Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Sunday, February 24, 2008

Back to the root

Theater.
Opera.
Theater.
Opera.
Opera.
Theater.
Auditorium.
Acoustic.
Opera.
Theater.


Disimpulkan menjadi satu : Final project ni macam takut je. Study acoustic bagai. Mengalah sebelum berjuang adalah ciri-ciri kejatuhan maruah. Ih. Susah belajar seni bina. Lagi-lagi dalam misi menuju sustainability ni.



Untuk mencapai misi universitas ke arah sustainable architecture, studio kami dijadikan ujikaji budaya. Menurut pensyarah, sustainability itu harus disemat dalam diri kami sendiri sebelum diaplikasikan ke atas bangunan. Kalau engkau mahu aku cerita apa itu sustainable architecture, aku akan memerlukan persembahan bantuan Microsoft Office Power Point. Cerita dia panjang. Untuk kefahaman umum, sustainable architecture adalah seni bina yang menghormati alam, keaslian, dan something like back to the root. Engkau masih tak faham? Duduk diam dan terus baca .

Untuk langkah pertama, Puan Akmal dan para pensyarah mencadangkan studio kami :
  1. memakai fabrik batik setiap Khamis dan pada hari formal. Sangatlah tak nak. Maafkan saja aku.
  2. makan menggunakan dulang secara beramai-ramai. Pergi cafe, minta dulang dan isi nasik juga lauk-pauk untuk dikongsi bersama dalam 4, 5 orang. Yeww! Hanya kalau semua orang susah sahih hygenic, barulah aku deal.
  3. bila hidangkan pensyarah food ketika presentation, jangan hidang dalam pinggan, hidang guna daun pisang. Sudah! Satu kerja cari daun pisang pulak.
  4. Tak boleh guna botol-botol mineral water yang tidak sustainable.
  5. Kutip kayu-kayan bermutu dibuat bahan struktur dalam construction.
Ini semua macam cadangan mulut saja lah. Aku harap pensyarah tak berniat menjatuhkan hukum secara mandatori.


Walllaah!
Ya ya. Back to the root memang satu pengajaran yang perlu kita semua didik diri secara natural. Tetapi bagi aku, ianya tidak akan lebih dari sekadar sebuah revivalism. In term of practicality, ia macam sandiwara.


Cuma mahu berkongsi dengan engkau semua. Betapa seronok mendengar talks in architecture. There you'll learn all about life. Architecture is all about life. You have to be a doctor, a patient, a patient's family, and even an architect to design a hospital. Seriously. Kena tahu everything about hospitality. Then, you gonna read mountains of medical books. See... Sekarang, kami nak design Performing Art Center, we have to study about Penang's naturality, culture and heritage. And of course, acoustic. Oh.Kami dah buat semua benda termasuklah belajar psychology, soul and poetic value.


Bangunan aesthetic ; ada soul ; technically good ; and healthy.

You think it's easy?
Think twice.
And trice.

Aku suka dua sesi briefing on last Thursday and Friday. Seronok. Honestly, apa yang pensyarah katakan had ... (at least) mempengaruhi minda aku. Kita kena kembali ke akar umbi. Mempelajari etika tradisi. Not only to save our beloved Earth, but to grab as many AWARD as we can. AHAHAHAHHA!. Betul, babe! Best buildings akan menang award. Macam artis pulak.

we are the architects of 2020!

Am I?

What are my 5 years planning? Who am I in the next 5 years time?
Tidak pasti. Tetapi sekarang ni, aku sudah ada naluri untuk menimang cahaya mata. Ehem. Maksud aku, memiliki mata yang bercahaya. Ya. ya! Mata yang sihat. Dan aku kenalah belajar menggunakan eye-mo tanpa berasa geli-geleman. (purrrfttt!) Maybe, aku sudah mendirikan rumah tangga. Ya ya! Yang bermaksud, aku akan menjadi arkitek yang merekabentuk sebuah rumah yang mempunya tangga spiral. Ya! Begitulah. Dan aku juga plan untuk honeymoon sebanyak 25 kali. Err.. maksudnya, hendak naik ke bulan sebanyak 25 kali. Ya. Itu sahaja. Simple Plan. Planning lain? Aku mahu beli rumah di Hollywood dan makan dinner at least sekali dengan Lee Hom. Mahu shopping sakan di Beverly Hills. Yang ini, tiada maksud tersirat kerana ia memang sesuatu yang straight to the point. Ehehe. Mata yang bercahaya! Cahaya! Cahaya! Bila dibaca-baca semula, ini seperti bukan sebuah planning. Ini macam sebuah karangan 'Mimpi Saya'. Kesian engkau semua kerna membaca tulisan murahan ini. Kesian engkau semua! Kesian sangat.


Masih mahu baca?


Aku berasa sangat bosan beberapa minggu ini. Ada beberapa perkara nak aku lakukan. Dan aku akan lakukan walaupun secara sendiri.
  1. Pergi upgrade laptop pada hujung minggu.
  2. Membeli printer dan scanner pada hujung minggu.
  3. Membeli belah. Lama tak membeli belah kerna aku tiada mood hendak membeli belah kerna setiap kali membeli belah, pasti aku akan ketemu satu masalah rumit. Aku bosan! Aku tak peduli lagi. Aku akan pergi secara sendiri. Kerna secara jujur, aku berasa sangat pilu kerna aktiviti beli belah aku sudah tidak macam dulu. Terganggu. Terbatas. Ada banyak syarat. Definisi Shopping bagi aku ialah keluar masuk ke semua butik / kedai secara tenang. Aku sangat rindu mahu membeli belah seperti itu. Tetapi tidak tahu harus bagaimana caranya. Mungkin melakukan sesuatu secara sendiri mengikut kemahuan sendiri akan menyeronokkan hati sendiri. Stress macam kerbau.
  4. Aku mahu perfume. PERFUME. PERFUME. PERFUME. Baru aku sedar, dah berapa bulan tak beli walau sebotol perfume pon. Sangat tak rockstar!
  5. Aku tidak mahu diganggu pada ketika aku berasa nyaman. Berdua lebih baik. No third party involved. Or else, I prefer to be alone. Because time is the only thing that money cannot buy. Kalau masa boleh beli, aku sudah beli kesemua masa dan simpan sebagai bekalan di hari depan.
Arkitek tidak boleh buang masa. Menghabiskan jumlah waktu yang lama untuk blog adalah tidak wise. Kerna blog ini tidak menjana wang (Mampus aku lepas ni, adalah tu orang nak ambil kesempatan mengajar aku online business. Get lost!) Kalau engkau tahu caranya menjana wang dengan menghasilkan entry yang sangat panjang macam extremist, engkau boleh buat deal dengan aku ok. Sekejap je aku boleh kaya. Aku suka magik. Aku mahu magik yang boleh menukarkan huruf-huruf karangan aku menjadi dolar. Siapa magician, ym aku ok. Kalau bukan magician ... pergi ym orang lain ok. AHAAHA. Pendek kata, siapa banyak duit tapi rasa nak buang duit ... boleh buang dekat aku. Aku nak pergi Beverly Hills. (suka hati aku je)



edit:

Ada seorang member bernama Fara mintak tolong aku promote satu charity concert ni. Bagi menambah functionality blog aku yang tak berapa berfungsi optimum ni, aku tak da kesah pun membuat iklan. Iklan ni tak jana wang ok. Engkau jangan ingat aku dah sign up online business.



Tiket berharga RM10 sudah sold out. Siapa berminat, sediakan RM15 sahaja dan boleh menghubungi Far menerusi YM beliau : Sweetgirlfean

Selebihnya boleh klik juga di poster dan baca secara baris ke baris. Aku tak da kaitan ya dengan concert ini. Jangan YM aku. YM Far sahaja. Kalau engkau YM aku tanya pasal concert, aku akan tipu engkau secara extreme. HAHA.

Dear Far yang muda,
artist Taiwan tak da ka?
Lee Hom?
Jay Chou?

Labels:

 

Saturday, February 23, 2008

Entry Ini Pelik.



Aku psycho dia? Dia di-psycho? Mereka yang lain ter-psycho? Saling psycho-menyaiko? Gila tak seronok main psychology. Yang penting, hati aku tidak sakit. Kalau fizikal engkau sakit, emosi engkau pun sakit, memang rasa jahanam kan? Formula hidup aku senang ; Biar badan aku sakit secara extreme, asalkan hati aku sehat secara total. Bila hati aku sakit, aku agresif. Sangat tak bagus menjadi agresif kepada persekitaran. Aku tahu aku beraksi di luar batas normal. Tapi aku bukan seronok-seronok menjadi extra-ordinary. Badan panas boleh kasi kipas. Hati panas, macam mana mahu kipas? Kasi telan itu kipas ka? Mahu mati?


Aku memang seorang yang sedar diri dan kenal diri aku secara hampir total. Kalau aku marah, aku tahu kenapa aku marah. Bila mood aku drop, aku tahu puncanya. Aku bukan seperti orang lain yang common menyatakan : entahlah, aku tak faham diri aku. (sumpah aku menyampah gila ayat ni) Oh, no no no! Aku faham diri aku. Akulah yang paling memahami diri aku. Siapa-siapa pun jangan berani mengatakan bahawa dia lebih memahami aku ok. Nanti aku tendang engkau. Sebab hanya aku yang paling tahu diri aku. Kalau engkau fahami aku secara dalam pon, engkau jangan perasan engkau sudah fahami aku secara total. Kalau engkau masih rasa begitu, engkau sangat syok sendiri dan perasan genius. AHAHAHA.


Aku sentiasa sedar dengan emosi aku. Aku seronok kalau persekitaran menyeronokkan aku. Kalau persekitaran menghentikan keseronokan aku, aku sanggup perang untuk diri sendiri. Kalau aku membuat salah kepada persekitaran, dengan tak malunya aku berani meminta sorry.


Memang aku ada buat salah. Emosi aku suka buat sawan. Aku memohon maaf secara honest. Benda kecil selalu berada dalam fokus aku. Aku bukan remeh-temeh punya kaki. Small things also count. Tak da benda yang tidak dikira dalam hidup ini. Semua akan dikira. Engkau boleh panggil aku complicated kalau engkau mahu. Menjadi terlalu simple bagi aku adalah bosan. Kalau ada antara engkau yang mengaku hidup engkau sebagai SIMPLE LIFE, engkau memang bosan menurut aku. Kalau engkau jenis tak jaga emosi sendiri iaitu dengan menelan kesemua pahit maung kehidupan secara paksa, engkau memang tak menghargai diri sendiri. Hati ada SATU sahaja. Jangan simpan yang buruk-buruk. Kasi hati senang dan puas. Barulah namanya menghargai organ sendiri.


Objektif contengan aku yang ini memang sebagai provokasi. Bukan motivasi! Aku tak berapa suka motivasi. Aku suka provoke orang sahaja. Mungkin engkau rasa aku macam racun fikiran engkau. Kalau engkau rasa ini racun, engkau boleh pilih untuk ignore. Aku ulangkan lagi. Aku memang provoke engkau. Come on, babe! Hidup tidak boleh simple sangat. Engkau mesti mengejar kesempunaan. Ya. Nobody is perfect. Tapi engkau boleh capai ke tahap 99.9% perfect. Selagi masih hidup, selagi itu ada chance menuju kesempurnaan.


Serius, puaskan hati sendiri secara total. Jangan pernah berhenti dari berfikir. Orang yang diam berfikir itu adalah sangat rugi.


Aik? Confuse juga entry ni. Engkau semua lebih baik bersurai.

Pesanan : Entry ini memang pelik. Aku sudah buat draft awal tentang komen-komen yang bakal engkau semua post. Engkau akan menyatakan ketidakfahaman. Engkau akan menyoal aku dengan soalan beraneka pilihan dan soalan-soalan struktur. Kalau engkau bakal melakukan salah satu tindakan seperti yang sudah aku sebutkan ini, engkau jangan drop komen ok. Aku malas nak buka comment page sebab connection slow. AHAHA. Kalau engkau ada pandangan istimewa, barulah engkau drop komen ok. Yaaa... yaa... sangat pelik. Aku juga berasa pelik kerana menghasilkan entry ini.



Labels: ,

 

Thursday, February 21, 2008

Animals Kingdom.

memang nasib monyet sangat baik.
hari ni dia tak terserempak dengan aku.
kalau jumpa, aku kungfu dia punya kepala.
aku kasi dia package 2 in 1.
Iaitu kungfu campur karate.
dah lepas puas kungfu kepala dia, aku nak minta dia bagi balik maruah aku.


"jatuh maruah aku di tangan monyet", masa breakfast kami sembang topik monyet lagi.
"maruah jatuh je kan? tak hilang maruah kan?," Mek Ti ketawa terkehek-kehek.
"jatuh ja. Kalau hilang maruah, tu namanya ditebuk monyet" kata aku dan satu meja ketawa terbahak-bahak macam orang kaya. KAHKAHKAH.


Ditebuk monyet?
See, aku ni tak skema, tahu? Aku boleh melafazkan ayat sedemikian rupa. See, aku ada unsur dirty jugak ma. Secara sedikit. Maknanya aku bukan skematik. Sangat seronok ada dirty sikit-sikit. Barulah remaja usia penghujung. AHAHAHAHA.


Aku bukanlah satu-satunya mangsa yang kejatuhan maruah di tangan monyet. Tadi Shida pon kena jugak. Lagi dramatik. Dikejar monyet dalam rinai hujan. Sangat romantik main hujan bersama monyet. AHAHAHA. Senior aku bernama Kak Jaja pon pernah kena. Lagi teruk tragedi monyet dia. Kawan kawan yang lain pernah juga bilik mereka diceroboh dan dikencing oleh monyet-monyet.Dan Kakak Comel saya kena kejar Pig pulak. Lagi la najis mughallazah! Setakat kena peluk-peluk monyet, lepas mandi dah boleh suci. Kalau terkena sentuhan Pig... habislah mandi tanah tiga hari tiga malam. Aik? Ada ka?


Secara keseluruhan cerita,
sinopsisnya sangat senang.
UKM ni ialah Zoo
.
AHAHAH.
Tak percaya?


Pagi tadi dalam titisan embun dara tu, ketika aku drive nak ke kelas, aku terpaksa break mengejut kasi laluan kepada seekor Squirrel. Kadang-kadang terpaksa patah balik sebab menghormati waktu biawak melintas. Belum lagi aku cerita kisah-kisah kucing yang bergelimpangan dari step tangga pertama sampai step terakhir. Pernah one night ni aku terpaksa panjat ikut blok lain. Tak guna.


Kejadian gajah melintas di depan bilik kuliah dan Harimau Bintang bermain badminton di court mahupun kewujudan Paus Biru di swimming pool masih belum lah berlaku. Jangan engkau hyperbola ok. Imaginasi biar secara sederhana. Kalau dah keluar semua jenis binatang hutan tropika, tu namanya filem Jumanji ok. Dan kalau aku tiba-tiba bercerita pasal kejadian aku lunch dengan Ikan Lumba-Lumba, maknanya aku TIPU lah tu. Walaupun UKM ni sangat sustainable dan sangat tropika macam zoo, aku tak akan mengambil kesempatan dengan membuat cerita hyperbola yang bukan-bukan. Serius, tak ada Harimau Bintang dekat sini.


Macam mana jenis binatang pon, aku tetap takut kucing pada tahap highest. Kalau kucing buat pasal sama aku pon, aku tak da berani mahu kungfu dia. Menulis imaginasi sebagaimana imaginasi aku kungfu kepala monyet pon aku tak berani. Aku sangat takut sama kucing. Dia kacau aku pon, aku tak akan balas dendam punya. Ok, kucing menang! Monyet kalah! Sebab aku berani kungfu monyet tapi tak berani kungfu kucing.


Monyet,
aku bergurau ok.
kita jangan jumpa lagi.
aku dah lupakan dendam lama.
past is past.
kita hidup seperti biasa ok.



Aku sangat takut !! Aku tak mahu kungfu kepala dia. Sumpah aku tak berani! Aku kuat dalam imaginasi saja. Sebenarnya aku tak kuat. Tak kuat. Tak kuat.Tak kuat. Tak kuat. (haha pengecut!)


Dah puas belajar ilmu Zoologi pada kali ini? Sekarang pergi kira berapa jenis binatang yang ada dalam entry ni. Siapa betul, nanti aku kirimkan hadiah monyet ok. Boleh ajar dia menaip dan update blog. Sangat seronok kan hadiah ni. Seronok dan berguna. Hurry up!

Labels: ,

 

Wednesday, February 20, 2008

Malu-Malu Monkey

Kejadian malu boleh berlaku dalam dua cara. Samada secara tidak sengaja ataupun secara sengaja iaitu secara sendiri. Kejadian malu boleh berlaku walaupun tanpa magik. (ya ya. aku suka magik)

Apabila kita terkena kejadian malu, kita berasa sangat tak seronok atau dalam kata lain, bengang. Ketika bengang jantung akan berdetak dengan lebih kencang. Muka akan merah-merah api. Badan akan shaking secara tidak seksi dan perlakuan menjadi serba tak kena.


Kejadian malu 1

muka aku macam biasa, confident tak bertempat. Jalan pon secara yakin tak bertempat. Kawan-kawan dan para junior yang diketuai oleh Farah Diana dan Alias teriak secara tidak lantang "ada monyet, Nurul!," aku pandang depan ke arah lorong. Aku nampak Keghi. Semalam aku dengar ada fight dalam studio antara Keghi vs Zaid. Isu mereka ialah 'Siapa Lagi Monyet'. Mengenangkan kejadian semalam, aku terfikir... mungkin monyet yang dimaksudkan ialah Keghi. See, aku sangat tak guna.

Aku jalan lah ke depan dengan begitu yakin. Kepit purse bawah ketiak as usual. Dalam kepala terbayang goreng pisang rangup dengan roti sardin. Goreng pisang punya pasal, makin ekspress aku jalan. Bergaya sakan. Uih, memang bergayalah.

"Monyet, Nurul!," aku dengar suara Alias. Aku tak percaya ada monyet. Aku yakin... tak da monyet. Kalau ada monyet pon, monyet itu ialah Keghi. Tiba-tiba aku tengok atas meja yang disusun secara banyak, memang ada monyet! Monyet tu terus pandang muka aku. Aku sempat teringat pesan Inda ; JANGAN BUAT EYE CONTACT DENGAN MONYET. Wallauweih, aku sudah terbuat eyes contact secara sekejap! Aku secara tiba-tiba sangat percaya mitos tersebut. Aku apalagi, nampak je muka monyet yang kecik tu, aku berlari patah balik secara dramatik. Lari macam orang gila!

Monyet tu pon lari kejar aku! Sangat stupid punya monkey. Monkey punya monyet! Secara tak sedar, aku menjerit histeria sampai menggegarkan ruang sosial tengah fakulti. Maruah sudah drop. Aku peluk Farah. Farah pulak lari dari aku. Sangat tak boleh harap punya member. Aku diserang sawan monkey petang tadi. Menjerit macam histeria. Semua budak engineering yang tengah study pakat menyaksikan aku. Aku buat show secara berdua dengan monkey. Sangat jatuh maruah. Monkey punya monyet!

Gedix pon keluar dari studio nak tengok show aku yang bernama Nurul and the Monkey. Setelah muka menjadi malu semalu-malunya dan kejatuhan maruah di hadapan ramai orang dan dihadapan monkey, aku cabut masuk studio. Farah dan mereka yang lain duduk meneruskan ketawa terbahak-bahak sambil terus menghina aku.

Masuk studio, aku tak boleh buat kerjaan. Jantung aku berdetak secara luar biasa. Aku bengang. Nervous pon ada. Tapi perasaan bengang lagi banyak dari nervous. Aku bengang kerna maruah aku jatuh di tangan monyet. Sangat tak seronok ar macam ni. Monyet, engkau hutang maruah ar sama aku! Kita jumpa esok. Aku jatuhkan maruah engkau sampai engkau segan nak hidup lagi dalam dunia ni. Ok ha monyet! Esok pukul 5 petang! Jumpa depan cafe.



Kejadian malu 2.
Selepas je puas swim secara kuak bebas, aku pon ajak member naik. Nanti aku lambat lagi dan abang pengawal swimming pool akan bising dengan ayatnya yang berbunyi .. "perempuan ni leceh la. nak make up la, nak touch up la...blabla..," Aku tak da hati mahu dengar dia kata macam tu lagi sebab aku tak da make up pon kat swimming pool.

Elok je aku naikkan badan dari air, aku terus jatuh terjelepok. Cis! Sangat malu. Sangat bengang. Aku tak da toleh ke belakang. Biarlah satu pool tengok aku. Harap-harap, aku jatuh secara cantik masa tu. Aku jatuh secara slow and steady ok. Jatuh maruah lagi. Maruah aku ni asyik jatuh je. Malaslah nak simpan maruah. Lain kali aku keluar, aku tak mahu bawak maruah. Aku tinggalkan maruah dalam bilik. Berjalan-jalan tanpa maruah... mesti tak kejatuhan maruah.

"Eh, lama sangat dalam air ... sampai tak tahu nak jalan ye?," ada pulak aku terdengar suara puaka tu ketika aku bangun dari kejatuhan. Nanti engkau jatuh, aku pulangkan balik eh ayat kau.


Kejadian malu 3.
Aku tersilap masuk lorong tol. Touch n Go aku sudah kosong. Aku sebenarnya nak masuk ticket lane. Tapi termasuk lane tambah nilai diluar sedar. Gila! Aku tak mahu tambah nilai. Walaupun aku punya wang untuk tambah nilai, tapi sangat tak seronoklah kalau aku tambah nilai secara sendiri. Lagi untung kepada diri sendiri kalau abah sahaja yang buatkan.

"Ye dik,"
"I salah masuk lane,"
"Tu, card tak boleh guna dah?," dia nampak pulak aku ada T&G card.
"Oh, no balance,"
"Tak nak tambah nilai?," he was knitting his brow.
"Er. Tak nak," I said.
"Tak da duit?," he asked. Eh eh. Banyak tanya pulak. Tuduh aku tak da duit? Oh ho!
"Ada!," aku balas. Sangat jatuh maruah ma kalau mengaku tak da duit.
"Kan senang tambah nilai je. Then u dah boleh jalan," dia ajar aku how to use TOUCH N GO.
"I tahu. Tapi I tak nak tambah nilai. I nak ticket,"
"Tak de duit?,"dia tanya lagi. Maka aku ketawa terbahak-bahak dalam hati. Muka aku masih steady.
"Ada. Tapi saya tak nak top up sendiri. Saya nak ayah saya top up kan. Saya nak tiket,"

huh?? aku tak sangka aku cakap macam tu kat orang tol. What the hell of me telling him that thing? Perlu ke bagi tau dia? Sounds stupid kan? Professional person can't tell such thing Nurul! Gila ar macam ni. Tak remaja ar macam ni. Tiba-tiba...

"AHAHAHAH. Kelakar la dia ni," lelaki tu gelak pulak. Dan terus keluar mendapatkan tiket untuk aku.

"Nah, suruh ayah isi banyak-banyak eh nanti," kata dia sambil menghulurkan tiket tol. Aku diperlakukan macam anak-anak kecik. Tak guna.

Ya.
Aku sangat tak matured!



Cerita malu sudah habis.
Kepada semua, jaga maruah ok.

conclusively , maruah aku jatuh di tangan monyet. itu yang paling mengecewakan. rasa nak makan monyet tu!

Labels: , ,

 

Monday, February 18, 2008

Sejuk-sejuk panas.



Baru tamat menonton Bukan Bintang Biasa.
Menonton secara biasa.
Dengan perasaan yang biasa.
Menggunakan laptop yang biasa juga.
Dan oh ho!
Sound system juga sangat biasa.
Terima kasih kepada babyblue.
Babyblue : sebuah speaker biru bertelinga dan berongga. Dia juga sangat biasa.

Aku memang seorang yang biasa.

Dua Minggu ini seperti minggu-minggu yang lain.
Sangat sibuk. Sikit lebih kurang macam politician.
Tapi kami tak da buat kempen.
Sebab kami sangat suci walaupun kadang-kadang kotor.
Bila kotor, kami mencuci diri secara sendiri.
Politician tak da mencuci.


Aik?
Tadi cerita filem, tiba-tiba masuk politik.
See, sangat magik.


Filem : Bukan Bintang Biasa adalah sebuah filem biasa. Bella sangat cantik. Ayushita macam biasa, jadi tomboy yang tetap aku minati. Ada seorang watak tambahan, dia adalah lelaki made in Malaysia. Muka ada. Style ada. Tinggi SANGAT ada. Tapi dialog dia sangat tak seronok dengar ma. Dia berusaha berbahasa Indon tetapi dalam slang Melayu. Sangat funny ma.

Aku telah menonton filem secara agak banyak. Tapi tak seteruk dia ni. Aku kan tahap biasa-biasa saja. Aku menonton satu filem satu hari. Dia menonton berfilem-filem dalam satu hari. Dan terbahak-bahak di partition sebelah aku. Sangat sound pollution ma. AHAHA.


POLITIK : pilihanraya umum Malaysia boleh dimetaforakan sebagai ... Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Tetapkan Dapat Sagunya. Oleh itu, semua duduk rileks gigit kuku saja ma. Keputusan sudah ada ma. Sebab rakyat Malaysia sangat simple. Dapat makan sekeping roti canai dan menghirup Teh Tarik mamak di waktu pagi sudah dikira nikmat yang tidak boleh dipertikaikan lagi ma. See, sangat simple. Aku belum puas. Makan sekeping roti canai dan teh tarik mana cukup. Tapi jangan cerita banyak ah! Sebab lagi panjang cerita, lagi banyak orang yang 'simple' ini akan mengajar aku untuk bersyukur kerna tiada senjata atas kepala. Oh, sangat pathetic. Aku tak daftar mengundi. Sangat tak bertanggungjawap. Tapi lagi baik tak bertanggungjawap dari tak terjawap di akhirta kelak. Huh?! Aik? Dah masuk Agama pulak. Dari filem ke politik. Dari politik ke agama. Selain seorang manusia biasa, aku juga seorang yang seimbang.


Engkau puas hati dapat roti canai sekeping?
Dan minum teh tarik tanpa senjata atas kepala?
Engkau boleh pergi menongkat langit ok.
AHAHAHAHANCUR!

Labels: ,

 

Sunday, February 10, 2008

Hati Pecah

Hati sangat pecah.

  1. Petang nanti akan balik kampus. Cuti habis. Esok studio mula beroperasi macam *word filtered*

  2. Mak Yang balik malam semalam. Tah apa-apa budak dua ekor tu datang terhegeh-hegeh bawa Mak Yang balik. Baru seminggu menginap di rumah aku. Belum sepurnama lagi. Sangat mengguris perasaan. Sangat hati pecah. Sangat hati patah. Sangat tak seronok. Selalu bangun tidur, ada orang kata.. "Sayang dah bangun...?," Pagi ni bangun tidur... sunyi ja. Terpaksa la bertanya kepada diri secara sendiri... "Diri sendiri dah bangun....?,"Ih, macam Shizophrenia.

  3. Kerjaan macam tak nak habis-habis. Sepanjang cuti menghadap pc dan laptop secara bergilir-gilir. Dua tiga ni langsung tak tidur siapkan report untuk Ritaul Study. Nak continue siapkan poster, tapi dah tak mampu. Kalau aku teruskan juga, esok confirm aku kena Parkinson

  4. Hari Jumaat, ada seorang JAHANAM rembat duit abah. Sangat banyak dia rembat. SANGAT BANYAK. Sampai abah terduduk dibuatnya. Jahanam. Jahanam. Dia mencuri secara steady. Adek Dell letak wallet abah atas tangga. Jahanam datang rumah nak jumpa abah. Dia ni ada penyakit Sawan. Sebuah penyakit yang boleh di-elaborate sebagai seorang Babi yang menggila. Aku tak gurau ok. Serious. Kalau datang masa-masa dia transform menjadi sawan, abis semua orang boleh dibunuhnya. Sebab itu dia tak ada pekerjaan tetap. Abah sangat kesian dekat dia. Selalu bagi dia duit. Selalu belanja dia makan. Tiba-tiba hari Jumaat tu, tanpa bantuan serangan Gila Pig, dia menjadi Pig secara sendiri. Sampai hati dia rembat duit abah. Kalau setakat seratus dua, mungkin boleh maafkan... tapi tak sangka seorang Pig pon perlukan wang yang besar. Buat apa nak duit? Nak buat surgery hidung ka? Kesian kat abah. Satu hari suntuk abah termenung. Keluar masuk Praying Room. Buat solat hajat kasi lembut hati dia mahu pulangkan. Abah kata, tak da salahkan dia. Lumrah manusia. Mungkin dia tak pernah buat kerja macam ni. Tapi bila tengok duit depan mata. Kelabu mata dibuatnya. And i guess, abah was right. Kadang-kadang bila benda depan mata, bila desakan dalam jiwa dah terlalu kuat, ditambah pula iman yang tak seberapa... manusia akan menunjukkan sifat hinanya sebagai MANUSIA. Haikal kata, abang pencuri tu mungkin drug addict, Tapi abah tak pernah tahu pulak. Kita patutnya buang semua Drug Addict dalam lombong. Atau buang dekat Sungai Amazon. Kasi Pirana makan. Ok ka? Nanti aku e-mail kementerian.


Aku sangat tak nak balik kampus. Waktu macam ni lah aku terasa nak buat magik.



SEMALAM petang, tiba-tiba aku terasa mahu makan bendi rebus. Tah apa-apa. Ijat kata aku kena gangguan perasaan sampai mintak makan yang bukan-bukan, yang tak pernah dimintak selama ini. Ya la. Betul jugak. Malam semalam, Mak Yang pun pergi rebus bendi dengan sangat banyak. Makan dengan sambal belacan. Dah seminggu tak makan malam, akhirnya semalam aku makan nasi di waktu malam. Sangat seronok dapat makan nasi di waktu malam. Rasa macam seorang yang menang! AHAHA. Ma tak kasi makan malam. Tapi semalam berjaya kalahkan Ma dengan melanggar perintah. Sangat menang. Wo wo. Dan pagi ini aku terasa mahu makan bendi rebus lagi. Apa kejadah aku ni?

Aku tak tahu nak kata aku suka sambal belacan atau tak. Sebab aku seorang yang pedas-phobic. Tapi kalau ada sambal belacan, aku akan berusaha untuk makan juga. Dan cara makan aku adalah sangat pelik. Iaitu aku akan makan dengan mencuit sahaja secara sangat sikit menggunakan hujung jari dan makan. Aku selalu terbayang, kalau aku makan secara normal seperti orang lain, mulut aku kan meletup. Halusinasi....



Aku balik petang ni. Beylo pon masih belum pandai buat entry. Aku minta sorry kalau tiada update yang agak lama. Tapi itu sudah semestinya akan terjadi. Esok pagi ada presentation Street Study. Lepas tu Site Analysis dan masuk ke Final Project! Kalau dah mula Final Project, engkau faham-fahamlah betapa aku tak akan peduli pun tentang Beylo. Kepada semua, terima kasih. Aku harap tak da orang copy and paste entry aku secara penuh. Sebab aku dah terjumpa beberapa kali. Kalau engkau nak buat juga, suka hati engkau. Tak boleh aku nak buat apa. Aku jadi terharu ja. Sebab engkau terlalu admire kat aku. AHAHAHA. Maknanya, aku memang best, kau memang tak best. AHAHAHA. Maknanya juga, aku ni superstar, engkau peminat aku. AHAHAHA. Tak da. Tak da. Aku tak kisah. Aku bukan jenis suka gembar-gemburkan isu blog. Cuma, tak cool la kan kalau engkau copy paste cerita aku. Maruah engkau akan jatuh secara dramatik. Sangat kesian.

habis.
semua boleh bersurai ke tempat lain.

Labels: ,

 

Thursday, February 07, 2008

Nocturne

xin sui de hen hao ting
So heartbreakingly beautiful

JC.
J to the C.
Juicy Couture?
Not Not!


JC.
Jay Chou!


Mintak sorry dekat seseorang. Dia sangat tak suka Jay Chou. Tak suka tahap benci. Jay Chou pernah curik pensel 2B dia masa sekolah rendah dulu. Pasal itu dia sangat tak suka Jay Chou. Kata seseorang itu lagi, Jay Chou tak handsome. Lagu-lagu Jay Chou semua tak difahami sebutannya sebab Jay Chou menyanyi mandarin secara tidak jelas. Tambahnya lagi, Jay Chou selalu merosakkan bahasa. Ada ka? Aku tak da peduli pasal isu bahasa. Aku tak faham mandarin maaa. Dia menyanyi mandarin sejati atau mandarin rosak pun aku tak da tahu maaa. Kalau pasal handsome tak handsome tu, okey la aku terima. Jay Chou bukan handsome maaa. Seseorang itu lagi handsome maaa. Puas hati ka? Dia sudah menang muka. Tapi Jay Chou sudah menang suara. Sangat fair maaa.

Aku sangat suka Jay Chou maaa. AHAHA. Handsome tak da. Tapi lagu dia semua unik dari segi melody. Mungkin sebab aku suka genre rap dengan selingan chorus yang melancholic. Kalau Jay Chou datang Kuala Lumpur, aku mahu pergi sambut dia maa. Dan berdiri depan muka dia sampai dia ajak aku dinner maa. Kalau dia tak ajak-ajak juga, aku makan dia maaa. HAHA. Acah je. Lagipun aku belum belajar mandarin maaa. Ada DUA je ayat yang aku pandai sebut dengan sangat lancar. Pertama, ayat hokkien dan kedua ayat mandarin. Kedua-duanya adalah ayat tak baik belajar punya. AHAHA.


My most fav album : November's Chopin



Setiap hari aku mesti dengar lagu Nocturne atau dalam mandarin disebut sebagai Ye Qu. Kalau tak dengar, aku mesti demam panas. Ih? Ada ka? Tak da. Tak da. Tak da sampai demam. Tapi kalau tak dengar mp3, aku mesti menyanyi secara sendiri. Bukan versi mandarin sejati. Aku nyanyi versi mandarin kacukan. Sangat betul dari segi melody tetapi sangat sesat dari segi pronunciation. Menyanyi secara sendirilah katakan.


Aku layan semua lagu lelaki ni. Tak da yang tak layan. Tapi paling layan ialah Nocturne, Ni Lin dan Ting Ma Ma De Hua. Mungkin engkau tak biasa layan Jay Chou. Mungkin engkau layan yang lagi extreme dari aku. Kalau engkau biasa layan Jay Chou, jom kita minum kopi! (Bukan ajak engkau dating maaa. Engkau minum kopi di rumah engkau, aku minum di rumah aku maaa. Minum secara sendiri dan asing-asing) Kalau engkau tak kenal Jay Chou, aku tengah memperkenalkan engkau kepada beliau lah ni. Kalau engkau tak suka Jay Chou, engkau boleh geng dengan seorang orang ni. Aku suka Jay Chou tapi aku tak da buat kerja runtuh moral dengan menatap muka dia secara sawan. Muka lelaki yang tak suka Jay Chou lagi sedap untuk ditatap maaa. (dating mahu ka? Kita minum kopi secara bersama-sama. Mahu?)


Sebenarnya tak banyak penyanyi yang aku sangat suka. Kalau aku suka pun, aku suka secara biasa. Tak da yang terlebih biasa. Cuma ada beberapa je yang aku suka secara terlebih sikit. Dan Jay Chou sangat bertuah kerna menjadi terlebih biasa. Sampai aku kena play Nocturne sebanyak-banyak kali yang boleh. Aku recommend lagu ni kepada semua rakan-rakan Melayu yang tak pernah tahu. Betul. Sangat bagus melody dia. Kalau tanya lirik dia, aku tak da komen. Kalau tanya bunyi sebutan dia, aku suka. Sebab banyak perkataan yang bila didengar, agak cute. Suara Jay Chou sangat cool and steady. Aku kasi dia bintang 4 setengah. Aik?Lagi setengah pi mana? Lagi setengah aku kurangkan kerna dia tak handsome. Kalau dia handsome, aku bagi lima campur bonus lagi 5. Maka, dapatlah dia 10 bintang. Tapi sangat rugi sebab dia kalah muka. Aku bagi lelaki yang tak suka dia menang dari segi muka. AHAHA.


Tolonglah dengar Nocturne okay. Tak menyesal punya engkau tunggu YouTube streaming lagu ni. Kalau suka, ingat! Kita janji minum kopi ok. Kalau tak suka engkau diam-diam okay. Tak payah luahkan. Aku sangat tak fair. HAHA.


Jay Chou - Nocturne (Ye Qu)

Dekat studio pon aku play lagu ni sebanyak kali yang boleh. Tinggal lagi tak beli album je. Sebab rugi maa beli album. Suka macam mana pun, aku tak da tergadai maruah punya pergi beli-beli album bagai. Aku ni peminat yang cool tau. Minat secara slow and steady. Belum mahu extreme lagi ke tahap lebih hebat.


Entry ini tidak ditaja oleh Jay Chou. Komisen pon tak da. Aku tulis secara rela. Tak harap Jay Chou ajak makan malam pun. Ikhlas. Aku memang peminat yang merendah diri. Meminati secara slow and steady. AHAHA. Sebenarnya aku nak ucapkan Happy New Year untuk Jay Chou dan warga lain sebangsa dengannya. Termasuklah kepada seseorang yang tidak suka Jay Chou. Selamat bertahun baru aaaa. Lepas raya, banyak angpow, banyak kaya. Lepas kaya kita terbang carik Jay Chou okay. Kita ajak dia main mercun roket, mercun thunder dan semua jenis mercun. Err. I do not like fireworks :d

Hey hey. Dah dekat seminggu aku duduk DALAM rumah. Setiap hari tengok TV dan tengok PC secara bergilir-gilir. Selain dari tu.. tak da. Kehidupan kosong. Nasib baik ada Mak Yang kat rumah. Bolehlah bermanja-manjaan dan menuntut kasih sayang extra. Time is up. Masa untuk buat kerja. -Habis-

Labels:

 

Wednesday, February 06, 2008

Motivasi diri secara sendiri

Thank you photobucket
Berjalan-Jalanlah Ke Sini.

Selagi admin tak block email aku, selagi tu aku seronok buka account. Tak berani janji samada account photolog ini akan kekal selama mana. Kalau aku rasa seronok, aku akan teruskan. Ya, aku akan teruskan sampailah aku berasa tak seronok. Manusia tipikal.


Biasanya orang cakap tentang rama-rama ber-flying dalam perut. Setiap kali terbaca quotation sedemikian rupa, perut aku rasa geli. Aku rasa quotation itu tidak boleh dipakai maka aku reject secara sendiri. Kalau aku kecut perut, aku lebih terasa seperti ada pisau Rambo memotong isi perut. Rasanya sangat senak, tak selesa, serba tak kena dan sakit. Atau boleh dimetaforakan sebagai bayi menendang perut ibu. Aik? Lain macam ja. Apa pon metafora engkau nak bagi, aku tak da peduli pun. Aku nak buat announcement tak penting. Aku kecut perut. Oleh itu, aku mengangkat tragedi kecut perut sebagai alasan untuk mengurangkan waktu melakukan perbuatan sia-sia. Kalau dilakukan lebih kerap, hukumnya jatuh ke makruh dan seterusnya haram. Aku nak pergi menumpukan perhatian pada kerjaan ilmu duniawi yang mana dituntut oleh Syarak.


Ritual Study belum siap maaa. Presentation board dan juga assignment Amalan Profesional juga belum buat maaa. Gua rasa mahu mati secara slow and steady. Tapi sangat jatuh maruah kalau mati disebabkan assignment. Siapa kata assignment tak seronok? Sangat seronok. Sangat seronok. Sangat seronok. Mahu lagi ka? Ya, sangat seronok! HAHA. Ini motivasi secara sendiri. Boleh dicuba oleh semua orang. Tapi sebenarnya tak berkesan. Langsung tak berkesan. Motivasi FIKIRKAN BOLEH juga sebenarnya tak berkesan. Ia tak lebih dari sekadar menyedapkan hati. Sangat tak guna. Motivasi apa pon, kerjaan tetap kena dibuat menggunakan tangan sendiri. Motivasi langsung tak magik. Aku tak suka. Tapi kalau untuk menyedapkan hati, apa salahnya kita cuba sekali lagi. Assignment Sangat Seronok! Hoyeh Hoyeh!


Tengok, motivasi tak berkesan. Aku rasa nak pergi makan dan minum secara tenang dulu. Lepas tu main-main remote TV mencari-cari yang seronok sampai jumpa. Kalau tak jumpa, mahu senaman ringan secara duduk dan menggoyangkan kaki kiri dan kanan secara berselang-seli. Lepas itu barulah akan memulakan kerjaan. Ada benda alah lagi baik dari motivasi?
 

Monday, February 04, 2008

Di Mana Sharlinie?

Aku ni kan ...

  1. Takut kucing secara mati-matian. Tapi kalau setakat lipas, secara selamba dan secara cantiknya aku pergi kejar dan bunuh. Kalau nampak kucing, aku boleh menjerit pakai suara pitching paling bagus. Tak tipu punya. Mak aku tanya, adakah aku selalu ada imiginasi yang kucing akan terkam dan makan aku secara langsung? Aku kata tak da. Aku selalu berimaginasi, kalau-kalau kucing akan panjat aku dan tiba-tiba kuku taring dia mencakar aku dengan tidak romantis. Aku sangat takut.

  2. Aku suka aircond. Studio yang miskin selalu tak da aircond. Buat hati aku panas je. Hostel yang miskin tu lagilah tak da aircond. Maka sebagai tanda protes dalam diam, aku tak pernah off kipas di hostel. Sentiasa terpasang. Tak kira samada aku pergi kelas atau pun balik bercuti di rumah, jangan harap aku nak off. Bila balik rumah, aku tidur pakai socks, sweater dan glove. Adek-beradik confirm melontar hina pada perlakuan aku tapi aku memang cool. Aku relax ja. Pagi-pagi turun breakfast pon aku selamba ja pakai stokin dan sweater. Asalkan aircond jangan off.

  3. Barangan LV adalah yang paling tak menarik hati aku. Kasi free aku ambil. Suruh beli secara sendiri , aku tak da buat punya. Sekarang aku tak mampu. Tapi bila dah mampu pon, aku tak da mahu juga. Bila aku kaya dan raya, aku harap aku tak da tukar taste jadi Mak Nenek LV. Aku mahu beli toys banyak-banyak ja.

  4. Aku pandai main chess. Tak percaya ka? Aku pandai main chess sejak aku darjah dua. Cousin aku ajar. Kami main secara serius di mana kami menghabiskan waktu pagi, petang dan malam berlawan chess. Masa kecik la. Sekarang aku lagi suka main UNO dengan adek-beradek dan lepas tu bermasam muka. AHAH

  5. Smoker adalah manusia biasa. Aku tak da pandangan serong terhadap smoker. Maaf yah! Aku bukan bangkang kempen kerajaan ok. Secara jujur, smoker tak da masalah disiplin. Cuma jangan smoking depan hidung aku sebab hidung aku yang cantik ni sensitif asap. Tapi terus terang juga, smoker wanita memang aku tak da suka. Ini dah lain macam. Mencacatkan janin mahu ka?

  6. Bila ramai orang sudah tergila-gilakan sesuatu fenomena, aku akan menjadi tidak sukakan fenomena itu. Misalnya dalam fashion, minat dan hobi. Aku suka melakukan sesuatu secara solo dan sendiri tanpa pengikut. Sebab itu kadang-kadang aku memakai yang pelik kerna hanya yang pelik yang membuatkan aku rasa solo. AHAHA.

  7. Taste aku terhadap kenderaan adalah tinggi. Di mana aku secara jujurnya tidak suka kereta buatan Malaysia. Thank You Malaysia. Teruskan mencuba. Designer sila belajar design dari bawah ok. Konsep hybrid perlu diaplikasi secara berilmu.

  8. Aku suka baca blog yang tak glamour. Berkali-kali dalam satu hari aku akan pergi melawat dia. Sebab blogger yang glamour kadang-kadang ter-lupa-dara-tan lalu semua pembaca dianggapnya si stupid. Dia tak cuba membetulkan tapi terlalu berapi nak mengajar pembaca. Pergi jahanam. Aku suka penulisan yang cool. Macam ... aha aha. Tak baik promote secara individu. Tapi ada beberapa blog yang aku sangat suka. Kadang-kadang blog tu biasa ja. Cerita kisah hidup macam biasa. Ayat pon biasa. Semua biasa. Tapi aku suka sebab penulis dia menyenangkan. Dan aku sangat tak da minat pada penulisan berapi-api. Buat hati aku panas je. Mahu kena bakar ka? TAPI, tak semua penulis glamer macam tu. Biskut Tiger relax jaaa. Hi Biskut Tiger!

  9. Benda yang aku agak stupid adalah HANDPHONE. Minat aku terhadap handphone boleh dikatakan tiada. Aku tak reti guna handphone selain handphone aku. Kalau orang bincang-bincang secara jakun dan menggayat tentang handphone pon, aku tak da campur. Aku hanya akan beli handphone baru (beli baru ok. trade in aku tak pernah buat) kalau handphone aku hidup segan mati tak mahu ja. Dan kalau aku beli, engkau faham-fahamlah taste aku pulak. Ah, handphone tak guna! Aku suka toys!

  10. Ini statement istimewa. Aku tak boleh-boleh hafal kedudukan abjad A to Z. Kalau aku bukak dictionary, confirm semua orang boleh dengar aku mengaji ABC sampai Z. Kalau kau tanya aku abjad selepas P misalnya, kau akan mendengar aku mengaji dari K, L , M dan seterusnya barulah aku akan menjawap Q. Kesian kat aku. Sangat kesian.

  11. Ada few words aku tak boleh sebut dengan betul. Words Bahasa Melayu maksud aku. Dan itu akan dirahsiakan supaya beberapa individu tak bertanggungjawap tak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan aku.

Apapasal bukak cerita ni? Sebab aku tak da modal untuk malam ini. AHAHA. Lebih baik aku tak da modal. Kalau aku banyak modal, engkau semua kena sawan nak baca tulisan aku. Sangat tak elok. Berdoalah supaya aku selalu tak da modal. Jadi, dapatlah aku menulis secara ringan. EGEGEGEGEGEGEGE.



Semalam tengok Happy Feet. Hari ni aku asyik terkenang bontot Mumble. Bontot pon comel. Muka pon comel. Bontot dengan muka sama comel. Kau memang lucky Mumble!

Labels:

 

Sunday, February 03, 2008

Biskut Tiger

Blogger Tok Rimau said...

Soalan Kepada Beylo:
"Engkau tidak teringinkah untuk menduakan diri engkau menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Sebelum engkau menuduh aku pervert, ingin aku jelaskan apa maksud aku. Tidak mahukah kau bukukan huruf-huruf ini? hardcopy?"

Aku menulis komen ini tanpa effort. Aku baru pulang dari Planet Pena utk Maskara 6. Dalam dada aku penuh seni melimpah ruah. Aku kena tuang sedikit di sini.

4:11 AM



Ada dua benda aku rasa macam aku kena huraikan. Untuk Tok Rimau atau dalam bahasa Inggeris namanya disebut sebagai Biskut Tiger. Ada suka ka nama itu? Kalau rasa makan hati dengan nama Biskut Tiger, saya mintak sorry Tok. Tadi dalam rancangan TomTomBak, dia kata hidup kena selalu berjenaka. WOH, aku sangat berani bermain dengan harimau. Aku takut kucing. Setakat Harimau, aku tak da begitu takut. Lagipun seperti yang diungkapkan oleh Sarah dalam satu fotonya dan seperti yang diubahsuai oleh aku ; AKU adalah orang yang menjerit ketakutan pada kucing dan tersengih cantek kepada Harimau mahupun Serigala. Hidup ini memang sastera dan metafora aneh.

Perkara pertama.
Jawapan kepada soalan : Saya memang teringin untuk menduakan Beylo menjadi bentuk fizikal yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak. Tetapi bak kata pepatah, ukur baju badan sendiri. Saya menulis secara tidak bagus. Menulis secara gila macam ayam. Ke hulu ke hilir tapi tak sampai ke mana sangat. Menulis secara bermain di playground. Tidak ilmiah. Kalau dibukukan, saya khuatir dia bukan sahaja disentuh, diusap, dibelek dan diselak, malah dikoyak, dilontar peluru dan dilempar cakera hasil tulisan dengan sangat kesian. AHAHA. Bukan pesimistik. Tapi seriously, apa yang hendak di-hardcopy-kan? Cerita-cerita seposen dua yang magik itu? Saya seperti melakukan perbuatan yang memalukan. AHAHA.

EHEHE.
Okay. Sebenarnya saya pernah menulis novel pada usia 12 tahun dan telah di-publish ketika saya berada dalam tingkatan satu. Jangan tanya kisah lanjutan. Aku tak suka. Kisah peribadi. Kalau ada yang tanya juga, nanti aku menjawap kepada Kisah-Kisah Nabi. Mahu ka? Aku pernah ditipu beberapa kali di mana hasil karya aku hilang lebuh dengan sangat magik. Mungkin sebab waktu tu aku budak kecik kot, jadi sangat udah dimagikkan. Sekarang kalau ada jembalang mahu tipu aku dengan membuat magik lagi, dia tahulah macam mana kuasa Bulan aku akan bertindak. Aik? Aku ni bukan sahaja seorang yang magik, aku juga seorang Sailormoon. Tutup cerita novel kerna aku bukan seorang penulis novel. Dah lama aku tak buat kerja-kerja ilmiah macam tu. Sekarang aku mahu fokus kepada penulisan jiwa secara gila-gila. Bukan untuk dikomersialkan tetapi untuk dijadikan gelanggang mainan. *jeruk buah salak ni manis sangat sampai aku rasa tak mahu menulis blog selama tiga bulan*

Tapi sejujurnya, menulis memang satu minat bagi aku. Tapi oleh kerana pengalaman lampau yang tidak boleh diceritakan aku menjadi malas nak menulis lagi. Sekarang aku senang hati membuat contengan secara mati-matian. Tak thrill tapi memuaskan nafsu serakahkahkahkah! Tok Rimau @ Biskut Tiger, ada nasihat berguna ka untuk saya? Adakah perbuatan mencetak kesemua entry menggunakan printer laser Canon hak milik sendiri dikira sebagai menghasilkan tulisan yang boleh disentuh, diusap, dibelek dan diselak sebagaimana yang Tok maksudkan? AHAHAH.



Perkara Kedua.

Blogger Tok Rimau said...

Pstttt,
aku tahu kamu seorang yang kool, justeru kamu perlu berada di majlis yang kool. Dengan ini, aku menjemput kamu ke majlis paling kool di KL:

MASKARA 6
(malam baca naskah Sindiket Soljah dan kawan-kawan yang kita suka)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Rumah Pena, Jln Dewan Bahasa. (Rujuk Peta)
Tarikh: 2/2/2008
Bayaran: Diskaun 100% untuk kamu aka. FREE. Sebab kamu kool.
Dress code: Cool n Sexy (Mengikut acuan & definisi kamu)

Jika kamu punya buku, tee, zine, postcard, DVD, VCD, CD ORIGINAL. Bikin sendiri punya. DIY. Kamu juga dijemput mempamerkan hasil dagang kamu. PEACE!

Ingat temu janji kita.

Details:
MASKARA 6

9:00 AM



Terkilan tak pergi. Dapat jemputan agak eksklusif secara langsung dari Biskut Tiger. Tapi saya ada beberapa alasan logik. Pertama, saya baru balik ke pangkuan keluarga untuk holiday CNY tapi membawa bersama kerjaan yang banyak. Mood pon tak berapa nak baik sebab terpaksa buat kerja semasa cuti. Daripada pergi bersama mood yang jahat, lebih baik jangan pergi. Kerna nanti saya bakal merosakkan MASKARA, siapa tahu?Saya juga tidak mahu kita semua bertemuan buat kali yang sulung di dalam keadaan saya yang jahat. Bila mood saya tak baik, saya jadi penjahat. *Jeruk buah salak jatuh sebijik ke atas lantai. Kesian* Kedua, saya ada jugalah sikit-sikit sifat manusia sejati iaitu malu-malu ayam dan merendah diri ataupun dalam bahasa Arab dinugerahkan sebagai Zuhud. AHAHA. Saya juga tak punya apa untuk diper-seni-kan di majlis itu. Setakat datang-datang saya sangat tak suka. Kalau datang, saya suka melakukan sesuatu. Dan untuk melakukan sesuatu, perlu mengenali sesuatu juga. Ketiga, sebab ini adalah yang paling crucial sebenarnya dan menjadi penyebab PERDANA. Saya tak boleh keluar malam. Sebab saya ni memang kesian :( Ikhlas, saya memang sangat seronok kalau dapat pergi dan melakukan sesuatu. Saya ada fikirkan sesuatu tapi tak sempat untuk diusahakan dalam waktu terdekat. Maka, MASKARA 6 dibiarkan terlepas begitu sahaja. Terima kasih Tok Rimau atas jemputan. Mintak maaf atas kegagalan menghadirkan diri.


Aku tak suka makan Biskut Tiger.
Aku suka buah jeruk salak yang ada semangkuk depan speaker.
Aku suka makan secara committed. Aku tak suka buah dua kerja dalam satu masa.
Aku nak pergi menghayati jeruk salak dan menamatkan contengan.


oh ha!
sedikit tentang hari ini.
Hari ini aku telah menemui beberapa kegemaran baru.
  1. Lelaki sepet yang pandai main drum itu. Nama dia Andy.
  2. Lagu Sayang Sayang Sayang sebenarnya dah buat aku separuh high.
  3. Ikan kerisi masak sambal menggunakan cili hidup SAHAJA.
  4. Lawan game Internet Reversi dengan online gamers dan berpura-pura bodoh. Bila menang, hantarkan : It was luck...
  5. Gigi Fahrin Ahmad selalu menggoda saya (aik? ini kegemaran baru ka?)

aku rindu kat dear. semalam sangat rindu kat dear. lalu aku menghabiskan detik-detik kerinduan dengan menatap pack DiGi Postpaid pemberian dear. AHAHA. ada ka patut. Sangat sayang sampai tak sanggup mahu buka. Dear, pergi beli yang lain! :p

Labels:

 

Saturday, February 02, 2008

Beylo : Edisi Khas

Beylo honey,
Mari kita minta sorry kepada semua orang yang keluar masuk dengan tekun tetapi tidak mendapat apa. Hantar komen, kita tak balas. Shouting di shoutbox, juga kita tidak balas. Mereka harap cerita magik-magik, kita kasi update pendek tiada hujung pangkal. Mereka ajak bermesra, kita tidak buat lawatan balas. Kita (ya kita berdua, Beylo) harus mintak sorry walau macam mana kita tak mahu mintak pon. Kita tidak boleh jadi sombong yang mana tidak dituntut oleh agama dan adat.

Itulah, Beylo.
Aku sudah bilang supaya engkau belajar update diri sendiri. Berdiri di atas kaki sendiri. Jangan harap aku sangat. Kerna aku kan sangat sibuk. Tapi engkau masih tak pandai-pandai atau dalam istilah lain disebut sebagai STUPID. Umur sudah TIGA masih STUPID. Sangat tak boleh dimaafkan. Umur TIGA TAHUN sepatutnya sudah boleh update diri sendiri secara solo. Kasi heart attack sama semua orang tatkala mengetahui bahawa engkau pandai update diri sendiri tanpa bantuan aku. Barulah thrill. Tapi engkau memang STUPID. Sudah TIGA TAHUN masih belum melakukan apa-apa secara sendiri. Engkau memang STUPID. Tapi itu tidak mengurangkan kasih sayang aku pada engkau.

25 JANUARI 2008 yang lalu, Beylo sudah umur TIGA TAHUN. Sangat tidak disangka, Beylo sudah besar. Tapi masih belum pandai update diri sendiri. Aku pun sangat kesal. Betul-betul kecewa dan makan hati kerna Beylo tidak menunjukkan perubahan-perubahan major. Aku tak da minta banyak. Cuma harap Beylo pandai update diri sendiri dan pandai mengubah layout badan secara sendiri. Kerana aku semakin malas. Beylo, engkau sudah berumur TIGA. Tiga tahun sudah kita hidup bersama secara berpasangan.

Oleh itu, sempena ulangtahun ke TIGA, aku mengucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang sangat kesian kerna rajin sangat klik masuk sini. Aku mintak sorry kerna tak mampu menyediakan bahan ilmiah kerna aku memang tak mahu buat segmen ilmiah. Ini cuma playground bagi aku. Ini bukan dewan kuliah. Ini tempat main. Main-main api, main emosi, main gila, main cinta, dan apa-apa permainanlah. Tapi bukan tempat belajar okay. Aku lebih suka main secara serius dan belajar juga secara serius. Bila waktu aku main, aku mahu main secara committed dan tekun.

Ini entry edisi khas yang akan menceritakan peribadi Beylo secara terbuka. Untuk itu, aku membuka ruang kepada semua pembaca, tidak kira dari kategori apa pon. Pembaca bising, pembaca senyap, pembaca pandai, pembaca tak pandai, pembaca besar, kecil, hitam, putih mahupun pendatang tanpa izin ... aku membenarkan kalian mengutarakan apa-apa soalan tentang Beylo. Dan aku berjanji akan menjawapnya pada entry yang akan datang. Tanya tentang Beylo SAHAJA. Pertanyaan melampaui batas dan skop akan dijawap pada tahun 2020. Kalau tak mahu tanya apa-apa, aku cadangkan engkau diam tanpa perlu gelisah. Boleh ka?

Hantar soalan-soalan di ruang CONTENG.

Soalan pertama akan dijawap dengan penuh kasih sayang dan soalan-soalan seterusnya akan dijawap secara kurang kasih sayang. AHAHA. Aik, pelik jugak. Tapi soalan yang bertanyakan SIAPA BEYLO mungkin akan mendapat jawapan yang sedikit KASAR dari aku. Sebelum menyoal, aku nasihatkan engkau baca-baca apa yang patut kerna aku paling marah kalau orang menyoal benda yang aku sudah war-warkan.


Untuk ulangtahun Beylo ke TIGA, aku hadiahkan Beylo ....

... permainan LEGO. Bila bosan atau ketika putus cinta, engkau main LEGO okay? Engkau dah TIGA tahun. Takkan masih tak reti bermain LEGO. Engkau mesti pandai melakukan sesuatu, at least bermain LEGO. AHAHA. Aku pon suka main LEGO. Go Beylo go! Main LEGO!


Kawan-kawan,
Beylo dah ada LEGO.
Sekarang tak ada sebab untuk aku gelisah meninggalkan Beylo secara lama.
Beylo sudah ada kerjaan untuk dimainkan.
Dia tidak akan bosan lagi.
Yeeebaaah!
Aku boleh goyang kaki lama-lama.
Tak payah nak update selalu!
Seronok!


paket3.gif image by klasik

I blogged.
Because...
Memories cannot erase.

memories

This entry does not sponsored by LEGO.

Labels:

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."