Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, November 30, 2007

Hidup ni memang sedih

2 sms.
lain.
tapi sepatutnya sama.


sms 1 : versi lelaki.
"Tarikh untuk measured drawing diawalkan dr 10 to 23 dec. Bkumpul jam 7pg di studio pd 10hb dec. Fwd pada studiomate yg lain. Harap maklum"


sms 2 : versi perempuan.
"Tarikh measured drawing telah dtukar pd 10dec hingga 23dec disebabkan kemasukan sem depan telah diawalkan pd 26 dec ... harap maklum"


Kedua-duanya menghentam telifon bimbit antik pada masa yang hampir sama. Dua sms. Tentang perkara yang sama. Tapi informasi saling lebih dan saling kurang. Peduli apa aku dengan versi sms tu. Yang aku tahu, mesej yang nak disampaikan memang buat aku rasa nak pergi berlakon koma ke, pengsan ke, atau pon ala-ala nak mati ke. Aku mo kabur dari dunia ini buat sementara waktu!


Aku nak cuti lagi, la hoi!
Hoi, hoi!
Aku nak cuti ni.
Hoi!


Nasib akulah.
Belajar architecture sapa suruh.


Semoga rumah orang kampung yang bakal aku menginap selama 2 minggu tu agak berteknologi la. Ada wireless. Ada dapur gas. Ada washing machine. Ada rice cooker. Tu pon cukop ar. Tak mintak lebih. Kalau nak bagi lebih, memang seronok lah! Seperti ada playstation, swimming pool, taman strawberry, ladang epal dan kuda-kuda ternak sebagai transport. Maklumlah, ibubapa melarang keras aku drive pergi Johor nanti. Kalau makcik pakcik tu ada kuda, agak gembiralah hati ini. Tapi orang selalu berpesan. Jangan mimpi di siang hari. Sebab tu aku kata, aku taklah harap lebih.


Jatuh maruah aku sudah. Struktur ayat di atas macam menggambarkan sifat demand. Sebenarnya bukanlah macam tu sangat. Aku jujur je ni. 2 minggu tu! Kesian la kat kami ni kalau terpaksa bekerja keras, mencari kayu, menternak dan bercucuk tanam selama 2 minggu. Tugasan measured drawing tu pon bukannya seronok sangat. Ditambah pulak dengan kegiatan lain yang tak menyeronokkan. Tak gembiralah kami. Bila tak gembira, sempitlah fikiran kami. Idea kreatif kami pon jadi cacat. Lecturer pon susah. Nanti kena access design banyak kali. Pointer kami drop, harapan nak grad dengan baik pon musnah. Impaknya memang sedih.


Memendekkan cerita dan impian yang panjang, aku nak lafazkan bahawa cuti tinggal sikit. Hari raya haji pon tak merasalah kali ni. Oh, rasa nak teriak kata-kata kesat je! Kesianlah kat keluarga tercinta beraya tanpa aku. Mesti bunda aku buat drama sedih pagi raya. Aku pon kenalah join drama jugak. Tak merasalah aku balik kampong dan terkinja-kinja beraya macam hantu. Ingat dapatlah berpesta ria dekat Singapore. Tapi memang bullshit. Hidup aku ni memang sedih lah.


Hari Ini : Saya basuh kereta buat kali ke-3. Tak seronok. Saya sayang kereta saya. Tapi saya tak suka basuh dia. Basuh ar badan sendiri!


Kepada 'siapa-siapa' : Siapa-siapa rindu dendam rasa nak tercabut nyawa kalau tak jumpa saya, cepat-cepatlah suarakan keinginan. Yang nak ajak masak tu, cepat ar sket ajak! Yang nak ajak shopping, woaa! Berbesar hati aku sudi! Cepat .. cepat .. tak lama lagi hidup aku jadi sedih. Tolong aku oi kawan-kawan. Bahagiakan sisa-sia hidup aku yang seronok ni :(

Labels:

 

Thursday, November 29, 2007

Cinta Kolestrol

Banyak kali tekad.
Tak mahu makan banyak-banyak.
Mahu makan bila perlu.
Dan mengambil makanan dengan gizi seimbang.


Tak guna!
Banyak kali tekad hancur.
Makan tetap banyak-banyak!
Makan walaupun tidak perlu.
Dan makanan berkolestrol,
berlemak,
dan mengandungi perisa tambahan
yang memudaratkan kesihatan
memang best.

Tak guna!
Tak guna!


Nak pergi makan.
 

Wednesday, November 28, 2007

Jangan Jatuh Maruah

Bila cuti je otak aku drop. Bila cuti je drop. Tulang aku yang gagah ni jadi berat macam besi buruk. Tadi kena sound percuma dengan ayahanda. Menyoal kenapakah anak perempuannya pemalas tak mau berganjak. Duduk dalam bilik, bercanda dengan PC buruk. Dan sekarang aku sudah tak berani berlengahkan solat. Dulu selagi tak jam 6, aku tak de solat Asar. Selagi tak jam 7.45, aku tak de solat Maghrib. Sekarang, bunyi je suara azan yang merdu syahdu menerawang di udara .. lari pecut aku berwudu'. Alhamdulillah. Ayahanda semakin garang kebelakangan ni. Berkadar langsung dengan jisim tulang aku yang semakin memberat.


Aku harap ...
Cuti aku terisi dengan pelbagai aksi dan eksplorasi menarik. Malangnya aku terlalu malas. Start enjin kenderaan pon malas apatah lagi memandu ke sana ke sini. Akibatnya, jiwa remajaku kurang terisi kebelakangan ini. Tetapi, aku macam mendapat jiwa baru. Iaitu jiwa perempuan usia pertengahan. Lebih kuranglah macam jiwa makcik-makcik. Aku teringin nak buat cross stitch. Tapi aku belum berani hendak menyuarakan keinginan kelas pertengahan ini. Kerna aku rasa maruahku sebagai remaja tercemar kelak. Adakah benar sangkaan aku? Atau ini cuma sebahagian imaginasi di alam fantasiku yang bukan-bukan?


Ah, lupakan cross stitch! Kerna aku menaruh hati hendak memasak makaroni bakar dan sebagainya. Aku hendak belajar memasak kesemua jenis makanan kesukaanku supaya pabila aku mengidam tanpa disangka-sangka.. aku tak perlu menyusahkan sesiapa. AHAHA! Dan .. dan .. dan ! Dan lagi satu yang hendak aku luahkan. Hidungku rasa tidak lapang ketika bernafas. Emosi pon macam antara hidup segan mati tak mahu. Sebab dah lama aku tak menjalani terapi jiwa. Aku nak terapi! Gulp! Tak ada apa yang aku perlukan sangat ketika ini kecuali sebuah laptop baru kerna laptop ACER aku tak berapa baik kesihatannya. Tapi macam mustahil je dapat laptop baru sedangkan si ACER tu masih mampu beroperasi. Tak guna! Oleh sebab itulah aku merasakan, iada apa yang terlalu aku inginkan ketika ini. Tetapi sebagai seorang 'belanjawan negara' aku memang sentiasa terkinja-kinja hendak membeli-belah. Soalnya, ga punya teman. Dan harapan terakhirku adalah Athirah. Semoga kami berdua dapat berpeleseran di Mall bagaikan merpati dua sejoli. Aku berorientasi straight. Naluriku bukan pada wanita. Itu metafora sahaja. Repeated : Metafora SAHAJA.


Dah lama tak 'berlakon' jadi arkitek. Tak lama lagi nak pergi buat measured drawing. Atau dalam bahasa melayunya ... MENGUKUR TAK TENTU ARAH.


Kejatuhan Maruah
Ada orang hantar email yang menyeronokkan kepada aku tempoh hari.Dia mencarut sebaik mungkin.Dia marah aku. Emosi habis macam seorang yang keruntuhan moral.Ah, aku benci mencarut! Siapa mencarut memang tak ada maruah! Marah-marah aku macam dia bagus sangat je. Aku yang tak berdosa ni mati kutu dibuatnya. Tak faham kenapakah aku dicarut sedemikian rupa. Mungkin juga dia seorang freelance. Pencarut bebas. Mencarut orang ramai secara random melalui teknologi e-mail. Dan aku salah seorang yang bertuah. Maaflah. Aku tak pandai mencarut dan aku tak faham hampir 90.8% apa yang dia sampaikan. HAHA! Dia tak bermaruah! Maruahnya jatuh di tanganku! Pencarut bebas memang seorang remaja kejatuhan moral dan mungkin juga desakan hidup yang melarat. Mungkin dia terlalu miskin. Miskin harta, miskin budi bahasa malah miskin ilmu. Kesian.

Pada satu kes yang lainnya,

Pencarut bebas : Woi tut*
Aku yang tak berdosa : Salah orang.
Pencarut bebas : Kau ni memang tut*
Aku yang tak berdosa : Kau dah solat? Pergi solat dulu. Lepas solat nanti kalau kau masih ada hati nak mencarut juga, memang neraka dah panggil la tu.

Itulah kali terakhir seorang 'haiwan liar' ni YM aku. Sebab tu aku malas layan stranger. Mereka ni main add je kita dalam friendlist dia dan menganggap kita ni macam mereka; suka bersosial tak tentu arah. Kepalahotakengkau.


Aku ingat lagi kenangan pahit mulut kena cili dengan bunda. Tu pon bukan salah aku. Salah anak jiran sebelah. Dia bermain sambil menyebut perkataan 'khinzir' secara berirama. Budak-budak. Biasalah suka imitate. Aku pon tiru juga. Belum sempat buat irama, baru sebut sekali SAHAJA dah kena tarik masuk rumah. Kena lumur dengan cili mulut aku yang tak berdosa ni. Punyalah aku memohon ampun dan simpati. Nasib ada arwah opah. Aku diselamatkan. Sejak peristiwa ngeri itu, aku taubat nasuha tidak mahu mengikut peredaran zaman lagi. Biarlah satu dunia menganggap mencarut itu sebagai trend hidup masa kini. Aku tetap menolak trend itu. Kerna panas pijar cili merah masih terasa kat mulut aku. Demi maruah dan air mata, aku nasihatkan semua orang janganlah mencarut.



sebenarnya aku nak buat entry pendek. Tapi terpanjang pulak. Tu lah dia. Bila emosi aku dirangsang, idea aku makin bernas. Selamat malam, people!

Labels: , ,

 

Tuesday, November 27, 2007

Happy Feet

heartblinkie.gif image by klasik Hello Bello heartblinkie.gif image by klasik

Semalam aku main 'Happy Feet'
Tapi tiada bontot penguin kegemaran.
Tidak jumpa Mumble juga.
Ok. Aku cakap yang bukan-bukan.


Semalam main Ice Skating.
Genap setahun aku mabuk kepayang [click]
Akhirnya semalam, main juga.
Aku sangat gembira ; macam kera dapat bunga.
lalala.gif image by klasik

skating

Pemain 'Happy Feet' : Saya, Aizar , Astri, Farah, Nana (Farah's sis), Haikal and Adek (my brothers). Aku jadi driver macam biasa. Fetch Aizar dan Astri ... dan jalan! Ada confession hendak dibuat. Aku seorang reckless. Thank you. Dan oh ... aku driver wanita yang 'hot'. Engkau biasa makan bubur ayam McD? Ada caution : HOT! Kena berhati-hati. Aku harap semua orang berhati-hati juga dengan semua driver wanita yang 'hot' kerna aku boleh mengancam nyawa pengguna jalanraya yang lain ketika marah. Thank you lagi.


*
Hot = Panas Hati.


Sampai je Sunway Pyramid, brunch dulu. Maklumlah bawak Adek. Dibuatnya dia memberontak nak makan time tengah layan skating, sawan aku dibuatnya. Adek saya jenis pemakan. Dia makan BESAR. Haikal bukan jenis pemakan. Tapi dia PEMINAT TEGAR makanan yahudi. Ehem... maksud aku, fast food.


Kisah teladan : Kalau nak tanya surau, jangan tanya dekat chinese girl. Tanyalah pada Indian boy. Chinese girl lambat beri jawapan. Dan jawapan dia panjang, dan sukar dimengertikan. Indian boy jawap dengan pantas. Jawapan dia, ringkas dan tepat. AHAHA. Selepas solat Zohor, kami terkinja-kinja menuju ke ice rink. Cis, tak guna! Waktu tu la dia off kejap untuk cleaning. Kami terpaksa menunggu dan merayau-rayau macam kutu. Makan lagi. Yes, of course man! Makanan yahudilah. Yang sedap dan berpropaganda itu. Tadi Pizzahut, sekarang McDonald. Tengok, sambil-sambil macam tu pon kami dah kayakan yahudi. Moralnya ... aku ni pandai cakap je.


Dalam pukul 2 pm, barulah dapat menyerbu ke dalam ice rink dan berballet, bergolek, dansa, dan meluncur dengan pelbagai skill. Tipu. Kami skate biasa-biasa je. Tapi masih dianggap skating la. Yang tak boleh dianggap skating pada awalnya ialah Farah dan Nana. Mereka melekat di tepi lantas menimbulkan kerisauan di hatiku dan rakan-rakan yang lain. AHAHAH! But at last, diorang boleh jugak berdiri di atas kaki sendiri dan bergerak tanpa melakukan aksi anti-graviti. O ye yeh! Aku berasa bangga kerna berjaya mengimbangi tubuh badan dan sekelian anggota dari menyembah ais. Ucapan 'kasihan' buat Farah, Nana dan Aizar atas kemalangan yang menimpa semalam. Tanpa kejatuhan, kita tidak akan menilai erti keteguhan. Ngeee =D Best kan gedebuk atas ais? Rasa macam bontot penguin tak? Haikal biasalah. Orang nakal kalau campak tang mana pon boleh jadi. Siap dapat 'amoi' yang aku tak tahan tu !!!!! Dapat free pulak tu. Atuk sorang 'amoi' ni suruh Haikal ajar cucu dia skating. Memang jadi bahan gelak je kat rumah.

Skating
tak berniat pulak aku nak buat efek gambar ala-ala winter sonata. Tapi memandangkan kesemua gambar semasa dalam ice rink ni adalah gambar yang diambil secara HARAM, ni lah jadinya. Semua gambar blur. Terima kasih buat lelaki penjaga rink yang telah menggunakan speaker untuk memberi amaran kepada saya. Amaran seposen dua. Aku tetap je snap gambar mengikut kesukaan hati.



skating

Hi, kami couple-siam! Tak boleh dipisahkan sepanjang permainan. Tangan kami bertaut erat. Bukan kerna cinta dan airmata, tetapi demi maruah. Berpegang erat dengan harapan, apabila berhadapan dengan cabaran graviti kami dapat membantu satu sama lain. Tetapi nasib baik ketika Aizar jatuh, aku berjaya mengawal diri dari tergadai sama. HAR HAR HAR! Dan Astri escort je dari belakang. Pro la katakan :p Adek Del bermain dengan comel sekali. Dia sebenarnya seorang yang kuat gayat. Tengok muka dia pon aku dah tau dia cuak. Tapi dia jenis tak nak kalah. Farah dengan Nana kerjanya keluar masuk rink. Buat macam rumah sendiri. WAHAHAH! Tapi finally diorang dapat stand dan gerak tu buat kami ni rasa lega sgt. Next time boleh SALSA pulak. Nak? Tak? Nak? Tak?Tak? Nak?

Jari dah tunjuk perasaan. Asyik buat typing error sahaja.
Maknanya, mari menonton gambar!

aku benci tangan 'peace'. Kenapa aku buat tangan 'peace' ? Jangan buat tangan 'peace'.






Photo skating
5.30pm keluar dari rink.
Kena balik cepat atau kena marah dengan ibubapa.
Tapi kenalah foto-mania dahulu.

Perhatikan : tudungku macam mak nenek. skater of the world la katakan. Nak elak dari asyik membetulkan tudung, aku ikat tudung macam tu. Biar jadi mak nenek, asalkan dapat skating dengan bahagia sekali *wink* Betapa semangatnya aku.



Berpelukan dan berlaga-lagaan pipi lalu mengucapkan selamat jalan kepada Farah dan Nana.
Sempat lagi Farah tanya.

"drive ke nanti pi Johor?," "Tak... abah tak kasi. Kau?" emo3.gif image by klasik
"Tak...," geleng-geleng.
Oh yes! Sama-sama 'patah kaki' la kita 2 minggu kat Johor nanti ye.


Nah, gambar lagi!
Tengok sampai muntah!




A new bubble necklace in blue.
tq farah.


Sampai rumah, rushing untuk Asar.
Mandi-mandi, Maghrib dengan abah.

nasib baik sempat jemaah kalau tak, mesti abah marah.
Memandangkan kami balik terus rushing untuk Maghrib,
angin abah pon baik.
Kami borak-borak tentang skating tu.
Tapi kena marah juga sebab tinggalkan Zirul.
Dah kereta penuh.
Cuba abah beli Honda Jazz lagi satu.
Atau CR-V baru yang 4WD tu.
Kan muattttt...

Malam kejadian itu terus aku lumpuh.
Baring je atas katil kerna kakiku sakit bukan kepalang.
Tapi tetap kakiku gembira dapat bermain ais.
HAPPY FEET!

Labels: , , ,

 

Monday, November 26, 2007

see the leg la!

terasa hendak tidur ...crab_sleep.gif image by klasik lama-lama.
kakiku sakit bukan kepalang cry.gif cry image by klasik
ENGKAU FAHAM TAK??!
sad.gif sad image by klasik
good.
jumpa lagi esok.

Labels:

 

Sunday, November 25, 2007

The Cupcake Story

Cupcake

Dengan perasaan malu dan bangga, diistiharkan bahawasanya aku telah mempunyai bakat membuat kek. Akhirnya. Terima kasih AIZAR kerna memberi sokongan paling extreme. Terima kasih jugak ke ibubapa, dan keluarga. AHAHA. Owh ... kepada individu yang memandang rendah kepada aku semalam, terima kasih. Kerna kalianlah, aku bangkit dengan hasil yang bagaikan mimpi dalam mimpi dalam mimpi dan mendalam-dalam lagi mimpinya.

Cupcake

This quote simply turn me on :
"my menu consisted of two choices ; take it or leave it"

And here we go.

Idea tercetus dari CUYA la. Cuya la punya pasal ni. Cuya lah yang buat aku tergila-gila nak buat cupcake ni. Semua Cuya lah! Hi, Cuya! Firstly, creadit to Cuya for the recipe. Your recipe tu senang difahami dan ditiru. Tq yea. Aku tak pandai mengarang resipi kerna aku seorang feminine baru nak jadi. Sesiapa yang ada kes sama dengan aku, bolehlah drop-by di SINI.


Cupcake

HELL ABOUT THE INGREDIENT - Aku suka benda yang organized. Kalau tak organized, alamatnya lambatlah aku bertindakbalas. Tangan pon melentik-lentik salin resipi Cuya. Punyalah cetek ilmu dapur aku ni, aku usung lah scrapbook aku ni ke sana ke mari sehinggalah ke supermarket. SUSAH i tell you! Cannot tahan wo mencarik bahan-bahannya yang sangat alien itu. Terpinga-pinga aku menghadap bahagian yang menyediakan bahan membuat kek. Rasa nak tarik-tarik je rambut. What the hell of the ingredient I'll be needed! The nite before, aku ada sms Aizar ... asking bout one 'alien' named 'shortening'. Okay, Aizar gelak-gelak. Gelak la kau! Then Aizar bagitaulah aku ertinya benda alah itu bersama kegunaannya. Tup-tup sampai supermarket, aku blur. Tak tau rupa benda alah 'shortening' tu macam mana. Ditambah pulak dengan curiosity aku tentang nama-nama gula yang pelbagai jenis. Gula halus, gula kasar, gula pasir, gula castor, gula ising, gula merah. HUH?! Kenapa tak guna je gula yang kita minum tu... !! And again, dapat ilmu dari Aizar and bunda that we HAVE TO use certain type of sugar untuk certain type masakan. Pandainya semua orang ni.

Dah ada semua bahan. I am happy and can't wait nak main masak-masak. Tiba-tiba tak jumpa cup. HAMPA. Dan sekaligus mematikan keterujaan. Lalu, kusimpan semua bahan ke tempat yang sesuai. Apalagi, on DVD. Lagi senang. Tak payah pikir nama-nama 'alien'. TAK JADI BUAT CUPCAKE.



HIDAYAH - Pagi-pagi semalam, Jullian sms time aku tgh tidur. Disebabkan terlalu mengantuk, aku tak baca sms tu dan delete. AHAHAHA! Tak lama lepas tu, Aizar pulak sms. Aku baca, dan selit handphone bawah bantal. Oops, rasa nak baca. Baca balik. Alahai, dia ajak pergi rumah Hidayah. Aku suruh Aizar pergi je la dengan Jullian yang semangat sangat nak pergi tu. Aku mengantuk sangat. Tak larat nak bangun. Tapi si Aizar ni paksa-paksa. Dan dia kata, Jullian keluar rumah around 1pm. Oh, lambat lagi. Oleh kerna kasihankan Aizar, aku setuju juga. Tapi aku memang malas nak keluar. Tapi dia paksa. Tapi aku malas. Tapi kesian Aizar tak ada teman. Aku pon berkorban. Okay, bihun sup yang mak Hidayah masak sedap. Sedap sangat. Hidayah, tq yea untuk makan-makan tu.


CUP - Balik dari rumah Hidayah, Aizar ni bagi idea nak pergi kedai kek yang dikatakannya sangat mengujakan di ... (di mana?) Kami pon ajaklah Jullian drop kitorang kat situ sekejap. Tiba-tiba semangat terbakar lagi. Sebab Aizar lah ni. Bukan main lagi ajar aku itu ini. "What? Haizum buat kek? Kek buat Haizum?," ada orang tu underestimate saya. Tapi saya tak tergugat pon.


Aizar tanya, nak dia tolong tak buat kek. I said NO I want to try it on my own. KONONLAH. 5 minutes lepas tu, sebok sms Aizar suruh datang rumah. AHAHA. So, kami mula buat dari pukul 5 petang.



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Aku belajar
: gaul the mixture mesti dalam satu arah sahaja


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Decoration : kami nak kejar masa. Aizar kena balik before 9.30pm. Biasalah. Ibubapa dia sama macam ibubapa saya. Anak-anak tidak boleh berada di luar rumah pada waktu malam. Sebelum Maghrib, semua mesti kena ada dalam rumah.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa buat kek ni, teringat dekat my dear. Dulu pernahlah buat lawak nak kasi dia makan cake saya buat. Dear, I dah buat! See, this CUP of LOVE i dedicate for you. Ngee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

mycupCustom.jpg picture by klasik

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

And, done at 10 pm!

Tak percaya aku dah bake my very first cake ever. Dan jadi pulak tu! Sedap.. *angkat basket sendiri* Hey, hey .. bagi beginner like me... ni kira mabelless la ni. Abah kata, sedap. My brothers kata... bolehlah tapi diorang makan tak henti-henti sampailah pagi tadi. Ibu Aizar pon kata boleh tahan .. and Adek Bi suka my color yang melimpah ruah tu. AHAHA. Aizar, next week kita main masak-masak lagi ya!

Abah datang kat saya...
Rasa dahi saya...
And ...

"Demam ke? Tak pernah-pernah nak buat kek," Abah said, bisa as always.
Dan perbuatan aku semalam telah menimbulkan kontroversi dikalangan budak-budak lelaki dalam rumah ni. Diorang kata, kakak dorang kena sampuk. Terima kasihlah, saudara kandung semua.

AHAHA!
Buat malu aku je depan my pren. Kan Aizar kan? Aku talented kan? Bukan main comot aku kan? Maknanya, aku sangat committed. Abes baju kaw-kaw punya comot.

Malam tu, aku terus diserang sakit abdomen. Kepala pening. Rasa nak muntah. Tak sangka, kerja dapur memberi impak negatif kepada kesihatanku. Tapi aku sangat gembira kerna kekku dimakan oleh ramai orang.

Kepada yang memandang rendah : I did it, man!

Labels: ,

 

Friday, November 23, 2007

I'm stuck between ....

This entry might sound tooooo girl.
So boys, keep on reading my previous entry.
TQ.


I nak beli new sunny. Kebetulan this Khairina invite saya ke 'shop' beliau ... u guys tahula kan betapa histerianya saya. Mula-mula diserang sawan emosi melihat ini :

No! Not the beauty set but the bag! Oh my godness. Sangat suka. Bolehla berangan jadi Victoria seminit dua. HAHAH. Terus bagitau bunda saya dan ambillah sebakul dua hujah-hujah beliau. Bunda saya kata ... saya tak boleh beli bag selagi saya belum selesaikan masalah timbunan bag. Okay, fine... So i guess, nothing is wrong kalau saya ... beli a new sunnies kan? I've made up my mind. I nak grab juga one for myself. Tapi saya dah tiga hari berfikir. Indecisive betul. Tak tau between these two.
What Say You???



Okay. Hati macam nak yang the second one. Tapi ... yang first pon nak juga. Or else, ada siapa-siapa nak sponsor satu untuk saya? Ngahahaha. Tak nak sudah. Boleh jalan.


Help I decide ye, kawan-kawan.... As soon as possible. Okay, credit to Khairina. I dah rembat your pictures. You tak kisah kan? But seriously, I nak order satu. Saja, tolong member.... AHAHA. My dear, Khairina... tak ada discount ke? Nanti I tolong you promote lagi besar dari DiGi! AHAHA.... kidding. Siapa-siapa berminat, boleh drop by dekat Khairina's blog. This sunglasses berharga RM160.


Lama tak shopping. Last shopping bila ye? Oh, few weeks ago. Biasanya setiap minggu. Malah, setiap hari. Sorry to those yang tunggu I post new buys. I kan tak keluar rumah dah berapa lama dah ni. Tunggu ini cewek konvo. Si semangat membara ni pulak sibuk dengan program healthy life dia. Tak kira. Next week, mesti ice skating! Aku dah tak tahan duduk rumah. I need therapy! Untuk perempuan pandai masak, engkau available je kan?


Kawan-kawan saya semua ada bakat. Saya? Nak bakat juga .... :(


Farah, have you bought the bubbles?
lupa ja nak tanya hang.


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

The boyfriend tidak sehat.
Pity on him.
Get well soon, dear.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Labels:

 

Vroom ... Vroom ...

Isnin, 19 November 2007

Saya dan keluarga pergi sini :

Ujian JPJ untuk lesen motosikal ; B Full. Bukan saya. Oh, pastilah bukan. Menghidupkan enjin motosikal juga tidak pernah berhasil, inikan pula hendak mengambil lesen motosikal kuasa tinggi. Mimpi di siang hari. Sebenarnya, kami sekeluarga pagi-pagi lagi sudah bersiap hendak menyaksikan bunda saya melakukan JPJ test. Ma, you rox ma! Sebagai anak-anak yang supportive dan sporting, kami pon dengan bangganya duduk berderet di kerusi paling hadapan. Jantung macam nak pecah dibuatnya. Sangat gayat melihat aksi bunda menunggang virago. Walaupun bunda sudah biasa bermain-main Virago setiap petang ... tapi kali ni mestilah lainkan. Sebab terpaksa riding di hadapan masyarakat yang ramai.


Ma ambil turn terakhir. Dan paling mengujakan oh my god ... ibu saya SEORANG sahaja yang mengambil lesen untuk motosikal besar. Oh, ma ... you are funny. Dan sepanjang beberapa hari dia berlatih untuk ujian tu, dia dah jadi sangat famous dekat driving school tu. Semua youngster dah jadi member baik dia. Okay, my mum sangat friendly and outspoken i tell you. No wonder la bila sampai turn dia... semua orang bersorak-sorak mengalahkan kami, her kids ni. Siap ada yang sanggup tunggu sampai turn mak saya semata-mata nak menyaksikan sendiri macam mana mak saya beraksi. Sebab ramai young boys yang inspired nak mengambil lesen B full juga kerana melihatkan mak saya. Ada few pulak yang nak tengok how my mom ride the bike, how to control the bike and how to pass the 'bridge'.


Meniti!

Seriously aku pon cuak bukan sebarang cuak masa ma meniti jambatan. I wonder how mom steadily passed that test. Dah lah tayar Virago tu besar. Then abah pesan supaya kitorang semua selawat banyak-banyak. Alhamdulillah. Bunda saya LULUS! Dan buat gempak je dekat driving school tu. Dia jadi sangat glamor. Kami ni pon tak pasal-pasal jadi glamor.


"your mum?," sorang lelaki tanya.
"ya," between proud and ... blur.
"she's roxx!," lelaki tu adore namampos kat mak aku.


Balik rumah.
"perasan tak lelaki tadi yg tak habis-habis borak dgn ma?," ma tanya and that sounds like.. 'something'

"hurmm... kenapa?," of course la aku ingat.

"dia nak jadi menantu. DIA kata," selamba sahaja ibu berkata begitu lalu terkesimalah aku.

"yewww! otak senteng. Baru dapat lesen P ada hati nak kat kita," berderailah ketawa ibu dan anak.

"Hahaha. Dan-dan tadi cerita kat ma konon-konon dia baru break up dengan girlfriend dia. Orang tengah seronok cakap pasal motor, dia cakap pasal awek pulak," kami gelak lagi.

"Patutlah adore sangat dekat ma. Beriya-iya supportnya," kami gelak-gelak-gelak lagi.

Kami memang suka gelakkan orang.
Ma, congratulation!

Apa nak buat, mak saya memang extremist.
Terima kasih....



Labels: ,

 

Wednesday, November 21, 2007

Hari Suci.

Hari suci bermula officially today!
Walaupun dah lama 'menyucikan' diri...
Tetapi sebenarnya hari inilah hari suci yang sebenarnya.


Vocab of the day
Hari suci : Holiday.


Pagi tadi exam paper terakhir. KEMAHIRAN MENULIS. Sangat seronok menjawapnya. Terima kasihlah kepada rakan taulan yang berkongsi soalan spot. Aku suka soalan spot. Biasanya, aku akan berdoa supaya pensyarah yang baik hati seperti ini dimurahkan rezeki dan mendapat keberkatan. HAR HAR HAR! Ada juga yang tidak mahu main spot-spot. Sangat tak gerek pensyarah macam ni. Haaa... saya bergurau saja. Hi, pensyarah! *kami kena tapis struktur dan penggunaan ayat kerna blog kami dipantau oleh pensyarah juga*


Semalam petang, balik UKM. Lepak studio sampai pukul 11.30 malam. Berpeleseran dengan Ainul. Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih kepada Ainul kerna telah meng'bakar'kan lebih dari sepuluh jenis filem untuk aku. Maka, aku akan membunuh waktu dengan menonton movie yang tidak berdosa. Atas faktor terdesak, petang tadi aku telah menonton Impak Maksima. Filem Melayu. Filem Melayu main Drift. Layankan aje. Awal Ashaari cute. Apa salahnya luangkan waktu menonton lakonan beliau. Hmmm... best jugak drift. Tapi kereta aku tak sesuai dibuat drift. Tunggu ibubapa membelikan Nissan Skyline buat saya sebijik dua. (Maknanya... tak akan la tu)


Malam semalam, seperti malam-malam peperiksaan kebiasaannya... saya akan belajar bersungguh-sungguh. Saya tak suka kalau tidak membaca menjelang peperiksaan. Waktu ni, orang nak panggil aku ulat ke, nerd ke, diva ke, datin ke, sukahatiengkau la. Sebab kalau tak baca buku, aku berasa seperti seorang yang hendak ajal keesokan harinya. Tetapi sambil membaca, aku mesti melakukan aktiviti sekunder yang kalau dibuat lebih kerap hukunya menjadi makruh. AHAHAH. Maksud aku, melakukan perbuatan sia-sia seperti berhenti seketika untuk menyanyikan satu lagu sampai habis. Ataupun berangan beberapa scene. Dan semestinya berfoto-mania :

Ini soalan spot yang langsung tak tepat.
Siapala yang tikam soalan ni agaknya.
Bukan main syok aku menghafal.
Lagi syok dari menghafal lagu Muse.


Verangan. Kalaulah kami dapat buat rampasan kuasa dekat bilik yang baru siap dibina kat tingkat dua... pasti menarik. Tadi aku, Ainul dan kembar dah berangan sepanjang beberapa episod. Kononnya ada hati nak 'menduduki' bilik baru buat kat atas tu. Itu bilik pensyarah. Siap dengan counter bagai. Kami bercadang, kalau berjayalah agenda rampasan kuasa kami, kami nak bukak cafe dekat studio. Jadi, bolehlah kami belajar sambil bisnes. Angan-angankan percuma... Rakan-rakan studio yang lain, ada impian yang lebih baik untuk dikongsikan? Yang related dengan bilik baru di atas ye.


SELEPAS EXAM
Exam pukul 8.30 pagi. Punyalah pagi. Punyalah aku tak nak bangun. Punyalah aku tak nak exam. Punyalah mata aku tak boleh bukak. Tapi aku pergi mandi juga setelah bunda call banyak kali dan bising-bising.

Kami ni cemerlang tau! Keluar awal setengah jam. Perkara pertama yang dilakukan ialah melaungkan kegembiraan. Perkara kedua ialah bergosipan ringkas. Perkara ketiga ialah lunch di cafe fakulti buat kali terakhir utk semester ini.


Ainul snap gambar makanan. Dia kata, kenang-kenangan hari terakhir makan dekat cafe. Macam nak grad je rasa. Engkau ni! Spekulasi betul ... Oh, ha! Kawan-kawan, yang melambak udang tu Ya punya pinggan. Sekian terima kasih.

Ai, Nurul


Selepas lunch, buat aktiviti kegemaran yang agak hina.
Kalau lepas lunch, duduk diam dan tertunduk bisu... nanti kesihatan terjejas.
Orang kat studio ni dah lali.
Mereka dah tak rasa apa-apa melihat aksi seram-seram sejuk macam ni :







Ada foreigner jeling-jeling tengok kami. Nak kata kami buat bising kacau kerja dia, kami cuma bergambar, bukannya rakam album solo. Mungkin beliau tak merasa kot zaman-zaman teknologi berfoto-mania pada era remaja beliau.


Lepas puas mengetik kamera dan akhirnya kebuntuan aksi, kami pulang ke kolej kediaman yang cantik macam hotel binang lima tu.Check out, dan lekas-lekas berambus meninggalkan kolej idaman ramai itu.




LELAKI TUA GELOJOH
Masa nak masuk ke Cheras/Kuantan, aku bagi signal kiri. Elok je aku nak masuk, ada Honda Civic ni speed up macam hantu. Demi nyawa dan kenderaan kesayangan aku, aku elak masuk kanan semula. Bangang memang bengang. Naik gugur jantung dibuatnya. Tiba-tiba perjalanan pulang yang sesak dan bosan menjadi agak menarik. Kerna aku telah mendapat sesuatu untuk dimainkan.

Aku pun speed up, nak tengok siapa yang drive macam KAMIKAZE tu. Yeww! Seorang chinese man yang tua + bangka. Hmm.. good job. Kalau tengok cara dia drive, mesti kau terbayang dia tu at least macam Aaron Kwok la. Padahal dah tua tua tua! Aku follow je dia. Sepanjang jalan yang sesak dan cuaca yang tak berapa baik tu, dia masih lagi drive dengan gelojohnya sampai aku menyebut perkara buffalo banyak kali untuk dia. Banyak kereta yang nak ke kiri terpaksa masuk kanan balik sebab tak tahan dengan cara dia drive.

Tiba-tiba jalan jadi jam sampai sangkut semua kereta. Aku tengok dia dekat depan aku. Lepas tu dia masuk lagi kiri dan memaksa kenderaan lain bagi jugak dia masuk walaupun sebenarnya tindakan dia adalah sangat tak berotak. Bila jalan macam dah okay sikit, aku terus speed up nak kejar dia. Entah semangat apa yang masuk dalam badan pon aku tak tahu. Tiba-tiba je aku berani overtake dia dan mencelah masuk depan dia. Aku tengok, lane sebelah aku semua ada kereta berderet. Depan aku tiada kereta. Tapi aku drive seperlahan yang mungkin. HAHAH! Aku usha dia dari cermin. Muka dia bengang gila. Aku nampak mulut dia kumat kamit. Menyumpah aku la tu sebab dah buat dia stuck. Aku tengok muka dia panas semacam je, lagilah aku seronok. Yang lagi bestnya, kereta-kereta lane seblah pon tak mau laju. Macam dah pakat-pakat je nak mainkan si tua ni. Apalagi, aku pasang radio. Dan menyanyi dengan tenang. Orang tua tu terpaksalah membontot di belakang kenderaan aku yang se-slow 90km/j tu. Engkau bayangkan!!!!


Best tak, uncle???


Bila aku masuk je simpang ke Cheras, dia terus overtake dan main minyak macam orang kena sawan kat tengah jalan. Dia pandang aku macam nak telan. Dan lepas tu hilang. Aku? Apalagi ... gelak macam jin.


Begitulah kisah perjalanan pulang ke rumah yang menyeronokkan.


Aku kena tidur sekarang!
1, 2, 3... sleepppp!
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."