Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, December 30, 2007

Gejala Measured Drawing

Good morning, sunshine!

ladybrd.gif image by klasik Kontroversi Seposen Dua ladybrd.gif image by klasik

Balik dari outstation haritu, parents fetch dari studio terus balik rumah. Berehat-rehat untuk Raya Haji. Sangat syukur kerna tidak kempunan nak beraya. Sebenarnya hajat di hati nak balik rumah sehari dua je sebab tengok semua orang sebok berumah tangga dekat studio siapkan measured drawing.Tiba-tiba on the way balik tu Ma kata nak pergi holiday tepi pantai lama sikit sebab jarang dapat chance nak pergi holiday. Aku tak da kata nak bangkang sebab siapa bangkang holiday memang buduh. Tapi kecut perut sangat memikirkan kerja melambak belum siap. Yang ada kat KL pon cuma my dear, Alif dan Shiken. Si Gedik sudah balik Thailand beraya kat Yala. Sangat semangat siam. Ah Toong balik hometown celebrate ... apa entah in term of buddha festival. I guess.


Kesian kat TIGA orang ahli group yang sangat baik hati. Hari raya ketiga dah balik studio buat kerja tersedak-sedak. Kesian.Kesian. Aku pulak tersedak-sedak kat Kota Tinggi buat findings untuk rumah kedua.


Dengan sangat tak gunanya, aku mahu break the news that we HAVE to go back to Johor, for the second house measurement. Sangat tak seronok. Syukur yang pertama sudah settle dan kami pon dapat rumah yang walaupun senget, tapi penghuni dia baik hati. Walaupun penghuni terdiri daripada golden citizen yang kurang upaya dan kanak-kanak nakal mengalahkan ninja versi jahat, tapi mereka faham tugasan kami. Mereka support kami dan buatkan kami makanan-makanan sedap walaupun mereka kurang upaya.


Tapi kali ni, owner yang aku jumpa dekat Pengerang tu bukan main leceh lagi. Sampai ja dekat rumah dia, aku tunjuk perasaan tak mahu tunjuk muka. Aku duduk dalam kereta macam big boss. Abah dengan atuk aku yang pergi bincang dengan pakcik tak berapa educated tu.


"Pihak Yayasan ada datang bagi briefing kan? Mereka dah maklumkan kan?," tanya ayah aku dengan sangat berbudi pekerti mulia.

Pakcik ni boleh berlakon ala-ala tak tahu. Kejap dia kata ada, kejap dia kata tak da. Lepas tu boleh sebut pasal 'wang saguhati' kununnya pihak Yayasan Warisan Negeri Johor tak da bagi. Banyak cantik muka encik. Encik pon belum tentu mahu bagi kami buat measurement dah berani sebut wang saguhati. Tak pa. Tak pa. Nanti kami mai bawak Kenny Rogers, Nandos, Berat 11 kampit, Buah tangan beserta Tangan-tangan... kasi bagi kat encik. Mesti diam. WAHAHA. Sangat berdosa aku. Seriously aku naik angin jugak sebab keluarga ni tak understanding betul.

Kami ni student architecture. Bukan contractor atau pemaju. Bila kami datang buat kerja ukur, mereka ingat kami nak betulkan rumah mereka. Woi, cantik muka! Ada ke orang suka-suka datang dengan ikhlasnya nak repair rumah orang? Mahu kasi repair, pergi panggil tukang rumah sendiri lah! Kami student. Tak da masa buat kerja repair. Kami tak pernah construct rumah lagi. Kami setakat buat model rumah ja. Ideology orang kampung. Kesian. Bila abah explain yang kami ni cuma student, bukan nak tolong dia renovate rumah percuma, terus muka dia jadi sangat tak seronok. Yang orang-orang kampung lain pulak ingat kami ni developer yang nak ambil tanah dia. Nak robohkan rumah dia. Daaa... tak sekolah ka angpa ni?

Masuk kereta ja, aku dengan adek-beradek gelak terbahak-bahak.

"Gila kelakar orang kampung ni! Tengok ar muka pon macam budak-budak belum siap, takkan lah aku ni kerja kontraktor repair rumah kot! Wahahaha. Tak nampak ka baju aku bukan main fancy lagi ala-ala kindergarten. Kesian betul," Kami terus gelak macam monster kenyang.

Tapi secara ikhlas dan sangat ikhlasnya, suasana kampung situ memang seronok. Tiupan angin pantai, pohon-pohon rendang, orang-orang asli, pepasir pantai, suara ombak dan pokok-pokok kelapa tua dan muda cukup menyegarkan jiwa yang tak berapa nak segar kebelakangan ini. Nanti aku akan pulang bersama puisi-puisi jiwa dan memenuhkan blog ini dengan puisi jiwa. AHAHA. Mahu ka? Takda. Tak da. Jangan harap. Nak puisi pergi blog lain. Nak dengar deklamasi, pasang RTM 1 atau RTM 2. Ini blog remaja. Okay?

Disebabkan aku sakit kat hidung, aku malas mahu conteng lagi panjang. Nanti lagi panjang dari siri drama Oshin. Betul. Hidung aku tak berapa baik. Jangkit ke jari. Jangkit ke hati. Dan diserang risiko malas-malas sayang. Aik? Ada ka? Nah, foto-foto promosi dengan slogan 'Pengerang truly Asia'. (kononnn...) Banyak orang Kuala. Takut nak tatap ke mata mereka. Takut kena sumpit. Kalau kena sumpit sampai mati tak pa.Dibuatnya kena sumpitan cinta, masyaallah. Mak tak sanggup nok!

scene




ladybrd.gif image by klasik Studioku Syurgaku ladybrd.gif image by klasik

Balik dari Pengerang, rushing ke studio. Woooo! Sangat tak tercapai akalku melihatkan keadaan studio yang happening macam nak jahanam. Tapi best. Sana sini nampak tuala pelbagai warna, corak dan kebersihan bergayut-gayutan di sekitar ruang studio. Tilam-tilam, karpet-karpet termasuklah kesemua kelengkapan peribadi memenuhi studio. Bag, bagasi semua ada. Nak apa? Cakap. Semua ada. Tak ada yang tak ada. Boleh dikatakan semua orang dah berkampung sakan dekat studio seminggu ada kot. Sebab hostel tak da. Maklumlah, UKM kesayangan ni sangat perihatin. Sampai kami merempat. Nak check in hostel, Zaa'ba tu kan bintang lima. Tidur la kami di surau dan mandi curik-curik di Zaa'ba. Boleh dikira kes curik air jugaklah. Kelakar. Pagi-pagi dan menjelang Maghrib ajak Shiken seludup diri kat Zaa'ba tumpang mandi. Nak mandi dekat toilet fakulti aku tak da rela. Aku tak de penglaman mandi kat jamban dan aku rasa tak berapa rti nak mandi kat jamban. Mandi secara haram pon aku sanggup.

Kereta aku dah jadi macam almari bergerak. Setiap kali nak mandi, selongkar baju dalam kereta. Memang letih kehidupan nomad dan tak tentu arah macam ni. Menghadap autocad dari pagi sampai pagi esoknya lagi. Mata sangat juling. Dah la sejuk. Group aku tak de space dah nak bukak 'perkampungan' dalam studio. Duduk kat luar sepanjang malam dan pagi membuatkan aku menggigil kesejukan. Ketaq! Pasal tu lah aku jatuh sakit ni. Pasal tu lah hidung aku rosak. Pasal tu lah suara aku jadi 'sangat sedap' ni.

Rushing beberapa hari siapkan sebelum submission 26hb. Buat 4 orang. Mula-mula tu 3 orang je yang buat minus aku sebab aku pergi bercanda di pasiran pantai sampai tak sedar diri. Kesian kat my dear, Alif dan Shiken. Aku datang-datang je, tengok kawan-kawan dah lembik semacam. AHAHA. Dan seterusnya, aku join jugak buat kerja sampai lembik. Masing-masing mulut tak sudah-sudah sebut nak tidur. SUBMIT JE, NAK TIDUR. Itulah azam kami. Tapi bila malam selepas submission.. jadi lain pulak.

"Eh, bila dah submit rasa tak nak tidur pulak. Rasa semangat pulak," - alif.
"Aku nak main game lah," - Shiken dan terus je on game jepun dia yang aku tak berapa faham kenapa dia suka main.
"Nak tengok movie apa?," my dear.
"I rasa semangat lah. Dah tak nak tidur pulak. Nak main Bejeweled," - aku pon sama.Padahal tak tidur lebih 24 jam. Hati memang tekad dan muktamad nak catch up tidur. Tapi seperti kebiasaanlah, minit selepas submission itu ertinya... MARI PESTA!

"Malam ni aku nak gi dating," HAHA. Akhirnya aku sangat hina plan nak pergi dating tapi tak jadi dan dating ditunda pada siang hari. Dan kami semua berkumpul dalam studio tengok movie secara berkelompok dan berpasang-pasangan. Tutup lampu dalam studio macam biasa. Kami tengok cerita Korea ; My Boyfriend Is Type B. Tapi sebelum cerita habis, aku dah pergi ke alam lain yang lebih indah. AHAHA. Aku sangat penat dan mengantuk. Sampai sekarang pon mengantuk.

Esok semester baru bermula.
Hooray!
Hooray?
Hooray kan aja.
Dan mungkin aku kembali tidak update buat beberapa waktu yang... mungkin panjang. Mungkin pendek. Mungkin sepanjang-panjangnya. Siapa nak tunggu, tunggu. Tapi tak ada hadiah saguhati.


Sangat tak ada kerajinan. MALAS. Untuk menambah pengetahuan kesemua pembaca, entry kali ini sudah break record menjadi entry paling lama disiapkan. Aku tulis dari pagi semalam dan baru malam ni siap. Tak pernah dibuat-buat sebelum ini. Mood tak berapa baik hendak memblog. Kerna blog bukan segala-galanya. Aku ketagih facebook :p


Ha, tersedak tak?
Aku tak larat sudah.
Tak mampu nak buat entry yang boleh buat orang baca sampai termati-mati.
Sebab kalau aku buat juga,
aku yang akan mati.
esok semester 6 bermula.
semestinya aku belum mahu mati lagi.

-habis-

Labels:

 

Friday, December 28, 2007

Dahsyat

aku penat ni. demam. bad flu. kepala pusing-pusing. tangan terkehel. kaki letih. urat saraf sengal-sengal. rambut cantik macam singa. cuping telinga pedih sebab pakai earing ketat sangat. mata sikit lagi nak meletop. hidup merah macam clown. pinggang sikit lagi nak terpatah dua. bibir merah menyala lagi sexy dari angelina jolie tapi ada extra sakit. ulcer pon sedang membangun pesat dalam mulut. SEMUA INI MEMBUATKAN AKU SANGAT CANTIK KETIKA INI.

oleh kerna itu, aku tak da hajat untuk menglipurlara macam orang tak da kerja. Aku sangat penat dan sedang ingin tidur sahaja. I will take these few days for catching up on sleeping. Ahaha. Sleepyhead. Mabuk je sepanjang beberapa jam ini. Macam tertelan happy pill pon ada. Dalam pada-pada mabuk tak cukup tidur ni, perut aku sempat lagi kasi signal 'feed me'. Tak guna. Makin aku sibuk dengan urusan duniawi dan ilmiah ni, semakin banyak aku memerlukan makanan. Itu namanya proses pemindahan tenaga yang seimbang. Aaa.. gua sudah lalok. Makin banyak conteng, makin banyak terhasilnya ayat-ayat pembaziran.


aku sedang mengalami kepenatan secara bersiri. Dan kepenatan ini akan berlanjutan tanpa henti kerna dalam sikit waktu lagi, kena outstation sekali lagi ke Johor. Sangat shit. Dan bila sahaja semester di buka, memang selamat datanglah ke alam SEKSAAN. Tiada tidur. Tiada masa untuk goyang kaki kiri dan kanan. Tiada masa untuk main facebook macam jahanam. Tapi ada masa untuk makan. Seronok. Kalau masa makan pon tiada sudah, aku lebih rela pergi koma. Kalau betul-betul tiada peruntukan masa untuk MAKAN, itu bukan lagi namanya SIBUK. Itu namanya sudah MAUT.


nanti aku conteng yang lebih detail. Sampai kamu semua bakal tersedak-sedak membacanya. Ha, mahu ka?
 

Sunday, December 23, 2007

somebody, who?

01
sad.
the result.
shit.


want to talk to somebody.
but somebody, who?


no one is available right on me.
i want to talk.
about the frustration that relatively had poisoned my brain.
and put me negatively at somewhere.
thinking.
and re-thinking.
about splitting and hitting the norm.
i hate it!
WHEN... at time I'm trying to lean on somebody, these peoples raised up their highly NOT INTERESTED sign. Thank you then.
absolutely kesian.
kesian on me.
malang macam useless.


I want to talk.
Talk to somebody constantly at 10pm.
But na-ah!
I want to talk.
Talk to somebody at time I am slightly or totally being charged ; negative.



02
susah betul nak senang.
baru rasa excited, mesti macam kena lempang on the spot.
aku sangat nak excitement yang kekal.
tapi sangat susah.
makin nak, makin susah.
makin susah, makin nak.
tak guna



03
baru balik dari kampung.
beraya tak berapa sakan.
adalah sikit-sikit.
berjalan dengan keluarga ke tepian pantai.
aku tak berapa suka pantai.
aku suka shopping mall.
tapi sebab aktiviti mesra keluarga, aku tetap seronok.
kalau bukan kerna rasa cinta kasih dan sayang terhadap keluarga,
aku memang sepenuhnya bosan.
bosan macam tunggu bulan jatuh ke riba.
bosan macam kucing setiap hari kena makan tulang sisa-sisa.
bosan macam ayam setiap hari berjalan-jalan tapi tak sampai ke mana sangat.


pergi Kota Tinggi.
Tidur di Tanjung Kapal Resort.
Tengok budak-budak lelaki fishing.
aku tak da fishing.
Nanti dapat duyung, siapa nak jawap?
Pergi Kg Jawa Darat,
carik rumah PUAKA kedua ....
untuk kerja measured drawing yang 'durjana' tu.
Kali ni, SAH!
Kerja-kerja PUAKA akan dijalankan selepas ini.
Aku sangat bosan.
Di harap esok pagi,
dengan magiknya aku sudah tidak bosan.



04
bosan.
aku tak ada mood.
nak marah dengan semua lembaga.
tak kira manusia ataupun batu ataupun kayu ataupun tiang telekom.
semua rasa nak marah.
bosan.



sekarang, pergi kira berapa kali aku dah ulang perkataan BOSAN.
Siapa teka betul,
esok dia pulak BOSAN.
selamat malam
 

Wednesday, December 19, 2007

shopping indulgence


I shopped!

On the way pulang dari our 'outstation' di Johor, kami singgah Melaka. IF we've got no inner disturbance, i MIGHT ask him to stop at Batu Pahat for some therapy. AHAHA. Nasib baik kami ada inner emotional disturbance kalau tidak ... sudah habis semua wang aku belanja kasi kering. Nafsu aku macam jin bila ada duit. Aku tahan je perasaan aku yang paling suci ini ketika melintasi BP Mall mahupun The Summit. Lagipun, aku tak mahu jatuh maruah. Hati mahu kasi kering kaw-kaw punya. Biar emosi nazak, yang penting maruah. Tapi itu dua hari lepas lah. Sebab ini hari hati aku sudah pulih dan aku berasa sangat ada mood hendak bercinta. Bila aku sedang ingin bercinta, hati aku jadi baik. Orang buat pasal pon aku tak dak kisah. Kerna aku rasa syok dapat bercinta malam semalam setelah beberapa hari ni berlaku perang maruah. Ah, yang penting aku sangat seronok ini hari. Hingga asyik menyanyi lagu mandarin walaupun aku tahu nyanyian aku aku adalah salah. Tak pedulik, tak pedulik.

Disebabkan ibu sudah bagi warning buat kali ke-beberapa ratus kali supaya aku pergi packing baju, maka aku pon menjadi sangat ketaq. Aku tidak boleh conteng lama-lama atau sedikit minit lagi, pintu bilik aku dimusnahkan. Mari menonton gambar.

Bought in : Melaka





Bought in :
Cheras Leisure Mall.
Tajaan :
Superbunda
Sebab beli :
Tiba-tiba ada kasut muat dengan kaki aku yang agak cacat ni. Sangat magik. Boleh dikatakan ini kali pertama aku ada kasut yang ngam-ngam dengan kaki. Selalunya kasut aku mesti ada lebih besar sikit. Magik. Sebab itu aku tak berapa minat dengan kasut kerna setiap kali aku jatuh suka sama kasut, impian aku musnah. Dan setiap kali keluar dari kedai kasut, aku mesti ada hati nak suntik silikon kat kaki kasi besar sikit. Kepada yang senasib, aku nasihatkan pergilah mencari kasut di butik-butik kerna hanya di situ terdapat kasut bersaiz 4.

the 'konon-konon' Dior itu aku craving since last month tapi oleh kerna harganya yang agak mahal dan tak berpatutan sangat, aku simpan dulu dalam hati. Dan semalam aku beli juga itupun atas belas ihsan Bunda dan atas musim perayaan yang membawa kepada kejadian DISCOUNT. Ada benda yang aku sanggup beli walaupun orang lain tak sanggup. Ada benda aku tak sanggup beli walaupun orang lain sanggup. Itu namanya DIVERSITY yang memakmurkan insan di muka bumi :)


Bought in : Pontian
Oleh kerna dari sebuah butik, maka ngam lah kepada kaki.
Aku memang jenis TEKAD dan TEGAR. Kalau aku jumpa je kasut yang ngam, aku tak akan teragak-agak untuk beli kerna kejadian ini jarang berlaku. Kesian kat aku.



Ini paper clip buatan kayu.Aku suka kumpul paper clip. Bukan untuk klip kertas, tapi untuk ditonton ketika ada kelapangan. Aih, rasa nak pergi Melaka lagi. Nak beli klip kertas lagi banyak. Terus terang, aku jakun! Kat KL aku beli RM7.90-RM10 satu pack. Kat Melaka cuma RM5 je. Tak guna betul.


Ada lagi beberapa benda aku sudah beli. Tapi jiwa tertekan ketika ini dengan tindakan bunda yang mendesak aku untuk mengemas pakaian. Nak pulang ke kampung malam ni. Esok raya. Hooray!


Selamat hari raya Aildil Adha.

Semoga dirahmati Allah SWT.
Insyallah.
Keluarga sedang bertakbir raya.
Sangat seronok.

Labels:

 

Tuesday, December 18, 2007

Prelude 'Just Like Heaven'

Memang magik!
Magik gila!

Kata dua minggu baru balik.
Aik?
Kata dua minggu baru ada conteng baru.
Aik?
Kata pergi Kota Tinggi...
Aik?


Hidup memang magik. Hidup ni macam filem. Sangat menarik dan kadang-kadang kesian. Ending tak berapa boleh dijangka. Hidup memang macam filem. Aku ni memang macam filmstar. Terasa sangat seronok kehidupan yang berwarna warni atau dengan kata lain, aku bagi judul sekunder kepada contengan kali ini sebagai HITAM PUTIH KEHIDUPAN. Hahaha. Entry aku ada judul sekunder wa cakap lu!


Memandangkan kepala aku berpusing-pusing macam marry-go-round, ada baiknya aku janganlah susah-susah menulis panjang. Ini cuma prelude kasi notification kepada semua pambaca yang sangat kasihan ni mengetahui bahawa aku SUDAH PULANG ke pangkal jalan. Semua kehidupan luar biasa yang magik sudah tamat. Bermakna, aku sudah kembali on track atau dalam bahasa Inggeris yang lebih baiknya disebut Back To Square. Tapi nak kata SQUARE sangat tu tak ada lah. Sebab walaupun magik sudah tiada, kehidupan masih belum normal. Aku pon masih dalam mood 'HOLIDAY'. Sangat tak berapa ada hati hendak kembali kuliah. Kerna setelah sebulan lebih menjalani hidup sebagai remaja muda-mudi, hati terasa berat hendak kembali belajar menimba ilmu di dada.


Owh, tiba-tiba terasa mahu makan biskut sayur celup kopi panas. Tapi rumah aku mana ada kopi. Sangat berlagak penghuni rumah ni tak mahu minum kopi. Kopi sedap tahu tak? Itu hari minum kopi rumah orang kampung terasa sangat asyik. Sampai aku telah menukar minuman kegemaran ku daripada Carrot Susu kepada Kopi Panas. Tengok, aku sangat fleksibel di mana aku berpegang kepada prinsip... Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Walaupun ada yang kata kami manja, aku dah buktikan kemanjaan aku bukanlah tahap jahanam sangat. Sebab aku boleh minum kopi sudah. Esok, aku mahu pesan kepada ibubapa supaya semua ahli keluarga ada aktiviti minum kopi setiap petang. Hoit, kenapakah aku bercakap tentang kopi? Kerna aku kepala pusing. Aku agak pening dan tak berapa sihat fikiran ni. Maka, aku hanya menulis apa-apa benda pon yang terlintas dalam kepala. Mari tutup cerita kopi kerna aku tak boleh tahan. Aku sangat nak minum kopi bersama biskut kering. Tengok, tengok! Aku dah ada citarasa kekampungan! Hooray! Aku dah jadi orang kampung sejati! Hooray! Di mana aku tidak lagi takut kepada becak dan kanak-kanak nakal. 8 hari lamanya aku memakai selipar kotor macam selekeh. Tapi aku tak dak komplen. 8 hari kaki aku mandi lumpur, masih tak dak komplen. Malah aku mula ada perasaan sayang kepada kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak sudah membawa lari selipar aku pada hari pertama aku 'menjadi orang kampung'.

"Bawak lari selipar aweks!,"

Ayat tu memang sangat menggigit sanubari. Aku rindu kanak-kanak nakal superkuat superperkasa dan superduper NINJA tu. Ah, aku nak buat prelude sahaja! Tapi aku macam dah tercerita banyak pulak.


Treng treng treng!
Aku ...
Bukan...
Pergi ...
Kota Tinggi.



Aku pergi ...
BALIK KAMPUNG!
Sebenarnya selama 8 hari ini.
Sangat seronok.
Kalau ada yang kesian kat aku, terima kasih. Ambik balik kesian tu dan simpan dalam poket ok. Sebab kehidupan aku 8 hari ini sangat terurus dan menyeronokkan. Tidak kesian langsung. Cukup makan, cukup tidur, cukup bahagia, cukup wang, cukup selesa, cukup kasih sayang dan cukup kesemuanya. Kumpulan aku adalah kumpulan yang sangat CUKUP. Kalau tak disebabkan raya haji, mungkin kami belum pulang ke pangkal jalan.


AHAHAHA. *bertanduk dua, bergigi taring*


INI PRELUDE.
Kisah-kisah magik akan diceritakan kemudian nanti.
Bilakah?
Tunggu jiwa aku terisi dengan ketenangan kelak.
Oh by the way,
'Just like Hell' dah bertukar jadi 'Just Like Heaven' ok.



div1.gif image by klasik


awak, saya nak awak.
saya rindu awak lah.
AHAHAHA!
nak awak ...
AHAHAHA!
ai hen jian dan.
sayang kat dia.

i dedicate this yummy song to you.

I LOVE YOU
Wu fa bu ai ni BABY
Shuo ni ye ai wo
I LOVE YOU
Yong yuan bu yuan yi BABY
Shi qu ni

can't wait to see you again.

Labels: ,

 

Monday, December 10, 2007

Sebelum keberangkatan.

Sebelum keberangkatan esok pagi,
Malam ini akan tulis rakus-rakus.
Supaya walaupun tanpa contengan baru 2 minggu,
Semua orang masih punya baki-baki ayat untuk dibaca.
Aku sangat bertanggungjawap.

Semalam hari stress. Yang kalau dilalui lebih lama lagi, akan menyebabkan gejala bisu, pekak ataupun buta hati. Aku harap, aku dapat berseronok walaupun hati tak berapa nak seronok. Kita kena lawan stress supaya bila berhadapan dengan pensyarah bijaksana itu, kita tidak kejatuhan maruah. Bertikam lidah adalah perjuangan. Walaupun esok sudah time untuk sembelih leher sendiri, kami (group aku lah, group lain aku tak dak hati mahu kesah sangat) ... kami belum dapat kata putus. Kata masih belum putus-putus lagi. Kalau tak dapat kata putus esok pagi, ada kepala aku mahu kasi putus. Sudah DUA hari aku tergedik-gedik buat call sana sini mengalahkan setiausaha sulit. Sudah DUA hari aku tidur mimpi buruk.Semua mimpi pasal Kota Tinggi. Sangat tak guna. Malam ni sebelum tidur aku akan berdoa dengan khusyuk supaya aku dapat mimpi indah. Seperti bermimpi sedang menampar muka seseorang dan kemudiannya aku ketawa terbahak-bahak. Hopefully.

Untuk pengetahuan semua, aku dengan sendirinya menamakan tragedi ini sebagai 'Just Like Hell' iaitu ala-ala kesinambungan filem 'Just Like Heaven' Oleh kerna aku menjadi sawan setiap kali memikirkan tragedi ini, aku malas mahu tulis yang detail. Tapi aku tetap dengan berbesar hati, ingin memberitahu bahwa keluargaku bekerja keras untuk menyelamatkan aku dari tragedi termasuklah menyusun plan yang melibatkan Datuk Mean di kampung. Beliau adalah atukku, atau dengan kata lainnya merupakan ayah kepada ayahku. Hmmm... bila dibaca-baca semula apa yang telah aku tulis di atas, aku berasa seperti sedang merepek-meraban macam orang gila.

Memendekkan kisah yang panjang, group aku dapat ENAM pilihan rumah di Kota Tinggi iaitu area sekitar Mawai dan Pengerang. Kedua-dua tempat ni bunyinya agak ganjil. Atau aku yang terlalu jakun... wa tak tau! Aku sudah google tahap jahanam punya selama dua hari. Melihat apa yang seronok sangat dengan tempat ni. Manalah tahu adalah syurgawi indah yang sangat mahsyuk... boleh aku tambah lagi satu luggage. Tapi mintak sorry, aku macam tak jumpa apa-apa yang mahsyuk kecuali ura-ura bahawa ada kawasan berhampiran pantai. Tetapi, setelah bercakap dengan tuan rumah, aku dimaklumkan pantai sangat jauh. Oh, ini bagaikan harapan terakhir yang hancur musnah lalu kesempitan hidup dirasakan.

Aku pilih rumah ini. (yang pertama) Walaupun agak ... tak berapa nak cantik, tapi aku percaya kepada kualiti dalaman. AHAHAHA! Apa aku sedang tulis ini??! Nah, tengok gambar sudah! Kalau lagi banyak tulis, lagi banyak infeksi di bahagian otak akan terjadi.Ini pilihan 1/6.
Tuan rumah yang ini, aku macam ala-ala berkenan jugak. Dia ada dua anak perempuan, yang tadi aku berbual-bual mesra. Siap berkenalan bagai. Sangat plastik aku ni. Tapi yang tak sedapnya, rumah ni kosong waktu siang sebab mereka semua bekerja. Jadi mereka agak berat bila pikirkan soal tu. Yang selebihnya, anak-anak perempuan dia ni macam suka ja nak suruh kami ke rumahnya. Tapi kalau nak tumpang tinggal 2 minggu, hanya orang GILA saja yang benarkan. Dia ni pon tak benarkan.
Tadi aku call owner rumah ni pulak. Dia macam tak berapa seronok hendak menyambut kedatangan kami. Tapi aku fahamlah. Kalau ada budak hingusan 6 orang ak datang dan tinggal kat rumah aku, pasti aku jugak tak seronok. Pasti aku sanggup bersengkang mata tiga hari tiga malam carik alasan nak menolak. Kalau akulah. "Ni kamu nak buat kerja ukur je kan? Tak ada nak bukak-bukak rumah bagai kan?," orang tua, owner rumah ni tanya itu ini kat aku. Kami nak ukur ja! Bukan nak bukak-bukak. Bukak-bukak rumah tu bukan kerja arkitek. Tu kerja bomoh halau hantu! HUAHUAH! Dan orang tua ni memang SANGAT tak bagi kami tinggal rumah dia.

Oleh itu, kepada pensyarah yang disayangi...
Cuba buat laporan sikit dan submit kepada saya. Huraikan jenis-jenis manusia dan keluaraga yang akan benarkan ENAM orang makluk asing tak dikenali menginap dirumahnya selama 2 MINGGU. Di mana itu bukan sahaj menyebabkan perasaan tak best dikalangan tuan rumah, tetapi juga meningkatkan perbelanjaan tuan rumah. Sedia makan, sedia tempat tidur, bil api dan air. Dan sebagainya. Benda simple pon susah nak fikir ka?

Tengok. Aku dah ala-ala sawan balik ni. Jangan cerita lagi! Bag pon dah packing. Sangat banyak barang aku angkut. Kalau tengok barang aku, mesti lecturer ingat aku sangat bergembira hendak pergi. Tapi hakikatnya, aku terasa hendak pura-pura hilang esok hari. Dan suruh emak aku ke UKM, berlakon kecoh-kecoh mengtakan aku hilang secara magik. Seperti... ching! Hilang. Dan huru hara berlaku. Aktiviti dibatalkan. Semua orang pulang dan sambung cuti.

-
DUA hari.. aku ke hulu ke hilir bawak notebook mencatat apa sahaja masalah yang tercetus untuk dihujahkan esok. Walaupun dah susun plan baik oleh ayahanda, banyak juga problem tak akan boleh solve. Kan aku kata, tak dapat kata putus.




Disebabkan terlalu stress, aku dah melakukan perkara di luar tabii. Iaitu ...




Buat kerja ni dengan Astri. Di rumah Astri. Dan perbelanjaan ditanggung penuh oleh Mama beliau. Terima kasih kawan saya yang baik hati kerna mengajar, menghibur dan memberi aku bawa pulang hasil kerja sebanyak separuh kuali ke rumah. Dan separuh kuali lagi untuk Aizar. Cuti aku dah habis. Kita berseronok lagi .... lain kali! Nanti sebaik sahaja kepulangan aku dari aktiviti yang 'THRILL' ni, hadiahkan aku kek buah tau. AHAHAHA! Buah-buahan segar. Kalau tak segar, tak mahu.


Saya sayang semua kawan-kawan saya yang pandai bagi hiburan kepada saya.
Bye kawan-kawan.
Bye Astri!
Bye Aizar!
Bye Maryam (selamat masuk UiTM)
Bye Athirah (Selamat holiday di Dubai .Sangat dengki :p)
Bye semua orang!
Bye Beylo!
Beylo, kalau rasa sunyi ... update la sendiri. Kasi suspen semua orang ;-)


Dan untuk bunuh stress juga, aku menonton filem terlalu banyak. Sampai aku rasa, hidup aku ni dah macam filem. Kadang-kadang confuse je samada diri ini filmstar ke bukan. Kesian kat aku.
  1. Shrek 3 ( aku tengok 2 kali)
  2. Happy Feet ( tengok banyak-banyak-banyak kali. Tak puas tengok bontot penguin)
  3. The Nutty Professor
  4. Night At The Museum (Tengok 2 kali. Sangat seronok!)
  5. Simpson (sekali sudah cukup)
  6. Gila-Gila Remaja (Ahahaha! Aku macam suka cerita ni. Tak sangka taste aku ni agak old season.AHAK!)
  7. My Girl (tengok 2 round)
begitulah riwayat terakhir cuti sekolah yang indah. Sudah habis.

Jumpa lagi.
Kesian kat aku.
 

Saturday, December 08, 2007

cool down, chika!

I do love creative peoples.
And I do love their advertisement.








aku juga akan bekerja ...
sebagai seorang creative people one day.
that should be something to do with art and graphic.
Oh, I do love photo editing.
Graphic.
Art.
Colors.
writing.

anything.
anything sounds and looks artistic.

 

Friday, December 07, 2007

Emergency Update.

WARNING : INI ENTRY KOTOR!
(Tak Suka boleh Blah)

Maklumat terkini. En. Zabidi kata minggu depan bus UKM tiada. Pengangkutan ke Johor adalah sendiri, sama ada bawa kereta atau naik bus. B'tolak Isnin ni dari UKM pukul 10 pg. Sebelum tu ada brief dari prof. Zuhairus. Alamat akan diberi pada hari Isnin, harap maklum. Sebarang pertanyaan tidak dilayan. Aku pun terkejut dan tak sangka... Shida

Baca je SMS ni, menggigil satu badan. Memang jahanam punya planning. Aku harap, ada pensyarah berkenaan yang akan baca tulisan SASTERA dan BERLAGENDA ni. Kepala otak betul. Langsung tak consider perasaan kita ni, student dan parents kami. Ingat kitorang tak ada mak bapak er? Sukahati engkau je suruh kami itu ini. Bullshit. Aku sangat marah. Hey dumbo! Are you guys goin insane?

Suruh kami pergi sendiri?

For your information ladies and gentlemen, saya tak biasa naik-naik bas awam atau bus express berjalan jauh. Huh? Dengan bag-bag semua dan barang-barang? Kalau bawak badan je aku tak kesah. Aku seronok je. Maybe you guys dah biasa biar anak-anak ke sana ke sini macam jahanam tanpa ada rasa risau, cemas dan gelabah. But my parents, NO! Of course my parents meletop abis this evening. Yang kena siapa? Aku lah! DRIVE? Huh? Funny, very funny. Ibubapa tak akan bagi. Of course la tak bagi kan, anak perempuan drive jauh-jauh. Kalau jadi apa-apa? Will those dumbo repay? Will those dumbo bertanggungjawap? NO! UKM nak bertanggungjawap? UKM? Hello, hutang bila mahu kasi bayar? Sekarang mahu hutang nyawa sama aku? Mahu? Go eat shit okay. Let us see my points :

  1. Aku marah. SANGAT. One, tarikh dan masa tu sangat la tak logik. Clash dengan raya haji bagai. Ingat kami ni anak yatim ka? Tak mahu beraya dengan family?Tapi yang itu aku dah mula redha dah.

  2. MAYBE kena tumpang tinggal dekat rumah orang yang bakal kami buat kajian tu. TAHI tak? Tak pernah hayat aku duduk tidur bagai rumah orang. LISTEN HOI! Aku lagi rela duduk bayar accommodation sendiri la. Biar mampus sama hal lain aku tak da peduli. Entah tuan rumah tu suka ke tak, selesa ke tak. Kalau tuan rumah tak setuju kami tinggal, kami kena pulak carik rumah sewa dua minggu.Again, mintak sorry la aku nak hamun lagi sekali : JAHANAM.

  3. BANJIR! Johor kan banjir. Musim-musim hujan ni. Kami pergi nak buat measured drawing. Ni pulak karang kena buat khidmat masyarakat bagai. Khidmat dengan ibubapa pon belum selesai ni. Pe kejadah pulak?

  4. Kalau ada member nak drive pon, parents tak akan bagi sebab buat rosak jahanam kereta je banjir-banjir ni. Bagi ar aku RM150 duit minyak kereta. Tu untuk sekali pergi. Belum ronda-ronda lagi, kos balik pulak. Ha, kasi discount la... UKM punya pasal bayar aku RM600 cukup la. UNTUK MINYAK KERETA SAHAJA. Belum charge-charge lain.Tapi... UKM nak bayar? Pi mati hidup balik la hoi!

  5. Isnin nak bertolak, Isnin baru nak kasi alamat semua. Kami ni bukan pergi satu studio tau. Separate ikut daerah. Bersepah satu JOHOR tu. Kalau ramai-ramai tak apa jugak. Campak masuk gaung pon insyaallah kami boleh keluar lagi. Masalahnya, berbuih-buih dah parents tanya aku ni nak perti Kota Tinggi area mana. Tapi aku pon tak taw nak jawap apa. Sebab memang tak tau. Tak ada clue. Marah tak????

  6. Mak aku! Bagi aku paling penting mak aku. Dia bukan boleh kalau anak-anak dia tak tentu arah ni. Nanti dia tak lalu makanlah, tak lena tidurlah. Ingat lagi masa aku pi Bandung pon dia asyik dok menung ja adek aku kata. Ni pulak aku berjalan jauh naik bus bukan under university. Kesianla kat mak aku. Mak orang lain aku tak de kisah. Aku tahu mak aku je.

  7. Parents aku tengah susah hati sekarang ni. Masalah aku tak tahu nak solve macam mana. Abah pon tengah plan tu macam mana nak buat kat aku ni. Pagi Isnin dia kata awal-awal dalam 6 pagi tu dia hantar aku balik UKM sebab nak kumpul dekat studio. Abah kata, dia nak tunggu sampai pukul 10 nak tengok apa jadi pulak.

AKU SANGAT TAK ADA IDEA MACAM MANA CARANYA AKU NAK KE JOHOR NI! Kalau dia dah bagi alamat dari zaman sebelum masihi dulu lagi, parents aku kata, confirm diorang dah boleh hantar aku. Ni, memang kepala otak pon tak boleh sampai. Sebab tak tau nak ke mana tujuan kami ni. Aku dengan keluarga dah plan baik punya. Macam-macam ayah aku fikir. Nak hantar aku bila, nak melawat aku bila. Pasal transport pon lega jugaklah mula tu sebab kata UKM sediakan bus. Rupanya bukan ada BUS. BULLSHIT ada lah.


Tadi dah rant and rave dengan Farah on the phone macam orang gila. Emosi habis lah kami berdua. Sekarang aku pikir satu je, BOIKOT. Pergi matila mereka!

Ih, tapi aku betul-betul kesian kat mak aku ni. Dari tadi sejak tahu berita paling jahanam ni, dia dah termenung sana termenung sini memikirkan cara apa dia nak lepaskan aku pergi nanti. Mak aku ni memang paling tak bagi kitorang naik bus jauh-jauh. Maksud aku bus express lah. Sebab dia kata driver bus semua bawak bus macam mabok. Dah la mak aku jenis terpengaruh kuat dgn agenda televisyen. Hoi hoi pakar akademik sekelian! Kesian kat mak aku ni. Hangpa ni cuba bawak-bawak berakal sikit. Tu lah, plan semua last minute cincai-cincai. Dah tahu bus UKM tu ala-ala bus VVIP, payah nak dapat.


Tapi abah aku pesan tadi, dalam pada aku histeria tadi... abah pesan jugak "kena respect lecturer. Nak protes pon cara orang bijak,"

cara orang bijak tu macam mana heh?
Pi langgar bontot kereta dia?
Cucuk paku kat tayar kereta dia?
Bakar kereta dia?Kasi dia tak ada kereta, kena naik bus jugak?

ENTAH!
Aku dah tak tahu macam mana nak jadi bijaksana.
Aku kesian kat mak aku.
Kesian kat diri aku.
Kesian kat kawan-kawan.

Tapi kalau ada member yang kata semua ini adalah BERNAS dan BERPATUTAN, memang pergi jahanam lah kau!

Rakan Senasib.Boleh Klik SINI dan SINI
Bukan aku sorang ja histeria gila kat sini.
Dan ramai lagi yang sms memaki hamun.
Mungkin satu studio KEPANASAN

Siapa tak setuju dengan aku, DIAM. Ini perasaan aku, bukan perasaan kau.


 

Countdown : 3

Maryam sms Saya on Rabu malam.

"Hello, friend. Kat rumah? Nampak you drive tadi,"

"Hey, Maryam! Ya, kat rumah,"
"Free tonite?,"
"Why? Nak hangout? Dinner?,"
"Sure! Secret Recipe, Pandan Indah. Is that ok?,"
"I fetch u at 8.15,"
"Alrite,"

Kenapa 8.15? Apapasal ada 15? Apapasal tak kata jam 8 malam? Bagi 15 minit extra kat diri sendiri la. Saya ni memang manusia yang tak berapa berpegang pada waktu. Sebab bukan senang hendak adjust diri kasi selari dengan waktu. Sedikit sebanyak mesti tersasar punya. Pasal itu lah kalau buat janji, saya suka bagi waktu-waktu yang tak berapa sedap didengar. Kadang-kadang extra 25 minit pon boleh.

Rindu kat member punya pasal, lepas solat Maghrib rushing lah nak keluar. Susun ayat baik-baik sikit, takut tak lepas kastam. Maksud saya, ayah saya. Saya bawak Adek sekali. Sebab adek suka aktiviti makan-makan. Walaupun sah kena tanggung risiko kopak, tapi bawak dia makan memang seronok.

Pada petang Jumaat yang sangat sejuk ini, tak berapa ada hati aku nak cerita banyak. Menggigil sejuk ni. Hujung tahun, musim sejuk. HA HA HA! Maksud aku, musim hujan. Sejuk-sejuk ni, tulang pon jadi berat. Mata apatah lagi. Sangat berat. Rasa mahu tidur sepanjang musim sejuk ini. Dan bangun semula menjelang musim panas. Ih, Malaysia tanpa musim-musim indah! Apa pasal Malaysia semacam ini? Apa pasal ? Kalau ada banyak musim, ada banyak cuti. Banyak cuti, banyak seronok. Banyak seronok, produktiviti meningkat. Tapi cakap banyak buat pa?


memarry

sr

sr

sr

Kawan saya ni dah nak sambung study. Hujung bulan ni masuk UiTM Melaka. Selamat belajar lah kepada beliau. Belajar memang seronok! Seronok gila!



div1.gif image by klasik
KES BUNUH


semalam ada kes bunuh di kejirananku. Memang jiran aku pun. Seorang wargatua berbangsa Cina dibunuh oleh cucunya sendiri dan mayatnya terdampar dekat pokok tebu depan rumah dia. Nenek ni walaupun dah tua, tapi sangat sehat dan kuat. Entah perasaan jahanam apa aku pun tak tau, cucu dia hentam kepala dia berkali-kali hingga menyebabkan kematian. Penuhlah dengan polis semalam sebelah rumah aku ni. Ijat cakap, dia pergi join tengok kes tu. Dia nampak dengan bijik mata dia sendiri mayat nenek tu tepi pokok tebu. Dan menyaksikan sendiri seorang lelaki muda ditangkap polis. Aku memang tak suka kejadian-kejadian jenayah berlaku di persekitaran aku.

Tapi cerita ni ada DUA version, as usual. Versi pertama menyatakan bahawa kejadian ini antara nenek-cucu. Versi kedua pula menyatakan kejadian melibatkan anak-emak. Aku belum confirm versi mana yang boleh pakai. Tapi ini memang kes bunuh.

Dan kami kesemua ahli jiran tetangga ini sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan upacara pengebumian dan kematian malam ini. Pasti bising, pasti hingar dan agak kontroversi. Tapi awal-awal sudah kena sound sama ayahanda supaya kami jangan merungut atau komplen-komplen. Hidup bermasyarakat. Kena hormati upacara orang lain. Aik, sapa nak komplen. Tak da.. Tak da.. aku berhati majmuk. Tapi pasti ada juga yang ala-ala berlagak tak bertempat. Pantang jiran buat upacara, bising sikit, mulalah nak report sana sini. Gila ka apa? Nak senyap sunyi duduk dalam gua! You, Flintstone!

Takziah kepada keluarga jiran kami ni. Mak saya berasa agak terkejut. Kerna keluarga kami agak rapat dengan mangsa kejadian ini. Tiada gambar. Ini kes bunuh, tahu?! Aku pon tahu takut. Tak larat aku nak ambil gambar. Aku sangat takut. Betul.



div1.gif image by klasik
GUNTING & GAM
(sebuah kisah silam)


kolaj
Semalam gangguan internet connection dari 12 malam sampai 6 pagi. Aku bosan. Lalu seperti biasa, aku main gam dan gunting. Dan layan scrapbook. Aku ada banyak scrapbook. Aku memang suka melakukannya tapi sekarang, aku dah tak punya banyak kelapangan.

Dan semalam aku telah tergunting beberapa kertas yang tak sepatutnya iaitu katalog tiles kawan abah punya. Kejadian ini mengingatkan aku kepada kejadian semasa aku darjah satu di sekolah agama. Dari kecil sampai lah usia banyak seperti ini, aku sangat suka main gunting-gunting dan gam-gam. Masa aku darjah satu, aku pernah TERgunting ustazah punya pembalut hadiah dan aku tampal pada meja kayu aku di sekolah. Pembalut hadiah itu bunga-bunga. Ustazah hendak balut buku beliau. Oleh kerna aku seorang budak yang hyper, ustazah tidak jadi marah. Tapi dia menggeleng kepala banyak-banyak kali. Pada hari guru, aku memberinya hadiah. Sambil melafazkan... "Ustazah, bukak pembalut ni baik-baik. Nanti boleh guna untuk balut buku," lalu aku ketawa terbahak-bahak. Mata ustazah bulat je. Konon-konon nak marah aku olok-olok. Dan pada hari yang samalah, ustazah memberi kejutan kepada aku.


"Saya menjemput, Nurul Haizum untuk membaca surah hafazan. Dipersilakan,"

Ketika perhimpunan.
Cis!
Ustazah balas dendam.
AHAHA!
 

Wednesday, December 05, 2007

yawning yawning yawning

Aku mahu tulis.
Yang pendek.
Fikiran macam tak berapa baik.
Ada kontradiksi dalam sistem otak.
Juga rembesan hormon jahat.
Seakan-akan menghasut aku untuk bermalas-malasan.


Sekarang sejuk amat.
Penghawa dingin + hawa selepas hujan.
Macam dracula menggigit tulang.
Sangat ngilu.


Pada malam yang tidak berapa seronok ini,
aku merasmikan upacara ...
pengistiharan COUNTDOWN.
Dan bermula dari malam ini,
kita mula mengira dari angka
5
 

Tuesday, December 04, 2007

Tajuk Tidak Disertakan

Beylolololololo!
Aku duduk dalam rumah tak keluar-keluar.
Tak tahu apa natijahnya kalau terkena matahari nanti.
Mungkin cair, melebur, berubah warna atau berlaku tindakbalas kimia
dan berlaku perpindahan energy solar.
Uh uh uh!
Ni kedengaran macam alasan yang baik untuk skip Johor trip next week tak?
Entah apa-apa.

Orang yang asyik tanya-tanya bila nak update tentang retail therapy, aku mintak sorry la. Nafsu aku macam tak berapa nak kuat kebelakangan ni sebab aku lebih ternafsu untuk berehat di dalam rumah dan mendampingi keluarga. Semalam shopping pon macam ada masalah nafsu di mana tidak mendapat rangsangan sangat. Setakat sambar dua tiga barang. Lagipun Si Athirah tu memang jururunding yang hebat. Sebelum nafsu kalahkan aku, dia kalahkan nafsu aku dulu. cool.gif cool image by klasik Cool... nafsu aku memang cool.



Nafsu macam melonjak sikit masa ter'flash necklace hitam di atas. Ikutkan nafsu, aku nak beli semua warna yang ada. Tapi tak boleh tak boleh! Jangan kalah dengan nafsu. Biar nafsu kalah dengan kita. Dipendekkan cerita yang tak berapa nak best ni, walaupun semalam aku banyak menjatuhkan maruah sendiri dengan beberapa tragedi, aku tetap menang dari segi nafsu. Jom jom kita banteras gejala nafsu kuat.


div1.gif image by klasik

Nafsu aku macam dah ubah angin. (Cerita nafsu lagi...) Dah tak berapa sibuk-menyibuk shopping fashion. Dia macam dah jadi maskulin sikit. Aku sangat berminat nak menceburi bidang automobil. AHAHA! Bunyi macam ganas sikit. Tapi tidaklah begitu. Aku dah kira-kira tadi. Aku nak tukar spot rim kereta. Nak tukar cermin. Nak tukar color. Nak tukar kereta jadi Optimus Prime. Susah betullah. Macam-macam aku nak. Tapi bila pikir-pikir balik hakikatnya yang aku ni tak pandai menabung, lebih baik aku pergi tidur dan mimpi-mimpi sahaja. Kesian kat aku. Abah dah kata, dia tidak mahu menyumbang ke arah itu. Tapi aku tak lah kisah sangat. Sebab tu macam angan-angan ja.

Buat apa spot rim, lebih baik pergi shopping perfume ke apa. Calvin Klein tu menggugat iman jugak wo. Uii... kecik ja mata aku semalam perhatikan target baru. Aku macam mabuk-mabuk dengan bau CK. Mula-mula masa try tu tak lah minat sangat. Tapi memang aku ada tabiat. Selepas balik rumah, bila aku terbau-bau perfume tu dekat bag.. aku mula histeria menggatal nak sangat memilikinya. Aku tak mahu spot rim, aku mahu CK. Kalaulah dapat projek kat JB kan bagus. Lompat masuk Singapore, shopping perfume sejam dua,... balik JB semula! Cis cis cis! Kota Tinggi ada apa eh? Meh bagi briefing menarik sket pasal Kota Tinggi ni. Manalah tahu kot-kot seronok ka. Tapi pasal air terjun, terjun air atau apa-apa yang terjun atau air.. please jangan cerita sebab aku tak minat. Tapi kalau ada benda lain yang menyeronokkan selain air, boleh mintak lecturer extend dari 2 minggu jadi 2 bulan. Uuu... berangan lagi.

euphoria blossom by Calvin Klein

div1.gif image by klasik

Semalam tengah sedap tiduran, rasa ada benda merayap-rayap dekat dada. Aku buang! Lepas tu datang lagi! Aku buang lagi! Mata tutup rapat. Memang tak larat nak celik dah. Gila! Pukul 5 pagi main kejar-kejar dengan lipas. Tak guna punya lipas! Aku sambar je apa yang ada. Dapatlah remote aircond. Aku tekad nak ketuk lipas tu dgn remote aircond. Tahi kerbau betul! Dia menang! Aku kalah. Aku sambung tidur dengan curiga. Terbayang-bayang kalau dia makan rambut aku. Tengok-tengok bangun pagi esok, rambut aku tinggal setengah. Tak boleh jadi. Kena banteras dengan pelbagai cara ni. Aku takut dengan aku-aku sekali dimakannya. Habis aku mati macam tu je nanti...

div1.gif image by klasik

cerita dah habis. Boleh bersurai.
 

Monday, December 03, 2007

Tragedi Samurai-X

Wo!
Macam-macam aksi dan adegan stunt aku dah buat demi membunuh kesejukan. Masuk dalam blanket. Gulung-gulung diri macam pau. Pakai stokin ala-ala tengah snow. Pakai sweater bagai. Dan aksi paling aneh adalah ketika ini, menulis blog sambil membungkus diri dengan comforter. Nampak muka sikit je. Macam orang tak terlalu tahu untuk hidup.

Aku sejuk.
Sejak balik petang tadi, aku menggigil.
Tulang aku macam rasa ngilu je. Tak guna! Nama je minum susu secara bersistem. Tapi tulang belum kuat lagi. Kena minum dan minum dengan lebih giat. Esok nak breakfast minum susu, lunch makan nasik lauk susu, dinner makan serbuk susu. Fuh fuh fuh! Lepas tu kena stroke. Kesian betul hidup aku ni. Selalu berakhir dengan imaginasi yang malang.

Pagi tadi keluar KL jumpa Trex. Trex bukan sejenis dinosaur. Dia seorang kawan wanita yang best diajak berbual. Dan kami hanya berjumpa setahun sekali iaitu pada semester break. Kesian betul hidup aku. Kan aku kata, banyak tragedi. Dan hari ni je dah beberapa tragedi jadi kat aku. Setiap kali aku keluar dari rumah, memang sikit demi sikitlah Malaysia ini dimusnahkan. Kerna aku memang pembuat disaster yang sangat kesian.

Tragedi 1.
Aku tawaf free je area Cempaka tu pagi tadi semata-mata nak mendapatkan tanah sekangkang kera. Tak ada parking. Tak guna! Tak guna! Teringat aku filem Shaolin Soccer. Kungfu sekali kereta-kereta yang ada tu kasi keluar, curik parking dia! Tapi seperti yang dah aku katakan tadi, hidup aku ni kan memang kesian. Tak reti kungfu, tak reti silat, bermain pedang samurai apatah lagi. Jadinya, aku pon meneruskan kerja mencari parking dengan hati yang agak panas.

Tengok-tengok ada MyVi keluar. Aku pon apalagi, tanpa berfikir dengan bijaksananya mengelupur nak take over parking dia. Aku tahu memang tak akan muat. Tapi aku dah terdesak. Aku tekad, nak parking je walaupun si bontot kereta bakal terdedah keluar. Tiba-tiba kena sound dengan seorang india. Dia bising-bising kununnya aku ni tak reti nak budget size ke apa. Dia membebel dengan tiang telekom agaknya. Aku buat pekak. Terus reverse, ikut ja mana dia tunjuk. Dah dapat parking aku tanya dia... harga berapa? Dia kata tak kan tak tau.. macam biasa lah. Belum naik harga lagi. Aku pon balas balik. "Macam biasa tu.. berapa? Saya tak pernah parking sini. Sebab bukan seronok sangat naik LRT buruk tu. " aku hulur RM2 sebab ter'flash ada signboard bagitahu kena bayar RM2. Lepas tu aku tinggalkan dia bercakap dengan tar pulak. Kau ni memang suka bercakap la. Apsal tak join suara parlimen?

Tragedi 2.
Salah stesyen. Nak balik Ampang tapi gerak lagi ke depan. Siap konfiden je muka naik salah platform. Sambil berbual ala-ala wanita dewasa, dan beraksi macam tahu segalanya tentang dunia. Tup-tup tersalah la pulak. Turun balik, tukar platform. Memang seronoklah. Kaki ni pon dah menggelupur. Tunggu masa je nak putus meninggalkan badan.

Tragedi 3.

Aku ni pandai berlakon tau.
Tak percaya, tanya 'dia'.
Aku pandai 'menipu' sunat juga.
Tapi tipu orang sampai orang gantung diri, terjun gaung semua tak pernah lah.

Tadi masa dah sampai Hang Tuah, aku mintak ticket pergi Masjid Jamek. Konfiden macam biasa. Muka ketat je macam orang paling pandai dalam dunia. Sekali.. aik? RM1.20 je tambang? Apsal lah murah sangat. Seronok je rasa. Sampai gelak terbahak-bahak dalam hati. Masuk train, terus berdiri dengan rasa tenang sekali.

CISSS!!
Tiba-tiba aku teringat, aku kan nak balik RUMAH. Yang aku beli tiket pergi Masjid Jamek tu buat apa???? Nak kata buduh, pandai jugak guna train. Nak kata pandai, ada jugak tak pandainya. Tapi aku taklah histeria pasal salah tiket tu, cuma bengang sangat lah kenapa otak aku boleh terfikir nak pergi Masjid Jamek. Naik train betul dah. Cuma tiket je salah beli.

Daripada bosan je duduk dalam train tu, aku pon mula berfikir-fikir nak kelentong apa kat kaunter nanti. Aku memang sah lah tak boleh lepas punya. Tiket aku tak valid. Toink! Aku dah susun ayat baik-baik punya. Termasuklah membuat andaian akan soalan-soalan yg bakal diajukan kelak.

Turun je, aku jalan slow-slow.Tak nak lah orang semua tahu aku ada masalah. Agak-agak orang dah lengang aku pergi jumpa uncle yang jaga tepi services office.

"Uncle, saya rasa tiket saya ni salah,"
"Apa yang salah?,"
"Saya rasa orang dekat station tadi tu salah faham lah,"
"Kamu dari mana? Nak ke mana?,"
"Dari Hang Tuah. Nak turun sini.,"
"Dah tu? Kan dah sampai sini pon," uncle tu muka dia senyum je. Baik ni.
"Tak de. Saya mintak kat dia tiket Cempaka tapi dia bagi Masjid Jamek .... kot,"
"Mana kamu tau ni tiket Masjid Jamek dia bagi?,"
"Sebab tadi masa saya mintak tiket Cempaka, dia tanya saya balik, saya ni nak tiket Masjid Jamek ke? Saya kata tak. Tapi dia main bagi je tiket. Saya dah dapat rasa dia memang salah bagi"
"Kamu bayar berapa?,"
"RM1.20,"
"Sah lah kamu dapat tiket yang salah,"
"Tu la. Saya pon dah agak tadi. Tapi malas nak tanya dia lagi sebab ramai sangat orang tengah queue tadi,"
"Tak apalah macam tu. Pergi kaunter sana,"

Akhirnya kena charge RM0.70. Hel eleh. TUJOH POSEN JER? Buang masa aku plot cerita sepanjang jalan. Ingatkan akan kena sergah macam kes dulu-dulu tu. Siap guard tu kata nak denda aku RM500 la bagai. Tak guna punya guard. Tengok uncle ni releks je.

TRAGEDI 4
Aku pon berjalan ke kereta dengan gembira. Tak sabar nak balik rumah dan berehat-rehat. Ada budak kecik dalam kereta dok perhatikan aku yang kelihatan terlalu girang itu. Aku pon ala-ala nak berlagak la kat budak kecik tu. Tiba-tiba pulak.. kunci kereta terjatuh, terus masuk bawah kereta. Satu hal menonggeng pulak. Tiba-tiba India banyak cakap tu muncul. Dia berdiri sebelah aku, sengih-sengih. Aku tahulah gigi kau sangat putih bak salju. Dan budak kecik tu pandang je aku dengan matanya yang sangat bulat. Mesti dia hina aku.

"Ok?," dia tanya.
"Ok.Ok," dapat je kunci, aku pon drift! Acah je. Aku memandu dengan berhemah sekali. Sampai hampir menyekat laluan kerna aku sungguh tak sabar nak sampai ke rumah.


Sekarang cakap!
Hidup aku ni kesian kan?
Ha, aku dah cakap dah!

Oh patot pon aku sejuk.
Balasan menipu kot.
AHAHA!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Puas hati sudah. Dapat berpeleseran dengan Athirah. Sampai rumah pukul 7 malam. Kena sounds sebijik dua dengan ayahanda. Dia kata, ingatkan aku tak mahu balik dah. Malang lagi :(



tajuk tidak begitu berkaitan dengan entry.
selamat malam!

Labels: ,

 

Sunday, December 02, 2007

SUSU

Offline Message.

Hooray! Esok pergi berpeleseran dengan Athirah. Rindu. Sangat.
Ooops! Jangan tanya aku download dari mana skin YM aku. Aku letih nak jawap. Dan tak mau jawap. TAK MAHU! Terima kasih.


div1.gif image by klasik


LUMBA SUSU

Saya tak berapa suka minum susu. Kecuali yang berperisa strawberry / coco / coklat. Yang tanpa perisa tu, ala-ala berat jugalah nak telan. Lagi-lagi susu tepung. Adik saya pun ada sifat yang sama dengan saya. Tapi kami dipaksa minum susu. HENDAK atau TAK HENDAK. Kena minum. Arahan oleh : Bunda. Kalau dah arahan bunda tu memang mati hidup balik, mati balik dan hidup balik pon payah la nak lepas.


Oleh itu, setiap pagi dan malam kami akan buat perlumbaan. Iaitu perlumbaan siapa habis minum dahulu. Kegiatan ni dah berlangsung beberapa minggu lamanya. Dan memang efektif. Kami menjadi semakin semangat hendak minum kerna hendak menang. Kami juga pasti minum tanpa perasaan jelik kerna hendak menang. Dan tak perlu minum lama-lama dan menikmati betapa tidak enaknya susu. OLE-OLE-OLE! Kami semangat minum susu! Kami suka susu!


Semalam lumba lagi. Pukul 10 malam. Sebelum lumba, kami buat lawak buduh dan saling terbahak-bahak. Masa lumba, habis tersembur susu membanjiri ruang dapur. Badan adek saya habis melekit kena mandi susu. Sebab dia berlumba sambil terbahak-bahak. Dan sebagai impak masimanya, pukul 10 malam semalam, kami mengemop di dapur bagaikan bibik yang kena dera oleh majikan. (tapi kejadian ini tidak diketahui oleh ibubapa)


Kami dah belajar sesuatu. Setengah jam sebelum lumba susu, kami akan pastikan kami tidak saling membuat lawak buduh. Jiwa kena kental dan serius. Dan akhirnya malam ini kami berjaya lumba dengan tenang. Keputusannya seri. Kalaulah minum susu boleh mabuk... dah lama aku mati tersedak.


div1.gif image by klasik

menjelang sisa-sisa hidup yang seronok ni,
aku dah jadi sangat malas.
aku menjadi obses dengan televisyen.
ada DUA template aku dah buat tapi separuh jalan.
Aku rasa macam nak sedekah je blog skin tu kepada yang memerlukan.
Kalau hati aku macam baiklah nanti.
Tadi masukkan mp3 player.
Bukan sebab memang nak masukkan.
Tapi ... adalah beberapa seru yang mendesak.
Mp3 player akan memekak di blog ni sehingga malam esok SAHAJA.
Satu lagi kerja terbengkalai adalan YM skin.
Pergi jahanam. Aku stress.


div1.gif image by klasik

aduh.
Rindu nak bercinta.
"u drive to Johor?,"
"No.Parents said NO."
"if I drive?,"
"It's okay. You drive lah"
"Then we go by bus lah,"
Ya. I hope you are with me along the way.
But I need car too.
AHAHAHA!
miss you.

Labels: , ,

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."