Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, May 28, 2007

Pedang Samurai

Beylo,
fikiran aku makin tumpul untuk mengisi ruang 'title' entri.
sebab ada macam2 benda yg berlaku dlm satu hari ...
dan aku jadi rambang mata nuntuk memilih,
yang mana satu paling cocok dijadikan 'headline'.
untuk berlaku adil dgn kehidupan,
aku memilih tajuk yang tidak berkaitan.
seperti di atas.



Aku telah flu. Suara sudah sengau. Ketat semacam je suara. Dah 2 minggu suara aku alami masalah teknikal. Dah 2 minggu lamanya jugaklah suara aku seperti bukan suaraku. (apa itu?) Minggu lepas, suara tergendala disebabkan tekak terluka. Maka, suara aku menjadi besar! Macam pondan. Maksud aku, suara aku. Bukan aku. Selepas suara aku puas hidup dalam kancah pondan, dia jadi rockers pulak. Kalau ptg2 tu jln sesak nak balik keje, pekena pulak suara aku terpekik nyanyi lagu KESAL, woh! Ngam sangat. Rockers sejati.


Tup-tup mulai semalam, suara aku sengau ja mengalahkan MANJALARA (oyya, aku mabuk cendawan pulak dgn drama ni). Dengan ini, aku umumkan yang suara aku secara officialnya sedang mengalami kekeliruan identiti. Dia keliru nak jadi apa. Runsing betul aku.Ikutkan hati, aku minum ubat-ubatan klinik swasta tu sampai kembung. Tapi ikut hati, mati. Disebabkan aku belum mau mati, aku redha je dengan apa jua jenis suara yang akan aku miliki.


Hari ni ke kantor macam biasa. Main-main lego, main injit-injit semut, main dam haji, lepas tu pulang. (Tolonglah jangan bayangkan aku betul2 pegi main lego dan sebagainya di kantor pulak). Hari ini game AUTOCAD STRIKE dan SKETCHUP FIGHTING naik ke level yang lebih mencabar. Sakit bahu aku mengadap game-game aksi ni. Tapi syukur. Hari ni belajar few things. Aku tak la buat apa sangat, tapi mengadap muka desktop memang meloyakan. Aku harap satu hari nanti, muka desktop yang bosan akan diteknologikan menyerupai wajah lelaki-lelaki hensem dan jambu. (bukan jambu air!).


Tapikan, pernah tak kau rasa bengang lepas tau sesuatu? Maksud aku, dulu kau tak tahu. Kau pun bersusah payah melakukan sesuatu untuk mencapai target. Tapi tiba2, kau sudah tau sbb kau sudah diberitahu. Rupa2nya, ada cara mudah mencapai target dan ia lebih berkesan, lebih praktikal dan lebih bijak. Aku rasa sedih dengan kubuduhan masa lalu. Iaitu ketika aku bertungkus-lumus menyiapkan autocad 3d untuk final sem lepas. Sepatutnya... dengan pengetahuan yang aku dapat hari ini, aku tak perlu bertungkus. Berlumus apatah lagi. Aku boleh siapkan 3D dlm masa satu hari saja dengan AUTODESK. Siapa nak bertanggungjawap atas kebuduhan aku ni? (sms jawapan ke rakan-rakan terdekat) KENAPAKAH 'cikgu saya' tidak pernah ajar saya kesemua yang diajar oleh Ismail tadi? KENAPAKAH??? Rasa nak pukul gendang Jepun je sambil buat tarian naga!


HAR HAR HAR!










Cuba kau bayangkan aku buat tarian naga. Sambi menyanyi lagu rakyat versi sengau. Okay, aku sudah baca kembali apa yang aku conteng di atas tadi. Seperti sebuah contengan cetek akal.Pegi tidur lah!
 

Sunday, May 27, 2007

Love is Cinta


mungkin ini yang berlaku nanti.
MUNGKIN.
lihatlah kalau aku rajin.

Labels: , , ,

 

Thursday, May 24, 2007

Tuesday Nite Fever

[ BABAK SATU : FEVER ]


Aku telah fever. Fevernya agak kuat. Kuatnya seperti harimau bintang. Mencakar-cakar tubuh badan dan mematah-riukkan temulang. Mulut terasa tawar. Semua manisan terasa pahit. Semua kepahitan terasa terlalu pahit. Oleh itu, sempena menghormati keadaan mulut yang tidak berapa baik, aku tidak pergi lunch hari ini. Aku menghabiskan waktu rehat di kantor sahaja. Menjamu mata sampai kenyang dengan lukisan senibina. Inilah kali pertama perut tidak disogok dengan makanan ruji karborhidrat tinggi. Baik untuk orang *solid* sepertiku. Tetapi....


... aku tetaplah aku.
walaupon tidak menjamah makanan ruji karborhidrat tinggi, aku telah replace kedudukan makanan ruji itu dengan 3 bijik roti. Sebenarnya istilah amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sehat tidak berlaku hari ini. Kerna... aku tetaplah aku.




[ BABAK DUA : JAM ]

Kebiasaannya, tepat jam 6 ptg aku sudah terhegeh-hegeh bergegas keluar dari pintu kantor. Tapi hari ini adalah luar biasa. Aku telah buat overtime selama 5 minit. Dan alangkah terkejutnya aku, akibat overtime 5 minit yang tidak sama sekali bakal menaikkan jumlah elaun itu, aku telah terperangkap dlm kesesakan lalulintas. Seperti biasa, histeria menyerang aku. Aku pon teriak-teriak sendirian. Tidak disangka, kenderaan-kenderaan pun bertindak membina banglo dua tingkat. Kami pon panjat-panjat atas kenderaan orang lain. Fenomena luarbiasa ini sempat aku rakamkan :
Sekarang aku berasa sangat penat setelah melakukan panduan bertingkat petang tadi. Bukan kerja mudah melakukannya. Harapanku, semoga esok pagi dan juga petang... kejadian aneh ini tidak berlaku lagi. Kerana aku tidak berapa suka menaikkan kenderaan aku ke atas kenderaan orang lain. Kalau bukan kerana aku sedang sebuk dengan industrial training, pasti aku kini menjadi tunggak kepimpinan tunjuk perasaan supaya jalanraya diperlebar.



Bila aku sudah mengeluarkan ilham kreatif seperti ayat-ayat di atas, adalah lebih baik untuk aku pergi tidur. Hanya tidur yang bisa mengembalikan aku kepada norma kehidupan yang hakiki. Selamat malam semua.

Labels:

 

Thursday, May 17, 2007

perfume

Entry ini merupakan kesinambungan filem PERFUME...

perfume

Minggu terakhir sebelum liburan akhir semester, aku dah bekas rumet (kak Dell) bersiar-siar ke Jusco Tmn Equine. Ia berlaku secara tidak disengajakan apabila kenderaan yang dipandu oleh saya 'tersasar' ke satu daerah yang aneh. Ia berlaku pada jam lebih kurang 9 malam. Niat nak ke Mines. Tapi dengan magiknya, kami terjumpa Jaya Jusco Tmn Equine. Kami sesat sebenarnya. Maka kami berasa sangat gembira dan melonjak ketakutan. Tapi kami tetap enjoy berbelanja di Jaya Jusco tersebut. (Kami sebenarnya hanya merujuk kepada aku seorang)


Elok je kaki saiz S aku jejak masuk JJ tu, rasa ghairah wangian Bodyshop menggoda hidung. Woh, Kak Dell, ayuh! ... Dan kami keluar dari lot kedai tu setelah aku membayar untuk 2 botol perfume. Dah lama aku tak layan Bodyshop. Zaman sekolah dulu je aku gila kentang dengan White Musk. Bila sampai je era maju, aku semakin lupakan Bodyshop sehinggalah aku tergoda dengan scent baru dia iaitu Zestini. Juga aku mabukcendawan sebentar dengan logo MTV yang ada pada botol Rougeberry. Tapi ketika aku membeli, edisi MTV sudah tamat. Tapi aku tetap beli. Kerna baunya sudah pikat aku secara halus. Dan secara halus juga aku telah membelanjakan wang, iaitu ketika aku sedang kegawatan ekonomi peribadi. Maka, aku muflis sudah.

u&i

(kuning untuk saya, merah untuk kekasih. saya harap dia suka. saya tak suka lelaki pakai perfume lelaki yang kasar-kasar tu. sebab tu saya hanya suka kekasih berbau lembut sahaja. Ye, macam saya juger :p Tapi saya lebih suka wangian Burberry kerana itu lebih mengingatkan saya tentang dia :p)



Selepas muflis, kami berjalan-jalan dan membeli belah dengan mata sahaja. Nasib baik Jaya Jusco tidak charge harga setiap pandangan. Kalau tak, dah lama aku kabur dari situ. Tapi aku tau wang aku masih berbaki lagi sedikit. Ia cukup untuk menampung sisa kehidupan aku di UKM sebelum tiba semester break. Maka, aku tergoda lagi sekali. Kali ini dengan sepasang kemeja. Oleh kerana hatiku memang mudah dicuri orang ketika membeli belah, aku korbankan wang baki itu untuk mendapatkan kemeja tersebut. Bukanlah lawa sangat. Biasa je. Bukanlah aku suka sangat. Suka sikit je. Tapi kemahuan untuk memiliki adalah... tinggi! Dan selepas membayar utk kemeja yang bukanlah aku suka sgt tu, aku diumumkan muflis , bankrap, pokai, gulung tikar, gulung lidah dan semuanya bergulung. Ayuh, Kak Dell kita teruskan kembaraan mata!

Dan.. sekali lagi!
Yer, sekali.... je lagi..
Aku tergoda lagi. Oleh perfume lagi. Disebabkan aku sangat tidak boleh bertahan lagi, aku menyambar ke mesin ATM dracula wang itu dan menuntut supaya wang simpanan aku dikeluarkan semuanya *bukan.bukan semuanya.nak mati kena lempang dgn ibubapa?* Kalian tahu the ending of the stories kan? Memang aku beli lagi satu perfume. Tapi kali ni, harganya berkali ganda dari harga dua perfume Bodyshop tadi. Dan kegembiraan aku juga berkali-kali ganda. Kemuflisan turut tumpang sekaki menjadi berganda-ganda-ganda-ganda... AKU MISKIN SUDAH! Tapi impian bagaikan tercapai setelah perfume Miss Sixty bersama clutch Miss Sixty berjaya aku kauk bawa pulang.




Selepas jatuh miskin, kami pulang. Hanya dalam masa 2 jam aku boleh jatuh miskin. Cepat betul nak miskin. Tapi sungguh lama untuk kaya. Selepas menjadi miskin, perut yang kosong pon bagi signal supaya ia dipenuhkan. Sebagai orang miskin, kami pon pulang ke Bangi untuk makan malam. Hasrat mau makan enak-enak di restoren lampu kuning romantis tidak kesampaian. Dan malam itu juga adalah malam ketika perlawanan MU menentang Everton. MU menang! Yeay! Malam kemenangan MU merupakan malam kemuflisan aku. Tamat.

Labels: ,

 

Wednesday, May 16, 2007

Mengejar Matahari


Tarikh perbualan di atas : 21May2005

Ini cerita lama. Yang mungkin dah berulat-ulat kalau ia adalah bahan kimia. Tapi persahabatan bukan bahan kimia. Dia tak seharusnya punya tarikh luput. Basi apatah lagi. Ia patutnya bersifat tahan lama. Bukan tahan lama. Tahan selama-lamanya. Tapi sejak tarikh aku mengeluarkan entry 21 & 22 May 2005 yang lalu, semua prinsip aku tentang sahabat dah berubah sama sekali. Pada tarikh tu lah aku pergi kutip semua sisa persahabatan, aku bungkus elok-elok dan aku pergi buang jauh-jauh istilah 'friends forever'. Dan aku gantikan dengan teori baru yang waktu itu lebih memenuhi kehendak dan persekitaran ; persahabatan boleh berlaku dan berakhir pada bila-bila masa sahaja kerna perkara paling sulit dalam persahabatan itu ialah mempertahankannya.

Pada ketika tu (dalam tempoh 2 tahun yang lalu), aku betul-betul kecewa. Waktu tu ada ada keyakinan bahawa semua tentang kita sudah hilang. Kita tidak lagi mengejar matahari yang sama. Mungkin kita sudah punya matahari yang tersendiri maka 'kiblat' kita juga tidak sama lagi. Mungkin kehendak kita saling bercanggah, mungkin juga kedewasaan membataskan semua agenda kita ketika masih kecil. Mungkin. Mungkin aku yang tak dapat terima kenyataan waktu tu. Atau mungkin juga aku terlalu kurang bersabar. Banyak sangat mungkin. Banyaknya sampai boleh buat manusia lemas dalam kemungkinan. Maka, untuk mengelakkan aku mati lemas, aku mengambil kata akhir untuk bermain dengan selamat. Iaitu jangan lagi mengajak sesiapa pun atas nama 'sahabat' menyertai aku mengejar matahari. Sebab aku takut... kalau satu hari nanti, sekali lagi aku ditinggalkan sorang-sorang mengejar matahari. Sangat tak seronok rasanya berlari sendirian. Tidak mengejar mahupun dikejar. Sakit.


Disebabkan kami sudah berhenti mengejar matahari yang sama, maka hingga ke hari ini aku tekad tidak mahu ditinggalkan terkontang-kanting lagi. Walaupun aku tidak pernah menunjukkan kesakitan aku dalam bentuk air mata, (kerna aku memang manusia yang punya ego), namun the deepest part of me aku sangat terpukul. Aku tidak peduli kalau dikhianati oleh jiran tetangga, oleh masyarakat maupun sesiapa pun. Sebab perkara yang paling menyakitkan ialah dikhianati orang yang paling disayangi. Dan salah satu kumpulan manusia yang aku sayangi ialah sahabat-sahabat terpilihku.


Aku mohon maaf kerana sudah 2 tahun lamanya aku paksa diri aku untuk berkeras dengan semua orang yang datang atas nama sahabat. Aku paksa diri aku supaya jangan memberikan sepenuh persahabatan aku. Aku paksa diri supaya menjauhkan semua manusia yang berpotensi menjadi sahabat karib. Aku pura-pura dengan bertingkah laku biasa dengan semua orang supaya tiada sesiapa merasakan dia adalah teman istimewa bagi aku.Sedangkan kini, aku telah temui banyak manusia yang sangat baik dan sangat aku sayangi. Sebab semua teman yang aku anggap paling istimewa pasti pergi tinggalkan aku. Kalau setakat pergi, aku boleh temankan dia sampai dia berangkat. Tapi sebelum pergi, mereka main tikam-tikam. Sesungguhnya, sejahat-jahat aku, aku tak pernah tikam sahabat-sahabat pilihan aku. Kalau ada aku menikam, percayalah bahawa orang itu memang bukan yang menjadi pilihan. Sakit mana pun hati aku, aku paling berjaga-jaga dari menikam sahabat dari belakang.


Walaupun semua rasa tak terzahirkan, tapi aku ada rasa sayang yang dalam. Yang aku simpan dalam-dalam. Sekarang perasaan aku pada semua 'mereka' yang pernah mengejar matahari bersama aku suatu masa yang silam adalah sangat plain. Cuma ada seorang dua sahaja yang masih bersisa rasa sayangnya bagi aku. Dan aku tetap akan sayang walaupun keadaan mungkin akan berubah secara perlahan-lahan. Biarlah proses tu lambat sebab aku tak akan merasa sakit yang amat.


Dan pagi ni air mata au menitik bila aku terbaca semula kata-kata seorang sahabat ni. Kata2 yang dia tulis pada blog ni, (ye, blog ni saksi). Dua tahun lalu....


Aku sayang sahabat yang ini juga. Hard for me to stop the feelings because only nature can stop me.

Aku bukan orangnya yang gemar meluah-luah rasa yang melankolik lagi puitis. Tapi akulah orangnya yang melankolik, dramatis lagi puitis itu. Sayang aku mungkin tak dirasai oleh orang yang aku sayangi. Tapi sayang tu memang ada.


Buat masa ini, aku syukur pada Allah SWT sebab temukan aku dengan ramai insan-insan yang membahagiakan. Sekurang-kurangnya aku tau perlu carik siapa untuk mengadu-domba. Dearest Farah Diana, i can't hide how grateful i'm to have u. Kita punya krisis, tapi kita selalu tahu bagaimana untuk mengatasi kerna kita memang mahu mengatasinya. Alangkah baiknya kalau dua tahun lalu, kami semua dapat lakukan perkara yang sama.

Maka, kemungkinan-kemungkinan yang melemaskan pun muncul lagi.

Mungkin waktu itu kami sama-sama tidak cukup dewasa maka permikiran sangat terbatas dek kemahuan.

Mungkin waktu itu kami semua memang jenis hati batu. Mungkin batu pon kalah.

Mungkin juga... mereka memang sekumpulan manusia yang tidak sama dengan manusia yang aku temui kini.


Dearest Astri ... i love the way we keep our friendship. Its slow and steady. AHAHA... ;-)


Dan aku juga gembira punya my dearest, Dear :p Where i can talk and tell him everything tanpa meragui kalau-kalau dia akan mencanangkan cerita aku ke orang lain. *with lots of luv*



Contengan ini adalah sempena memperingati kesemua orang yang pernah, sedang dan bakal mengejar matahri bersama aku :)


contengan cebisan : hari ini saya mc. Migrain pagi tadi. Dari petang semalam saya tidur sampai lah ke pagi. Saya tidak sehat. Faktor cuaca barangkali. Mungkin juga kerna rindukan kekasih dan teman-teman seangkatan. Mungkin juga kerna lama tidak berlaku hyperactive. Farah, i can't live my day without doing sengal-sengal. Camner? Tak buat sengal, rasa tak sehat laa... :(

 

Monday, May 14, 2007

Rahsia Naga Hitam

Rahsia naga hitam hanyalah sebagai tajuk yang tidak berkaitan sama sekali. Ia sekadar mengisi tempat kosong yang tak seronok kalau tidak diisi. Tapi bercakap tentang naga, hari ini saya menghabiskan waktu-waktu yang semakin tidak mencukupi dengan mengumpul bola naga. Tak tau bola naga? Dragon ball tau? Ha... ia adalah 'menatang' yang sama. *sebenarnya perenggan ini adalah perenggan membazir dan langsong tak ada makna. Boleh abaikan perenggan ini*



Masih melakukan kerjaan kantor dengan peristiwa-peristiwa harian yang sama. Dan secara ajaibnya, aku merasakan aku seakan-akan dah menjadi manusia yang bosan lagi membosankan. Peristiwa semuanya berlaku secara berulang-ulang setiap hari. Sangat tidak asyik. Ia seperti makan nasik lauk kicap setiap hari. Seronok ke? mesti jemu kan?

  • bagi pagi, gosok gigi, siap-siap

  • panaskan enjin kereta dan go, ke kantor!

  • bersiar-siar atas tar selama 15 minit.

  • masuk lorong yang ada sign NO ENTRY *nasib ko la polis ada rakyat Malaysia jiwa kental lagi tak berdisiplin macam aku ni*. Untuk mengelakkan polis mengecam kenderaan aku sebagai pesalah jalanraya, sebaik je aku 'rempuh' lorong NO ENTRY tu, aku akan reverse dan pusingkan kereta aku supaya bila aku parking kat tepian gantang tu nanti, kenderaan nampak seperti tidak melanggar peraturan jalan sehala. Pandainyaaa... mabeles...

  • Breakfast dalam kereta sambil perhatikan muka2 foreigner kulit gelap. Bukan sebab aku jatuh hati atau terbunga cinta di dada. Tapi aku main game dekat muka dorang. Nama game tu, SPOT THE DIFFERENCES. Dan hari-hari aku gagal. Sebab aku tak dapat spot apa-apa perbezaan pun antara dua atau tiga orang foreigner tersebut. Muka dorang memang satu acuan, satu cop dan satu brand. HAR HAR HAR! Muka sama je...

  • Naik ke kantor, dan bermulalah riwayat hidup sebagai seorang pekerja bawahan. Dan terpaksalah aku main game-game yang ada dalam perisian komputer kantor. Game tersebut lebih gempak aksinya dari Counter strike!!. Nama game tu Autocad Strike. Ada juga game Photoshop Fighting, Sketchup Rally, dan banyak lagi game-game aksi yang lain. Kalau dah bosan main game, boleh main conteng-conteng pulak. Conteng pelan bangunan, conteng elevation dan sebagainya. Puas main conteng-conteng, boleh main menung-menung pulak. Oh... Sangat lah menyeronokkan. Seronok sampai aku rasa nak teriak sakan.

  • Penat. Dan setiap hari, bila celik je bijik mata subuh-subuh pagi tu, hati aku bergelora tak sabar nak tunggu jam 6 petang supaya aku dapat pulang dari kantor dan sambung semula episod tiduran aku.

  • Aku terasa sangat tak bermaya. Sekarang boleh nyanyi lagu Teratai Layu di Tasik Madu untuk aku.

Sepenat-penat aku, penat lagi kekasih. Sebab saya cuma seorang pekerja bawahan yang banyak main game Autocad Strike dan Photoshop Fighting sampai pukul 6 ptg je. Kekasih pula ialah seorang arkitek berjaya yang terpaksa stay up dekat kantor dia sampai ke pagi. Kesian kekasih. Sapa suruh pegang jawatan tinggi. Dan ini ada sedikit pesanan penaja buat kekasih : kalau u tak dapat gaji RM10 000 hujung bulan ni, I bom firm tempat u keje tu. *m a f i a w a n n a b e *


Kepala saya dah hilang pertimbangan. Kepala saya dah tak sabar nak henyak bantal. Penat betul main game setiap hari.




Rahsia Naga Hitam tamat.
 

Sunday, May 13, 2007

Strawberry Sudah Habis


Sekarang boleh jilat jari and lick your lips deliciously.
Kerna strawberry-strawberry sudah habis musimnya. Diharap kesemua kita cukup-cukuplah tu menikmati kehidupan lampau yang masam dan manis macam stramberry juga. Ya... puitis.

Theme : Colors
Version : 6.0
Published on : 13th May 2007
Designer : Chikadior

Setiap kali aku tukar layout baru, sebakul dualah mesej aku dapat orang tanya-tanya mana aku dapat template tu. Kalini seblom aku menerima bakul-bakul soklan sebegitu, biar aku kasi jawapan sebakul dua terlebih dahulu supaya kita sama-sama senang. Untuk makluman semua, buruk baik, cantik huduhnya template aku, semua adalah datang dari hasil kerjaan aku sendiri. Oleh itu, cacat cela dan sifat-sifat paralympic yang ada pada fizikal blog aku harapnya mendapat kefahaman dari kalian. Kerna aku sebenarnya... bukanlah seorang web designer yang cemerlang. Terbilang apatah lagi. Aku cuma seorang tukang conteng yang tidak berdosa. Cuma obsesi aku pada design dan objek-objek cantik lagi artistik sahaja yang membolehkan aku terjerumus ke arena webdesign. Sekali lagi aku tegaskan, aku BUKAN web designer profesional. Nak aku ulangkan sekali lagi? *bagus, pergi duduk diam-diam*


Letih aku melakukan kerjaan tak berfaedah ni. Bukannya dapat untung pun. Sakit tengkuk aku lagi adalah dok renovate si Beylo ni.Dah lah. Tidur lagi baik. Aku harap, Beylo tahu ertinya mengenang budi dan membalas jasa. Semoga Beylo dapat menjagaku di hari tua ku nanti. Itulah harapanku sebelum aku tiduran.
 

Saturday, May 12, 2007

Answer me

Answer me if u care


01. who are you, what's our relationship:
02. how and where did we meet:
03. what's my Last name:
04. how long have you known me:
05. tell me one good thing about myself:
06. when you first saw me what your impression was:
07. my nicknames:
08. birthday:
09. my favorite teacher at the moment:
10. what's one of my favorite things to do:
11. do you remember one of the 1st things I said to you:
12. describe me in 3 words:
13. name 5 things i love:
14. do you think i'm good looking:
15. how would you describe me to someone:
16. would you ever date me:
17. tell me one thing you've always wanted to say but never did:
18: what do you like most about me:
19: if we could spend a day together what would we do:
20: do you think we will be friends for at least 3 or 4 more years:
21. Give me a nickname and explain why you picked it.
22. What do you think my weakness is?
23. Do you think I'll get married?
24. What makes me happy?
25. What makes me sad?
26. What reminds you of me?
27. If you could give me anything what would it be?
28. When's the last time you saw me?
29. Do you think our ...friendship is getting stronger/weaker/or staying the same?
30. Do you feel that you could talk to me about anything and I would listen?
31. Are you going to put this on your blog and see what I say about you?
32. What song (if any) reminds you of me?
33. If you could change one thing about me, what would it be?
34. Do I cross your mind at least 1 time a day?




*i'm tired and blur. Everything's plain inside or outside me.I need a rest......
 

Thursday, May 10, 2007

if time can be bought...

kalau masa boleh dibeli di-ebay, aku sanggup bergolok bergadai mencari wang membeli masa. Kalau ada usahawan menjual masa, aku pergi carik dia sekarang jugak! Tapi kalau betullah masa tu diperdagangkan, mesti harganya sangat tinggi kan? Lepas tu ada pulak masa cetak rompak, masa tiruan, masa pasaran gelap dan seterusnya timbul jugak gejala sorok masa sebagaimana yg berlaku ke atas gula dan minyak. AHAHA! Merepek la lu! Tapi kalau betul-betullah masa tu ada dijual di pasaran tempatan kan, agak-agaknya ia dijual dalam unit apa eyh? Pastu boleh tapaw tak? Fuh, sengal! *berpeluh*



Cerita kantor #04

Pagi tadi keluar awal semula macam dua hari lepas. Tak mau susun strategi lagi dah. Syukur dapat parking yang cantek. Dan seperti biasa, breakfast dalam kereta. Kalau ketika kalian bersiar-siar di waktu pagi, lalu ternampak seorang gadis yang... boleh la kasi dia kategori imut-imut, taklah burok sangat ... sedang makan dengan lahapnya dalam kereta, itu mungkin aku. Apa yang perlu kamu lakukan ialah palingkan wajah ke arah lain, dan jgn toleh2 lagi memandang buat kali kedua. Buat buduh je. Berehhh! Dan oyya.. aku bukan sahaja bersarapan ketika kereta sudah berada di car park, aku juga boleh bersarapan ketika kereta sedang berada di atas tar. Setiap pagilah jawapnya aku akan buat aksi stunt.Ngerii!


Keja cam dah mula banyak je. Tadi pon aku balik ke rumah dengan kerjaan yg belum selesai. Aku patotnya kena tolong Ismail dan Kak Liza bertungkus lumus siapkan Bungalow kat Mines *or what so ever- aku belum begitu pasti- but i got the curiosity inside me- please someone brief me about the bungalow* sniff..sniff... T_T. Tapi syukur aku dah siapkan coloring untuk plan. Empat ketul drawing aku color. Sakit bahu woo. Tak leh aku imagine macam mana urat saraf Kak Liza dengan si Ismail tu main tarik tali agaknya. Sebab urat saraf aku dah mula gusti-mania. Memang letih dok kat office rupanya. Lagi2 mengadap drawing. Kat studio drawing, kat office drawing.. bukan salah mata aku lah klu aku pandang semua org pon dah muka macam pelan. AHAHA!


Sangat penat. Aku rindu pada ramai orang. Pada my beloved kekasih, my darlink Farah Diana, and all my 'selected friends'. Tadi sms dengan sarah main lepas2 rindu sat. Aku rasa, kitorang semua memang tengah alami perasaan dan seksaan yang sama. Kami stay pada level kehidupan yg seragam. Miss u guys. Can't wait for da new sem. tapi... new sem? new sem? fobiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... *and the a's goin to be infinity*

 

Wednesday, May 09, 2007

Salah Strategi.

Strategi yang dipasang untuk mengelak tekanan jiwa bosan telah gagal. Pagi tadi saya telah memasang strategi yang kontra dengan perlakuan semalam. Semalam saya keluar rumah seawal jam 8 pagi hingga kekasih berasa tidak percaya kerna saya melakukan kegiatan yang diluar tabii saya. Hari ini saya keluar dari rumah pada jam 8.40 pagi (ini barulah norma kehidupan saya yang sejati). Semalam rasa bosan mahu mati kerna menunggu lama hingga pintu kantor dibuka. Hari ini ... seperti yang dijangka, saya lewat masuk kantor. Lewat 40 minit. (Kalau kelas Techno Pn Akmal aku lambat 40 minit, muflis aku kena denda RM40)


Bunda bekalkan saya mee goreng satu bekas polistrene untuk breakfast. Saya rasa tak sabar nak sampai kantor pagi tadi. Bukan utk bergembira melakukan kerjaan, tetapi utk makan mee goreng tersebut. Saya sangat lapar. Tapi alangkah kejutan elektriknya saya apabila mendapati jalan raya sangat sesak sampai saya rasa lemas. Kereta saya macam kena gam. Melekat tak bergerak. Kalau saya isteri Agong, pasti saya naik helikopter pergi kantor (tapi sebetulnya : kalau saya isteri agong, saya tak perlu buat latihan industri) Seronoknya jadi isteri Agong. Maaf dear :p


Sampai je Tmn Connaught, saya rasa nak teriak sampai anak tekak saya pecah. Saya sangat stress terperangkap dalam jam. Sila maklum bahawa saya mengambil tempoh 40 minit berada di jalan raya berhadapan dengan blok office saya. Memang tidak jauh dah nak sampai office. Tapi punyalah seksa nak lepaskan u-turn. Sampai aku terpikir nak tinggalkan kereta tengah jalan tu, dan pergi lompat divider tu. Tapi malaslah nak buat perkara pelik-pelik. Rakyat Malaysia kena low profile. Lagipun pagi tadi pakai kain lah. Tak ke buruk kalau lompat divider pakai kain. HAR HAR HAR!


Ko bayangkan!
Kantor dah depan mata. Sket lagi nak sampai. Tapi disebabkan jam tahap jahanam, ko terpaksa tunggu 40 minit. Stress tak? Maka, daripada aku juling tengok kenderaan-kenderaan di atas tar, aku pon melakukan beberapa perkara. Mula-mula aku ikut nyanyi semua lagu yang keluar kat radio. Lepas tu bila dj mula bercakap, takkan aku nak ikut dj bercakap kan. Aku pon nyanyilah lagu-lagu pilihan sendiri. Kali ni aku nyanyi sungguh-sungguh. Siap dengan latihan pernafasan melalui perut. Pergi mati dengan orang di luar tingkap. Mereka pasti tak mendengar aku buat konsert. Tapi mendengar suara sendiri yang sangat sedap tu, aku bertambah stress. Stress sampai aku makin kebuluran. Akhirnya aku bukak mee goreng dalam polistrene lalu aku makan dengan tenang. Aku lepaskan stereng kereta, aku pegang sudu. Lagi mahsyuk. Hingga akhirnya aku tenggelam dalam keenakan mee goreng ibunda. Masalah duniawi yang sementara itu langsung aku lupakan. Sedar-sedar je, kereta depan dah jauh dari aku. Terus aku tekan minyak nak pecut ke depan dengan perasaan hasad dengki yang mendalam. Aku tekad tak akan benarkan sebijik kereta pon potong aku.


Banyak mata-mata masyarakat memandang pada aku yang tengah makan macam budak Somalia. Aku tak pedulik. Aku terus makan dengan giat sekali sampai habis. Tapi walaupun mee aku dah habis (dan aku rasa nak tambah lagi), aku masih belum dapat lepas membuat u-turn. Memang masalah lalu lintas yang durjana sekali. Aku sambung breakfast aku dengan aktiviti mnum-minum pulak. Sampailah akhirnya aku kenyang.


Dah lepas masalah jam sumer, dapat lagi satu masalah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Dah ditimpa tangga, jatuh pulak. Aih.. Tiga kali tawaf baru dapat parking. Tu pon aku masuk lorong yang NO ENTRY. Itu time aku dah tawakal. Kalau kena saman, samanlah. Asalkan aku dapat masuk kantor demi menjaga disiplin latihan industri aku.


Masuk je kantor.. aku disambut dengan penuh belaian kasih sayang : "Ingatkan dah tak nak mai dah" ... kata kak Liza. Lalu kami ketawa gembira. Mendengarkan cerita aku, ketawa diteruskan ke peringkat yang kedua.


TUGAS : Hari ini siapkan susun interior furniture dan lepas tu buat coloring guna photoshop. Photoshop? Memang mengujakan. Aku kan memang photoshop addict. Dapat ja tugas, aku buat diam-diam dengan tekun sekali. Setelah aku perhatikan sendiri dalam 3 hari bekerja ni, aku baru tersedar yang aku rupanya ada potensi jadi workaholic bila dah di kantor. Sesuatu yang tak pernah aku temui dalam eksplorasi diri sebelum ini. Bahaya ni. Aku bencikan workaholic. Dan aku tak dapat mengelak dari melakukan kerjaan dengan cepat. Sepatutnya di kantor aku harus relax-relax buat kerja. Tak payah cepat-cepat macam kejar final review. Tak payah. Tak payah... Dan aku sebenarnya ada rasa risau selagi tugas di kantor tak diselesaikan sebelum pulang ke rumah. Oh, tidak syok sekali punya perasaan sebegini.


tamat.


1,2,3... go tidur!



 

Tuesday, May 08, 2007

Kisah Kantor

ke kantor lagi buat kedua kalinya. Tetapi dengan perasaan yang tidak sama dengan semalam. Semalam rasa GEGAR! Gegar jantung, gegar otak, gegar badan, kaki, tangan dan sebagainya. Hari ini rasa TAK GEGAR! Pastilah... mana boleh gegar setiap hari. Kalau hari-hari gegar, namanya parkinson la tu. Kau parkinson ke? Tak kan? Kalau tak, kenalah jadi manusia bertamadun. Manusia bertamadun kenalah tau tanggungjawap dan boleh menerima kenyataan walau seperit mana sekalipun.


Ya, seperti kondisi aku.

Aku sedang menjalankan tanggungjawap aku sebagai khalifah bertamadun dan juga sebagai seorang dewasa sejati. Aku juga sedang bertungkus lumus belajar menerima kenyataan. Kenyataan bahawa aku harus ke kantor 5 hari seminggu, 9 jam sehari. Aku harus ke kantor! Ye, pak.. ke kantor. Dan melakukan tugasan2 macam arkitek profesional walaupon aku sebenarnya umpama daki-daki kering sahaja dalam dunia architecture yang agung. . . alahai.. setelah membaca kembali tulisan seposen dua ini, saya menyesal kerna menyamakan diri dengan daki-daki kering. Bukan itu maksud saya. Maksud saya... tak apalah. Saya tidak bermaksud apa-apa .. *%$%@&*?X**Z^&#@#* ?????


Hari ini seperti menampakkan sedikit cahaya nurani dalam kerjaya saya di kantor. Saya tidak lagi berasa mahu pengsan di tempat kejadian sebagaimana semalam. Mungkin berkat usaha saya tidur awal. Oleh itu, saya harus usaha lebih giat untuk tidur lebih awal. Tetapi sebelum tiduran, saya perlu melakukan hiburan malam dahulu iaitu berbual dan berkongsi asam garam kehidupan bersama yang tersayang. Sekarang barulah saya faham ertinya kesuntukan waktu dan tenaga. Saya hanya boleh liburan pada waktu malam yang singkat. Kualiti waktu siang saya sudah dirembat sehabisnya oleh kegiatan di kantor.


Kegiatan di kantor untuk hari ini agak aktif. Lalu memberi sedikit keterujaan. Saya memang gemarkan keterujaan. Dan saya juga berasa gembira kerna impian saya begitu cepat menjadi kenyataan. Ya, saya sudah mengambil alih pengurusan firma melalui rampasan kuasa. HAR HAR HAR! Saya cuma bersenda gurau sahaja. Sebenarnya... impian sebagaimana yang saya suarakan pada contengan yang lepas telah pun menjadi kenyataan. Mari kita teliti apakah jenis kegiatan yang telah saya lakukan di kantor dan juga di luar kantor hari ini.

  • disebabkan termakan kata-kata tidak benar ibunda, saya telah keluar dari kediaman tepat jam 8 pagi utk ke kantor. Bukan kerna ingin mengejar trofi pekerja terbaik (malahan tiada anugerah itu disediakan sama sekali oleh boss) , tetapi kerna mau mengelak kesesakan lalulintas. Saya tiba di depan batang hidung bangunan kantor saya tepat jam 8.15 pagi dan ketika itu suasana sangat aman damai. Sesuai bagi penggiat puisi. Maka saya bersumpah tidak mau mengulanginya lagi kerna saya terasa mau mati kebosanan akibat menunggu pintu kantor dibuka. Demi membunuh kebosanan, saya pun mengganggu kekasih dan mengadu domba padanya perihal saya pagi itu. Kekasih menghubungi saya dan saya pun gembira. Terima kasih kekasih. :p


  • saya diberitahu oleh Ismail (arkitek kanan) bahawa saya akan dibawa olehnya bersiar-siar ke Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Selangor dan juga makan angin di Majlis Dewan Perbandaran Subang Jaya. Inilah yang saya katakan sbg impian menjadi kenyataan iaitu keinginan untuk ronda-ronda tercapai. Tak perlulah saya menjadi polis trafik untuk mengecapi kerjaan sambil berjalan-jalan. AHAHAHA. Saya ikut Ismail kerna boss mau saya lihat-lihat urusan dalam proses mendapatkan kelulusan bangunan. Walaupun saya menulis seperti seorang sengal, tetapi saya sememangnya punya minat untuk mengambil tahu. Walaupun saya kelihatan teruja untuk meronda-ronda macam polis trafik, tetapi sebenarnya saya mahu belajar.Kalau saya mau makan angin maupun bersiar-siar, saya hanya mahu lakukannya dengan kekasih. Iaitu dalam tempoh 2 bulan dari sekarang. Sangat lama lagi. Mati la i! Oyya.. bomba submission yang 4 set drawing tadi tu, sekurang-kurangnya ada campur tangan aku sket. Semalam aku lah yang buat correction tu. *kasihan bdk trainee.hanya melakukan kerjaan kelas bawahan tapi aku akur dengan kedudukan aku*

  • Boss suruh Kak Liza memberikan tugasan membuat interior kepada saya. Saya membuatnya dengan tekun sekali. Tekun sehingga harus disuruh buat pembetulan beberapa kali. AHAHAH... biasalah tu. Kalau tak ada correction, namanya bukan architecture. Dan hari ini saya dapat satu pengetahuan am. Saya sudah tahu kenapa lecturer suka bersikap busuk hati dengan sering menyuruh pelajar2 menukar-nukar design macam tukar baju. Sebenarnya lecturer mahu berlakon spt seorang boss. Ye, boss saya begitu. Dia sama je macam lecturer *pulak dah.. td aku kata lecturer yang sama mcm boss*. Boss saya ambil pen merah, conteng2 drawing dan suruh saya betulkan. Memang sebijik dengan sikap lecturer. Bezanya, boss saya guna pen merah bermata halus manakala pensyarah saya menggunakan pen hitam artline point 6 bermata sebesar alam. Cuba teka siapa lagi kejam? Yer, jawapannya pensyarah, tepat sekali! Kwang kwang kwang. *saya tak suka sengkuang*

  • Saya pulang pada jam 6.15 pm. Memandu pulang dengan kenderaan bertayar empat milik saya itu dengan gembira sekali.


Saya mahu tidur lebih awal. Pagi esok saya sudah tahu apa yang harus dikerjakan. Interior furniture yang boss suruh saya betulkan harus disambung kerjanya esok hari. Saya juga berharap, lebih banyak kegiatan bermanfaat yang direncanakan buat saya hari demi hari. Amin~
 

Monday, May 07, 2007

The First Day

Hari ni industrial training bermula. Aku tak tau tentang orang lain. Tapi tentang kami, warga studio tahun dua ni, hari ni pasti menjadi hari yang aneh-aneh sikit. Aneh sebab samada mau atau tidak, kami harus jalani latihan industri ni dan harus lulus.


Memandangkan aku sememangnya tidak pernah ada minat untuk bekerja, malah aku selalu menganggarkan bahwa waktu untuk aku keluar bekerja adalah masih jauh lagi, maka hari ini aku berasa sangat penat. Nak kata kerja bertimbun, tak ada pon. Cuma tadi aku buat correction untuk bomba submission. Aku tak ada masalah bekerja.Orang kat sana semua baik. Boss pon okey. Office selesa. Cuma ada beberapa je masalah aku yang agak luar biasa dan sepatutnya boleh diatasi. Tapi disebabkan aku tak mau atasinya, malah aku semakin menganggapnya sebagai satu masalah dunia, maka ia dengan rela hati menjadi satu masalah yang lebih membebankan diri aku sendiri dengan sendirinya. *apa ayat aku ni putar belit buat orang pening*. Aku tengah pening sebenarnya. Macam kena ketuk dengan hammer je rasanya kepala aku ni.


Okay, masalah yang aku maksudkan adalah.
  1. aku memang org yg cepat bosan. Pagi tu aku agak excited dan lakukan kesemua kerja dengan gigih sekali mengalahkan seorang yang gila kerja. Tapi lepas tu aku semakin busan. Baru 1st day okay, aku dah kata busan. Belum 2nd day, 3rd day.
  2. aku tak biasa duduk diam dan terkurung macam seorang skematik. Kalau kat studio, boleh jalan-jalan. Boleh ronda sana sini. Makan angin, minum asap. Agak-agak nak muntah duk dlm studio, aku masih boleh keluar menikmati panorama fakulti yang indah permai. Sekarang aku harus akur yang aku HARUS duduk 9 jam dalam office dan sengsara. Samada nak makan minum angin, semuanya harus di dalam office. Hidup atau mati, dalam office *ni sekadar hujah menyokong statement sahaja*
  3. tak de geng! Kan best kalau ada Farah ke, Inul ke, Shida ke... mulut aku ni dah la jenis hyperactive. Sekarang terpaksalah aku ajar mulut aku supaya beristighfar banyak-banyak. Ye, inilah masa yang terbaik untuk mengumpul pahala. Lagi banyak diam, lagi kurang risiko mengumpul dosa. AHAHA. Tapi cuba imagine kalau aku ada geng pi keje sama tempat dgn aku, let say Farah ke... tak ke pecah firma orang dibuatnya. Kami ni dah la extremist belaka.

Tu je masalah aku. Tak besar pon. Tapi aku suka keadaan office dan aku juga senang dengan rakan-rakan di situ *rakan-rakan?* Aku akan bahgia kalau setiap hari aku dapat mengisi waktu kerja dengan pelbagai aktiviti *baik masuk rakan muda*. HAR HAR HAR! . mmm... maksud aku, mungkin nanti aku akan ok kot. Sbb hari ni tak banyak tugas untuk aku. Tapi syukur aku dah belajar beberapa perkara. Boss kata nanti aku akan keluar ikut staff lain pi Majlis, pi tengoklah apa yang patot. Atau boleh kot aku sama ertikan sebagai RONDA-RONDA. Ye, aku suka kerja sambil meronda *lebih baik jadi polis trafik*.


Ok. Aku sangat pening. Harus tidur cepat sbb aku tak sanggup menanggung penderitaan bangun pagi esok. Dan esok abah tak mau hantar aku lagi. Aku kena drive sendiri. Sangat la tak nak. Tapi sangatlah kena. *Waaaa... ayat aku bertabur-taburan malam ini.Maaf*


Ini gambar awal pagi tadi sebelum pergi melakukan kerjaan.


.... dan...
di bawah adalah gambar sebaik sahaja pulang dari kerjaan...




... masih boleh senyum. Kira okey la tu. Maknanya aku masih bahagia dengan kehidupan walaupun terpaksa membanting tulang mencari wang elaun *yang ciput*




Honestly.
aku okey sebenarnya dengan tempat kerja dan dengan kerja tu sendiri.
aku masih punya semangat untuk belajar.
harus ambil peluang 2 bulan ni untuk kumpul seberapa banyak ilmu yang boleh.
insyaAllah.
cuma aku malas bangun pagi je.
*sengih nampak semua gigi*



Gud Luck and all the best untuk semua rakan-rakan seangkatan dan senasib. Nanti naik sem kita kongsi suka duka, onak dan duri ye. Memang susah jadi orang dewasa.
 

Sunday, May 06, 2007

nurulism


Nurul tu saya.
Nurulism pula ialah sesuatu yang telah diNurulkan.
Atau senang faham, dah kena rasuk dengan saya, bawah pengaruh saya, dan dalam kekuasaan saya. Baiklah, saya benci kata-kata diktator macam tu. Semuanya bukan. Nurulism hanyalah satu identiti kosong tanpa motif. Tapi jangan sangkal kebarangkaliannya di masa hadapan. Mungkin bakal menjadi satu brand terkemuka menandingi Christian Dior, Gucci, Dolce & Gabbana mahupun Fendi. Kau tak tau! Aku juga tak tau! Mungkin juga... satu hari kelak.
Kita tunggu.


Motif aku berkata tentang perkara ganjil di atas adalah demi menyebarkan satu rasa terdalam di dalam diri. Sejak beberapa masa lampau ni, aku seakan teruja untuk menjadi SANGAT popular, SANGAT kaya dan SANGAT berpengaruh. Aku macam terpengaruh dengan brand-brand terkemuka dunia. Beberapa kali otak aku melayang terpikir-pikir, bagaimana caranya nama kita sendiri boleh menjadi satu jenama komersial. Owh... sebenarnya aku terlalu lapang waktu mungkin. Sebab tu aku ada lebih masa untuk fikirkan yang aneh-aneh. Kasihan aku... Tapi, kalau nama aku bakal menandingi kehebatan produk Hilton, Dior, Fendi mahupun Dolce & Gabbana.... Nurulism sesuai mengpelopori produk apa ye? Adakah pakaian dalam sebagaimana Victoria Secrets? Dan kemudiannya terhasillah lingerie dengan label NURULISM pada tag belakang. Atau... lebih sesuai untuk barangan make-up seperti M.A.C? Dan lepas tu muncullah bedak asas brand NURULISM. (daaa.... !) Hmm.. mungkin jugak sebagai jenama makanan enak seperti yang dilakukan oleh Mark & Spencer. Wallauweih...


-Cukup Contengan Yang Buduh-


Tadi kami sekeluarga makan malam celebrate besdey Zirul.
Happy 19th Birthday, dear brother!



-pen off-
 

Friday, May 04, 2007

kampung + Mukhsin

sangat mengujakan.
selain dapat melepaskan rindu dendam kesumat pada sanak saudara, aku juga berhasil mendapatkan wang saku daripada Pak Ngah. Lama tak balik Tanjung Malim. Lama juga tak balik Pontian. Hidup pelajar berjiwa korporat macam aku ni memang sangat busy. (semua orang jemu dengan ayat jenis pengakuan busy sebegini. Ayat tipikal yang biasa ditulis oleh kesemua orang yang lama tidak publish entry)


Disebabkan aku baru je bercuti dan aku akan memulakan latihan industri hari Isnin ni, aku sangat butuhkan waktu sebakul dua untuk berehat. Makanya, aku hanya bergolek terlentang bertentang mata dengan TV sepanjang masa di kampung. Dapatlah aku pulun abes-abes kesemua rancangan-rancangan akademi fantasia yang lagha itu. (benda lagha dan dosa memang selalunya menyeronokkan. Yer, aku tau tu!) Dan sempat juga aku tonton Mukhsin. (yer, yer... aku tercicir jauh dah. Tapi tonton filem basi tak memudaratkan kesihatan kan? Biar filem basi, jangan nasik basi.)


yang aku suka tentang Mukhsin :
  • lakonan pelakon yang selamba. i luv da way orked talked. i luv ekspresi muka orked and mukhsin. At least tak ada wajah wanita timur sejati buatan ala-ala Fasha Sandha. aku dah muak dengan pelakon-pelakon seposen dua ni.
  • tak banyak dialog dan scene buang masa. Dialognya sgt sikit tetapi relax. Bukan seperti dialog Gerak Khas yang terlalu bekerja keras memperjuangkan penggunaan bahasa melayu dengan tatabahasa yang betul. Itu membosankan, Datuk! Datuk mana?
  • Suasana kampungnya menaikkan mood tradisional.
  • orked comel. bila dia bergadoh, tumbuk-tumbuk dan tendang-tendang orang, dia seperti objek bulat yang comel.
  • Adibah Noor berdialog dan berlakon secara natural. Tolonglah kasi Adibah Noor award best actress.... tolonglah...tolonglah...

yang aku tak suka tentang Mukhsin :
  • Jalan ceritanya lurus bendul. Lagi lurus dari bendul. Lurus macam pembaris berskala. Tak ada apa-apa cetusan kisah yang memberangkan, mencemaskan maupun mendebarkan. Just relax... like... "okay, watch......"
  • (tiada)
  • (tiada)


kesimpulan : pergi tukar tajuk Mukhsin jadi Orked lagi baik.


Sampai je kat ending..... aku pon terkesima bila ibubapa pengarah (Yasmin Ahmad) keluar menyanyi sambil Pak Ahmad tu main piano. Aiseyman... betullah tekaan aku selama ni. Yasmin Ahmad memang anak uncle Ahmad tu. Aku kenal uncle Ahmad and aunty anom (tak sure sgt nama mak dia). Even aku kenal one of Yasmin Ahmad's niece ; Shana. Kami (me and the family) pernah sekali pergi rumah parents Yasmin Ahmad ni kat Subang Jaya. Dah lama dulu dah. Time aku form 4. Kenal parents dia pon sebab dulu kami satu agensi masa buat umrah. Uncle Ahmad and Yasmin Ahmad's mother tu memang sgt nice orangnya. Uncle tu baik dengan abah saya. Aku dan abah takkan pernah lupa that uncle Ahmad pernah belanja kami masa kat Brunei (sbb abah saya hilang duit the way balik dari Mekah tu). Dan takkan lupa betapa banyaknya dia beli kurma. BANYAK GILA. I mean.. banyak lah! Sampai kami ternganga-nganga. AHAHAHA...



HOLIDAYZ.

sangat yummy dan delicious rasanya cuti ini. Setelah mengharungi satu semester yang paling azab. Aku tak mau ulang cerita. Sbb tak ada orang akan faham kalau aku menglipur lara sekalipun. Daripada aku bercerita tentang ARCHITECTURE ku yang luar biasa itu, lebih baik aku conteng sahaja perkara-perkara yang mudah difahami oleh kalian. Tekanan jiwa akibat ARCHITECTURE yang kami lalui terlalu sastera untuk diceritakan.


Semalam pergi UKM check out bilik. Oyya.. aku lupa nak tulis yang start dari sem lepas, aku tinggal bilik single. Tapi aku ada rumet lelaki. Yang merupakan sejenis spesis jantan bahaya tapi syukur dia tidak buas. Malah dia menjadi teman yang setia. Sbb setiap kali aku bercakap, dia tak pernah interrupt. Dia memang pendengar yang baik.


Tu dia... Choki dan rakannya Mail. Choki seekor ular hijau jantan. Manakala Mail tu hak milik Farah. Angpa tak taw lagi pa kejadahnya kami ni. Shida plak ada lembu nama Muna. Bukan men lagi si Shida simpan lembu betina kat bilik. At least aku ngan Farah ni orientasi kami masih straight agi. AHAHAHA!

Semalam juga maknanya last jumpa Kak Dell (bekas rumet). Aku pindah bilik single bukan sbb kami gadoh, salah faham ke pa. Semua sebab sikap sengal aku. Ada ka patut aku tak register bilik. Pastu teriak-teriak tak dapat bilik. Teruih kena tendang masuk bilik single. Tapi lagi nikmat. Bilik bsaq sket. Buleh tdoq kuat lentang, kuak kupu-kupu dan berkuak-kuak lagi. Pahtu buleh gimrama sesedap perasaan. Sangat ghairah la aku. Next sem pon aku stay bilik yang sama. Tak pa. Selagi ada Choki, aku tak kesah. Tapi pasti pahni aku rindu dendam kat Kak Dell. Tak pa la.. ada rezki aku pi Kedah, aku singgah lawat ang la Kak Dell. Apa? Kedah? Memang je nak pegi.... yewwww... *aku jadi ulat bulu sat*.


Sebut pasal Kedah kan, aku tingat Loq Staq. Tingat Loq Staq... aku rasa ... rasa... rasa miang. HAR HAR HAR! http://www.gurau-senda-sahaja. com.


Tadi on da way balik KL, aku sms kat beberapa orang lelaki jahanam ni mintak nombor tepon beberapa lelaki jahanam yang lainnya. Abes aku kena goreng ngan si Jamal dan si Pa8 GOM. TAk boleh blah btol si Jamal tu kasi nombor tepon abang Zul yang salah kat aku. Aku beriya taip sms sikit punya cemerlang : Akum, abang zul.. nurul jsb 2nd yr ni...bla..bla..

Sekali dia kasi salah nombor. Tak ke malu. Orang tu reply kat aku tanya-tanya aku sapa. Buat malu muka aku btol. Sebaik sms, oran tu tak kenal aku. Pastu dok sms lah lama-lama sket ngan Jamal. (Bro Jamal sepatutnya aku panggil dia tapi apa kejadahnya aku kena panggil dia abang). Dah sebakul balas2 sms... tiba2 Jamal dengan sengalnya sms aku.. : ni nurul mana eyh?. Oh. Sangatlah sakit hati aku. Aku pon reply : ni Nurul, cikgu vokal Christina Aguilera.

Memang saja nak pekena aku la tu. Disebabkan bengang, aku layan balik sms ngan pa8. Aku report kat pa8 tentang Jamal. Pa8 pulak ajar aku supaya panggil Jamal tu Doremon. Aku pon apa lagi.. alang2 sakit hati sbb Jamal panggil aku bulat, aku ngan pa8 pon mengumpat dia belakang2. Kami sepakat membawa berkat menggelarkan dia... Doremon bulat berdiameter besar. Puas hati. Aku simpan enpon. Tekad. Takmo sms lagi. Masa sms abang zul pulak.. aku tanya lain dia bagi jawapan lain. Aku cuma nak tau studio tutup bila sbb aku tertinggal log book untuk Latihan indusrti aku kat studio. Dia boleh suh aku balik umah, kata dia sudah2 la dok kat studio tu. Tp kalau aku nak tdo semua kat studio pon boleh sbb studio tak tutup-tutup. Fuh, puas la aku kena bahan kan mlm ni. Berpeluh. Jaga angpa, lagi2 yg sekor tu. Jgn sampai aku hasut Farah sebarkan gambar2 tak bermaruah dia tu... *woooo!*




Aku nak pergi joli-joli sekejap sekitar internet dan selepas tu tidur. Semoga ada teman-teman yang perihatin mau temankan aku shopping esok. Amin~
 

Thursday, May 03, 2007

Kerajaan Langit


Kenyataannya : Langit memang tinggi. Dan ini bukan kontroversi buduh jenaka ayah Pin. Kerajaan Langit tak main...



Sebenarnya : Ini sekadar entri warm-up sempena semester break.


HAR HAR HAR!
-semua boleh bersurai-
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."