♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
Wednesday, November 30, 2005 |
Sayang perut,sumbat-sumbatkan!
Sah sah usaha bonda sepanjang aku bercuti ni sia-sia belaka bila Mak Yang datang umah.AHAHAHA... ternyata jugak upacara open-mengopen umah membantutkan hasrat bonda mau anak gadisnya ini menjadi lebih slim shady! yehaaa... (mak yang suap makan.Makanan jadi seploh kali ganda lebih sedap dr biasa.Air tgn makyang mmg classss...)
aiza buat open ous semalam. Byk nyerh makanan! gelojoh perot aku.Aku tau perot aku ni mesti ketawa terbahak-bahak tgk makanan yg banyak.Tapi tidak tidak tidak! aku sayangkan perutku.Aku tak mahu dia menjadi huduh.Jadinya aku control makan aku walopon aksi makan astri yg hebat ada jugak mengganggu psikologi aku.Berbulu tgk aksi makan dia! Ko tak sayang perut heh??
Cam dalam hikayat zaman purba kala, bila kami-kami golongan mak nenek ni bertemu, CNN pon leh jatoh muflis! MUFLISSSSS! HAHAHA... Dari isu-isu kecik sampai ke isu-isu dunia, semua kami ulas sampai abes.
Aku suka sesi bertemu sahabat ni.Tapi aku tak suka kumpul dosa.Mulut murai sungguh. Alah, cam makcik2 kawasan perumahan yg suka bertandang pas beli ikan. Tinggal lagi kami ni maknenek-maknenek educated yg cuba ubah isu mengumpat menjadi lebih mulia.Kami taklah menokok-tambah cerita.Cuma kami ulas dan canangkan kembali hanya sebagai satu saluran informasi. Erkkk?
Aiza cam biasa lah! Sehebat-hebat aku bergosipan, ada masanya aku masih katak di bwh tempurong.Tapi bodigad aku nih tak penahnya dok bwh tempurong.Sentiasa up to date CERITA nyerh.Dgn adanya kami nih, makin sensasi cerita. Aku, Mimi, Marlia, Astri ni ala-la paparazi lah.Tukang sensasikan cerita yg selekeh jd lebih bergaya.
Yg bestnyer, Umrah ngan Faizah mai. Amboih, macam pendidik harapan negara btol si Umrah. Moga2 generasi bakal anak-anak aku nanti dididik sebaiknya oleh bakal-bakal guru cam Umrah. Wallah...
Isu Aku & Faizah
AKU SI MULUT LASER : Kampus KL burok kan? Tak best kan? Shian ko dok UKM KL FAIZAH SI KECIK YG AKUR : Ha ah, memang! Tapi UKM Bangi bangunan burok! AKU SI MULUT LASER : (srurrrup! sukati ja mulot ko!) Manader! Tu bangunan depan2 area DECTAR.Kat belakang2, bangunan baru lawa2 sumer. FAIZAH SI KECIK YG AKUR : Owh, ko fac mana? Kat ner fac ko? AKU SI MULUT LASER : Aku KEJUT.Kat Lingkaran 2.Kat tasek UKM yg indah lawa... (aku bermegah-megah) FAIZAH SI KECIK YG AKUR : owh.. (semakin akur dan termakan dek kata-kata aku)
kami pon makan bersama. Bergambar bersama...berbual-bual bersama..
Dan aku kembali mensensasikan suasana.
AKU SI MULUT LASER : Budak Medic berlagak weh! Nyampah aku time orientasi dulu. Bila pakai je tag UKM KL, mula nak tinggi idong. (siap muka-muka aku bercakap) FAIZAH SI KECIK YG AKUR : Ha ah.... mmg! Bebudak Dentistry pon sama.
Kali ni aku diam puas hati. AHAHAHA.... aku saja jerh nak mencetuskan panorama yg kekununnya bebudak ARCHI ni best-best.Tp bila aku pikir dua kali, aku sebnarnya cam bagitau kat sumer kengkawan aku yg budak ARCHI ni mulut laser.Jahat nak mati! AHAHAHA.... (actually, the laser2 one ha...is me.Jgn streotype okeh!)
AKU & AIZAR
Sehati dan sejiwa btol. Sama-sama kita menjadi Cik Siti Wan Kembang-Kembangan. Mmg kami berdua tak ubah macam bunga mawar Queen Size yg sedang berkembang di taman tasek titiwangsa. Wakakaka... Nice kain ha, aiza! Mana beli? Wakakakak... "Kita serupa..." sambil aku menyanyi riang.
AKU & ASTRI
Kami nak penyek-penyek idong kamu! Wahahaha....! Kami nak kopek-kopek tumbuhan menumpang kat idong kamu! Kamu sungguh zalim melakukan idong kamu sekejam itu
AKU, MARLIA & MIMI.
"nanti pada suatu hari, ada projek pembinaan baru. Architect = Nurul Haizum Zainodin. Landscape Architect = Siti Syamimi Omar. Interior Designer = Marlia Ramli"
Kami berangan bersama-sama. But i'm not really go into their (Mimi and Marlia) conversation.Sbb aku made in UKM. Depa made in UiTM. UKM tetap chenta hatiku. Kami (bakal arkitek UKM) sgt berbangga sbb tiada jurusan lain yg boleh ganggu populariti kami.
AKU & JULLIAN
aku dapat kegeramarn baru sejak 2, 3 hari ni.Malas mandi! Eii..selekeh! So, aku pon decide nak bermalas-malas dan mandi kul 5.15ptg. Pi umah aiza 5.45ptg. Tapi Jullian memusnahkan plan-plan baik tersebut.
"i sampai ur place at 5 sharp ok? see ya there"
cecepat aku mandi! tak sempat nak mekap sakan cam model Shu Uemura. (tak kuaserr!) Tgh2 siap Jullian dah miskol.Mesti da tunggu tuh.Manalah tau, Jullian buat hal plak. Hilang pertimbangan ke, lalu dia meninggalkan aku, tak ke naya aku kena susah payah carik owang hanta aku. ekekek... so, aku pon siap ngan ekspres nyerh. (cepat tak?) uhuhu...
Balik pon Jullian hanta. TQ! sgt baik! You sgt baik... thats why i missssss you owiz .And thats why la i owiz remember u. ahahaha... (bley percaya ker??) But really, thanks for owiz be so sporting.Jom panjat KLCC!
AKU & IRWAN
aku taula ko ni antara jutaan peminat fanatik aku kat luar sana.Tapi toksah la ditunjuk-tunjukkan sgt. Nanti abes jd kontroversi, jatoh la populariti aku.Takleh carik makan ar.Ehehe... Terbukti ko curang! ko sorang boipren yg tak setia dan main kayu tiga, buat cinta tiga segi, cinta 3 musim, semua tiga! cinta ko berharga 3 posen! miahaha.. (aku acah jerh!) Irwan baikla... Nananana.... Kim salam sama awek kesayangan yg bernama Wani tu heh.
FAUZIE & KATA-KATA AZIMATNYA
AKU YG SUKA SAKAT ORANG : Cekgu Fauzie....makanlah! SEMUA ORANG : (Gelak sakan) FAUZI BAKAL CEKGU KIMIA : Heh, nanti student aku, aku tak kasi panggil aku cikgu. Dorang kena panggil aku abang Fauzie. SEMUA ORANG : (tercengang kejap.Cuba tampar2 muka, cubit-cubit tangan.Betolke Poji yg ckp nieh?) SEMUA ORANG : HAHAHAHAHAHAHAHA!
AKU & ANAS
Anas, if u read this. Sori kalau aku seperti menghalimunankan kamu. Aku sedar kehadiran kamu.Tapi apakan daya.Dalam kekepohan aku, aku ttp ada sifat malu-malu ayam. Jugak sikap tak reti beramah mesra ngan org yg aku tak penah jumpa. But really, nice meeting you since kamu pon pandai posing gak heh????? Hmm.. tak sangka. Ketemu jugak kita ye kat umah Cik Aiza Wan Kembang.
Panorama : aku tetap sowang budak yg sudah GEMOK. AIZAR pon MEMBESAR bersama aku.ASTRI teros dgn perkembangan yg SEHAT.MARLIA ngan MIMI cam biasa jerk. Kuruih jugak.UMRAH sudah berjaya membuang sampah-sampah lemak yg tak diperlukan. FAIZAH cam tak mengalami pembesaran.Maseh chumey.POJIE terus menjadi sahabt yg paling bersupan-santun hingga memikat hati ibu-ibu.JULLIAN maseh memegang anugerah ON TIME. IRWAN sudah maju dan kini bergelar KEKASIH YANG CURANG. Wek wek....
Aku bahagia!
pesanan : tiada gambar akan aku humban kat sini memandangkan arini aku boleh berfikir waras dan memikirkan kepentingan org lain. Aku nak blog aku mesra pengguna tanpa mengira samada pengguna broadband atau dial up.Oleh itu, utk gambar, sila KLIK SINI.
|
Tuesday, November 29, 2005 |
ANGAU AWW!
semalam cerita pasal lesbian. srurrp! emosi aku melonjak naik ngan gelojoh.
selain cepat teruja dgn sesuatu, aku gelojoh btol! sikap buruk yg tetap ada kelebihannya.
entahkan alamat tak baik apa yg dtg, aku tatau! ko tau? *sambil si TROPICANA geleng2 kebodohan* melayang ajer aku rasa kepala hotak aku ni. cam si burung merpati yg tgh mimpikan kekasih, lalu merpati itu terbang dua sejoli. ecececeh....
Tgk! ayat aku semua wallah! harini, menandakan apa tu? menandakan aku angau tak sudah! nak kena ketok agaknya kepala ni, kasi cepat sedar
geli je main angau-angau haper kejadahnyer aktiviti angau-mengangau? naik bulu tengguk aku. seriau, babeh!
-aku tidur sambil buttercup dan spongebob menjaga mlm aku-
|
Monday, November 28, 2005 |
LesbO!
Kalau ko tgk dua jantina berasmaradana, Ko heran tak? aku heran... Tp heran aku naik pangkat bila tgk jantina sejenis berasmadana... Astaghfirullahhala'zim..... Rasa nak panggil otomen taro tolong fire kedua-dua mereka.
Ishk, Nurul... sensitif ko isu nih. Baiklah! aku pon x nak masok campo hal mereka yg idop menongkat langit. Ye la, aku ni idop ada usia. Bila usia aku dah expired nanti, jgn kan kata langit, semua objek alam pon tak tertongkat dek aku.
aku marah tau! aku rasa nak cili-cili mulut mereka yg pernah kata aku ni 'les' ko penah nampak ye aku flirt ngan gadis-gadis dunia nih? ko penah tgk ngan mata kepala lutut ko aku berpoya-poya ngan gadis-gadis? tabaik mulut ko... drp ko mengumpat aku ni lesbian, aku cadangankan ko pegi je bunuh orang ramai. sbb dosanya sama je. malah lg puas ati perot ko drp memfitnah aku.
Bila aku tak kuar ngan lelaki,bukan sbb aku suka pompuan. bila aku suka bermanja-manja ngan kengkwn pompuan, bukan sbb aku tak mo lelaki. bila aku tak suka borak ngan lelaki, bukan sbb aku gila pompuan! bila aku kata 'alicia keys' cantek, bukan maksudnya aku tak rasa Tom Cruise ensem.
weh, aku normal weh! aku tau Tom Cruise ensem aku tau Enrique Iglesias sexy aku tau David Beckham tu romantik aku cair cam 'Smarties yg masuk dlm mulut' bila tgk Fahrin Ahmad. aku sanggup bersengkang mata demi One Tree Hill demi jejaka2 ensemnyer. Sah kan? aku ni gadis normal...
huwaa... aku rasa cam awan-gemawan menghempap bumi bila kena tuduh camni.Katala aku apa je.Tp bila dituduh camni aku rasa sgt sedih.Terharu pon ada.sbb lelaki tu gila sgt kot kat aku sampai dah tak tau nak buat apa.Dia pon tuduh aku les. Wakakaka...
Kalau dah rasa aku ni les, jgn la terhegeh-hegeh lagi les hanya memilih pompuan, kamu kan lelaki, angkat kaki carik wanita sejati lah!
aku : - takkan lupa peristiwa sms ngan lesbo. gamat satu room dibuatnya. (ingat tak athirah?)
- takkan maafkan lelaki-lelaki yg penah kata aku camtu
- takkan lupa suara sumbang yg menjerit kuat-kuat kata aku seterok ni masa balik dr kuliah malam.
- takkan amponkan semua tuduhan bodoh nih!
|
Sunday, November 27, 2005 |
Kent-chouwszz !
Oi, cik blog! Nama blog dah bertukar. Bukan nama melayu lagi, dah jadi omputeh celop, Tropicana.
Oi,Tropicana! Ko penah rasa nikmat membuli orang? penah rasa nikmat mengenakan orang? Uiks... lagi-lagi kenakan kawan baik sendiri, mmg nikmat dunia paling enak!
Cerita Tipah Tertifoo adalah cerita kusut-masai zaman purba. Kisah terkini ialah Tragedi Aku Menganiayai Kwn Baik aku. Nikmat hingga menjilat-jilat ibu jari kaki kiri!
Bila Aiza tak dtg, aku mula mengugut nak mendebik laju. Bila aku mengugut, hormon dia pon terganggu.Seblom aku bermulut murai dgn dia, aku suh dia baca dulu entry aku yg lepas. Erk...?? Akhirnya Tragedi Aku Menipu Sahabat Baik pon berlaku ngan gilang-gemilangnya. Bergulik sakan aku atas katil ni. Rasa mcm tgh duduk menonton sitcom. HAHAHAHA!
[ weh..takkan la nak putus sahabat sebab aku xdatang open ouz umah ko..bukan sengaja..mule2 kan ko kate malam ahad,pastu aku dah janji ar ngan makcik aku nak datang umah die semalam.tibe2 kol 1.26 am hari sabtu ,ko kate buat open hous sabtu malam.mule2 aku ingat jap jer gi umah makcik aku,pastu punyerla lame,kol 11 baru sampai umahxkan la aku nak serang umah ang mlm2 bute semlm.jgn la mcm nih,merajuk..aku dah bg mesej dah say sorry ek..jgn la mcm nieh,tak baik marah kwn ko nih..kalo la dekat,da lame aku balik sendiri,ni punyer la jauh..aku puas la pujuk mimi suh datang tau tak..jgn la macam nieh..aku xcall tp aku bagi SMS kan??maaf kan saye..maafkan saye..]
sejenak aku terkenang lagu P.Ramlee dalam Pendekar Bujang Lapok. Maafkan Kami...Maafkan kami... (dan terbayang dek mata aku kalau-kalau Aiza tgh melakonkan balik aksi P.Ramlee dlm filem itam puteh tu. Cam aku ni Salmah, dan dia Abang Ramlee.AHAHAHA!) Aku gelak guling-guling sambil memeluk Buttercup yg tak penah tdo.
[Si budak busuk tak suka mandi.....
woi kawan, jaja jiji juju, ko ske belacan,aku ske keju, bila bengang aku marah, rasa nak debik laju-laju.
mkn cococrunch, di waktu petang, cococrunch mmg la rasa coco, 1-0, aku dah menang, aku gurau je tuh, padan muka ko!
Bertenang la weih... yg pasai putus kwn tu bukan ngan ko.Pa kejadahnya putus ngan ko. Tak de maknanya. Tu ngan org lain. haa...tau takot! aku baru acah sket tuh. WAKAKAKAK =)) ]
Sambil jari-jemari aku melentuk-liuk bertango atas keyboard ni, otak aku terus putar laju-laju. Baik ke terus kenakan dia? Sib baik sifat kemanusiaan aku cpt dtg, kalau tak... Mau aku hukum dia puas-puas.. Cam masakkan aku KFC hot n spicy buatan sendiri ke, Tak pon bg aku ChocolateBanana buatan sendiri ke...
atau paling tidak pon, buat je Sate 63 cucuk malam ni gak tapau!
kalau tadi gelak guling-guling... skang aku tukar posisi. aku tarik blanket biru bunga-bunga cinta... aku tekup muka kuat-kuat... aku pon ada perasaan. aku pon tau betapa dahsyatnya perasaan Aiza kalau dia tahu dirinya ditertawakan oleh aku dari belakang. berbalas email lagi. Cam YM tu tgh koma atau tgh nazak pulak dibuatnya.
[wahai chika-choky
aku tak takot,tp risau jerk..kang ko marah aku,tak dpt buat keje2 bijak pandai lagik..bagos la pantun ko nih aku balas:
bile ko bengang ko marah, rase nak debik aku laju, takperla aku tak kesah, aku lari laju2.
makan cococrunch diwaktu petang, takpela aku bg chance ko menang, sbb ko member yg aku sayang, aku tak kesah asl ko senang..
tau putus member tuh ngan org laen,tp aku buat persediaan jerk..uwaa,aku telah miss satu event yg besh.. frombudakbusuk yg tak suke mandi tp comel di hati.. ]
Kali ni gelak aku dah surut.Aku mampu senyum je.Hanya ati aku je gelak terbahak-bahak.Sekaligus email ni membenarkan dugaan aku yg Aiza tak suke mandi pagi dan berbau busuk.
Sekian....
putus denganmu.... terpadam kiokk! putus dgnku... aku kerat cincang-cincang semuanya... sampai sama spt tak pernah ada. (Tak de maknanya nak fhm semua ni) *Kent-chouwszz = perkataan baru dari ahli kaji bahser peringkat umah aku. sapa lagi kalau bukan Bunda ku... ntah dari mana Bunda mendapat perkataan semacam ni.
|
Open ous
Selamat pagi,
Abes dgn open ous smlm.Semuanya bg aku ok kecuali beberapa perkara yg merunsingkn dan memarahkan iaitu seblom dan slps.
aku bengang kat sorang member yg skang aku rasa tanak pggl dia member dah. aku marah kat org2 yang mulanya lebih sudu dr kuah.aku bengang kat NURUL AIZAR AZMAN. dan aku runsing ngan diri aku yg tersalah 'konsep'
Dearest 'member yg tanak digelar member lg', Sms kamu sungguh biadab. Aku kesal menjempot. Itu jempotan terakhir aku. Tunggu aku sejuk hati, baru aku maafkan kamu. Sekali lagi, bahser kamu sungguh biadab. Dan aku terasa spt kamu membenam jarum peniti tajam ke jantng saya. Sekali lagi.Kamu biadab.
Dearest 'sudu2 yg lebih dr kuah', Lenkali jgn beriya-iya suh aku membuka rumah aku kalau kamu yg lategori 'sudu-sudu murahan' ni tau nak bagi alasan je tanak dtg. membazir masa, tenaga dan hingit mesya ibubapa aku.aku hepi tanpa 'sudu-sudu' ini. tak apa la...at least 'sudu-sudu' ini tak sebiadab 'member yg tanak digelar member lagi'
Dearest NURUL AIZAR AZMAN, Ko tak dtg, ko tak bitau, Ko tak call, Ko tak sms, aku marah! aku sdg tunggu ko meminta maaf.
Dearest diriku yg tersalah konsep, Aku sepatotnya cepat menjempot Farah dan Adian di Cempaka, aku seharusnya cpt ambik Shah kat Puteri Park. aku seharusnya tau ada byk orang nak menikah mlm semalam! dan tak sepatotnya ajak Jullian lalu kat lorong2 pernikahan. aku patotnya lebih tau mendengar ckp orang tua.
i'm done with open ous! aku tak tau apa masalahnya dgn pompuan-pompuan yg aku jempot. Sebok uruskan rumah tangga agaknya sampai SENGAJA tak memenuhi jemputan aku.Mungkin jugak nak main 'Ada ubi ada batas' dgn aku. Sbb aku x dtg open ous dorang, maka open ous aku pon tak didatangi.
Btol jangkaan aku. Semakin byk usia persahabatn aku, makin kehampassan nilai persahabatan tu. Betapa agongnya kengkawan aku kat UKM. Hanya naluri aku yg tau rasa terharu aku ble Farah (PJ) ngan Adian(Gombak) dtg. Jugak Shah.
Tapi utk kengkawan baik yg sgt dichentai, Hani, Mimi dan As3, terima kasih infiniti.
Tp sebenarnya ramai jugak yg dtg.Bebudak lelaki sgt senang.Ckp je dah dtg.Jullian jd org 1st yg sampai, dek Iqwan, Asmadi, Nik, Fauzie, Ami Zaim, Budin, (ada sorang lelaki yg aku tak tau nama), Irwan, Hasif. Menjadikan kengkwn aku yg dtg 17 org. Bley ar. Sib baik kengkawan adek aku memenohkan. Then ptg tu kwn ma ada mai. Mlm tu plak sedara-mara mai. Kalau Haikal ada kat sinih, mau roboh umah aku.
Cam minggu lepas.
Ma, kwn dek kal nak dtg.Masak sket ma. Berapa orang? Dlm dua tiga org
aku tak sangka adek aku tak reti mengira.Dua tiga orang yg dimaksudkan sebnarnya adalah 2, 3 puloh orang. Pengshan-pengshan mak aku terkejot.
aku tau page lambat load bila byk gambar. Tapi memandangkan ni blog aku, tempat aku menulis, tempat aku membuang sisa-sisa muntahan perasaan, tempat aku simpan crita dan kenangan, aku tak kira! aku ttp nk campakkan byk gambar kat sini. Sbb aku tak ada masalah load page. Utk mood aku ketika ni, aku mmg tak mahu memikirkan org lain. Aku hanya pikirkan aku.
(milik siapakah leher ini? - teka dan menang!)
(filem baru : "Bila Bulan Mengambang") Fast note: Tq aki ngan maktok (my grandparents) yg susah banyak layan kerenah aku sempena mlm membuka rumah. Tq abah ngan ma yg sgt sporting. Happening kan my mom? Kowang jgn tak tau... Terkekeh-kekeh kengkawan aku smlm pakat kena usyik ngan mak aku sejak dlm kete. Fauzie will owiz be one of my peberet fellow. Cool and steady... Nik oso. Budin kata... aku pakai baju plastik. (sgt x fotogenik la baju merah over menyala tuh) Astri kata ... jgn tdo lambat nanti kawin umo patpuloh. Farah and Adian buat tragedi baru kat MASJID JAMEK vs MASJID INDIA. (farah...farah.... jerit adian sambil farah membuat pecutan 100 m) I lost her! (i officially break this frenship up!) Frenship --> Frenshit!
|
Saturday, November 26, 2005 |
Ntah
Bismillah....
Semalam ma beli enset baru. Beli kat kedai enset (perlu ke bitau benda nih?). Nokia 7610.Uuuullala... aku rasa cam cemburu dan dengki hati plak tgk ma guna enset camnih.Terasa pulak betapa turunnya taraf enset aku. Tapi apa nak risaukan.Hak ma, hak aku jugak.
"Bley la ekal guna," smlm jumpa Dek Kal kat Klang.Ingat nak amek dia ngan sumer bebudak tu blk cheras tp boshan je.Adek sorang yg ikut balik. Alkesahnya adekku Haikal yg gatal itu telah terjatoh chenta(chenta pura-pura yg tak pernah berhujung pangkal) ngan jiran pak cik aku kat Klang sana.
"Budak tu cantek, ma!Putih, rambut panjang, lurus... Layan plak tu ble angah usha dia. Tapi adek jugak yg kena jd tukang minta nombor tepon pompuan," dah sah x sayang mulut.Kalau si Haikal tau, abis kena debik laju-laju bdk Del ni.
Yg aku heran... adek aku mmg kaki belit pompuan ke haper? Berterabur awek dia.Bersepah sekitar KL. Skang kat Klang pon ada jugak. Gatai sungguh la bebudak lelaki nih.
Kisah aku dan astri! Pagi td astri sms. Pagi ker?Aku pon tak tau la pagi ke ptg, yg aku tau aku tgh tdo lagi time tu. Punyalah berat mata aku nak baca sms tu sbb mengantuk sgt.Entah apa tah yg astri tanya.Yg aku perasan, pas maghrib tadi time chatting ngan astri, aku pon dok belek enset aku. Aku tgk kat sent item aku. Ceh! Apakah ertinya ini?
"Mlm.paswmaghrb" Soklan untuk Astri. (sila jawap)
Ko faham ke apa aku maksudkan tu? Apa sebnarnya soklan kpd jawapan sms yg aku reply tu? Ko send pagi ke ptg? Adakah jawapan aku menepati soklan?
Aku blur btol waktu itu.Tetapi aku sempat mendelete sms kwn aku tu walopon aku mengantuk.Skang aku cam mati punca ngan apa yg aku jwp tu. Open house umah Budin aku tak pegi mlm ni tadi.Sbbnya astri terpaksa ke airport jempot ayahandanyer.Maaf la encik saifuddin. Nampaknya kita tak ada rezeki nak berjumpa.Jumpa di lain waktu ye. OPEN HOUSE Umah aku akn dibuka seluas-luasnya esok.Pas maghrib.Kamu berminat? Kamu bolehla menjejak masuk ke rumah aku yg dibuka itu.Perlukan alamat? Owh, aku tak rasa kamu berminat. Tapi sbg memenuhi adat melayu, aku menjempot kamu-kamu yg membaca nih, datangla ke rumah sempena menyambut ariraya yg tinggal ke penghujung ni. Minuman dan makanan disediakan. Duit raya terkecuali. Terima kaseh.
rindu korang! Tapi cuti perlu diteruskan. Walopon aku rindu korang, aku ttp sukakan cuti. Ttp rindu korang. Ttp jugak sukakan cuti. Jadinya, hargailah percutian kita yg panjang nih. Jauh di mata dekat di hati.
|
Wednesday, November 23, 2005 |
Puisi Puitis Penipu
Alkisahnya aku tertipu arini. Rasa spt nak membunuh manusia si penipu itu. Mematah-riukkan tulang-temulangnya. Lalu menghanyutkn tulang-temulang tersebut di lembah Sg Nil. Ditemui oleh beberapa ekor buaya jantan pelahap, Maka rakus skali tulang-temulang manusia itu dikunyah-kunyah ngan lazatnya... yummy! Hingga buaya-buaya jantan pelahap tersebut sendawa kekenyangan. Dan terasa kenikmatan hingga menjilat jari....
Idop-idop aku tergadai akal.Idop-idop aku kena tipu ptg ni tadi. Sungguhla berbulu mengikatkan si jejaka A yg membenarkan jejaka B atau mungkin jugak jejaka C, D dan E terlibat dlm program menipu aku.
Aku pulak sebulat ati percayakan si penipu yg mengaku dirinya sbg jejaka A (kwn lama aku lah kunun).Dgn agak terbuka ati, aku pon ala-ala gembira dpt contact blk kwn lama tu.Tp yg kesiannya, akal aku ni kurang cerdik pulak mula-mula tu.Dah sampai nak ujung cerita, baru otak aku ni berakal.
awk ni tipu heh (aku ske serkap jarang)
Btol...
Dah la...penipu!
Aku end up call tu walopon dah terlambat sebnarnya.Lama jugak dah borak. Duduk sat pikir-pikir. Ajak g tgk Salon.Kununnya aku terliur la tuh.Aku tembak-tembak semua apa yg dia kata dlm sms byk kali.Sbb aku yakin dia tipu aku.Aku tertipu.Aku geram ble kena tipu idop-idop.Aku geram sbb memula tu aku percaya sgt dia tu kwn aku.Apsallah otak! Owh, otak... apsal leh percaya? Punyalah aku borak ngan ramah mesranya since aku ingat dia mmg la kwn aku.Penifooo....!
Sib baik aku tak reti maki-hamun.Sib baik pengetahuan aku sgt terbatas pada dunia bahser sastera kotor.Klu tak, mesti dia tak tertelan semua ayat yg aku hantarkn.Memandangkan ilmu pengetahuan aku masih suci, jadinya aku reply dgn cara yg bermoral, beretika dan berhemah. Heh, penipu.... Cakap terus terang kan senang. Terpulang pd cara si Penipu nak menterjemah ayat berbudi bahser aku tu camner. Terpulang jugak pada intonasi bacaan dia. Klu dia baca nada rendah, dia mesti pikir aku marah-marah poyo je. Kalau dia baca intonasi tinggi, mesti dia tau aku meradang. Kalau dia betol2 baca ngan intonasi yg hyper-tinggi.Taulah dia yg aku sgt-sgt bengang dan terasa spt nak buat sebijik cam apa yg aku tulis kat puisi di atas. (sila rujuk perkara di atas). Sengaja aku tak letak tanda seru pada msg aku. Biar dia menggayakan sendiri nada aku. Utk jejaka A (yg namanya digariskan biru tu) : jahat ko eyh! tanak kwn dah (ni bukan istilah olok-olok 'tanak kwn' versi kanak-kanak.Ini 'tanak kwn' versi dewasa)
|
Tuesday, November 22, 2005 |
Nama saya....
Nama sapa? (Diam) Ala...takkan tak leh tau kot (Cuba buat aksi suam) Okay, sy panggil Tipah la klu camtu (Terbeliak bijik mata) Tipah ni cam baru abes klas je.Study mana? Mana-mana (nada sombong tak hingat!) (Org Asing tu diam) (Aku pandang-pandang kat rail ketapi.Buat-buat cam x sabar nk tggu train sampai) Tipah...tipah.... (saja nk sakitkn ati aku) Nama sy bukan Tipah (garang!) (Gelak-gelak ngader)... owh, bukan! abes tu apa? apa2 nama yg sedap. ********** Aku nangis tersedu-sedu kat stesen LRT Cempaka. Maunya tak! Pepagi buta time sampai kat Masjid Jamek, aku kena follow ngan sorang cina gila.Aku nyorok dlm kedai emas dpn Cosmopoint. Time klas, aku kena tipu ngan sorang bdk pompuan ni. Disebabkn bdk tu, aku terlibat plak ngan kes gadoh.Samseng selekeh tu! abes sumer kenal aku. Sib baik aku pandai buat muka tak bersalah. . Sorang bdk pompuan yg cam samseng selekeh tu peluk bahu aku. "Ko jgn risau. Nama ko sapa?," seriau lak aku. "Nurul," aku benci kwn ngan org camnih! "Owh, Nurul. Ko nak kwn ngan aku tak?," samseng gila cara dia soal aku. "Hmm... tak masok campur hal korang. Ada klas," sib baik lecturer aku lalu sambil sengih2 kat aku. Dpt aku larikan diri. Lps kes tu, aku tak nampak bebudak selekeh ni lagi. Balik kelas, aku nampak bdk yg tipu aku (cam lesbo pon ada) tggu aku.Nak balik sesama??? Aku sanggop tggu setengah jam kat dlm Cosmo yg sejuk nak mati tu semata-mata tammo terserempak ngan si penipu tu. Dlm train, ayah Si Penipu call aku. Ishhhkkkk.... punyala seksa idop aku aritu. "kamu jgn tpu.Jgn subahat dgn dia," suara pakcik tu lembut.Tp mungkin niat dia nk nasehat aku. "anak pakcik mmg suka tipu pakcik," kesian pakcik tu. Nak je aku kata pd dia... ANAK PAKCIK TIPU SAYA JUGAK!LRT pon bergerak sampai kat Cempaka. ********* Tipah... sy tau klu sy minta no fon Tipah, mst Tipah x bagi. Ni no saya. Next month nak fly g Jerman. (tak tanya pon)(idop lagi Orang Asing ni) Ambikla.Ke Tipah nk bg nombor Tipah? (sambil hulur kad) Tak pe la. Simpan je kad tu. Sy x rajin call org Ok.Sy call Tipah Jerman jauh.Nanti mahal (intonasi mengejek) Sy kat Jerman kejap je (ambik phone, call abah) Abah, dtg cepat. Takot la sini (org Asing gelak kuat-kuat) Takot ngan sy ke... hahaha... Tak. Takot ngan org gila. (terus cabut naik atas)Aku pon nangis tersedu-sedu kat satu ceruk yg org tak nampak.Aku nangis sebnarnya sbb bengang abah lambat.Aku call dari aku lom abes klas lg sbb aku tammo tunggu kat situ.Situ byk org jahat. "apsal ni? tggu sapa?," dush! tiba2 abang TU (abg yg amatla dikenali since aku form3) tego aku. "Tak sapalah!" aku dah bengang "takkan tu pon nk nangis," dia gelak2...pastu ilang ntah pi mana abah sampai.Aku rasa nak lompat! tapi.... Bye Tipah sombong.... Nama saya bukan Tipah lah!Dan sejak tu baru aku sedar betapa aku tak suka bg tau org nama aku. Dan dah jd kesedapan kat aku, nama angelina Jolie adalah nama yg plg kerap aku sebut bila aku tammo bitau nama aku. (selekeh tak tabiat aku nih?) ********** Lambat sket pon nangis ada org gila la, abah. abah ni apa la. Patutnya abah turun, tendang dia. Mana tau dia gila? Sbb dia kata nama org Tipah Tipah tu nama jugak... (aku memuncung sampai umah.)
Dan peristiwa ni dah 2 tahun berlalu.............. Bila sampai je hujung2 tahun camni, mesti aku ingat semua cerita waktu aku baru abes SPM dlu. Macam-macam....
|
Monday, November 21, 2005 |
Cuti-cuti Mesya!
"Haizum! Kita on d way blk ni.Sat g kite g umah ella, sbb die anta kte blk ni..."
Athirah sms ptg tadi.Hati ni punyalah suka.Sepanjang cuti ni, punyalah aku tunggu dia balik KL. Aih, payah jugak bila ada member yg da kena sumpahan keramat JOHOR! Lepas meronta-ronta tak sanggup terus dok matriks Johor, skang tup-tup ke Johor lagi buat degree. Naseb ke atau betol jangkaan aku dia da terkena sumpahan Johor? ( athirah gerenti debik aku laju-laju klu dia baca ni)"Balik pon.Punyalah kte tggu awk cuti.Ingat Ahad ni nak ajak dtg umah.Beraya la umah kte. Then nak g jenjalan!,"
SATU plan tuk cuti-cuti mesya dah tergantong kemas dlm otak aku. Chattin with Jullian last nite. Plan nak jenjalan, tapi x tau nak ke mana. Alahai, Kuala Lumpur! Manalah sgt leh aku tuju.Abis-abis membuat pelaboran bursa saham GADIS-GADIS kat mall. Tak elok tuk budget 2006.Ingat Nurul.... trip to Pulau Kapas! Better simpan duet and laborkan kat itu pulau.Back to Jullian, akhirnya kitorang since last week plan nak pi... patut ke mention? Hmmm... cam kelakar plak nak sebut. Tapi seblom tu, aku nak bitau. Aku ( anak KL ni) tak penah masuk Petrosains! Uhuhu... Lalala... Pegi KLCC boleh dkatakan kerap.Tapi yg aku tau ttg KLCC adalah Suria. Aku tau kat Suria ada Secret Recipe x jauh dari GIRLS. Tapi apa lg ttg KLCC? Selain drp ilmu am yg KLCC tu bangunan tertinggi di dunia (masih lg ke?) aku tak tau apa-apa selainnya psl KLCC. Hmmm.. so Kuala Lumpurian aku ni kan? Sbb kejakunan aku dan kedaifan aku, Jullian suggest naik skybridge.Ahahaha... So, kami(kami ke aku?) dah tekad akan tiba di counter tiket seblom 8.30 pagi. (ye ker?) Hmm.. apapon, mungkin hanya aku ngan Aiza yg akan pegi tuk my 1st round.Lepas tu baru buat aku nyer 2nd round since Jullian can't make it this week.Aiza, bila mau pikirkan??? So, DUA cuti-cuti Mesya! Semoga aku lebih mengenali KLCC (selekeh je ayat) Cuti-cuti Mesya yg ke TIGA, bersama my Datinship Partner and my GossipER(s)!. Dato' Bandar Bangi nak turun KL la pulak.Farah kata nak pi Sunway Lagoon, pi man-main! Woh, pandai heh ko Farah ambik shortcut. Mementang ko dok PJ, ko pilih yg dedekat je.Abis aku nih? wenggg! Cuti-cuti mesya yg ke EMPAT.... akan dimaklumkan kemudian nanti. Aih, over excited plak aku ngan percutian Athirah ni. Ni la yg dikatakan bila jauh rindu, bila dekat nak bertekak je. Kan Athirah kan? kita dua ni salu bertekak.But i lap u still! Sesekali cuti camni bila dpt jumpa tu jd sgt best pulak.Aih, bayangkan! Dulu 24 jam sehari dok tgk muka ang. Bila nak kuar masuk bilik pon, mmg muka ang la yg akan aku nampak dlu. Bila Athirah bitau dia balik ngan Ella, tingat plak aku time dia balikKL ngan aku dlu.
******************** Betol ke ma air milo nih? Betolla tu.Tgk la... kan boleh agak Ishk..susah la buat Milo Ko tau buat nescafe jek Dah nescafe senang Tak de mananya susah buat air!Nanti dah kawen, tak minum air panas la suami ko jawapnya.... Air suam baik tok kesihatan Hmm...kenalah jadi kaya. Sbb nak kena pakai orang gaji. Itu dah tentu Jgn nanti orang gaji tu bukan jaga umah ko je, ngan laki-laki ko skali dia jaga
Ma pon terus angkat dulang.Air milo yg aku buat tadi dihangkut ke depan nak bagi tetamu minum.Mudah-mudahan Milo buatan tgn aku terasa seperti MILO yg sebenar.
|
Sunday, November 20, 2005 |
Sehari Bersama Aku
Knock...knock.. "boleh?," terdengar suara abah kejap ni panggil. "boleh,"aku jwp. "hmm..ok,"abah nyata bersuara kecewa. apa yg boleh?fuh, lap peloh la brader! Abah aku ni da kejenya tiap2 mlm hangkut laptop aku masuk bilik dia.Bukan pasai dia nak buat keja atau nak surf apa-apa.Dia nak men game! Bukan counter strike heh!Dulu abah gila main Solitaire.Skang sudah up! Dah gila men Spider Solitaire. Klu tgk ranking, highest tu mmg sah abah la. Dah hebat benar ayahanda ku itu.( hebat jugak ma jeling-jeling meluat tgk abah men game) Seblom aku mulakan rancangan Sehari Bersama Aku, aku nak buat satu statement dulu. Statement ni bertujuan membidas Encik Nashrex! Nash...o nashh...! Bukan Mozilla la yg tak support blogger, Opera! Btolla apa yg aku cakap. *yes, aku menang 1-0* Entah pehal aku ni keje nak menang je. Ok.memandangkan aku menjadi sgt pasif dlm musim cuti-cuti semester ni, otak aku pon takla berkembang sgt.Oleh sbb tu, aku pon tatau nak citer apa.Dlm keterpaksaan, aku pon nak tulis pasal HARI AKU. Baik kamu ( sejak Salman berkamu-kamu ngan aku, aku pon dah sedap nak berkamu-kamu) baca bebetol entry aku ni.Sbb pasni kamu leh selidik sendiri sapakah aku yg sebnarnya. Adakah aku sorang serigala ganas? Atau perompak? Atau pembunuh kejam? Mungkin jugak sorang wanita berjiwa lembut dan tabah? Atau aku juga mungkin seorang Dewa Kemalasan?Kamu nilai la dari tabiat harian aku. Di sini kita pegi! (here we go!) Cam biasa, aku bgn tdo jam... jam...jambo! uhuh...jam 11.30 pagi ( note : pagi). Memandangkan aku ni secara nature nya mmg bkan manusia pagi (morning person), tabiat bgn lambat tu agak normal la.Aku kagum ngan org yg leh jadi hyper-aktif pas sembahyang subuh. Sampai skang aku masih kagum ngan Athirah yg kehidupannya bermula jam 5 pagi dan berakhir jam 12 tgh mlm.Paling lambat pon kehidupan dia bermula pas sembahyang subuh. Compare ngan aku.Kehidupan aku bermula paling cepat 11 pagi dan berakhir basically by 3am. Syukur aku ni seorang Islam.Nak tanak aku bangkit g tok sembahyang subuh.Tu pon kekadang aku sendiri tak sure sempurna ke tak ibadah aku sbb aku lakukan dlm kengantukkan. Masyaallah....but still, alhamdullillah i'm a muslim then Allah gives me extra semangat for Subuh praying.Back to my kisah. Turun2 je bawah, sambil towel trsidai kat bahu, ada sora dok menyapa aku. Fuh, terkejot! "hye anak dara! baru bangun?," uncle aku daa. Owh, dah mai nak amek Nina balik. Jadinya aku mandi, pastu terpacak sat dpn tv tgk Melodi.Ada citer pasal Mawi. Hek eleh... da mula la tu org nak dengki ngan dia. Biarla Mawi tu.... jgn kaco idop dia. Aku sonok tgk rezeki dia melimpah-ruah.Kalau aku jadik tunang dia, lekas2 aku ajak kawen.Takot melepass... (merepek) "Itut la abang nah (abg ngah) balik.Angah ekal itut abang nah"adli afiq , budak kecik yg ensem tapi sgt pelat ajak aku ikut dia balik umah. "tanak la.Umah abang nah ada swimming pool ke?Klu ada ayong ikut," kata aku lak "tak ada... tp abang nah nak pegi mandi kolam kat depo. ada gelongco. Feouww... gelongcor laju. Conokkk...,"siap buat aksi gelongsor lg.aku da naik heran tak fhm apa yg dimaksudkan ngan depo.Tertanya-tanya gak aku, ada tempat ke nama Depo. "kat mana?" aku tanya lg tak puas ati "Depo," kali ni dia ckp kuat sket. "Depo?," aku da plik sakan. "Tesco...," sib baik Nina fhm bahser pelat adek dia tu.Abis gelak satu umah. Canner la Tesco leh jadi Depo.Pastu aku saja gelak kuat-kuat kat tinga dia, kasi dia bengang. "Abang nah Tomoi kang," tiba2 dia buat aksi Tomoi. Bertempiaran lari. Sbb tingat kata mama dia. Dia kalau hentam, dia bukan kira org.Main redah je.Takot gak aku ngan penangan bdk kecik Nina da balik.Aku sedih.Adek, dek kal ngan Ijat ikut sama pi umah Nina kat Klang.Umah jd sangat sunyi dan aku jadi sgt blur.Turun bwh, naik atas, tak nampak sesapa. Biasanya bebudak ni berkeliaran kat dlm umah.Ishkk.... Zirul ngan Nazrul ada kat umah.Zirul tu nak spm, tak leh la ikut pi Klang. aku lak tinggal berdua ngan ma.Bergosip dan bersidang sakan kitorang dua sampai ke ptg.Ingat nak merayap sat ptg tadi, tapi tak jadi sbb battery kete abah leh lak weng! entah apa kena. Mlm aku cam biasa la.Asmaradana ngan encik pc. Tetiba tgh2 surf, pc aku auto restart.Ntah sapa suh tah dia restart.Memandai je.Akhirnya langsong weng!Aku pon apalagi, capai enset, call abang is.(penasihat peribadi hal ehwal komputer aku). Bla..bla... dia suh buat apa yg dia suh tp tak berjaya sbb pc aku officially sudah tidak bernyawa lagik. Sib baik ada laptop. Connection pon da okay sbb aku dah serang 1-300-88-95-15. "trima kaseh cik nurul kerana menghubungi tm net.sila hubungi kami jika ada sebarang masalah slps ni," naik hapal aku semua ayat skema operator2 tmnet ni. Hari ni aku... - borak sakan ngan ma
- baca novel "Manisnya Cinta" tak abes satu page pon.
- miskol Dila ngan aqilah. (sbg tanda aku tak sombong kt dorang)
- call abang is
- tgk citer P.Ramlee utk jangka masa yg lama dlm record peribadi aku - 15 minit.
- Nyanyi lagu Radja tak henti-henti
- call aki kat kampong
- berebut laptop ngan abah
- naik tangga turun tangga
- tepon tm net
- surf hampir kesemua blog yg ada dlm link aku. *lawatan mesra*
- chat ngan Aiza
note : btol pon Radja selekeh.Tak stylo cam Ruffedge atau VE.Tp suara best, lagu best. Jadi, dengarlah lagu mereka, tak payahlah tgk clip video mereka.Nanti kamu tak berkenan. *aku terpengaruh ngan nash* ----> skali lagi nash dipersalahkan.
|
Hijau - warna tradisi
Bismillah...
Entah apa cuba aku buktikan dgn meletak "Hijau- warna tradisi" tu. Bolehla dikatakan tradisi jugak kot since abah pon suka hijau. (Tingat aku kat koleksi baju abah yg kebanyakkannya hijau.Sampai ma perli...."cam pakai baju yg sama setiap hari".sejak tu abah mula jadi multi-color dlm soal pilih baju).Ijat pon suka hijau.(masa kecik dia suka kata dia adalah Power Rangers Hijau) Dan tahun ni, hijau sangat gemilang dlm hidup aku sbb klasmet aku majoriti suka hijau.Tak penah dlm sejarah hidup aku jumpa manusia gila hijau cam aku.Tapi kat studio tu, cam hijau dah jadi tema kitorang.
Aku cerita pasal hijau sbb skang ni blog aku dah hijau. Lebih mesra alam kot.Tapi aku tak sure dia mesra pengguna atau tak.Sbb sepanjang yg aku tgk tadi, kat IE ngan Opera, dia cam suam-suam mesra gak la (ada ye suam-suam mesra?).Tapi nak kata tahap bermesraan blom kot.Sbb ada jugak yg tak kena ngan layout aku. Aku pon bukan bijak pandai menglayout-layout ni.Ni pon kalau aku teruskan, mau mati sel-sel otak aku.
Blog ni makin mengharukan.Lintang-pukang je rupa.Sidebar tu tak berapa infomatif. Cam golongan baru-baru berblog plak aku rasa.Cam serba kekurangan.Alahai... saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan. Yacks... geli! Tak kesah la tu.Layout lama yg purple tu dok lingkup.Kalau tak lingkup, sampai ke anak cucu agaknya aku terus ngan layout yg sama.Ada baiknya juga dia lingkup.
Link aku tu da kurang.Aku tahu byk blog aku tak re-link.aku cuma link yg sempat dan yg aku perasan je.Bagi blog-blog yg tak ada dlm link aku, silalah maklumkan. Bagi yg nak blognya di-link-kan pon, jgn malu-malu ayam bitau aku. Bab link-link ni aku tak ada hal punya. Selagi blog tu bukan blog tak senonoh, selagi tu aku sudi drop by. Jadinya, jangan ar buat blog yg tak senonoh. (bila aku jadi ustazah....)
Hmmm...malam ni Nina tdo ngan aku.Ada ni ha seblah aku da tido pon. Tapi cam tak lena.Kejap-kejap bangun merengek.Sejuk sangat kot. Biasalah, bilik aku ni kira cam Antartik part 2 la.Ekeke...Tgk dia tdo, kesian lak rasa.Siang tak sudah-sudah kena marah ngan aku.Aku ni cam mak aku gak.Kuat membebel, tapi hati tak sampai.Samalah cam insiden aku tampal note kat ice box aritu. Walopon aku warning takleh makan coklat, tak leh makan ais krim, tapi aku gak yg dok bli coklat 4 bar besar semalam.
"Kita makan coklat banyak-banyak!," aku ajak plak bebudak ni mkn coklat. Uish... mmg aku tak sampai hati.Dorang ni bukan org lain.Sepupu aku gak. Cayang cangat.....!
Hmm..arini baper syawal heh? aku tak penah kira pon. Puasa 6 lom start lagi nih.Ishk..apa nak jadik?Sbb aku tak rasa pon skang ni tgh raya. Baik ke aku ckp camtu? tapi nak ckp camner lagi kalau da mmg camtu yg aku rasa.Nak kata umah aku x dikunjungi...uiks! setiap mlm meriah sakan umah aku. Nak kata aku tak pi beraya.... pegi jugak umah sedara-mara.Cuma umah kengkawan tu sebijik pon tak pegi lg.
Aih... tak ada apa rupanya nak aku tulis. Tapi aku boleh buat entry terpanjang dalam dunia dlm keadaan camni sekalipon.Sbb aku adalah sorang story-teller yg berjaya. Sungguh... tak caya u can try me. Cerita aku tak penah abis. But i better stop before i keep crappin. Promosi Radja Part 2 dengarla "TAKKAN MELUPAKANMU"..... ye kengkawan!. Radja tu best la. Tapi buat kata Totin, da berlapok da pon Radja tu kat Indon. Lembab tol encik-encik Radja ni nak sampai Mesya. Tapi nak wat lagu mana sih... gwe tetep kepingin bangat mau dengarin semua musik depa! *ahaha... indon mix kedah @ indon utagha* (^_-)
|
Thursday, November 17, 2005 |
Budak-Budak
Jujur - Radja
duhai kekasih pujaan hatiku dapatkah kau memberiku satu arti sedikit rasa yang bisa ku mengerti bukan sumpah atau janji
* buktikanlah bila kau ada cinta setulus hatimu bisa menerima sebatas kejujuran yang kau miliki bukan sekedar bersama
reff: jujurlah padaku bila kau tak lagi setia tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama jauhi diriku, lupakanlah aku
jujurlah padaku bila kau tak lagi setia tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama jauhi diriku, lupakanlah aku selamanya
Skang... aku tengah suka ngan lagu ini. Menepati halwa telinga aku. Dan skang, aku tengah dilanda bencana alam MAWI. ekekeke... akulah sebahagian dari peminat MAWI yang melambak kat luar sana. Kenapa aku suka MAWI? Sbb muka dia meraih simpati aku.... dan seolah-olah meminta supaya aku meminatinya, *Alasan jenis tak beretika*. Puaih la aku dok belaja nyanyi Aduh Saliha.
"nanti...ada gak orang sanggup taruk nama anak dia Saliha.Walopon nama dulu2 demi MAwi.... mesti ada gak yg sanggup," boleh lak ma terpikirkan benda alah ni time tgk semi final muzik-muzik.
Sebut pasal Muzik2... wallah..aku ngan mak aku dok vote mawi!rugged tak kami? inilah kali pertama aku buat keje-keje tak berpaedah ni.Merugikan kredit, tapi menguntungkan jiwa aku. Sbb Mawi dapat masuk final! Eleh, aku nyer vote tu x hantar pon tak apa.Sah, Mawi ttp akan menang.Byk lagi jari-jemari tak reti dok diam asyik nak vote encik mawi tu. Aduh.......Saliha! uikkks....
Semalam aku mengamuk kat bebudak yg ada kat umah ni.Biasala, umah aku ni destinasi peberet sepupu-sepupu time cuti sekolah.Walopon dorang gerenti akan kena tengking 24 jam sehari ngan aku, tp ttp jugak berkenan nk dok kat umah aku.
Semalam aku mengamuk.Rasa nak telan sorang2.Nina mmg dah nak nangis time aku tengking dia.Nazrul plak mmg aku rasa nak baham je semalam. Dorang dok sepah kan umah, makan tak reti nak kemas, makan ais krem tak henti2. Sudahnya aku tampal note besar2 kat ice box.
JANGAN MAKAN AIS KRIM
JANGAN MINUM AIR!
Jadinya dah 2 hari ni x de sorang pon berani mkn ais krim.Ma tak kata apa aku buat camtu.Bila ada yg nak makan ais krim je, ma pulak dok ingatkan kat dorang.. "ha..nanti ayong ko ngamuk lagi...,"
Disebabkan aku mengamuk sepanjang hari semalam, budak2 ni langsung takot ngan aku.Bila nampak je aku, dorang mula tak sennag duduk.Selalu bukan main byk cerita si Nina tu.Dah 2 hari ni takut-takut je nak ckp ngan aku.
Bila hati aku dah sejuk, aku koyak note tu pagi tadi.Bila aku kenang balik kes aku mengamuk pagi semalm, aku rasa terkilan pulak.Sayup hati aku.Kesian pulak kat bebudak ni kena marah.Sampaikan nak makan apa2 pon dorang dah takot.
Aku bukan marah dorang makan.Aku marah sbb dorang sepahkan plastik ngan pembalut makanan kat atas lantai.Bila aku tanya sapa yang punya perangai buat camtu, tak ngaku.Sib baik aku tak piat-piat telinga dorang.
Moralnya dari cerita ni, ibubapa tak seharusnya menghantar anak-anak di bawah penjagaan aku. Gerenti akan dilayan secara kasar dan tak memuaskan.
Tapi serius tau.Aku sayup bila tgk bebudak ni asyik kena marah ngan aku. Sedih plak bila ingat camner aku tergamak tampal note kat ice box. Sebnarnya aku geram pon ada.Si Nina tu, nasik sikit pon tanak makan. Tapi kalau ais krim, coklat, gula-gula ngan keropok, bukan mian lagi.MAkan tak henti-henti.Aku masa kecik dulu, mana berani mkn keropok. Mmg kena marah ngan ma kalau ma tau aku beli keropok kat sekolah.
Sayang kat korang.Tapi tolonglah jgn runsingkan aku sbb bila aku runsing, aku dah tak kira alam dah. Lagipon aku tak biasa hidop ngan bebudak kecik.Ditambah plak ngan tangan aku ni yg suka melepuk, suka cubit, pastu mulut aku ni kuat membebel. Buat kata dek kal, "kwn dek kal pon tak jd dtg klu ayong ada. Takot," uhuhuhu....
memandangkan Opera tak fully support blogger.com ni, aku rasa nyampah nak tulis lagi. Biasanya aku guna IE.Tapi entah pesal mengada-ngada plak IE aku malam ni.Dah terencat akal kot.Slow sangat.Tak pon IE aku kena parkinson. Pc ni pulak slow cam kena down sindrom. Ha, amek ko!Sumer penyakit da kuar.Kenapa la wahai Encik SyncMaster 151s? Encik? ternyata pc aku ni berjantina lelaki. ekekeke.... saya sayang kamu, encik pc.Tapi apsal slow sangat??? Nak guna laptop, dah pulak nak connect internet bukan skit punya payah. Sumer pakat nak mereng.
|
Tuesday, November 15, 2005 |
Banyak kisah... tak terceritakan....
Assalamualaikum wr...
Lama aku tak tulis-tulis di sini.Lama tak ada update. Blog ni nampak sama setiap hari. Kandungan yang sama, isi yang tak diupdate, even side content pon masih yang dulu. Semuanya sama sejak berbulan-bulan lamanya.
Selain sebok dgn kelas, aku sebenarnya malas juga nak layan blog.Bukan sbb dah tak minat, tapi pc ni dah slow semacam.Buat aku hangin je tiap kali nak buat entry.Minta maaflah kat sesapa yang blognyer blom aku link kan. Bukan aku taknak link.Tak jugak aku lupa nak link.Tapi aku tak ada masa nak link. Tensen tau bila pc ni tersengguk-sengguk. Internet connection okay. Laju ja.Tapi pc ni sendiri dah lembab semacam.
Terima kasih kat kamu-kamu yg jenguk jugak blog ni.Entahkan sapa yg jenguk, aku pon tak sure.Yg aku tau, hit counter tu terus ja hit up! TQ lagi sekali. Yg dah dtg, then ada tag kat shoutboard tu, siap kasi link lagi, sorilah kalau aku lom sempat buat kunjungan balas.Aku sebok. *entah apa yg aku sebokkan skang, aku tak tau*
Ramadhan yang lepas. Aku sgt suka ramadhan kali ni. Aku harap, ramadhan kali ni sgt bermakna dan yes! Sangat-sangat bermakna! Boleh dikatakan, sepenuhnya ramadhan aku ada kat ukm.Jarang dapat balik sbb sebok ngan xm dan design.
Kan aku dah kata, penyakit gila kamera kami sgt kronik.Sampai time dlm dewan peperiksaan kat DECTAR pon leh posing lagik. Adian telah menimbulkan kontroversi dgn kehebatannya berjaya membawa masuk kamera ke dlm dewan pekser. Alhamdulillah.Paper aku cam okay jugak.Cuma tgk lah sejauh mana rezeki aku. Design? Masyaallah...nak tercabut luluh segala macam anggota badan demi menyiapkan design. Pengalaman jadi 1st year student yg takkan aku lupakan.
Studio penuh siang malam.Aku ngan kengkawan pon tak sempat nak balik hostel.Seluruh kehidupan dah terabdi kat studio sepanjang musim design.Bertungkus-lumus untuk final review.Dah pulak tu internal ngan external review dibuat 2 hari berturut-turut.Membuatkan kitorang jd sgt kelam kabut.
Berbuka puasa yg mulanya kitorang buat satu studio dah berubah jadi aktiviti berbuka puasa underground. Semuanya jadi lepas kes accident. Hmmm.. malas aku nak cerita byk pasal accident ni. Sensitif utk sesetengah pihak.Yang aku tahu, accident tu mencetuskan sikit tegang dalam studio.Sib baik cepat okay. Tapi timbul pulak situasi lain bila aku dan kengkawanku *ainul, farah, mek, adian and babe* mula decide tanak berbuka sesama dorang kat studio.Kitorang pi berbuka dan bersahur kat luar! Best la...sgt best waktu bersahur.
Tgh2 sebok bertungkus-lumus ngan design kul 3, 4 pagi, then bila dah rasa bosan kitorang merayau ke sana sini carik helmet. Nak pi mana, nak merambu kat kedai peberet! Bandar Bangi sgt best! ekekkeke....
Dan... hmm.. aku sukalah ramadhan kali ni! Ramadhan yg sempurna sbb hari2 ramadhan aku terisi ngan kesebokan. Tensen tu mmg la dah tahap dewa dewi. Tapi ada back up yg menggembirakan. Pendek citer, aku harap Ramadhan semacam ni akan dtg lagi.
Aku tau aku byk crisis ngan ramai org sepanjang musim projek. Aku tau mood aku tak menentu.Aku hangin, aku hepi, aku mengamuk, aku runsing, aku nangis. Bukan aku sorang camtu.Semua pon camtu. But we enjoy at the end of the day. Kan? Dan 31 Oktober 2005 menjadi sgt bermakna. Kita semua berjaya siapkan projek dan berjaya bg best commitment tuk final review.
"Ini adalah batch 1st year terbaik dalam jabatan kita. Lecturer kamu maklumkan, kamu student 1st year dah siap semua seblom pukul 12 tgh mlm. Sedangkan senior kamu pukul 7, 8 pagi blom abes lagi. Tahniah 1st year sbb dah pin-up semua seblom pukul 12 tgh malam. Dari segi punctuality, kamu yg terbaik. Ada disiplin. Dan kamu juga dah buktikan pd lecturer kamu yg kamu boleh manage semua untuk final review seblom pukul 8 pagi spt yg dijanjikan," itu antara kata-kata Dr Fauzi, ketua jabatan seni bina. Time tu semua student JSB masuk dewan kuliah. Ternyata waktu sgt penting dlm jabatan kitorang.Lecturer pon tak sudah2 set masa tuk kitorang. Di tambah plak ngan En Azimin yg bukan sket punya particular. Setiap jam perlu ada management.Sebab kitorang kerja bukan dalam period tertentu. We worked 24 hours per day. Dan hari-hari jd tak ada beza. Seminggu jadi cam satu hari yg sgt pendek. "weih, harini hari apa weih? baper ari bulan?," kitorang kadang tu dah konpius ngan hari. "entah...rabu ke khamis heh?," masing2 dah tak tau hari.Yg kitorang alert cuma waktu.
Hinggakan sampai satu tahap, kitorang jadi fobia bila jam makin bertambah. Dari pukul 1 ke pukul 2 pagi... dan seterusnya. Bila masuk ke pukul 5 pagi, kitorang mula nak menjerit kuat-kuat. Mahu taknya, design lom siap. Lecturer plak kul 10 malam sanggup dtg studio ngan anak bini sumer kasi warning kat kitorang. Apa nak jadi pon, by 8 am,studio mesti dah susun dlm susunan yg sesuai tuk review. Kena lipat meja yg berat nak mati tu, kena kemas studio bagai nak ghak. Then around 9, review mula.Aku waktu tu dah mula nak menitiskan air mata. Dan hari tu, aku dgn kengkawan tak dapat bersahur. Semuanya demi masa.
"Bagus. Sy puas hati sbb kamu buktikan kamu boleh susun studio dan siapkan semua utk final review seblom kul 8.Saya tau kamu tak tdo dah seminggu. Mata dah lebam semua. Penyakit pon dah macam-macam ada. Selsema, batuk, demam. Antibodi kamu masing2 dah lemah," kata Encik Mazlan sambil pandang kat aku. Sbb waktu tu suara aku dah cam itik.Sampailah masa hari external review tu aku dah sah hilang semua suara aku. Bila balik je umah, ma amik kat kolej, aku terus tdo dlm kete. Lama jugak aku qada' tdo sampai ma naik risau.Sepanjang hari aku tdo.Aku bangun tuk mandi dan makan je.Masa raya pertama pon aku keje tdo je kat kampong. Puas ma kena explain kat sedara mara kenapa aku gila tdo.
"Ingat, bila kamu mula dgn projek, ambik vitamin. Antibodi kamu akan lemah waktu2 ni. Saya faham semua penat.Semua tak tdo. Kalau kamu rasa kamu dah sgt penat, letih, bertungkus-lumus utk projek ni, kamu jgn risau. Mesti pass. Kecuali kamu rasa kamu sgt releks, tak buat apa, jarang jumpa saya... tu faham2 la sendiri," itu kata-kata Encik Mazlan ngan En Azimin. Kata2 tu buat aku ngan Farah dan org ain leh urut dada. Takut jugak kalau fail dan kena repeat design. Tapi kitorang sgt seronok sbb En Mazlan ngan En Azimin cam bangga bila Doktor puji depa. ekekeke....
Tgk...aku pon dah tak terurus... semak! Atas meja, bawah meja, semua semak sakan!
"Inilah architecture. It's all about life. Kamu semua bukan student biasa yg ada byk masa. Kamu kena bekerja 2 kali lebih masa dari org lain. Ini lah architecture. Bidang yg kamu semua gila-gilaka waktu interview dulu. Sekarang, buktikan semua kata-kata kamu time interview dulu.Sanggup gadai masa lah, sanggup bersengkang matalah... hah!" lecturer kitorang selalu ingatkan benda ni. Bunyinya sinis tapi betol.
Dan utk bidang yg aku pilih ni, entah dah berapa kali aku menitis air mata. But to give up, never!
Waktu ni dah dekat 6 pagi.Aku tinggal berdua ngan ainul kat fakulti sampai kul 7.30 pagi. Sampaikan ada akak tu dok tanya... "awal sampai dek," aku pandang ainul.Ainul pandang aku balik. Kitorang pon bitau.. "bukan awal sampai, belom balik sejak semalam," kitorang bitau akak tu. Akak tu cuma menggeleng. Since dia pon staf kat opis jabatan kitorang, dia dah faham lumrah kehidupan student JSB yg tak tdo malam. Ini aku siapkan kul 3 pagi.Waktu tu aku baru ada satu presentation board. Sib baik model aku dah nak siap.Kalau tak, gerenti nangis air mata darah aku esoknya.
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|