Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Tuesday, June 27, 2006

Reunion 2006

Anak-anak sekelian...
Apa kata kita semua buang yang keruh, cedok yang jernih-jernih sahaja.
Maksud aku bila aku kata begini...
Aku tak mau kalian bergosipan lagi soal DIESEL.


Mari kita ambil pensil, dan buat TITIK NOKTAH bersama-sama!
=D (
Beylo : kamu pandai lepaskan diri! kamu pandai! kamu pandai!)


Sesungguhnya itu bukanlah hiburan yang begitu baik.
Itu hiburan yang menghina aku semata-mata.
AHAHAHA!
(setiap kali aku menulis gelak dgn cara ini, aku pasti terbayangkan aksi gelak action kamen dalam crayon shinchan sambil mencekak pinggang)
Aku bukan apa, sekadar mau menimbus rasa malu yg dah aku bawa ke hulu ke hilir.
Yahoo Messenger aku sudah kebas mau menjawap soalan-soalan bonanza.
Yang pastinya membuatkan aku menepuk-nepuk dahi seberapa byk kali yg boleh.
Dahi aku tercedera akibat itu.
Untuk kebahagian sejagat, mari kita bersepakat membawa berkat.
Ayuh, lupakan tragedi DIESEL dan anggaplah kesengalan aku yang lalu adalah sengaja dilakukan demi memberi pengajaran utk dikongsi bersama kalian.
Lebih2 lagi kepada kaum wanita.
HAHAHA!
(aksi action kamen lagi)
Aku rasa, ayat aku dah cukup baik untuk buat semua pembaca tutup mata tentang tragedi tu. Tutup mata sekarang! Bagus, sekarang anak-anak jangan lagi imaginasikan aku sebagai seorang pelajar universiti yg sengal selepas ini ye. Terima kasih kerana tutup mata. =)

Okay, case closed!


********************************


REUNION2006
16 June 2006
McD Pandan Mewah


Masih kekalkan lokasi yang sama seperti reunion 2005.Malas bebel percuma banyak-banyak. Byk tenaga dah dibazirkan utk entri lalu yg super-saiya itu. Sekarang, tenaga aku sudah kritikal. Cuma tinggal sedikit sisa tenaga yg pastinya, akan aku gunakan untuk conteng arang ke muka beylo yg burok!


Reunion kali ni, Alia jadi Project Manager. Aku sudah letak jawatan akibat terlalu byk perkara yg perlu aku utamakan dalam hidup aku. Olympiarch je dah merembat hampir keseluruhan waktu aku. Insyaallah, kisah Olympiarch akan aku contengkan kemudian nanti.Back to reunion, thanks alia and good job!


Mari menonton gambar!







Ulasan:

Aku gembira sepanjang reunion itu hinggakan aku terlupa yg aku terpaksa rush sbb seekor raksasa bernama MASA mengejar aku. Terus terang, aku kelam kabut jugak sepanjang reunion tu sbb aku harus pulang ke ukm pd hari yg sama demi Olympiarch. Olympiarch lagi! See, benar kan kata aku betapa Olympiarch ni menjadi agenda sangat besar buat kami. Terasa mcm terhukum kehidupan beberapa masa yg lampau deminya.


Reunion ni bagus. Ramai yang hadir. Sesi ulangtayang kisah silam merupakan sesi kegemaran aku bila berkumpul bersama sahabat handai. Mereka tak pernah luput dari ingatan aku. Sungguhpon ingatan aku tak sesehat mana, tapi demi meraka... aku tak pernah lupa. Aizar, Astri, Marlia, Azhani, Mimi, dan Hikmah. Mereka ini sahabat handai kesayangan aku zaman sekolah. Jangan terkejot kalau aku katakan, kami semua beruniform biru dulu. Sama-sama pengawas. Entah magik apa yg membuatkan kami semua seangkatan sedemikian rupa.


Ah, terasa bosan mau mengadap Beylo.
Cerita ini tak menarik buat kalian.
Tapi menarik buat aku.
Sudah, kalian bersurai lebih baik.
Aku sendiri kadang2 benci mau melayan Beylo.
Nak pergi bersenam seminit dua.
 

Friday, June 16, 2006

Tragedi Diesel


TRAGEDI DIESEL
SABTU,
10 JUN 2006.

BANDAR BARU BANGI.

Bunda hulur duit, suh isi minyak kete yg dahaga minyak tu. Kereta aku mmg gerek ar dari segala segi.Aku suka.Tapi sikap burok dia, dia seekor insan yg sentiasa kebulur minyak. Nasib baik aku hidup atas belas ihsan ibubapa, klu aku hidup dgn berdiri atas kaki aku sendiri, alamatnya mmg dah lama aku rebah atau dlm erti kata sebenar, MATI! Innalillah...


Sabtu tu, aku balik UKM. Sempat sms Fara, bitau dia jgn makan tanpa aku.Tunggu aku sampai ukm, baru pergi lunch sama-sama. Pendekkan citer, sampai je kolej Burhanuddin Hilmi al-monkey-planet itu, aku terus fetch para sahabat aku untuk hiburkan perut. Pergi 2 kete. Fara, Shida, Twin (Ya and Ai) ikut aku. Yang lain ikut Adian. Aku suh Adian gerak dulu ke Pelamin (kedai peberet kami utk berpeleseran dgn perut). Aku pulak nak isi minyak dulu.


BAB SATU - Kami ke Shell bukan atas kerelaan aku sbb biasanya tangki 1266 aku diberi minum Mobil atau Esso. Tapi demi Mobil yg jauh sgt nak pegi, kami tetap ke Shell. Farah tanya aku "Petrol kan?" aku mula terasa nak tayang muka bengap. "Dulu kan..akak aku isi Diesel dalam kete dia.Abes mengamuk bapak aku," cerita Shida kat kami. "Oooo..." kata aku yg masih ala-ala bengap masa tu. Tiba2 aku tingat yg Pajero pakai minyak Diesel. Aku cuba bandingkan Pajero dgn CRV. Ok, hampir tergolong dlm kategori yg sama. Maka, aku pon dgn lagak sorang pemandu yg kunun-kunun dah dua puloh tahon memandu, terus carik2 tangki diesel. Sanggop pulak tunggu belakang bontot bas.


Aku buat deal dgn Farah memandangkan itu kali pertama aku isi minyak. Tak pernah seumur hidup aku buat keje2 isi minyak ni. Habiskan minyak, yes... itu tugas aku. Termasoklah kereta abah yg dulunya aku lanyak ke sekolah pon, tak pernah aku isi minyaknya. TAK PERNAH (note: sila ambil perhatian bahawa aku TIDAK PERNAH supaya pd hujung cerita nanti aku tidak disalahkan). Okay, deal yg aku buat dgn Farah. Farah kena tunggu kat kereta, dan tolong aku masukkan minyak. Aku pulak pergi masok counter dan bayar.


"Bang, nombor 5, RM50" kata aku sikit pon tak pelat. Berlakon sebentar mcm wanita-wanita korporat yg biasa keluar masok stesen minyak.

"Alamak, skang tak bley isi minyak la. Computer down," brader tu tunjuk muka serba salah. Aku kecewa sbb tangki aku dah hampir mencium petanda E.

Maka, kami tak jadi isi minyak dulu sebaliknya pergi isi perut dulu. Tapi, aku bersyukur sbb mengambil keputusan utk makan dulu. Buatnya aku terus berusaha utk isi minyak dulu, alamatnya mmg aku takkan makan sepanjang hari akibat tragedi ini.


BAB DUA - Tragedi bermula. Aku bitau Adian supaya pulang dulu sbb kami nak ke Mobil yg agak jauh tu. Seblom tu, sila rujuk balik nama2 yg mengekor dlm kereta aku. Semuanya PEREMPUAN. Okay, ingat tu! PEREMPUAN SEMUANYA! Terus, aku pon dah sampai ke Mobil. Dan park bukan sket punya baik lagi depan tangki nombor SATU.


Sekali lagi buat deal dgn Farah. Tiga sahabat yg lain hanya duduk diam-diam tanpa mencampuri urusan aku dgn Farah. Aku pon masok ke counter dan Farah tunggu nak tolong curuhkan minyak dlm perut kete.


"nombor satu, RM50" aku mintak kat cashier situ.


Farah pon terkial-kial dok picit-picit tapi minyak tak kuar. "Eh, Nurul. Btol ke abang tu dah buat," kata Farah. Aku pulak mmg samdol hal-hal isi minyak ni. Sbb aku TAK PERNAH. Selalunya, yang aku tau tangki aku sentiasa penuh abah isikan.


"Kau cakap tak, kau nak Diesel?," tanya Farah.

"Tak. Kena cakap eyh?," aku yg sengal pon bersuara secara sengal.

"Tah.Cuba ko gi tanya,"

Aku pon terkedek-kedek masok balik jumpa brader penjaga counter situ.

"Bang, yg tadi tu, nak Diesel tau," kata aku bukan main yakin lagi. Rasa nak seligi kepala sendiri. Rasa nak duku-duku kepala sendiri bila diingat-ingat balik perlakuan aku yg paling hina dlm dunia tu.


"Oh, nak diesel ke?," tanya brader tu sambil pandang ke kereta aku. Aku pon pandang jugak. Hmm.. jelas kenderaan aku kelihatannya dari counter tu.


Farah pon mula memicit dan kali ni berjaya. Aku dan Farah pon senyum2 puas sambil teriak kejayaan. (Perbuatan yg sebenarnya hina bila dikenang kembali) Tapi aku mula rasa pelik. Apsal lama sgt. RM50 kata bunda, taklah banyak sgt. Bunda kata, RM50 tu tak sampai separuh tank pon. Tapi time Farah picit tu, aku rasa byk betol minyak yg mencurah masok. Mungkin Shell bagi extra kot. EHEHEH....


BAB TIGA - Tragedi berlaku. Aku pon gerak tinggalkan Mobil dan membelok ke traffic light. Tiba-tiba... aku rasa lain macam enjin aku. Tiba-tiba aku rasa macam kereta aku tak hidup pon. Tiba-tiba... kereta aku mati! Betol2 depan traffic light dan aku adalah org paling depan kat line tu. Oh My God! Tak payah aku susah2 nak huraikan rupa paras aku waktu tu.Sure huduh dan paling keji air muka aku. Satu kereta gamam. Aku start byk kali tak boleh. Kuar macam2 tanda merah kat dashboard yg kasi warning something is wrong tapi aku tak berapa sure dgn warning tu. Aku try masok gear balik dan start lagi. Bullshit!


BAB EMPAT - Satu kereta putih datang dok belakang aku. Dia hon kat aku sbb traffic light dah hijau. Aku mula cuak super-saiya. Farah teros kasi double signal. Tiga sahabat dibelakang aku tak tau apa jadi ngan dorang. Tapi yg pasti, satu kereta dah cuak sbb kami semua PEREMPUAN. Dan tiga orang dibelakang tu mmg tak patot diheret dlm masalah ni sbb mereka langsong tak kenal apa ertinya memandu apatah lagi hal ehwal kereta. Aku dgn Farah yg patot settle sbb kami berdualah antara insan paling hyper dlm jabatan yg gila kereta. Oh my god!!!


Aku teros kuar dan pergi jumpa orang belakang yg aku tak tau sapa2. Aku dah tak pikir siapa org tu. Baik ke, jahat ke, pembunuh ke, perompak ke, ustaz ke atau apa2 je. Yg aku tau, i have to say something seblom satu dunia hentam aku sbb berhenti btol2 kat traffic light.


"Sorry, my car got problem," fuh, lega aku bila sorang brader melayu yg turun time tu. At least senang nak deal. Itu pon kalau dia ada hati dan perot.


Brader tu terus sambar kereta aku dan try byk kali utk start tapi tak berjaya. Then dia tolong arahkan semua kereta yg dah panjang berjela belakang aku pergi ikut laluan seblah lain sbb aku in emergency. AHAHA! Aku sgt cuak tapi yg pasti, aku dgn Farah still gelak ketawa macam gila. Patot kasi pelempang sebijik dua ke kami.


"Tadi sy baru isi minyak kat Mobil tu," kata aku. Mobil pon masih depan mata agi.
"Isi minyak apa?," tanya brader tu.
"Diesel," fuh, konfiden mak minah aku jawap.
"Huh? Diesel???? CRV pakai Diesel ke?," pertanyaan brader tu btol2 buat aku gamam. Terasa muka aku dihempap sembilan langit. Terasa macam petir berdentam dentum atas kepala lalu memanah jantong aku. Ini sesungguhnya perkara paling besar SENGSARA nya dlm hidup aku.


Apalagi, teros aku call abah. Takot jgn cakap ar. Ni sebnarnya kali pertama aku btol2 takot dgn abah. Terbayang yg abah akan marah aku dgn sgt azab lagi. Terbayang jugak yg lepas ni, kereta tu akan kena tarik dari aku dan aku takkan punya kereta lagi utk ke hulur ke hilir. Macam2 banyangan melintas. Brengsek btol.


"Helo, abah. Kereta mati tengah jalan,"
"Kenapa?," tanya abah cool je. Suara je cool, tapi marah mmg marah tu.
"Tadi org isi minyak Diesel, pastu dia tammo gerak,"
"sapa suh isi Diesel????! Mana bley masok Diesel,"
"Haaa...," aku nak menitik air mata dah.
"Abah bz ni," aku tau abah sgt marah.
"mmm..tak pe la, org settle sendiri,"

Tup! teros abah letak phone. Mummy!!!!!!! Babah marah!!!


BAB LIMA - Keje-keje menolak kete pon bermula supaya tak ganggu laluan traffic light. Sebnarnya bunda byk kali ingatkan aku.Kete auto takleh tolak.Takot rosak kereta. Tapi sbb terdesak, aku masok gear N, dan abang tu bersama sahabt2 wanita aku pon tolak kete. Punyalah nak patah kaki tangan aku sbb stereng jadi sgt berat. Brek pon berat semacam. Mmg aku tak reti nak kontrol time tu. Tapi sempat aku tergelak tgk Ya jadi pengawal trafik tengah jalan. Mmg jam gila jalan time tu disebabkan aku sorang. Pakat kena hon bersepah-sepah. Sana sini hon. Muka aku dah tebal mcm kulit gajah afrika. Mmg malu. Terasa mcm semua org tau akulah empunya kereta yg sengal.

(kami sempat bergambar riang ria. This is wut we call it... laugh ur problem out!)


Dlm kalut2 tu, aku tak boleh pikir apa2 selain call chee way. Aku tau aku asyik menyusahkan dia tapi waktu tu aku rasa nak mati kekejutan. Aku call, dia tak jwp. Then aku sms... "I got problem.Really need you now"


Then dia call tanya apa hal. Punyalah berterabur ayat aku. Sbb aku dah gementar sgt. Tak tau nak explain camner.

"My car... mati," aku menggigil sgt masa tu.
"Kenapa?,"
"Sbb sy isi diesel dlm kete saya,"
"huh? mana bley isi diesel dlm kereta you.. you kat mana?,"
"Ha... kat..bla..bla..bla.." aku ni jahil sket nak direct jalan.Lagipon aku pon tak tau nak sebot kat mana aku sebnarnya time tu,"
"Ok, sy dtg skang,"


Farah pulak dah call Adian suh amek bebudak tiga org tu.Sian aku tgk Ya, Ai dgn Shida yg tak berdosa. Tiba2 ntah dari mana dtg plak org2 workshop. Pendekkan citer, Adian sampai tak lama tu dan angkut tiga budak tu balik.


(Aku tau aku sgt gementar dan aku adalah pemangku masalah yg agong. Tapi aku tetap enjoy our stay tepi jalan tu.Hingga skang aku masih tak faham dengan kematangan fikiran aku. Kenapa aku selalu bersuka-ria dgn semua masalah aku? kawan-kawan aku juga)


Kami pon dok la bwh pokok tu sambil bual2 mesra ngan abang2 bengkel yg tak dikenali tu. (And one of them, a chinese guy tu interested to get to know me, asked for my number from Farah and wut the hell, he asked me for lunch but the hell here is... i have to pay for it. Lelaki mcm ni pon ada?) Macam2 soal selidik dia buat sampai aku naik rimas tapi aku layankan je sbb aku kan tgh butuh bantuan dorang. Tunggu kwn dia mai, tarik kete ke workshop dia. Aku plak tunggu chee way sampai sbb aku tak yakin nak pergi settle berdua ngan farah. Buatnya dia tipu, mmg garing kena goreng kami yg sengal ni.


Tak lama tu, chee way sampai. Entah apa dia pikir pasal aku. Mesti dia pikir aku ni macam2 hal. Itu lah, inilah. Dan aku sebenarnya waktu tu rasa serba salah susahkan dia. Tak abes2 heret dia dlm problem aku. Hmm.. sorry sgt. Sorry jugak kat Farah. Then aku ngan Farah naik dgn chee way dan follow mereka ke workshop. Nak menitik air mata aku time tu. Segala macam rasa menyerbu masok macam nak gila. Sedih tgk kereta aku tiba2 kena tarik. Takot nak hadapi ma, abah. Runsing soal duit since parents aku xde kat situ. Gelabah nak settle kan hal ni. Malam nak kejar England lawan Paraguay lagi. Rasa bersalah susahkan Farah. Rasa bersalah susahkan chee way. Rasa bersalah susahkan semua orang. Dan hari tu, aku dgn sendirinya melantik diri aku sbg BUDAK PEREMPUAN YG SUKA MENYUSAHKAN ORANG LAIN.


BAB ENAM
- sampai bengkel. macam2 dia buat. Semua minyak dia keluarkan. Masyaallah. Banyak gila minyak. Bayangkan lah, Diesel RM50. Tak ke banyak. Aku tgk kat bekas tu, minyak yg dia cuci keluar dari tank aku boleh ternak ratus-ratus anak ikan. Fuh, mmg haru! Kesimpulannya, sehari suntuk aku dok kat bengkel dan settle kes aku ni. Itu, ini, itu, ini, tiba2 dia kata.. problem aku besar gak. Kena bukak enjin dan tukar entah-apa-punya-binatang dia sebot. Aku iyakan je.


"Harga macam mana? mahal?," tanya chee way. Haa...tu yg aku nak tau sgt tu. Sbb mula2 masa kat bwh pokok tu, ada mulot puaka brader ni kata, mau seribu jugak problem kete aku. Brengsek!Mampos aku kalau kena seribu. Mmg satu hari satu malam la aku kena karang ayat nak bagitau abah.


"Hmm.. slalu klu macam ni, mmg lebih kurang RM600 jugak," terus aku rasa lemah longlai. Matila aku. Dan tiba2 aku ingat pada Farah dan Chee Way. Dorang pon baru2 ni kena RM500 atas problem kete jugak. Chee way punyalah terkilan time dia bagitau aku dia baru kuarkan RM500 utk kete. Farah pon citer nak nangis sbb kena RM500 tukar tyre. Aku pon sama!!! Huwaaaa... Dan time tu sempat aku ngan farah berjenaka seposen dua. "Ko dah kena, chee way dah kena, aku pon dah kena jugak. semua yg ada kete dah kena," kata aku. "adian? hmm.. tak lama lagi..." farah buat muka jahat. AHAHAH!! Opps, Adian. Dun worry. Itu jenaka semata-mata.


BAB TUJUH - Ptg tu tinggalkan kete kat workshop sbb dia kata maybe siap lambat atau esok baru leh amek. aku sedih nak mati tapi redha je la. Bunda dah mengamuk sakan kat phone. abah pon dah call byk kali marah-marah.


"Masalahnya, mana dpt idea nak masokkan diesel dlm CRV?Sapa ajar??!," Bunda mengamuk sakan.Aku takot woo...
"Mana orang tau. Org tak pernah pon isi minyak. Ingatkan sama cam Pajero," Aku masih menjawap.
"Weh, bila masa pulak Pajero pakai Diesel? Tak pernahnya kita guna kete pakai Diesel. Abah pakai Petrol!!! Petrol!!!Bukan DIESEL!Ko ingat CRV tu lori??"


"Abah kasi Lori ke kereta??? Yang pergi guna diesel buat apa?!," - abah
"abes rosak enjin.Tak sayang ke kereta sendiri?Lain kali tak tau tanya org. Ni tak, tak abes2 nak menyombong." - ma


"Lain kali baik bagitau kwn awk tu, isi je air paip dlm tangki kete," Mami Farah turut memberi kritikkan maut.


Kata2 tu semua buat aku sgt sedih. Bunda btol2 marah. abah pon. Abah suh aku settle sendiri. Kata abah, aku kan sentiasa pandai segala segi.Sampai aku gelisah sepanjang hari tu. Tiba2 ma call lagi ptg tu utk kali yg ke berapa ratos.

"Balik rumah kejap, amek duit. Mintak tolong kwn hanta," fuh, bunda dah cool. Aku tau. Bunda slalu camtu. Dia mmg slalu kesiankan anak.Slalu je haikal buat hal dgn RXZ dia dan bunda bising2.Tapi nanti, bunda jugak yg ulang alik ke bengkel motor bayar itu ini. AHAH...


Abah pulak, kata je suh aku settle, tapi sebenarnya dia dah kelam kabut mintak tolong kawan dia. Mulanya kwn dia nak tunda kete aku dari Bangi ke Cheras. Dia yg nak buat sbb sepatonya RM300 je. Org kedai tu saja nak ketok aku. Ingat aku anak Tan Sri? Tak de otak punya manusia. Student pon nak telan ke? Dan alhamdulillah, kwn abah tu kenal bengkel yg aku hantar kete tu. Dia sound sebijik dua org bengkel tu, dan mintak turunkan harga jadi RM300. Org tu tipu aku woo. Dia nak tukar minyak hitamlah, apalah... Padahal semuanya okay lagi.


Dan smlm, bunda cerita. Sebenarnya, kwn abah hanta sorang staf dia ke bengkel tu usha kete aku. Dia gi tgk org tu repair kete aku dan dia jaga supaya aku tak kena tipu. HAHAH! Patot pon akhirnya aku bayar RM350 je. Alhamdulillah.. mlm tu jugak kete aku siap.Gopoh-gapah amek kete demi mengejar england lawan paraguay yg sebnarnya merupakan game paling hampagas!



Kesimpulannya : aku makin merunsingkan dan aktiviti juga tindak tanduk aku makin tak terkawal. Aku makin hyperbola atas sbb2 yg tak diketahui. Sah, nak tunggu aku grad ni, mmg pitam kepala ibubapa dibuatnya. Ampunkan aku... Untuk semua teman2...terima ksih banyak2. Dan kombinasi antara aku dan Farah merupakan satu kombinasi yg membahayakan persekitaran sbb kami sama2 suka menyengal. Farah..... kita ni dah kenapa sebnarnya? Asyik susahkan mak bapak je... =(


Smlm lepas meeting terakhir Olympiarch, aku terus cabut balik Cheras. Hantar kete balik umah sbb kul 6 pagi nak berangkat ke Johot. Nak ke UTM, Skudai 5 hari. Aku terperap dlm bilik sepanjang mlm sbb takot nak bersemuka dgn abah. Ditambah pulak... smlm aku buat lagi satu hal. (mmg aku ni pembuat masalah!). Aku tersalah masok jalan on da way balik rumah tu. Apalagi, teros call bunda, bunda plak suh abah yg jawap. Bunda cerita, smlm abah mengeluh panjang pikirkan perangai aku.

"Anak pompuan sorang. Tapi mcm2 hal dia buat. Nak kata tak pandai, mmg pandai. Sbb dah terlalu pandai sgt la jadi macam2. Dari kecik sampai besar, maintenance dia sorang je dah tinggi..bla..bla..," ini yg bunda cerita. Aku tanya bunda. Abah marah ke? bunda kata...actually tak. Cuma angin masa mula2 dpt tau tu je.


Ku sangkakan, kisah aku dah beres setelah aku bersengkang mata, bergolek-golek dan terketar-ketar kuarkan RM500 (yg dah tentunya diclaim balik). Rupa2nya, mlm kejadian tu, elok je aku langkah ke studio, semua hingaq perli2 dan menyerbu aku soal DIESEL. Senior semua tau.Pendek kata, satu jabatan macam tau. Mmg malu nak mati. Sana sini diorang buat lawak yg berkaitan dgn DIESEL. Hinggalah hari ni, pantang dengar minyak atau DIESEL, mesti dorang pandang aku dan gelak terkekek-kekek perli aku. Huwaaaa!!! Terasa diri ini sgt samdol.


Maaf.
Aku sudah bosan mau terus mengarang tragedi yg tentunya membuka pekung didada aku. Aku malu sebenarnya nak publish entry sehina ni. Mari sebot samdol sebelas kali utk aku. Okay, confirm! Perkataan paling aku tak mau dengar sepanjang hayat aku ialah DIESEL. Dan mintak tolong kat semua warga Seni Bina, hentikan semua jenaka memerli aku tentang DIESEL. Aku malu sgt nih. Kalaulah aku seekor kura-kura... tentu aku akan habiskan sepanjang hayat aku dlm cangkerang tanpa berani mengeluarkan kepala walau sesaat pon. Aku malu. Beylo, ko juga patot malu bertuankan aku.



JANGAN SALAHKAN AKU.


SEBAB SATU - aku tak pernah isi minyak. Ini percubaan pertama aku. Dan kami terdiri drp golongan wanita kesemuanya.


SEBAB DUA - Tragedi ini mmg dah ditakdirkan utk berlaku samada aku mau atau tidak. Sebabnya, klu kalian betol2 baca apa yg aku ceritakan, ternyata byk sgt tanda2 yg menghalang aku utk isi minyak hari itu tetapi aku mau jugak dan berusaha gigih mengisi perut kenderaan aku.


SEBAB TIGA - Belajar dari pengalaman kerana pengalaman itu mendewasakan. Dan aku mengamalkan prinsip dare to fail (iyalah sangatttt~)


SEBAB EMPAT - tragedi ini sekurang-kurangnya membantu aku untuk mensensasikan Beylo. Iyakan?


Ayuh, ucap selamat untuk aku!
 

Daaaaa~

Ketika kalian membaca...
Mungkin aku sedang berada di UTM, Skudai.
Sempena Olympiarch.


Banyak harus diupdate dan aku semestinya tak mau terlepas apa2 event utk aku humban ke sini. Bukan utk kepentingan kalian.Tapi utk kepentingan aku. Tapi kalau kalian rasa berkepentingan, nantikan Tragedi Of The Year aku yg baru siap separuh dalam draft aku. Bila pulang dari UTM nanti, insyaallah akan aku canangkan ke seluruh alam.


Hari ni sgt bahagia.
Enak sekali.
Kembali ke zaman sekolah. Zaman mulut murai dan zaman menjadi joker murahan. WAKAKAKA....


note : maaf kepada blog2 yg lama sy tak jenguk. Terllau byk urusan lain yg lebih perlu diutamakn. =) lepas 22 Jun, kita kembali bermesra dan bercandaan ya... Dan terima kasih kpd Dhani yg mengwarwarkan perihal blog ni. Akan cuba mendapatkan akhbar tersebot =)



Aku pergi dulu.
Daaa~
 

Monday, June 12, 2006

Sekali Lagi

hari ni sgt indah...
hari ni sgt sedih juga...
hari ni sgt luar biasa...
hari ni sgt menyakitkan juga...


Sangat sedih.
Sangat sakit.

Kesedihan yg sgt menyakitkan.
Semoga tak akan lalui hari-hari yg menyakitkan semacam ni lagi.


Sangat indah.
Semacam bersiar-siar ke masa lampau.
Untuk sesaat dua...


Kebahagian sesaat dua...
Tapi sakitnya bukan main panjang lagi.
Macam tak mauberhenti.
Kalau aku boleh keluarkan rasa sakit tu, nak je aku upload ke sini.
Biar satu dunia boleh kongsi rasa sakit yg aku rasa.
Kenapa semacam ni????


Tak apa...
Jangan risaukan aku.
Aku boleh berhibur dgn semua kesakitan.
Dan kadang2 keindahan tu satu bencana paling agong.




-Aku mahu sesuatu yg constant-

 

Wednesday, June 07, 2006

Tragedi Mandi Cat

Farah sms.
Duh, berdetak jantong bagai nak terputus nyawa.


"Nurul!!! Result dah kuar!"

Ha, silalah letakkan diri kamu dalam kasot aku. Student mmg slalu membebel musim exam. Semua student benci exam. Aku juga. Satu, exam menghadkan beberapa aktiviti hyperbola kegemaran aku. Dua, exam buat aku jadi ulat buku tiruan. Tiga, exam buat aku rasa macam ibu baru lepas bersalin. Mcm ibu dlm pantang yg serba serbi perlu ikut peraturan, nasihat dan tradisi demi meneruskan kehidupan yg sehat. Empat, exam merembat terlalu byk masa poya-poya aku. Contohnya tak boleh poya-poya lama di restoren sbb kena bergegas pulang dan sambar buku. Kalau boleh nak masuk dlm buku tu.Menyelam dan minum semua ilmu sampai perot kembung. Lepas tu muntahkan dalam dewan pekser. Kesimpulannya exam lebih dahsyat dari serangan wabak pembunuh.



Akibat daripada alasan2 di atas, yang membuatkan aku semacam tak ikhlas dgn peperiksaan, maka keputusan exam aku pon hidup segan mati tak mau. Nampaknya angan2 nak berbahagia menyandang anugerah dekan tahon ni terpaksalah aku tunda ke tahun berikutnya. Pointer 3.5o semester lepas nampaknya dah tergolek sket ke bawah. Brengsek! Sapa brengsek? Aku ar! Tuih, sekarang boleh benam muka sendiri dlm kolam sampai lemas. agak2 nak putus nafas, boleh bangun mendapatkan udara sesaat dua dan benamkan kepala semula. Senaman ringan ni mungkin boleh sedarkan aku yg aku takkan berjaya jadi arkitek kelas atasan klu akademik aku terus menjunam mcm pesawat terhempas. Tapi...


Salah aku ke? Aku dah usaha la oi! Cuma design tu aku mmg rasa nyawa2 ikan. Sbb masa internal review tu, model aku roof tak sempat siap. Panel aku pon tak complete. Sepanjang musim design sem ni, aku byk sgt give up. Dan aku plg terkilan dgn keputusan aku utk stop semuanya pukul 5 pagi tu sedangkan aku ada lagi 3 jam utk proceed. Dah lepas pon. Sekarang nak menangis tujuh tempayan pon tak de maknanya. Klu aku tampar muka sendiri byk2 kali pon, Lembaga Arkitek Malaysia takkan bagi aku kedudukan dlm lembaga pon. Lebih baik motivate diri dan belajar byk2 seblom berangan jadi arkitek bagus-bagus.


Ma, abah...
Susahnya belajar senibina ni.
Dan kenapalah setiap sem pon,
Komunikasi SeniBina sentiasa jd subjek perosak pointer?
Dan maaf, Beylo...
Aku terpaksa perasan sekali lagi..
Yang konon2nya aku ni ahli silap mata yg cemerlang.
Sbb...
Aku dapat A utk maths.
Matematik SeniBina aku A????
Oh, inilah rupa2nya magik super-saiya yg aku terasa aura2nya sejak beberapa hari kebelakngan ni.
Punyalah aku study mati demi Sejarah. Study macam aku akan kena tembak mati klu aku tak study butir demi butir.
Tapi alahai...
Sem lepas aku boleh kembang kempis dgn result sejarah yg sgt membanggakan,
Sem ni aku boleh kena radang emosi sbb sejarah aku boleh jd sampah.
Hentikanlah bercakap pasal result.


Semalam di UKM.

20 minit drive, aku sampai UKM. Kembalilah aku ke kehidupan ratu-ratu yg hyperbola bersama semua sahabat handai. Dan kembalilah ke Kolej Burhanudin Helmi yg terpaksa kami huni bersama monyet2 universiti yang cuma tau selongkar tong sampah demi membesarkan keluarga. Aku rasa, monyet2 ini jantan kesemuanya.Kalau bukan jantan, mereka mungkin lesbo. *Ini fakta, bukan pornografi* Sbb monyet2 ni hanya terdapat di sekitar blok perempuan. Entahlah, mungkin juga mereka lebih selesa tinggal bersama masyarakat wanita.


Ptg smlm, lepas check in bilik, aku terus membuta sampai ptg. Kalau tak disebabkan Ainol kecoh-kecoh, mungkin aku akan terus jadi buta. Cam biasa la, bila je mengadap muka farah dan bila je bersama sahabat handai, perut aku mesti tunjuk perangai. Lapar manjang. Maka, kami menyerbu ke Pelamin. Lama tak naik 'Pelamin'. Dan lepas tu poya-poya kejap kat studio. Dan akhirnya tertewas lagi dek nafsu. Balik, penuhi tuntutan nafsu yg tinggi. Hmmm.. sempat aku dgn Farah bukak teori yg realistik. Kami sebaiknya jgn pulang smlm klu semata-mata nak bergolek-golek dan bersukan atas katil. Tsssttt....


(2 minggu kami cuti bergosipan. Abis harini meletop semua drama)


Tragedi

Janji dgn Farah, nak bangkit awal dan breakfast kat Pizzahut. Spt biasa, drp berjanji dgn aku yg mengaitkan perihal pagi hari, lebih baik berjanji dgn tiang-tiang telekom sepanjang jalan. HAHAHA! Kan aku dah bilang, aku sgt jarang dpt peluang bersarapan. =(


Pukol 1 lebih, aku sampai studio. Dapat sebijik 'cenderahati' dari Ainul "Lain kali bangun pukul 2 ye..." Aku tak pedulik dgn kata2 macam tu. Dah biasa dengar. Perasaan aku dah immune. Hmmm.. yang nak aku gembar-gemburkan nih... Ha!


Entah knapa musim2 final break ni, aku rasa berlagak pulak taknak park kat belakang2. Bukan aku je, Farah, Adian, Chee Way dan semua warga studio yg berkereta pon aku tgk bukan main terkinja-kinja parking kat tapak2 ekslusif yg selama ni mmg jadi sumpahan keramat. Berani ar park situ, mmg pakat nak kena saman ar jawapnya. Tapi ptg tadi, punyalah perasan tinggi sgt darjat aku, aku pon parking kat tempat lecturer. Mula2 terjadi tragedi kena sound dgn sorang 'aunty' yg menggelarkan dirinya 'akak'. Dia kecoh kereta dia tak boleh keluar sbb kereta aku park belakang dia.


Aku yg ada otak pon berpikir. Kalau aku park ngam-ngam satu petak, dia pon park ngam2 satu petak... mestilah mengikut standardnya, dia gerenti lepas nak keluar masokkan kete dia.Tapi dia protes tak boleh. Sbb aku rasa aku pon dah buat salah park kat kawasan lecturer, aku mengalah je lah. Aku bitau dia.. "Okay, saya tunggu. In case tak lepas, I reverse my car k..." Suara aku bunyi best.Tapi kenyataanya aku rasa loyar anak tekak. Aku sgt tak puas ati sbb dia kata kete aku block dia nak kuar. Huh... ??? Patot pon slalu timbul stereotype ttg perempuan yg memandu. Yaaaaaaa!!!!~


Aku masok studio, aku bebel-bebel tentang makcik tu. *Makcik tu mungkin sorang pensyarah engineering.Mungkin sorang ketua jabatan.Mungkin sorang prof atau mungkin juga bertitle Ir.*


Aku lunch dgn Farah kat cafe. Sambil lunch, ungkit-mengungkit dan bergosipan ttg mcm2 nama. Abis lunch, lalu depan org tgh mengecat bangunan fakulti. Oh my god!!!!! Aku rasa nak menjerit sekuat-kuatnya. Kereta aku tinggal sorang-sorang di sepanjang kawasan letak kereta yg luas tu. Terus aku berlari ke kereta ajak Farah dan punyalah gundah-gulana perasaan aku tgk kete aku yg dah basah kuyup. Menitis-nitis pulak tompok putih cat habis satu kete. Aku tak tau nak gelak terguling-guling ke atau nak menganga luas-luas. Yang pasti, aku tersengih-sengih mcm orang gila. Nampak comel jugak kereta aku macam tu. Basah kuyup... mandi cat. Kelihatan comel dan sensasi! HAR HAR HAR!


"Sapa suruh parking sini. Kan org tgh buat keje kat sini," terdengar suara dari atas. Aku dongak tgk atas. Masih sengih.

"Nak saya semburkan?" suara dari atas tu kedengaran lagi. Aku kata tak payah.

"Bak lah saya cucikan kasi hilang cat," suara dari atas masih kedengaran.

"Tak pe...," kata aku yg sebenarnya dah cuak.Terus aku pusing ikut tasek, dan masok balik ke fakulti. Kali ni, aku park depan cafe. Aku suruh Farah masok carik kain burok nak lap kete. Aku dah tak kira panas terik lagi dah. Program Jaga Kulit semua aku dah lupakan. Aku cuma pikirkan kereta terchenta je.


Aku mundar-mandir depan kete aku sementara tggu Farah mendapatkan kain burok yg sgt aku idam-idamkan. Pekerja2 yg mengecat tu semua dok riuh rendah perli aku. Rasa nak lastik satu-satu dari bawah. Biar padan muka menjunam jatoh mcm burung terkorban. AHAHA!


"Hoi!!," Tiba2 suara tu berbunyi lagi panggil aku. Aku toleh. Si lelaki tukang cat tu kasi signal yg dia boleh tolong semburkan kete aku kasi hilang cat. Demi kasih pada kereta yg sgt tinggi, aku pon terus start enjin dan kembali ke tempat parking aku yg tadi. Tak sempat aku turun, terus disemburnya kete aku. Fuh, terasa macam aku ni orang besar2 pulak. HAHA! Farah dah tersengih-sengih bwh pokok aku tgk. Siap cuci! Aku pon hangkut farah dan sekali lagi kami pusing ikut tasek. Stop jaaa....uh dari cafe dan studio. Kami pon tau malu jugak. Drp free-free kena gelak dgn kaum kerabat yg lain, lebih baik kami dok lap kete yg lencun tu jauh-jauh. Tu pon sempat kena perli sebarang dua ngan moto yg lalu. Mmg tak senonoh btol. Tgh hari buta kami menonyoh kereta. *ni lah kali pertama aku cuci kereta aku. Dan kejadian ni mmg sgt bersejarah buat aku*


Siap semua, aku rasa tak puas hati lagi. Sbb tompok cat masih ketara. Aku masok studio, panggil Anuar teman aku lap kete. Mula2 dia merungut malu. Kata dia, malu je buat keje2 camtu depan cafe. Nanti kena gelak. Tapi kalau dah namanya Anuar, setakat aku ayat sket2 mmg goyah lah! WAKAKA... Maka, kami berdua pon tengah terik tu dok lap kete sampai kering. Mmg sia-sia aku dressing baik-baik ptg tadi. Tak de maknanya klu terpaksa terbongkok-bongkok lap kereta macam orang gila. Lecturer dan student yg lalu lalang dah pandang semacam.

"Babe, mesti dorang ingat kita ni kena denda cuci kete lecturer kan?," tiba2 terlintas idea tu kat kepala aku. Gerenti punyalah! Sbb tak pernah dibuat orang cuci kete kat fakulti.

"Ha ah... buat malu btol," Jawap si anuar yg samdol ni.

"Dek! Nak abang tolong basuhkan? Meh abang basuhkan tayar kasi putih meh," tiba2 menyampok pulak sorang tukang cat dari jauh sambil tayang2 kan berus cat kat aku. Brengsek!

"Tak apalah. Terima kaseh," kata aku dan tersenyum manis. Brengsek! Brengsek! Patotnya aku yg cat kan lidah dia dgn cat putih tu.

Waktu aku berambus dgn anuar, kesemua tukang cat yg bergayutan di bangunan memekak perli aku itu ini. Aku buat muka tenang. Kunun2 aku tak dengar. Padahal, masok je studio, aku gelak macam nak mati. aku terasa sgt samdol harini. Dan bila aku cerita kat ma dgn abah, pakat gelak semua.Mmg macam2 hal aku dah buat sepanjang setahun kat UKM ni. Nak tunggu aku grad, entah malapetaka apa lagi bakal aku buat. Silap2 satu hari nanti ada bergegar jugak fakulti tu.

Dan lepas meeting, aku balik umah. Sbb pagi esok nak balik Johor. Yeay, balik kampong! Punyalah jam ptg tadi. Slalunya aku drive balik 20 minit je, kali ni 45 minit. Hujan lebat lagi. Salah aku jugak sbb patotnya dapat balik pukol 4, tapi aku menggatal pergi entertain perut aku ke PizzaHut. Kami mengidam PizzaHut dari mlm semalam. So, aku pergi dgn Farah dan Anuar (Babe). Hmm.. aku sanggop lakukan apa saja demi memenuhi nafsu. Nafsu mata dan nafsu makan. Tu ertinya aku sgt bertanggungjawap ke atas diri aku.



(Mereka inilah yg melengahkan kepulangan aku ptg tadi. Tapi syurga btol bila disamping makanan-makanan eksotik begini)



Dah byk menyonteng. Ini sebenarnya contengan untuk 3 hari akan dtg. Sbb aku akan pulang ke kampong.Maknanya, tiada contengan buat Beylo. Klu rasa tak mampu baca, boleh baca hari demi hari.







Untuk aku : Aku tak suka acara kita ketika ini. Tak payahlah kita main 'tarik tali'. Sbb aku sgt sakit. Aku sgt risau dan rasa tak selamat. TAK SELAMAT. Dan kondisi di mana kita boleh 'sama-sama selamat' takkan pernah berlaku. Sbb kita main 'tarik tali'. Apakata kita main lego? Demmit!


 

Monday, June 05, 2006

Di setiap ada kamu...

tiga puloh minit lepas, aku bangkit dari tidur yang sgt enak. Enak sekali. Enak dua kali. Enak tiga kali. Dan enak berkali-kali. Lebih enak dari menikmati minuman yogurt berperisa strawberi.Yummy! Sekarang jam pukul 8.35 pagi. Magik pertama utk hari ni dah berlaku. Magik bangun pagi.


Magik kedua mungkin berlaku pada jam-jam berikutnya. Dan aku masih berharap, akan berlaku magik super-saiya yg cemerlang. Yang bisa buat aku senyum meleret-leret.... atau ketawa terbahak-bahak macam gergasi dapat kuasa. Hmmm *sengih*


Perutku lapar.Dia berbunyi lagi.Cam biasa ar! Menghasilkan bunyi-bunyian genderang mau perang. Dan aku rasa tertekan dgn kerenah perut lapar. Lepas mandi sesiram dua ni, aku kena tunaikan tanggungjawap terhadap perut. Menyogoknya dgn makanan-makanan sedap. Sbb aku adalah penggemar kata-kata komersial yang berbunyi 'hidup biar sedap'. Kalau hidup ini tak sedap, kan lebih baik mati. Tapi aku bersyukur sbb hidup aku selau sedap. Lagi sedap kalau aku dapat mendebik beberapa ekor 'buffalo' liar yg suka sgt buat hidup aku tak sedap. Oh, ha! Sebut pasal 'buffalo', aku harap kesemua 'buffalo' ini tidak akan ganggu kejadian magikku yang bakal cemerlang pada jam-jam berikutnya nanti.


Sbb tu....
Aku kadng2 malas nak balik kampus.Bukan sbb aku benci kampus. Aku kasih pada kampus. Kampus merupakan sebahgian dari rumahtangga aku yg perlu dijaga cermat. Tapi di kampus, terlalu byk aktiviti menternak 'buffalo' jahat. Dan aku runsing! Semoga tiada buffalo berani mengendeng sekitar aku.Aku cuma mau tenang. Tenang melakukan apa yg aku mau sesuka dan sesuki aku. Faham? Tak faham sila diam dan terus ke bacaan berikutnya.


[ Magik Hati ] - Selain kehidupan yang magik, hati juga sgt magik. Patot pon di setiap ada kamu... otakku berfikir.Bagaimanakah caranya...untuk berdua bersama kamu. Tapi sebenarnya aku tak berapa sukakan magik perasaan.Sbb magik tu susah nak faham. Contohnya dalam fasa pertama percubaan aku melembutkan hati. Ternyata, gagal dan brengsek sekali! Dalam fasa kedua, aku macam byk sgt bermain lompat si katak lompat hingga akhirnya aku dianggap seperti anak-anak kecil yang blom mumayiz. Dan dalam fasa ketiga mengobat hati yang cedera, aku hampir tergolek-golek utk kembali ke fasa terakhir program 'patah hati'. Sekarang, aku tengah bergolok bergadai perasaan dalam fasa paling genting. Iaitu fasa membuat keputusan. Keputusan utk teruskan... atau hentikan semuanya. Aku bingung dan kebingungan membuatkan aku rasa macam orang bangang. Sedangkan aku tak pernah bangang sebelom ini. Aku bengang! Hmmm... contohi permainan bola sepak. Tak salah kalau aku berlengah-lengahkan permainan pada masa-masa tambahan yg genting.Tak salah jugak kalau aku main passing-passing dan menggelecek dgn licik sekali seblom menyumbat gol. Tapi yang pasti, aku tak mau tendangan penalti atau tendangan percuma. Aku mau gol secara magik yang cemerlang! GOLLLLLL~!!!!!


Lagi beberapa jam...
Mungkin aku kembali terkedu.
Ah, kat beylo je aku berani bertegang leher menegakkan semua cetuhan rasa aku yang berkobar-kobar ni.
Bila dah berdepan...
Aku jugak yang tertunduk-tunduk.
Kesimpulannya, magik aku takkan pernah berjaya kalau aku terus dgn perangai tarik tali aku ni.
Dah, sekarang musim bola, bukan musim tarik tali.
Baik aku berambus...mandi dan pergi sogokkan perut sampai pengsan!
Jumpa lagi.


DI SETIAP ADA KAMU MENGAPA JANTUNGKU BERDETAK...
*ah, sebetulnya, di setiap ada aku... jantung kamu yang berdetak*
 

Sunday, June 04, 2006

Ahli Silap Mata

Semalam...
Waktu aku menconteng arang tak tentu hala di sini..
Aku cuma bebel percuma tentang semua magik yang aku heboh-hebohkan.
Hari ni...
Aku pasti dgn perasaan pelik aku semalam...
Kehidupan mmg sebuah magik...
Di mana kita semua adalah ahli silap matanya...
Tak syak lagi, manusia mmg punya kepandaian untuk buat magik.
Dan hari demi hari...
Aku terasa makin ajaib semua perkara yang menyerbu masok dlm kehidupan aku.
Oleh itu, patot berbangga kita semua...
Kerana kita adalah ahli silap mata yang pandai me-magik-kan kehidupan sendiri.
*sekarang boleh tepok tangan kuat-kuat*



Ptg tadi, ke kenduri lagi. Kan dah aku bilang, semuanya ajaib-ajaib belaka agenda hidup aku kebelakangan ni. Nampaknya, aku makin kerap menghadiri kenduri kawen. Yang sebenarnya merupakan majlis keramaian yg paling aku tak gemari. Tapi memandangkan aku kena temankan bunda, aku pergi jugak dgn terhegeh-hegehnya. Kalau smlm, aku naik hangin sbb terpaksa park kereta sebatu jauh, hari ni aku 'NAIK HANGIN SANGAT' sbb kena park dua batu lagi jauh. Dan aku dah bagitau bunda time kami terkedek-kedek menapak mendapatkan kereta yg dua batu jauh dari rumah pengantin. Aku bilang pd bunda, kalau esok2 ada kenduri lagi, kita park kereta depan rumah dan menapak je dari rumah ke rumah pengantin. Bunda mengiyakan.


Majlis hari ni, biasa-biasa je.Perasaan masih plain. Cuma mata ni je yang berlagak sensasi sket hari ni. Macam2 orang aku dpt tgk hari ni. Termasoklah peminat-peminat fanatik zaman hingus meleleh dulu. Jugak senior2 lama alam persekolahan. Tiba2 terjatoh pulak pandangan aku ke sorang lelaki yg tgh makan bukan sket punya selera. Serta-merta aku tingat peristiwa kem pengawas masa aku tingkatan 1. Masa dlm bas nak ke pusat kem, lelaki tu duduk belakang aku. Macam2 dajal dia buat kat aku dgn member seblah aku. Sampai harini aku ingat. Dan terasa nak lontar semangkok dua periuk belanga ke muka dia. Tapi tak apalah. Lain kali je aku buat camtu. Hmmm... lagi satu! Ni pertemuan yang bukan magik. Sbb pertemuan ni kalau bukan dgn kuasa magik pon boleh berlaku. Aku nampak Fauzie. Member lama yang sgt baik. Kebaikan dia tu sgt konsisten. Dulu, kini dan selamanya dia akan menjadi lelaki baik. Aku yakin. Dan aku blom jumpa mana2 lelaki yang boleh gugat kedudukan dia sbg lelaki paling baik dlm senarai sahabat handai aku. *aku bukan buat promosi atau lelong barang, anggap je ni pengiktirafan aku buat dia yang dulunya sgt rajin kalau disuruh tapaukan air dan seludupkan ke dlm kelas*



Yang aku perasan.... Pengantin sekarang ni suka pilih tema purple. Kenapa? Ada fakta menarek ttg ungu ke? Atau feng-shui berpendapat ungu itu tanda murah rezeki, anak ramai dan kebahagiaan tak bertepi? Atau pengantin nampak lebih ganteng dgn pakaian ungu? Atau terpengaruh dgn filem Ungu Violet? Atau suka-suka memilih ungu? atau... atau aku terlalu menyebok mau memikirkan isu seposen dua yang tak de maknanya ni? Okay, jgn persoalkan tentang ungu lagi. Mungkin itu hanyalah salah satu magik yang berlaku dlm kehidupan sahaja. Yang aku pasti, bila aku kawen nanti, akan ku warnai seluruh alam dgn warna hijau. Dan semua tetamu juga kena berpakaian hijau. AHAHA! *Nanti semua tetamu aku kelihatan spt Shrek. Barulah nampak Lagenda perkahwinan aku kelak* - oh my god! Sila humban angan-angan ttg kawen buat masa ni.



Beylo yang ajaib...
Esok pagi aku akan berambus lagi dari rumah ni.
Kena pulang ke pangkuan UKM.
Pulang sorang-sorang tau, Beylo...
Sbb sahabat yang janji nak ikut aku pulang...
Dah mungkir pd janji...
Mungkin aku akan balas dendam satu hari nanti...
Dgn mengheret beliau ke restoren makanan mahal yang enak dan berpatutan...
Membahagiakan perut dgn segala macam hidangan mewah...
Dan memaksa beliau membereskan urusan Ringgit Malaysia di counter.
Mungkin...
Apa-apa pon boleh berlaku dlm kehidupan yang magik ini.
Termasuklah kawan makan kawan...
Sahabat....
Tunggu saja hari pembalasannya nanti.
HAR HAR HAR!



Aku mau berambus. Mencari stokin belang-belang, dan mendapatkan sweater untuk badan aku. Terasa maukan kuasa magik yang lebih hebat ketika ini. Alangkah indahnya kalau kesemua stokin, sweater dan glove ni boleh berjalan sendiri mendapatkan aku. Lebih indah lagi, kalau aku boleh buat magik melalui pikiran. Hanya pikir untuk memakai stokin, dan kuasa magik membuatkan stokin tu terkedek-kedek menuju ke kaki aku, dan membungkus kaki aku dgn sendirinya. Sayang... aku hanya ahli silap mata yang selalu silap tentang kehidupan. Aih, kehidupan ini mmg selalu menyilapkan pandangan mata.


Semalam aku hampir buat magik yang gila.
Nasib baik aku tak sempat nak test power kuasa magik aku.
Nasib baik peluang itu dgn ajaibnya melarikan diri.
Lari...lari..lari...
Ah, macam brengsek!
Nak lari, larilah!
Aku pedulik ker? Aku tak pedulik lagik.
Dan aku sikit pon tak akan pedulik.
Sbb aku boleh buat magik pada perkara lain.
Seperti menghabiskan cheezy wedges KFC dgn cepat sekali.
Dan meneguk air minuman yogurt yang enak.... sehari 13 botol.
Aku masih pandai buat magik...
Sunggohpon aku gagal melakukan magik super-saiya smlm..
Tapi.... he will always be my magical memories.
Tiba2 aku benci magik!
Ah, boleh jalan semua magik-magik murahan!


Aku nak tido. Tido dan bangun semula esok pagi. Semoga magik hari esokku lebih menarik. Aku pulang ke UKM esok. Selamat tinggal Beylo.

 

Saturday, June 03, 2006

Magik (sebuah contengan pelik)

Zaman aku kecik-kecik, kalau dpt tau lah parents plan nak balik kampong, mau bergegar rumah dibuatnya. Mengira hari mcm wakil rakyat tunggu menang jawatan pilihanraya, cakap lu! Tapi makin besar (makin tua), semangat balik kampong mcm lusuh. Mmg tak patot ada sikap macam ni. Tapi sebetulnya aku lagi suka bergolek-golek dlm rumah sendiri. Dan sebetolnya jugak, aku hanya terasa tidur aku sempurna atas katil aku sendiri. But not to deny, balik kampong is a must! Lagi2 dlm tradisi melayu yang mmg ada tabiat suka balik kampong. Kalau boleh, itik jiran seblah bertelur pon nak balik kampong. Kucing siam depan rumah nak menikah pon nak balik kampong. (adakah ini berbaur sensitif?) www.sukatiaku.com lah!



Sebenarnya semalam aku balik kampong. Sepatotnya ia merupakan aktiviti bagus dalam agenda semalam aku. Tapi memandangkan hanya balik bertiga, (aku dan ibubapa), perasaan aku jadi plain. Cuma yang aku tau, semalam adalah hari bangun pagi-pagi. Demi mengelak gangguan frekuensi gelombang bunyi, aku bangun dengan rakus sekali. Sungguh ajaib bila dipikir-pikirkan balik. Dan terasa magik yang hebat untuk dikenang. Aku bangun pagi? Inilah namanya kuasa magik. Ye, ibubapa zaman ini sudah pandai buat magik. Lagi2 nak magikkan aku.Bukan susah. Sebut je kata kunci 'breakfast', gerenti magik tu menjadi. Bukan setakat menjadi, malah menjadik-jadik magiknya! *owh, betapalah aku pandai memanjang lebarkan ayat tatabahasa yg sepatotnya mudah*


Ayat tatabahasa mudah : Semalam balik Tg Malim, jumpa Pak Ngah. Rindu Pak Ngah dan anak-anaknya. Tak tersengaja, terjumpa pulak mak cik aku yang lama hilang tak muncul-muncul. Ni lagi satu magik. Dia kelihatan langsing. Mengingatkan aku kepada lagu Tiga Beruang. *yaa...merepek dahhh!* Dan secara tak terduga pulak dapat jumpa anak-anaknya yg dua orang tu. Kanak-kanak perempuan yang vogue! Umak aih, Elika tu vogue sungguh lah! Usia 5 tahon, boleh expose diri macam supermodel. So, aku terpikir jugak macam mana dia expose diri dia waktu usia 15 tahun nanti. Dan aku pon tak sure samada aku suka atau tak kalau-kalau ada generasi aku yang terkedek-kedek jadi model satu hari nanti. Hmm... aku lagi suka suku sakat aku jawat jawatan yang bergelumang dgn bisnes/projek juta-juta. *Okay, aku dah termasuk ke alam fantasi yang materialistik. Sebelom mata aku hanya dikaburi Ringgit Malaysia, lebih baik kita ke contengan yang seterusnya* NEXT!


Kenapa sekarang aku terasa sangat tak ada hati nak membebel tak tentu arah?
Rasa nak letupkan keyboard ni.
Terasa setiap bijik yang aku conteng ni macam cakar ayam yang menjelikkan.
Aku ada masalah skang ni, Encik Beylo.
Aku tak tau perkataan mana nak aku campakkan ke contengan kali ni.
Macam sedang biol jangka masa pendek.
Mungkin aku lagi baik berhenti dan conteng lagi bila aku sudah tak biol nanti.
Ah, tensen btol!
Waktu jari ni terkinja-kinja nak berjoget atas keyboard...
Waktu tu lah otak tak mampu nak proses ayat.
Brengseknyer!


Beylo, I conteng kecil-kecilan je la ye.
  • Dari kampong, kami picnic ke Sg.Bil. Perasaan? Bagus... tapi sepatotnya bagus tu boleh upgrade jadi Bagus Giler kalau adanya bebudak lelaki tu semua. Tak biasa jalan kereta longgar. Biasanya kereta penoh. Sampai bertekak masing2 nak lapang. Smlm aku betol2 lapang. Rasa mcm duduk kat tgh Padang Rumput Prairie yg luas. Selalu aku mesti carik pasal dgn salah sorang bebudak lelaki ni. Mesti aku gatal2 tgn cilok-mencilok makanan diorang. Semalam, macam kat syurga makanan! Satu kete penoh ngan makanan. Yang pastinya utk aku sorang.Dan aku jadi runsing sbb byk sgt nak dimakan. Inilah lagi satu contoh2 magik.


  • Ptg tadi teman bunda pergi kenduri. Aku tak suka kenduri. Sbb perut aku sgt anti dgn makanan kenduri. Nanti perut aku bergusti mania kalau pekena lauk kenduri. Sgt mengada-ngada perut yang tak berdosa ni. Tapi demi kesiankan bunda yang jugak tak menggemari acara kenduri-kendara, aku pon drive ke rumah kenduri. Durjana btol! Aku terpaksa park kete berbatu-batu jauhnya dan terhegeh-hegeh berjalan ke rumah Aiza. (sbb kenduri tu dpn rumah Aiza). Perasaan? Tak ada lain kecuali malu. Aku tak biasa muncul di mana-mana majlis kawen. Rasa kekok. Sib baik terserempak dgn Aiza yang dok tersengih tepi pagar umah dia. Hmm... dan ini pon magik jugak. Magik sbb dua minggu berturut-turut aku ke kenduri kawen. Magik nyer!


  • Ptg tadi aku tonton Forevermore. Romantik sekali. Adegan pilihan aku ialah adegan Jericho dan Kristine kissing kat ladang mangga. Dan serta merta pokok2 mangga tu kuarkan cahaya dan mangga2 semua berubah menjadi sgt manis. Waaaa... adegan kissing boleh diabaikan. Sbb aku lebih tumpu pada pokok2 mangga bercahaya tu. Lagi menarik kalau pengarahnya susun lebih banyak efek cahaya. Seperti kissing hingga mengeluarkan cahaya, atau pon kissing hingga menjadikan pasangan bercinta tu yang bercahaya. AHAHA!! Aku saja je nak buat ulasan percuma. Yang pasti, cerita tu sgt romantik. Best! Hingga membuatkan aku kepingin nak makan mangga sepanjang hari ni. Magik!

Berdasarkan pengalaman dua hari ni, aku dapati... kehidupan ini sangat magik. Dan aku pon terasa seperti sorang ahli silap mata. Apa-apa lah... aku rasa pikiran aku tak seimbang. Patot pon contengan kali ni macam pelik. Aku sendiri rasa pelik dgn apa yg aku tulis kali ni. Kalian tak pelik ke? Magik btollah....



*aku terasa sangat samdol ketika ini.Dan aku tak tau macam mana contengan semacam ni boleh aku hasilkan.magik lagi...*



 

Thursday, June 01, 2006

Tak Ada Logika

[sekadar koleksi foto yang lemau]

Bulan May yang agak brengsek pada kebanyakkan harinya dah berambus pergi tanpa meminta diri dari aku. Tak apa. Pergi dan semoga bulan May yang sebrengsek itu tidak dtg lagi. Hari ni, satu Jun. Jun yang aku harap tidak brengsek. Uh, tak pernah jumpa 30 hari yang yang suci dari brengsek. Sebetolnya, kehidupan mmg macam tu. Kematian apatah lagi.


Aku macam bersungut kan? Macam orang pasrah dgn kehidupan. AHAHA... tak sepatotnya. Aku patot senyum besar, sambil duduk goyang kaki atas sofa enak dan menikmati vitagen kegemaran aku dgn bahagia sekali. Apa kurangnya hidup aku? Tak kurang pon... Tapi, bila kita dgn sendirinya butuhkan sesuatu yang tak kita ketahui apa, waktu tu mmg rasa serba kekurangan akan dtg. Macam aku.

Aku nak bersenam seminit dua.

Mula-mula... hentakkan kepala pada dinding beberapa kali. Baguss...! Good job!
Seterusnya, lempang muka dengan tangan kanan dan kiri secara berterusan. Good job!

Kemudian, cubit peha kanan... tentu peha kiri tak terasa sakitnya. Okay, boleh cubit peha kiri pulak. Well done!
Sekarang... sila hentakkan kepala beberapa kali ke keyboard. Yeah, mabeless!


Okay, senaman ringan untuk kondisi beremosi tinggi dah beres. Sekarang aku boleh conteng dengan bahagia sekali tanpa memuntahkan sisa emosi aku yang bernilai seposen dua tu. Tak de maknanya.



[koleksi foto yang lemau]

Malam ni aktiviti donlod lagu bermain cam biasa. Tapi tak serakus mana sbb aku pon naik muntah nak pikirkan lagu apa yang betol-betol aku nak dengar skang ni. Okay, tak de buat masa ni. Oleh sbb tak de, aku pon on tabiat rutin aku. Bila takde lagu yg dah save dlm sel otak aku utk didonlod, aku akan main donlod apa-apa lagu yang datang terhegeh-hegeh dlm list limewire aku. Ye, ye! Aku mmg suka donlod lagu. Macam tak de benda lain yang lagi mulia utk dibuat. Dan donlod punya donlod, spt biasa la dol.. mesti ada yg aku main tembak-tembak donlod tu lagu yg boleh tahan sedapnya. Untuk malam ni, ada beberapa lagu aku pilih utk tidak di humban ke 'bakul sampah'. Mereka ialah...
  • Aku ada kerana kau ada - Radja
  • Yakin - Radja [aku pasti akan jatoh gilakan lagu ini sedikit masa nanti]
  • Terlalu Manis - Slank ft Agnes Monica.

Kalau kalian hantu donlod spt aku, yang kedekut ringgit membeli kaset /cd, atau juga mungkin kalian jenis spt bunda aku yang slalu ragu-ragu dgn kualiti album. Sbb bunda selalu harap, setiap album yang dia beli tu 100% lagu best gilerrr! (Padahal tak wujud album macam tu dlm alam semesta ni). Terus, aku mau sarankan kalian pergilah donlod album Agnes Monica- whuddup. Since aku pon tgh separa gila dengar lagu2 dia. Selain punya rupa paras yg cantek (mungkin aku juga boleh jatoh cinta pada dia kalau aku lesbo), dia jugak punya kualiti suara. Aku suka. Lagu2 yang aku sarankan ialah Tak Ada Logika dan Kamu Dan Kamu.


Ecececeh... jadi wartawan hiburan murahan plak aku mlm ni. Gelinyer! Hentikanlah. Aku tak suka buat keje-keje promote album ni. Baiklah, lain kali, jangan masok ke sini lagi untuk dapatkan info muzik ye anak-anak semua. Aku tak akan buat keje ni lagi. Sbb terasa geli yang tanpa punca. *cabut lari!!!*


Hari ni, memandangkan hanya tinggal berdua dgn bunda, sesi ibu dan anak pon berlangsong dgn cemerlang sekali. Tak banyak gosip. Hanya membualkan fakta-fakta kekeluargaan sambil mengumpat tabiat si haikal, yang bunda sifatkan sbg 'budak lelaki blom tau setia'. Apa nak buat bunda, anak bunda jugakkkkk!


Dan sepanjang hari, aku hanya mengadap muka seposen dua kotak tv. Hampir kesemua rancangan kartun2 sepanjang ptg aku tonton. Spongebob yang lama aku baikan pon, aku mula tgk balik. Dan durjananya, mlm ni tadi ada tayangan Bend It Like Beckham. Citer yg lama aku ngidam nak tgk. Not bad la citer dia. As wut Adian said... "Nurul...best!" ya, ya... best. Mengujakan lagi keteguhan aku dari berganjak ke pasukan lain. Mmg England forever lah!


Beylo, world cup nanti kita conteng muka belang2 merah putih ye. Kita teriak-teriak sokong England macam kita dibayar juta-juta ringgit utk setiap sorakkan. Kita spend beberapa ribu ringgit utk barangan England ye (ni gurauan yg brengsek semata-mata). Ingat Beylo... kita kena jadi rakyat Malaysia yang khianat utk musim world cup nanti. Lupakan kesetiaan kita terhadap negara. Kita mesti fokus sepenuhnya pada England. Ingat tu Beylo! Ingat!


Aku kembali butuhkan sesuatu. Ah, nak membuta lah!


Tak Ada Logika
[Agnes Monica]

Bukannya aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Saat kau bisikkan cinta
Ku tahu engkau berdusta

Namun ku tak mau mengerti
Selama kau masih bersamaku
Karena kusuka, kubutuh
Cinta yang pernah hilang dariku

Cinta ini kadang-kadang tak ada logika
Terbersit semua hasrat dalam hati
Ku hanya ingin dapat memiliki
Dirimu hanya untuk sesaat

Bukannya aku tak tahu
Kau sudah ada yang punya
Karena telah kau bisikkan cintamu padaku
Ku tahu engkau berdusta

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."