Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, September 29, 2007

KAMI

aku baru berpeluang menonton KAMI.
Malam semalam. Online di 8TV
Bersengkang mata stream episod 1 sampai 3.
Aku suka.
Aku adore suasana cerita,
dialog, dan intonasi yang 'real'
at least taklah nampak 'drama' sangat.

Ali tu siapa? Cool jugak. Ada info, boleh email


Tak tidur malam. Demi design. Perkara biasa. Aku malas bual pasal design. Nanti aku frust menonggeng. Aku rasa sebal. Rasa bodoh jugak. Aku minat architecture. Cuma mungkin, UKM bukan tempat yang sepatutnya aku pergi dulu. Tapi kata A'ai. Kat mana aku berada, di situlah tempat yang Allah SWT telah letakkan aku. Maka, mungkin ada hikmahnya kedatangan aku di sini. Salah satunya, macam kata A'ai jugak .

"Kalau kau tak study kat sini, kalau kau tak datang sini... Mungkin aku takkan kenal kau. Aku suka kenal orang-orang macam kau...

Orang-orang macam aku tu... macam apa?

...aku suka kenal kau. Betul. You are cheerful, senang nak cakap dengan kau. Honestly, aku suka sebenarnya kenal kau. Sepanjang aku duduk sebelah kau, aku mengakulah.... memang aku rasa senang"

Terima kasih kerana memanfaatkan kehadiran aku. Ada siapa-siapa lagi mendapat faedah dariku? Atau rasa sesak nafas setiap kali kehadiran aku? AHAHAHA! Boleh email.


Semalam sebelum balik kampung (maksud aku pulang menjenguk ibubapa), ada sesi luahan rasa dengan A'ai. Bukan cakap pasal musim bunga atau musim luruh. Cakap pasal Design. Okay, lecturer sudah dapat kesan kejatuhan prestasi aku. Sebenarnya aku sudah kejatuhan prestasi sejak semester lepas lagi. Dan aku sudah merelakan kejatuhan prestasi tersebut. Bunyi macam orang tak de wawasan. Tak. Aku ada wawasan. Tapi aku ada masalah-masalah bertingkat yang membuatkan aku macam tak ada wawasan. Kata A'ai secara tiba-tiba sangat mengejut dan mengujakan.

"aku rasa, tempat yang sesuai untuk kau bukan UKM ni. Lifestyle kau lebih sesuai pergi tempat macam Lim Kok Wing kot. Kat sana, baru kau akan jumpa mereka yang ngam dengan social life kau,"

Aku terkesima sebenarnya.
Aku setuju certain part.Tapi sebenarnya,bukanlah tepat sangat. Aku cuma tak boleh adapt dengan few things je di UKM. Kawan-kawan baik. Betul. Mereka baik. Mereka gila juga. Mereka pun sengal seperti aku. Eh, betullah! Ramai insan menarik juga yang sellau ada di studio bersama aku. Masalah lain ; aku memang boleh kena sawan kalau tak balik rumah. Aku terlalu cinta rumah. Cinta mati. Kadang-kadang aku tak waras. Aku sanggup tinggal kerja demi pulang ke rumah. Oh. Itu segelintir masalah. Ada beberapa lagi yang telah mengganggu Design aku. Fail? Aku bersedia repeat. Lagipun, aku bukan terkejar-kejar hendak kerja. Ishk, sekali lagi aku kedengaran seperti seorang tiada wawasan. Kesimpulannya, daya tahan aku sangat lemah. Aku tak mau cerita lagi pasal Design. Aku rindu zaman 1st year. Aku rindu krit session paling kejam dalam dunia bersama Encik Azimin. Mulut dia memang boleh bunuh orang. Tapi lepas kena bunuh, kau akan dapat nyawa kedua yang lebih kental. (akhirnya aku berjaya menulis ayat sedap).


RABU, kelas Kemahiran Menulis.

Cis. Tak ramai datang kelas. Tinggal aku, ainul dengan shida terkontang kanting. Dengar orang lain berceramah memang bosan. Untuk bunuh masa lapang selama 2 jam di ruang dewan kuliah paling belakang, kami main kamera macam orang gila. Sampai lelaki-lelaki meja sebelah jeling-jeling. Tak tahu dia jeling meluat atau admire. Suka hati engkau. Tak puas hati boleh email.


Dah lama tak main macam ni. Teringat perangai masa first year. Setiap hari, tak kira waktu lapang atau tidak, mesti nak main kamera. Sanggup lakukan apa sahaja demi sekeping gambar.


RABU, kelas Teori dan Rekabentuk Senibina.

Kami masih sawan main kamera.Kadang-kadang, dengan bermain kameralah kita dapat melihat sesuatu dengan lebih fokus. Misalnya, aksi 'memilih cinta kawen' oleh Anuar dan Shafiz. Menarikkan? Dan juga aksi-aksi panas aku dan teman-teman wanita 'melesbo'. Melesbo itu bukan perlakuan lucah. Sekadar berpelukan dan berlakon intim sahaja.


Kesimpulan : Satu hati suntuk kami tak belajar. Kelas pagi main kamera. Kelas petang pon main kamera. Mungkin aku kena tukar course. Ambil fotografi. Oh, silap. Ambil modelling. Apa? Nak muntah? Pergilah muntah. Nanti puasa engkau batal. Ayokkkk!



Room Cleaning
Aku sudah kemas bilik hostel dan bilik di rumah juga.
Sukar mempunyai 2 buah bilik yang perlu diurus.
Tapi setiap kali selepas siap mengemas, aku terasa makin suka hendak tidur.
Kerna lebih selesa.
Kerna aku tidak perlu todur separuh katil sahaja.
Bayangkan, katil single yang terpaksa dikongsi dengan majalah-majalah tak berfaedah, dan juga si laptop sakit itu.



Ini Zone Aku
Working area aku jugak sudah dikemas.
Aku suka.
Warna warna yang pelbagai, yang dikatakan boleh membunuh sel otak itu sering membuatkan aku gembira. Aku suka WARNA.
Aku tetap sukakan warna terang walaupun sel-sel otakku dijadikan taruhan.
Insyaallah, aku akan sehat walafiat.

KHAMIS, kelas Ukur Tanah

Astaghfirullahaa'zim. Kena buat amali dari Guard post depan tasik sampai ke FUU. Boleh mati ditempat kejadian pagi-pagi terik di bulan ramadhan memanjat FUU. Maka, kami dengan gediknya naik kereta sahaja dan membuat tugasan dari dalam kereta. Aku drivernya. Memang amali yang buat tulang kaki aku cramp sebab drive and break dalam jarak yang dekat-dekat.

Aku stanby dalam kereta.

Ni skandal liar.


Farah try nak figure out on how kami perlu main tipu-tipu buat tugasan nanti. I mean, dia tengah estimate jarak. Dan lihatlah dunia... betapa jauhnya perjalanan ke hadapan yang perlu diredah. Macam-macam tragedi juga sempat berlaku.

Aku ni kadang-kadang sengal jugak.
Pergi stop tengah-tengah jalan untuk amek bacaan satellite.
Bila dah stop, sure tak boleh gerak sebab nanti bacaan lari.
Tiba-tiba datang seekor kenderaan di belakang.
Aku yang sudah cuak kerna sudah menghalang laluan terus bagi double signal.
Berlakon konon-konon emergency case, kereta rosak.
Hambik kau!
Sekali lelaki yang drive kereta tu stop kat depan nak bagi bantuan.
Nak teriak je aku rasa.
Dengan menggigilnya aku tutup signal dan buat muka bodoh sebelum sempat lelaki tu sampai kat kereta aku.
Lelaki tu mesti bengang.
Dia terus blah tanpa meninggalkan buah tangan.
AHAHAHA!
Tah apa-apa.


Siap!
Gambar-gambar cantik di atas, jangan curik.
Aku membuatnya dengan gembira pagi tadi.
Saja. Lepas gian.

Labels: ,

 

Wednesday, September 19, 2007

Shopping is...

... the best psychiatrist.
Believe me.

01
Berbalik kepada entry ini . Aku sekadar nak memenuhi janji terakhir yang aku contengkan pada penghujung entry berkenaan ; meletakkan foto-foto ketika sesi terapi. Diharap terapi ini dapat menyalurkan ion-ion sihat kepada minda kaum wanita 'high maintenance' sekalian.

Kali terakhir aku menjalani Retail Therapy adalah pada hari Sabtu minggu lepas. Ertinya, sudah satu minggu lebih aku tidak membuat therapy yang sepatutnya. Terapi jiwa yang dilakukan berjalan seperti berikut :


Sikit waktu lagi, apabila aku punya wang hasil kerjaan sendiri... aku berhasrat mahu menjalani Therapy yang lebih class di butik-butik Aigner pula. HAR HAR HAR! Acah ajer. Hmm.. ketika buat pembayaran di kaunter PDI, aku bertemu sepasang kekasih asing. Pelancong. Berbelanja di Padini sebanyak +/- RM700. Barang dia beli di PDI melambak-lambak sampai dia terpaksa tinggalkan dekat counter for awhile. I was like... yeww! U spent that amount of money dekat PDI? Wasting je.
"Oh, i do love ur stuffs. The price is good. Good stuffs, good price" that Mat Saleh buat aksi jakun dekat cashier. Dalam hatiku... "Its Padini. Good stuffs? RM700? Good price?" Then aku jeling-jeling girlfriend dia. Okay, scarf dengan handbag dia LV. And now u think PDI was.... OKAY! OKAY! Cut it off. Aku hanya terasa sangat jelik sebab The Mat Saleh macam histeria dekat situ. Hmm... aku pon acting lah macam seorang yang proudly Malaysian. HALO, NURUL! Apa aku cuba cerita ni? Tak.. aku cuma jelik dengan aksi 'over' Mat Saleh tu.

Ketika menjalani Therapy, aku ada satu tabiat yang agak tegar juga. Sebab tabiat ini bermula dari aku kecil hingga kini. Aku tak kisah membeli dua atau tiga pasang baju yang sama pada masa dan tempat yang sama. Dalam keadaan sedikit intelek, aku akan beli baju yang sama dengan warna yang berbeza. Tapi dalam keadaan buduh sikit, aku boleh je beli baju yang sama style, sama pattern, sama brand dan sama warna. SEBIJIK sama. Kali ini pon ia berlaku lagi. Iaitu aku membeli dua pasang cardigan yang sama. Tapi warna lain-lain. Aku ingat lagi, dulu aku pernah beli 2 T-Shirt Hush Puppies warna putih. Aunty saya bising-bising. Dia kata tak ada orang waras buat kerja macam tu. Akhirnya dia rembat satu. Saya pernah beli 2 baju yang sama juga dengan satu saiz M, satu saiz L. Motif?


Katalah apa saja. But i do love fancy things. Rantai-rantai halus that silver-silver one tu.. not my taste. Aku suka bubble necklace ni. Tak mahal. Crazy price on RM9.90 each because its not Forever 21.

Sebenarnya bag ni bukanlah taste sangat.Tapi dia nampak glam. Crazy price juga. RM29.90. Jadi aku ambil satu supaya kesihatan jiwa lebih baik. Tapi hingga ke hari ini pon, aku belum memakainya lagi kerna... dia tak cukup 'taste'. Nampak terlalu 'mak datin' which is aku nak sangat avoid that label. Sangat geli okey. Tapi this bag mengingatkan aku pada Farah. Maybe aku terbayangkan handbag hitam yangd ia selalu pakai tu kot.

This is Momoe. New stuff. Satu hari tu Bunda belek-belek magazine. Dia ternampak bag ni dan Bunda suruh aku belikan untuk dia. Yeah, aku sudah mendapatkannya. It's polkadot. Aku suka.


Again. Sebijik lagi PVC belt ala-ala Moschino ni aku beli. (ala-ala MOSCHINO tau. Bukan Moschino betul-betul) Tapi kali ni, kepala dia bulat dan warna putih. Saiz juga kecik sikit. Kenapa aku suka beli? One, nampak trendy kalau pakai this belt as for me. Second, aku bukan penggemar belt. Belt jenis ni nampak macam aksesori sikit. Third, they are cute and fancy. Nampak indah bila digantung-gantung pada almari burok di hostel.


Aku memang merepek. Aku suka earing. Aku selalu beli earing. Makin banyak aku beli, makin sikit yang tinggal. Sebab biasanya, dia hilang dengan sendirinya. Tanpa disedari, dia meninggalkan telingaku. Dan earing adalah antara barang-barang yang tak pernah aku simpan baik. Bersepah sana sini. Kadang-kadang kaki pelawat boleh luka terpijak earing yang jatuh merata-rata atas lantai bilik. (Jangan risau. Bukan dari Tiffany & Co.)


Ini penemuan paling memuaskan hati. Cari pinafore, tak jumpa yang berkenan. Aku suka baju ni, aku suka the lines, aku the colors dan aku suka harganya. Yibah yibah! Aku sudah pandai berbelanja sekarang =)

Birthday cake untuk Bunda. Blueberry cheesecake. Sebenarnya kedai tu tak de blueberry cheesecake. Dia ada cheesecake biasa je. Aku pandai-pandai ajar tukang cake tu supaya sapu blueberry, hias lawa-lawa. Dia pon buatlah. Great! Tapi... buffalo punya bakery! Dia hentam harga tinggi. Menyesal aku tak beli Secret Recipe je. Menyesal aku pergi ajar professional chef buat cake. Sengal.

Next therapy : nak pergi One Utama. Ada barang aku nak shoot ni.Dah lama target. Bunda dah kasi permit boleh beli. Cepatan! Sebelum permit expired.


02
Corner lot aku kat studio dah renovate. Sekarang musim orang buang drafting table. Semua lipat drafting table, jadikan partition. Berebut-rebut nak meja kayu burok. Tengok-tengok next sem jabatan tarik balik drafting table yang lawa dan mahal tu baru padan muka. AHAHA. Bagi meja besar yang baru, jadikan partition. Bagi meja cantik, berebut nak meja burok. Sebenarnya masing-masing dah tension. Nak buat kerja underground. Tapi serius. Memang psycho duduk kat studio tu. Kalau dah tutup working area sendiri baru rasa nyaman dan kurang tekanan. Maka, termpat aku dah jadi begini :



Nak tengok movie pon tenteram. Senang nak control circulation para pendatang. AHAHA. Nampak tu. Dunkin Donut, Cheezel, Mineral Water, Lotion Baby, dan Movie! Maknanya, ini bukan sekadar ruang kerja. Ini juga ruang party. Belum tengok lagi tempat tidur setting baik punya bawak meja.

03
Tahu tak kenapa aku rajin conteng blog sekarang ni? Sebab aku mahu menjadi produktif. Tapi aku nak muntah buat drawing. Bilik dah bersepah macam baru lepas kejadian el-nino. Susahnya projek HOUSING!!! Lebih sukar bila dapat site lagi kecikdari sekangkang kera. Aku paling benci kat area car park. Ada 7 meter lebar. Nak sumbat 3 bijik kereta. Maknanya, impian nak buat landscape syurgawi kenalah dilupakan. Ngaaaaa....




Situasi SEKARANG. Ketika ini.


Baiklah.
Sudah sampai masanya meninggalkan dunia remaja yang sementara ini.
Nak kembali ke dunia arkitek-arkitek psycho.

Susahlah design townhouse!
Simbiosis itu harus gimana donk?
Matilah mak...





Ada orang tanya : apahal ko rajin update beberapa hari ni?

Aku : Sebab aku diam kat rumah. Aku ponteng kelas. Dah 5 hari aku liburan. Esok pulang ke UKM. Dan ambillah entry ini buat pekasam untuk masa depan.

Labels: , ,

 

Tuesday, September 18, 2007

Lipas The Movie

Terasa sehat dan kuat. Bukan macam kanak-kanak milo. Tapi macam ninja turtle. Terasa riang. Bukan macam Kelab Disney Malaysia. Riang seperti Ninja Turtle selesai menghapuskan penjahat. Terasa indah juga. Seindah alam flora hijau.

Pagi tadi aku jadi pest control. Membanteras lipas. Geli? Yeew? Seandainyalah aku ni jenis perempuan sejati takut lipas, dah lama aku mati ditempat kejadian pagi tadi. Tapi lipas bukanlah lawanku. Pendekkan cerita, bilikku sudah jadi ladang ternak lipas tanpa aku sedari. Entah dari mana hendak ke mana, aku pun tidak pasti arah tuju lipas-lipas tak guna ni. Yang aku pasti, salah satu anak cucu cicitnya telah kenyang makan halter dress MNG aku sampai berlubang. Biadab. Kertas cantik pengalas rak buku pon dah dijamahnya sikit. Tak sedap kot. Tapi aku tahu halter dress MNG aku tu sedap. Sedap dia makan banyak sikit.


Maka, sia-sialah aku ternak haiwan-haiwan seperti Shrek dan kawan-kawannya kalau lipas pun mereka takut. Selain gemok, hodoh dan bertelinga jijik, Shrek juga takut lipas. Memang tak guna. Arght, tekanan! Sudah dua hari fikiranku terganggu dek lipas-lipas. Tangkap, buat kuih raya baru tahu. Kruup...kruuup... mmm... rangup!





Fikiranku lapang.


Tadi aku terfikir nak upload gambar lipas. Tapi dia musuh ketat! Meletakkan gambar musuh ketat di dalam blog peribadi lebih hina dari melacur kamera. Simpan dalam otak. Mulai dari malam ini, setiap kali aku menyebut istilah musuh ketat, ertinya aku merujuk kepada LIPAS. Dan definisi ini akan berterusan sehingga diberitahu kelak. Ayuh, banteras lipas durjana!



Walaupun terpaksa kongsi bilik dengan lipas-lipas, aku tetap akan tidur lena. Esok nak bawak lesung batu masuk bilik. Nampak lipas melintas, aku tumbuk lumat-lumat dengan lesung batu. Bukan main besar kepala lagi lipas-lipas buduh ni. Berani makan baju pulak dia. Kalau aku tak giat membanteras, entah-entahkan esok lusa... dengan aku-aku dimakannya. Dah lah beranak pinak bukan sikit punya produktif. Aku nak tikam lipas!



"Selamat malam Patrick."
"Selamat malam Spongebob."
 

Monday, September 17, 2007

The food stories


Hari ini adalah hari makan banyak. Hari yang baik untuk memungut semula jisim-jisim badan yang hilang tempoh hari. Makan memang seronok. Bersenam sangat leceh. Kalau tidur itu adalah satu senaman, pasti kita semua sihat dan kuat macam kanak-kanak Milo. Hak hak!



Berbuka puasa

  • Nasi putih
  • Tom Yam Ayam
  • Ikan terubuk (baca : terobok) bakar.
  • Ayam masak kicap
  • Sayur lemak pucuk ubi
  • Kuih pulut panggang
  • Murtabak Daging
  • Fresh orange
Birthday Celebration
  • Pizza Hut
  • Mushroom soup
  • Chocolate Donut (from Big Apple)
  • Murtabak Ayam
  • Pepsi
Kunyah-Kunyah
  • Pringles
  • Ice Cream Keladi


01 - Lepas berbuka, budak-budak lelaki pergi masjid solat terawikh. Budak perempuan ajak ibu dia pergi Tesco Cheras (Tmn Midah). Ih, budak perempuan zaman sekarang! Bunda kata tak larat drive, aku kata aku larat. Bunda kata jalan jam, aku kata tak apa. Kami pon keluar riadah pada jam 9.00 malam. Tamat marathon dekat Tesco, singgah Tmn Putra beli Pizza Hut untuk Adek Del. Pukul 11.00 malam baru balik rumah.


02 - Boleh ke keluarkan perut kejap? Nanti nak keluar rumah baru pakai balik. Aku letih betullah dengan perut ni. Aku harap malam ni aku dapat tidur nyenyak.


03 - Kepala otak aku tak habis-habis lagi jam. Setiap kali tengok autocad drawing untuk projek townhouse, otak aku macam bersimpul-simpul jadi kusut. Sangat menakutkan gua! Hari submission makin dekat. Otak aku masih mati segan hidup tak mahu. Buffalo betul!

04 - Aku teringin nak jumpa Aizar, Astri, Marry, Nisaq, T-rex, MonMon Association, Jullian, Meng Kuan, dan semua oranglah! Aku dengan Aizar dah bincang nak buat gath raya. Next week insyaallah nak ajak Marry dinner. Aizar nak join? Sila tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Beserta nombor surat beranak. Hak hak!Baru aku perasan, tahun ni memang sangat sedikit jumlah pertemuan aku dengan Aizar. Astri apatah lagi. Maafkan aku kerna setiap kali pulang ke kediaman, aku hibernasi macam beruang. HA HA HA! Dan maaf juga kerna aku tidak tahu perihal Astri yang quit from UiTM. Aku suggest Astri continue dekat ITB. Pergilah Astri... pergilah.. ITB tu best lah. Lagipun kamu biasa hidup dekat Bandung tu. (aku pon ada lah alasan nanti nak selalu ke Bandung) HAK HAK!

05 - Speaking about 'buffalo'... Aizar mengingatkan aku tentang si budak 'buffalo' masa kami tingkatan 5 dulu. Si kernau tu bukan main gayat takut aku rembat kekasih tak sudah dia. Siap jeling-jeling macam burung gagak setiap kali dia nampak aku kat sekolah. Sampai sanggup stalking aku kalau-kalau aku ngendap kekasih dia. Boleh pergi mati. AHAHAHA! Kami tak suka si kerbau dan kekasih tak sudah dia tu. Kami cuma mahu berhibur ketika itu. Seronoknya sekolah. Setiap hari ada je gosip yang explode. Setiap hari bincang pasal fashion dalam lab Fizik. Bincang pasal kawen dalam lab Bio. Tak berani bincang apa-apa dalam lab Kimia sebab cikgu garang nanti kena cubit kecik. Bincang pasal isu global ketika sebjek Agama Islam. Memang biadab kami ni. Tapi tetap scorer! Sekarang tak biadab. Tapi tak scorer. Ertinya apa tu?


06 - Aku juga terkenangkan peristiwa aku dan teman-teman baik kena merayu-rayu minta ampun dekat Cikgu Fizik sementara satu kelas menyaksikannya. Tu lah. Orang pergi buat eksperimen dalam lab, kami buat konsert dalam tandas wanita. 2 JAM TU! Nasib cikgu tu tak mau lempang. Kalau tak, sampai sekarang aku kenyang makan pelempang cikgu Fizik yang macam singa tu. Gerun aku!


07 - Tamat

Labels: , ,

 

Sunday, September 16, 2007

Dellooo!

16 September 2007.
Happy birthday our baby boy!
Haizdell sudah 14 tahun.
Rumah kami sudah tiada bayi-bayi kecil lagi.
Yang paling kecil ini pon sudah jadi terlalu BESAR.
:)


Menurut kata seorang teman lama bernama Kian Shen, meletakkan gambar sendiri di blog itu adalah perbuatan yang hina. Dia mengklasifikasikan perbuatan ini sebagai melacur kamera. Oh, lucu! Boleh click untuk melihat aksi pelacur yang memualkan ini.


Kisah-Kisah lain

01 -
Malam semalam, pulang je dari kamar bunda aku terus tidur. Rasanya sudah berhari-hari tidak tidur malam. Tapi tidur pon tidak tenang. Aku mimpi yang aneh-aneh lagi. Seingat aku, dalam mimpi tu aku berlari ke sana ke sini mengejar sesuatu. Dan pada posisi yang lainnya, aku seperti berlari menyelamatkan diri dari sesuatu. Tidurku terasa sangat meletihkan. Maka, aku bangkit awal pagi lagi. Dan skrin komputer hitam sahaja. Ketika hendak keluar dari bilik, aku terjatuh depan pintu akibat kesakitan yang amat. Akhirnya aku kembali ke katil. Bercadang hendak menyiapkan autocad drawing tapi perutku memang kerbau! Setiap kali si perut yag macam kerbau itu bergelora, setiap kali tu lah aku menitik air mata. Sakit gila! Kalau hospital menawarkan suntikan ubat penenang untuk aku tidur 7 hari 7 malam pon aku mahu. Asalkan aku tak perlu berasa sakit lagi.

02 - There are things.. word can't describe.

Labels: ,

 

Saturday, September 15, 2007

Kesihatan yang tidak menentu

Sejak melawat Jakarta, hidung aku alami pendarahan yang berterusan hampir tiga minggu lamanya. Kata doktor, aku alami panas dalaman. Difikirkan semula, perkara yang sama berlaku sebaik saja aku pulang dari Jeddah ketika melakukan umrah 5 tahun lepas. Aku demam secara drastik dan berpanjangan ketika itu. Sebenarnya antibodi aku lemah.


Dua minggu lalu, aku disyaki Denggi. Tapi setelah ujian darah, aku disahkan negatif HIV denggi. Alhamdulillah. Tapi kejadian naik turun suhu berlaku juga berminggu-minggu lamanya. Sehinggakan ibubapa mendapatkan berbijik-bijik buah kelapa muda untuk diminum. Siang, aku baik-baik sahaja. Malam, suhu akan naik mendadak. Dan kadang-kadang aku jadi sejuk yang amat, dan kejap-kejapnya panas pulak. Sebenarnya aku betul-betul rasa tak bersemangat sejak kebelakangan ni.Emosi tak menentu. Inilah yang aku maksudkan sebagai STRESS.


Satu minggu yang lalu, aku mula rasakan satu perubahan emosi yang sangat mendadak. Aku dah alaminya beberapa kali. Aku tidak pernah berjenaka setiap kali aku memberitahu siapa-siapa pun bahawa aku stress. Kerna aku benar-benar pasti jika aku stress. Aku tahu aku stress bila setiap kali bangun tidur, air mata aku mengalir. Kadang-kadang tanpa sebab. Dan tanpa sebab juga, aku terdorong menimbulkan masalah dengan insan-insan terpilih. Aku boleh jadi marah dan sakit hati dengan hal yang kecil. Aku boleh kembali baik macam pari-pari dalam selang waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan sebagai radang emosi. Dan kejadian ini bukan atas kemahuan.


Aku sudah bertemu seorang doktor (sahabat bunda). Aku ceritakan masalah emosiku yang gila macam kerbau itu. Doktor kata, itu hal biasa bagi kes-kes individu tertentu. Hello dunia, aku tidak mahu bercerita segala perincian kesihatanku kerna aku bukanlah bahan ujikaji. Aku cuma mahu mengadu domba sikit sahaja. Aku betul berasa tidak selesa dengan emosi sebegini. Sudah dua malam aku tidak dapat tidur kerana emosi dan kesakitan dalam perut yang sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Emosi memang kerbau! Kalau dihitung, aku yakin tidak ada punca nyatanya aku harus berasa sakit emosi. Tapi itu bukan kemahuan!


Sepanjang hari ni, aku terpaksa alami penderitaan di atas katil sepanjang masa hinggalah aku tertidur. Hanya sedar pada jam 5 petang. Terus ketemu Bunda, menangis kesakitan dan Bunda kata.... aku harus ketemu doktor lagi sekali. AGAIN? Oh, aku sudah jemu asyik ketemuan doktor kebelakangan ini. Kenapa tidak ketemuan orang lain pula? Kerna doktor belum-belum juga sembuhi aku.


Aku tidak peduli kalau perasaanku tidak difahami.
Tapi tolong fahami kesihatanku.
Aku rasa... tak seronok betul.
Aku nak sihat macam kanak-kanak Milo.
Nak pergi minum milo lah.

Labels: , ,

 

Love is blind.

"kalau i tau u beli pizza, i tak order nasik campur"
"it's okay"


"i tak kisah ada girlfriend yang status dia lagi tinggi dari i.Cuma i tak suka orang sindir-sindir,"
"ya. i understand,"


"next time please jgn bagi i hadiah yang i tak afford nak beli, nanti orang kata i kikis duit you"
"Okay"


Dan Putri ambil balik sut mahal yang dia hadiahkan buat Reza. Next, Putri jahitkan sendiri sut yang sederhana je buat Reza. Reza senyum.

"Thanx sayang"


Complete. Putri sayang Reza walaupun Reza tu orang biasa je. Tak ada kereta. Tak glamour. Tak ada duit. Putri selalu call Reza tak kira masa, tempat dan keadaan. Because she loves Reza. Reza selalu call Putri after class. Putri always said... it's okay sayang. Itu scene Gol & Gincu.


Aku rindu scene tu. Kenapa Love is blind? Sebab Love tak ada mata.


RAMADHAN | Salam Ramadhan semua. Ramadhan macam biasalah. Buat everybody excited termasuklah aku. Bukan sebab nak raya, tapi... memang 30 hari ni akan dirasai sangat berbeza. I mean, semuanya! 30 hari ni lah waktunya untuk kita semua buang ke dalam tong sampah kesemua rutin dan suasana hidup yang biasa. Kerana Ramadhan luar biasa. Lapar, dahaga, tenang, berbuka, bersahur, terawikh. In short, everything is different *smile*


STRESS MEMANG SERONOK | Family will always be my priority. Petang tadi, after class Amalan Profesional ... terus aku tinggalkan UKM. Memang sangat teruja hendak pulang ke pangkuan keluarga. Malam semalam lagi aku sudah histeria hendak lari dari UKM. Waktu tu jam 12 tengah malam. Ada orang kata memang KEPALA OTAK betul aku nak balik Cheras tengah-tengah malam macam tu. Hey, ahahaha! *laughing like hell* Orang gila mana peduli malam atau siang. Orang stress kalau dah kena sampuk penyakit gila, mati pon dah tak takut la you! Apalah you ni *laughing terlentang-lentang* Tapi orang stress separuh gila walaupun tak takut malam, dia takut kepada ibubapa. Sebab tu aku cancel saja rancangan berani mati tu. Because... "Kalau berani, baliklah! Jangan degil eh. Fikir sikit dah malam ni!, " Uuuuu... Bunda marah. Beg yang sudah siap dipacking terpaksa diheret masuk ke dalam almari semula. Dan aku tidur dengan tekanan yang sangat tinggi.


PAGI TADI | Ada kelas Ukur Tanah. Ada amali. Great, amali waktu bulan puasa. Ukur-ukur tanah bawah matahari, tekak haus dan tak boleh minum. Memang menarik. Tapi pagi tadi was really great la! Sebab tekanan sudah hilang. Entah pergi mana, tak tau. I feel fresh. Mungkin sebab terlalu sakit, dan dibiarkan membuatkan aku rasa immune. Akhirnya penyakit gila sudah pulih. Aku macam dah boleh fikir. Ye la. Ada orang kata, its not serious things. So, buat apa aku nak fikirkan? Ada orang boleh letak ke tepi semua masalah. Kenapa aku tak boleh? Okay, aku pon nak letak ke tepi juga. Buat apa nak bincang-bincangkan? Kelakar! Very funny. Ini bukan United Nation nak kena discuss one problem seriously. Ini hal kecik je. *gelak terbahak-bahak*. Keciiikkk... sangat. Orang lain relax je. Aku sorang nak gila, buat apa. Oh, aku sangat funny rupanya. Bukanlah funny sangat *gigit kuku* Cuma aku teringin nak settle down *smile* Tapi tak apalah. Buat apa nak settle down. Silent treatment kan best. Apa kata pepatah Melayu tu? Tepuk sebelah tangan, tak berbunyi. Lebih baik dua-dua tak payah tepuk. Diam itukan AMAN. ahahaha *gelak macam diva*


HATI PLASTIK | Hati aku memang diperbuat daripada plastik. Lucu tak? Ahahah... Hati plastik senang cair. *hint* Aku suka angin. Aku nak terbang ikut angin. I mean... I will keep on following the flow. Sebab hati plastik memang macam ni. Nampak je keras, tapi alahai... senang lembut. Lucu kan? Hati ni memang organ yang luculah. Jom gelak!


HATI PLASTIK 2 | Marah? Mana ada marah. Kan aku dah banyak gelak ni. Tak marah lah. Buat sssusah-sssusah aje. Aku cuma berkecil hati dengan terlalu banyak hal. Dan stress sebab tak dapat nak luahkan banyak hal. Tapi its okay. Really it's okay. Hati aku masih ada banyak tempat kosong untuk simpan semua benda tu. Kalau ada kata-kata 'menarik' nak disampaikan, silalah... masih ada free space.


Tq Beylo... sebab at least I can talk to you :) I nak talk, tak ada orang nak dengar. Sebab I lucu sangat kot. Kih kih kih!


Aku sedang gilakan sinetron Kawin Muda lakonan Agnes Monica. Dari petang tadi sampai pukul 4 pagi ni aku streaming kat Youtube. Sambil bosan tunggu dia stream, aku tengok Gol & Gincu season 1. Nak bunuh masa. Tapi aku pon rasa macam terbunuh sama. Aduh, sinetronnya memang asyik! Lumayan deh.







aku rindu.

Labels: , , ,

 

Sunday, September 09, 2007

Tick - TAG - Toe

Budak kereta kuning suruh saya jawap soalan-soalan strukturnya yang tiada markah ini. Demi persahabatan, saya malas nak berkira sangat. Layan...

4 jobs I’ve had in my life
1. a big money spender
2. a bad and a good daughter
3. an undefined architecture student
4. architect wannabe

4 movies I can watch over and over again
1. Kuch Kuch Hota Hai (no joke! serious man...)
2. Ali Setan (u can say I sound funny but ... )
3. My Bestfriends Wedding
4. Eiffel I'm In Love

4 places I’ve been on vacation to
1. Bandung + Jakarta (sweet like chocolate)
2. Singapore + JB
3. Terengganu + Lumut
4. Brunei ( Brunei truly for Malays!)

4 of my favorite dishes
(this is the latest)
1. Nasik Lemak Rendang Ayam (Bangi Kopitiam)
2. Bihun goreng singapore (The Pelamin)
3. Chicken Blackpepper (Bangi Chicken House)
4. Nasik goreng (Bangi Village View) <---- suasananya seru!

4 places I would like to visit
1. Dubai Dubai Dubai (agak cacat kalau architect tak teringin nak lihat kemajuan architecture Dubai)
2. Saudi Arabia (rindu Tanah Suci Mekah + Madinah + Jeddah + Thaif)
3. Bandung again (nak beli kasut dua bagasi)
4. Shanghai

4 most overused words
1. Ye er?
2. Stupid
3. Gila
4. Cinabeng (ya ampun! arti sebenarnya saya tak pernah tahu. Kalau artinya adalah lucah + jijik + biadab... sila nyatakan. Aku sumpah akan hapuskannya dari mulutku)

4 TV shows I love to watch
1. manjalara
2. one three hill (pretty boys always turn me on. Come on, huk huk!)
3. spongebob squarepants
4. 3R

5 things found in my bag
1. Purse Roxy yang sangat BERMAKNA. Tanpanya duniaku gelap. One, tiada money pasti ku mati. Second, tanpa matrix card, aku umpama banduan lari dari penjara)
2. Sony Digi Cam
3. Kunci kereta + kunci room
4. Handphones aku yang klasik lagi antik itu.
5. Lotion


5 things found in my wallet
1. DUIT !
2. Resit belian yang jumlahnya lebih tebal daripada duit.
3. Kad Madrix + I/C + Lesen +ATM cards
4. Gambar saya dan adek Dell (sori dear. You picture is on the way. Ngee )
5. Business cards

5 favorite things in my room
1. katil saiz permaisuri + Choki
2. Study desk di alam fantasi
3. meja solek
4. aircond (kematian tanpanya)
5. PC yang tua bangka

5 things im currently into
1. shopping
2. money
3. assignment + townhouse (wuuuuu...)
4. foods
5. dear

people im going to tag
1. My dear (ni qu na li?)
2. you
3. my readers
4. you
5. my readers



Fast track.

Festival Senibina IV -
Maafkan aku. Festival ini tidak best. Paling tidak best yang pernah terjadi dalam sejarah JSB. Kenapa mereka tak faham bahawa festival ni sangat penting dan semua orang nak dia jadi happening???? Okay, I better button my lip.


Retail Therapy - Sabtu dengang Ahad (pagi tadi) pergi beli belah. Sebuah terapi jiwa. SANGAT banyak stuffs yang diingini berjaya dibawa pulang.

Sungei Wang
  • 6 pasang baju
  • 2 bubble necklaces in red and white
  • 1 pvc belt in white
  • 1 handbags in glamorize black
  • 3 pairs earings
Berjaya Times Square
  • Black Bag from Momoe for Bunda.
Metro, Kajang
  • Blueberry Cheesecake for Bunda's birthday
  • T-shirt for my leng zai
  • T-Shirt for Bunda
Shopping.Completed.My.Day.

Makan - Kami dah buat persetujuan. Tak akan ulang makan di restoren-restoren yang sama. HARUS berusaha keras setiap kali meal mencari lokasi makan baru. Aku suka, aku suka!Good idea kan? Oleh itu, dalam masa seminggu ni je dah merata-rata tempat kami try sekitar Bangi. Bila dah selesai ekspedisi makan kami di Bangi nanti, mungkin akan ke destinasi lain pulak. Seremban ke, Melaka ke, Terengganu ke... Alor Setar ke..... Alor Setar? Satgi kena pelempang percuma dengan ibubapa pandai-pandai makan sampai ke Alor Setar. Kami bookmark Village View. Mungkin akan pergi lagi lebih kerap. Dan goodbye to Yankies Hut and Rimbun Klasik. Alahai... kenapakah makan itu best? Lagi best, lagi banyak duit diperlukan. Makin stress aku dibuatnya. AHAHA! Saya nak duit banyak! Saya nak makan yang enak-enak.... (baik ke cakap macam ni?)


5 September - Hari lahi Bunda. Selamat hari lahir, ma! With lots of loves and hug and kisses and cares and Ma, you are fantastic! I know the Virago always makes you happy. You rock!


Works-Bucket
Minggu ni ada DUA presentation sekaligus. Memang seronok. Hingga mencuit hati. Teori dan Rekabentuk Senibina // Kemahiran Menulis. Bercakap tentang Kemahiran Menulis, entah apa jenis subjek lah kami dah terjerumus ni. Subjek wajib U pulak tu. Dan tak lama lagi submission untuk floor plan, section and elevation untuk townhouse. First design floor plan aku sudah dikrit. Maksud aku, sudah dihentam dan banyak amendment perlu dilakukan. Amendment? Lebih baik aku cakap.. aku kena susun plan balik. Seronok! Memang seronok gila. Gila pon tak seronok seperti ini.


Gambar-gambar cantik, indah dan lawa akan dimasukkan kemudian hari. Kerna aku sudah mahu berhenti melakukan kegiatan tidak berfaedah ini. Jumpa lagi.... minggu depan. Atau minggu depan yang lagi satunya. Atau... bulan depan. Biar waktu yang menentukan.

Labels: , ,

 

Saturday, September 01, 2007

Bukan Bintang Biasa



ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

ku pernah menyendiri
di sini ku akan terasa sepi
walaupun bibir penuh gelak tawa
namun hatiku sepi

jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

ku pernah punya cinta
namun kini ku sedang suka kamu
cintaku dulu tlah kubuang jauh
kini ku ingin kamu

jangan bilang tidak
bila kita belum mencoba
siapa yang tahu akan sama
hatimu dan juga hatiku
lamanya bercinta bertahun tahun putus juga
kuharapkan dengan dirimu
walaupun singkat pendekatan
cinta kita kan abadi

jangan bilang tidak
waktu dicium aku bingung
namun dada ini bergetar
pipipun semu
namun aku mohon
jangan bilang tidak




Hari ini kubelanjakan waktu dengan melakukan aktivitas lagha seperti kebiasaannya. Aduh, chup chup! Selamat Hari Merdeka (belated) kepada tanah airku, Malaysia. Seperti biasa, semangatku terbakar-bakar menjelang 31 Ogos demi CUTI UMUM. Jangan nak keji aku, kerna aku yakin engkau pon sama seperti aku.


30 August (Khamis) - Hari presentation untuk projek Housing Masterplan. Jadinya, aku dan teman-teman mengambil cuti umum dan cuti hujung minggu ini sebagai liburan yang syurgawi walaupun sepatutnya TIDAK. Kerna persembahan masterplan kami tidak berjaya memberikan 'WOW element' kepada Encik Irfan dan Puan-Puan yang lainnya sebagaimana yang mereka harapkan. Maka, kami kena rectify masterpan itu. Owh, sungguh seronok!


31 August (Jumaat) - Pulang ke pangkuan keluarga kerana kami ini keluarga patriotik. Kemerdekaan perlu dihayati. Maka, kami sekeluarga memerdekakan diri dari kehidupan rutin yang membosankan. 31 August 2007 telah menjadi HARI KELUARGA buatku. Paginya, atuk dan nenek tercinta tiba di kediaman. Kufikir mereka benar-benar mahu menyertai program keluarga patriotik kami tapi ternyata aku silap. Atukku telah 6 hari di KL tetapi menginap di hotel. Pada hari ke-7, beliau melawat ke kediamanku untuk melihat batang hidungku. Selepas itu, atuk nenek pulang ke Johor. Kami sekeluarga meneruskan program keluarga patriotik dengan berjalan-jalan ke Kuala Kubu Baru dan seterusnya pulang ke kampung halmaan di Tanjung Malim bertemu sanak-saudara. Hatiku girang ketika berhenti di gerai buah-buah tempatan. Walaupun aku pernah suatu waktu dahulu membuat kenyataan keji di studio bahawa aku bukan penggemar buah-buahan tempatan, tetapi percayalah bahawa aku seorang penggemar manggis dan air kelapa muda yang hardcore. Tetapi strawberry Bandung masih mengganggu nafsu serakahku.


Di Tanjung Malim, berlakulah kejadian perkumpulan sanak sedara tanpa diduga. Sangat gembira. Hatiku melonjak riang. Malah punya gembiranya sampai hatiku melompat galah gara-gara mendapat habuan WANG dari atukku yang hartawan dan juga dari pakngah yang dermawan. Hidup memang indah jika dikelilingi oleh mereka yang dermawan. Ibubapa juga sangat dermawan. Syukur... syukur....


Tamat contengan senteng akal dariku.



*** BUKAN BINTANG BIASA ***


Hari ini aku telah download kesemua soundtrack BBB. Woh, kusuka. Hatiku tak keruan kerna kepinginnya sangat mo nonton BBB tapi dimanakah boleh kudapat filemnya? Aku suka Ayushita. Beliau comel. Setiap kali aku menonton lakonannya, aku terasa mahu memeluknya. Maksud aku, aku bergurau sahaja. Tapi Ayushita memang seorang cewek yang imut lagi cool. Lagi-lagi dalam Spaghetti.

Maka, di bawah ini aku sertakan OST BBB yang boleh dicuba oleh kalian. Tetapi, aku tidak dapat menyediakan kemudahan muat turun kerna aku tidak gemar melakukannya. Engkau nak, pergi berusaha. Aku cadangkan, selongkar di Multiply. Memang dijamin ada.

  • Bukan Bintang Biasa
  • Maafkan
  • Kucinta Apa Adanya Kamu
  • Tak Mau Sendiri
  • Tergila-gila
  • Karena Cinta (ini yang paling kusuka)
  • Jangan Bilang Tidak (Seperti yang dikongsikan melalui youtube di atas)

Oleh kerna aku cepat bosan dan aku tidak berapa berkenan dengan putaran muzik tempatan di corong radio tempatan, setiap kali punya waktu lapang (pada waktu tidak lapang juga) aku akan mencari gali lagu-lagu seberang yang menepati taste sederhanaku. Aku mahu berkongsi dengan kalian supaya kalian boleh turut mencari gali selepas ini. Tapi ada lagu yang sudah basi barangkali.

  • Seumur Hidupmu - Element
  • Dokter Cinta - Dewi Dewi (Lagu ni aku 'belajar' masa di Indonesia tempoh hari. Balik KL, aku terus buat kerja cari gali kerna menurutku, lagu ini tidak ada promotion di Malaysia tapi lagu ini asyik berputar je sepanjang aku di Bandung - Jakarta sampai aku jadi berkenan)
  • Elang - Dewi-Dewi
  • Tatapan Cinta - Syahrini (OST Coklat Stroberi)
  • Kenapa Malu - Acha Septriasa (OST Love Is Cinta. Aku sudah download kesemua lagunya tapi aku tak beraba berkenan maka aku malas nak lelong)
  • Menerima Kau Pergi - Acha Septiasa ft Irwansyah (OST Andai Ku Tahu)
  • Damai - The Fabulous Cats (Eh, eh... promote la lagu Melayu sikit kan. Kata patriotik tadi... :p)


Jariku sudah mahu putus (alasan). Aku harus berhenti. Kisah Bandung - Jakarta akan diconteng sebaik sahaja gangguan emosi dan radang perasaanku pulih kelak. Lagipun, aku bukannya dalam kondisi baik sangat sekarang ni. Hatiku ... cedera. AHAHAHA! Seronoknya....

Labels:

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."