Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, May 30, 2006

Tak payah tajuk.

Kali ni entry tak bertajuk. Buang masa! Paling kurang pon, aku memerlukan sepuloh minit utk mendapatkan tajuk yang kunun-kununnya gerek. Buang masa! Sekali lagi, BUANG MASA!


Dah beberapa hari aku tak bermesra dan bercandaan dengan para diplomat di arena blog antarabangsa ni. Mmg aku saja menyombong diri sbb aku tak sehat. Setiap malam aku tdo tak puas. Rasa macam tdo dalam semak-samun. Dan setiap pagi aku bangkit awal. Mmg brengsek sekali! Setiap kali aku dapat 'hidup' pada awal pagi, mesti aku konpius samada nak rasa bangga atau keciwa.Bangga sbb ini merupakan pencapaian yang sgt baik dlm kualiti hidop aku. Keciwa sbb aku sejujurnya tak suka bangun pagi. Brengsek nyerrrr....

Justify Full
Aku nak flash back cerita sepanjang aku terlantar tak sedarkan diri. Sungguh ni aku bilang... aku pengsan EMPAT kali sepanjang waktu sakit aku ni. Uuulala~ Perlu ke tulis tipu-tipu macam ni? Macam entry murahan. Yucks! Aku tak pengsan! *tampar muka dua tiga kali* Aku tak terlantar pon! *tampar muka lagi dua tiga kali* Aku cuma demam sejuk yang kronik tapi tak la sampai nyawa-nyawa ikan. Masih gagah untuk membebel percuma setakat dua tiga jam.


Bersedialah...untuk contengan super-saiya dari aku! Dan aku tak pedulik samada kalian penat, letih atau mual nak baca contengan yg sgt panjang ni. Terpulang! Aku menulis untuk simpanan memori aku. Kalau tak suka membaca, pergi main jauh-jauh. Arena blog ini adalah untuk mereka yang bukan saja gemar menulis (samada menulis yang baik2, yang burok2, atau pon yang menulis entah apa2 yang tak masok dek akal), tapi juga untuk org yg suka membaca. Eh, aku bagi warning ke ni? Bukan warning... cuma aku bukan dalam mood yang baik ketika ni. Dan sebarang komen yang menjatohkan sgt aku tak hargai.... Terima kasih.


Rabu, 24 may 2006.

Ptg tu fetch Jullian dan terus hangkut dia ke Times Square. Guess wut? Dia tu tak berubah langsong. Sama je macam dulu. Ingatkan lepas beberapa bulan tak jumpa, dia akan jadi sebaik-baik manusia tapi tak! Sama je macam zaman sekolah-sekolah dulu. Masih suka underestimate aku. Masih suka nak keep on fighting dgn aku. Tapi apa pon dia, dia still sorang budak yang tak pernah lupakan kawan. Thanks anyway sbb bayarkan software aku. Lain kali, boleh sponsor I beli laptop Acer, Ferrari sebijik dua. Bersama sebijik desktop apple yang nampak hebat sekali. (Lain kali tu tak kesahlah bila2 pon. Akan sentiasa keep in touch with u untill the day u become a richest man in the world) Aiza, we deal it with Jullian kan? Semoga Jullian cepat kaya dan semoga dia cepat membelikan aku satu set Apple punya product. Amin~


Dia kata aku drive terok, macam orang tak ada lesen.
Aku kata, aku drive terok sbb itu 1st time aku drive ke KL yang maha sebok tu. Dan aku kata jugak... lesen aku lagi lama dari lesen dia.


Dia kata, aku selalu berada jauh sgt dgn kereta depan.Sampai tiga bijik Kelisa boleh masok antara gap tu. (tak pon!)
Aku kata aku amalkan jarak 2 saat antara kenderaan.


Dia kata, kalau ada seribu driver macam aku... mmg susahlah semua orang.
Aku kata, aku baru nak berjinak-jinak dgn kenderaan, lama-lama aku akan hebat.


Dia kata, tak best drive CRV.Sbb kereta besar menyusahkan.
Aku kata, aku suka drive kereta besar sbb aku rasa lebih selamat.


Dia kata, dia suka Kelisa. (yang dia selalu sebut sbg CLK-cute little kelisa)
Aku geram, dan aku kata... aku tak suka kereta buatan Malaysia!

Nah, amek ko!HAHAHA! *gurauan yang menyayat hati*


Kesimpulannya, dari zaman sekolah hingga ke zaman universiti. Dari usia kecik sampai dah ke 20 tahon, kami tetap akan bertekak bila berjumpa. Tapi bila lama tak jumpa, gerenti aku akan tercarik-carik dia. Dan bila chatting atau bersms, mmg ayat super duper punya nice. Macam besfren of the year. Tapi bila dah berdepan mata ke mata, mmg Street Fighting la. (Di mana aku adalah Chun Li dan dia sbg Blanca. AHAHA!)


Tapi not to deny, just enjoy being with him and aiza. He will always be my fren. At least dia ingat jugakla nak hang out dgn aku... dari MEREKA-MEREKA itu? Teman seperjuang yang blom mati terkorban, tapi dah lebuh entah ke mana. Frens forever dearie Aiza and Jullian!


Kredit : Secret Recipe, Lot 10.
Heaven sekali dapat santap Ice Lemon Tea (Secret Recipe did good job!), Chicken black pepper, Chocolate Marshmallow, dan ... Chocolate... (aiza order pe benda ar?)


Kredit : LowYat Plaza
Cuma sempat sambar optical mouse itu (aku pilih atas dasar HIJAU), speaker nampak gedik itu (Jullian pilihkan speaker tu akhirnya lepas semua yg dia cadangkan aku reject atas sbb2 kewangan), dan mouse pad (atas dasar rupa paras). Jullian kata, aku beli semuanya tak berkualiti sbb tak branded langsong. Aku jawap... bila tgh sengkek, brand boleh letak ke tepi dulu. (tapi kenapa aku tak pernah rasa sengkek ketika membeli-belah pakaian,kasut, handbag dan bau-bauan? ; nanti aku check sistem data di kepala)


Ahad ,28 May 2006


Time conference dgn aiza dan adian, mmg manis mulut aku bersetuju utk jumpa adian kat stesen putra UM pukol 12 tgh hari. Tapi pagi tadi, pukul 12 tgh hari aku baru kuar umah. Ekekek... Maka, terhegeh-hegehlah aku tekan minyak kete sambil rasa bersalah sbb buat adian tunggu setengah jam. Tapi malangnya rasa serba salah tu tak lama. Sekarang aku tak rasa berdosa pon. Rasa enjoy je. Adian pon tak marah. Na na na na~


Si Encik Shafiz Wonka tu pulak, tah sejak kebelakangan ni berlidah ular. Lidah bercabang. Kejap nak ikut, kejap tak nak. Geram btol aku ngan dia. Tingat plak kes last week kat UKM masa hari nak balik holiday tu. Yer yer je pagi tu kata nak ikut aku balik umah. Kalau ada dia, aku rasa konfiden sket since itu 1st time aku kena drive sendiri balik Cheras. Bunda pon dah lega sbb ada orang teman aku. Tiba2 dia sms... dan aku dgn Farah punyalah berasap telinga. Tapi tak tau nak bengang atau nak gelak. Sbb sms dia berbunyi kesamdol-samdolan. "Nurul, sorry la aku tak ikut kau. Tadi aku baru bangun tdo, otak aku tak waras sgt. Aku cuma pk nak balik cepat je. Skang aku dah sedar, aku nak balik ngan parents aku," mmg samdol abes!


Okay, dengan bantuan Aiza yang sgt expert selok belok Petaling Jaya, maka kami pon tiba kat umah Farah ptg tu. Tuih btol lah. Aku tak dapat parking! Plak tu terkial-kial nak reverse kat jalan yg super sempit tu. Sib baik ada sorang uncle ni pi bukak gate umah dia, kasi aku reverse ikut halaman umah dia. Baiknya uncle. Mungkin jugak uncle tu risau tgk Datin Muda macam aku. Wo, berlagak Datin aku aritu! Ngan spek hitam Angelina Jolie nya... mmg brengsek skali! Nak beragaya punya pasal, sanggop aku bergelap mata. (Kalaulah uncle tu tau aku hanya sorang budak 20 tahon yang terkedek-kedek nak idop..... mesti dia tak layan aku.Agaknya dia pikir aku ni Mak Datin bebtol kot) Lalalala~ (www.perasan.com)


Waktu tu aku blom sehat. Masih ligat aksi stunt dalam sistem badan menyebabkan aku cepat naik angin. Masa Adian dah dapat parking, aku rasa geram. Sbb aku kena pusing melilau-lilau area taman tu. Mmg brengseklah mulot aku membebel percuma. Aiza terpaksa tadah telinga sampai kebas. Dah tau situ area orang kaya dan raya. Orang kaya ni plak, jenis suka pakai kete berbijik-bijik. Plak tu, jalan depan umah sempit. Mmg ganggu laluan btollah! Berjuta-juta kali aku ulang bebel benda yang sama. Aiza pon iya kan ajer. Tah, waktu2 tak sehat ni. Aku sangat cenderung untuk menyalahkan orang lain. Termasoklah menyalahkan Beylo yang selalu menuntut komitmen dari aku. Aku sakit ko faham tak?Ko banyak sgt songeh, aku delete ko selamanya.


Nampak ja Si Kelisa Kuning comel lotey milik Farah, aku dah lega. Mmg tak salah umah. Bangga aku sbb sejak dapat 'LESEN' dari parents utk guna kete kat kampus ni, aku dah makin panjang langkah. Tunggu la ko. Nanti langit ke tujuh, dengan awan ke sembilan pon aku sampai. Sabaq sat naaa! Uhuhu... dan yang paling tak bley tahan. Kami pergi 3 orang, 2 kete. Mmg pakat kena gelak ngan Farah. Uish, kalau orang tengok, mesti ingat kami buat trip 12 orang. ekekeke...

Kredit to Aiza selaku jurugambar yang kuat gelak. Sambil ambik gambar, dia bantai gelak terkekek-kekek. Dan yang sempat dirakamkan ialah gambar kete Adian yang mengekor di belakang kete aku. Ha, nampak tak nur penyuluh alam tu? Ha, kat dalam tu ada sekor raksasa bernama Adian. ahaha... ! Dan inilah pertama kali, ada orang drive ikut aku. Selalu aku yang ikut orang. Sbb aku ni ada penyakit yang sgt kronik yang aku tak tau boleh dirawat atau aku kena suffer sepanjang hayat. Walaupon ada kete sendiri pada usia 20 tahon, aku tetap tak boleh ke mana-mana dgn sendirinya sbb aku buta jalan. Tak ada satu destinasi pon yang aku tau untuk tujui selain jalan dari kolej ke studio. Sila layari http://www.buta_jalan/unlimited.edu.gov.my (panjangnyer url).


Cam biasa. Meskipon kekurangan sorang Drama Queen, juga kekurangan tanduk dan taring tajam yang menjahanamkan masyarakat, pertemuan aku, fara dan Adian (campur Aiza sbg ahli baru jarak jauh), dah cukop syarat dah utk bukak site baru bernama www.gosipliar.brengsek.com. Macam2 insan tak berdosa dikaitkan dlm 'saluran informasi' (gosip) kami. Rasa macam gian nak bergosip. akhirnya, bagaikan mendapat ubat perangsang, kami rasa puas! (i know, i know! ini ayat masalah sosial) Dan aku tiba-tiba rasa nak meletop macam gunung Merapi dan rasa bergegar cam gempa bumi Jogja bila je Adian si tak sayang mulut tu acah-cah nak ajak DUA MUSOH AGONG aku. Wo, nak tengok gusti mania, silalah temukan aku dgn mereka dalam satu majlis keramian yang sama. Tapi dah lepas pon. aku bahagia...


Thanks Farah banyak2 atas jemputan. Kalau Enol (si kecik paling nakal di alam semesta) dan Babe (budak lelaki mengada) tu ada, tentu lagi best. Tentu gegar majlis kawen kakak ko! Miahaha... syukur hanya aku yang sakit, bersama Adian yang ala-ala malu ayam kampong di khalayak ramai je yang mai. Ahaha... btw la kan, rindu nak pesta lova-lova. Patot pon aku saket. Aku rasa, sistem aku butuh hiburan extreme yg dah lebih seminggu tak dirasainya.

Selamat Pengantin Baru,
Untuk Kak Lin. (Kakak kpd Farah)
Semoga kekal ke anak cucu...


Bersabarlah sistem-sistem yang sakit.Sikit hari lagi, kita akan pulih. Lepas pulih, kita makan sakan segala macam makanan yang tak dpt kita telan ketika ini. Aih, kenapalah aku rasa panas sangat ni. Ke aircond aku dah tukar cawangan. Dah pergi ke cawangan 'PEMANASAN'. Hell lah!



Tak kira masa, tempat dan kondisi. Aku tetap suka bergambar. Melihat kamera yang memancarkan tanda-tanda seperti mau memetik gambar aku, sudah cukop membuatkan aku lupa semua kesakitan. Mungkin nilai-nilai ke-diva-an sgt utuh dlm jiwa aku. *cebik muka, meluat dengar.Ini ayat tidak senonoh sekali*


Balik dari umah Farah, aku rasa haus semacam tekak aku. Mungkin sbb panas. So, aku tanya Aiza mana leh minum-minum. Aiza pon jawap, boleh singgah mencedok air sungai Klang kalau mau. Ngee =D Tipu je. Tak, Aiza kata, leh singgah seksyen 14. Aku ikut je telunjuk dia. Kalau dia bawak ke Sg Klang pon aku bukannyer tau. Ikut ja... Ekeke... Pastu dapat idea nak stop kat Amcorp Mall. Tapi kansel! Sbb kat situ macam pusat pelupusan kenderaan. Gerenti ak ada parking. Maka, melenconglah kami ke A&W. Pendek kata, kami sgt tak senonoh sbb balik kenduri, terus ke A&W. Patot pon aku makin 'membesar'. Sbb aku sgt bahagia. Tekak ku juga.


Harini.

Harini rumah sunyi. Tinggal aku dgn Haikal je lagi. Kesemua budak-budak lelaki tu dah diangkut oleh aki balik Johor. Selamat bercuti adek-adekku semua! akan rindui kalian. Dan sgt menyedihkan kondisi rumah ini tanpa kalian. Semuanya kerana beberapa sebab yang akan merubah keadaan hari esokku tanpa kalian.
  1. aku terpaksa cuci kereta sendiri esok. Atau aku terpaksa tersengih bangga ke hulu ke holir dgn 1266 aku yang dah bertempek taik burung. (hina sungguh burung yang melepaskan najis tak kira tempat)
  2. terpaksa aku lakukan byk keje rumah yang telah aku tinggalkan hampir 2 tahun lamanya.
  3. aku kehilangan tukang masak yang hebat, gerek dan sensasi bernama Ijat
  4. tak boleh memusuhi Haikal memandang dia je satu-satunya pilihan teman suka duka yang ada ketika ini.
  5. aku boleh mati tanpa jenaka-jenaka murahan mereka!!!!!hiarght!

Aku tak sabar nak pegi pecahkan kepala ke dinding bilik. Izinkan aku mintak diri dulu. Sbb kepala aku dah tak sabar-sabar mau pecah. Esok, kalau tiada lagi entry dari aku, anggaplah aku sedang bermasalah dengan kepala yang telah berderai di dinding. Aku paling bencikan kepala aku ketika ni. -boleh bersurai-


pesanan penaja : semua site berwarna biru yang ditulis di atas adalah tidak sah dan tidak wujud. Tetapi sekiranya berminat untuk mencuba nasib, silalah berbuat demikian. Sebarang masalah lanjutan, tidak akan dilayan.
 

Saturday, May 27, 2006

Main-main

Entry ni, utk main-main. Budak Gemok Bakal Taff (yang blom ditentukan akan tough atau tidak - tengok nanti) dengan bahagia sekali dah tag aku. Demi menjaga hati sesama manusia, kita layankan ajer la, Beylo yek.


3 Questions

name 3 schools u went to
  • SR Cheras Baru
  • Seraya High School
  • School of architecture, UKM

name 3 things in ur backpack/bag
  • purse (no purse, no money.no money, no life!)
  • handphone (s)
  • camera (i love to pose - DIVA wannabe)

name 3 things u do when u are really stressed
  • cry (horribly cry)
  • get somebody to release and motivate me. (abah always knows how to calm me down)
  • marah-marah like hell!
name 3 places u go on a daily basis
  • studio
  • toilet
  • restaurant
name 3 favourite fruits
  • buah salak
  • laici
  • mata kucing

3 names u go by
  • Nurul
  • Haizum
  • Chika

3 of ur favourite foods
  • All Secret Recipe's
  • KFC
  • Tom Yam (tanak pedas)
3 things u are wearing right now
  • Green T-shirt
  • Grey tight pants (cilok bunda punyer =D)
  • Sock & Glove (dun laugh.shut ur big mouth up!)

The Whos

who's in the house with u?
  • Bunda
  • Mak Yang
  • Brothers

who (or what) r u thinking about right now?
  • When to go to salon?
  • How to get more and more money to buy Guess handbag that I saw last month?
  • Should I polish my car by myself? (I SHOULD NOT!)

who did u last talk to on the phone?
  • Farah
  • Aizar
  • Stranger (he got wrong number)

who do u sit next to in your class?
  • Marlia (Form 1, 2, 4, 5)
  • Nisaq (standard 6)
  • A'ai (for now and for the next 2 years untill we grade)

who was the last person u told u loved?
  • no one (I didnt know how to say 'I LOVE U' for real)

who do wish u were right now?
  • Me
  • Myself
  • I (thanks to Allah SWT)

who gets on ur nerves the most at school?
  • teachers
  • bestfriends
  • enemies .

The Wheres

where do u live?
  • Cheras

where is ur phone?
  • On my beds

where do u sleep?
  • bedroom lah.

where is the last place u took a ride to?
  • Sg Wang

where are u now?
  • Bedroom

The Whats

what was the last thing u ate?
  • Nasi goreng daging merah

what colour shirt r u wearing?
  • Green

what is the closest item near u that is blue?
  • Blanket

what do u like best about school?
  • Glamour with brain.

what is ur favourite colour?
  • Green
  • Black
  • Orange

what do u wear more: jeans or shorts?
  • Jeans

what is the last movie that u watched?
  • Bujang Senang (at least i laugh)

The Whens

when did u start school?
  • when i was 6, i went to Taski Al-Islah. (very islamic...eheh)

when is ur birthday?
  • 21 April 1986

when did u last go to the mall?
  • Last wednesday (3 days back)

when was the last time u bought a pair of pants?
  • last week

when did u last burn something?
  • last month i think. (Burn my environmental science assignment)


Next victim would be

  • OKAY... i stop the game. Dun worry!



aduan : aku demam lagi.Semalam tgn aku kebas belah kanan sampai aku tak boleh lelap mata. Aku hanya lena selepas pukul 7 pagi.Aku rasa runsing.Dah seminggu aku tidur tak lena. Aku mmg akan runsing setiap kali aku dapati aku tidak tidur dgn baik. Mungkin ini alasan yang paling tepat untuk aku tidur sepanjang siang.
 

Friday, May 26, 2006

If i die tonite

Malam ini... tiada komedi,
Tiada aksi samdol,
Tiada cerita tak bermanfaat untuk dijaja.
Aku bukan penghibur malam ini...
(sila ke pusat hiburan lain)


Aku sakit.
Suara hilang. Lari dari rumah agaknya.
Badan sejuk macam suhu jatuh langsong ke tahap beku.
Kepala tengah buat stunt.
Tak taulah nak cakap apa!!
Aku rasa seluruh sistem tubuh aku tengah praktis stunt.
Patot pon aku sakit.



Beylo!
Aku sakit.
TITIK.


If i die tonite...
Everything's gonna be alright...

 

Tuesday, May 23, 2006

Awan Sembilan

Nite, Beylo....
Nak mengadu-domba sebarang dua pada kamu...


[Aduan 1] - Lampu tido aku kebakaran mentol. Aku kesakitan hati. Aku ketidakselesaan berada di bwh cahaya terang yang tidak romantis ini. Aku terasa mau mengambil beberapa tindakkan susulan. Tindakan pertama yang aku fikirkan ialah memasang shj mentol romantik-melampau yang bunda tawarkan tadi. Tapi cancel! Aku terasa macam keluarga aku tak bayar bil secukupnya dgn mentol yang cahaya segan-segan macam tu. Aku mau mentol cahaya KUNING! Bukan BIRU atau HIJAU. Itu boleh provide kasi disko sana. Dan tindakkan terakhir yang tengah aku pikir... aku nak lastik lampu kecik molek tu kasi berderai. Demmit!


[Aduan 2] - Pagi tadi kan, Beylo... aku bangun pagi sebenarnya. Tapi aku pura-pura tido lagi bila ayahanda teriak-teriak suruh bangkit. Ni lagi satu tabiat aku yang huduh dan sgt jahanam. Aku mmg tak suka bangun kalau orang kejutkan. Aku suka bangun secara sukarela. Demmit lagi!


[Aduan 3] - Bunda tatap wajah seposen aku ptg tadi. Aku tak harap bunda akan memuja-muji aku sebijik dua, tapi aku lagi tak harap bunda akan hamburkan kritikkan yang menjatuhkan. "semakin bulat je. Tak susut pon," Ma... perlu ke? Aku terkesima kejap. Terus tgk cermin panjang yang aku beli secara tak disengajakan beberapa bulan lepas. Oh my god.com.my! Itu bukan kritikan, itu kenyataan. Aku pon lari terkedek-kedek carik penimbang durjana itu. Ya, penimbang itu mmg tak pandai simpan rahsia. Penimbang itu mmg tak pandai jaga hati aku. Aku ingatkan, aku susut 3 kilo... rupa-rupanya aku tidak menyusut. Okay, esok semua orang boleh jumpa penimbang dalam tong sampah besar luar pagar ye!


[Aduan 4] - "awak... kita gemukla, wak..." aku jerit pada Ijat dan Zdel yang tgh main game dgn sgt serius, tak ubah macam ahli korporat tgh main saham. "HAHAHA! Siapa kata awak tak gemuk, wak?," jawapan yang buat aku rasa nak puasa 6 hari seminggu. Terus aku terhegeh-hegeh carik Haikal pulak. "Ayong gemuk ke?," time tu Haikal sebok dgn facial treatment dia. Macam lawa sangat... bluekkk! "HAHAH! Baik lah jaga-jaga sket. Kang tak jadi bertunang bulan 9 kang!," Dan aku rasa meluat. Aku tanya pasal badan aku. Kenapa perlu bercakap pasal tunang-tunangan pulak? Nak sgt ke aku kawen cepat? Ko nak, Beylo?


[Aduan 5] - Farah ajak aku pegi studio esok. Wowowo.... macam la jarak studio dgn rumah aku ni sama dengan jarak studio dgn Kolej Pendita Za'ba kan? Lagipon, esok i ada 'date' dgn Jullian. Jullian gerenti akan tembak aku sampai mati kalau aku tiba-tiba cancel the plan to hang out esok. Ehehehe... Ko mesti tak mau aku mati dulu kan, Beylo? Apatah lagi mati ditembak. SMS dia tadi tu dah menunjukkan bahawa aku tak boleh suka-suki membatalkan 'date' kami esok.


Remember our 'date' tomoro.Dun be late ya! Hahaha.. =p
Ya!Of coz ingatla. But hey, Aiza wan to follow since she wanna go to low yatt.u dun mind kan?
No problem.She has 'forced' me many times to go there to buy computer stuffs. =p see u tomoro.2 pm!hehe... =p
Ok.ok.2pm.I fetch u around ur place.c ya tomoro k.


Beylo honey... u jangan cemburu buta ok. I tak kuar berdua dgn dia. Walaupon kami nak 'dating', tapi kami tak dating berdua. U jgn risau k, honey. Aiza will accompany me. Accompany ker?? Kalau tak sebab nak ke Low Yatt, lom tentu Cik Bodigad tu nak temankan aku. Tapi ok la tu. You jgn worry ok, Beylo. I tak curang ngan you. But I miss to hang out with frens tau. Rasa macam dah lost contact dgn ramai orang. Balik-balik.... jumpa Aiza, Jullian, Astri. Aizar, Jullian, Astri. Astri pulak entah tengah tergolek sakan kat Jakarta sana. Bila dia nak ajak aku gi umah dia kat Jakarta nih? Bila? Bila?


[Aduan 6] - Hari ni aku mengidam karipap. Samdol kan aku? Aku tunda mengidam aku ke hari esok sbb harini, aku tak dapat makan karipap. Dan lupa nak bagitau ke Beylo. Smlm aku makan karipap. Bunda beli kat sorang mamat ganteng ni. Sedap. Tapi tak sure lah kalau kegantengan dia pengaruhi deria rasa aku. Ah! Aku makin samdol!


[Aduan 7] - Aku rimas! Banyak sgt masyarakat setempat yang perihatin ke atas aku. Setiap hari bertanya khabar. Aku malas nak jawap benda yang sama. Apa kata... nanti aku reply begini... 'saya tak sehat. saya cedera parah. bila-bila masa dari sekarang, saya akan meninggalkan kamu buat selama-lamanya. bye-bye....!'..... tapi ayat tu macam ayat pasrah. Macam manusia tak ada motivasi hidup. Ah, aku sehat lah!!!!


[Aduan 8] - Harini aku terasa betul-betul rindukan sekolah. Tadi aku baca blog lama zaman aku sekolah. Zaman hingus meleleh tak ada orang lap. AHAHA...! Blog tu macam bukan milik aku. Tapi faktanya, tetap akulah pemilik blog tu suatu masa lampau. Ayat aku macam kanak-kanak tak cukup makan. Tapi enjoy! Dan tak boleh tahannya, aku pernah mengamok sbb dapat markah agama 88. Aku punya target waktu tu 98. Fuh, mmg berjiwa besar aku ni dari kecik lagi rupanya! *tapi aku rasa macam aku dah sgt dewasa pulak sekarang ni lepas baca blog lama tu. Sbb aku tak lagi menulis blog tentang protes aku terhadap kerja sekolah. Tak ada jugak lagi aku menulis tentang betapa meluatnya aku menyalin nota Biologi dan Sejarah*


[Aduan 9] - Aku selalu jatuh hati pada manusia pada masa yang salah. Salah jatuh cinta. Kenapa aku ni lembab sgt? Kenapa aku selalu suka kat orang tu time aku dah terlambat? Ngok nyer aku. Selagi ada peluang... selagi tu lah aku lengah-lengah. Selagi tu lah perasaan aku kosong pada orang tu. Bila dah berambus orang tu, baru terhegeh-hegeh nak bagitau satu dunia yang aku dah SUKA! Kalau aku berterusan macam ni.... mmg sesi patah hati akan keudara tanpa henti. Sekali lagi, aku mmg samdol terhormat!


[Aduan 10] - cukoplah! Banyaknya mengadu-domba. Beylo pon boleh muntah dengar rintihan rasa aku yang tak abes-abes ni. Macamlah aku ni superstar yang banyak konflik hidup. Malas lah nak mengadu lagi. Naik awan ke sembilan lagi best!


Nite, Beylo. I nak panjat cloud 9.
 

Monday, May 22, 2006

Architecture @ UIAM


Sejak beberapa menjak ni, aku rasa macam nak tenyeh-tenyeh muka Beylo. Rasa nak humban-humban blogspot ni. Rasa nak delete-delete semua conteng cakar ayam aku sebelum ni. Rasa nak tikam Beylo sampai mati. Rasa... rasa semualah! Rasa nak lakukan banyak2 penderaan kat Beylo. Seronoknya cakap terus terang macam ni kat Beylo. Lagi seronok bila Beylo tak dapat menentang. Aku bukan dah meluat kat Beylo. Tapi terasa asyik bila dapat cakap kasar-kasar begini. Kalau dapat baling sebijik dua periuk belanga kat blog ni, mesti lagi baik. Tapi tak payah lah.



Seminggu kat UKM sgt memenatkan. Seminggu pertama tu, enjoy lagi. Boleh la setakat bangun pukul 2 ptg, sampai studio pukul 3 ptg dan breakfast pukul 4 ptg. AHAHA! Jgn tuduh aku bodoh hanya kerana aku bersarapan pukul 4 ptg. Itu adalah sistem kehidupan yang aku jalani sejak menganggotai Jabatan SeniBina. Sistem tu mmg songsang. Tapi aku dah selesa dgn sistem tu. Sistem Songsang ni sebenarnya menepati mata jahanam yang susah nak celik selagi tak petang. Jahanam ke si mata tak berdosa ni? Atau tuan punya mata yang sebenarnya jahanam? Jgn saling menjahanam sesama anggota. Terus ke kisah UIAM, Gombak.


18May2006



Aku tak dimaklumkan apa-apa pon tentang lawatan ke UIA sebenarnya. Tiba2 je Farah malam tu tanya aku samada aku boleh drive ke UIA atau tak? Terpinga-pinga la jugak dibuatnya. Tak payah bebel banyak, tgh hari tu kami bertolak ke UIA bersama senior 3rd year. Senang sekali deh dengan senior 3rd year ni. Mereka semua sporting. Senang dibawak berunding. Kalau tak, tak adalah Abang Is tu setuju duduk kat bonet kete on da way balik UKM tu. AHAHA!


Kami pergi 3 kete. Aku buat pertama kalinya drive crv aku yg rock tu (rock disini merujuk kpd penampilan tubuh badan kete aku yang tak dibasuh seminggu). Adian pulak drive kete Farah bersama Twin, Wan dan Shida since Waja si adian tu bley plak takde road tax. Aih! Kete aku penuh dgn croni kesayangan aku termasuklah Kak Syaz. Sib baik Kak Syaz tumpang kete aku. Kalau tak, mungkin kami bersiar-siar percuma je sbb takkan jumpa punya UIA tu. Satu lagi, kete senior. Abang Zaf tu pon bukannya nak menunggu aku. Maka, kami pon seperti orang bagus-bagus...terus je ralit jalan sesuka hati kami. Sampailah kami tiba di Kepong. Tah baper banyak U turn jugak aku buat. Macam kat taman menan pon ada. Itulah... ada kete, tapi tuli jalan tak guna jugak. Ha, akulah tu!


Pendekkan cerita.Sbb aku sangat tak berperasaan nak membebel ketika ini. Jadinya, kami pon sampai UIA dlm pukul 3.30 ptg. Syabas! Kesemua pameran dan review sudah tamat! Yang ada hanyalah student2 3rd year mereka yg sedang mengemas dan mengangkut harta-benda mereka dari bilik review tu. Maka, kami hanya dapat tgk sisa-sisa keje meraka dan jenguk-jenguk studio dan fakulti yang indah tu. Hangin jugak aku sebenarnya. Sbb kaki aku sakit tekan pedal minyak jauh-jauh camtu. Tambah pulak dgn sesatnya lagi... mmg terasa penat yg amat. Rasa nak je aku cabut seketika kaki kanan aku dan pasangkan semula bila kesakitan dah berambus jauh. AHAHA! *aku selalu punya imaginasi tak senonoh begini kan?*


UIA sangat impresif! Thats all. Aku suka rupa bentuk fakulti dia. Lawa. Tidak seperti kebanyakkan fakulti lama di UKM yang sungguh gothic. Tapi fakulti kejuruteraan taklah gothic.Cuma fakulti kejuruteraan aku tu nampak terlalu KEJURUTERAAN. Yang kami kadang-kadang secara gatal mulutnya menggelarkan fakulti tu sebagai kilang elektriklah, kilang kereta la, dan sebagainya. Kilang pon kilanglah. Aku sayang fakulti itu.



Aku sangat jatoh cinta dgn studio mereka yang besar. Kemudahan untuk student architecture nya sgt lengkap. Tapi aku tak salahkan UKM. Sbb kamikan masih baru. Hanya tiga tahun bertapak kat UKM.Masih menumpang di fakulti kejuruteraan.Mmg kami punya keluasan studio yg sgt terhad. Tapi bersesuaian jugak dgn student kami yang sikit. Aku dimaklumkan, student 3rd year mereka je, melebihi seratus orang. Kami? HAHA...campur 1st year, 2nd year dan 3rd year, kami baru ada seratus lebih. Senior kami lagilah sikit. Tentang hasil keje pulak, ada yang buat aku nganga luas-luas kekaguman. Ada yang aku rasa biasa je dan ada yang aku rasa tak ada perasaan. Semuanya biasalah.... namapon kreativiti. Dan utk nilai kreativiti dalam senibina ni, sgt subjektiflah aku rasa. Nak argue pon payah.



Sebenarnya, aku sgt suka bidang yang aku ambik. Semuanya membuatkan aku sentiasa kagum dgn semua manusia yang menceburi bidang aku. Tak kira dari mana pon dia belajar. Dan aku sikitpon tak rasa pelik dgn apa yang aku tgk kat UIA. Sbb architecture mmg macam tu! Mmg sentiasa ada yang WOW! dan sentiada ada yang biasa-biasa.Even ada jugak 1st year student dia yang sgt hebat wa cakap lu! But still... UIA is impressive enuf. Kedatangan kami pon disambut baik.Sbb antara senior kitorang ngan senior dorang dah mmg rapat kot. Dan aku suka kawan abang is yang bawak kami makan kat NZ curry house tu. Sporting.


Selebihnya... aku mula perasan satu benda. Studio senibina mmg jarang kemas.Selalu je bersepah. AHAHA! Dan situasi ni mungkin sama di mana-mana. Terdapat longgokkan folder bag di satu sudut, dan disudut yang lain terdapat longgokkan drawing.Lagi menyakitkan mata, longgokkan-longgokkan model dan board-board bergelimpangan macam mayat askar terkorban di medan perang. AHAHA... Dan aku sebenarnya selesa dgn situasi ni. Barulah architect, babeh!



(Ini adalah antara persamaan antara studio UIA dan di UKM.Semak dan samun! Mmg keadaan ini sgt popular dikalangan studio senibina.Mmg tak boleh elak agaknya. Tapikan...aku rasa cam kenal je model warna-warni tu.Macam aku penah nampak di SINI.Mungkinkah...?? Encik Adlan sila jawap....


Depan NZ CurryHouse.Nak balik dah.Gambar driver bukan nak amek dorang ni. Tah apa-apa je. *amek la gambar aku len kali!!!*Tgklah gaya si Babe yang tak abes-abes peluk sweater ke hulu ke hilir tu.Sgt mengada budak ni. Kat belakang tu lagi kesian....

Olympiarch in progress

Pada waktu malam, kebanyakkan kami akan mengurung ke Dectar demi gamelan. Ada latihan untuk persembahan. Aku tak nak cakap persembahan apa sbb itu adalah kejutan kerajaan. Ceh, tak guna punya ayat! Aku tak join persembahan sbb aku tak minat mengetuk-ngetuk permainan muzik traditional. Nak join band, setakat bantai drum macam orang gila dapat parang aku retilah. Setakat petik gitar macam petik mangga muda di pepohon nan rendang aku taulah. AHAHA! Pendek kata, aku tak tau main instrument.Tapi satu je nak cakap. Meremang aku tgk dorang practise.Sgt hebat dan aku suka kesemuanya! Sebenarnya first time jumpa encik azan dulu, aku tak yakin apa yang kami minta dia conduct akan berjaya.Sbb macam tak logik apa yang lecturer kami mau kami buat utk performance.Macam susah.Tapi tahniah la sahabat handai sekelian! U guys make it only for 2 weeks! Hebat! Farah tengah gila dengan gamelan dia tu. Dan aku dgn teruja sekali teriak-teriak pada Ainul pada satu malam tu tentang sahabat kami, Si Farah yang dah pandai main gamelan.Babe dan Syah pon nampak obses tentang gamelan.Bahagia sekali wajah sahabat2 aku ni ketika dapat ketuk gamelan. Adian pulak seronok sgt join Rebana Ubi. Hanya aku dengan Ainul yang dah bersepakat membawa berkat mau jadi pasukan sorak dari bawah. AHAHA!


Siang pula di Studio.Masing2 sebok dengan AJK masing-masing. Aku dok bawah Farah. Under AJK Tugas-Tugas Khas. Mmg muka aku ni muka banner agaknya. Dari Fest'Sena dulu pon aku join AJK buat banner. Kali ni pon buat banner. Dan sekali lagi, tahniah kepada aku dan sahabat handai kerana berjaya siapkan
21/2 banner dalam masa 2 hari. Dan banner tu nampak rendah diri tapi sensasi. Bangga *sambil mendabik dada bak ayam jantan baru lepas berkokok*



Kesimpulannya : Student JSB mmg ditakdirkan tidak boleh duduk goyang kaki sambil menikmati cuti yang indah. Otak kami tidak akan dibenarkan diam tanpa runsing. Sentiasa ada kerja yang menuntut komitmen yang tinggi. Aku akur.


Sekarang kami cuma diberi gap 2 minggu untuk pulang ke pangkuan keluarga. Lepas 2 minggu ni, kembali semula ke UKM untuk mengabdikan diri pada studio dan Dectar lagi. Then, terus ke UTM untuk Olympiarch! Tiba-tiba rasa teruja.



Aku : aku baik-baik aja. Abaikan entry yang lepas.Itu cuma radang emosi dan radang otak jangkamasa pendek. Tak perlu pujuk aku.Tak payah susah-susah tunjuk prihatin. Tak payah jugak tunjukkan betapa kalian memahami aku. Buat aku rasa tak selesa je itu semua. Hati yang patah hari ni sudah pulih. Spt semalam dia tak patah. Dia tenang harini walaupon pagi tadi ketika bangkit dari tidur dia seakan mau patah lagi. Syukur dia tak jadi patah. Sakit tau kengkawan rasanya bila patah hati. Dan ini membuatkan aku terasa mau pergi mencari ubat tahan sakit. Okey, nak pergi makan ubat patah hati!
 

Patah Hati

aku rasakan... aku rasa lah...
Hati aku ni mmg untuk dipatah-patahkan.
Atau hati aku ni tak payah dipatah-patahkan pon...
dah mmg jenis rapuh.
Jenis tak de kualiti.
Jenis yang cepat sakit.
Cepat tercedera.
Entah apa-apalah hati aku ni.
Kot iya pon kualiti rendah.... tak payahlah cepat patah!
Aku runsing tau?
Aku dah tak larat nak bawak hati berat macam ikan paus ni ke hulu ke hilir.
Lagi tak larat nak main cantum-cantum hati patah.
Keje nak patah je manjang....
Nak patah sangat kan? Patahlah! Patah....!


Apalah dosa hati aku. Asyik tercedera. Selalu dipatah-patahkan dek tingkahlaku orang lain. Aku sgt penat macam ni. Aku letih... Aku tak larat nak bergolok-bergadai nyawa demi mempertahankan sesuatu. Dia tu selalu tak sedar yang dia menyakitkan hati aku. Dia tak tau pon hati aku selalu patah disebabkan dia. Aku ni dah jadi tak de keje lain. Asyik pujuk diri sendiri utk cantum balik hati yg patah riuk ni. Rasa kadang-kadang dah kecewa menonggeng. Dah tak mau cantum lagi hati yang suka patah tu. Biarkan dia terus patah. Patah dan bergelimpangan tepi lebuh raya KOSAS.Biar padan muka dia sebab tak dapat patah-patahkan hati aku lagi.


Beylo...
Aku sangat sedih. Aku sangat kesian dgn diri aku. Malam semalam aku ketawa terbahak-bahak. Siang tadi muka aku macam buah mangga tak jadi. Lepas tu... waktu malam muda, aku bahagia sekali. Aku gelak-gelak lagi. Gelak macam dunia aku yang punya. Gelak macam esok aku akan temui lombong emas Yamashita. Tiba-tiba.... entah malapetaka apa yang datang, hati aku patah lagi. Patah tanpa bunyi. Tapi aku tau dia patah. Sbb aku dapat rasa hati aku sedang patah riuk di dalam. Macam tu lah aku sejak beberapa ketika yang malang ni.



Sekurang-kurangnya... berbual dgn Jullian tadi kasi chance yg tak seberapa utk aku sengih-sengih. Yang aku tau, hari ni adalah Hari Patah Hati.Cuma Jullian yang buat hati aku tak berapa patah. Tu pon disebabkan beberapa perkara.

  1. Dia promise nak hang out on this coming wednesday.
  2. Dia promise nak belanja walaupon katanya sekarang dia sedang 'miskin'. Dan itu lebih berharga bila dia belanja aku waktu dia sedang 'miskin'.
  3. Katanya... dia selalu miskin sbb aku. Everytime aku berhasrat nak mintak dia belanja, sure dia akan jatuh bankrap. Maknanya aku mmg membawa malang. HAHAHAH! Seronok sekali menjadi malang!
  4. Aku suka lawak Nano-Nano yg sempat dia buat sebelom dia berambus tinggalkan aku kembali patah hati pada malam yang tah apa-apa ni.
  5. Aku suka jugak bila mendapat tau, selain berpatah hati, aku masih mampu menjadi sengal. At least aku tau, aku bukan setakat menjadi perempuan si patah hati semata-mata harini. Semuanya aku sedari bila aku mula buat ulasan sengal tentang dia yang mau mandi pada jam 1 pagi. Aku sengal! Aku sengal! *syukur aku mampu menjadi sengal selain menjadi patah hati*


Apa yang cuba aku buktikan sebenarnya?


Ah!


Harap Rabu cepat datang supaya aku dapat berpesta lova-lova dan tinggalkan semua manusia yang suka nak patahkan hati aku. Hey, Beylo! Ada aku bagitau kau yang aku tgh nangis sekarang ni? Ada tak? Hmmm... aku nangis. Nangis sbb aku sgt tercedera ketika ni. Aku tak faham kenapa hati aku dijadikan permainan patah-mematah. Kenapa benda yg kita sayang, yang kita jaga bagai nak rak tu yang akan sakitkan hati kita balik? Lain kali mungkin aku tak payah sayang apa-apa lagi. Tak perlu jaga apa-apa jugak. Lain kali, kalau agak-agak aku terasa mula jatuh sayang pada sesuatu, ada baiknya aku tendang kuat-kuat benda tu sebelum dia patahkan hati aku.


Dia tu tak tau aku runsing pikirkan dia. Dia tu tak tau aku rasa macam tengah perang saudara dalam jiwa aku ni risaukan keadaan dia. Dia tak tau betapa aku selalu berhelah dgn diri aku sendiri supaya tgn gatal aku tak tergedik-gedik menghubungi dia. Cukuplah woi! Buang masa aku runsingkan dia. Tak seronok. Lagi seronok kalau sekarang ni... aku menyanyi riang seperti seorang diva.


Dia, dia, dia!Kesemua 'dia' suka sakitkan hati aku. Aku tau dia tak sengaja. Aku tau dia tak sedar. Tapi salah ke sesekali jangan cederakan aku? Sakit ko tau tak, dol! Lain kali, aku mau kekalkan jarak 3 meter dari dia. Setiap kali dia mendekat, aku nak pura-pura berlari setempat. Setaip kali dia ajak berbual, aku nak pura-pura beraksi seperti sedang bagi ayam makan. Kurr...kurrr! Setiap kali dia nak berdamai dgn aku, aku nak pura-pura praktis taekwondo. Dan setiap kali dia ajak aku keluar sama-sama, aku nak berpura-pura seperti aku sedang belajar memandu buat kali pertamanya. aku nak memandu macam gila. Dan pura-pura terlanggar dia pada kelajuan 140km/j. Dgn alasan, 'i confuse lah antara brake dgn minyak.sorry....' dan dgn muka langsong tak bersalah, aku suruh dia ke hospital dengan sendirinya. Atau mati je kat tgh jalan tu dengan tenang sekali. *tapi ni angan-angan belaka dan sekali lagi, seronok btol dapat cakap jahat-jahat macam ni*


Yang aku pasti, tgk nyamuk gigit dia pon aku rasa nak nangis kuat-kuat. Apatah lagi nak langgar dia sampai mati. Biarlah hati aku terus dipatah-patahkan. Aih, tapi aku tak suka bila hati aku dah tergerakkan sesuatu. Sbb jangkaan aku selalu betul. Sama seperti jangkaan aku 2 tahun lepas. Semuanya betul. Dan kali ni?

 

Sunday, May 21, 2006

Cepatlah Pagi

Sekarang aku hanya berharap, pagi datang lebih cepat.
Sebab pagi, ada breakfast.
Bila ada breakfast, ada input ke perut kesayangan.
Bila perut terisi, selesai tanggungjawap besar aku terhadap perut.
Kerana kasih melimpah ruah terhadap perut...
Dan demi menjadi tuan punya perut yang bertanggungjawap...
Aku masih, dan berharap dgn amat...
Cepatlah pagi!
Cepatlah pagi!
Cepatlah pagi!



Sekarang 4.24 pagi.
Tapi ini pagi untuk tidur selayaknya.
Tidak berpatutan untuk bersarapan.
Aku akan terus menanti
dengan kadar degupan jantung...
yang sgt laju...
Seperti genderang mau perang...
Cepat pagi!
Aku sangat lapa...
Hingga terasa mau mencelup keyboard ke dalam nescafe panas...
Dan menikmatinya puas-puas...
Sayang sekali..
Aku tak tergamak makan keyboard celup nescafe panas.
Apatah lagi mengunyah 'tetikus'.


Bersabarlah....
sikit lagi ajer mau pagi...
 

Saturday, May 13, 2006

Esok nak mengandung


Hari ibu datang lagi.
Dengan ingatan tulus ikhlas....
Selamat hari ibu buat bunda...
You're such a supermom of mine.
You rox, ma!


Hari ibu datang lagi...
Seperti sambutan2 yg lepas, aku menyambut hari ibu tanpa apa-apa dari anak-anak.
Tiada ucapan selamat hari ibu.
Tiada hadiah bungkus-bungkus atau balut-balut,
Tiada dinner sponsor,
Tiada apa-apa pon.
Semuanya sbb aku blom ada anak.


Gila ar! Kecik-kecik dah pikir nak anak. Kang dapat anak betul-betul kang, sapa nak jawap? Miahaha... memang tak berpatutan fikiran aku sejak kebelakangan ni. Semua benda aku nak bawak main. Takkan soal anak, beranak dan terberanak pon aku nak bawak main? Tapi sebot-sebot pasal anak, aku teringat jenaka encik azan malam isnin lepas. waktu tu kami di Dectar, brief utk performance sempena Olympiarch bulan depan. Encik Azan tu cekgu muzik kami yang sungguh bijak pandai berkata-kata. Kalau tak silap aku, sorang sahabat aku bernama Ainul sedang mengidolai encik tu. Sgt berpatutan. Encik Azan sesungguhnya seorang bapa yang comel. *upps!sekarang aku bawak main laki orang pulak? sah sgt aku semakin tidak konsisten*


Kata encik Azan, Dectar kena tutup dalam pukul 11 malam. Semua orang wajib kosongkan Dectar dan Panggung Seni. Nanti pak guard UKM yang ramah tamah lagi berwibawa itu akan halau semua yg ada utk kosongkan Dectar. Alasannya, selain takutkan gangguan makhluk Allah SWT yang lain, mereka juga takut student buat project utk dapat 'A'. Mulanya aku lampi kejap. Ayat tu bunyi semacam. Agak porno. Lama-lama aku dpt tangkap ertikata sebenar yg mewakili 'A'. Ramai jugak sahabt handai yg masih suci pikiran mereka. Malu aku sbb punyai pikiran yang pantas ke arah pornography.


Tak lama tu... semua gelak sakan. Aku puas. Bukan aku sorang yang mampu berpikiran porno. Maka encik Azan pon dengan comel sekali bersuara... "ek eleh, berlagak innocent la tu," kami gelak lagi! Dan hingga sekarang, aku selalu teringat-ingat. Student suka buat projek utk dapat 'A'. Sesekali aku jadi innocent jugak bila aku cuba kaitkan projek dapat 'A' dengan design kami. Kami juga merupakan student yg buat projek pagi ptg siang mlm utk dapat A. Tapi kami mengejar 'A' yang bukan ke arah pornography. Faham ke apa aku bual ni? Aku bukan berbual isu porno. Aku sekadar conteng dan istilah itu adalah paling sesuai dan berpatutan utk digunakan. Kamu semua jangan berlagak innocent. Aku yakin, pembaca aku ada juga terdiri drp mereka yg porno. Sekali lagi, student suka buat projek utk dapat A! wakakaka!


Berbalik pasal ibu dan tinggalkan 'P' word itu. Aku janji tidak akan conteng 'P' word itu lagi pada Beylo. Jijik!


Hari ini, YM aku berfoto ibu mengandung. Ada SEORANG ni kata, perempuan mengandung nampak comel. Aku pon nak mengandung suatu hari bila perlu nanti. Sekarang aku belum perlu mengandung lagi. Tapi aura dan rasa ingin seperti sudah ada. Aku rasa bahagia bila mengandung. Biarpon nanti aku tau penangan mengandung sangat durjana. Tak boleh pakai jeans low cut lagi. Tak boleh bergaya sesuka hati. Tak boleh tido dengan pelbagai aksi, tak boleh makan secara sukarela dan paling sengsara, terpaksa pikul beban 9 bulan. TApi aku suka! Aku nak rasa semua tu. Aku nak tgk macam mana rupa aku bila pikul beban 9 bulan nanti. Pasti aku kelihatan seperti sebijik belon. Mungkin juga seperti seorang badut sarkas yang gemuk. Atau mungkin juga seperti seorang wanita obesiti yang tidak pedulikan berat badan. Tentu tidak langsing. Biar tidak langsing. Aku tetap mau merasa berjalan-jalan di khalayak umum sambil membawa beban itu. Pasti keren banget!


Tapi buang masa je bebual pasal tu. Macam tak ada keje lain. Macam aku tak ada masa depan lagi. Macam aku tiada pilihan kedua kecuali mengandung esok hari. Ishk, masih byk masa utk menuju ke arah itu. Jgn mengandung lagi! DAn yang paling penting, jangan kawen lagi. Aku masih remaja. Aku mau 'gila-gila remaja' dulu. Baik hentikan semua angan-angan seposen aku tu. Tak de maknanyaaaaaa.


Kepada semua ibu dalam dunia, Selamat Hari Ibu. Gembira tak mengandung?
 

Friday, May 12, 2006

Sebuah Kisah Tak Perlu Baca

Tak perlu baca!
Tak perlu baca!
Pergi main jauh-jauh.........................
Pergi buang masa ke tempat lain.
Di sini tiada hiburan jiwa.
Kali ni aku tak bagi service baik punya!
Kali ni tak ada bebelan brengsek aku lagi.
Tiada ayat-ayat lucu yang selalu kalian kata... "sonok baca ko merepek. Ayat ko kelakar"
Syuh, main jauh-jauh!
Aku tak larat nak bina ayat kelakar-kelakar lagi.
Malam ni aku nak conteng-conteng jiwa je.


Seminggu ni sungguh durjana! Aku tak tau aku ke mana, jiwa ke mana, hati kemana... semua hak milik aku berterabur sana sini. Aku hilang fokus.Macam orang mati bini. (tapi aku tak berbini). Rasa pudar je semuanya. Macam-macam aku rasa. Sampai aku dah konpius apa sebenarnya aku nak rasa. Hati aku berat semacam je. Air mata bukan main murah-murahan lagi. Melimpah ruah sesuka-suki tak kira masa lagi. Entah apa tak kena, aku tak tau. Tapi macam orang sakit jiwa aku rasa. Sesungguhnya seminggu ni sangat menyeksakan. Aku rasa macam jasad tanpa roh.


Aku sentiasa dalam keramaian. Dengan sahabat-sahabat handai tu, dengan mereka yang amat dikasihi, aku tak menyisih diri. Aku paksa diri aku utk rasa gamat sakan! Tapi tetap aku lost! Entah melayang-layang je pikiran aku. Pergi mana, aku tak tau. Tapi mmg pikiran aku selalu pergi bersiar-siar. Sedangkan sekarang bukan masa utk bersiar-siar. Sekarang sepatutnya aku sebok. Sepatutnya aku di Dectar, atau di studio bersama mereka semua. Bertungkus lumus demi bengkel yang tidak berdosa tu. Tapi.... aku secara songsangnya berada di rumah, bersama keluarga. Sekarang, berada di rumah dan terjerumus ke dalam arena internet yang tak beerti ni. Aih, makin jahanam jiwa dan raga!


Macam ada sesuatu yang aku nak tapi tak dapat! Atau mungkin jugak ada sesuatu yang aku perlukan, tapi aku tak tau apa. Apa aku nak nih? apa? Apa? Cuba cakap! Hangin aku ribut semacam minggu ni tanpa sebab. Macam aku mmg secara sukarela nak memberontak. Tak ada sapa suruh dan tak ada siapa yang jadi punca.


Rasa macam tak free. Macam kena kontrol dengan persekitaran. Padahal tak ada siapa kontrol aku pon. Aku je perasan macam dikontrol. Ngok btol lah! Tapi serius Beylo.... aku rasa macam terikat dengan satu jadual yang tak membahagiakan. Macam hidup di bawah beberapa protokol yang wajib diikuti demi reputasi. Sewel lah ayat nih. Rasa nak delete semua tulisan-tulisan di atas. Tapi demi masa.... biarkanlah tulisan-tulisan yg tak bersalah tu.


Lagi... aku rasa lemas dengan beberapa insan baik hati yang terlalu mengingati aku. Aku cuak setiap kali mendapat beberapa sms yang berbunyi prihatin. Sedangkan mereka tu dah lama lesap dari pikiran aku. Sedangkan aku tak perlukan keprihatinan mereka. Semua sms dan panggilan tepon tu buat aku rasa serba salah. Buat aku rasa macam sorang manusia kejam yang tak tau hargai perasaan orang lain. Abis, perasaan aku?


Minta tolong oi! Kepada dia tu yang suka bersms dengan mesej2 prihatinnya tu, hentikanlah. Aku tak larat nak tanggung rasa serba salah dah. Aku tak berminat bercakap apa-apa tentang kita sbb tak ada apa-apa tentang kita. Kalau ada pon, cuma kisah dulu-dulu yang klasik. Yang bagi aku tak pernah wujud. Cuma setakat sekali imbas tu, boleh lah aku ingat. TApi, ingatan aku tak setinggi ingatan kau! Sungguh aku tak ingat semua tragedi yang kau gembar-gemburkan tu. Maaf.... bukan tak suka kau. Tapi aku tak mau rasa serba salah. Aku tak mau sakitkan perasaan sesiapa sbb aku tau macam mana penangannya dikecewakan.


Minta tolong lagi. Tolong maafkan aku kepada si dia yang lagi satu tu. Aku bukan tiba-tiba menyombong tak tentu hala. Tapi aku rasa, cukuplah sampai situ je. Daripada aku layan-layan... sambil kau melayan perasaan dan terbawa-bawa dek perasaan, ada baiknya aku hentikan semuanya sekarang jugak. Aku tak mau sakiti hati sesiapa pon. Aku sentiasa tak mau melihat seisapa pon kecewa.... Kalau dulu, aku tak pernah kesah tentang perasaan orang. Melihat beberapa org sahabat aku menangis kekecewaan, aku rasa nak lontar cakera je muka dorang. Dulu aku sungguh tak faham kenapa mesti terasa hampir mati kerana kecewa semata-mata. Tapi sekarang, aku dah faham semuanya. Memang sakit bila dikecewakan. Dan aku tak mau sesiapa pon rasa kesakitan kecewa tu. Sgt sakit!


Jgn salahkan aku bila aku bagi respon negatif. Semuanya sbb aku tak berminat. Wut is the point then? Daripada aku mengecewakan hati-hati suci bersih kalian, lebih baik tok sah. Buang masa je layan aku.

I dunno where the hell its started. Rite afta this,plis god help me. Dun let the one that i'm gonna fall in love walk away from me. Its seriously in bad injured inside to see someone that u love walk away from u. Dun let me fall in love with anybody kalau dia mmg akan pergi at the end of the story. I'm tired...... and its painful enough.


sekian tulisan tak perlu baca dari aku buat Beylo. Nite, Beylo! Aku masih runsing dan ketakutan. Its all about something that u cannot resist. I need a long talk with somebody. But who?
 

Monday, May 08, 2006

Brengsek Lagi

Yang brengseknya....
Aku tidak bercuti sempena final break.
Yang brengseknya...
Aku kena stay ukm untuk preparation ke UTM.
Demi sesuatu.... bernama Olympiarch.
Teraniaya aku yg tak berdosa.
Yang brengseknya...
Tak dapat aku bercanda macam raksasa kenyang kat umah...
Sambil goyang kaki atas sofa....
Dan tersenyum kambeng macam wakil rakyat menang pilihanraya.
Tiada Poya-poya, tiada pesta lova-lova!
Itulah yang brengseknya!


Daripada aku brengsek banyak-banyak, baik aku terus conteng apa yang patut. Contengan yang brengsek aku blom selesai lagi. Masih banyak yang brengsek perlu aku tenyeh ke muka Beylo. Beylo tidak brengsek. Tidak sesekali pernah brengsek. Sbb Beylo seorang lelaki yang sentiasa patuh dengan aku. Buahahaha...


Siapa paling TIDAK Brengsek?
Beylo!


Siapa paling brengsek?
Wanita Itu!


IsuSatu - Soup Opera Musim Baru.
Ada seorang wanita. (Atau seekor? segugus? Sebijik? Seutas? - tiada penjodoh bilangan yang tepat utk wanita itu). Wanita itu sesungguhnya sgt brengsek. Berani dia attack aku! Apa masalah dia? Aku sgt bengang bila dia ajak aku bercakap, tapi bila aku tengah bercakap apa yg aku rasa pada dia, dia boleh berambus macam raksasa kena fire. Hey, wanita! Tak adillah macam ni. Tak ada sikap memberi dan menerima. Who do u think u are? and who do u think I'm? Memang salah orang ar yang ENGKAU serang! Maaf. Aku bukan miss diplomatic. Nak ajak berbincang, berunding, berbicara mata ke mata dengan begitu ayu dan anggun sekali, pergi ajak Farah Diana! Sbb Farah, yes! I look at her as one of my most diplomatic girl. Nak ajak bercakaran, bertegang urat saraf, meh sini! Its my big pleasure to get involved. Sangat bongok la wanita itu. Dia pikir dia siapa? Siapa dia? Siapa dia untuk serang aku dan kawan-kawan aku. Dun mess with my frens. Kan satu studio dah tau kami ni JAHAT! Kami ni TOXIC! When u tried to settle this 'stupid-unknown-prob' down by urself, this is wut happen la. Lain kali jgn pandai-pandai nak attack aku. Since aku kan suka bercakap. Bila diajak bercakap, mmg aku suka sgt. Rasa nak kasi pelukkan hangat dan ciuman mesra sbb mengajak aku bercakap. Tapi tau-taulah. When somebody came to u... asking you... "apa masalah kita ni? aku rasa kita cam gaduh je... Ko pon cam nak marah je kat aku. Aku tak faham lah,"


Hello, buk! Huh, kayak anak kecil 12 tahon yang hingus meleh-leleh. Maaf kiranya semua contengan aku berbaur anti-diplomatik. Yes, I'm. Aku masih ingat kata-kata abah. Aku bukan pemimpin yang baik. Aku tak akan layak menjadi pemimpin sbb aku bukan diplomatik orangnya. Aku pon tak kempunan nak menyandang gelaran Miss Diplomatic. *Miss world tak pe gak*. Aku kan Miss Emotional. Aih, wanita itu!


Dan paling brengsek sekali, aku benci kata-kata dia dlm mesej yg dia hanta ke Frenster Farah. "Aku tak boleh terima korang serbu aku bila aku dah minta maaf. Aku dtg sini sbb nak belajar, aku tak kesah tak ada kwn daripada aku dibenci". *baca sambil beraksi seperti mau muntah darah 3 kawah*


Dan sekali lagi dia membrengsek melalui surat kanak-kanak spastiknya yg dia hantar ke Mek. "Aku nak jadi budak alim, tapi kalau korang buat macam ni membenci aku, macam mana aku nak jadi budak alim,"


Dengar sini, aku Si-Budak-Tak-Alim nak kuarkan sikit ilmu agama aku yang tak seberapa tinggi ni. Kealiman seseorang itu letaknya dalam diri kita sendiri. Keimanan tu kan merupakan keyakinan, kepercayaan yg teguh yang wujud dari dlm diri kita sendiri. Perlu ke ada unsur lain mampu menggoyah iman dia kalau dah mmg keimanan dia kuat? Dia berkata macam kami ni syaitan-syaitan jahanam yang menghasut dan merosakkan kealiman dia. Hanya sbb aku tak berstokin ke kelas? Hanya sbb aku berseluar jeans ke kelas? Hanya sbb aku tak pakai baju kurung pagi petang siang mlm like she did... kami dikira syaitan yang menghalang jalan kealiman dia? Cam tuh?


Alim ke bila suka bermasam muka? Alim ke bila suka bersusah hati dan jarang ceria? Alim ke bila asyik berdua-duaan dengan sang kekasih (si arjuna, rangga, romeo dia tu). Alim ke bila asyik terasa hati dengan setiap perlakuan manusia dlm studio tu? alim ke bila setiap hari menghambur kata-kata lembut tapi sangat menusuk hati org yg dgr? Aku tak boleh terima kata-kata dia tu. Kami bukan penghalang dia jadi alim! Aku suka kalau dia betul-betul menjadi alim. Aku gembira dia ada cita-cita setinggi tu. Cita-cita yang aku semakin lalai dan jauh aku tinggalkan dek keterujaan aku pada dunia. Tapi jangan buat aku terasa macam diri aku ni bertanduk iblis. Sorry, aku benci kau! Harap kau baca sbb aku nak kau tau. Aku sgt benci kau walaupon kau adalah wanita paling kelihatan sempurna dan sopan dlm kelas tu. Bukan aku sorang benci ko, semua orang benci ko. Hanya sang kekasih hati ko yang seperangai dan seagenda dgn kau je yang mampu cintai ko. AKU SGT BENCI KO! *sangat yang amat sangat.*

aku tak rugi seposen pon tanpa kau.
aku jugak tak untung berjuta-juta ringgit dengan adanya kau.
So, wut is the point?
Ayuh, terus membenci ko!


IsuDua - Kami suka siar-siar.
Minggu lepas, tamat je paper akhir, petang tu terus ke Mines. Tak mau bebel byk pasal ni. Yang aku tau, aku sgt tak puas shopping waktu tu. Bila tak puas shopping, aku geram! Mesti gantikan shopping aku yang incomplete tu.




IsuTiga - Exam No More!
Exam da bes! Boleh melompat si katak lompat. Boleh humban nota... (tapi aku tak suka lakukan perbuatan ini). Boleh makan banyak-banyak dengan lebih tenang lagi.


IsuEmpat - Olympiarch, UTM
Disebabkan architecture workshop kat UTM bukan depan, kami pon tak dpt cuti. Aih, bayangkan perasaannya terkorban cuti 2 bulan? 2 bulan, darling! Bukan 2 hari. Sayangnyer... tapi apa nak dibuatkan. As long as aku bersama MEREKA yang aku CHENTAI, aku tak kesah lakukan apa-apa pon. Very sure to enjoy the whole of our time spending together. Beylo, tak dapat conteng ko rakus-rakus lagi. Ko dok diam-diam. Berehat puas-puas.


IsuLima _ Saya sayang sahabat saya.
Semua Sahabat saya sayang.
Farah Diana - Thanks 4 always being my girl. Thanks sbb selalu support aku. Thanks for all the money, time, perhatian etc yang kau bagi. Vitagen yang kau belanja terasa 3 kali lebih sedap dari biasa. Secret Recipe menjadi bertambah indah waktu ko membayar semuanya di kaunter. Air mata sedih aku, jadi air mata riang dengan motivasi kau. Tido aku yang selalu terlajak dgn ghairahnya selalu disedarkan oleh ketukkan pintu dari kau. Aku tak perlu berpanas selalu dengan adanya Kelisa kuning hitam kesayangan ramai itu. Very lap you la. Cinta mati sama kamu!




Ainul Adibah - You are my beloved little angel. Terhibur everytime u are there beside me. Bila musim final projek, aku pasti carik ko.Demi mendapatkan komedi-komedi spontan dari aksi-aksi lucu ko. Mmg ko sorang penghibur hati paling bermakna bagi aku. Lap you sangat lah, Inul! AHAHAHA.... Walaupon ko selalu tipu aku. Walaupon ko selalu tikam aku dari belakang dengan kenakalan yang sgt hebat tu, aku tetap sayang ko. Walopon jugak ko selalu tabur gosip dan jadi kawan makan kawan, aku ttp sayang ko!!!! Ko mmg gadis paling nakal dalam alam semesta nih.


Adian - You too. Kawan yang selalu ada dengan aku through thick and thin. Thanks sbb bila dtg perangai mengada-ngada aku yg suka sgt menyusahkan orang ni, ko tak kesah disusahkan. Selalu terjebak dengan kemengadaan aku berinternet. Assignment aku pon, bila ja berkaitan dgn grafik, mmg kau selalu jadi my 1st attack. Sapa suh ko hebat ilmu komputer? Thanks jugak sbb selalu izinkan aku tiru assignment ko yg sgt berjaya tu. Sorry if byk yang terkasar bahasa sepanjang frenship ni. Honestly... u've been tagged as among my most wanted fren.


Anuar - This boy...really i cannot resist his existance. Sgt menghiburkan kesemua kami. Walaupon u are 'jambu-jambu air sometimes' but still sgt boleh diharap. Walaupon dia seorang yang sgt cerewet... lagi2 ketika shopping, still i like the way he manage himself. Dia sentiasa tau apa dia nak. Sgt high taste plak tu. Apa? Nak perempuan mata bulat??? Funny you! Just simply love ur movement. Sexy awww! Miahahaha....


Mek Ti - Lap you! Dia sgt waras among us. At least dia menghalang kami dari berlaku lebih extreme seperti menyerang Amerika Syarikat.Wakakaa...


*Malas tulis nama dia* - You are my bes B***k eva! Enjoy my whole time spending with you. Like talking with you. This is just my appreaciate. Thanks for everyhing u've spent to me. Promise to enjoy our life together yeah?


To HIM - thanks for the past. Ia buat aku belajar a lot about love and life. Thanks jugak sbb pergi jauh from me. It cud give some spaces to somebody else....maybe. Thank u for everything. Mengingati kamu... sangat menyakitkan. So, i choosed not to remember u anymore. Tak pernah membenci. Just that... wanna stop loving u. I cant imagine how can i stop this since u are the one who kept on starting. Its ok. I'm ok now. Past is past. I'm nobody to u now. We started with frenship, we went throught it..... with lot of love inside me... then now? we are not befriend anymore. Tak kenal kamu lagi. Bye bye... I AM OKAY NOW!




Apa pon yang dah berlaku, tanpa mempedulikkan masa silam yang lingkup, aku tetap bahagia sekarang ni. Aku ada semuanya! Tak ada yang kurang lagi. Satu yang aku selalu bangga dengan diri aku, aku tak pernah berlakon bahagia. Sbb bila aku kelihatan bahagia, mmg aku sedang berbahagia! Kalau aku buat muka huduh paling menakutkan dan menggelikan tu, maknanya mmg aku tgh sedih. I dunno how to pretend - being happy while u are in trouble. Oleh itu, semua keceriaan aku adalah asli! HAHAHAH!


Beylo, honey!
Aku nak pulang ke ukm sebentar lagi.
Jgn tak rindu aku!
Rindu aku, plis!


To all readers...
Tolonglah jangan ikut perangai si Totin tu.
Jgn suka buat-buat rusuhan ke aku.
Tak payah... tak baik... tak ada maknanya...
Hupp!
 

Saturday, May 06, 2006

Contengan yang brengsek.

Kadang-kadang.....
Macam ada aksi stunt dalam kepala kesayangan aku ni...
Hinggakan...
Aku terasa nak cut the action.
Dan suruh semua babak-babak liar jahanam yg tak diundang itu berambus keluar.
Kepala aku bukan gelanggang praktis stunt!
BUKAN!

Tadi aku tenang.
Sekarang aksi stunt dalam kepala, terjadi lagi.
Sakit lah kepala aku,dol!
Bukan sakit terkena migrain.
Tapi sakit buatan orang.
(memang brengsek sekali ayat di atas)

Bertuah jugak bila dipikir-pikirkan menjadi aku. Sbb selain menjadi kanak-kanak dewasa berusia 20 tahun, dan selain juga menjadi student architecture yang ala-ala korporat, aku juga dapat chance seposen dua menjadi drama queen. Eleh, cam dulu-dulu tu! Aku kan drama queen dari dulu lagi. Patot pon sejak akhir-akhir ni, semakin rakus aku memperasankan diri. Buat kata Adian, aku ni nak jadi Diva lah, datin lah, superstar lah!Semua aku nak! Dan yang terbaru, dan yang paling menjijikkan dan brengsek sekali, aku terpikir sekali dua kali mau menjadi Marilyn Monroe. Dan aku hampir-hampir menjadi klon Marilyn Monroe pada hari seblom tamat peperiksaan.


Terbukti, aku dah semakin hilang pertimbangan.
Nak pergi carik balik pertimbangan yang hilang!
Aku rasa rimas dengan kelakuan aku yg serba rakus sejak kebelakangan ni.
Terlalu cepat teruja dengan sesuatu...
Brengsek lagi!


Sekarang, aku nak pegi berlari setempat untuk mendapatkan pertimbangan aku yg makin hilang. Sebelom dia betol2 hilang tak kembali. Mungkin berlaku pergolakkan hormon dalam sistem tubuh aku. Mungkin jugak. Nak pegi carik terapi utk kebahagiaan hormon. Semoga aku tidak hilang pertimbangan lagi.


Next issues :

  • I'm a drama queen? again? in wut kind of soup opera?
  • Kami suka bersiar-siar.
  • Exam...no more!
  • Olympiarch, UTM- it's negatively positive..... and positively negative....
  • Sahabat - saya sayang mereka.
  • etc

Semuanya dalam agenda seterusnya. Tunggu next update. Okay, tak ada gosip liar malam ni. Semua boleh bersurai. Boleh pergi ke blog lain pulak untuk berpoya-poya. Terima kasih atas masa yang anda sia-siakan di sini..... =)

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."