Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, September 28, 2008

happy raya!


 

Thursday, September 18, 2008

Tak boleh cakap 'oh my god'

Chika dalam misi menulis blog Bahasa Melayu sepenuhnya. Sangat mencabar-cabar. Jiwa teronta-ronta. Sebab kenapa berasa hilang akal :

  1. Tak boleh cakap 'oh my god'
  2. Tak boleh cakap 'what the hell'
  3. Tak boleh cakap 'oh shit'
  4. Tak boleh cakap 'stupid idiot'

Klik : http://nurulism.com

Marilah memartabatkan Bahasa Melayu dan marilah kita pupuk semangat Rukun Negara nombor 5 : Kesopanan dan Kesusilaan.
 

Thursday, September 11, 2008

Chika's Campaign

I Love Readers Campaign sudah habis.
Kempen satu hari saja. Kempen yang sangat sukar difahami tapi sangat bersebab.Iaitu berciri mengambil kesempatan untuk kepentingan diri. Namun disamping itu, bertujuan menghargai pembaca. Well. Chika sangat pandai. Dia tak akan buat benda yang tidak bersebab. HAHA.

Sila ke nurulism.com untuk nama-nama yang terpilih.

Kenapakah kempen ini satu hari?
Sebab pepatah menyebut bahawa, buat baik berpada-pada. Oleh itu, aku memanipulasikan pepatah ke dalam polisi diktator. Maka terhasillah satu prinsip dictatorial ; Buat penghargaan biar berpada-pada. Kalau terlalu menghargai, nanti kualiti dia akan sangat drop.

Terima kasih kepada pembaca yang bersusah-susah membaca dan ditambah pulak dengan berpayah-payah menghantar komen. Sangat I love you.
 

Tuesday, September 09, 2008

10


Dear readers,
I love you.


Entry baru di Nurulism.com
 

Monday, September 08, 2008

nurulism.com

Akhirnya impian aku tercapai sudah untuk menconteng arang di muka sendiri (?) Err. Untuk menconteng blog pada domain sendiri. Beberapa hari aku usahakannya. Terima kasih Mr.Kay.

Mulai hari ini, aku akan update di blog baru yang bernama sangat sedap itu hooray! Sangat sedih hooray! Sedih untuk meninggalkan nuruloveme.blogspot.com yang sangat mendadahkan ini. Sedih. Tapi apa nak buat, memang impian aku untuk memiliki ;
nurulism.com

Pembaca budiman sekelian, bolehlah menukarkan link ke blog Chika menggunakan address baru di atas. Aik? Chika betul-betul mentalakkan nuruloveme? Belum talak. Berpisah saja, tidak duduk sebumbung lagi. Blog ini akan dikerjakan juga atas tujuan-tujuan tertentu (sarang penagihan?) Gila kau! Percayalah. Blog ini tetap akan dikerjakan secara berkala. Bukan digantung tak bertali.

Ingat.
Aku akan menconteng secara hyper di nurulism.com

Dengan ini, aku merasmikan, pembukaan NURULISM.COM kepada pembaca semua.


Hooray!
*poting ribbon, potong kepala*
 

Sunday, September 07, 2008

tidak menjual dadah di sini

Selamat petang semua. Oleh kerna Chika sedang ketagih dadah baru, entry akan dibuat secara cincai. Tapi jangan worry sangat. Sebab walaupon cincai, entry tetap ada tetapi agak tak berapa munasabah dan sangat berciri membazir.

Err. Macam tengah berbaik hati. Iaitu hati yang sedang sihat dan tersenyum. Oleh itu, nak dikasi tengoklah 1/3 daripada banner aku yang berciri 'dadah tidak bermoral'. Iaitu yang disebutkan dalam entry yang lepas. Akan tetapi, yang ini sudah edit dan sudah crop punya. Kalau dikasi tengok secara 100%, sangat dangerous. Nanti aku ditangkap dan mandatori hukuman mati. Padahal cuma sebuah slogan yang tak berdosa, HAHA.


Kenapa entry ini ilmiah ? Sebab misi teladan, janganlah bermain dengan dadah sewenang-wenangnya dan janganlah membuat jenayah. Nanti ditangkap masuk jail, kena makan nasik penjara tanpa boleh memilih lauk yang berkhasiat dan sedap. Pasti tidak boleh berangan langsing lagi. Errk.


Kan aku dah warning dari awal. Entry ni membazir. Sudah. Aku nak bermain dengan ketagihan baru.


 

Saturday, September 06, 2008

Dunia Yang Sejuk

Sedangku menaip ketika ini, perutku sangat sakit aduh. Gejala yang berterusan sejak beberapa hari. I feel cramp in the stomach, and its painful. But I am gagah still. Kalau tak gagah, sudah lama meraung-raung macam anak Palestine dalam bilik mak aku sana. HAHA.

Oyya. Sekarang my weight is (x+1) kg. Berat constant lah itu selepas berbuka puasa. Aku tidak makan banyak. Hanya memakan sedikit nasi. Iaitu dalam kuantiti 'takut-takut berani'. Orang kalau sememangnya takut gemuk, dia akan terus menolak nasik. Tapi aku belum sampai ke tahap itu. Tak sanggup aku menolak nasik. Aku takut-takut berani. Kalaulah aku memang reject nasi secara total, pasti sudah lama aku langsing. Tapi. Aku risau jugak kalau mendadak kurus. Nanti bukankah sangat tidak solid? Apalah ertinya langsing tetapi bankrupt kan. Aku pon tidak admire wanita-wanita kurus (kering) Aku sangat tak nak menjadi kurus (kering). Kan aku kata. Aku mahu melangsing, bukan mengurus (kering).

Menu today agak bombastik. Yes, nasik sikit saja of course. Tapi kau belum dengar lauk-pauknya. Sangat berciri anti-kelangsingan.

  • Ayam goreng
  • Kuah lemak cili api (lepas tu meraung pedas, minum air bertong-tong sa,pai perut jadi kolam renang dibuatnya)
  • Ikan terubuk bakar (sedap I tell you walaupon mak aku asyik warning jangan makan takut tercekik tulang. Yes, mak saya sangat takut kepada tulang ikan)
  • Sayur lemak pucuk ubi (iet seimbang bukan? semuanya berlemak kah kah kah)
  • ayam percik (makan secubit saja. Tak suka percik. I makan blackpepper saja. Sangat berlagak wadehel)
  • Kuih-muih : Karipap dan Sardin Roll.

Hambek kau! Itulah nama dia PROGRAM KELANGSINGAN. Ha Ha Ha. Tapi aku makan secara sikit tahu. Lauk yang pelbagai, tetapi dalam kuantiti yang sangat terhad. Nasik ada lah dalam dua genggam mungkin. (Syawal nanti jangan kata makan nasik dua genggam, dengan genggam-genggam neh aku makan agaknya). Oleh itu, kita tengok sajalah kesannya kelak. Tapi aku sangat berharap aku akan beraya dengan berat (x-5) kg. Susahlah hayyoh! Kau ingat buang berat sama macam buang sampah?



Bridal News.
Lama tak dengar kisah mem-bridal kan. Sebab bulan yang mulia ni, haruslah kurangkan aktiviti perkahwinan. Ha Ha Ha. Namun begitu, aku sudah jot down my to-do list. Some of them are :
  • Call shoemaker. Sepatutnya my shoes yang ditempah sudah siap.Oh I cant wait to see the shoes!! My sanding shoes. Aku tak boleh imagine macam manalah dia letak all of the beads tu.Harap-haraplah memuaskan hati. Kalau tidak, lebih baik beli Jimmy Choo terus. Amboi, over. Ukur kasut kaki sendiri, Chika. Kesian-ly, my kaki so baby. (sudah keluar broken English, makna dia sudah mula nak high). Di manakah Chika memempah shoes? Catch it up soon, beb.

  • Kad undangan. Sedang browsing di internet website-website wedding card from Indonesia. Why Indonesia? Because I am an Indonesian like Agnes Monica (erk? wadehel) Sebab aku tengok yang Indonesian punya design banyak yang menarik. Aku juga melihat di website-website tempatan. Not bad juga tetapi semua design itu sudah sangat banyak ditengok. (or my studiomates, ada yang nak design card kawen? F to the O to the C lah) Haha.

  • Design baju. Okay. Rambang mata. Kena keluarkan mata dan rendam mata tersebut dalam air Zam-Zam selama dua malam. Sampai dia sangat bersih dan telus. Barulah akan come out dengan decision yang teguh.

  • Okay, start cari souvenir! Maya Karin bagi menthol kepada guests, aku bagi pendaflour lamp kang, mahu terhegeh-hegeh masing-masing mengangkut bawak balik. HAHA.
Bilalah Chika ni nak umumkan tarikh nikah. Nantilah. Sabar. Aku yang nak berkahwin pon boleh bersabar, inikan pula anda. Lambat lagi (aik? Kejap kata dah dekat, kejap kata lambat pulak) Ia bergantung kepada current mood aku. kadang-kadang aku rasa lambat lagi, kadang-kadang aku rasadah dekat. Very complicated. Haha. Stay tuned. Pembaca-pembaca akan diutamakan, don't worry :P



Shopping.
Aku nak shopping. Shopping raya. Shopping kawen. Tapi nak siapkan projek dulu. Yes, project. Lama Chika neh takde ber-projek. Maklumlah, sudah tidak membuat kerjaan architecture lagi. HAHA. Ni bukan project seni bina. Ni project lain. Nak siapdah. Kalau aku bergembira dengan hasilnya, aku kongsi bersama semua. Kalau aku tak bergembira, aku buat engkau semua pon menangis bersama aku. Hahaha. Err. Aku tak berapa suka konsep menangis sendiri. Nak menangis, biarlah beramai-ramai. Haha. Dunia berputar atas paksinya.



Siapa tengok The Unseeable semalam di Astro? Filem seram Thailand. Gila seram. Sampai susah aku nak lelap malam semalam. Thrill namampos dibuatnya.
 

Make Love : Kisah Moral

A conversation.

Ini blog lucah, bukan?
Bukan!
Make Love?
Membuat cintalah.
Sexual harassment.
You are so 'yellow'



Okay. Tak lama lagi. Tak payah menonton banner MAKE LOVE lagi. Aku sangat 'white', well what to do. Tapi ada mereka yang 'yellow' kah kah kah. Sumpah. Err. Jangan main sumpahlah hayyoh. Insyaallah tak payah ber'making love lagi di dalam blog neh. Maksud dia, banner di atas. HAHA. Perbuatan yang sangat daring berciri comel bukan? Bermain-main secara comel tetapi dituduh sebagai gangguan seksual. So yellow. So yellow. Sooooo yellow. Engkaulah yellow! HAHA.


Siapakah yang berpeluang melihat banner 3 minit aku semalam? HAHA. Semalam aku sudah update new banner. Sebab aku pon secara tiba-tiba berasa sangat lucah perbuatan meletak banner dengan slogan 'make love'. Padahal aku tak bermaksud. Aku cuba bermain-main secara cute dengan perkataan tersebut. Tapi ada juga rasa tak bermoral. Dengan itu, aku membuat banner baru. Tapi banner tersebut hanya hidup selama 3 minit dan kemudiannya di tendang keluar. Sebab? Sebab banner tersebut pon berciri 'gangguan moral'. Persoalan pon muncul. Kenapa kreativiti aku berslogan semuanya berciri gangguan moral? Bukankah aneh? Padahal aku neh bukan sikit punya bermoral. HAHAHAHA.


Engkau tutup matalah tentang slogan banner aku. Bukankah engkau juga tahu bahawa blog aku sangat ilmiah dengan syllabus sekolah yang sangat perfect? Mana pernah aku post entry lucah. banner saja berciri gangguan seksual sikit, tapi isinya bersih secara total. Tengok saja tempoh hari. Aku mengajar maths di dalam entry. Aku juga membagi tips pelangsingan malah memberi nasihat tentang tajwid dalam bacaan Al-Quran. See. Sangat tidak cocok dengan slogan 'make love'. Tetap aku berasa sangat gila punya comellah slogan tersebut.


Err.
Engkau rugi tak tengok banner 3 minit aku.
Sangat berciri pengedar dadah.
Kalau kerajaan pantau, memang HUKUMAN MANDATORI ... confirm!
HAHAHA.


Macam entry neh tak berciri ilmiah. Apakah boleh diajar pada hari neh? Kejaplah aku fikir. Err. Mungkin satu peringatan. Janganlah bercakap kuat-kuat semasa berjalan-jalan di pasar juadah sambil mengutuk pengetua sekolah. Contoh ayat ; Bodoh si*l pengetua tadi. Mengamok macam perempuan gila. Tahulah dah menopause. Tak payah buat perangai cam b*bi. Sangat buruk perbuatan tersebut. Sekaligus membuatkan aku tengok budak perempuan beruniform sekolah menengah itu bertambah burok. (Muka kalau burok tak apa, mulut janganlah burok jugak) Aku pon tak fahamlah kenapa kanak-kanak sekolah sangat bersikap pelik. Dia fikir dia cool. Padahal dia kelihatan sangat tak cerdik. Nasib baik aku takda adik perempuan. Kalau adek perempuan aku macam tu, lama dah berbuka makan penampar aku.

Kepada adek-adek pembaca yang dikasihi (dah macam Kakak Baik dah aku ha), pergilah sekolah dan belajar dengan baik. Janganlah sinsing kain yang labuh tu jadi macam miniskirt Beyonce. Sewaktu berjalan berkumpulan, janganlah terpekik terlolong sangat gilakan perhatian. Silap haribulan, anda adek-adek bakal dilempang oleh masyarakat awam. Siapa nak tolong ketika itu? Muka pon akan dilempang. Maruah akan mendadak drop. Dan pasti bertambah buroklah muka tersebut kena lempang. Sangat kesian. Jangan beraksi hot kalau anda tidak berapa nak pandai di dalam kelas. Pergilah sekolah dan menjadi pandai.

Okay. Bermoral bukan?
 

Friday, September 05, 2008

Hari Lahir Mak Saya

Selamat Hari Lahir Ma.
You are great.


Mak aku garang o. Tapi dalam garang-garang tu, kami sangat dimanjakan. Cuma jangan buat silap. Waktu kami membuat silap, waktu itulah mak aku akan menjadi sangat garang. Namun begitu, beliau sangat penyayang dan sangat generous (tidak kedekut langsung dengan anak). Bila aku punya anak kelak, aku pon tak mahu kedekut dengan anak aku sebagaimana mak aku tak da kedekut dengan aku.

Kalau anak aku mintak duit, pasti aku bagi. Kalau dia mintak toys, pasti aku belikan. (Bukankah aku juga suka toys, maka boleh dijadikan harta bersama ibu dan anak.Sungguh comel bukan?) Aku akan memandikan anak-anak dan menyiapkan mereka ke sekolah. Sama macam mak aku menyiapkan aku ke sekolah secara perfect. Basuhkan rambut, pakaikan baju sekolah, susunkan buku aku mengikut jadual, mengikatkan tali kasut, membagi wang belanja mengikut jumlah yang tersebut di hujung bibir aku (sumpah aku tak pernah mintak duit belanja sekolah sampai seribu sehari) dan menunggu sampai lah bus tiba di depan pagar. Oh sangat baik hati. Aku juga akan menjadi seorang mak yang baik hati kelak.

Tapi.
Kalau anak aku tiba-tiba melalak tendang pintu dan memberontak mintak aku wang RM1 Juta, nescaya aku akan lesing dia secara dramatik.Kah kah kah. Apabila dia meminta aku membelikan dia sebuah Private Jet semasa dia berusia 10 tahun, aku juga akan melesing dia. Apatah lagi apabila dia berani sepak pinggan makan semasa aku sedang suap dia makan. Err. Jangan melampau sangatlah. Boleh meminta, tapi jangan sampai mencabar maruah dan kesabaran aku sudah. HAHAHAHA. Err, macam biasa. Chika seorang yang seimbang. I am positively somebody and I am negatively anybody. Well.

Tidaklah. Aku pon mana suka mendera anak. Kalau boleh, aku sangat tak nak memukul anak aku. Dan tak mahulah mendidik dengan cara itu atau menjerit-jerit secara rockers. Aku cuma membagi satu situasi. Untuk menceritakan bahawa, aku akan sangat memanjakan anak-anak (aik?plural kah? haha) tetapi dalam keadaan yang sangat sesuai dan perfect. Atau dalam kata lain, jangan sampai mempijak kepala ibubapa. Sebab walaupun aku sangat dimanjakan oleh ibubapa, aku sangat patuh dengan kata-kata ibubapa. Bercakap NO kepada ibubapa merupakan satu perkara paling susah untuk dibuat pada kebanyakkan time. Menderhaka merupakan satu perbuatan paling ditakuti. Oleh itu, janganlah memandang rendah kepada anak-anak yang dimanjakan. HAHA.

Yang penting, bagilah pendidikan agama yang mencukupi. Dan impian aku, untuk memiliki anak-anak yang super genius, taat kepada agama dan sihat walafiat. Aik? Ini sebenarnya entry menyambut hari lahir mak aku ataupun hari menghargai bakal anak-anak aku? Kembali ke pangkal jalan ; kisah hari lahir ibuku.

Semoga Ma akan dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.
Semoga keluarga kami kekal bahagia dan dilimpahi keberkatan.
Insyaallah.
Photobucket
We Love You


Aku sedang seronok membuat kerjaan lain. Oleh itu, aku takda masa untuk mengerjakan blog ini secara over. Walaubagaimanapon, I love you blog. Selamat berpuasa semua. Janganlah makan secara pukal semasa berbuka puasa nanti. Kerna akan menjejaskan stamina semasa bersolat dan membaca Al-Quran. Err. Tahukah membaca Al-Quran memerlukan stamina yang baik? Kalau tidak, engkau akan sukar untuk bertajwid dengan betul. Ini berdasarkan kisah benar dan pengalaman penulis.

Wassalam.
 

Thursday, September 04, 2008

Constant X ( Pemalar X )

Hari ini aku sangat sombong terhadap nasik. I produced hissing sounds to nasik. (for example ha, it sounds like hishhh!) Hooray. Tadi bergaduh dengan kerang, sekarang berlagak dengan nasik wadehel? Berciri keangkuhan di situ. Hari ini tidak berbuka puasa bersama nasik. Kedengaran biasa, tetapi sebenarnya ia sangat luarbiasa bagi die hard fan nasik like me. *drooling* kah kah kah. (nasik, see ya later at midnight muahhh. aha)

Kalau bukan nasik, apakah Chika makan? Chika telah memakan seekor biri-biri di Padang Prairie. Acah! Chika makan Grilled Tarantula Foldover. Sangat pengotor kau Chika. Aku makan Mi Hailam lah. HAHA. Makan sikit saja. Selepas itu berciri keangkuhan lagi. Tolak tepi. Muka sangat snobbish. HAHA. Selera makan mendadak jatuh pada hari ini. Mungkin dah sampai seru untuk benar-benar langsing. Kan aku dah cakap! Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapakan tahu. Engkau tunggulah, raya ni aku langsing punya. Kah Kah Kah.

Engkau semua tahukah berapa banyak kuantiti input yang kau ambil semasa berbuka puasa? Kalau engkau mendapati kuantiti tersebut tidak constant, engkau sangat bahaya. Sebab engkau tidak boleh meramalkan kelangsingan engkau menjelang hari perayaan kelak. Oleh itu, ukurkan kuantiti input anda.

Err.
Aku tahu kuanti makanan aku. Dan dengan angkuhnya, kuantiti input aku adalah sangat constant. HAHA. Mari sini aku ajar kau tentang kejadian CONSTANT X. Look ;

- Pada waktu siang (during fasting), my weight is X. ( x merupakan satu pemalar dalam unit Kg)

- Pada waktu malam (after break fast), my weight is X+1 or in mathematics, it is written as (x+1)Kg.


Engkau fahamkah? In conclusion, ini adalah indication bahawa aku telah memakan sebanyak 1 Kilogram makanan sewaktu berbuka puasa. Dan jumlah ini adalah berciri constant. Kah Kah Kah. Err. X ialah berat aku yang berciri rahsia. Pasti engkau sangat curious la bukan? Err. Sebenarnya engkau bukan berciri curious, engkau mungkin berciri busybody. Ishk. Buruk la bukan sifat tersebut? *hisssss*


Perut aku belum okay. Kerang belum puas hati, masih ajak aku fight tapi aku malas layan dia. Anyway semua, aku sudah tahu apakah tips yang boleh aku sarankan kepada anda yang mahu langsing bersama aku. Engkau pergilah makan kerang sehari 3 periuk. Apa tadi? Cicah dengan sos sedaplah bukan? Ha, cicahlah dengan sos. Confirm, berat anda akan menjadi (X-3)Kg.

Hipotesis ; Semakin banyak periuk of kerang, semakin kerap you visit the toilet.


Periuk of kerang berkadar langsung dengan kesusutan nilai X.


Kesimpulan ; Makanlah kerang untuk langsing. Cuma memerlukan penggadaian perut sahaja.


Err. Buat pertama kalinya, aku merasmikan naik taraf blog aku sebagai berciri Mathematic. Brilliant. Esok lusa, blog aku berciri Geologist pulak. Siapa tahu? Berani lagi kata blog aku tak ilmiah? Ilmiah nehhhhh! Kah kah kah.


Err. Tengoklah bawah. Entry ni ada label. Mathematic. Gila brilliant lah blog ni. Ha Ha Ha

Labels:

 

Kerang

Tak guna punya kerang!

Kerang pon fight balik : Tak guna punya Chika!
Chika fight lagi : Kau lah tak guna!
Kerang kasi counter attack : Kau lah!
Chika tak mudah mengalah : Kau lah kau lah!

Kau!
Kau!


Err.
Hujah 1 ialah ; I like to eat Kerang. Saya suka makan kerang.
Hujah 2 ialah ; I am allergic to Kerang. Saya alergik kepada kerang.
Hujah 3 ialah ; Kerangs are very delicious. Kerang sangat sedap.
Hujah 4 ialah ; Kerang can cause stomachache. Kerang boleh menyebabkan sakit perut.

Kesimpulan : I like to eat Kerang but I am allergic to Kerang. Anyhow, I can't resist Kerang because it is very delicious even though it can cause stomachache. Saya suka makan kerang tetapi saya alergik kepada kerang. Namun begitu, saya tidak boleh menolak Kerang kerana ianya sangat sedap walaupon boleh menyebabkan sakit perut.

Saya tidur hanya selepas Subuh. Sebab perut saya sakit sangat. Sampai ada masanya, saya rasa hendak membuat pembedahan perut secara sendiri. Malangnya, saya bukan Dr.Chika (kalau aku doktor, pasti hospital sangat harmoni kerna adanya Dr.Chika yang langsing dan sangat comel wadehal?) Saya sangat tidak boleh tidur. Kesakitan ini menyebabkan gejala tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Saya berguling-guling di atas katil seperti sedang bermain rollercoster. Sangat sakit sampai menitiskan air mata dara (?)

Semalam mak saya sudah warning ; Jangan makan kerang banyak-banyak. Sebab beliau tahu saya tak tahan dengan kekuatan kerang. Kerang sangat jahanam bukan? Dia kelihatan sangat tidak kuat semasa di dalam mangkuk. Dia sangat lemah dan sangat pasrah dimakan dan dijadikan habuan. Semasa dia sudah masuk ke dalam perut, dia pon mula menunjuk gagah dan cuba memakan saya semula. Jahanam bukan? Anda semua kena tahu, kerang nampak lemah di luar, tetapi kuat di dalam. Sekarang dia sangat berkuasa dan sedang memusnahkan perut saya. Sebab itulah kerang sangat tak guna.

Saya baru saja berupaya bergerak aktif. Perangai kerang yang jahanam di dalam perut telah membuatkan saya jadi sangat lembik. Saya janji tak mahu makan kerang lagi. I promise not to eat Kerang anymore. Tapi akan makan sikit-sikit kelak. Kah Kah Kah!!

Disebabkan perangai kerang yang jahanam ini, saya tak terasa mahu makan nasik. (benarkah???) Saya nak makan makanan lain hari ini. Tapi apakah makanan tersebut, sangat tak tahu. See. Tengok. Disebabkan kerang semangkuk, habis nasik sebelanga. Disebabkan kerang yang menjahanam, dengan nasik-nasik aku tak da selera.

Hooray!
Akhirnya aku boleh katakan yang aku tak nak makan nasik!


Terima kasih Kerang.
(berlaku konflik hujah dalam entry ni. Chika neh marah kerang ke, atau thankful to Kerang? Jom main game!)
 

Wednesday, September 03, 2008

My 3rd Ramadhan

Haikal sudah balik all the way from Ipoh semalam. Alhamdulillah.He worked for TALENTIME. As an actor? Not not. Crew lah. Apa yang omaigod-nya, aku baru tahu yang dia bekerja for Yasmin Ahmad's film. Aku tahu dia bekerja untuk film shooting. But un-sangka-rable, for Yasmin Ahmad's. He said (he said!) Sharifah Amani was so stunning and cute and a very nice person yang selalu called him 'awakkkkk'. Okay, boleh diimaginasikan. *whatever*. Yasmin Ahmad? Tunang saya belum kenal Malay director. Kesian dia kih kih kih.

Haikal passed pada aku one file. Something like wardrobe thingy. Wah. Cool betullah mereka buat filem. Banyak sangat gambar. Dan tiba-tiba ternampak this girl. Dia cute, and adorable I must say. Adek saya kata, she don't really speak Malay but she tried. No wonder bila dia berlakon, pronunciation dia sangat aneh. Adorable, still. Anyway, aku suka filem-filem Yasmin Ahmad walaupon filem-filem beliau sangat sepi. Tidak happening yang menggoncang jiwa. I love Mukhsin and Sepet.

Aunty baik. Kata Haikal. Actually my parents kenal parents Yasmin Ahmad. Kami buat Umrah sama-sama dulu back in 2002 (dengan parents beliau, Aunty Inum and Uncle Ahmad) Kami pernah lawat rumah mereka si Subang Jaya (if I'm not mistaken) Lama dah. Mereka sangat baik :) Eh eh. Entry tentang Yasmin Ahmad and the family berlaku tanpa niat. Move on, Chika!

Tadi berbuka saya banyak makan kerang. Kerang banyak dimakan oleh saya semasa berbuka puasa. Dan saya terlupa dates (terlupa dating kah kah kah) Terlupa memakan kurma. Kurma terlupa dimakan oleh saya. Hey, seronok tahu membuat ayat putar alam. HAHAHA *i'm not laughing*

Sebelum berbuka tadi, saya sangat lapar. Disebabkan tidak boleh makan, saya pon memasak makanan supaya saya terlupa nak lapar. Saya bukan memasak gulai asam pedas ikan terubuk mahupun sup ayam dengan kiub, tetapi saya memasak dadih kah kah kah. Bukankah comel memasak dadih secara bertungkus lumus? Kah kah kah. Saya pon proud kerna saya semakin laju memasak dadih. Dan dadih saya tak pernah fail. Semuanya excellent. Engkau pandai ke masak dadih secara excellent? *tiba-tiba nak angkuh*

Petang-petang, saya mendapat ketagihan baru. Iaitu menonton Geng Bas Sekolah. Wadehel?? No way! Err. Menonton Sutera Maya. I did not fancy Fasha Sandha. I did not fancy the hero *siapa nama kau?* I fancy Mustafa Kamal *yes, he's old berciri ayah* Tapi bukankah dia sangat segak? Aku juga suka Maria Farida. Dulu dia tak cantek sangat. Sekarang, dia sangat cantek. Daripada tak cantek sangat menjadi sangat cantek. Perempuan memang akan menampakkan kecantekan dia menjelang usia tua. Tak sabar nak tua (wadehel?). Nak menjadi perempuan tua yang cantek. Kah Kah Kah. Kenapakah muka semasa remaja kelihatan sangat selekeh? Dan semasa sudah menjelang usia 40's, terserlah kecantekan yang luarbiasa? Mungkin semasa sudah 4o's dia pon sudah ada handbag LV dan mula memakai SKII. Semasa muda remaja, tak habis-habis dengan Roxy dan Clean & Clear. Kah Kah Kah.

Sudah waktu Isyaq. Marilah solat Isyaq, bertarawih dan bersolat witir. Selepas itu, membaca Al-Quran. Janganlah asyik membaca blog, kerna tiada majlis khatam blog yang akan diadakan kelak. Kah Kah Kah.

Oyya.
I love kad raya.
Berserta sampul surat dan setem.
Dihantar oleh posmen secara 'posto! posto!'
Err. Aku cakap je.
Tiada double meaning.
KAH KAH KAH KAH!
 

Nasik satu pinggan

Selamat Ramadhan, everyone!
Third Ramadhan already. Baru nak wish Happy Ramadhan ke? Why so slow? Because its fasting month, semua pon menjadi slow motion. (ye?) Alasan lah, macam biasa. Bagaimanakah Ramadhan anda? Sangat seronok? Mengujakan? Melangsingkan? Atau sudah ternaik kilo lantas berlinangan air mata dibuatnya?

Ramadhan saya (ehem, saya?) seperti Ramadhan yang lalu juga. Sangat sederhana dan tidak bermain bunga api atau mercun sebagai menyahut saranan kerajaan. Ramadhan tanpa mercun yang meletop-letop sampai menggoncang dunia adalah sangat bosan. Tetapi berwaspadalah dengan arahan kerajaan. Bukankah kita sangat menghormati kerajaan? Amin. Saya masih diplomatik dengan kerajaan. Sebab kerajaan pon very diplomatic lah hayyoh. Its Ramadhan, baby! Kita haruslah meningkatkan puji-pujian dan berkata yang baik-baik.

Apakah yang seronoknya menjelang Ramadhan?

Pertama, kita akan makan nasik. (as if you never makan nasik during any other months). Kita akan menjumpai lauk-pauk dan kuih-muih yang aneh-aneh. Dengan pelbagai rupa dan rasa. Yang kadang-kadang membuat tekak saya berasa nak hancur kerna keanehan juadah tersebut. (anyway, tekak saya sangat conservative atau disebut sebagai tah apa-apa). Kita juga akan bersahur dan bangun dari tidur untuk makan. Bukankah kejadian ini sangat luarbiasa dan sangat tidak praktikal pada bulan-bulan lainnya? Mak kita pasti sangat tidak kuasa untuk bangkit pada jam 3 pagi dan memasak-masak kalau bukan pada bulan ini. Setelah itu mengejutkan anak-anak untuk makan. Berciri kasih sayang di situ. Selepas itu, we have dates! I love dates! (Kurma lah. Bukan dating maksud dia.Janganlah berdating sewaktu berbuka ataupon bersahur. ) Tahukah kenapa aku (ehem, saya lah!) Tahukah kenapa saya suka dates? (bukan dating!) Sebab memakan kurma akan membangkitkan ilusi-ilusi berpuasa seumpama di Tanah Arab (?) Aneh betul perasaan neh. Mungkin saya sangat terkenangkan ladang kurma di Tanah Suci Mekah.

Sebenarnya, berpuasa boleh melangsingkan anda. Tetapi perlukan mengamalkan cara yang betul. Kalau anda makan secara vampire sepanjang malam membawa ke waktu syuru', pastilah peluang untuk langsing sangat TAK ADA. Oleh itu, tingkatkan Iman pada waktu malam. Janganlah menjadi sangat angelic pada waktu siang dan bertukar menjadi vampire kuat makan pada sepanjang malam. Kalau anda sangat beraksi vampire, janganlah berharap sangat untuk melangsing menjelang perayaan aidil fitri kelak. Nasihat ini percuma sempena Ramadhan. Kalau tak, aku charge jugak tu! HAHAHA. Apa kau ingat aku pernah membagi service percuma selama ini?

Apakah lagu raya kegemaran anda?
Lagu raya kegemaran saya ialah Anugerah Aidilfitri nyanyian Siti Nurhaliza. Aik? Aneh bukan? Chika mana suka layan Siti Nurhaliza. Tetapi menjelang Ramadhan dan Raya, Chika sangat layan artis tersebut. Apa nak buat, lagu raya beliau saja yang tasty.

Lagu raya paling saya menyampah ialah yang berbunyi seperti ini ; Selamat hari raya, kepada saudara serta saudari ... setahun hanya sekali ... bla bla bla.. Gila punya bosan lagu neh! Dari kecik sampai besar aku sangat tak nak dengar lagu neh. Kenapakah lagu tersebut berciri sangat bosan? Kalau aku sedang memandu dan terkeluar lagu neh dicorong radio, laju-lajulah aku menukar ke stesen lain. Aku sangat alergik dengan lagu tersebut. Iaitu satu rasa tidak suka secara sangat.

I am trying to talk about Ramadhan but I guess, I am missing nasik even more. Why lah nasik so alluring. Err? Sepanjang puasa ni, I eat nasik only for break fast (bukan sarapan pagi. Ko gila?) Nasik only sebanyak satu pinggan tanpa bertambah ke dua atau tiga pinggan. Then, I eat nothing for all night long. Sumpah. Semasa bersahur juga I eat nasik. One pinggan only. Not more than satu pinggan because I want to be langsing (whatever). Why I want to be langsing? Because I want to raya sakan this year like I never did before. I had studio projects these past three years and they killed our raya mood. Sebab itulah raya this year, I am so semangat to look langsing, cantik dan sangat RAYA HOORAY! Baju raya yang subhanallah punya glam pon akan kelihatan sangat buruk bila tiada kelangsingan. Thats why lah!!! HAHAHA.Somehow I know, I will never be langsing. Tapi tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapakan tahu. Brilliant. Not bad juga pepatah Melayu. Sangat berguna dijadikan alasan.

Perempuan yang meninggalkan puasa, janganlah makan secara berleluasa. Saya pernah makan buah nangka pada bulan puasa iaitu semasa matahari sangat terik. Saya makan secara sanagt sedap semasa adek saya tengah tidur lena. Saya makan berhampiran dengan dia. Tidak sangka, bau nangka sangat mujarab untuk membangkitkan orang yang lena. Adek saya telah bangun secara mengejut dan lantas berteriak "Tak puasaaaaa!" Dia pon terus bangun dan berlari ke tingkat bawah lantas berteriak-teriak macam orang gila.

"Hoi semua! Ayong tak puasa! Dia tak puasa! Dia makan nangka dalam bilik kat atas! cepat cepat naik atas marah dia!!!!"


At that time, Haikal was only 8 years old. Dan kejadian kantoi telah berlaku banyak kali sampai aku rasa bengang nak selam muka budak-budak ni masuk kolam. HAHAHAHAHA.
 

Tuesday, September 02, 2008

kisah lelong yang menggadai waktu anda.

Number one ; seriously I need new laptop. I need. Need means, wajib. Compulsory. Boleh mati on the spot kalau tak dapat. Err. Okay, ayat tersebut over lah Chika! Exaggeration. Tak mati kalau tak dapat. Tapi at least, umpama jasad tanpa roh. What does that means? Jasad yang mati lah bukan? Ha that's why la hayyoh I said, boleh mati kalau tak dapat juga secepat mungkin.

Dia sudah terbelah-belah di bahagian kiri. Since aku neh kuat perkasa like... err... (siapakah superhero yang sangat kuat?) okay, like that superhero yang sangat kuat, maka tadi aku pon sudah hampir mempatah duakan skrin dengan keyboard. Bahagian kanan pon sudah retak.Dah macam antara nak ajal je aku tengok tadi. Crackkk! Aku dengar bunyi tersebut. Aku pon... hayyoh! Matilah aku pada malam ini juga. Oksigen oksigen! Aku pon memanggil oksigen kerna aku sangat tak bernafas dibuatnya.

Ingat. Kalau laptop aku terputus dua lah malam neh, aku pon akan terputus dua sama. Sebab aku sudah tidak mempunyai desktop lagi. Err. Kejadian petir tempoh hari. Belum dihantar repair lagik. Tahukah kenapa tidak dibaiki lagi? Kerna aku sangat malas mengusahakannya. Aku pon tak tahu apakah sudah jadi dengan aku. Sangat pemalas kebelakangan neh. Nak teguk air masuk mulut pon malas. Kalau boleh, engkau tegukkan aku air lah sini! Err. Tak payah.

Aku perlukan laptop.
Rasa nak menangis tersedu-sedu dibuatnya. (tahukah bahawa aku sedang menipu?) Aku memang sebaklah tengok laptop neh.Terasa kemiskinan yang sangat. Kalau tiba-tiba blog aku terdiam, maksud dia laptop neh dah terbelah dua okey. Macam cool lah bukan? Aku mematah duakan laptop sendiri. Gila cool! HAHHAHAHA. Aku mematah duakan laptop sendiri. Cubalah baca banyak-banyak kali. Terserlah ciri-ciri cool dan comel. Jahanamnyaaaaaaa.


Number two ; I want COACH. Gila tak? Itulah. Siapa suruh banyak sangat membaca Cleo? Gila. Gila. Pergi bakar Cleo! Aku dah tak tahu apakah harus aku baca. Bila baca Cleo, aku terliur tengok COACH. Bila baca Pesona Pengantin, aku rakus tengok pelamin dia bersama hantaran yang macammacam gaya punya artistiknya. Bila baca Utusan Malaysia, aku naik angin dengan kerajaan, bila baca Harakahdaily, aku emosi nak jadi politician. Abes, apakah harus aku baca supaya hormon aku takda bergelora? Komik? Komik doraemon? Nanti aku histeria nak memiliki sebuah doraemon. Bukankah sangat haru biru hidup aku neh? Luckily aku takda melanggan majalah automobil. Kalau tak? Engkau bayangkan lah sendiri... HAHAHAHA. Anyway, I love reading. (huh? eating?! Gila kau)


Number three ; aku bersahur telan happy pills. Berbuka telan happy pills. Sebab tu lah aku high sepanjang dua hari neh. Langsong tak ada naluri untuk hidup. Aik? Ayat kau jangan melampaui batas okey! Err. Aku rasa sangat letih yang tak berkesudahan. Maka, aku pon meng-horizontal sepanjang masa. I mean, most of the time (He said, better la aku meng-horizontal than being spherical) Kejinya ayat tersebut. Oyya, aku sudah tak langsing lagik. Iaitu kenaikan mendadak 1kg. Aku sudah menjadi a bit spherical. Ishk! Burok lah word spherical neh. Sanggop betul dia menggadaikan word tu kepada aku. Erk. Engkau jangan skema sangat lah. Mana ada aku telan happy pills. Bukankah dah dikata berulang kali? Aku sendiri sudah mempunyai ciri-ciri happy pills. Aik?


Semacam, aku semakin kerap membuat entry membazir. Iaitu yang berciri lelong. Maka, aku pon berasa sangat tak best. Entry yang tidak berkualiti sepatutnya jangan di-publish. Kejaplah aku carikkan alasan supaya entry neh berciri kualiti dan kena publish.


Err. Oyya. Entry neh bertujuan menekankan isi number one di atas. Iaitu perihal laptop terbelah-belah. Yang akan mencerminkan keperibadian aku yang bukan saja humble kebelakangan neh, malah sangat gagah dan juga pemusnah. Engkau mesti belum tahulah bukan sikap pemusnah tersebut? Aku rasa, semakin banyak memblog, semakin banyak keburukan aku terserlah sampai engkau semua pon akan sangat histeria dengan aku. HAHAHAHAHAHA. Tapi sikap jahat dan buruklah yang selalunya menyebabkan sikap baik engkau yang sikit akan sangat disanjung. Err. Memang aku ada banyak sifat yang kurang baik. (humble bukan?) Tapi sikap aku yang baik, walaupon sangat sikit tetapi ianya sangat berkualiti tinggi. Iaitu sangat baik. Erk. Atau untuk berciri humble, aku simpulkan ianya sebagai ;
Chika seorang pemusnah yang sangat sayangkan harta bendanya dan sangat bersedih atas kemusnahan tersebut. Chika juga seorang yang garang dan suka memarahi pihak lain dengan mukanya yang sangat berciri kemarahan tetapi beliau sangat baik hati dan cepat cool lantas mengajak orang tersebut makan ice cream dari pagi sampai ke petang.

Tengok. Sikap yang seimbang. (?)

Motifnya kali neh, sikap biarlah seimbang. Semua orang ada sikap buruk. Tapi coverlah sikap buruk tersebut dengan kebaikan yang berkualiti tinggi. Tak faham? Maksud dia, engkau belum mampu mentafsir motif entry. Boleh baca lagi sekali kalau nak. Kalau tak nak, boleh bersurai ke blog lain yang lebih berkualiti. HAHHAHAHAHA.


Bukankah entry neh sangat menggadai waktu anda?
HAHA HUHU HEHE.
 

Pulang Ke Kampong Halaman

Petang Sabtu kami balik Johor. Kami bertiga. Aku, Ijat dengan Adek. Thrill. Thrill gila. First time drive jauh-jauh secara solo. Selalunya drive jauh pon, ada parents escort dari belakang. Kali ni terserlah kegagahan aku. Not bad. Agak steady jugak. Drive dalam hujan lebat sambil makan snacks dan menyanyi-nyanyi. Padahal abah pesan, selawat banyak-banyak. Err.

Dari KL pukul 4 petang. Sampai rumah atok aku pukul 7.30 malam. 3 jam 30 minit. Itu pon sebab hujan lebat dan mengalami kesesakan (bahasa dah macam UTUSAN MALAYSIA tuih!). Kalau tak, pasti lagi cepat aku sampai. Itu pon atuk aku dah sangat terkejut dibuatnya.

Berapa laju kau drive ni? - tanya atok aku.
Err... 140 (berciri dusta sikit) - jawap aku dan blah masuk dapur carik nasik.
170, ko jangan tipu! - Ijat pecah temberang.
Mak Tok report abah dengan ma kamu - Mak Tok ugut.


Tak guna punya adek. Kalau aku kena dengan abah nanti, mula-mula sekali aku lempang muka kau laju-laju. Bukankah masa hujan aku cuma drive 120km/h? Apsal kena report tentang kejadian 170 dan tak mahu sebut je tentang 120 km/h tersebut? Apalah salahnya back-up kakak sendiri.

Nak salahkan siapa? Salahkan kereta Haikal. Apsal kereta dia gagah sangat? HAHAHAHA. Kalau macam tu lah punya gagah, drive Utara-Selatan pon aku sanggop dow! HAHAHAHA. Minyak pon save gila! RM100 dah cukop. Memang gelak jahanam ar aku tengok fuel meter yang tak berapa terjejas itu. Kalau pakai kereta aku, mati kataklah tersedak-sedak aku isi minyak. Pendek kata, aku nak buat harta kereta tersebut boleh ke? HAHAHAHAHAHHA.

Hello, ayong. Drive elok-elok tau. Pakai kereta mana? - Haikal call petang tu.

Kereta Dek Kal lah - ada rasa malu sikit semasa memberitahu. Macam hina la bukan lanyak kereta orang semasa tuan dia outstation? Aku pulak sangat berciri kedekut dengan dia. Hinalah bukan? Ataupon patut dikeji aku neh. HAHA.

Woo! Dah buat harta nampak. Ok,ok. Pakai puas-puas. Ekal balik nanti, insyaallah tak dapat dah pegang kereta tu. HAHAHAHAHAHAHA- see. engkau pon sama-sama keji macam aku. Baguslah. Adek-beradek keji. HAHAHAHHA.


Haikal, we missed you. Sangat sangat rindu. Tiada kejadian huru-hara dalam rumah ini sejak ketiadaan kau selama lebih 2 minggu ini. Kami sangat bosan dengan kedamaian yang berlarutan ini. Cepatlah pulang ke pangkuan keluarga dan membuat huru-hara di dalam rumah. HAHA.Cepatlah pulang. Bawa wang yang banyak juga. HAHAHA.

Anyway, semasa kami on the way balik kampung, dia SMS Ijat dengan Adek. Dia tanya, nak pesan beli apa. Oiihhhh. Kau tak sms pon kakak kau yang humble neh? Apa ko ingat aku neh kakak tiri kau? Tak fair betul. Itulah masalahnya dengan adek-adek aku. Mereka semua ingat kakak dia neh kaya. Padahal dorang tak tahu, dalam purse aku ada resit je bersama RM6 dan beberapa keping wang rupiah. HAHA. Tapi itulah keajaiban alam. Orang miskin pon boleh hidup dengan baik. Macam aku. Miskin dan unemployed. Tapi masih boleh lah berkeliaran dalam shopping mall. Bukankah aneh tu? Sebab itulah, jangan pandang sebelah mata pada penganggur yang miskin. Motif?

Aku rasa, entry neh sangat membazir. Iaitu kalau tidak dihasilkan pon tak apa. Dan pembaca yang membaca tidak mendapat apa-apa natijah ke atasnya. Membuat entry membazir merupakan satu perkara yang aku tak suka. Iaitu perbuatan berciri bodoh. Jadi, kenapakah membuat entry neh?

Disebabkan aku pandai menggunakan alasan, kejaplah aku mencarik alasan supaya menafikan bahawa entry neh membazir. Err. Mungkin entry ni sekadar membekalkan dadah ala kadar kepada para penagih. Juga membagi diri aku sendiri lepas gian untuk memblog. Itulah. Disamping itu, aku juga mengambil kesempatan untuk membuat sebuah entry berciri kekampungan. Sebab sangat jarang bukan entry aku mempunyai misi teladan yang baik. HAHAHA.

Sebenarnya .. ehem ... entry ini baru saja hendak bermula. Yang panjang-panjang di atas tadi ialah perenggan-perenggan membazir. HAHA. Marah tak? Kalau berasa marah, bakarlah blog aku. Bakarlah dengan apa cara sekalipon aku takda terjejas punya. HAHA.

Ini gambarajah. Semasa perjalanan yang panjang.



Mungkin kesan cuaca yang membuat aku menjadi separa normal. Nak salahkan cuaca lah tu. Well. Aku tak berapa suka menyalahkan diri sendiri. Apa nak buat, aku memang sangat pandai menggunakan alasan. Boleh jugak salahkan snack Cheezel kerna terlalu sedap. Sampai aku membuat aksi high atau boleh dituduh sebagai hilang pedoman. Nak salahkan Ijat pon boleh. Siapa suruh mengambil gambar aku? Bukankah aku sangat pandai beraksi di depan kamera?


Di kampung, kami memungut hasil buah-buahan tempatan. Tahukah kenapa buah-buahan tempatan itu bermutu? Pertama, dia percuma. Cuma petik, dan makanlah secara ghairah. Kedua, rasa dia enak. Iaitu kemanisan yang hakiki. Bukannya manis-manis masam semacam Strawberry. Bukan juga jadi tak jadi seperti buah epal. Ketiga, buah-buahan tempatan mempunyai susuk tubuh yang gagah. Tengok macam rambutan. Nampak ganas. Durian apatah lagi. Duku, langsat dan manggis. Rupa mereka sangat buruk tetapi sangat gagah. Motif? Aku pon tak berapa pasti apakah motif terhadap penulisan ini. Tetapi yang pasti, aku sedang berusaha mempromosi buah-buahan tempatan di dalam blog. Tapi aku tak berapa ada fakta yang cukup. Kan dah kata tadi. Motif entry ini adalah bercerita sesuatu yang berciri kekampungan.

Err. Sebenarnya aku bukanlah suka sangat buah-buahan tempatan. Aku cuma die hard fan terhadap buah-buah terpilih sahaja seperti manggis dan mata kucing. Buah lain boleh jalan. Termasuk durian. Jangan berani offer aku durian. Aku sangat tak suka dia. TAPI, demi menghasilkan sebuah entry berciri tempatan, terpaksalah aku memuja-memuji buah-buahan tersebut.

Buah duku sangat banyak dekat kampong. Aku pon duduk balik pintu sambil memakan duku secara ghairah. Padahal bukan suka sangat. Tapi sebab duku tersebut sangat manis dan saiz dia sangat besar, aku pon jadi ketagih kejap. Makan secara solo dalam gelap. Sampai nenek aku menjerit suruh aku jangan meneruskan perbuatan tersebut. Mak Tok kata, burok sangat anak dara makan tepi pintu. Aik? Buruk ke?

Aktiviti kekampongan :
  • Menyambut kemerdekaan bersama atuk dan nenek di kampong. Dapatlah kami mood patriotik sebab atok aku sangat patriotik. Selama ni, kami mana pernah menyaksikan rancangan perbarisan di kaca tv. Biasanya pada hari merdeka, kami tetap kental menonton kartun di astro. Tak ada masa nak tengok perbarisan. Err. Menyambut di Dataran? Jangan harap. Mampus kena halau dengan bapak aku kang.

  • Malam 1 Ramadhan, kami bertarawikh di rumah dengan atuk kami. Seronok.

  • Petang itu aku turun ke kebun memetik buah pulasan. Padahal aku sangat taknak, tapi atuk aku sangat suruh. Dah namapon arahan atuk aku, siapakah boleh protes? Dikasinya aku kasut getah. Wah. Buruk betul rupa aku jadinya memakai kasut tersebut. Aku sangat cuak dan berdebar-debar. Sebab aku mana biasa masuk belukar. Bila disuruh rempuh belukar, aku pon menjrit TAK NAK. Atok aku pon menjerit MASUK! Apalagi, masuklah juga. Rasa nak menangis dibuatnya. Nyamuk sangat pandai mengambil kesempatan. Abes digigitnya aku secara berleluasa. Aku pon tak boleh nak buat apa. Sebab tangan kanan pegang bakul, tangan kiri pegang gunting. Tak cukup tangan nak tepuk nyamuk.

  • Banyak wo pulasan yang berjaya dipetik oleh aku. Tapi aku petik sikit, aku makan banyak. Semua putik-putik dia aku makan dulu. Aku memang suka makan putik pulasan sebab takda bijik. Begitu juga rambutan. kalau dia dah betul-betul masak, aku tak suka. HAHA. Aneh bukan? Mak aku kata, itu bukan aneh. Itu nama dia Jakun. HAHAHA.

  • Kesimpulannya, aku sangat takut masuk kebun sebab aku rasa terancam. Terlalu banyak haiwan berterbangan yang boleh menyerang aku secara berkumpulan. Aku juga takut dengan semak samun dan belukar. Mereka kelihatan jahat. Macam nak makan kaki aku. Balik dari kebun, aku pon terus mandi kerna aku berasa sangat gatal dan tidak selamat. Padahal tak ada apa pon yang terjadi. Aku pon bercerita dekat mak aku bahawa aku bertungkus lumus masuk semak dan memetik pulasan. Aku ingatkan mak aku akan kagum, tapi dia tak kagum langsung. Mak aku mendengar cerita aku secara biasa dan terus makan buah duku tanpa mempedulikan perasaan aku yang excited.

  • Aku masak dadih secara bangga. Sebab aku pandai masak dadih je dalam hidup aku neh. Nenek aku pon memuji dadih tersebut sangat sedap. Adek aku pon memuji sama. Padahal macam aku tak tahu je. Siapa-siapa buat dadih pon, rasa dia tetap sama. Nak ambik hati akulah tu. Nasib baik aku ni jenis cepat perasan, banggalah jugak dalam hati neh. HAHA.

  • Menziarahi sedara-mara. Mereka semua terkejut kerna aku balik Johor secara sendiri tanpa ibubapa. Mereka terkejut monkey. Mereka tahu, mak aku jenis yang overprotective punya orang. Mereka pon berasa aneh kenapakah kali ini mak aku benarkan kami balik secara adek-beradek. Mereka ingat aku balik naik bus? Chika naik bus? Nenek aku punyalah gelak sakan dibuatnya. Nenek aku pon berkata : Cucu saya neh, manja-manja semuanya. Mana nak naik bus. Ma dengan Abah dia pon tak pernah nak kasi anak-anak dia naik bus. Amboih, kenapakah mak tok membuka pekung di dada kami? HAHA. Memanglah. Aku tak suka naik bus. Mana pernah aku balik kampong naik bus. Bukankah sangat menakutkan naik bus dan berjalan jauh? Aku berasa sangat terancam. Err. Sebenarnya bukan salah aku. Memang mak aku yang tak pernah nak bagi. Jadi, aku pon sudah terpengaruh bahawa bas itu bahaya.


On the way balik, semua bantai membuta. Aku pon men-drift lah. Ijat tertido dari Machap lagi. Sedar-sedar je, dah sampai Seremban. Teruslah dia histeria : Ayong!!! Gila ke? Takkan dah sampai Seremban??! $%^$# Adek aku pening tak percaya yang kami sudah sampai Seremban.

Ko jangan main gila. Slow... slow!


Ijat fobia. Itulah. Siapakah suruh membuta? Kan aku dah bosan. Bila bosan, aku pon terangsang untuk memandu secara marabahaya. HAHAHA.

Sampai je KL, aku call mak tok. Mak Tok marah pulak dah sebab cepat sangat kami sampai. Masuk je rumah, kena marah lagik dengan abah.

Pukul berapa dari Johor? - tanya abah.

12 - jawap aku dan cuba larikan diri. Confirm kena marah punya.

Pukul 12?!! Sekarang pukul 2.30 dan sampai???! Berapa laju ni kau bawak? - abah dah macam nak marah neh.

Tak laju - aku tak mengaku.

160 sampai 180 dia hentam. Uda dah cakap jangan. Dia buat jugak - sekali lagi Ijat buat dajal kat aku. Tak guna betul. Mampus lah aku kena marah lepas tu.

Tunggu je lah surat saman - kata abah.

Gulp.
Bukan salah aku.
Siapa suruh budak dua orang tu tido?


Okay, aku memang tengah tunggu surat saman. Aku mengaku. 2 jam setengah dari Johor ke KL. Memang tak berapa nak logik lah bukan? Aku pon tak sangka aku bawak selaju tu. Serius aku dah gila punya tak sabar nak sampai rumah. Aku rasa letih sangat dan nak muntah. Aku cuma pikir nak sampai cepat je. Okay. Jom kita tunggu surat saman. Tapi aku harap, tak ada lah surat saman :( Kang memang mati aku kena salai. Siapa suruh aku balik kampong drive sendiri? Salah aku ke?

Atuk aku alhamdulillah sihat. Cuma mata dia je berpinar-pinar. Kurang darah. Mak Tok kata, dia tunjuk perasaan tak nak bangunkan diri. Bila tahu kitorang nak balik, terus je dia sihat dan ceria. Terus bangun tengok tv dan duduk-duduk berbual. HAHA. Dah agak dah. Apa-apa je lah, asalkan dia sihat :) Kami sayang kat aki dengan mak tok :) Bersahur kat kampong best. Macam-macam lauk maktok masak.

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."