok buat kritikan sulung time singgah kat hostel aku ptg tadi.Aku mulalah tak senang hati.Sbb kat kelas pon, ramai je bebudak tu kata aku ni berisi. Siap sorang ni kata, biarlah berisi.Elok sket dr kurus kering.Yacks... angpa blom berisi,sekali angpa dah berisi, angpa taw la camner haru birunya hati perut.
Mari Mendaki
Ni aku nak cerita kisah pendakian aku yang sgt hebat.Dua hari aku ngan Wani (klasmet aku yg tinggi lampai) dok panjat bukit tgh2 hari buta. Semuanya demi mata.Kunun2 la nak balik sembahyang zohor kat room.Tup2 sampai room, leh tido setengah jam, baru sembahyang zohor.Dah la berjalan kaki.Payung mmg ada. Berpayungkan matahari! Ha, gila tak gila tuh! Dari fakulti kejuruteraan ke kolej Za'aba.Mmg org tak siuman je sanggup.Pegi balik lak tuh.
Masuk hari ketiga, aku bangun pagi aku cam pitam.Then kaki dah bengkak. Mmg betis aku gila punya sakit.Kalaulah rumet aku ialah Athirah, gerenti aku merengek-rengek kat dia.Mungkin gak aku dah terpekik telolong kesakitan.Tp sbb rumet aku Mizah kan, aku cuma merungut-rungut biasa je.Aku malas ar nak bukak pekung di dada.Tammo ar Mizah tau dulu yg aku ni kuat membebel kan. Ekekeke...cover line sendiri!
Malam tu aku lekas2 call ma.Ada ke patut aku nangis2 yg kununnya kaki aku bengkak gila.Siap aku bitau yang aku tak akan boleh tahan kalau hari2 menapak.Slow2 aku minta kete kat mak aku.Ngeh ngeh...punyalah mak aku fobia bila aku sebut pasal kete.Ma tu biasa la.Kalau ada org suruh aku senaraikan 100 orang paling kuat risau dlm dunia ni, seratus-seratus tu aku taruk nama mak aku.Dia leh kata berjuta-juta kali yg kete tu bahyer.Nanti aku terlupa brek ar sbb kat situ byk bukit.Then nanti aku tak reti nak park la. Aku tak reti isi minyaklah, aku tak reti nak control kete la..bla..bla... ayyoh, bunda! Tak mo bagi, katalah tammo! Aku nak gak! Huwaaa.... (impian besar)
My Toing Toing Frenz!
Jane was really funny.Shareen was so sweet.Ske dengar lenggok cakap Shareen. Mmg naturally Sarawakian.Jane plak cam poyo2 je bahser dia.Setiap mlm, aku, Mizah, Jane ngan Shareen akan berpesta lova-lova sambil berdinner kat kantin. Sememangnya tu lah satu-satunya waktu yg aku ada tuk bersuka ria ngan depa. Sambil makan tu, buat lah konsert dan bergosipan.Semalam siap sleepover kat room aku.Berkampung @ Bersetinggan.Macam2 kisah keluar.Lagi2 si Shareen yg byk cerita.Cam penglipur lara.Enjoy gila ngan dorang.Aku ske kawan ngan depa nih. Mizah plak bukan sket punya sporting lagik.Best ar semalam main redah hujan.Sempat aku seludup masuk dalam sweater si Shareen.Mmg nampak cam kekanak gila.
Fahrin.
Woi, sapa kata aku tak dating! Aku dating gak ngan Fahrin kul 10.30 mlm smlm.Kat umah fellow lagik tuh.Leh plak aku bitau kat akak fellow tuh. "Kak, kul 10.30 mlm setiap selasa sampai khamis sy dtg umah akak heh.Tgk Fahrin Ahmad saya," sambil buat2 malu aku bitau Kak Ina tu.Akak tu on ajer. Gembira ja dia menyambut kedatangan kitorang 4 org semalam.Heaven gila dpt dating.Siap teruja-ruja aku bitau kat dorang Fahrin tu aku yg punya.Ngeh ngeh...
Baiklah! Nak tertutup ja mata aku ni.Mmg dah time tido nih. Tata lah!
 

Saturday, July 09, 2005

Kembali.

Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) belom abis.Harini ada aktiviti lagi.Seingat aku pagi ni ada taklimat pelan integriti nasional kat DECTAR.Nak termuntah aku dengar benda alah ni semua. DECTAR, taklimat, fakulti, kolej... antara perkara-perkara yang buat aku pitam.
Kat mana aku ni heh? Kat umah la.Uhuhu... hebat tak aku? Blom pon selesai orientasi, aku dah dihangkut balik oleh ayah aku.Punyalah aku rasa nak melompat si katak lompat semalam bila aku bukak-bukak je pintu bilik asrama aku, ma dgn adik terpacul depan pintu.Yehaaa.... Rasa cam UKM aku yang punyer.Dak aih... aku ada masalah sebenarnya.Masalah tatasusila dan kelakuan.Aku telah digantung pengajian.Wakakaka... banyaklah aku punya gantung pengajian.MMM pon blom abis.Baru je majlis Ikrar Mahasiswa Baru hari Khamis aritu.Manader la weih.Aku dapat cuti sakit sebnarnya dari Pusat Kesihatan Pelajar UKM tu.Tapinya tarikh mc aku tu available tuk 8 July je.Ngeh ngeh... syukur jugak aku balik sbb kalau tak, gerenti sepanjang mlm semalam aku akan menyusahkan Kak Ana ngan Kak Azni lagi. Depa ni PBSM yang tak de keje lain, dok jaga aku seanjang aku kat UKM ni.
Orientasi sgt penat.Second day lagi aku dah nak tumbang pas kuliah subuh.Time tu pc suh breakfast.Aku teruih pi bilik PBSM, then aku dibaringkan kat bilik sakit.Time orang lain bersusah payah dok berjalan ke fakulti, aku plak cam orang-orang kenamaan naik kete ngan PBSM.Fuh, siap dapat kawalan dari pc dan PBSM. Yang aku tak tahan tu, first time masuk je kat fakulti kejuruteraan tu, aku terus je berlari carik toilet.Loya gila tekak aku.Apalagi...termuntah la.Aku pon tak tau apakah jenis hasil muntah tu sbb setahu aku tak de benda yang aku makan.Tapi still aku muntah gak.
Semalam...langsung.Seharian dok terlentang.Ekekeke... Malam tu pc semua mengamuk sakan.Naik aura-aura dalam badan aku.Seriau semacam.Takut gila lagi2 bila pc lelaki mengamuk sbb depa ni tak la slalu mengamuk. Tup-tup bila abang apai yang slalu sengih2 tu naik amok, mak aih! Serius aku takut.Tgk lak abang Is yang bukan sket punya hangin lagi bila ada 2 org bdk girls tak off lampu room.Tapi patut pon dorang marah sbb kitorang mmg degil.Tak reti bawak diri.Perangai tak cam budak degree.Cam budak yang baru parents daftar masuk kindergarten.Really, man! Termasuklah aku.Ngan berlari-lari ke sana sini, rebut2 bas, memekak ngan kengkawan lain.mmg cam hilang pedoman. Wakaka...
Alhamdulillah.Rumet aku budak Tganu yang boleh la tahan.So far tak bley nilai lagi sbb aku taknak lah menilai dulu tanpa mengenali.Tapi utk permulaan ni, semuanya ok.Nama rumet aku Nurul Hamizah.Ayyoh, Nurul and Nurul daa. Jugak first time aku dapat member baik Iban.Jennifer (Jen) and Shareen. Kalau kat kolej, geng aku Mizah, Jen and Shareen. Kat fakulti, Mizah tak de.Sbb Mizah FSTM. So, geng fakulti aku Jen, Shareen ngan Siew Ngah. Kalau ka KMJ dulu, sebok aku dok berbelit lidah belajar loghat Tganu. Bukan main Ulu lagik bunyinya bila aku ckp Tganu.Buat bebudak Tganu geli geleman je. Ngeh ngeh...
Skang aku berputaq-putaq lidah plak ghairah ngan bahser Sarawak.Oh, sik mauk! Wakaka... Shareen punya peberet.Then kat kolej aku ni, majoritinya Kedah.Ha, loghat utagha aku mmg agak pro.Pasai dulu kat Johor pon mmg dok teghiak-teghiak loghat utagha.Aku ngan Trex la.Oh, Trex! I miss you.Terpikir jugak alangkah bahgianya klu dia masih rumet aku.Bayangkan... satu bilik tu ada aku ngan Trex je.gerenti jadi bilik sewel.Kuang kuang kuang...Aizar pon aku rindu.Sib baik dapat call dia.Maklumlah, Kolej Za'ba terchenta tu dalam hutan.Dah la aku floor paling bawah.Coverage maxis punyalah tak ada.Cam warga rimba kitorang ni.Mak aku nak call pon payah.Haru!

Image hosted by Photobucket.com

Gambar (clock wise from left) - Siew Ngah, Me, Shareen and Jen. The FOUR. Atau pon nama tak langsung yg tercipta as PPG new version punya.Sbb PPG ni ada extra satu member.Siap gadoh-gadoh ngan Shareen nak jadi Buttercup.Cam poyo mak minah jek.Bebudak 3 orang (My Meow Meow Geng) ni budak engineering.So, satu fakulti la walopon aku ni agak tersasar skit ke lembah Seni Bina.But still akan dok satu bumbung.Gembira.

Semalam ada pendaftaran PTPTN.Aku migrain teruk.So, pegi DECTAR sekali lagi naik kete kak Azni.Bukan sket punya rock lagi kete Kancil akak tu.Kagum aku tgk kete student itu macam punya heavy metal.Sampai DECTAR, aku tak larat nak line up.So sumer urusan pc uruskan.

Banyak la aku nak citer.Tapi tgklah...ayat yg sanmgat kusam.Sbb aku takj larat sebnarnya.Malam tadi demam panas.Dapat plak bad flu.Tak jadi keje tido ma malam tadi dok memicit kepala aku.Dari panadol, aku telan plak postan 6 biji dalam selang tempoh beberapa jam je.Then cam kepala otak ni tak tercabar langsung ngan kekuatan postan.Pi Pusat Kesihatan, aku minta doktor ubat yg lagi kuat.Semalam je dua kali aku telan ubat tu.Agaknya sbb terlalu byk ubat aku makan, sbb aku sakit sampai nak bergulingan, terus akui demam panas. Sgt bersyukur sbb aku ada kat umah.Kalau tak, aku akan buat ramai orang susah dan mula bosan ngan kerenah aku ni.

"Janganlah benyek sangat," kata abah.Abah kata kalau aku terus ngan perangai aku yang tak tahan kasar ni, mmg payahla aku nanti bila kena bersengkang mata sampai ke pagi kat studio seni bina.Sangat takut....

Continue nanti.Rasa nak pengsan. Dumn!

 

Saturday, July 02, 2005

Ini contengan terakhir...

Ini contengan terakhir aku. Akhir? Bukan maksudnya aku akan tutup atau menamatkan riwayat Sebuah Kisah Klasik. Tak.. tidak sama sekali. Akhir yg aku maksudkan ialah akhir sebelum aku sah bergelar siswi. Hmm.. siswi. S.I.S.W.I. Pelik jugak bunyinya bila aku bergelar SISWI.

Esok, akan ke UKM. Register, dan bermulalah orientasi. Sampai skang ni aku lom dapat mengesahkan apa aku rasa.Cam tak ada perasaan. Mungkin sbb dah terlalu byk rasa yg bercampur gaul sampai dah jadi sama spt tak ada.

Akan rindu Nurul Aizar Azman
Aizar baru balik dari rumah aku.Dia dtg dgn ibu dia.Terharu aku.Tadi... kali terakhir sempat bergosipan ttg seorang kwn lama kitorang. Hmm... about the 'JUBAH' thing la.Punyalah aku ngan Aiza tergelak sakan macam tgh berpesta lova-lova...

Sebelum balik, dia tinggalkan kad utk aku.Chumey.Kad gambar kucing. Dan aku baru je selesai membelek kad tu.Tulisan Aiza still sama cam dulu.Tak berubah. Tulisan yg jugak slalu disifatkan oleh orang lain lebih kurang cam "Tulisan Kaum". Sbb aku, Aiza dan kengkawan rapat yg lain mmg jenis tulisan yg satu fesyen.

to my besh fren : Chika
Nurul Haizum
  • Valuing friendship is not merely by seeing each other every day. What's important is in our busy lives, we REMEMBER EACH OTHER!!!
  • Have a great time at UKM
  • Remember me
  • Always be happy & patient
  • Sayangi sebuah perkenalan kerana di situ t'cipta kemesraan.Kenangi sebuah p'hubungan kerasa di situ t'cipta kerinduan.Hargai kedua-duanya krn is RAHMAT TUHAN.
  • Gud luck
  • Take care

Love : *Aiza's Signature*
NURUL AIZAR AZMAN

Entah kenapa aku rasa sgt terharu.



Image hosted by Photobucket.com

Aiza pon baru je sms.Tanya kalau-kalau aku dah tido. Hmm.. gud luck tuk Aiza. Gonna miss you like GILER!

Kepada semua pembaca blog, rakan2 blog... thanks sbb sudi singgah menyinggah dan membaca benda yg aku conteng-conteng tak tentu arah ni. Semoga enjoy sakan baca kisah aku ni.Nothing really special. Cuma idea yg keluar dari otak aku yg selalunya kosong akibat ke'lampi'an. Harap tak terus lampi.

Tuk kengkawan yg sejak akhir-akhir ni jadi teman aku, thanks la ye. Aiza, Trex, Korin, Rezurai @ Ngader, Zul Curseshadow, Ezwan the 7asmann, Kak Jihan, dan semua.Tak tersebut.Rajin je teman aku online. Nash, Totin, Zam dan suku sakat korang... thank you gak.Sgt terhibur ngan rancangan Malaysian Idol yg korang buat tiap2 malam sampai ke pagi. Sangat gila! Ececeh. aku ni cam nak buat majlis perpisahan lak.

Aku gelisah.Jumpa manusia baru mmg masalah besar bg aku sbb aku tak sukakan perkenalan. Tapi hidup mmg camtu. Makin bergerak ke depan dan akan dipertemukan dgn satu perkenalan. Aih... semoga aku gembira

Teruskan lawat aku. Singgah sini walaupon tanpa entry baru.Lawat aku walaupon tanpa aku kat sini! Jgn berani-berani lupakan aku.Ngeh ngeh.. adakah ini amaran? Ye...ini amaran! Aku tak suka dilupakan.. =( Betol, jujur aku bitau.Perkara paling parah tuk dialami ialah apabila kita dilupakan dan ditinggalkan. Huwaaa! Ma dgn abah akan tinggalkan aku esok kat UKM. Sama macam aku ditinggalkan dulu kat Johor setahun yg lalu. Tak ubah cam budak sesat kat tgh gurun Sahara. Sgt sedih dan tak ada yg tau. Waktu tu lah aku dpt semangat dari Trex. Hope dapat rumet cam Trex lagik. Pakar kesihatan yg garang tp bermanfaat.

Okies...tata all! Gonna miss you all, guys! Blog ini blom mati! Blom la weih! Tapi anggaplah aku pegi vacation yg panjang dan tak dapat update. Ekekeke... Harapan aku, aku mampu buat apa je yg dah tersedia tuk aku kat sana. Perbaiki sistem belajar. Tinggalkan sistem belajar matrikulasi yg sgt sempu itu.

Prinsip lama kena tukar!

  • Belajar Main-main JANGAN! Waktu belajar, belajar. Waktu main, mainlah sesakan-sakannya
  • Jgn kuat tido! Tido adalah satu rehat yg perlu diutamakan ngan sgt banyak.(PRINSIP LAMA). Tukar! Tido perlu tapi kena bersistem. Tak boleh kurang, tak boleh lebih.

Baiklah! Terlalu letih.Packing barang sehari suntuk. Nak berhenti. Sampai sini, sambung bila berkesempatan nanti. Wassalam...

 

Main kejar-kejar ngan masa

Aku nak update tadi!
Abestu?
Byk hal kena buat. Sampai pening-pening dan berpusingan kepala ni.
Hal apa?Buat apa?
Hal tuk register kat UKM Ahad ni.Settlekan urusan bank dari pagi. Tunggu lama-lama kat bank sampai naik rimas.Settlekan borang, packing!
Dah packing? Umak aih...!
Blom arr!Baru kuarkan barang je sket-sket
Perasaan?
Tak ada perasaan spesifik.
Skang?
Tgh join conference.Aku ni sejak beberapa ketika ni dah semakin byk terjerumus ke dunia conference.Aktiviti yg agak tak sehat tapi bley ar.Menghiburkan.Aku sebnarnya tgh serba tak kena sejak beberapa minggu ni.Sbb aku lom sedia nak pi UKM.New life....
Masa yg terhad utk terus bersama kengkawan bercengkerama kat arena blog antarabangsa ni. Sedih. Aku rasa cam sedih lagi2 nak tinggalkan umah. Aih... naseb badan.
Baiklah! Aku tak de idea nak menulis.Otak aku lebih byk memproses perasaan dari segala apa yg lain. Aku nak layan perasaan sat.Then nak tidur.Bagi chance kat mata aku melayan rehat pulak.Kasi chance pc aku ni jugak tuk bertenang. Lek lar Kanda PC. Tak lama lagik, kanda rehat lah puas-puas ye sepanjang ketiadaan Dinda nanti. Dinda amat pilu.....
"... bila perasaan tak boleh dikenalpasti, tu yg jadi serba salah tuh!..."
short note!
-pi KLCC. Adey, makin byk Arab kat KLCC.
-pointer harini = 2 points! Yehaa... Point yg strong! Hope to get more and more.And the point has to be increased as time goes by. Wakakaka... jahat sungguh pikiranku!
-gonna miss Aiza & Athirah.
-hidup sentiasa berubah.Shut up!
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."