♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
Sunday, September 25, 2005 |
...Then Tell Me Why Must You...
Bismillah.... Aku rasa Devotees kena bayar aku tuk promotion free yg aku buat tuk group nasyid ni since Selasa lepas.Really tau. Bukan sket punya hebat aku tolong promote. "woi, devotees tu best!," kata aku kat kengkawan sumer sempena memperkenalkan depa ni.
Aku kenal Devotees ni lama gak.Sbb dlu aku rajin dok layan IKIM.Pastu aku biasa gak dengar lagu dorang tapi taklah aku dilanda wabak angau sehinggalah pada hari Selasa lepas.
Isnin, lepas TITAS, kepala aku yg cendiakawan ni pon bagi idea kat Farah, Alif ngan Syikin tok pi tapak pesta konvo.Sumer bangkang tammo pegi dgn alasan dah malam sgt.Dekat kul 10 mlm.Bas susah nak dpt.Kalau dapat pegi, takut tak de bas nak balik.Tapi disebabkan aku paksa gak, dorang pon ikut terkedek-kedek.Sib baik balik tu Chee Wey sporting nak jemput kitorang ngan kete Mazda dia tu.Terhutang budi aku kat dia.^_* Ekekeke... Hmm..not bad la.Tapi makanan mmg serius mahal.What the fish! Ada ke patut kat gerai yg serba kekurangan camtu leh jual teh o ais limau RM1.20.Then sate secucuk 60 sen.Tak tau la kalau aku je rasa mahal.Tapi mmg kena kutuk abis-abisan ngan aku and farah.Tak puas ati tol.Dah la 2 malam kitorang dapat tomyam paling durjana dalam dunia.Pengalaman yg takkan aku lupakan sbb tak pernah aku sangka tekak kesayangan ni akan dihukum dgn makanan yg sebegitu tak sedap!
Malam Gemersik Syahdu. Esoknya pegi lagi ke tapak pesta konvo kat Dataran Gemilang.Kali ni sbb ada konsert nasyid.Mmg aku dah awal-awal paksa Farah, Alif ngan Syikin pegi sbb aku tammo ketinggalan lagi.Kat KMJ dulu melepas aku.Tapi asalnya aku pegi demi InTeam. Demi Encik Syah yg dah kawin tu.ekekek... tapi akhirnya....
"Farah, ujung tu cute gila! Woh, melting point!," terus aku jerit kat Farah tgh2 orang ramai tu bila Devotees kuar. Dan start malam tu, aku dah berpaling tadah.Aku dah jatoh chenta sama Encik Adi Akmal. Uhuhu... disebabkan kegilaan yang melampau, aku ngan tak malunya menyerbu masuk dan lari depan dewan sambil bawak kamera. Amik kau sekali! Depan sedepan-depannya aku amek gambar depa.Depa? Uhhuhu... kununlah amek gambar dorang, padahal aku fokus lebih kat si Adi tu.Adoila...
Tak bley tahan bila dorang nyanyi lagu Lament.Aku penah dgr lagu ni.Tp tak tau lak dorang nyanyi.Farah plak mmg da lama carik lagu ni.Tapi Farah tak sangka ni lagu nasyid. Akhirnya aku ngan Farah dah tak tentu arah teruja ngan lagu Lament.Aku lak makin angau ngan kumpulan Devotees. Dah plak tu salah sorang ahli group budak fac aku.Tapi aku tak perasan lak mana satu.Budak engin (chemical).
Yang ada malam tu InTeam, UNIC, Mestica ngan Devotees. Time paling hebat ialah waktu In Team la.Abis shaking suma gambar yg aku amek.Sia-sia aku menyerbu ke depan pentas.Sbb ramai sgt yg gila kat In Team.Then time UNIC si Fitri ngak ada.Balik sbb ada hal ngan family dia walopon ptg tu dia ada.Kecewa aku... =( Tak kesah la sbb Syah ngan Hafiz ada. Plak tu dah ada brader baru dok kat ranking teratas dlm ingatan aku. Toink! Time Mestica, aku tgk separuh.sbb Alif tu dah lapar lak. Jalan2 carik makan.Tetiba bergema lagu Destinasi Cinta.Mmg berbulu aku rasa.Disebabkan ikut perut dorang yg lapar, aku ketinggalan lagu peberet aku. Yang aku tau, aku sgt suka sama Devotees.Disebabkan dah gila melampau, aku sms minnysh sbb Adi Akmal tu budak SMKA JB. Rumet aku Minnysh (KMJ) pon SMKA JB gak. "Ko kenal Adi Akmal? Ensem la dia" "Amboi! Mana ko knal?dh glamer ke kump nasyid tu?Adi tu? Ex aku dlu.Kih..kih..memain je.Adi tu baik sgt," "Aku suka dia!" "Beruntung sapa dapat dia.Dah la baik, alim, ensem plak tu.Anak tunggal.Manja gila ngan mak dia," "Ko ni kenal sgt ke ngan dia?kwn kau heh?," "Tak la rapat sgt.Tapi sek agama dlu aku dok belakang dia.Selalu ajar aku arab" "Ceh.... apa nih?," "Ihihi...nak pegi umah dia?Jom raya pi umah dia.Leh ko singgah umah aku.Bukan nak lawat aku kat JB ni," "Ye ke? Ko tau ke umah dia? Nakkk... aku nak pegi," "Kalau dia tak pindah lagi.Aku tau la umah dia.Okay ha...raya ni aku tunggu ko.Then boleh ko tido umah aku," "Boleh gak.Kalau tak umah ko, aku tdo umah Adi," "Ooo..umah aku tak nak, umah adi nak," "Acah je.Kang gempak satu JB lak aku tdo umah Adi.Insyaallah la raya ni aku turun JB.Lawat ko.Raya umah Adi.Dah la jgn nak merepek byk," "Okay.Aku tunggu kau kat JB," Poyo je aku sms camtu ngan minnysh.Rindu kat minnysh.Lama tak sakitkan hati dia.Lama tak gadoh sapa bagos.Lama tak kenakan dia ngan menampal risalah-risalah iklan yg memalukan dia.Lama gak tak compose lagu ngan Ain tuk menyakitkan pendengaran dia.Ekekeke... Minnysh, tunggu aku di JB! (demi kunjungan ke rumah Adi) ekkeke.... Dah la.Byk benar aku merepek.Just that aku suka tgk lelaki muka tenang cam dia tu.Senyum ja.Senang nak dapatkan pose dr dia.Uhuhu... suara aww... ! Lagi2 bila dia nyanyi dalam lagu Tika Dinihari. ::Lament::
You You like to live like to believe Essence of life is fun Want Want to pretend The life that you live Has no guiding hands and you Jumped into the monies And never looked back Moved away from righteousness You want it all And don't care if you fall You wanna see the world You wanna be the world Try Try to believe The reason to live Eternal compassion You'll feel it deep within inside of you Grasp The chance to live A new life A new beginning But you c/o Why Do you throw life away Don't you wanna be among The ones who faught for the truth When you eyes were blinded By the taste temptation in your life Then tell me why must you... note : anggaplah ini sekadar kisah mengarut sorang budak yg kuat merepek.
|
Tuesday, September 20, 2005 |
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Okay..aku nak nangis.I'm going to cry... hope i won't. Ok..now, i'm crying...... (but still i do smile). Apa jenis perbuatan ni? Menangis sambil senyum.Seyum kesedihan.... Aku dalam 'cinema'.Tapi harini bilik kecik ni tak berfungsi sbg cinema.Terlalu sebok dengan design sampai tak ada yg berani nak buat aktiviti biasa.Harini semua luar biasa. Waktu yg luar biasa, hari yg luarbiasa,kesihatan yg luar biasa, perasaan jugak sangat luarbiasa. Dari pagi tadi aku tak duduk kat tempat aku.Farah je yg dok tempat aku sepanjang harini.Aku tak ada rasa nak tgk keadaan studio yg sgt la hectic harini.Semua sebok dgn design termasuk aku.Tp aku nyorokkan diri dalam bilik kecik ni.Sambil online, layan mp3, design, menung dan currently....nangis. Sedih pertama dtg sbb aku tensen.Keje melambak.Sedih kedua bila tgk orang lain cam sgt maju ngan apa yg dorang buat.Walopon hampir semua design kena kutuk, kena hentam, kena ubah 100% ngan lecturer, tapi aku rasa cam tetap tak puas ati sbb dorang dah langkah sgt jauh ke depan.Aku terkedek-kedek lagi.Blur lagi ngan character Kitaro yg aku pilih. Betul kata lecturer... klu pilih musician, mmg payah la nak kupas character.Dan sekarang sememangnya betul. Sedih lain, cam biasa la.Aku terima kritikan lecturer, tapi aku sensitif.Haih, aku selalu je emosi lebih ngan apa yg aku buat skang.Mungkin ke sbb aku sgt suka course ni atau pon sbb aku taknak org underestimate aku.hmm..dua-dua sbb tu betul aku rasa. Dah byk idea aku direject.Tp tak patut aku rasa damn down la, sbb klu nak ikutkan, budak boys lagi hebat perkasa design dorang.Siap ngan model. Lecturer hentam, conteng plan, conteng model, suh ubah hampir keseluruhan.... hmm...dorang pon kena apa yg aku kena. This is normal in architecture.But this is oso normal for me to be too emotional and sensitive. Everything sounds normal but it don't. Dan kesedihan sampingan yg muncul tak pasal-pasal. My playlist! Time aku dok tekan-tekan otak aku supaya pikirkan sesuatu ttg shelter ni, lagu Kita- SO7 kuar.Tingat kat Wanie.Lama tak nyanyi sama dgn dia.Then kuar pulak lagu Marc Anthony - Love Is All. Membuatkan aku teringat balik apa yg aku lakukan mlm td lepas kelas TITAS. Yup! Ke tapak pesta konvo ngan Farah, Syikin and Alif. Entah pesal aku rasa cam meluat tgk couple yg ada. Bukan sikit, tapi hampir semua manusia mlm tadi ada couple. "Nurul...cantiknya bunga tu!," tiba2 Farah teruja nampak bunga hidup.Bau mmg wangi... naik aura! "Hmm...tak ada nilai kalau beli tuk diri sendiri," kata aku.Ntah macam mana aku leh terkeluarkan ayat tu. "Nurul...cantiknya..." Farah tunjuk2 barang yg ada kat kedai souvenir. "Tak ada nilai kalau beli tuk diri sendiri," sekali lagi ayat tu terlepas.Aku tak suh pon ayat tu terhambur kuar.Tui la! Naper smlm ntah.Aku rasa cam gila betol.Tak penah aku rasa segila tu. Meluat, menyampah dan tak suka nak pandang couple yg ada.Aku jeles ke apa? Sebenarnya aku tak jeles.Tapi aku rasa sayup.Aku tak suka buat diri aku rasa cam terhumban kat celah org ramai.Aku tingat kat seseorang tibatiba je.Sejak seminggu ni aku ingat kat orang tu je.Gila betol. Aku benci bila aku ingat kat dia.Aku tak benci dia.Tapi mengingat dia buat aku rasa cam sgt dasyat.Aku rasa cam sgt terkilan atas...atas... atas.. *tak dpt dinyatakan* Sesungguhnya aku ingat dia lagi rupanya.Tak sedar pulak.Sbb aku rasa dah lama sgt aku abaikan ingatan aku kat dia.Cam kepala aku tak pernah terisi ngan dia.Tapi sejak semalam, aku tersedar yg kepala aku sarat dgn kisah bersama dia.Bersama? hmmm...cam pnggunaan perkataan yg salah. Mesti dia tak tau dia tu bg kesan besar dalam idop aku.Lepas dia, tak munul-muncul apa-apa objek tuk buangkan dia.Lepas dia, semuanya kosong.Mesti dia tak tau! Klu tau pon dia takkan percaya. Ya Allah... aku bukan nak mengeluh.Tapi aku tak tahu macam mana leh terjebak ngan dia.Dah la sekuat ni. Sekali lagi.KENAPA SEJAK SEMINGGU ni aku rasa balik apa yg aku rasa setahun dulu??? Sebelom ni aku ok je.Kenapa? Kenapa? Yg aku tahu... dia sgt bahagia sekarang. aku pulak cam manusia yg tiba-tiba kena sumpahan keramat sejak mlm semalam. Rindu kat dia. Kalau ada peluang, aku nak tanya dia : kita kawan lagi tak? Kalau jawapan dia : Ye Aku nak kata : Owh... Kalau jawapan dia : Tak Aku nak kata : Owh.. Sbb aku tau aku dah tak boleh nak kata apa kat dia.Aku dah tak reti nak bercakap ngan dia macam mana.Aku dah lupa jugak camner nak bercakap ngan selamba kat dia. Sbb tu jugak aku dah tak pernah contact ngan dia walopon ka ym.Aku betul-betul dah lupa macam mana nak bercakap dgn dia.aku dah tak kenal dia.... Terpikir aku macam mana aku boleh keluar ngan dia sedangkan waktu ni aku nak sebut satu perkataan pon tak tau. =) ..... Senyuman kesedihan. "Bila aku anggap semuanya kurang baik dari dia.. dan bila aku anggap dia adalah paling baik..." mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih UNIC - Demi inta Suci
|
Monday, September 19, 2005 |
Ice Princess
Huahhhh... mengeliat sangat nikmat. Baru abis nonton filem ketiga tayangan 'cinema gelap' kami. Aku, Ainul ngan Farah. Kali ni tgk Ice Princess yang Farah bawak. Ada bawak 30 Hari Mencari Cinta. Tp simpan tuk tayangan esok. Fuh, dah kul 1.50 ptg. Projek shelter tak sentuh. Harus kuar dari bilik ni dan ke meja tuk buat keje. "woi, tgk apa?," aku terdengar ka luar tu sora bebudak boys menyoal farah ngan ainul. "Ice Princes....besttt!," jawap Ainul. Gila la kehidupan camni. Aih, nampaknya prestasi boleh turun klu ari-ari camni.Mmg ja tak supan. Tp enjoy ttp enjoy! Buat keje! study! byk esemen kena buat.mm pakat pengsan la kami sumer akbita bebanan keje yg tak tertanggung.Salah diri sendiri jugak sbb tak ada disiplin. Suka tangguh keje...... Oret, perlu gunakan masa di studio ngan baik. Agak keji perbuatan membuang masa seperti ini... Ngeh ngeh..
|
Sunday, September 18, 2005 |
Lelaki Hebat Ilmu Sastera
(Kesah rentetan pengajaran semalam)
Apa kaitan lelaki dan sastera? Lelaki hebat ilmu sastera
Bila hebatnya?Ye ke? Yer?Yerh?Yerhhh? Bukan dalam kelas dia hebat.Time xm pon hancus ja selalu sastera dorang ni (kunun malas berbunga bahser).Tapi time ngayat awek bukan main lagi.Best student aliran Sastera lah!
Kenapa mesti cerita pasal ni?
Sbb harini bosan ja. Sebab arini aku dah ter'tahu sesuatu. Al-ceritanya.... Kat satu webpage ni, (nama dirahsiakan demi kepentingan diri aku sendiri), aku terbaca satu kenyataan.Orang tu... atau pun aku nak simbolkan dia as BURGER (berdasarkan sejarah), dah ada sepesel dah! Opps... aku tak jeles. Come on! Aku cuma nak tepuk tangan kuat-kuat.Nak gelak besar-besar.Nak sms dia dan jerit kuat-kuat..."Awak, tahniah!," tapi aku tak buat semua tu kecuali sengih sorang-sorang dan lekas2 bitau ma. Cam biasa, kongsi citer ngan ma satu kemestian.Ma kata.. "hmm.. mmg takleh percaya dia tu.Tapi cute heh," dush! awatla... Aku tak la rasa apa2 ngan cerita tu.Lagipon aku jugak yg paksa dia jgn tunggu-tunggu lagi.Aku gak dok warning dia byk kali, nak kawan ja ngan dia dan tak akan sesekali lebih.Cuma tiba2 aku terpikirkan satu ideologi baru.Lelaki ni mmg camtu ke? Semua/Segelintir *garis yg tidak benar* Hmm.. tak semua.Tapi malang bagi aku sbb selalu terlibat ngan yang camtu.Tak pernah aku frust atau terasa apa ngan benda camni cuma terkilan. Kenapalah mesti semuanya yg mai kat aku lagu nih.Psikologinya mengganggu perasaan aku tuk percaya bukan je kat BURGER tapi jugak kat encik-encik lain. "Awak...sy nak tunggu awk gak.Tak kira sampai bila.Sampai hati awk terbuka" bukan sket punya perkasa ayat.Aku dengar pon naik segala aura dlm bdn.Telinga pon rasa kebas tak sanggup dengar. "Jangan..." cam biasa aku suka sgt main tolak-tolak. Entah kenapa ngan aku ni.Tapi buat masa ni aku rasa, aku normal ngan perasaan aku.Menolak bukan sbb tak normal.Cuma sbb yg aku tak tau apa bendanya. "Nak tunggu jugak..." fuh, degil! Tup tup....hmm..tak sampai la berapa hari dah ja berdesing pasal awek lain dah dicekupnya.Tak ke itu memualkan? Bukan jeles... (note : BUKAN) Tapi aku cukup-cukup rasa... aww! Kes lain plak. "Awk tunggu saya heh," muka ngan intonasi penuh dramatis.Mmg klu sesapa dengar pon sanggup angkat sumpah kat mahkamah tinggi betapalah dia boleh dipercayai. Sekali daa.... "Awak...sorry," minta maaf sambil tunjuk2 ada awek baru kat seblah. Ceh, aku tembak perut kang. Pon tak jeles.Aku tak pernah tunggu pon.Tapi menyesal tak muntah depan dia masa dia sebok buat ayat dulu. Kes seterusnya... "Nanti satu hari awk lupa saya jugak," <-- ni ayat yg biasa aku gunalah. Sbb aku ni bila bab INI mmg tak ada modal lain nak ckp dah. "Tak akan...akan ingat jugak sampai bila-bila.Susah wak...nak lupa camner???," yor yor ja.Kunun nak melupakan tu satu azab.Tetiba.... Eh.. Eh... Hmm..senyap je tak dengar berita dah.Dulu bukan main lagi sms setiap 20 saat.Tetiba cam dah jadi halimunan.Hmmm...Byk Encik-Encik yg berkelakuan camni.mmg aktiviti favourite lelaki kot. Si Encik Bagus, Encik Hebat, Encik Sempurna, Encik Cincai... (dan nama-nama Encik yg tak tersenarai) Aku tak bercerita ttg org yg sama.Aku bercerita ttg org yg berbeza.Juga aku bercerita tentang aku yang malang.Tapi syukur jugak malang aku bukan 'malang abis'.Sib baik aku tak tergolek dog kat mereka ni.Sib baik aku selalu main tolak-tolak.Sib baik aku suka tangguh-tangguh.Sib baik aku pandai main lari-lari.Walaupun suka, aku takkan sesekali mengaku cepat.Sbb aku tau dah!!!! Ayat sastera lelaki ni mmg tahap kelas atasan.Dorang ni suka nak test sastera dorang kat kita.Huk oloh.... jgn na wei camni.Aku ngeri lah. Tapi aku ingat pesan ... (pesan sapa, aku dah lupa) Masih byk lelaki baik kat luar sana. *(masih byk jugak yg jahat) Masih byk yg ikhlas *(masih byk jugak yg berlakon ikhlas) masih byk yg memahami *(masih byk jugak yg tak difahami) (*) - monolog aku kepada semua lelaki yg pernah singgah kejap dan pastu pergi terus tak balik-balik... berhati-hati ngan ilmu sastera anda. saya : gembira, slow and steady, tak tergugat.
|
Saturday, September 17, 2005 |
Kita Rindulah ( perasaan yg dtg tiba-tiba)
Eyeza: ader tak lagu soundtrack filem my best frens wedding?i say u a litle prayer? "Lama kita tak hang out kat mall kan?," ini jawapan aku kepada soklan aizar.Mmg tak menjawap soklan.Tapi tu yg aku rasa harini sejak pagi tadi. Bangun je pagi, aku terasa nakkkkk sangat call aiza.At least hang out kat Secret Recipe Leisure Mall.Atau desperate sgt, bantai ja JJ Maluri.Tapi aku batalkan atas 3 sebab. Masa sgt pendek.Kitorang hanya balik weekend. Nak bermesra ngan family. Zalimnya klu aku berpesta kat mall sedangkan projek tak sentuh. Sgt tak menghormati kerja dan tak berdisiplin Aku demam.Suara pon over sexy.
Aku rindu sgt kat aiza walaupun last week dia mai umah aku.Borak sampai Isyak.Tapi aku nak hang out ngan dia!!! Sambil mata meliar pandang sekeliling. Kritik apa yg patut dan cuba bangkitkan isu semasa seperti gosip kengkawan.Paling best ialah mengumpul pointer dan jerit kuat-kuat. (3 ponints!) yehaaa... Aiza, we missed lotsa points la weih! Ish... drop pointer aku. Lama jugak tak menikmati Justea Kuning sambil menunggu ketibaan train. Tiap2 ari aku minum air kotak justea tapi sorang2. Rasanya agak tak sedap pulak. I think u make it taste better walopon tak la sedap mana sebnarnya. Hmmm...nak hang out ngan Hani, Mimi, Astri, dan Marlia. Okay, okay... forget bout the bigger event.Baik aku berangan event kecil-kecilan je seperti bergosipan dgn aiza di SR sambil memerhati kedai Girls. Share Chocolate Banana dan mata melilau carik panorama yg best! Aih... sebok sangat ke aku? Atau aku buat-buat sebok? Ke aku banyak sgt menyebok? Ntah la... tapi aku serius rasa sgt sebok. (Tapi heran yek. Aku selalu jugak rasa bosan dan tanya-tanya kat diri aku... nak buat apa nih? tak de benda nak buat, bosann!) I think i'm a typical girl yang selalu ilang pertimbangan. pelajaran hari ini : bahser lelaki adalah bahser sastera yg sgt tinggi nilainya hingga kita (perempuan) selalu tak faham dan tak menyangka simboliknya. Bila lelaki kata sanggup tunggup, baik keep in ur mind, sebnarnya dia nak beritahu, "okay,babeh! i go and get another girl!," and tahniah neway kat YOU, man! YOU are great! ekekekke... dah ada gf rupanya si YOU tu. *tumpang gembira*
|
Friday, September 16, 2005 |
Saya Demam
Semalam rasa tak nak bangun pagi pegi kelas.Tp memikirkan tu kelas Encik Abdul Halim, kelas komunikasi yg sgt strict, aku bangun gak walopon rasa nak tumbang je.Mamai semacam.Melayang satu badan.Nak kata feeling, feeling apanya kalau dah sakit.Malang...aku ingatkan Farah tinggaikan aku, rupa-rupanya aku yg tinggalkan Farah.Sian Farah, terlambat sket.Abis takleh masuk kelas sbb dah kena kunci. =( Jadinya kat studio semalam aku tak buat apa.Aku merengek je menyusahkan telinga orang.Sib baik ada A'ai.Dia yg tlg picit-picitkan aku.Entah pehal semalam semuanya nak sakit.Sib baik hati tak sakit.Nak je aku balik hostel cecepat tp sbb ptg ada krit tuk projek, aku kena jugak tggu. Dgn mata yg cam bengkak sbb menangis tak tahan sakit, aku pi hangkut model aku masuk bilik Encik Mazlan.Aku nak dia krit cepat sket sbb aku nak balik.Tup tup dia leh ajar sket-sket technical drawing tengah aku sakit camtu.Berlenang air mata aku. "Student perempuan, tu la satu. Masalah.Kena tegur sket, sensitif lebih," kata encik Azimin time dia continue ajar technical drawing dlm studio.Aku terasa sungguh.Sbb mesti dia nak kata aku.Ayyo, encik! Saya nangis bukan sbb model kena reject (sbb over advance + over rajin), tapi aku nangis sbb aku sakit. Dush... malu betol! Eiffel I'm In Love! Prinsip aku, tgh2 sebok dan tensen, happy tetap happy! Disebabkan aku berpegang ngan prinsip tu, aku pon ngan senang hatinya bawak vcd Eiffel I'm In Love masuk studio.Tgh2 sebok bertungkus lumus buat model, si Farah bagi idea best! "Nurul, jom tgk movie," ajak si Farah "Jom!," aku klu diajak berpesta mmg nak ja. Kitorang pon angkut board, angkut cutting mat ngan cutter, bawak masuk bilik gelap kecik yg ada belakang tempat group aku. Tapi bilik tu dah naik taraf jadi 'cinema'. Dgn menggunakan laptop Farah, kitorang pon berhibur nonton Eiffel I'm In Love buat kali yg entah ke berapa ratus kali (tak de la beratus pon! acah je!). Tiba-tiba Ainul muncul nak join.Dah nak abis cerita tu, Sha ngan Nisa lak join. Bilik kecik yg sempit makin sempit! Dah la gelap si Ainul tutup lampu. Saja nak bangkitkan mood cinema. Mmg mahsyuk abis tgk ngan bebudak ni.Tgk filem romantik, cam tgk filem aksi.Siap jerit-jerit bila tgk babak yg syahdu. Uhuhuhu.... "Hoi, angpa buat pa nih?," si Alias mamat Kedah mai pulak. "Nonton!," jawap aku. Lama gila dok dlm 'cinema'.Keje langsung tak buat.Kuar-kuar je semua pandang semacam.Siap pelik citer apa kitorang tgk sampai bising nak mati dlm bilik tu. Woh, nikmat! Tersedarlah aku betapa sonoknya jadi student architecture. Walopon tertekan, tapi ttp ada byk ruang tuk berpesta lova-lova. Arini aku ponteng kelas Technical Drawing Puan Akmal sbb aku demam teruk. Walopon arini ngan esok ada kelas, aku ttp balik umah ngan tenangnya. Lantaklah itu sumer....
|
Tuesday, September 13, 2005 |
:: 30 Hari Mencari Cinta ::
Aduh, semalam dgn ari ini gwe nonton 30 Hari Mencari Cinta ! Ayuh, nonton ! Tapi rasanya aku mungkin dah ketinggalan zaman memandangkan ini bukan cerita baru.Tak kesah la tu, asalkan aku gembira betul ngan citer tu setelah filem2 yg aku tgk kebelakangan ni tak memuaskan hati aku. Komedi Romantis.... Mmg serius kelakar.Aku ngan adek sgt suka citer ni.Adik aku nonton pagi2 buta tadi. Fuh, hebat! Okay....yang boleh aku kata, lepas nonton filem ni, aku dapat satu lagi mind set baru. Cinta akan datang sendiri tanpa perlu kita paksa-paksa kedatangannya. Kalau kita memaksa, waktu tu yg akan dtg bukan cinta tapi penganiayaan perasaan. Hidup ttp boleh gembira dan diteruskan tanpa cinta. Ada masanya kita lebih memerlukan kawan-kawan lebih dari kita memerlukan seorang kekasih. :: 30 Hari Mencari Cinta :: satu tragedi yang takkan berlaku dlm agenda hidup aku. Cool, babeh cool! "di saat kita bersama... di waktu kita tertawa menangis merenung oleh cinta...."
|
Saturday, September 10, 2005 |
Exam Punya Hal
Phew...here we go...
Kdg2 aku rasa taklah sedahsyat mana sindrom kuat tido aku.Sbb dikala org lain selalu berlengah-lengah nak bangkit bila alarm berbunyi,aku pantas ja dah membangkitkan diri.Bunyi je alarm aku terus bangun.Tak suka snooze cam yg dilakukan oleh kebanyakkan org termasuklah rumet aku kat KMJ dulu.Har...har...har... Aku ckp camtu sbb harini aku tak pasal2 kena bangun kul 6 pagi.Kagum aku. Mana tak kagum, time aku bgn, lom ada budak floor aku ni dah bgn.Toilet lengang. Aku pn cecepat mandi, sembahyang subuh, dan terus je tarik keluar baju kurung kuning.Uhuh... arini pakai baju kurung deh!Bukan pasai pa... tp sbb pepagi td ada xm Tamadun Islam dan Kenegaraan.Sbbkan xm ni la aku terpaksa tunda dua hari kepulangan aku ke umah terchenta.Bengang perkasa aku rasakan bila Encik Mazlan mai studio hari khamis aritu tuk bg tau yg isnin ngan selasa student JSB cuti.Ada seminar apa tah,Tui lah! Klu tak disebabka xm, kan aku dah dpt cuti 5 hari.Tp tak baik aku merungut ngan xm sbb utk apa aku study klu tak ada xm.Ye dak?
EXAM Exam was.. was... was... was har har har... wakakak... Imagine la aku menjawap soklan yg aku tak baca satu haper pon.Maklum la,setiap isnin malam, kitorang (student fac engine) kena lah ke Kompleks Bestari tuk TITAS.Malangnya kami x timbul kesedaran tuk belajar sebaliknya berpesta kat row paling belakang.Duk satu geng ngan klasmet.Mmg satu haper tak dengar apa lecturer ajar.Lagi2 campur aduk ngan budak boys yg mmg pemalas tahap perkasa.Bila masuk bab kawin, bab chenta, bab nikah, bab TUT TUT... ha!Itu time baru la kitorang tumpu bebetul.Siap ulang balik apa lecturer cakap.Lg sedih, leh plak kitorang yg bijak bestari ni bg nama baru tuk kelas Tamadun Islam tu sbg Kursus Perkahwinan.Melalak Ustaz Salam klu dengar.Mmg ja tak supan.
Kesimpulannya, aku mmg hebat sbb walopon tak baca, aku dpt menjawap ngan tenang (sbb aku bantai ja!) Ngeh ngeh... Siap kuar awal tu.Memula Kirk kuar, then Kak Fatmi, pastu aku tgk Adiyan dan ramai bebudak Architecture da kuar.Aku mula cuak.Eh, tak hebat ke aku sbb tak siap-siap??? Makin aku rasa cuak dan rasa sgt tak hebat bila tgk Faiz ngan Arul pon dah kuar.Uish..manaleh jadi!Memalukan klu aku tak kuar gak.Bila ja Jane kuar, aku terus bangkit.Ada 3 soklan aku tak jwp sbb mmg camtu.Dah dinasihatkn oleh lec, klu teragak-agak jgn jwp sbb paper tu guna scheme tolak markah klu salah.Tp klu tak jwp dia cuma tak bg markah tanpa tolak markah. Faham dak?Aku pon blur ngan sceme tu tp aku ikut ja.
" Fuh, Nurul!Kompom 100!, " tetiba Shida mai ngan terkejutnya tgk aku dah sudah." Kompom!," aku pon beroyo-poyoan dalam kekebuluran.Lapar gila. “4 flat ar!,” Dtg lak Nisa. " Kompom!," aku pon jwp camtu. "Jane…jom mkn," aku dah kebulur gile sbb x breakfast lg.Time tu dlm kul 10 pg. "sekejap la.Tggu dorang.Din ni dah pengsan ke tak kuar2?," Tanya Jane kat Adiyan. "Ha ah kot.Tak dpt jwp sampai pengsan," kuwang supan ja mulut Adiyan.
Bila je Din kuar, apalagi! Menyerbu ke bakery apa tah kat Pusanika.Bakery tu Jane yg perkenalkan.Tak penah aku tau ada bakery wujud kat situ.Agak best jugak breakfast kat situ.RM7 aku breakfast pg td.Cam hilang pertimbangan je aku.Jane plak teruja abis ngan bakery tu sbb dia kata dia ske suasana situ.Mmg la sepuloh kali lg nyaman berbanding cafe Zaaba atau Fac. Aku suka gak bakery tu tp taklah sesuka Jane.
Pas mkn, sesi bergambar!Yehuu.. Adiyan mmg klassss..Siap bawa kamera time exam.Mmg menggembirakan. Kitorang 4 orang pn bergambar sakan kat Pusanika.Mmg biol.Lagi2 dlm bas on da way balik Zaaba, si Jane leh nak candid gambar driver bus.Salah mulut aku gak sbb bg idea kat dia.Tp mmg memalukn sbb dlm bas yg cam sardin tu, Jane ngn tak malunya dok tala kamera depan2 ngan driver bus. Bebudak lain dah pandang semacam je. Uhuhuhu… mmg kisah pagi yg gila.Ngan xm yg tah kemana, tp kitorang tp bergembira.By the way, xm ni bukan sket punya jauh.Kat FSSK.Jauh dr area kehidupan kitorang yg tau dok melilau sekitar lingkaran dua je.
Gembira? =Tak.. Bermula minggu depan, kehidupan tonggang langgang akan bermula.Sbb projek kedua dah start.Buat shelter lak kali ni.Dan aku pilih karakter Kitaro.Kenalah aku bertungkus lumus wat shelter supaya bila once lec tgk, dia leh tau that the shelter was designed tuk Kitaro. Fuh, susah tuh!
Tuk presentation board, aku adalah golongan pertama yg siapkan dan org pertama yg submit,Huk oloh.. mmg semangat je aku.Bukan susah, sumer guna komputer.Yg payahnya nak print A3 size sbb 2 jam aku bertapa kat office jabatan nak print.Hangin gak tp alhamdulillah, at least Encik Mazlan puji gak aku nyer presentation board.Dia kata kagum gak sbb dia ingatkn aku taklah tahap guna photoshop.ayyoh, ini namanya underestimate!Wakakaka..
Pas dah siap aku nyer, aku buat keje amal membantu student lain.Naik pitam aku ngan layer.Jugak aku naik hangin bila ada yg cuba nak ajar aku canner guna photoshop.
Buta IT? Bukan aku… Aku bukan buta IT! So please la weih! Aku suka belajar and tanya klu aku tak tau.suka gak org beritahu aku spy aku tau dan leh improve.But behave la skit bila nak ajar aku.Sbb aku tak suka dilayan as seorang yg bodoh.Sbb bg aku perkara plg hina ialah disifatkn sbg bodoh.Aku tak suka org tunjuk hebat sbb dia ingat aku tak tau.Come on la! Aku marah btol aritu sbb terlalu byk suggestion yg annoying dan aku rasa tak membantu tapi cuba nak bodohkan aku.Setakat hal ehwal computer, aku rasa aku tak sebodoh mana. Even aku puas sbb terbukti klu aku bodoh pon, dia lebih skit bodohnya ari aku
Ok…tanak emotional. Just that to say.. my mouth is dangerous. My words are triple dangerous.Sorry atas ke’laser’an aku yg lepas.Kritikan bodoh should be ignored.Aku pon satu...dok layan pasai pa..
presentation board aku. Taklah hebat. Tapi aku puas hati sbb ni keje satu malam.Mmg berbaloi ngan perangai aku yg wat keje last minute. Dan alhamdulillah gak dpt pujian dr Encik Mazlan. Sempat la berbangga kejap kat office aritu.
Tak reti aku nak show off kat sini camner.Sbb payah nak adjust jd kecik memandangkn size asal dia A3. Nak kecikkan image tadi, aku malas pulak nak bukak balik photoshop aku sbb punyalah lembab En Photoshop aku ni.
|
Monday, September 05, 2005 |
Hangin...hangin...tak de keje lain!
Aku ni dah kenapalah agaknya.... okay.Sebelum tu, ni aku kat studio.First time la update kat studio guna laptop aku ni.Lain macam ja rasa.Malas nak mukadimah panjang2 memandangkan angin aku amatla tak baik pagi ni. Baru abis kelas teknologi bahan dan gunaan ngan En Mazlan.Pagi tadi aku ok je.Tp spt yg selalu aku bitau ka ramai orang, mood aku ni ukan boleh dijankakan.Klu aku tengah riang ia gembira tergelak sana sini pon, jgn lah aspect aku akan terus ngan mood camtu sbb biasanya aku leh jd buas bila2 masa termasuklah pagi ni. Abis ja kelas teknologi, kitorag turun studio sbb kelas sejarah tak ada.Masuk2 je studio, bermulalah angin aku yg bukan skit2 punya dasatnya.Tak adalah sbb apa sgt.Tp nak j aku teln semua ornag.Aku sedar, satu studio ni pandang aku semacam.Tak kiralah apa dorang nak kata.Nak kata aku ni kaki angin ke, kepala angin ke, aku apa susah? Apa yg buat aku angin halnya kecik je.Sbb entah sapa dok extra rajin susun balik meja kitorang dlm studio.Dahla group meja yg lapan dah separate jd 4.Then aku punya locker yg ada 2 dah tinggal satu.Yg lagi satu dah ilang ke meja org lain.Punyalah berbulu aku rasa nak meletup! Sbb barang aku termasuk telekung ada kat locker lg satu. "weih, sapa susun ni?pandai-pandai je...aku tak suka org usik barang aku!,"aku yg jenis tak reti simpan marah ni pon mula naik angin.Kesian plak Anuar.Terus je dtg kat tmpt aku, kelam kabut tarik balik locker aku kat tempat aku.Tp dia cam pelik gak sbb org pakai satu locker, aku pakai dua.Sukati aku lah! Tu je yg buat aku mood tak baik arini.Mmg rasa angin nak mati.Ishkk..kenapalah aku ni.Smlm pon aku dah mula nak bergadoh ngan sorang ni.Pon sbb au angin ngan ayat dia.So, one thin aku nak luahkan. Tolonglah jgn kurang ajar sgt ngan aku sbb aku ni boleh jadi 10 kali leih kurang ajar dr tu. Once peoples hurt me, i'll hurt them twice! Got meh? -shit!-
|
Saturday, September 03, 2005 |
2 hari yang lengkap
Terus kepada cerita...
Kisah Satu : Melawat Tapak Pembinaan. Semalam (Jumaat) Farah, Ainul ngan Shida tunggu aku kat depan Restoren mamak Mydina yg x jauh dari KLCC tu.Bukan nak pi makan, tapi nak pi lawat site project yg still under construction.
Fuh.. *lap peluh*.Aku rasa macam-macam perasaan muncul time tu.rasa cam dah besar, cam seorang yang profesional, cam budak mentah pon ada. Jugak kelampian yg tak bertepi.Aku rasa sgt ajaib situasinya bila kitorang yg baru umur setahun jagung ni dok lawat site.Pertama kali dlm idop dapat pakai topi keselamatan.Nampak agak hebat jugak.
Aku sangat sangat hargai pengalaman semalam.Tak tau nak kata camner.Bukan tempat tuk berseronok, tapi tempat tuk dapatkan sesuatu.Maksud aku ilmu.
(suka naik benda alah ni.Cam naik lif yg open..lalala)
Kitorang dibawa oleh Encik Jeffry, yg tugasnya di bahagian C&S (Civil and System klu x silap aku).Uhuhu... belajar wall system, slab system, then banyaklah soklan-soklan bodoh yg kami ajukan.Pada yg pro, mungkin soklan tu bunyinya bodoh, tapi bg kitorang yg tak tau apa sangat ni, soklan tu sgt perlu tuk diajukan.Bodoh tak bodoh, kitorang ttp ngan prinsip 'malu bertanya sesat jalan'.
"Weih...aku dah tanak naik!!! Aku gayat laa!..." pertama kali dalam hidup aku baru tersedar yg aku ni penggayat orangnya.Mau tak gayat.Kena naik tangga yg dorang construct guna besi-besi and konkrit tu.Naik sampai tingkat 8 camtu tanpa tangga yg selamat.Terpikir dalam kepala otak aku.. "ni kalau jatuh ni, mmg tak idop". Sepanjang kat tapak tu, aku mmg alert gila soal keselamatan.Sayang nyawa, oi!Dah la berlubang sana sini. Takut... serius takut! Gayat tahap perkasa.
Ni la tangganya yg aku amek gambar dr atas.Dari tingkat 8.Ni sebenarnya apartment 35 tingkat.Tp baru sampai tingkat ke-8 binaan.Maknyanya ada byk lagi keje-keje yg belom selesai kat situ.Jadinya nak study roof pon tak dapatla memandangkan roof building ni hanya akan dibina setelah sampai ke tingkat 35.Hmm...
Pas dah abis semua, kami duduk semeja ngan kontraktornya, arkiteknya, dan entah apa macam org yg terlibat dlm binaan apartment tu lagi.Bukan main pelik aku rasa sbb usia aku terlalu muda tuk tu.Encik Jeffry belanja minum.Best jugak borak ngan dorang sampai petang.Byk yg aku dapat termasuklah rasa tensen akibat dihentam oleh mereka.Tapi setakat hentam-hentam aku dah lali.Tiap2 ari pon kena hentam kat studio ngan lecturer. This is nothing, man!
(bakal arkitek malaysia yang suka main! )
laporan : Ar Nurul Haizum Zainodin
Kisah Dua : Hari Kantin Seraya. Pagi2 tadi Jullian mai ngan Kelisa maroonnya yg chumey menjemput aku.Huhu... sampai Astri naik berbulu. Biasalah, kata Datin.Mesti ada yg menjemput.Ekekeke... Tq la Jullian sbb rajin je hangkut aku.Dah banyak kali kena amek hantar aku.Byk songeh tol aku.
Ramai jugak ex-klasmet aku yg dtg tapi yg pastinyak, Astri ngna Aiza ada! Yuhuu...rindu sgt ngan depa.Sib baik da jumpa.Lama tau tak nampak btg idong iaitu since aku masuk ukm.
Ok.Cam yg aku jangkakan.Semua cikgu ingat aku dan menyambut kedatngan aku ngan penuh kekaguman.Sumer sgt surprise dan memeluk aku ngan begitu teruja.Aku rasa spt superstar yg masih berkilau sinarannya.Ekekekek... (ayat apakah ini?).Tapi malangnya semua lebih surprise ngan pertkembangan aku yg sgt UP dari segi perkembangan badan. Aku punyalah nak melalak.
"Ada junior awk dtg jumpa sy.Tanya sy kenapa awk dah berisi.Tapi kata dia still cun lagi.Jd x peru risau.Berisau ada cutting tak ada hal,"kata cikgu Salina yg tak abis-abis promote aku kat seisi sekolah.Ke nak jaga hati aku??Mmg femes aku rasa arini. "Uikk...dah lebar ni..."bebudak chinese klasmet aku dulu dok komplen. "Biarlah camni.Skang dah okay.Kurus tak sedap peluk maa...," meng kuan. "Klu kamu amek average kami dulu dgn sekarang lagi ok.Tu yg terbaik sy rasa," Chai "Hei, ni dah okay.Jgn nak kurus-kurus.Cikgu tak suka. This one is very nice.Takkan nak kurus kering cam tak cukup makan.This is sexy, Haizum... selagi ada cutting its okay,"teacher hayati "haizum..kamu ni dah kenapa la.Yang lain maintain je sy tgk.Kamu sorang yg bukan main naik lagi," cikgu hayati (cikgu bio yg cun +bestt!) "What happen to you?Senang hati heh?Uiii... bukan main naik lagi,"teacher marziah yg vogue. "ni petanda awal ni..."puan noraini. (petanda awal apa aku pon tak tau) "kak haizum...berisinya..."sana sini bebudak tu mengata aku.Tinga aku dah naik nipis. "betullah...dah berisi sgt..." pudin aka saifuddin "apsal aku maintain je kurus korang ni naik gemuk?,"tak sayang mulut punya adib.Nak je aku lesing dia.
kui kui...tapi ttp enjoy walopon makanan yg ada tak best langsong.Poyo! Dah la byk band perform tapi hampess ja.Yg gempak betul2 band adek mimi. Amir, Alias (adek salman)... uhuhu... sumer adik2 kwn aku.
gambar ngan pudin.Junior aku yg chumey.ekeke... tq la sbb mengajak aku bergambar.Sbb aku sgt suka bergambar.Ekekek....Astri poyo mempersoalkan kenapa mesti budak ni ajak aku amek gambar dua orang. Gila punya astri. Pheww... aku suka amek gambar!!!
aku suke bergambar!!! Ok.I hate this one sbb sgt obvious ketembaman aku.But what to say la kan. Aku malas nak pikir soal kurus gemuk ni.Asalkan aku gembira...lalalla....and i dont have any problem to show it off to others.Ekekek... (kuat semangat aku)
yeay!tgh jalan2 ternampak Ilani.Aku pon meluru ke ilani tetiba... "Yannnn....!" aku jerit agak kuat, "Aaaaa..!!!,"Yan jerit lebih kuat.Mmg teruja jumpa Izyan.Da bertahun tahun tak jumpa.Rasanya sejak dia pindah MRSM, then pindah lak Putrajaya mmg dah tak jumpa.
cikgu Salina. (cikgu peberet selain cikgu fazidah), aku, astri, saifuddin (berdiri)
ngan Astri Fadhilah yg amat dichentai... (kete waja ko hebat la.Leh hangkut aku yg datin nih...ekekek)
Mizi (daddy ikan), aiza, aku, Adib (encik miskol) Kesimpulan : situasi bosan tapi best jumpa member. "haizum, u nak kurus ke?pegi duduk Spore la.Sana makanan tak best.Yg best sgt mahal," kata Kum yg skang study kat Spore. "ye ke? baik untuk diet program sy kan?," kata aku "tak lah. Aku rasa haizum ttp akan berisi sbb dia akan beli jugak makanan yg mahal tu,"aiza menyampuk. Dan semua gelak ngan riangnya... aku jugak yg berdesing lagik.
|
Thursday, September 01, 2005 |
Bicara Pada Bintang
[Bicara Pada Bintang] - Tajuk lagu Rossa. Yeah...aku dah jadi sedap nak sumbatkan lirik lagu kat blog.Bukan utk tujuan memanjangkan entry, tapi utk diri aku sendiri. "bilaku merindu...bicara saja...bintangkan mendengar..." Aku tahu bintang TAKKAN dengar.Bulan takkan jadi saksi spt mana dalam ayat yg terkeluar dari madah cinta manusia yg tgh mabuk kepayang.Tapi aku percaya, unsur alam boleh dijadikan satu kekuatan.Ada orang suka pandang kat langit, suka tgk bintang, ada jugak suka tgk bulan.Aku suka tak? Hmmm... tak sedar plak aku suka ke tak.Tapi rasanya aku jarang buat keje2 blues ni. Paling blues pon aku dengar lagu sampai tahap perkasa melayan lagu tu. Masa aku kecik aku tak suka sgt tgk bulan.Sbb aku sangat suka baca bedtime stories.Banyak cerita dongeng barat yg mengisahkan perempuan sihir naik penyapu sampai ke bulan.Sbb tu aku benci gila nak tgk bulan mengambang malam-malam.Aku rasa cam betul je nanti nampak nenek sihir naik penyapu.Tapi skang aku dah tak sebodoh tu nak percaya. Cuma ada satu benda yg aku masih percaya sampai skang. Kalau aku tido, aku mesti nak tutup telinga.Tak kiralah dgn apa pon, telinga mesti kena tutup.Sbb aku cam percaya sangat nanti ada benda datang bisik-bisik.Aku tau tak sepatutnya aku jadi sepenakut tu. Har har har...aku dah tergelincir dari landasan.Apa ke halnya aku bukak cerita nenek kebayan ni sumer.Uhuhu... Esemen infiniti. Tak pernahnya nak sudah.Baru rasa nak bernafas pas siap present projek satu, dah pulak masuk projek dua.Dua minggu tuk siapkan presentation character. Aku pilih Kitaro sbg character pilihan aku.Tapi tak sure lagi.Rasa cam nak buat Christian Dior.Bergantunglah pada info yg aku dapat collect dalam dua tiga hari ni. Hari Isnin lepas sgt dahsyat.Pagi tu satu studio main lepak-lepak.Borak sakan, siap berpesta dalam studio kununnya nak release tensen pas dua minggu gila ngan projek pertama. "Bosan arr tak de keje nak buat," aku leh merungut camtu kat kwn2 aku. "ha ah kan...kita ni kalau busy, busy gila.Kalau tak ada keje tu, mmg free abis sampai naik bosan dok dlm studio ni,"kata Farah lak. "Ye la tu bosan, kang En. Azimin suh sketch tuk esemen komunikasi... tau lah korang!Meeting pon lom discuss," Ainul plak tetiba mengingatkan yg sebenarnya kitorang ada byk keje tertangguh. Tetiba dalam kul 1 camtu, entah sapa tah inform kat satu kelas yg kitorang kena kumpul kat Tun Sri Lanang kul 2pm.Nak ja aku meraung time tu.Sbb aku dah kompom!Sure kitorang akan bermati-matian kena buat sketching sampai ke tgh malam.Silap-silap sampai 2 ke 3 pagi. Sah! Betul pon tekaan aku.Kena buat life sketching laju-laju dlm masa yg terhad.Then kena submit sblm kul 10 pagi esoknya.Dah tu kena submit ngan sketching yg kitorang wat kat Melaka dulu.Mati!Aku dah la tak siap. Tapi at least aku ni rajin gak.Nak kata pemalas, tak la sampai tahap pemalas gila.Sbb life sketching kat Melaka tu, aku tinggal satu je lagi tak siap. Dari TSL, kena plak lukis blok Aminuddin Baki.Dah la kena memanjat tinggi. Then kelam kabut buat....tak siap! Tambah plak sketch kat Pusanika tuk interior.Nak je aku melalak time tu.Masing-masing dah tertekan.Last kena lukis bangunan silinder TNEC.And finally...tak siap! Ingat balik studio nak siapkan ...tiba-tiba... Encik Azimin ngan wajah sgt releks... "Okay, kamu balik fac, kamu pegi kat Solar House, sketch solar house tu.Esok sebelom 10 submit ngan melaka skali," berdesing tinga kami sumer.Aku ngan Farah kelam kabut balik Zaa'ba sbb aku ada problem plak.Berlaku tragedi *TUT* yg mengganggu mood aku.Sumernya Arul ngan Faiz punya pasal! Pastu gelakkan aku.Mmg hangin satu badan. Akhirnya aku ngan Farah mengadap Solar House sampai Maghrib.Then masuk fac, sembahyang, dan sambung sketch kat studio sampai 10 malam.Balik je hostel, aku continue lagi sampai kul 2 pagi.Sesungguhnya itu adalah hari paling sengsara. Aku suka melukis.Tapi since aku join architecture ni, aku rasa nak termuntah ngan lukisan.Nak tercabut kepala aku rasa.Maunya tak.Mata dah mmg tak leh nak bukak, tapi tgn aku paksa gak melukis. Miza rumet aku tu plak hilang tak balik-balik.Rupa2nya dah balik Tganu ada emergency.Ceh, takut nak mati aku dua mlm tdo sorang2.Fuh, perjalanan malam yg sgt mencabar. IKLAN Uhuhu...blog aku telah diiklankan secara percuma oleh ENCIK KUMPRINX ngeh ngeh.Terima kasih atas iklan.Nak ja luruh jantung aku terkena kejutan bila aku masuk2 je blog dia, terpampang ngan chumeynya iklan blogku.Wakakaka....Pegilah tgk...pegilah tgk... *wink* NOTE : sesapa yg nak iklankan aku, silakan.Aku tak kesah.Sila..sila.. =D
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|