♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
gambarajah
Disebabkan aku bosan, malas, benci, menyampah dan sampah ... nah, tengoklah gambar. Tak suka tengok gambar kah? Abes suka tengok apakah? Kalau tak berapa suka nak tengok, atau tak berapa tahu cara-cara tengok gambar, pergilah sana! Pergi tengok you tube sana. Atau masuk myspace.com. Tengoklah di sana banyak awek cun. Tak tipu. Aku pon kadang-kadang terkesima tengok awek cun. Err... tengoklah gambar di bawah. Gambar semasa Tranxxit Event.
Ni Kelvin. Junior yang sangat berani mempermainkan aku. Nasib baik hati aku gagah. HAHA. Dia kata, boleh panggil dia Handsome kalau mahu. Tammaulah! Aku tak berapa fahamlah kenapa aksi aku tak berapa sesuai dengan situasi. HAHA. Tengoklah aksi tersebut. Macam sebuah monumen atau boleh dijadikan batu bersurat. KIHKIHKIH. Dan err.. tengoklah Zaid! Aku baru perasan semalam. Ada beberapa gambar, dia asyik pandang dan tenung aku. Aksi yang tak berapa perlu. Mu gilo ko? (cubaan pertama aku cakap Kelantan).Dan ada ja terselit muka dia dekat sebelah aku. Tahulah aku solo. HAHA. Tapi aku tak berkenan lelaki yang tak rajin belanja awek. Mintak belanja beli handbag pon tak nak .waaaa. kidding :p
Aku rembat dua souvenir secara sulit. Konon satu nak kasi kat Beh. Padahal dua-dua ada kat aku. Sorry ar Ah Beh. Yang merpati dua sejoli di atas tu.. erk? Kenapakah? HAHA. Theme kami putih. Ala-ala sucilah (konon). Aku tak suka baju putih. Dan aku tak suka baju saiz M dia serupa macam saiz L. Disebabkan baju ni lah, puas aku kena gelak dengan Shida. Dia kata macam ni : Nurul, ko pinjam baca sapa neh? Besarnya! Gedeboh sana, gedeboh sini. Lawak gila ar!!! Dan kemudiannya dia ketawa terbahak-bahak. Penghinaan besar. Aku tak akan pakai dah baju Survivor ni. Mula-mula aku rasa macam, okay. Besar sikit kot. Tapi sejak kena gelak dengan Shida, aku rasa tak suka baju ni.
Aisyah, kenapa tidur? Bukankah seronok ceramah neh. HAHA. Apa? HAHA. Tahu tak. Pak Cik yang kasi talk pasal Teknologi Kayu, dia suka cakap APA. Berjuta-juta kali dia selitkan perkataan APA dalam talk dia. Kami kan tak suka dengar talk. (Kecuali Ustaz Akhil punya ceramah) Kami sangat bosan. Sampai nak tido pon rasa bosan. Berjam-jam dengar talk. Tapi bila Pak Cik APA ni buat talk, kami berasa sangat fresh. Sebab kami duduk belakang, kira berapa kali dia sebut APA. HAHAHA. Yang bermuka merah itu aku.
Yeay! Kedai mamak! Tak sedap. Tapi sedap berborak.Baru aku sedar. Aku asyik pakai purple je. Sebenarnya aku suka purple kah? Suka. Baru nak suka.
My Monday Monster. Pagi : Tekan 413. The Joy Luck Club! Tengok lagi sekali. Aku adore filem ni. Always. Petang : Tekan HBO. Just Like Heaven. Tengok buat kali yang entah ke berapa.
Siapa tahu produk apakah paling bagus untuk mata? Untuk penjagaan mata, mengelak eye bag dan reduce dark circle? I am looking for Lancome's. Ada siapa-siapa pernah cuba? Atau nak suggest brand lain?
|
Channel 413
Sejak kebelakangan ni, obsesi terhadap blog merosot. Aku tak tahu aku sedang obsess apa. Obsesi terhadap tidur pon merosot. Obsesi terhadap makanan pon merosot. Obsesi terhadap movie pon merosot. Aku macam tak berapa ada motif kehidupan yang jelas. Komitmen pon tiada. Padahal aku boleh pergi menonton 27 Dresses. Kalau dah mabuk sangat dekat Dennis Oh, boleh je aku ulang tengok Sweet Spy buat pusingan yang ketiga. Hallamak! DVD Astri macam dibuat harta sepencarian pulak. Manakah Astri Fadhilah? Macam lama dia tak masuk dalam plot hidup aku. Manakah engkau, bibik?
Ramai gadis-gadis memintak aku menghubungi mereka menjelang kelapangan waktu. Tapi aku belum ada mood teenagers la (apa pulak mood teenagers neh?!) Maryam yang duduk selang dua buah rumah pon aku belum jenguk-jenguk. Athirah bekas rakan bersekedudukan pon dah tersenyap sejak balik dari Dubai. Aku tak tahulah. Aku macam malas bersosiallah. Lagipon aku macam lagi suka duduk mentengok tv dan tv mentengok aku. Picit 413. Channel favorite aku yang selalu dipertikaikan oleh objek-objek lelaki di sini. Apakah masalah dengan channel 413? Macam gerek jugak selain HBO. Nanti aku layan 611 sepanjang masa, engkau ejek aku 'budak kecik'. Tengok. Aku main 413 je sekarang. HAHA. Dan err... TV9 untuk Spongebob Seluar Kotak. Bercakap pasal Spongebob, tempoh hari aku nampak dia telanjang. Spongeboblah! Bukan jiran rumah sebelah. Aku nak beli Spongebob tanpa Seluar Kotaknya ... sekali kena tarbiyah dengan atuk aku. Akur. Dalam hati memberontak.
Selain Tom & Jerry dan Doraemon, Spongebob memang satu fenomena yang merangsang humor. Aku memasang angan-angan. Supaya satu hari nanti, Steven Spielberg mengolah animasi tersebut menjadi sebuah filem blockbuster. Err... macam Transformer. Aku masih ingat. Masa Haikal kecik. Dia punya impian... semoga siri kartun transformers difilemkan. Impian dia tercapai sudah. Dulu dia tengok Transformers the movie sama macam dia makan nasik. Iaitu makan bila lapar. Dia menonton bila gian. Kalaulah Spongebob difilemkan, aku nak Dennis Oh jadi Spongebob. Dan Tom Cruise jadi Patrick. Pelakon utama cerekarama Sutun boleh jadi Squidward Tentacles. Hallamak... gurau kasar pulak!
Engkau tak fahamkah aku tulis apa? Mesti engkau peminat 104 atau 121 HAHA. Itu channel Ijat lah! Semua sinetron dilayannya. Aku tonton yang terpilih saja. Selagi ada pari-pari, syaitan dan jin, aku sumpah aku tak akan tengok. Weh weh! Apa dekat indonesia memang separuh daripada penduduknya memang pari-pari kah? Atau orang Indonesia memang penggemar Pari-pari? Kalau engkau bagi aku koleksi Bawang Putih Bawang Merah, aku bakar cerita tu depan mata engkau. HAHA. Err... cerita apakah sangat cheap.
Sebenarnya entry ini tidak berniat untuk bercerita tentang saluran Astro. Asalnya, motif entry adalah untuk meletakkan foto sahaja. Tapi entah siapakah menggerakkan jari aku di atas keyboard. Mungkin jari mengambil keputusan secara peribadi tanpa melibatkan niat aku. Sebab itulah dia menaip word by word secara kurang logik. Memandangkan jari memang nak sangat rock and roll atas keyboard, biarlah aku tulis lagi panjang.
Engkau pernahkah fanatik terhadap sesebuah blog? Aku pernah. SEKALI SAHAJA. Dan blog tersebut sudah lama dimakamkan. Mungkin blog tersebut lari dari rumah atau tuan dia yang halau dia. Tak berapa pasti. Tapi aku berasa sangat sedih apabila pada satu pagi yang cerah, keluar error 404 ketika melawati blog tersebut. Aku sangat patah hati. Blog tersebut akan tetap menjadi blog PUJAAN hatiku. Err... engkau jangan stereotype! Bukan sebab owner blog tersebut lelaki handsome hidung mancung atau badan sasa wa cakap lu. Bukan. Owner blog adalah seorang perempuan tidak tentu arah yang tidak berapa tahu nak hidup. Tapi sangat pandai menghidupkan blog di sebalik ketidakhidupan dirinya. Bila ayat aku sudah menjadi dahsyat, maknanya otak aku dah mula teruja. Oleh itu, entry ni macam ada potensi menjadi lagi panjang.
Kenapa aku suka blog beliau?
- Bahasa dia rock n roll. Agak cocok dengan bahasa separa sastera aku tapi menggunakan pendekatan yang berbeza. Macam bahasa aku senonoh sikit dari bahasa dia. Dia banyak mencarut dan menyumpah jiran tetangga. Blog aku pakai filter.
- Blog dia banyak gambar yang bukan gambar dia. Aktiviti menjaja muka tak berapa aktif di blognya. Beliau capture scenario di sekitar hometown beliau. Termasuklah gambar muntah-muntah manusia di tandas pejabatnya. Sangat menjijikkan.
- Beliau smoker tegar. Setiap kali membaca entry beliau, aku terbayang muka beliau sedang memerhatikan aku sambil dia menghembus asap rokok ke muka aku. Hallamak! Baik punya imaginasi.
- Beliau punya kehidupan sangat bosan. Tapi bila dipindahkan ke dalam bentuk tulisan, pembaca akan enjoy kebosanan hidup beliau tersebut.
- Aku rasa, beliau bukan perempuan bijak pandai dengan kelas Ijazah yang baik. Beliau macam tak berapa nak pandai. Tapi dia sangat pandai membuat teori kehidupan. Walaupon secara praktikalitinya beliau gagal.
- Beliau seorang yang cool. Blog beliau tidak mempunyai pengunjung yang banyak. Tapi aku perasan, selain aku ada dua tiga readers lain yang sangat fanatik terhadap blognya. Dan mungkin ada TIGA sahaja reader di situ.
- Aku pernah hantarkan komen sebanyak satu sahaja. Itupon sebab aku tak boleh tahan. Aku berasa sangat cintakan entry beliau dan aku berasa tidak fair kalau tidak memberitahunya. HAHA.
- Entry beliau walaupon banyak perenggan membazir, tapi perenggan tersebut tidak boleh dilepaskan juga. Aku mesti baca setiap satu huruf. Termasuklah titik nokhtah dan koma. Semua aku baca dan perhati. Dia memang pandai menulis blog!
Tapi blog dia dah mati sejak 3 tahun lepas! Mungkin blog tersebut mati kena bunuh. Padahal tiada sebab kenapa dia harus mati. Dan percaya atau tidak, address blog tersebut juga sudah mati dari ingatan aku. Sumpah aku tak boleh ingat sikit pon nama blog tersebut.
Nampaknya niat primer untuk meletakkan foto dalam entry terpaksa dibatalkan. Sebab entry sudah memanjang. Aku macam segan-segan kucing nak buat entry panjang. Sebab entry panjang merupakan satu pembaziran sumber. Habis.
Habislah!
Pergilah tempat lain pulak.
|
setinggi apa?
Lagu Gantung by Melly Goeslow. Macam nak pecah speaker kereta. 150km/h, merentas dari Kajang ke Cheras. Dalam tangan ada handphone. Ada sms yang dibaca berpuluh-puluh kali. Highway sesak, tak bergerak. Ada dua accident. Hujan lebat. Aku terus memandu. Sambil air mata ni menitik-nitik. Sms menyatakan, mungkin tadi lunch kami yang terakhir. Ah. Akhir, akhir, akhir. Berapa punya banyak akhirlah. Tapi macam satu kisah tak berpenghujung. Bila tak puas hati, dia diam sikit tak nak bersuara. Tak pernah nak tanya aku, kenapa atau mintak penjelasan. Sampai aku menyumpah dalam hati. Memang dalam hidup, dia tak pernah tahu mintak penjelasan ke? Okay. Aku pon tidak akan menjelaskan apa-apa sebab dia tak memerlukan apa-apa. Aku masih membagi peluang atau aku menagih harapan? Get lost. Mana ada harapan. Mungkin cerita ni betul-betul sudah habis. Sudah. Satu cerita tak bertepi. Aku teringin meninggalkan semua. Semua! Engkau, engkau! Engkau jugak! Sebab dalam hati aku sedih bila aku tidak nampak harapan. tidak kesampaian... cinta kita ... ku bawa harapan ku pendam rahsia ... ku di kejauhan... mendoakan agar kau bahgia ... tiada lagi duka .... Semoga dia bahagia. Sebab aku juga berhak bahagia. Walau dengan siapa, untuk apa dan bila-bila masa. Lagipun, setinggi apa kita mampu pergi? Setinggi apa? but i know; he loves me tooooooooooooo much T_T
|
anak-anak kucing
From left : Chika, Along, Chiki, Angah Aku semacam mahu menelan tuan punya kucing. dan orang yang melonjak suka dengan nama anak kucing pertama. nuruloveme.blogspot.companjangnya nak taip. berpeluh jari. kalau singkatkan boleh jadi ; Nrloveme.atau Nrlvme.atau. nlm.atau.. nentah-entah esok lusa blog ni beralamat di : http://n.blogspot.comsebab aku malas taip lah url panjang. tapi url tersebut tidak lagi valid. siapa url dia panjang, boleh tiru macam saya. bye.
|
Masa Kita Muda Dulu ...
Muka kita semua mentah. Ilmu kita; duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Belum ada yang 'hustler'. Belum ada yang 'weak'. Kita tidak bosan-bosan dengan seni bina. Kita creative. Lecturer kata ; kita tak semestinya akan menjadi arkitek. Kita kata ; kita NAK JUGAK jadi arkitek. Semangat kita terbakar-bakar. Jiwa kita segar. Minda kita lapang. Kita berkawan dengan semua orang. Studio adalah syurga. Kita tak perlukan tilam, bantal untuk tidur. Kita lagi suka tidur bawah meja, atas board. Kita on aircond sampai menggigil. Sebab kita semua suka nak pakai sweater ... atau jacket dalam studio. Kita semua sangat sayang studio. Pagi-pagi kita semua tidur. Malam-malam, kita semua hyper. Kita sanggup naik motor merempuh empun pagi demi sebuah kedai mamak. Kita duduk lama-lama. Kita borak-borak sakan. Macam tiada hari esok lagi. Kita sayang lecturer kita. Bila bosan, kita keluar mencari hiburan luarbiasa. Putrajaya jadi saksi. Kita bergolek atas padang ... Depan Palace of Justice. Dulu masa belum berkereta, Kita rela bermotor. Aku membonceng Ainul. Farah membonceng Nuar. Adian membonceng Mek Ti. Kami gembira sangat. Semua tekanan, kita jadikan hiburan. Semua keseronokan kita nikmati. Kita tak jemu-jemu pon. Kita boleh main bawah longkang. Kita suka main 'berlakon movie'. Record secara bergilir-gilir, kita buat movie! Lepas tu kita tonton dan ketawa terbahak-bahak. Kita boleh main 'hantu-hantu'. Lepas tu kita takut nak balik hostel. Kita lepak studio sampai pagi. Masa belum berkereta, Pagi-pagi dalam basah embun dara, kita berjalan mendaki bukit. Menuju ke hostel. Jam 4 pagi. Kita tak merungut. Kita penat. Tapi kita bergurau tengah jalan. Sikit tak jemu. Tapi, kehidupan studio macam semakin mati. Sampailah pada akhirnya, ia seakan-akan tidak wujud lagi. Dan kita semua sangat merinduinya. :) With lot of love, viva forever!
|
I'm S-S-S Sorry
1. Whose picture is it that you keep in your wallet? - Foto passport saya. Dan foto adek Dell masa dia kindergarten
2. What time do you usually go to bed? 3. What was the last thing you did before filling this survey? - Singing 'Heartbreaker' dengan penuh mutu. Haha. I am S-S-S Sorry.
4. Who are the people you always meet the most? - Family members, Farah Diana, Mr Lim
5. Who's the person you're gonna call if you need help?
- Parents
- Sibling
- Mr Lim (walaupun terlalu banyak 'onak dan duri', but he will always be a part of me)
- Farah Diana
- Good friends
6. What's on your mind right now? - Seperti merindui sesuatu.
7. Who's number on your speed dials? 8. With whom do you wanna be to have fun? - Family and Friends. And err... future husband (fun dowh!)
9. What movie do u wanna watch now? - Just Married (Aku sanggup tengok banyak-banyak-banyak kali!)
10. When was the last time you went out? 11. Who do you hate the most for now? - Wow! Sangat senang untuk dijawap. Hati Kaca. Confirm!
12. When was the first time you slept alone? - Masa berusia 11 tahun. Kot. Sebelum tu tidur dengan budak-budak lelaki tu. Malapetaka tahu duduk sebilik dengan mereka. Setiap malam sebelum tidur, kena berkungfu, karate, judo dan sebagainya. Dan terpaksa tunggu mereka main perang-perang. Sampai mereka letih ketiduran. Boys memang hyper.
13. What do you wanna do for now? - Singing 'Heartbreaker' over and over again.
14. What do you do everyday besides eat and sleep? - Listening to Nocturne, playing Colorlinez, ketawa terbahak-bahak macam aku sorang je reti ketawa dan terbaru, listening to 'Heartbreaker'. I am S-S-S Sorry! :p
15. What could piss you off? 16. are you an animal lover? - Erk? Rakan-rakan terdekat sila jawap. HAHAHA. Aku tak suka animals, animals pon tak berapa suka aku. Hakikat alam yang sangat adil dan saksama. Kami harmoni.
17. Colors that make you happy? - Color-pul. Tak berapa berkenan warna lembut sebab macam passive. Atau boleh membuatkan aku rasa menyampah dan berasa layu.
18. Most fav thing in your room? - Toys saya yang fancy dan kaku.
19. What was the last thing you bought for your room? - Apsal kena beli untuk bilik? Beli untuk diri sendirilah bagus! HAHA. Jom Ikea, anybody?
20. Any instruments in your room? - Chika main instrument? Jenaka apakah neh? Tapi aku suka drum. Paed pernah bagi aku chance hentam drum dia masa Olympiarch. Syok wo. Bagus sebagai therapy lepas geram. Tibai ja!
21. Can you cook? - Soalan kelakar apalah neh. Tanyalah Hati Kaca. Dia paling pandai masak ma. Masak hati dia sendiri pon dia pandai mungkin. HAHA. Err... tapi rasanya Nuar lagi hebat dari dia. Lain kali nak lawan masak, janganlah ajak aku. Macam perbuatan tak bermaruah. Ajaklah Nuar. Baru thrill. Owh, Nuar neh memang perfect soulmate lah. Dah la pandai memasak pancake 'HANDMADE'. Sampai menyentuh hati aku nak menelannya mengenangkan statement 'handmade' tu. HAHA. Seriously, dia memang PERFECTIONIST. Tapi dia suka mengorat boifren orang. Camner? Baru jugak aku tahu yang dia rajin ulang alik pergi rumah Mr Lim. Amboih hang!HAHA
22. Miss someone? 23. Plan to buy something? - Kepala aku memang fikir pasal membeli dan blah saja. HAHAHA. *the devil wears black*
24. Are you satisfied with your life now? - Tak pernah sekalipun aku tak bersyukur dengan kehidupan atau ingin menjadi orang lain. Never. I want to be me. Baik buruk, hitam putih pon aku tetap mahu menjadi aku. Err.. Paris Hilton? Tak naklah. Bukankah dia stupid?
25. What is your favourite fastfood? - Ia bergantung kepada bisikan nafsu yang terdalam.
Apa neh. Gila punya ketagihlah lagu Heartbreaker ni. Siapakah composer lagu ni. Bubuh drug ka dalam lagu? Macam layan sangat pulak dah lagu ni. Makin dengar makin gian. Entah berapa gram punya drug lah dia masukkan dalam lagu ni. Lirik setelah diubahsuai untuk menepati kesesuaian jantina aku.
Heartbreaker by Will.I.Am
Where Its At I Know Karma's Comin To Pay Me Back Im With The Sweetest Thang Thats On The Map I Broke His Heart In 30 Seconds Flat In 30 Seconds Flat
Now How Did I Just How Did I Become That Kind Of Girl To Look At Guy And Lie Right In The Eye My Momma Told Me Chika That Aint Right Girl Now That Aint Right
Im S S S Sorry Im S S S Sorry I Didnt Mean To Break Your Heart I Didnt Mean To Break Your Heart Im S S S Sorry Im S S S Sorry I Didnt Mean To Break Ya B B B B Break It Baby Look Baby Im A Heartbreaker [x6] Im A Heart A H H H H Im A Heart A H H H Im A
Where He Go I Got Some Things I Gotta Let Him Know To Fix The Love Now Its Impossible But Baby Baby If We Take It Slow If We Take It Slow We Can Make It Work We Just Cant Throw The Love Down In The Dirt You Probly Think That Im A F**Kin Jerk Cuz The Way I Let You Down It Made You Hurt I Didnt Mean To Make You Hurt
|
Hati Kaca : Episod Akhir
Lepas tahu satu cerita dari Gedix, hati ni hangus terbakar-bakar. Tapi aku sabar. Boleh gelak lagi masa tu. Padahal hati dah menggelegak ni nak explode. Sebagai seorang perempuan comel bersama otak yang comel, aku urut dada saja. Sabar.
Malam semalam sebelum melayan The Office (Downloaded by Adian, burned by Farah), aku sms Hati Kaca tu : Ni duit CW bila nak bayar? Dia nak balik Alor Setar ni. Dah tak de duit.
Tak guna punya Hati Kaca. Dia tak reply. Aku punyalah tunggu. Sampai selesai satu episod The Office. Jadi, aku dnegan Farah membuat kesimpulan. Mungkin dia tak reply dekat aku. Tapi mungkin dia shoot Mr.Lim. Sebab dia kan memang rajin sms Mr Lim. Since cakap dengan aku ni susah kot. Mr Lim kan penyabar, baik, lembut dan soft spoken orangnya.
Hell. Betullah tekaan kami. Pagi tadi Mr Lim bagitahu si Hati Kaca sibuk sms dia. Tahu kah anda satu perkara yang terjadi? Si Mr Lim yang penyabar dan selalu cakap ; Nurul, sabar ... jangan cepat marah... Tapi pagi tadi dia pon bukan main marah lagi dekat Hati Kaca. Sebab Hati Kaca pergi psycho dia. Stupid.
Hati Kaca cakap macam ni ; Kalau I tahu menyusahkan you, I tak tumpang you pon. I naik bus je.
Perght! Shut up, idiot! Bukan ke dari masa dekat Pontian, masa kita singgah jumpa atuk aku lagi aku dah hint banyak kali suruh kau dengan boifren kau naik bus? Tapi terhegeh-hegeh jugak nak tumpang. Tapi aku tak cakap banyaklah sebab bukan kereta aku, kereta Mr Lim. Nak dengar cerita jenaka kah? Boifren Hati Kaca ni dulu, sebelum kami pergi Kulai ... dia cakap dekat Mr Lim nak pakai kereta Nurul. Kepala otak lu. Kalau kau sanggop bayar duit minyak RM400 aku ok je. Tapi sorry, aku tak suka kereta aku dilanyak. Dan aku tak suka kereta aku bersepah. Maka waktu tu lagi aku dah naik angin. Berani mintak nak pakai kereta aku? Gila kelakar okeh. Belum ada orang berani pakai kereta aku. Sitkom kah neh? Nak isi belanja sikit pon berkira, inikan pulak nak isi minyak CRV. Tak ke mati katak engkau berdua nanti? Aku memang benci engkau berdua. Tapi tak da inginlah engkau mati katak. Sebab macam tak berapa sedaplah kalau berlaku macam tu. HAHAHAH.
Aku tanya Mr Lim dia reply apa. Dia kata dia memang rasa bengang dengan sms perempuan tu. Aik? Bengang? Mr Lim dah pandai bengang? See. Kalau orang yang sabar pon dah boleh hilang sabar, apatah lagi aku yang tidak sabar ni. Maka tindakan aku bukanlah tak siuman malah sangat siuman dan logik.
Aku naik bilik. Terus aku call Hati Kaca. Waktu ni aku dah menggigil dah ni. Apa jadi pon, jadilah. Punya marah sampai lupa bagi salam. HAHAHA. Terus aku sergah. Dan aku rasa dia baru bangun tidur waktu tu.
"Kau kat mana?," tu lah ayat pertama aku.
Dush dush dush.
Habis-habisan aku tibai dia. Dia menjawap tau. Tapi secara lembut. Dia memang suka buat macam tu. Waktu orang marah dia, dia akan cuba psycho orang secara lembut dengan menyusun ayat skematik macam jahanam.
"Nurul, aku tak nak gadoh. Aku tak bermaksud apa-apa pon. Aku pon tak faham kenapa kau nak marah sangat. Oklah oklah. Aku tahukau memang nak marah kat aku padahal aku rasa tak de apa pon. Kalau memang aku salah aku mintak maaf,"
Oh, salah orang! Ingat aku senang kena psycho ke? Aku tak akan termakan tektik skematik tersebut okey. Apa engkau nak tunjuk woman quality kau? Tak payah. Ingat aku terharu ke dengan ayat klasik kau yang macam komponen sastera tu? Sikit tak lembut hati aku.
"Dah tak payah. Sekarang ingat, dah menumpang tu buat je cara menumpang. Bayar je la. Bukan mahal pon. Tak payah nak terkejut beruk. Tu pon aku dah bayar dah duit minyak masa kat sana. Aku dah bagitahu CW *Mr.Lim* jangan campur dalam bil. Takot korang terkejut beruk tengok bil banyak sangat. Aku pon boleh fikirlah. Lagi satu, tak payah nak ungkit-ungkit pasal pergi JB tu. Aku tak suruh pon kau ikut. Yang kau gatal sangat nak ikut kitorang apsal? Naik lah bus.Aku memang suka berjalan. Yang nak cakap belakang-belakang tu buat apa? Kau tak nak gadoh kan? Ha, aku pedulik apa. Aku memang nak gadoh" - Super Saiya jugak ayat aku neh bila marah. Nasib baik aku tak pandai maki hamun. Kalau tak, memang keringlah dia telan maki-makian semua.
"Hey Nurul. Aritu kita balik dari Pontian kau tumpang Alif, aku tak mintak satu sen pon. Kereta Alif berasap jugak. Aku tak ada suruh kau bayar pon," tiba-tiba dia ungkit pasal aku tumpang Alif. Hek eleh. Macam aku nak sangat je. Bukan best pon kereta kau. Itupon sebab masa tu aku perang besar dengan Mr Lim so aku lari angkat barang pindah kereta Alif. Tak sangka dia nak ungkit. Oh, nak main ungkit-ungkit eh. Aku pon....
"Oooo... nak ungkit sekarang. Ha..... meh sini dengar aku ungkit balik. Yang selama ni kau turun naik kereta aku tu. Yang pergi sana sini pakai kereta aku, ada aku mintak duit satu sen pon? Ada kau tolong bayar tol? parking? Tak ada kan? Tapi aku tak de ungkit sebab memang aku tak kisah. Tapi bila sekali aritu kau dah nak ungkit kan? MAcam aku heran je. MAcam aku nak sgt je tumpang kau. Ha, sekarang kau nak aku bayar? Berapa kau nak? Aku bayar sekarang jugak,"
long pause.
senyap.
ha. terdiam perempuan tu. pandai sangat nak ajak aku main ungkit-ungkit. Padahal aku rasa, perbuatan mengungkitlah aku paling tak suka nak buat. Sebab sangat jijik. Tapi since dia dah mengungkit dan aku pon memang nak attack dia, aku ungkit jugaklah! Aku memang dah tekad nak bagi je seratus kat muka dia. (Padahal dalam purse aku ada seratus je pon. hahhaa. tapi maruah punya pasal, aku sanggop je gadaikan seratus terakhir tersebut.biar tak makan tak apa.)
"Tak payah la Nurul. Aku takbermaksud pon,"
"Kau tak habis-habis dengan tak bermaksud kau tu. tapi kalau orang buat benda yang tak bermaksud kat kau, kau sentap kan? Tu lah, kau pikir perasaan kau je orang kena jaga. Perasaan orang kau tak jaga. Dah la. Bye,"
Terus aku letak phone. Lama tau aku cakap dengan dia. Macam-macam lagi. Puas. Tapi menggigil satu badan. Farah suruh aku duduk. Farah release aku secara gagahnya. Wa. Aku sangat bengang. Tak puas hati lagi ni. Aku sms pulak. HAHA. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Sms Nurul. Kalau kau jenis cepat terasa, lain kali ingat jugak yang orang lain pon boleh terasa dengan kau. Bukan kau sorang je ada hati. Aku dengan member2 aku pon ada hati. Mind you!
Sms Hati Kaca. Eh Nurul... aku tak suka cari gadoh ok. Dah lepas dah la. Thanks byk2 menumpangkan org miskin cam aku ni. aku bincang ngan kembar aritu. Dia suruh tengok camner korang kira tu yang aku cakap kat CW tu. Masa sebelum ni, kete Alif pon berasap teruk aku tak cakap apa pon. Nasib baik x pa pe. Bukan nak mengungkitla. Benda yang berkaitan duit kena tau gak apa yang korang kira. Bukan aku nak perang ke apa
(bodoh punya budak. Apa kau ingat aku nak buat bisnes ke kat kau dengan alif? macam aku sengkek sangat pulak nak ambik kesempatan dekat duit kau. Aku tak ada hati nak makan duit oranglah. Bapak aku kasi duit seminggu sekali lagi banyak dari duit kau sebulan. Aku pedulik apa duit kau! Tak hingin aku tipu orang pasal duit. Aku tak gelap mata ar pasal duit. Sebab aku cukup duit okeh!!!)
Sms Nurul. Welcome. Mmg ni soal duit je. Xde hal bagi aku. Klu kau nak duit kete alif pon aku leh bayar.Ko sensitif kan? Just that ingatlah. Bukan kau je ada hati. Lain kali cakap elok2 dengan orang kalau nak orang cakap elok2 ngan ko.
Sms Hati Kaca. Aku cakap elok-elok. Kau yg tetiba sensitif. Sapa member2 ko yg banyak sgt terasa ngan aku? Suruhlah member ko cakap kat aku. Tak payahla nak kutuk kat belakang jugak. And satu hal Nurul. Hal tadi dah selesai ok. Klu aku tak bayar kau nak tengking tak pe.Bukan aku tak bayar. Aku tak harap benda ni berpanjangan. Aku cakap dah, dah la. Nak aku mintak maaf, ok. Fine... sorry.
Sms Nurul. Nak ke dorang serang kau plak? Ok. Nanti aku bagitau Ok, dah. Pergi!! Abes dah kisah kau dalam hidop aku. End.
Sms Hati Kaca. Suruhlah dorang serang. Tak kisah. Ok, stop psl dorang. Aku cakap pasal ko n aku plak. Aku berterima kasih sbb pernah baik dgn aku. So, aku tak harap kita gadoh psl benda ni.Klu aku salah, aku mintak maaf. Td aku mmg ikhlas. Cuma satu hal je, klu kau sendiri mmg xnak kawan dgn aku tak pe lah. Asal aku dah terlepas dari dosa memutuskan hubungan sbb aku dah mintak maaf. aku dah ckp tak nak gadoh. So terpulang pd ko lah...
Sms Nurul. Aku tak nak ah kawan ko! Bye. (gila arght gerek ayat ni )
Hati Kaca. Tak nak kawan tak pe. Tp jgn la bermasam muka bila jumpa. Anggap x kenal je dah.
Sms Nurul. Ah tak kuasa aku! Aku tetap kenal kau!
Sms Hati Kaca. Sukati ko la.
Lepas baca sms ni, engkau mesti lagi nampak betapa jahatnya aku dan betapa baiknya dia. Suka hati engkau. Sebab engkau semua tak tahu kisah bertahun lamanya. Kalau engkau jadi aku, engkau akan tahu alasan apa engkau explode dan membuang dia. Semacam clean-up your desktop item. Aku sudah masukkan dia dalam recycle bin. Dan akan empty recycle bin tersebut. Dia boleh berambus. Dan aku pon akan berambus tak akan ganggu hidup dia.
Aku tak larat dah nak tahan hati dengan sentap-menyentap dia.
Lagipon dia stupid. Tak habis-habis dengan modal yang sama. Balik-balik cakap pasal tak bermaksud apa-apa. Bila orang serang dia, dia pon akan membuat ayat baik-baik. Certain orang mungkin rasa berdetak jantung semacam .. oh baiknya dia dan akan rasa bersalah. Tapi bukan aku! Aku tak akan terpengaruh dengan benda-benda murahan macam ni. Jangan lelong bahasa dekat aku. Kau buat ayat lelong 10 kali punya baik, aku hentam kepala kau 100 kali dengan bahasa aku. Sebab ayat lelong kau tak ikhlas. Tu ayat nak melepaskan diri. Aku tak akan terpsycho.
Dia kata dia tak suka gadoh. Okay fine, aku ada few questions. Semester lepas dia bergadoh dengan kembar tu sebab apa? Pon dia kata dia tak bermaksud dan taknak gadoh. Tapi cara dia cakap tu bukan main buat orang makan hati lagi sampai Ai yang baik hati pon boleh bengang. Satu semester tu tak bertegur sapa. Few years ago, dia msg Farah dekat Friendster. Dia hantar surat dekat Mek. Dia serbu aku masa aku baru lepas sembahyang dalam surau. Masa tu kami 1st year. Tu namanya tak nak gadoh? Memang dia tak gunakan suara tinggi. Tapi suara perlahan dan tindakan dalam diam dia tu lagi galak dari perangai aku yang hyper ni. Lepas orang dah explode, dia pon dengan ayat pujangga dia buatlah macam dia sangat innocent. Macam pari-pari.
Aku tak kuasa nak jaga hati kaca dia tu. Baik aku jaga hati aku sendiri. Orang bergurau lebih pon nak sentap. Kau pergi duduk dalam gua batu kapur sana! Tak ada siapa boleh buat kau sentap. Berkawanlah dengan burung kasawari di rimba. Pasti burung tersebut tak akan bergurau sampai kau terguris. Sorrylah. kami ni mmg kuat bergurau. Kau je tak ada sense of humor. Pergi buat medical check-up lah. Tengok apa tak kena dengan rangsangan humor kau ni. Macam jahanam je.
Lepas aku puas dan ending dengan dia, Farah pulak sms dia. Tapi aku tak ada hasut okeh sapa-sapa. Sebab yang aku tahu ni masalah aku. Aku tak akan sebut suruh sapa2 serang dia. Ni masalah AKU SAHAJA dengan dia. Member lain kalau masih boleh bertahan dengan perangai hati kaca dia tu, silalah bertahan. Aku memang dah tak boleh sabar lagi. All the bestlah kepada kawan-kawan seperjuangan. Semoga dapat terus bersabar dengan hatinya yang kaca. Sebab dia bukan kawan aku. Dia nobody.
Lepas breakfast tu, aku dengan Farah pon siap-siap dah start engine masing-masing nak balik rumah. Tiba-tiba Farah bukak pintu kereta aku, hulur satu sms dari Gedik. Tahulah Gedik tu kan. Memang habis keluar ayat maki kat pompuan tu. Tahu tak perempuan tu pergi serang Gedix. Kononnya Gedix mungkir janji. Tak simpan rahsia. Aku rasa nak gelak terbahak-bahak.
Memang gila la perempuan ni. Dah tahu Gedix tu kawan rapat kami, confirm la dia sampaikan kat aku. Si Hati Kaca ni macam tak tahu-tahu je dalam studio ni mana ada orang nak ikut cakap dia. Semua orang menyampah kat dia. Tapi masih nak mengutuk aku belakang2. Akhirnya sampai jugak dekat aku. Ha, pecah lubang! Ayyok! See. Siapa kutuk siapa sekarang. Dia yang mengata aku belakang-belakang. Bila Gedix dah bocor, tahu dia mengamuk kat Gedix. Bongok. Kenapakah serang Gedix? Padahal Gedix tak ada kaitan pon. Kau je yang pandai sangat mengutuk aku dekat Gedix. HAHAHA.
Sudah. Letih aku hari ni layan perempuan tu. Esok tak akan ada cerita hati kaca lagi. Sebab dia sudah get out!
Selamat datang, Adian! Macam yang aku janjikan, sebaik saja habis pengajian aku akan invite few of my studiomates. Adian aku dah invite tadi. Yehuu. Seronok. Sebab macam bosan sikitlah tanpa komen2 'tanpa motif' si Adian. AHAH. Nak invite Gedix tapi dia sibuk nak gi Bangkok pulak. Shida dengan A'ai, tunggu okeh. Ihihi..
Warning : ayat-ayat bombastik bukan bertujuan meninggi diri. Tapi ayat tersebut sebagai penguat kemarahan. sebenarnya aku pon memang sengkek. tapi kata jangan jatuh maruah kan. haruslah exaggerate sikit kasi panas. HAHA. Dan err.. aku pon malas bergadoh. Aku bukan kaki gadoh. Tapi kalau diajak, oh marilah! Aku bukan penakut punya orang okeh.
|
hell to the yeah
Ya Allah. Tolong tenangkan aku. Sejukkan hati yang terbakar-bakar ni.
Aku sangat marah. Sampai menggigil.
Hari terakhir semester 3, hari terakhir pengajian ... Ini yang terjadi.
Get out, stupid girl! Get out! Kisah kau dalam hidup aku dah habis. Sikit tak tinggal kesan. Berambusss! End.
hati tengah panas. tak berapa bagus menulis semasa panas. malam nanti aku datang lagi. oyya, aku sudah balik ke rumah. hostel sudah kosong. semua kenangan di kolej pendeta zaaba sampai setakat jam 11 pagi tadi. cukup. tak berapa seronok service di sana. tapi aku akan merindui semua orang. (minus si gila tu!) Seronok stay sebilik dengan Farah :) Walaupun sekejap, tapi at least merasa jugak aku sebilik dengan dia. Ai lap yu farah.
Sebelum balik tadi, sempat jumpa Mr Lim, Farah, Gedik dan Mek Ti saja. Salam-salam, kissing-kissing pipi to pipi and say tata. (kissing pipi to pipi dengan my girls saja lah ayyo!)Tak sempat jumpa Ainul dengan Shida. Tak pe. 2nd July ni presentation untuk thesis! Habislah, drama air mata. Malam semalam dah merambu-rambu air mata dengan Farah. HAHAHA. (huwaaa!)
|
Hati Kaca, Get Out!
" Nurul tu. Dia yang nak gi JB,kitorang bukan nak pergi pon. Takkan nak kena bayar duit minyak gak,"
Gila sawan ar pompuan neh. Hello, babe! RM40+ untuk minyak dan tol pergi balik dan ronda-ronda sepanjang dekat Kulai. RM40 seorang SAHAJA. Apa kau ni daif sangat ke itu pon nak kecoh? Group Ainul kena bayar sorang RM70+. Releks je. Right after exam ni memang siaplah HATI KACA ni aku belasah dia. Bukan aku kebulur sangatlah RM40 kau tu. Setakat RM40 aku boleh campak dalam mulut kau. Nak beli sepasang baju pon tak lepas, stupid! RM40 tu setakat lepas untuk lunch okeh! (errr... I mean, I am trying to say something bombastic. HAHA and well, bukan nak berlagak :p)
Aku boleh je bayar semua kos pergi balik tapi perbuatan tu sangat stupid lah kan. Dahla lepas balik dati Kulai tu, kereta Mr Lim berasap. Sapa nak tanggung? Duit minyak pon masa dekat sana aku ada bagi. Itu pon aku dah pesan dekat Mr Lim jangan campur dalam bil. Sebab yang tu memang aku nak bayar supaya budak-budak sengkek ni tak terkejut tengok bil banyak sangat. Wah, murninya hati aku. Walaupun aku taklah sesopan HATI KACA, tapi hati aku lagi senonoh dari dia. At least. At least aku pakai otak.
Aku tak kebulur pon duit dia! Tapi sebab aku memang tak puas hati dan memang nak gadoh, aku tak kira. Lepas exam ni siap ar dia. Ni bukan first time tau studio ni gadoh dengan dia. Dia tu nampak je lembut-lembut. Tapi please somebody tell me. Dengan siapa dia tak pernah gadoh? Dulu gadoh dengan semua girls dalam studio. Abes sampai one day ni kami gadoh dalam surau. .Sampai aku menggigil. Aku tak pernah ada rasa marah yang sangat macam aku marah kat dia. Basically, aku berfikiran simple. Tapi dengan dia aku oh no way, idiot!
Semester lepas, dia bergadih dengan kembar. Hati dia tu. Sensitif sangat. Asyik keje nak sentap je. Sampai tak boleh nak diajak bergurau. Memang bodoh sangat ke dia ni huh? Sekarang, tak ada siapa dalam studio ni suka nak bercakap dengan dia. Dalam kelas, kami gelak-gelak dia boleh duduk terperuk sorang-sorang. Macam halimunan. Tapi baguslah. Get out!
Tapi aku tak kisah sebenarnya. Sebab setakat sikit-sikit ni aku tak da nak ambik pusing. Kalau aku ada duit, aku tak kisah. Setakat dua tiga inggit apa nak bising kan. Tapi yang aku kisah ni bila dia tak tahu nak fikir perasaan orang. tapi orang kena jaga hati dia. Monkey monyet la kau!
Arght!
Dah la supervisor aku ni tak ada. Aku call Dr Adi semalam.
"Hello Nurul. Ada apa hal penting? I kat London ni,"
Aaaaaaa. Apakah? Kat London? Dr Adi dengan Prof dekat london. Abes aku? Aku punya tesis? Sapa nak monitor? Buat aku rasa nak menangis je. Apa kejadahla dibuatnya kat London. Jagalah student ni dulu. Waktu kritikal neh. Luckily Puan Akmal sudi nak tolong. Geram semacam dekat Prof ni tau. Dah dua kali okay dia hilang dan aku try contact dia separuh nyawa. Tibatiba dulu, kat Australia. Nak jadi pelancong ke nak jadi pensyarah neh? AHAHAHA!
|
Hati Kaca
The glass heart. Hi, saya chika. Saya ada menternak sesuatu yang luarbiasa. Yang mempunyai otak tetapi posisi otaknya kurang center. This creature juga mempunyai hati tetapi hatinya diperbuat daripada kaca. Err.. memang suatu ternakan yang luarbiasa. Sebagai hati yang kononnya made in heaven tetapi diperbuat daripada kaca, beliau sangat fragile. Handle with care. Erk? Tapi tiada siapa mahu meng-handle beliau with care sebab kami sangat tak kuasa! Tahukah? Memecahkan kaca secara hentakan akan menghasilkan satu bunyi like … prang! Dulu kami semua takut kalau hati kaca tersebut terpecah-belah. Ye lah. Sebagai manusia yang mempunyai fungsi mental yang sempurna, berserta kandungan hormone yang walaupon tak berapa nak stabil sebulan sekali, kami sebagai penternak moden ini sangat malas hendak memcahkan hati kaca tersebut. Macam kesianlah bukan? Tapi si hati kaca neh macam cuba bermain watak superhero. Apa dia ingat dia sangat heroin kah? Dia tak tahu yang aku ounya kuasa lagi kuat. Walaupon hati aku tak berapa gagah tapi oh please. Hatiku bukan kaca. Err. Entry ni tidak dapat ditulis secara detail kerna jika ditulis secara terperinci juga, ia bakal bergelar sebuah entry kesat atau biadab. Sebab ia melibatkan nama seekor haiwan yang diharamkan oleh Islam. Tapi perkara utama yang hendak diberitahu adalah : - · Aku sudah menternak sesuatu yang luarbiasa dan ternakan ini sangat dibenci oleh masyarakat.
- · Hati kaca memang bodoh. Dia harap hatinya ditatang macam diamond padahal hati dia macam hati lelong.
- · Err. Dialah perempuan yang membosankan. Beranggapan bahawa dirinya paling baik dan sempurna dan sering menganggap orang-orang
vogue comel macam aku dan rakan-rakan neh adalah not up to her standard. Padahal dia yang tidak up to MY STANDARD. Sorry, no hati kaca allowed! And sorry, I do not fancy your style. Your socks? Your Scarf? Err.. sorry but they are not my taste. HAHAHAHAHAHAHAHA.
- · Akhirnya. Pada tanggal 8 June 2008 ; aku sudah merasmikan parkataan B*BI aku yang pertama. Mula-mula aku berasa sangat bersalah sebab berbahasa kesat . Padahal aku tak pernah memB*BI kan manusia. Tapi, selamat sudah perkataan perdana tersebut menjadi milik si hati kaca. Ajaibnya, aku langsung tak menyesal ketika ini. Malah aku berasa sangat comel ketika menuturkannya. Erk? Oh salah. Aku bukan menuturkannya. Aku menaip sahaja. Oleh itu, jangan sampai membuat aku menuturkannya okeh. Sebab aku sangat anti-carutan. Dan tolonglah jangan menjebak aku menjadi manusia suka berbahasa kesat.
Sebab itulah hari pertama di Penang tempoh hari betul-betul buat aku hysteria dan mengamuk sakan sampai rakan sebilik menjadi korban. Sebabnya aku TERPAKSA sebilik dengan HATI KACA neh sebab Farah duduk dengan Aisyah. Punyalah sakit hati aku hanya Tuhan yang tahu. Sampai aku bertindak mahu balik KL hari tu jugak. Ramai je orang benci dia. Gagah betul dia boleh hidup secara sendiri. NAsib baik dia ada kekasih hati yang juga hatinya ala-ala kaca jugak. Kalau tak, pasti dia pon menjadi makhluk kesepian yang merasakan dirinya paling baik di kalangan semua orang.
Oyya. Funny lah dia. Dia berasa maruahnya jatuh di tangan aku apabila aku yang tidak pandai memasak ni membodohkan dia yang sangat pandai memasak. Peduli apa aku tentang masak memasak? Sikit maruah aku tidak tercalar. Aku steady saja. Tak pandai masak pon, tapi aku ada taste terhadap makanan yang baik. Not like you, dumbo! Setakat diejek rakan-rakan dengan kata-kata ; Yew, Nurul! Nurul memang tak pandai masak dan jangan tanya dia pasal dapur. Sikit tak goyang perasaan aku. Malah aku dan kawan-kawan boleh bergelak sakan bersama trying to enjoy the moment. Bukan macam si HATI KACA. Dia boleh sentap dengan hal-hal macam neh. Oh alamak. I lupa you are a perfect woman. And I am not. Nurul kan pandai shopping je. Pandai pakai eyeliner and selalu lupa nak pakai socks. Dalam kata lain, get out lah kau! You are not up to my standard. Kami semua dalam studio ni berhati waja. Bergurau kasar dan bergembira dengan gurauan atau sindiran. Tak ada masa nak main sentap.Old fashion. Macam budak zaman batu. Arght! Err.. kasi aku guna satu perkataan boleh? Dia bongok.
Sudah. Untuk kisah-kisah HATI KACA YANG PECAH, pergilah baca dekat blog rakan sebilik. Mungkin dia ada menulis secara detail. Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkan dosa-dosaku.
Masih berttungkus lumus dengan tesis dan working drawing. Khamis exam structure. Jumaat balik Cheras. 2nd of July ada presentation untuk thesis. Selepas itu aku akan bergembira secara sangat. Dan bersosial. Dan mencari mereka yang dirindui (err... engkaulah. engkau. engkau.) Tapi sebenarnya hati aku tak berapa seronok. Sebab memang tak berapa nak seronok.
Hooray! Aku punya DESIGN lepas! Ho yea!
|
are we trying?!
Dipakai sekali sempena Final Review.
Belum dipakai-pakai. Sudah berhabuk-habuk. Baru dibeli dan sedang giat dipakai. Tapi kasut sudah bosan dipakai macam tak mahu dipakai lagi. Dipakai dua kali. Semuanya dipakai baru sekali dan ada yang belum dipakai langsung. Di-spray beberapa kali sahaja. Dipakai belum sampai half. Present from Astri. (since I had another bottle of the same perfume) Sprayed twice or thrice. Semua belum baca. Ada yang baru dibaca half. Tapi 5 Tahun 5 Bulan, done! Present dari reader, Kakak Tulip.
TAPI
yang ni pakai setiap hari dan setiap ketika. Dia sudah memburuk dan sudah mula merosak. Nak yang baru :( Tapi macam sangat tak sanggup menukarnya. Err.. sentimental value lah. HAHA. Aku rasa, right after my aunty selamat bersalin, almost all of the items above akan menjadi milik beliau. HAHA. Sudahnya siapa yang untung, siapa yang rugi? Namun begitu, aku sangat benci sebuah statement tak berasas yang menyebut; kan dah ada kasut, buat apa nak beli lagi. Kan dah ada handbag, perfume, buat apa nak beli lagi? Yang lama pon belum pakai. Get out! Ada orang cadangkana ku lelong. Tak kuasa aku. Buat pengetahuan semua, aku belum pernah menjual barang-barang kepada siapa-siapa. Macam tak berapa suka. Kalau aku taknak, aku sedekah je. Bukan sebab aku kaya atau tak perlukan wang tapi sebab aku rasa ... ianya fair and square. Dan sangat berbaloi mengatasi rasa bersalah aku. Aik.
Nak sambung bertesis. Malam semalam ada orang teman saya buat tesis. HAHA. Tq kepada beliau. Silence moment dah sampai. Aku contact beliau kembali dalam minggu depan right after my final. HIHI.
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|