♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
Wednesday, February 23, 2005 |
demam dan demam.
Aku kat cyber remaja kolej aku.First time dok post entry bukan dari bilik tidur kat umah aku. Entah pesal aku boleh melencong ke library hari ni aku pon tak tau.Ikut kaki...bukan ikut hati. Kalau ikut hati, dah tentu aku lama balik room, tido lagi baik.
Aku demam. Aku flu yang sangat teruk Aku batuk Aku sakit tekak Aku rasa nak mati....Ya, Allah....
Tak boleh nak membebel banyak, kang kena sound ngan akak penjaga room ni.Akak tu stock garang memanjang.Entah naper la orang2 kat library kolej aku ni spesis2 anak rimau. Nyampah gila.Tengok muka akak tu time aku nak guna tadi pon aku rasa cam nak sembur dia ngan air.Sakit ati deh...
|
Sunday, February 13, 2005 |
last post for february...
ada sesuatu yang tak boleh diungkapkan dengan perkataan.Biarpon berjuta-juta patah kata, belom tentu boleh buat orang faham.Itu lah perasaan sebenarnya.... aku nak balik kolej harini.Ini post akhir untuk bulan ni.Insyaallah update bila ada kesempatan.Mungkin tak balik Mac nanti.Mungkin juga balik.Final makin dekat.Aku taknak hampakan ma dan abah.Biarlah aku lemas camana pon, aku tetap kena usaha tuk final ni.Doakan aku... To all frens...study pepandai naa.Nanti leh hidup lenang lenang goyang kaki ari-ari.Aizar, thanx datang umah tadi.Astri, take care heh.Lain macam je ko nih.Emo tak sudah.Eheh. To hani, sorry tak dapat shopping spree dan jajah sumer shopping complex sesama.Sangat sedey.I miss u...for sure.Marlia... aku ingat as my besfren eva.Harap takde apa yg berubah dlm frenship kita.Ingat tak.. kawan hingga hujung nyawa.Tapi...mana dia?Kenapa diam??...(baik jgn sebut lagi). Dear Mimi...marilah kita sama-sama pulang ke Johor tuk berjuang study sampai lebam.=D... Kembalilah aku jd sorang perindu....
|
Saturday, February 12, 2005 |
susah carik title laa...
Sebaiknya aku ucap selamat menyambut awal muharram...
Azam...azam lagik! Perlu ke berazam?Azam-azam aku ni tak ubah cam objek-objek yang selayaknya dok kat muzeum, buat pameran.Sebab azam aku memang melambak-lambak banyak.Sebahagian besarnya adalah 'azam tak sampai'.Sebab aku sendiri tak berusaha nak capai azam tu.
Sebenarnya aku selalu percaya, setiap hari adalah azam baru.Bila celikkan biji mata pagi, kat situ lagi hati kita dah ada azam.Tiap kali bangkit dari tidur, semestinya ada terlintas sesuatu kat kepala.Tapi kepala aku ni lain macam skit spesisnya.Benda pertama aku fikirkan bila terjaga dari tidur : bila nak malam lagi? Lepas tu, barulah bermulanya azam hari baru.Aku mengaku, hari-hari aku niatkan dalam hati supaya hari yg aku lalui tu lebih gemilang dan cemerlang.Maka, tak perlulah azam.Setiap insan hidup tentunya ada azam harian.Tu lebih baik dari mencipta azam berapi-api tiap kali tiba tarikh atau hari penting.Smoga aku menjadi muslimah yang sejati...insyaallah.
Hari Air Mata datang lagik esok balik kolej.Cakap banyak pon tak guna, tetap je kena balik.Malas arr citer benda sedeh camni.Menaikkan mood huru hara je.Aku marah tau bila aku kena balik hostel.Marah nih. Erhhh...Errhh... (bunyi tahan marah)
Kawan aku yang ngokngek ni senang hati je minta tolong aku uruskan blog dia.Tapi dia ntah pi mana.Sakit plak hati aku.Aizar!!!! Mana kau ha?Panas jiwa aku bila aku buzz dia juta-juta kali tak reply pon.Aku malas arr nak tolong.Bila aku jadi baik, ko kerek heh.Ha, mulalah aku punya adegan bebel. (ui, garang la aku).Dah la tipu aku tiap-tiap hari.Kata bersemangat nak datang umah aku.Tak datang-datang sampai esok aku nak balik.Aku lastik kang cam aku lastik kelawar masa kecik-kecik baru tau.Ekekekeke... aizar...(memanggil dgn manja) cepatlah hantar code tagboard tu kat aku.Aku dah panas berbahang dah ni... yang tengah berdukalara, CHIKA Dior "killing me softly...,"
|
Friday, February 11, 2005 |
Inspirasi hati
Lagu nasyid as permulaan...
"...sekiranya kumendapat pengganti... ku harapkan insan...seperti mu oh kasih... banyak membantu dan mendorongku... menjadi hamba yang taat kepadaNya..." -D'Hearty, Inspirasi Hati Bismillah... Diary hari ni : bangun pagi (sebetulnya pagi).Ma kejutkan sebab harini aki ada kat umah.Kenalah aku berdrama yg aku ni sikit sebanyak cucu kebanggaan yg jenis bangun pagi.Crazy me! Breakfast - disorong nasi lemak lauk sotong.I say no!Sotong cam catalyst yg mempercepatkan tindak balas alergik.Gatai naa...Aku makan nasi lemak rendang ayam.Aku suka nasi lemak.Sangat suka nasi lemak.Sangat sangat suka nasik lemak.Kalau tak,tak delah aku sanggup bersengkang mata bangun pepagi hari sabtu n ahad bila kat hostel.Semata-mata nak mkn nasi lemak.Pas makan nasi lemak, gerenti main 'pengsan-pengsan' sampai ke petang.'Streamyx' abis! Lagipon lidah melayu aku ni, cam tak ori sangat.Lidah melayu yg tak leh kena pedas.Mau meraung aku...jadinya aku takkan sesekali sentuh makanan pedas walaupon pedas sikit.Maka, aku terkenal kat cafe kolej as student yg slalu order menu 'TPL' (Tak Pedas Langsung).Abang Mail sangat memahami sanubari dan selera makan aku.Tsttt... =D Sebelum waktu Zohor aku dengan adik ikut ma pegi lawat Mak Cik Salmi ngan Cik Ida yang baru pas dapat baby gurl! Eii...dapat baby! Oyeyeah...jadi bonda. Boleh jadi supermom!Waktu beli-beli hadiah tuk baby-baby tersebut, aku rasa terangsang gila.Bukan terangsang apa daa...terangsang tengok baju baby.Kalau aku ada anak, musti aku blanja sampai pengsan laki aku tuk shopping barang baby.Wakaka...(sian future husband aku).Tapinya aku ni sebenarnya TAK SUKA BABY! Huh???!Apa kesss?? Kata president kelab Superbonda.Ekeke...aku memang bukan jenis yg pandai layan-layan baby.Aku pon nyampah ada adik kecik.Aku tammo adik baby lagik!Sbb aku tak pernah ada pengalaman jaga adik yg masih baby.Last aku ada adik time aku 7 tahun.Waktu tuh, aku pon air liur meleleh lagi, camner nak jaga adik. Tak bermaksud aku tak nak anak.Nak....nak..nakkk!!Anak sendiri lain kes. Buat kata ma.Bila dah namanya anak kita tu,naluri keibuan tu buat kita sayang sesayang-sayangnya.Wachaaa...!Aku ni maternity psycho ke apa?Ke mmg dah buang tebiat asyik pikir pasal bonda and baby.Okay...tanak cakap dah pasal cita-cita menjadi supermom. Anak cik salmi.Comey.Kecik molek.Nama Balkis.Cam nama anak Cik Nizam je.Anak cik ida pulak nama dia...oh, lala!Otak tak boleh proses data.Tak ingat.Nama panjang berjela-jela.Aku rasa nama panggilan dia Izwa.Ops, ni cam nama sepupu aku laks.Apa-apa la. tamat diary harini. Cerita kosong. Dapat hobi baru.Kepala aku ni asyik teringat Ali Cafe je.Tiap kali ingat Ali Cafe, aku ingat adik del.Then aku ingat 'jari pusing-pusing' (trademark Ali Cafe). Pastu ingat Anuar Zain ngan Farah.Ali Cafe! Gembiralah main pusing-pusing jari sambil sebut Ali Cafe.Mula-mula aku taklah ghairah sangat ngan benda alah ni.Tapi bila aku jumpa adik del time cuti ni, dia tak sudah-sudah ajak aku buat camtu.Dah jadi sronok plak.Gembiralah... Ali Cafe!Pulak tu adik aku yg dua orang ni, yg spesis kekanak riang ria disney ni ajar aku test power 'mamak-mamak' kat kedai mamak. Ijat pernah skali test power sorang mamak tu.Time jalan depan satu kedai mamak, nampaklah sorang mamak ni tengah layang roti canai.Layang? Layang ke? Layang-layang...uhuhu..bukan daa... Correction : mamak tengah tebar roti canai.Ijat Dut Dut pon lekas-lekas memulakan aktiviti test power mamak tuh.Dia pon 'main pusing-pusing jari' cam yg Anuar Zain ngan Farah buat dalam iklan tv. First-first dorang evaluate mamak tu lampi.Then dia pon kata mamak tu fail. Tak cukup power.Tetiba mamak tu geleng kepala dan jerit..."tarak..tarak..!," apalagi, mengekek besar lah adik aku tuh.Ceh, ternyata mamak tu educated gak.Paham pon dia simbol Ali Cafe..... Ali Cafe!!!! Aku - leteh Aku - nak santai Aku - nak baca komik (miss impiana punya) Aku - nak berenti tulis -abis-
|
Sayang Bonda... Oh, Samsung lagik!
First, ma i love u so much, hingga hujung nyawa.U are so special, so kind, so luvly... my inspiration to be a SuperBonda one day!Thanks ma...i'll grow up to be just like u.A mum like u i mean...Pegang kata-kata ma tadi... "sbg ibubapa, tak boleh kedekut dgn anak.Semuanya untuk anak, tu prinsip ma.Semua...," Ma... ! Aku tak boleh nak luahkan how i love my mum.
Kalau aku dah jadi superbonda nanti.Okay, let say impian aku dah tercapai.Aku akan warisi prinsip ma.[Tak boleh kedekut dengan anak] [Semua untuk anak] Ma memang tak pernah berkira dengan kitorang.Thousands of respect...janji ma memang JANJI.tak pernah sekali pon ma atau abah tak kotakan janji.Dari aku kecik lagi.
Aku ingat dulu masa kecik-kecik dek ekal minta play station, along nak bola sepak branded.Aku minta game boy, ijat pula tak abis-abis nak satu menan raksasa yang sangat gah.Pastu nak kasut roda skali.Eheh.Abah tak beli.Abah kata nanti abah beli.Kitorang pon asyik merungut-rungut je.Time tu adik Del baby lagik. So, tak minta apa-apa arr sungguhpon sekarang dialah Dewa Besar yang kuat demand.Tiba-tiba one day,abah balik keje, bawak banyak gila hadiah dah bungkus-bungkus.Banyak gila!Banyak!Sampai ma terkejut.Pastu abah bagi-bagikan.tetengok, masing2 dapat apa yg kitorang minta.Ijat yg minta sekali dua benda tu, dapat dedua skali.Woh, itu jam kami pon berpesta ria lah dalam umah.
Bulan puasa dua tahun lepas pulak, abah balik bawak kete menan yg pakai remote control tu.Abah bawak 4 bijik!Rupa-rupanya sorang sebijik (aku taklah!).Then malam kitorang pi Bukit Jalil main kete.Uhuhuhu... aku rasakan, adik beradik aku mmg kuat main.Abah pon ske je layan kitorang main.Time tgh gila main kete kontrol dulu ( aku pon gila sama),tiap2 malam kitorang satu family merayap keliling kl cari port nak main.Kat Bukit Jalil,Putrajaya,Tasik Permaisuri...banyak arr tempat termasuklah kat hentian highway.Memang gila. Dek Ekal lah kepala orang gila tuh!
Sebut pasal dek ekal, tak berhati perut betul adik aku tuh.Suka suki je ikut Mak Ju picnic pepagi buta semalam.Esok baru balik.Dahla tak kasi tau aku.Aku pon tunggu je batang idung dia muncul nak suh dia buat sesuatu.Then ma bagitau dia ikut Mak Ju.Owh, bermandi-manda heh.Bahagialah tu.Gembira abis bila dia jumpa Lukman, sepupu sekepala ngan dia.Eloklah tu.Ada-ada je projek usahasama dorang.Ni aku tak suka neh!!!Dorang dua kalau jumpa memang macam-macam bencana leh jadi.Termasuklah dulu kes curik-curik bawak moto sowang bdk kampong ni.Ni kes waktu dorang dua tinggal kat kampong.Mati akal aki dibuatnya.
Okeh.... aku sangat gembira. Akhirnya aku dapat enpon baru.Enpon dulu?Ma kata ma nak guna.Ececeh... guna skali dua plak ibuku itu.Memula ma suruh aku pakai dedua.Tapi memikirkan persepsi orang, lagi2 budak kolej aku yg jenis ske buat terbeliak bijik mata, aku malas la nak pakai dua.Aku tinggalkan kat umah.
Samsung lagik! Dulu A-800.Skang E-800.Ni kira cam jatoh chenta pandang pertama lah.Bila lalu kat highway,nampak signboard samsung ni mesti hati aku meronta nak enpon tuh.Tiap-tiap kali tu lah aku cakap kat ma ngan abah. "nak enpon tuh!," kata aku sambil tuding jari kat signboard besar.Bila abah kata... "alah,yg tu pon okey lagik," mesti aku muncung-muncung.Ma plak janji nak beli tiap kali aku kata aku nak.At the end...beli gak atas budi baik ma.Abah?Dia sengih je tadi.Best nyerhh!Sukanya!!! Sukinyerr!! Ada gak camera phone.Dan gambar pertama aku amik ialah gambar abah.Cheeseee.... =D
----------------------->>
kesimpulan : ma sangat baik.ma sangat sayangkan aku.aku pon sangat sangat sangat sayangkan ma.
|
Thursday, February 10, 2005 |
Mekap Baru
ATTENTION!!! Gambar yang cun kat sebelah tu bukan gambar aku yerk kengkawan dan sidang pembaca sekelian.Kang ada yang terjatoh chenta kang...terus jadi realiti mimpiku mau jadi itu SUPERSTAR. Aku sebenarnya paling tak berkenan tayang-tayang gambar untuk tontonan umum.Memandangkan hampir sebulan aku dah letak gambar muka aku kat weblog ni, aku nak hentikanlah sekarang keje-keje tak berfaedah tu sekarang.Oleh itu, tataplah pulak gambar Carly Pope tu.Aku rasa dia lawo... Aku nak titikkan entry kali ni. TITIK . ChikaDior so much for my happy ending...
|
SupaBonda Royal Club
i'm a president of two Royal Clubs. - SuperBonda Royal Club and Single Mingle Royal Club. Would like to join us? Do msg me... Open to Gadis-Gadis only. Application not available for male or half-male. Half-female?? Will be considered...Thanx anyway my beloved vice-president, Miss Impiana. I can't wait anymore! Wanna be a SUPERBONDA @ SUPERMUM! Ini kisah benar....-proud to be a mum one day! Itu adalah profile terbaru aku kat frenster.Entah kegilaan apa merasuk jiwa wanita aku.Jauh berangan aku dengan aiza atau nama Ratunya Miss Impiana tadi.Eloklah tu, tengah-tengah malam buta ni berangan.Impian kami sangat tinggi.Tinggi lagi dari gunung.Malah lebih tinggi dari galaksi.Sangat tinggi! Cam besa la, aku kan mmg suka chat ngan miss impiana tu.Dia pon bukan orang lain.Dulu dia kakak aku.Pastu naik taraf jadi bodyguard aku.Sekarang jadi geng ratu aku.Dan setelah maju, kami dah jadi rakan kongsi memajukan kelab NGO kami.NGO la sangat... Kelab kami bernama SupaBonda Royal Club. :: SupaBonda Royal Club :: Kelab tuk gadis-gadis yang berjiwa besar.Wakaka...Mula-mula kitorang borak biasa je.Dah la petang tadi jumpa kat umah dia.Bukan main ghairah lagi kitorang bersidang.Mimi join sekejab, then Faizah pon ada.Tapi persidangan tak best sangat la sebab kat pasar malam.Uhuhu...bertahun kaki aku tak jejak pasar malam.Demi geng ratu aku, aku pegi jugak tadi.Ske...ske..ske... Ada ke Aiza nak berkasih-kasihan ngan aku.Uish, takut la!Aku nak jadi supermum camner??Poyo la kau! Tapi aku bagitau dia, sementara kami masih kukuh bertahan as 'proud to be single' ni, kami akan terus berkasih-kasihan.Banyak gak affair aku ni.Silap step boleh kantoi hubungan-hubungan sulit. Eii, yackks!! Apa ni?Kata president kelab supermum.Tak supermum la kalau camni. Makin hari, akal aku makin pintar.Ada yang mengatakan, jirim kelabu pada otak lelaki lebih besar dari perempuan menyebabkan lelaki lebih bijak.Tapi tiba-tiba aku rasa, jirim kelabu @ grey matter aku cam membesar dan bertambah saiz.Patutlah aku makin bijak bestari.Makin hebat aku menyusun plot angan-angan.Kalau dulu, skop angan-angan aku tak lari dari pengaruh duit.Mata duitan $$$... Berangan la kununnya aku ni cam Richie Rich.Then baling-baling duit kat kawasan fakir.Pastu turun dari kete mewah, ada orang sambut aku bawak buku cek.Then, aku boleh sign cek suka-suki je tak kira berapa banyak.Ahaks!Blanjer pon tak main arr ribu-ribu.Sumer pakat juta-jutaan je.Woh...! Itu dulu! Sekarang? Sudah up menjadi lebih luas. Angan-angan yang sangat indah dan matang. Aku nak jadi super bonda! Ada anak...dan berbangga-bangga kat semua orang.Bawak anak-anak aku pegi ke mana je aku pegi.Nak jaga anak aku sendiri, nak didik jadi pandai... Pheewit! Kalau baby boy, nak beli ball banyak2 supaya dia berjiwa BOLA.Leh jadi pemain bola.Juz like Naim.Sapa Naim? Huk Oloh...tak baca newspaper ke?? Kelab Supermum ini akan berjuang membentuk diri kami yang spesis2 ratu ni supaya layak menjadi ibu mithali.Wakaka...Aku suka tengok ibu-ibu muda.Lagi comey bila ada yang terkial-kial nak uruskan anak.Aku nanti lebih dari terkial-kial kot.Silap-silap koma terus.Tapi tak kira! Nak jadi supermum jugak! Akan cuba dan sentiasa berusaha ke arah menjadi ibu dan isteri mithali.
Sapa nak join...jom! Letz join da club. Klu lelaki tu, boleh la buat rayuan kalau dah teruja sgt nak join.No hal... =D aiseyh...dah ngantuk.Camner nak jadi supermum ni.Kena berusaha lebih la kalau camni. Nak tido.Semuga aku akan menjadi bonda yg super duper mithalinya.Ahakz!
|
Wednesday, February 09, 2005 |
Hantu betol !
Aku bengang!Faham tak bengang?
Tadi 'malay-park' je kat bawah dengan bondaku Madam Sal...(pronounce tu kasi pelat-pelat mat saleh skit heh).Kami dua beranak yang akrab lagi gemar bermesra-mesraan ini sudah tentulah memperkatakan ttg gosip-gosip liar semasa.Termasuklah isu baru pasal sowang aunty aku ni. Aku sa....yang sangat sama aunty aku yang satu ni.Dialah yang jadi baby-sitter aku time aku kecik dulu.Tapi sekarang...Kuala Lumpur, di mana Aunty ku? (woh, cam tajuk novel daaa...) Aku tak ada hasrat nak tulis isu semasa pasal aunty aku tu sebab biarlah aku simpan dalam diary peribadi aku sendiri.Yang pasti...aku sayangkan dia.Tapi aku amat kesian ngan kehidupan dia sekarang.Anak pon dah tiga.Ezwa, Putri and...aisey...yang last tu aku tak tau namanya.Ceh, gila punya sepupu tak kenal sedara mara sendiri.Tak...aku tak pernah jumpa baby dia lagi. Sebab...sebab...sebab sekor hantu liar!Cam Ju-On kau! Merangkak-rangkak turun tangga ngan rahang yang dah ilang..Ei, takut lah! Arrr!!!Apa merepek ni?
Aunty aku ni dah la lawa.Tinggi lampai...dolu-dolu time aku kecik, aku ngekor je mana dia pergi. Aku suka lagi ngan dia daripada aunty aku yang sorang lagi tu (adik bongsu ma).Dia kuat melaram, pastu suka gadoh ngan aku sampai la sekarang.Tapi aunty yang satu ni, yang aku nak cerita ni dia sporting.Sampai dulu rang ingat aku ni anak dia.Makan dia suap, dia mandikan, then shopping pon ikut dia.Gembira...~ Memang lawalah dia ni.Siap dulu banyak je brader-brader suka ngorat aku masa aku kecik.Ngorat aku dulu sebelum ngorat aunty aku.Pernah juga aku jadi orang tengah.Bangga betoi la..Ada jugak brader yang terhegeh-hegeh nak mendampingi aku (ui, mendampingi tuh!) semata-mata nak kenai ngan aunty aku ni.Tapi tu dulu... Sekarang dia dah kawin, dah ada hidup dia sendiri.Jumpa aku, setahun sekali pun payah. Aku rindu kat dia...aku sangat sangat rindu kat dia.Tapi keadaan dulu dan sekarang memang dah berubah.Takkan sikit pun sama....
|
Tuesday, February 08, 2005 |
tak stabil
mood? tak sedih,tapi rasa cam bertakung je kat mata....
keadaan? tak stabil langsung
apa aku nak ha? seseorang tuk ada kat sebelah aku sekarang juga untuk tadahkan telinga dia mendengar berjuta-juta benda yg aku nak kata.Hmmm...
:: terasa hati ::
Entah kenapa dengan emosi aku time dinner tadi, aku cam tak puas ati pulak bila kena tegur dengan aki dan maktok.Ma senyum je.Ma tak pernah kesah pon setakat hal-hal macam tu.Ma tak pernah marah pun kalau aku terbuat salah hal-ehwal dapur.Maybe jugak sebab ma sendiri tak menitik beratkan hal ehwal dapur.
Aku turun bawah sebab semua orang panggil-panggil ajak aku makan sama.Aku pon turun. Jengah je muka, terus maktok minta aku potongkan buah pear.Tadak hal.Aku pon potong la. Aki plak dtg perli aku. "tau ke dia potong?," tanya aki kat ma.Aku senyum je.Dah biasa kena sound bab-bab camni.Maklumlah, aku bukan wanita kebanggaan ibu-ibu untuk dijadikan tukang masak dan tukang sedia makanan suami yang baik.Aku mengaku.Aku sedar bila berada kat dapur, aku adalah insan paling daif.Arwah opah selalu ajar-ajar aku potong sayur.Mak Yang selalu ajar aku potong sayur.Semua orang suka ajar aku potong sayur.Paling basic la kunun.Ma? Ma tak suka suruh aku potong sayur.Ma tak suka tengok aku rajin masak-masak.Ma kata aku buat kerja lambat.Ma kata aku kacau dia je kalau dia tengah masak (tu pon sesekali je ma masak). Ma suka buat sendiri.Ma selalu minta aku temankan dia borak je bila dia tengah buat keje kat dapur. So, peeps!My ma doesn't care bout it!Abistu kenapa semua orang terlalu sebok pasal hal tu?Why? Ma makes me happy with it.But please...tolonglah semua orang especially those my family members! Faham tak, dapur m perempuan .Tak sama! Okey, okey! Sama... mungkin sama.Tapi bukan sekarang.Bukan dalam usia aku yang baru nak jadi 'perempuan' ni.Jiwa 'kanak-kanak perempuan' masih kuat kat diri aku.Belum capai tahap 'wanita dewasa' lagi. Mesti orang tak faham.Aku pon tak boleh buat orang faham.
Banyak-banyak kali kena perli hari ni.MY VERY-PERLI DAY! "sedaplah sukun yang kau goreng ni," perli aki time minum ptg padahal ma yang goreng sukun tu. "tau...bukan cam kakak kita tu, kan?," jawap Ijat bila aku bising-bising suruh dia kemas bersih-bersih lepas makan. "ada ke tak, sama je.Adik-adik dia juga yang buat keje," kata abah. ... ... ...
the list will go on...and on...and on... Lalala.... Aku tak la bengang mana pon.Cuma berbulu la skit telinga.Sekarang bila dikenang-kenang balik, alahai nurul...!Tu pun nak amik hati.Tapi tadi memang serius aku kecik hati.Siap naik kelat abih satu muka.Mata aku dah bersinar-sinar cam nak gugurkan air keramat.Orang cakap pon aku buat derk je.Sampai semua naik runsing tengok muka aku.Sapakah dikalangan family aku yang tak kenal sama ini budak Nurul Haizum?Aku kan kuat tarik muka empat belas.Bila aku buat je muka skit, mulalah semua orang kalut.Tkut...ha, takut! Mak Tok nak kontrol keadaan, terus gelak-gelak.Aki pon akhirnya makan jugak buah yang aku potong dengan cacat itu. (ye lah, kononnya tak betul aku potong.Kulit tak kupas, biji tak buang, bahagian keras-keras tak buang...bla..bla...). Ma? Ma pulak mmg insan plg memahami jiwa raga aku.Ma suruh aku makan, biar je buah tu nanti ma buat.Tengok, ma jugak yang sporting!Cayalah, supermum! Sebnaqnya...aku ni dlm zon pms.Tu pasailah asyik naik angin, telinga pon bukan main lekaih berbulu.Aku dah tak sanggup sebnaqnya dilema pms yang melampau lagu ni.Tiap-tiap awal bulan, ni lah problem aku.Sampai bila aku kena bergelumang dgn situasi camni.Dahlah kengkawan aku kata, aku jadi lion queen tiap kali aku dalam zon 'ini'.Aku dah ushaa buat macam-macam.Bukan je setakat jumpa doktor, siap ma bawak berubat kat macam-macam celah pelosok kampung.Dan akhirnya last year aku pegi klinik Wan Julia (doktor tuk pompuan). Dia kata...mmg benda tu normal je.Tak de cara nak atasi sebab ni bergantung pd nasib.Ada orang nasib dia baik, dia tak alami sumer malapetaka ni.Kata dia lagi, benda tu tak de effect kesihatan pon.Cuma kacau bilau emosi tuk short term.Ehehhe.... Naper aku cakap hal ehwal kewanitaan ni?Saja nak share ngan kengkawan aku.Biar dorang paham skit.Mana lah tau, silap haribulan nanti terkena tengking ngan aku ke, tak de lah aku dituduh kaki amok.Wakakaka... Aku jugak pernah dengar dari sorang member aku.Tak ingat pulak sapa member tu.Tapi aku dpt ilmu ni baru-baru ni jugak lah. -orang yg alami pms yg teruk, dan sakit waktu pms yg sgt dahsyat, nanti dia akan kuat waktu nak melahirkan anak.Sakit melahirkan anak akan jadi kurang sebab dia dah biasa dengan kesakitan yg amat.Sakit waktu 'tu' sebenarnya lebih kurang sakit nak melahirkan anak- Uyyo....impressive!Bagi semangat kat aku tuk terus mara dan terus mara... i gotta go.Abah dah call bilik aku dr bawah.Suruh turun!!!Ajak tgk recording tape time Raya Korban aritu.... theeehee...
|
Monday, February 07, 2005 |
- kecewa tau -
[sejuk] [malas ambik stokin] [lampu tidur makin romantik]
Assalamualaikumwr...
Mula-mula,thanks kat Azhani yang call tadi.Gembira dengar suara dia setelah sekian lama."Oiii!!!" itu yang kitorang mula-mula jeritkan.Lagak gaya cam ghairah.Sebenarnya aku dah terasa rindu sangat kat dia.Honey dahlink, miss u ni like hell! In-Team, oh In-Team brothers! mlm 29 Januari, waktu aku tengah gelisah tak menentu dok layan kepala dalam room sorang-sorang, handset pekik-pekik ada msg yg minta dibaca.Lekaih aku baca : - awk jadik tak mkn dgn inteam? - abidah
- tak..awk kt pilu menikam ke kalbu ni.Sengsara merana yg durjana.X dpt jumpa tunangku...sob..sob..sob.. -aku
- Fuh, sdeynye dgr...xpe xkan lari gunung dikejar...-abidah
- Kt tak kejar gunug!Kt tanak gunung!Kt nak tunang (konon2) kita!Kecewa x terubat...-aku
- Hii...b'bulu tlinga dgr.Kt dh bawak kamera tau!Kt br sampai pkl 8.45 tadi -abidah
tu la dia antara msg2 aku ngan abidah.Aku frust betul tak dpt pergi tgk konsert In-Team kat kolej.Berbulu betol bila pagi tu orang sebok ngok ngek sana sini pasal kegempakkan konsert tu.Whooo...!Bengang tau...Tapi kelakar je bila budak praktikum aku mengistiharkan Syah In-Team tu as tunang aku.Poyo sungguh kami semua.Punya la semangat aku tinggi nak pegi konsert tu, siap aku offer sapa nak teman aku, aku belanja tiket dia.Malangnya ada mulut-mulut bingai je kata tiket dah abis padahal ada lagi.Mon Mon plak praktikum dia buat trip gi KL. Apa baranglah pegi KL.Sib baik aku sayang sama bumi KL yang kuat menjerit terpekik terlolong! Ain pon tak de, balik Batu Pahat ada appoinment ngan dentist.Minnysh...nasyid-nasyid ni bukan channel dia.Dia jiwang lentuk liuk dia suka la.Malam tu aku rasa nak je lompat pecah masuk kat DSL (dewan Sri Ledang)Owh brader-brader sumer! Jaga konter? Tiket...tiket...sapa nak balik JB? Aritu aku pon turunlah bilik JPP ngan Azra replace tempat Mon Mon yg berpoya-poya kat KL ngan boipren-boiren dan gilpren-gilprennya.First day, aku jaga konter JB, konter paling busy.Tapi konter paling havoc ialah konter Tganu sbb doghang tu gadoh pulok banyak songeh kenapa tiket maha (baca loghat tganu ye kengkawan!)Then 2nd day aku disuruh oleh Korin tuk jaga konter Ipoh & Butterworth.Konter sepi.Langsung tak de student mau balik sana daa. Tengah sibok-sibok jaga konter JB yang ala-ala konter kapal tebang tu, ada brader sakit otak mana tah carik pasal ngan aku.Jgn main-main sawa wa.Wa sudah UP skarang menjadi makin pintar menguruskan golongan teraniaya ni. (angkat kening - ^) Mula-mula dia miskol-miskol.Okay fine...mmg aktiviti kegemaran muda mudi masa kini.Aku tak kesah la.Pastu dia mula short call.Dah tu tergelak-gelak.Tak gentleman langsung.Jambu air ke apa neh?Lama-lama kepoyoannya makin terserlah menyebabkan kepintaran aku mula bangkit tuk kenakan jejaka itu. "hello..boleh ckp ngan Mai?," tanya satu sora jejaka kat dlm talian maxis-maxis.Dah tu gelak-gelak.Dah sah ni kategori jejaka yg baru berjinak-jinak dlm dunia mengacau orang. Aku pon apa lagi, cam la aku tak tau taktik basi camtu.Tak sempat aku jwp..dia letak phone.Ceh, penakut hapa neh? Tak lama tu dia sms. "Wei, Mai.Ayah kau suruh kau balik sekarang jugak.Kau kat ner?Kalau kau nak aku jemput cepatla...janganlah buat ayah kau risau lagi.Plz..." geli yackks!Entah bila masa nama aku Mai. Tapi aku yang pintar dan genius dlm hal ehwal mengenakan org ni lekaih2 reply msg tu. "Ha, ye lah.Ko amik aku sekarang.Cepat heh.Ek ele...apa la kau tak tau aku kat mana.Kat kolej aku la.Kat Penang," Aku bantai je yg aku ni student Penang.Ha, terdiam ko!Amik ko! Lama gila dia tak reply.Agak2nya tak sangka aku reply camtu kot.Tu yg kena perah akal cam nak mati lama sgt tu kot. Then dia reply ... konon2 nak minta maaf sbb dia baru tersedar dia sms salah orang.memula aku rasa mungkin gak dia silap, tapi lama2 dia msg aku lg.Konon2 tak caya aku budak Penang sbb dia dpt rasalah konon aku ni student tempat lain.Uish, ada aura la dia..! Apa lagi, aku continue la kepintaran aku yg selanjutnya sampai brader tu mmg dah daif gila.Aku tau dia terasa mmg terkena lagi2 bila aku mengaku aku Mai.Maimon!!! Wakakakaka.... Dah la.Malas nak citer lagi walaupun citer dia panjang.Len kali la.aku cam dah mula gigil ni. What Money Can Buy....
A Bed But Not Sleep
Books But Not Knowledge
Food But Not Appetite
Finery But Not Beauty
A House But Not Home
Medicine But Not Health
Luxuries But Not Comfort
Pleasures But Not Happiness
Religion But Not Salvation
|
-A day with Mon Mon-
Mon Mon is my fren yg Mon Mon... Dah pagi.2.22 am.Patutnya tgh lena tapi hyperaktif plus hyperbola plak mata ni.Mungkin sbb aku tido sangat hebat siang tadi sampai kul 6.30 kot.Tapi Trex Mon Mon tido lagi lama.Dari aku sebok washing washing, sampai aku sempat bermandi manda dan mengemas-ngemas juga menyusun-nyusun, juga sempat sembahyang zohor...dia tido.Tido ek?Dasat gila tido tak gerak-gerak. Bungkus satu badan ngan blanket ijau bunga bunga cinta dia...saling tak tumpah bak telur bungkus. Tanakla kutuk dia byk2 sbb camana pon diri dia, dialah dinoso 'ganaih' yang teman aku sepanjang harini. Aku pon tak leh nak type bebetul ngan ayat yang bagus-bagus sbb paler aku ala-ala condong ke barat beberapa darjah pesongan.Lentuk...sbb aku penat.Sampai umah malam dari kolej.Banyak nak citer tapi bukan sekarang sbb aku tak sure aku boleh berfikir dgn betul.Yang aku nak kata, harini aku lalui jam-jam yang berlalu bersama Mon Mon. Siang tadikan...pas semahyang Zohor (atau lebih tepat pas bangun tido yang indah), aku rasa lapar.Aku pon ngan nafsu makan yg dah capai klimaks terus tanya Mon Mon tuh... "Trex, lapar tak?," time tu Mon Mon tgh cam kemas-kemas locker. "Lapar,"cepat ekspres je dia jwp. "nak mkn per?,"maka tingatla aku yg cafe sumer dah tutup.Perut dan berdondang sayang. Akhirnya kami sepakat membawa berkat tuk mkn makanan 'berkhasiat' tu.Padahal aku mmg dah lakukan sekatan ke atas makanan tersebut dari melular masuk ke dlm room kitorang. Tapi nak buat camner, Mon Mon, Ain ngan Minnysh mmg hantu besar yg gemarkan makanan 'berkhasiat' tak sedap camtu.Tapi tadi aku dah lapar meronta-ronta, jadinya aku yang ajak Trex makan MAGGIE.Eiii....makanan tak sedap! Tapi tadi sbb sgt lapar, jd sangat sedap.Ditambah plak ngan air yg Trex Mon Mon masak.Sungguh merangsang nafsu makan teruja-uja. Ceh! Sebab bosan sgt lama tunggu ma, aku ngan Mon Mon pon sempat buat macam-macam termasuklah mengaji al-quran ngan panjang lebaq sampai keyma dtg room.Dia nak balik Tganu wooh!Pakai baju lip lap lip lap, saja je nak kasi silau mata drebar bas. Wakakaka... Sib baik dia tak naik bas dr dlm kolej, klu tak musti dia satu bas ngan brader model iklan colgate wanna be. Nanti mesti aku jeles gigit-gigit jari sampai putus.Uish, gila ke hapa? Tak sior!Sebut pasal model wannabe tu, aku ngan Mon Mon masa kat depan gate nak scan matrix card tadi cam teruja bila nampak brader tu.Trex siap berusaha nak panggey, tapi apakan daya.Dan buat julung-julung kalinya aku bertindak keji ngan mengacau-ngacau jiwa lelaki itu. (ayat seriau!) Tapi aku memain je.Kang Mon Mon buat fitnah plak.Sampai kat telinga model wannabe tu kang, abih koma aku. Maka...meluncur lajulah kete ayahandaku membawa aku dan Mon Mon pulang ke KL meninggalkan kolej... Hasrat nak hantar dia sampai Subang tak menjadi sbb abah ngan ma dah risaukan bebudak 3 orang yg ada kat umah.Dek Kal bukan leh cayer sgt.So, hangkut Trex sampai kat umah aku.Then, parents dia mai umah aku tuk amik dia balik umah.Dah fair and lovely dah.Sbb aku dah pegi umah dia kat Subang, dia dah mai umah aku gak.Tapi aku lom geledah umah dia. Ceh, geledah? Hm..memandangkan aku dah mula mengeluarkan perkataan-perkataan tak sesuai dan tak wajar, elok la aku berhenti dulu.Thatz my day with Mon Mon... notes : shit la dia! Shit la! Nampak aku pandang kat lain plak padahal aku yg selayaknya buat camtu.Hey, brader! U shit la weih! And the other one is oso shit! Now, frens... listen to me. Boys have their own conspiration.And the general manager of the conspiration is SHIT! And i feel like tendang-tendang the other boy.I know there is sumthin wrong my **** but its mine! Sib baik ada yg kata my **** cam nice je ada benda alah tu.Shit! Beberapa hari yang menyerlahkan kemengadaan mereka.And thanx anyway kat Mon Mon atas sumbangan ubat tu.Maybe membantu menghilangkan benda tu from my ****.
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|