Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Monday, May 30, 2005

:: Gembira...LaLaLa...Reunion best.. LaLaLa...::


Image hosted by Photobucket.com

Reunion - dah pon dilangsungkan ngan maju jayanya di Mc D Pandan Mewah petang tadi.Sangat best!Tahniah utk aku dan Aizar.Setelah byk membazir tenaga utk marah, menjerit,menengking dan melontar-lontar bahser berpuaka kat semua orang, akhirnya kami dah bley senyum lebar.HArini dah jadi satu kejutan buat aku dan aiza.Mmg hebat! (Gadis Terhebat)

Bgn tido, dupdapdupdap aku rasa.Takut.Byk soklan kuar masuk kat kepala.Jadi tak reunion?Jadi camana ye?Ramai tak dtg?Cukup tak collection?Lancar tak?Sapa nak support?Memikirkan tu,aku call aiza lekas2 supaya aku takyah tanggung beban sorang2.Sama2 organise,sama2 mereng lah, baru fair!Ahaha...Aiza pon dah kalut.Maka aku pon jadi operator main2 ngan tepon pg tadi.Call sana sini.Alhamdulillah...mendengarkn yg Fauzie,Hasif Mak Yong ngan Nadia confirm nak pegi, terus aku rasa bersemangat waja.

Yes!Dipendekkan senario reunion ni...kami berjaya kumpul 26 orang.Mmg lah tembak tak kena.Tembak 50,kena 26 je.Setengah,babeh!Tapi tu pon aku dah syukur byk2 kat AllahSWT.

Terima kasih bagi yang dtg.Mmmuahh...sgt sporting.Aku, Aizar, ani, Mimi,Astri,Nadia (yeay~!kaum kerabatku yang lama tak berkumpul tuk bergosipan,merapu,mengata dulang paku serpih,dan gelak2 tanpa ujung pangkal)Sangat best dan terharu dapat kumpul semua.Arfah and the gang,Azimah and the gang termasuk Alia...yang lelaki ada 6 ketul je yang agak memahami naluri persahabatan.Ketul?Ececeh..lelaki skang menggunakan kata bilangan 'ketul'.Kurang sopan benar mulut aku ni.Tapi 6 'ketul' yang ada tuh, mmg lah aku hargai.Jullian (sentiasa je sporting),Firdaus (finally dtg), Fauzie(yeay...Fauzie yang baik budi pekerti =p),Hasif MY(sporting melampau), Mizi (xde pendirian tapi sib baik mai),Aznur (ditaja sepenuhnya oleh Alia), Idham (sanggup keje half-day).Jugak Sharifah, Hairul, Akma, Shara, Shazni, Alia, Hikmah, Arfah, Asmah, Dayah, Ajie.. (ada tinggal tak???)

Game.Game disediakan oleh McD lah.Kak Asliza yang chumey lagi havoc dan dushdushdush sgt kecoh tu bawak kitorang men sebijik cam kat playground.Bising jgn cakap ar.Sampai bebudak kecik kat luar bisu seribu bahser tak kata per.Game apa ar? Ada tiga dan tiga-tiga game aku...KALAH.Mmg kecewa.Aizar pon kalah tapi Men letup belon dia menang ngan Hani.Hani sesungguhnya pemain terbaik yg menang hampir semua game.Siap dapat lipstick (padahal eraser sebnarnya) from Barbie Doll.Jeles...naik jeling2 ujung mata aku kat Hani.KuangKuang~Tapi time men rebut chair (music chair) Hani ditewaskan oleh Azimah.Bangga gak jd Azimah kan?Kalah sumer 6 'ketul' yang ada dan member2 perempuan yg lain.

Image hosted by Photobucket.com

Yeha..Mizi kena denda melafazkan kata2 cinta kat dinding McD.Cam tak betul sket.Toing~Toing~Mizi siap warning Mimi jgn amek gambar dia tapi tada!Tgk lah, betapa aku ngan riak dan bangganya tayang gambar ang kat sinih.

Kitorang gak pastu bley masuk kitchen McD.Serupa tak cayer je.Kitchen dia cam nampak hebat gak.Kitorang pon ntah la ye nak kata betul2 jakun atau pun buat2 jakun.Tapi aku ngan Hani mmg muka tak malu yang kunun2 jakun tak penah tgk keju.Muka yg surprise gila tgk keju yang kuning menangkap nafsu makan.

Aku terharu

Setelah 2 tahun tak merasa berasmaradana ngan kengkawan camni.Dulu aku pernah bayangkan bersama ngan dorang semua.Bila abis sekolah,nak buat reunion.Waktu tu semua dah besar.Bukan bdk2 sekolah lagi.Mesti kitorang act as adult yang lebih matang lagi.Then berkongsi cerita sepanjang tak bersama.Tapi, definitely TAK!

Keadaan tak berubah.Tiada sapa yg matang.Aku?Dah tentu tidak!Aizar?Hani?Mimi?Astri?Nadia?Fuh...sama je!Keadaan masih cam dulu.Kitorang masih ngan sikap kanak2 riang ria disney yang tak abis2 ngan lawak ntah apa2.Masih membualkan topik2 'jijik',sewel, dan hal ehwal bebudak.Aku ingatkan kitorang akan nyanyi lagu2 evergreen yg diminati oleh golongan yg educated, tapi tak!Kitorang still nyanyi lagu kanak2 sperti twinkle2 little star,lagu sekolah,lagu kolej,even Hani ada jugak sebut pasal lagu Marilah Bergoyang.Sounds poyo but cool, really!Aku suka keadaan tak berubah camni.Biarlah tak ada sikit pon kematangan antara kitorang,asalkan gembira bersama.Tapi Marlia langsung tak join...betapalah aku dah mati kata utk itu...


Image hosted by Photobucket.com

Gambar waktu mula2 sampai. Nampak bersih,teratur...Look at that guys!What are they doing actually?Time ni aku tgh kecut perut ngan Aiza sbb ramai lagi tak sampai.Astri ngan penumpang2nya pon tak sampai2.

Image hosted by Photobucket.com


At the end...Dah kotorSian Kak Asliza kena kemasMimi plak sipa kena mandi ngan coke.Hikmah tumpahkan coke atas Mimi.


Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com



Image hosted by Photobucket.com

Dan aku yang sangat letih mahu beristirehat... Aku puas! Woi, korang! Tgk lah sapa jd organizer??Tgk lah..tgklah.. (cam riak) -HABIS-

 

Sunday, May 29, 2005

Andai Kau Mengerti

Dimana akhirnya Percintaan kita
Yang pernah kau belai Bersama dengan ku
Pernahkah kau tahu Hatiku pada mu
Kasih yang menghilang Dalam dakapan mesra mu
Adakah ini hanya ilusiku Nyanyian merdu
Membuaikan diri Impi lena ku sendiri
Apalah dayaku tanpa dirimu Menghukum kalbu
Mendambakan kebahagiaan
Dan biarlah ku disini Yang pernah mencintai mu
Ruang hati Sepi tanpa disinari
Haruskah ia terjadi Mengharapkan kau disisi
Tuk kembali bersama dipangkuan
Segalanya pasti Andai kau mengerti
Kasih ku yang pernah dikau kusayangi
Pernahkah kau tahu Hatiku pada mu
Kasih yang menghilang Dalam dakapan mesra mu
Sebuah Lagu - Di matrix ketika tu.Mendengarkan lagu ni buat aku syahdu sendiri.Sebab muzik dia kot.Tak pasal2 aku minat lagu ni.Lagu Vince.Ma pelik aku suka lagu Vince.Ma pelik aku nyanyi lagu Vince.Ma tak pelik kalau aku suka lagu nasyid je.Ma tak pelik kalau aku nyanyi lagu nasyid je.Aku pon pelik jugak kenapa aku suka lagu ni.Cinta 'pandang' pertama.Sebut pasal Cinta Pandang Pertama, sekarang aku tengah baca novel Cinta Pertama milik Norhayati Berahim.Aku rasa ni novel ketiga dia yang aku pernah baca selepas Egois dan Untukmu Segalanya.
Aizar Hilang! - Pengumuman...sahabat saya bernama Nurul Aizar Azman telah hilang tanpa dapat dikesan selama lebih dari 24 jam.Silalah bantu saya mencarinya di semua pelosok hutan banat seluruh negara.Sebab saya yakin dia hilang kat salah satu hutan banat yang tebal kat Msia ni.
Aiza..di manakah kau hilang harini?Aku dah naik buntu.Aku call, tak dapat.Aku sms, tak reply.Aku taulah kau pegi umah sedara, tapi cam pegi hutan rimba je.Langsung tak dpt dihubungi.Maka, gilalah aku seharian kat bumi Cheras ni memikirkan camner nak buat ngan reunion esok.Tapi alhamdulillah...aku dah settle semuanya termasuklah deposit and bla...bla.. shit la weih! Aku tanak sebut pasal reunion lagi.Tolonglah wahai otak kesayangan, jangan proses perkara yg related ngan reunion.Aku akan jadi 'buas' mengenangkan reunion yang bongok ni.
Jumpa Orang - Ye, aku jumpa orang-orang.Uhuhu.. aku jumpa orang.Sapa kah orang itu?Semangat ingin tau aku sangat tinggi tadi.Kat Mc D Pandan Mewah.Aku pegi lepas sembahyang maghrib tadi.Ma dgn abah temankan untuk aku bayar deposit dan reserve tempat tuk esok.Woi!! Ckp pasal reunion lagik.Fuh...maka aku pon try lah jenguk2 kan kepala nak usha sorang budak yg keje kat kitchen Mc D tuh.Bukan sket punya susah lagi aku nak usha.Tapi nak jugak usha!Aku tgk mata dia sekali imbas aku cam kenal plak.Ececeh.. tgk mata dah kenal...! Tapi aku tak puas hati.Dah la org ramai.Dinner pon kat Mc D.Sesungguhnya warga Msia mmg kaya.Kaya campur Raya.
Dari celah2, aku usha lagi.Nampak hidung dia plak.Sah! Aku rasa tu dia! Hidung mancung, mata bersinar-sinar naik berpinar aku tgk mata dia.Then nampak seluruh muka dia, tapi sekejap je pastu dia lesap.Maka sengih la aku sbb ramalan aku mmg betul.Dialah.... Si ***.Tapi tak de kena mengena ngan aku lah.Ceritanya berkaitan ngan kawan baik aku time tu.Dia masih chumey... aku harap dia dah sujud kesyukuran kat Allah SWT sbb dia masih chumey sungguhpun dia cuba lari dari anugerah yang murni yang Allah dah berikan.Erkk?? Keje rajin-rajin ye, dek... (sbb dia muda setahun dr aku).Suh blajar memain...skang jgn memain kat kitchen Mc D tu sudah.Nanti naik senduk atas kepala.
Tak main la paksa-paksa, brader! - meluat betul ngan orang yg suka memaksa.Bila dia minta, kenalah bagi.Bila dia nak, mesti dapatkan. Aku debik kang... Tu satu kes.Kes yang lain yang buat aku bengang nak mati... smlm ada sorang lelaki muncul dlm idop aku.(ayat sastera =p).Mula-mula elok je soklan2 dia.Pastu mula terasa kegatalannya.Lama-lama gatal bertukar jadi miang dan akhirnya... msg dia jadi camni
"so u r single for me...can we chat on YM...any contact no?? " - Miang
"not giving you " - aku
"as u wish.....so wanna be my gf???? u can call me or sms me 016*******" - Miang
"gf is okay...but 'GIRLFREN' is not ok" - aku
"i mean special gf lah..wanna be in relation with me? " - Miang
"no thanx... we can be fren" - aku
"sorry i dun want...bf or nuthing bye " - Miang
"ok...NOTHING!" - aku
hek eleh..!Cam aku heran je.Nothing tak nothing...xde aku hingin kat orang yang tak sabar-sabar camtu.Love needs time, right?Aku tak sangka byk orang jenis camni wujud dlm alam fana ni.Patutnya pindah je ke alam barzakh cepat2.Seriously aku mmg marah bila ada orang yg gatal camni.Sebab orang2 camni menakutkan dan jadi satu ancaman buat perempuan.Masalahnya, aku marah betul bila dia bagi kata dua camtu.Memang DESPERADO agaknya. Tapi one thing yang aku takkan buat ialah melenting atau maki hamun orang2 gatal walaupon dorang gatal.Buat selamba je....
Adoi, sejuk! -TITIK-
 

Saturday, May 28, 2005

Sekali Lagi : Reunion is STOOOPID

Ahahaha...Kali ni aku nak mulakan dengan gelak.Aduh, sakit perut aku! Geli hati ngan apa yg Kamal bitau aku.Ceh...jahat punya kaki!Buat malu aku je Kamal...Malu ar weih!
Baru lepas call Kamal.Borak sket ngan dia.Niat aku nak ajak dia join reunion, tapi at the end dia bitau aku benda yang klakar plak.(sebenarnya kelakar campur campur malu sket).Aku sebok ar cerita camana payahnya nak buat reunion sedangkan dorang yang beriya-iya suruh, tapi akhirnya dorang yg lempar alasan tak boleh pegi.Sakit hati aku.Hangin toksah cakap arr.Memang sengal...marahnyerh!Kamal plak cam dia yang dulu ar..ske cakap sambil gelak2. Hepi je memanjang brader tu..."tau...tau...aku dah terkena...," kata Kamal bila aku kata yang aku bengang sbb dorang akhirnya tak support reunion yang pada dasarnya bertunjangkan permintaan dorang sendiri.Tapi dia cakap gelak-gelak.Cam tak marah je...tapi aku bukan main marah lagi.Bengang..rasa nak tampar laju-laju muka dorang.
Borak..borak...bla..bla...cakap pasal reunion.Kamal minta maaf tak dapat datang sbb tengah exam.Then Isnin ada klas." kau jangan ingat aku tak mo dtg plak..." Kamal kunun2 cam serba salah. "eh, aku tak ingat apa-apa pon.." kata aku.Kamal gelak lagi.Aku leh bayangkan camana dia yang tak abis2 ngan gelak.
Bila aku nak end up conversation je, dia pon ngan begitu gah memberitahu aku..." ehehe...aritu aku baca blog kau...," dia gelak lagi. Aku? Umak aih... cam rasa panas muka.Darah naik...malu! "oh, ye ke? wat pe la kau baca...," aku kata ngan selambanyer walaupun dah malu.Rasa nak nyorok belakang pintu. Cakkk...!
"..ahah...ada nama aku! Kau tulis pasal aku...hahaa..abis aku gelak sorang-sorang" sesedap rasa Kamal bitau aku.Aku pon berlagak selamba lagi.. "sib baik kau gelak sorang-sorang," kata aku.Brader tu terus gelak dan gelak...akhirnya aku letak tepon.Uih...pandai heh skang masuk blog aku??? Buat malu aku je.. (ditujukan buat kamal sekiranya kau menceroboh lagi) Ahahaha...tapi tak la aku peduli sgt...Cuma aku malas ar bagi member aku baca aku merapu-rapu kat sini.Sib baik aku tak kutuk dia.Kalau tak....mmg mati...
Faiz pulak.
Ni lagi satu.Aizar call dia tadi.Dia leh dengan tenangnya kata tak tau...tak tau... tak tau...mmg la lelaki ni menyusahkan jiwa.Sesak nafas aku ngan aizar pagi tadi.Sib baik umur panjang lagi.Pulak tu boleh si Faiz dok sms aizar ngan ayat yang super duper BAGOS!
"apsal buat Isnin?kenapa tak buat harini je?,"... naik segala aura dalam sistem tubuh badan aku.Memang la nak kena si Faiz.Time aku tanya dia apsal tanak pegi, dia leh cakap kat aku balik.. "laa... apsal? apsal plak..." sesungguhnya sah! Berkomunikasi atau berinteraksi ngan lelaki boleh memendekkan nyawa manusia.Haih...terdidik jugak kesabaran aku.Mizi pon mula buat hal.Oh, dah pandai heh skang nak belot...
Aku : dah penat.
 

Friday, May 27, 2005

~ Not in the mood, babeh! ~

Dgn nama Allah SWT...aku mula tulis...
Setelah sekian lama aku berstatuskan 'invisible', harini aku kembali berstatus jelas tak menipu.Lama aku rasa aku menipu.Menipu yang konon2nya aku offline.Sebab aku sangat tak ada mood.Runsing aih...
Currently status : "Not in the mood to talk bout the reunion.Shut all the mouths up!" - rasa marah bila ada yg menyoal lg pasal reunion.Kenapa hari Isnin, tak sabtu? Kenapa kat situ, tak sini?Kenapa camtu, tak camni? Kenapa bayar byk tu, tak byk ni? Kenapa ni...kenapa tu...nasib baik berhubung atas wayar.Klu berdepanlah, mmg ada yg makan penampar aku.Tolonglah jgn cakap dan soal lagi pasal reunion tu.Aku minta harini je.Sbb aku betul2 dalam kerunsingan.Hati perut aku tak sedap rasa.
Semalam, aku pagi2 buta lagi dah keluar dgn Aizar.Dia jemput aku kul 10 lebih terus ke Pandan Mewah.Try tanya camner nak buat reservation tuk reunion kitorang.Then direct ke rumah Aizar sampai ke petang.Sehari suntuk pikirkan plan reunion.Bukan aku semangat liplap liplap.Kejap semangat tinggi, kejap ilang semangat.Serius aku mmg bersungguh-sungguh semalam tapi lepas balik dari umah Aizar, time aku tgh makan, ma bagitau aku satu berita.
Pakcik aku, (adik ma) yang aku gelarkan sbg Cik Men masuk hospital.Berderau jantung aku.Baru minggu lepas dtg umah aku.Mmg nampak kurus, tak bermaya.Tapi doktor kata dia cuma lemah.Kena masuk air.
Tiba-tiba semalam pulak, isteri dia (Cik Zura) call meraung-raung yang pak cik aku tu dah dimasukkan ke ICU.Ishk.. maknanya dah serius.Aku betul2 tak boleh terima.Sbb kitorang sgt rapat.Dah tak tentu arah aku jadinya mlm semalam.Dorang plak tak henti2 sms tanya tu ini pasal reunion.Siap nak againts apa yg aku dah plan.Tanya itu ini nak protes tarikhla, tempatlah.. Memang aku naik hangin.Sampai aku hampir2 nak sms semua jemputan dan maklumkan ..."go to hell with the reunion!Go to hell with all you guys!"... tolonglah faham betapa aku takut dgn keadaan pakcik aku sekarang.
Aizar pulak online2 je cakap pasal reunion lagi pagi tadi.Mmg buat aku tensen.But its okay...sorry atas sikap aku yg 'buas' pagi ni.Lagipon aku rasa sgt letih.Pukul 12 lebih mlm tadi, terus aku ikut parents aku ke Selangor Medical Center.Tgk keadaan pakcik aku, aku rasa sgt sayup.Menitis air mata.Sbb dia jenis yg periang abis.Baru rasanya dia datang umah aku dan kitorang saling bertekak sapa lagi bagus.Ada jugak dia mengusik-ngusik aku yang kononnya tak lama lagi kawinlah, ada anaklah...And he is only 33. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.Lebih kesian Cik Zura dgn anak-anaknya. Sempat berjumpa Adli Afiq je semalam.Love u sooo much cutie pie!Adik Lana dgn Nina dah balik Klang.Kitorang kuar dari hospital lebih kurang pukul 3 dan sampai umah dekat kul 4 pagi.Maunya tak letih harini... dgn sebak lagi.
Alhamdulillah....pagi tadi Cik Zura call, semuanya dah ok.Pak cik aku yang mulanya suspect kena denggi atau kepialu disahkan tak ada apa-apa.Cuma tekanan darah yang sangat rendah.Insyaallah..semuanya akan baik.
Aku : tensen, sebak, tak senang hati, runsing, and feel less wanted......
 

Thursday, May 26, 2005

:: sebuah novel ::

Image hosted by Photobucket.com

Novel : Bisikan Rindu

Penulis : Mimie Afinie

Sumber : Pinjam Aizar

Smlm aku tido pukul 3 pagi.Lepas off pc,aku terus capai novel Bisikan Rindu.Beberapa hari aku habiskan tuk baca novel ni.Sangat sedih.Jadi satu keje pulak aku meraung meronta-ronta (taklah camtu).Hampir jam 3 pagi, pada babak2 akhir cerita, aku lekas-lekas tutup buku.Tak sanggup tahan sebak.Aku bangunkan badan dari baringan.Tengok cermin, mak aih.. bukan main nagis lagi aku.Entah bila aku mula menangis, aku tak sedar.Tau-tau aku dah hasilkan byk air mata.Tapi aku bukak balik novel tu dan continue baca ngan air mata yg berjurai-jurai...

Sepanjang baca novel tu,jantung aku berdebar-debar.(sounds stupid).Aku sgt sygkan watak hero cerita ni yang bernama Ikhwan.Aphal lak aku nak syg?Entah..tapi aku sgt sayang lelaki yang bergelar peguam hebat tu.Dlm cerita ni,dia asyik outstation,drive ke JB,Alor Setar dan beberapa tempat lagi yg aku tak ingat.Tiap kali aku baca je dia nak gi outstation, aku mula panik!Aku mula berdebar dan kadar degupan jantung jd sgt aggresif.Aku rasa camtu sebab aku dah dpt agak jln cerita novel ni.Mesti ada accident.MESTI! Tapi... makin aku baca..makin aku gelabah.Tapi sikit accident pon tak jadi sampailah satu hari..time Si Ikhwan (eceh, Si Ikhwan kunun!) pi outstation kat Tganu kot, dia lambat sampai KL.Sah, dia accident!Teka aku dan...betol pon dia accident. Aku apalagi, meneruskan keje2 menangis aku yang tak ada ujung pangkal.

Aku baca...baca...baca...sampailah ke muka surat 434.Cerita tamat dengan hepi ending di mana Ikhwan yg accident dan lumpuh dah boleh jalan.Kawin dah ngan gadis terchenta.Aku pon tutup buku.Novel dah tamat, tapi yg aku heran.. awat aku nangih lagi?Rupa-rupanya aku continue babak2 novel tuh dalam plot angan-angan aku plak.Bengong betol aku.

Habis je baca novel tu, aku tgk jam.Uish, 3 pagi dah! Aku tarik blanket hijau aku yg tebal tu kasi tutup satu badan termasuk kepala aku sekali.Dalam selimut tu,aku celikkan mata...fikir balik pasal cerita yg sedih tu.Biasalah, otak aku yg super duper rajin ni pon mula berputar laju-laju.Terkeluarlah soalan-soalan dalam kepala aku...

  1. camner nih kalau Ikhwan tu boifren aku?ensem...tapi tiba-tiba lumpuh.Aku nak dia lagi tak?
  2. Ikhwan halau aku, gerenti aku nangis tak ingat alam fana lagi dah.Tapi apa aku buat pastu?Aku larikan diri tak cam yg Dina (watak utama cerita ni) buat?
  3. Pilunya pulangkan cincin pertunangan balik pada Ikhwan..boleh tak putus, tapi cincin aku simpan.Leh tak?Leh tak,Ikhwan?

Aih..pagi tadi aku bangun tido ngan perasaan yg sangat dahsyat dan pelik.Kelakar pon ada.Aku perasan cam Ikhwan tu boifren aku plak, dan aku adalah Dina. (erk... soalan : adakah saya sasau?) Mata aku bengkak pagi tadi sbb nangiskan Ikhwan.Ikhwan, oh Ikhwan.... malangnya Ikhwan tu adalah watak novel yg tak bernyawa....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Diari

Aiza muncul tiba2 depan bilik aku.Aiseh..aku lupa aku janji ngan dia nak wat projek arini.Skali dah janji plak ngan ma nak teman kuar beli barang.Nampaknya ada overlap janji daaa.Tak pasai2 aku hangkut aiza skali teman ma beli barang.

Then dah terlanjur kuar tu,singgah tmpt Hani keje.Woah..buat kejutan la konon kat Hani.. "kak, sy nak beli kasut boleh tak?," terkuar soklan poyo tu.Hani slow2 pusing, dan akhirnya terserlah wajah bengang Hani bile tgk aku ngan Aiza mai lawat dia keje.Huhuhu...rindu kat Hani pon terlerai...

Malam- Sembahyang jemaah Isyak ngan abah.Tapi ada aku, ma ngan abah je.Adik2 kuar ikut Pak Haji.Abis solat,baca yaasin.Pas baca Yaasin, continue ngan solat hajat pulak.Time solat hajat, dah penuh satu bilik sembahayng sebab semua dah balik.Bagus... Abah rajin buat solat hajat.Kata abah, supaya anak2 dengar kata,terang hati, lembut jiwa,dan yang penting semua jauh dari sebarang penyakit.Insyaallah...

Adi msg tak lama tadi.Rindu gak kat dia.

"hi, dah tdo ke?rindu arr.." - adi.Aku pon ngaku je lah rindu kat dia.Mmg mula rasa rindu.Bukan kat dia ajer, kat semua objek yg ada kat KMJ termasuklah pokok2, lalang2 dan batu-batan yg ada.Badrul, sangat lama tak msg.Ishk.. apalah Bad nih...!

Baiklah Sang Blog.Aku dah menguap byk2 kali ni.Aiza pon dah hantar msg samat mlm kat aku menandakan dia nak offline dah.Aku plak ngan Aiza cam dah kena gam gajah kebelakangan ni.Kembar siam agaknya.. Asyik senaluri je.Eh, tak senonohnya ayat... aarr...tak larat... Zzzzz...

 

Tuesday, May 24, 2005

:: Soal Hati ::

taurus.jpg Frenster yang sewel telah menghantar notification kat mail box aku.Aku yang mmg tgh goyang kaki tak de keje ni pon mengheret 'tikus belaan' aku direct ke address frenster.com.Bila aku enter msg,KOSONG. Memang sah frenster ni dah tak betul.Dah nyanyok kot.Takkan aku baru guna 2 tahun dah nyanyok.
Ni, kat seblah ni aku terjumpa kat frenster.Ntah pesal aku boleh layan horoscope plak.Yg pastinya, energy meter aku tak pernahnya baik.Asyik low ajer.Tapi tak kisahlah sebab aku tak perlu nak ikut benda2 ni.Untuk main2 apa salahnya kan...
Aktiviti baru yang aku dan aiza discover mlm ni :
Naik tanduk 2!
Yeah, masuk IKIM.fm punya online radio.Ada chatterbox.Aku tak suka layan orang chat sebenarnya lagi2 yang aku tak kenal.Tapi entah kenapa cam naik tanduk dua kat paler aku.Aku pon hoi! orang2 yang ada.Pastu ada sorang ni tanya umur aku berapa?Tak pasal2 aku mengaku umur aku 30 tahun.Anak dua.Husband outstation JB.Si aiza pon ikut sama naik tanduk dua bila aku bitau dia pasal keje2 liar yg aku tgh buat tu.Lagi puaka bila dia join sbb dia siap menipu umur 33 tahun.Anak umur 2 tahun.Pulak tu husband kat overseas.Mmg sewel kami berdua.Sah! Peduli apa aku sewel tak sewel, asalkan gembira.Seronok jugak memperdayakan lelaki2 kat Mesya ni.Aih, termakan kata gak brader2 tu.Garing2 kena goreng ngan kitorang.Siap respect kat kitorang as supermom anak 2.Fuh...sgt geliga!
Soal hati.
Semalam,elok je aku off pc dan bersedia nak continue baca novel yg aku pinjam kat Aiza,enpon berbunyi-bunyi ngan riaknya.Ada sms.Dari? Dari...
Dia : awak...so, camner?
Aku : camner apa?
Dia : x de la...dh bukak ati awk utk sye?...hehe
Aku : [ ... akhirnya aku terpaksa berterus terang kat dia situasi dan serba sikit hal sebenar ttg aku ]
Dia : [...terus menyoal byk perkara ttg kisah yg aku ceritakan buat kali pertama kat dia tuh...]
Aku : harap awk faham situasi saya.jangan mengharap ye.
Dia : Oo...forget it.Wak, awk la gurl yg paling ssh sye nak tackle...tak tau pasal pe..ade ilmu itam eh..haha
Aku : Ya rabbi..ahak..ntah r.Sy ssh sket nak caya org.Sy ni wat org bosan je.Awk tak bosan ke?
Dia : Tak..sbb sy ske awk n awk plik drp gurl2 yg pnah sy knal..tp x tau ape yg pliknye..in fact,sy ske tgk awk...x tau nape
Aku : Tp sy tak jnji ngan awk apa2.xnak la awk ingat sy nak main2 plak.awk jgn tggu sy.Klu ada terbekenan kt someone tu,go 4 her.Sbb serba salah sy cam wat awk tggu
Dia : Ok..bt i'm waiting for u.Sbnarnya,sy dah serik ngan gurl2 yg biasa sy jmpa.Sy nak carik gurl yg plik2 sket,like u...
Aku : plik apanya...yg tak plik tu camner plak..? (sj aku try wat lawak mlm)
Dia : x tau r apa yg pliknya awk..tp klu yg x plik tu,cam suka mengikis, pastu nk enjoy je..
Aku : Sy pon bukan baik sgt.Sy kepala angin sket.Byk benda sy tak buat n x ske lak tu.Sy tak tgk wayang, x ske date, i hate clubbing n dirty words.Bosan yeah?
Dia : Owh..klu camtu,sy berenti clubbing...
Aku : jgn tggu sy ye...
Dia : Itz ok...i think that's the reasons y i like u.You're such a good gurl n can bring me to the rite way.Take care...gud nite.
Lama berbalas sms.Lama aku yakinkan dia supaya JANGAN tunggu aku.Buat apa dia tggu aku sedangkan aku sendiri tak leh lembutkan hati aku.Aku kesian kat dia.Buang byk masa utk aku.Aku taknak dia ingat aku nak main2 kan dia.Awak..tolong ar faham.Sy ske kwn ngan awk.
Mmg betul,time kita krisis tak bertegur lama kat kolej dlu,mmg saya yg carik awk balik.Tp sbb tu last day kita kat sana.Then sy tanak ending camtu sedangkan itz really great having u as my fren.Dlu masa dia mula2 nak kenal aku pon, alasan dia nak kwn...Awak..JANGAN tunggu!Tolong JANGAN tunggu.
Bukan aku tak suka dia.Tapi seriously aku tak reti nak berperasaan-perasaan dalam usia mentah camni.19.Aku slalu ingatkan diri aku.Aku hanya budak 19 tahun yg belum boleh buat sesuka hati.Jauh skali nak serius ngan sesapa. 19 tahun terlalu muda.Honestly...aku blom nak lagi.
Aih..aku rasa kecewa sbb terpaksa masukkan babak-babak perasaan dlm blog ni.Apakan daya...aku nak luah tak terluah.Aku nak sgt buat semua faham betapa keciknya usia 19 tahun tu.Aku tanak jd cam kawan2 aku. Muda2 dah mengidap sakit.Sakit perasaan.Huaarrghht....! Stop la weih, nurul!
 

Monday, May 23, 2005

:: Soalan ::

Ain, rumet aku time matrix kat Johor dulu pernah cerita kat aku.Budak praktikum dia (perempuan),baru je hilang boifren.Aku tanya hilang pi mana? Meninggal...accident.Tu jwp Ain.Terdiam aku.Terus aku duduk kat desk aku, pikir sesuatu....
  1. Apa rasanya hilang tak kembali?
  2. Apa nak buat bila tgk gambar2 dia ngan kita?
  3. Apa rasanya bila berhadapan dgn keluarga dia?
  4. Camner ngan sms2 yg dia pernah bagi?
  5. Camana tanpa dia yg akan call kita tepat jam 10 mlm setiap hari?
  6. Sanggup ke nak delete nama dia dari phonebook?

Dan soalan ke-6 buat aku tak semena-mena menitiskan air mata.

Eh,eh!Macam aku pulak kematian kekasih.Kekasih? [perkataan paling tak digemari] Geli pulak rasanya.Entah camana otak aku boleh proses perkataan kekasih sedangkan byk lagi perkataan lain boleh replace perkataan ni.Ish... Tapi sesungguhnya...aku sgt simpati dengan cerita Ain tu.Aku terus terkedu lagi2 bila otak aku yang bijak bestari ni terlintaskan soalan no-6... tak boleh kata banyak..aku tak pernah menceburkan diri dalam industri per'couple'an

Hari aku - cam biasa.Online dan berasmaradana ngan Sang PC dari pagi sampai lah ke pagi seterusnya.Mak Yang pulak ada kat rumah.Semua kami adik-beradik pun naik lemak.Mulalah mengader nak itu ini.Ngan ma..jangan harap ma nak layan.Ngan Mak Yang, kitorang sumer akan jd makhluk kudung.Nak suap nasi sendiri pon tak boleh.Makan je nak bersuap.Eii, ngadernyer! [included me lah] Dan masuk harini dah masuk 5 hari kot tak nampak si Aiza.Rindu sama lu...

Aku terasa nak berhenti.

 

Sunday, May 22, 2005

:: Aku Tanpa Cintamu ::

Image hosted by Photobucket.comTelah kumungkiri janjiku lagi...
Walau seribu kali kuulang sendiri...
Aku takkan tempuh lagi...
Apakah Kau terima cintaku lagi...
Setelah kuberpaling dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku...
Mengapa cintaMu tak pernah hadir...
Subur dalam jiwaku agarku tetap bahagia..
Tanpa cintaMu tetaplah Kau di sana..
Aku tanpa cintaMu...
Bagai layang2 terputus talinya...
Masihkah ada sekelumit belas...
Mengemis kasihMu Tuhan...
Utkku berpaut dan bersandar..
Aku di sini kan ttp terus mencuba
Tuk beroleh cintaMu ...
Walau ranjaunya menusuk pedih
Sejak first time aku dengar lagu Aku Tanpa CintaMu nyanyian Mirwana ft JayJay kat IKIM, aku terus jatoh chenta bergolek-golek.Ckp pon tak guna sbb aku mahsyuk betul ngan lagu ni.Ngan sora depa yang best, mmg seriau satu bdn bila pekena lagu ni tgh2 mlm buta.Sebenarnya pon aku mmg minat nasyid.Lately, selain lagu ni aku dah mula taksub ngan lagu Destinasi Cinta. "...Destinasi cinta yang kucari...sebenarnya terlalu hampir..." lirik yang sgt memerlukan penghayatan.Lagu nasyid tanpa penghayatan... baik toksah dengar.Buat berat telinga je.Tapi nak kata aku ni mmg menghayati, tak adalah.Tapi at least aku tercengang gak lah bila tiap kali layan lagu2 nasyid jiwang camni.Kat kesempatan ni, aku nak promotelah kat semua orang : Dengarlah IKIM.fm. Dengar online lagi bagus.
s a h a b a t - part 2
Aku blom puas hati dgn kisah Sahabat aku semalam.Tergerak hati nak continue.Aku takkan rasa nak create part 2 klu tak kisah ni mendapat perhatian beberapa org kawan baik aku.
komen aiza (my besfren 4eva) about my last post:

Image hosted by Photobucket.com

chat wif Mizi.Ere is my edited msg wif Mizi.Pjg sebenarnya tapi byk tapisan dah dibuat.Tu je layak ditayangkan.Selebihnya hak peribadi.

Image hosted by Photobucket.com

Akhirnya sekarang mmg sah! Tinggalkan aku dengan aiza.Astri? Hmm.. sorilah Astri kalau kau baca entry aku kali ni.Aku bkn nak ketepikan kau.Tapi mmg betul pon, sepanjang cuti ni aku langsung tak jumpa kau lagi.Tapi bukan sbb kau tak nak jumpa aku (aku harap camtulah), tapi sbb kau balik Indon.Aku hrp kau tak menyisih.Dan aku tau, selalunya tiap kali cuti kau mmg akan carik aku.At least kau akan msg aku sungguhpun ntah apa2 je bunyinyer msg kau.Thanx ingat kat aku.Mizi pon sama.Since this around few days, aku dah jadi biasa pulak kongsi cerita dgn dia.Terima kasih.Sesungguhnya betul cam telahan aku.Yang nak pergi, silakan pergi.Aku ada lagi kawan yg lain.Aizar pon ada ngan aku.Dan honestly...komen yg aizar hantar td buat aku rasa bertambah sayu.

Aku ingat lagi, aku penah beritahu Hani..."Sekarang ni, bila dah besar, aku dah belaja satu lagi benda.Benda ni aku belaja masa aku kat Johor. Persahabatn tu penting.Dan betapalah kita kena buat sesuatu utk pertahankan persahabatan sbb ia bukan senang.Susah berkawan sebenarnya...," itu yg aku bgtau Hani.Time tu kitorang tgh tggu LRT kat Cempaka.Betul... part plg susah dlm persahabatan ialah utk mempertahankannya.Aih... (mati kata)

S a h a b a t part 3

Seorang sahabat bernama Kamal.Kamal...apa ye tentang Kamal.Dia kwn aku.Aku kwn Kamal.Lagi?Hmm..bukan nak cerita Tentang Kamal.Tapi nak kabarkan aje, td aku sempat borak pjg kat Frenster Chat ngan Kamal. Terharu aku sbb afta almost a year tak jumpa, dia leh anggap aku as fren and kitorang akhirnya simpulkan.."frens foreva yeah!"... Byk yg diperkatakan tadi...Aku terharu sebenarnya sbb dia nak kongsikan sesuatu ngan aku.Ala..kisah2 hidup sepanjang kitorang tak jumpa.Yes, satu lg persahabatan berjaya aku pertahankan.

"saja..aku kan ingat kwn," aku reply sms Faiz camtu.Tp dia tak caya aku sibuk ingat kwn skang ni.Sesungguhnya betul!Aku tengah berusaha sgt2 utk pertahankan sisa2 persahabatan yg ada.Inilah kali pertama aku lakukannya sbb slama ni ego aku bukan skit punya tinggi tahapnya.Dan Alhamdulillah... setelah setahun juga, aku kembali ada Faiz as my fren.Juga kembali detect Zulfadhli secara tak sengaja.Tak mau ego lagi.Aku add him up kat frenster hanya nak tunjukkan betapa aku dalam usaha mempertahankan semua persahabatan yg pernah ada walaupun sikit.Taklah riak sgt kiranya aku kata.. i'm naturally nice! Eheh... (akhirnya kesyahduan aku berkurang...)

sms of the week

"ai cyg..huhu..lama x dgr cite....tido eh..." - Sharil

"oit geng...amcm idop?Ko mintak ape?," -astri.. (betapalah akhirnya aku leh tarik nafas lega ngan sms astri ni.Baru smpai KL dari Indon ptg tadi. Astri!!! Mish u, u noe?)

-harap tak perlu continue babak sahabat tuk part yang seterusnya. Jemu!-

 

Saturday, May 21, 2005

:: Sahabat ::

aku : berada di bwh suhu 22 darjah celcius.Sejuk.Berstokin hitam belang-belang,bersweater,rambut tak berikat tapi berklip,memanjakan telinga dgn IKIM.fm.
Selamat Berjuang
Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu Tiada berhenti
Oh syahdunya...Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan Penuh onak dan cabalan
Bersama teman - teman ... Arungi kehidupan
Oh indahnya... Berat rasanya didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina...Diakan selamanya...
Slamat berjuang sahabatku...
Semoga Alloh berkatimu....
Kenangan indah bersamamu....
Takkan kubiar ia berlalu...
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita...
Hati ini sayu mengenangkan...
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan ...
Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Kita main sama-sama.Dari seronok dengan Barbie Doll,dewasa kita gemar pula bermain UNO.Kita nyanyi sama-sama.Dari zaman lagu 'anak itik tok wi', dewasa kita suka pula lagu2 cinta indonesia.Kita lakukan semuanya sama-sama.Waktu kecik dulu,kita ke sekolah sama-sama.Dewasa sikit, kita keluar shopping sama-sama sambil bergosip isu2 semasa di Secret Recipe.Semuanya bersama.Hinggalah satu masa....
Kita masing2 ada haluan sendiri.Kita tak lagi memerlukan satu sama lain. Ye ke begitu?Dah sampai ke masanya kita saling tak memerlukan lagi?Bukan ke kita ada angan2 utk terus bersama?Kita sesama kita melihat masing2 punyai keluarga sendiri,punyai anak2...dan seterusnya redahi usia bersama-sama. SAMA-SAMA? Sama-sama yang dulunya slalu kita sebutkan sekarang dah jelas..hanyalah satu angan-angan.
Aku tak tahu sama ada aku masih punyai mereka.Mmg perpisahan hanya waktu.Tapi waktu tu penentu sebenarnya.Seorang kawan yg pernah aku ada dalam sejarah dunia ni, dah mula menampakkan tompok2 kelainan.Betul awak dah berubah.Kenapa,wak? 1 Julai 2003 , kita buat perjanjian. "apapon selepas ni...kehidupan kita ttp bersama.Semua rahsia milik kita sama-sama" itulah perjanjian yg aku dan sahabat baik aku tu buat.Waktu tu kitorang tingkatan 5.Saat ni,detik ni,sewaktu aku menaip semula intipati perjanjian tu aku rasa mual.Aku rasa meluat.Meluat dgn janji yg tak pasal-pasal dicipta tu. Mungkin bukan salah kami yg mencipta, tapi salah masa.Waktu tu masing2 berjiwa kanak2.Sekarang jiwa tu dah dewasa.Kedewasaan barangkali buat dia pergi jauh dari aku dan kawan2 yg lain.
Bukan dia sorang!Yang lain pun berubah.Aku benci perubahan yang jadi.Mencari atau diam buat bodoh?Aku tak rasa diri aku perlu terhegeh-hegeh mencari kawan yang hilang.Dari aku susah payah mencari yang hilang, lebih baik aku ajar je diri aku untuk terima insan2 baru yang datang pada masa akan datang.Mungkin persahabatan boleh berakhir.Sekarang aku betul2 yakin... persahabatan boleh berakhir bila2 masa je.Dan aku...langsung tak kesah dah.
Semoga semua sahabat, bekas-bekas sahabat yang pernah menjadi sahabat dan bakal-bakal sahabat aku bahagia selalu.Selamat berjuang... Malang bagi kita sbb tak sempat berjuang bersama.Sbb istilah 'sama-sama' tak wujud lagi... Semoga kita semua boleh menjadi kuat walaupon hanya dengan istilah 'masing-masing'.
"aku syg persahabatan kita semua...."
dearest
  • aizar (thanx masih bergelar sahabat)
  • hani (juga masih bergelar sahabat)
  • mimi (we need to reunite)
  • marlia (awk dah terlalu jauh dr kitorang semua... pliz sedar!)
  • astri (susah nak faham)
  • nadia (tolong jgn hilang)
  • ...dan nama2 yg tak tersebut...

Currently on IKIM : Rabiatul Adawiyah (In-Team)

"....Rabiatul Adawiyah Serikandi yang tercipta..Sungguh agung pengabdianmu..Kau berjaya menjadi iktibar..Asmaramu dihampar suci..Pintalan dari awanan putih..Membuahkan titisan rahmatMenyuburkan mawar yang layu..."


Image hosted by Photobucket.com

[ ni lah namanya kenangan 'sama-sama']

 

Setelah sekian lama... [kisah kutukan padu]

"Ni,nak kena aku siapkan kompang ke haper?,"tanya aku kat Aizar smlm bila aku dah mula rasa lama gak aku terpacak kat TUT* ngan Aizar.Kitorang sesungguhnya mmg marah dan menjadi sgt buas smlm.Tak mesra alam langsung bila terpaksa berdepan ngan seseorang.
Sapa?

Aku takkan sebut walau sekalipon nama dia kat sini sbb bermula dari semalam,aku dah dpt tetapkan status dia dlm kepala aku.Status dia pada aku adalah 'Benci'.Status : benci.Meluat yang amat ngan sorang 'lelaki tulen of the world' ni.Aku tau lelaki mmg ego.Tapi ego yang lelaki ni ada adalah ego tanpa kawalan.Sib baik mood aku baik semalam.Kalau tak mau perang lagi.Perang lagi?Yes...aku pernah gak perang dingin ngan dia beberapa tahun yg lalu.Dan kali ni aku terasa nak sgt perang lagi.Aku marah tau..Aizar pon marah.Terus terang aku declare : smlm mmg aku mengutuk kau lah sedara ego!Aku minta maaf lah sbb kau mmg selayaknya terima semua madah2 puaka lagi2 dari Aizar.Aku tau mmg aku dah kumpul byk dosa.Tapi kau dosa jugak sbb buat aku terasa.Buat Aizar terasa.Even buat besfren kau sendiri terasa.Dem lah!

meandaiza2.jpgSementara menunggu sambil mengutuk-ngutuk, aku ngan Aizar
buatlah aktiviti peberet iaitu mengambil gmbr ngan pose2 yg perasan.Sgt gembira..lalala... Sejak kebelakangan ni, Aiza lah segala-galanya bg aku.Dia dok lepak bilik aku, aku dok lepak bilik dia.Betul2 dah hilang pertimbangan setelah kami sama-sama menerima nasib yg sama iatu kehilangan kwn.Geng kitorang yg dulunya bersepah sumer dah hilang tanpa boleh dikesan lagi.Dan akhirnya aku dan aizar dah buat keputusan tuk hidup bersama.Huhuhu...."...ku bahagia..."

Istimewa buat Mizi : kau mmg classss lah.Caya betullah lu brader \m/ Sememengnya member yg bley dipercayai walaupon hampir2 diberi mkn kasut size 9 oleh Aizar.Aizar mmg takde keje lain.Asyik nak bg org makan kasut saiz 9 dia je kejenya.Sib baik ada aku jadi tukang kesiankan kau.

Harini : Meredah satu Semenyih,Kajang,Rinching dan semualah area yang sewaktu ngan nyer.Abah la nak bawak kitorang mkn bukan skit punya jauh.Akhirnya tak jumpa kedai yg dicari, nak makan nasi ayam kat satu kedai ni.Aisey, abah...mkn nasi ayam punyalah jauh.Sungguh mencabar aktiviti pemli kita harini.Dan oyeah... mata aku yg hebat dan berkualiti ni sempat menangkap satu ayat best yg tertulis kat satu kain rentang.Ni kat Semenyih tau... Dan ingatan aku yang makin pulih ni dapat ingat ngan tepat apa yg aku baca kat kain rentang tu...

"Terima kasih kerana mengundi BN.Kerana undi andalah, harga minyak naik..Terima kasih..."

[mungkin lain sket susunan ayat]

Yes lah...Aku no komen.Tapi best bunyinya.Dan abah pon tersengih bila aku membacanya ngan lancar sekali.................... -end-

 

Wednesday, May 18, 2005

:: Dok Redah KLCC ::

"Aku ske playground.Yeay, taman menan best!," mesti tu aku bitau kat org kalau ditanya apa tempat aku ske.Dlm usia yg dah 19 tahun,dah besar lebar (kata miss vasanthi) elok ke klu aku pi main kat taman menan?Mesti cam budak sewel kan?


toys2.jpg

Oleh itu aku dah pun modify hobi aku yg agak aneh ini.Aku skang lebih cenderung masuk shopping mall,pusing2 carik kedai menan plak.Tengok Barbie Doll,meleleh air liur.Tgk Powerpuff Girl,terkedu terus.Tengok Spongebob....mak aih!Teruja aku.Gambar kt seblah ni gambar kat kedai menan di SOGO.Time ni aku ngan Hani.Aku memeluk Putera Raja Katak yg tak muncul2 menjadi putera yg kacak walopon aku dah cium dia byk2 kali.

Hari ni plak aku masuk Kedai Menan kat KLCC.Sumer kedai menan yg ada kat KLCC aku redah termasuklah yg kat Isetan.Gmbr kat sebalah ni pon gambar kat Kedai Menan.Nama kedai tu Toy City.Yehaa!Memang aku ngan Aiza dah ilang pertimbangan.Dah naik rosak akhlak kami berdua akibat ghairah nak shopping.Tapi malang dan kesiannya,harini ongkos kurang baik.Aku ada RM150 je.Apa barang nk shopping ngan RM150.Sudahnya duit disalurkan utk kempen Mari Membaca.Yes lah..beli 2 komik ngan 2 novel. Manisnya Cinta (Anis Ayuni), Sehangat Asmara (Aisya Sofea), Eighty Degree Celcius (komik) dan Naive (komik).Amek ko!Maka kenyanglah perut Kinokuniya lunch ngan duit aku dan Aiza.Saluran seterusnya ialah untuk perut terchenta.Makan kat food court.Sib baik x ramai org.Eh,aku lupa nak mention yg Jullian pon ikut sama.Kesian dia, sampai mula naik muka bosan dia ngan telatah aku dan aiza yg teruja ke sana ke sini tak sedar diri.Jullian tu sememangnya typical boy.Ahak..ahak..

Saluran ketiga?Meluncur laju duit2 aku yg seterusnya ditelan dek Romp.Kedai baju yg besh.Tapi sempat sambar suar je.Sib baik ongkosnya ngak baik...klu tak,mesti aku dah beli beberapa perkara idaman.Nampaknya senarai IDAMAN aku akan menjadi bertambah panjang.

  1. Beg pink kat GIRLS (Ngigau beg la aku mlm ni..)
  2. T-Shirt Tropicana Life
  3. Kasut Hijau yg sexy kat KICKERS
  4. Bangle kat GIRLS
  5. Patung Elmo kat ISETAN
  6. Dior Addict (hidung aku cam dah gila ngan bau nyerh)
  7. Chocolate banana kat SECRET RECIPE
  8. T-Shirt Mickey Mouse kat Three Point Six
  9. Bedsheet Barbie Doll kat ISETAN
  10. Long sleeve ROMP
  11. Novel dan Komik (nak beli semua yg ada kat rak buku Kinokuniya)

Aku ngan bodyguard aku Si Aiza tu dah tanam niat dlm hati.Next time pegi mesti dapatkan barang2 idaman.At least beg pink yg akan jadi igauan sepanjang zaman.Mesti dapatkan.Beg lawa kat SOGO tgk ngan hani aritu pon lom sempat beli lagi padahal ma dah kasi green light dah.Yes lah, ma!

3 things....

Ada TIGA benda yg aku mesti ingat untuk peristiwa harini.

  • time aku, aiza ngan Jullian berjln meredah panas terik carik restoran mamak dpn KLCC tu,Aiza bley plak kuarkan kata yg menyakitkan hati aku. "haizum...kalau aku silap jalan kau marah tak?" pantas aku menjawap ngan lembut tp penuh ancaman "marah..." Maunya tak marah!Naik cair kepala aku jln kat panas.
  • Sebaik je masuk kedai kasut NOSE kat Suria KLCC,aku ngan aiza (Jullian dan balik),lalu seblah satu couple ni.Aiza sebok ckp pasal kasut kat telinga aku.Telinga aku plak sebok curik dgr apa yg brader tu nak kata kat awek dia... "awak, awak tak suka ke kasut yg cam..cam bertutup ke..," suara brader tu slow, tanak kasi org dgr tapi aku dengar! Yes lah!Aku terus citer kat aiza kejap tu jugak dan kami pon gelak terburai.On da spot aiza kata aku mmg telinga hebat.Ada ke brader tu tanya style poyo camtu.Apa da...
  • Lalu depan cermin yg panjang,nampaklah aku ngan aiza punya bdn dari atas sampai bwh.Maka bersuaralah aku.. "nyampahnya nak tgk, cam tembam je, cam gemuk je," komplen aku ttg saiz kitorang 2.Aiza ngan bestnya menjawap... "biarlah gemuk ke, tembam ke, asalkan gembira..." best lah!Aku suka jawapan tuh.Jawapan org optimis.

Tiga point arini sempat aku dan aiza kumpulkan.Apanya 3 point?Pointer exam ke?Dak aih..point...point...ish, malulah nak cakap.Lenkalilah cakap.Atau maybe aiza yg tak malu tu dah mention kat blog dia....[ BACA ]

 

Tuesday, May 17, 2005

The Cousins

Dimulakan dengan Bismillah..

Image hosted by Photobucket.com
Entah berapa kali aku dongak kat langit harini.Tiap kali kuar umah,aku dongak ke langit.Sengaja dok perhati kalau2 ada burung yg terbang kat langit.Jgn kata yang terbang, yang bertenggek kat dahan pokok ataupun wayar telefon pon tak ada.Terus aku perhatikan...dan yeslah! Ada.. ada kapal terbang je.Persoalannya, di manakah burung terbang?Adakah burung2 telah digantikan dengan burung teknologi yang perutnya boleh mengisi ratusan penumpang?Sebab sepanjang yg aku perhatikan, ada 2 ke 3 bijik kapai teghebang dok lalu lalang ataih paler.Bersoaljawap la aku ngan kepala aku sendiri
Mana burung weih?
Apsal?
Tak de per
Sejak bila ske tgk burung?
Sejak bila2 pon tak
abeh tuh?
aku heran je...kalau bukan kat langit,ada port lain ke yg lagi mahsyuk burung dok lepak [terbang]?
manalah aku tau...
Tak puaih ati tol.Aku bukan kempunan ke, mengidam ke haper nak tgk burung,cuma terdetik hati..kenapa tak lagi nampak burung terbang kat langit.Lama tau dak,aku buat pemerhatian.Sampai keje aku harini kuar masuk umah nak tgk langit....-end-
The Cousins
Ateh akhirnya tadi dah dihangkut balik oleh husbandnya setelah tido satu mlm kat umah aku.Sgt sedih tgk lambaian sepupu2 aku... Si ikal mayang Ezwa yang kuat potpetpotpet, Adik Puteri yang digelarkan sbg Si Kecik Kerek, dan Si mata bulat, si wajah ayu adik Qisty,Chumey.... cayanggg sama kekanak chumey ini sumer.
Ateh, u deserve life better than this.Can hardly understand your situation.Dengan anak yg dah 3, campur lagi ngan 2 anak tiri... life must be dem! Kesian kat makcik terchenta tuh.Sayup hati aku tgk anak2 dia.Tapi perasaan dalaman yang aku rasa ni tak terzahirkan.Sesungguhnya, love you ateh and all 3 cutie cousins,really.Sometimes...marriage means Unfortunate Event .Nasib seseorang....
Adik Qisty sgt chumey.My cutie cutie pie Qisty.Wajah baby boy yg ayu.Tententeng...Dasat betul, best borak @ lepak ngan si Kecik Kerek 2 years baby girl tu.Baru 2 tahun,style ckp cam makcik umur 32 tahun.Mahsyuk deh borak ngan Puteri Si Kecik Kerek tuh.Muka tak nak kalah.Penuh ngan aksi-aksi nak menang selalu.Cayanggg....~
Last : ini kali kedua aku menaip benda yg sama.Daya ingatan aku makin baik.Aku boleh menaip semula isi entry kali ni ngan ayat2 yg hampir 98% sama.Tahniah utk aku.Kenapa aku taip 2 kali? Sebab 2 kali lagi baik cam minyak seri murni. Bukan...sebab tadi blackout.Hidup tanpa bekalan letrik, umpama hidup dlm gua zaman purba kala.Chaww...kit road!
 

Monday, May 16, 2005

mabonda.jpgPhoto : Ma Bonda
Lokasi : Home Sweet Home
Tentang Photo : Ini dia bonda aku yang aku panggil Ma.Ni la dia insan yang lahirkan aku, yang aku paling sayang....Sengaja letak gambar ma kat sini.Sbb aku ske tgk muka mak aku.Nanti kalau tiap kali aku masuk sini,leh la aku nampak wajah ibuku yang terchenta.

"bukak pintu tgk sapa dtg.Ma nak sembahyang ni,"waktu Maghrib tadi ada org dtg umah aku.Tgk2 ateh, adik mak aku.Ui, sangat rindu kat dia.Tapi mmm.. alahai...awatnya kurus sgt la ni.Kesian yg amat aku tgkkan dia.Ngan anaknya yang dah 3.Plak tu kecik-kecik sumer.Aku dok terkejut tgk dia kurus sekeping,dia dok terkejut plak tgk aku bukan main SEHAT WALAFIAT lagi... Dan anak bongsunya yang lelaki tu sungguh la chomey.Lelaki..wajahnya lembut.Matanya bulat tapi ayu.Camner plak bley kuar baby boy yang ayu neh?Sib baik badan dia cam gagah sket...ngeh..ngeh..

"Ko tak de rasa nak kurus skit ke?,"tanya ateh aku time kitorang borak2."huh?hmm...ada gak..tapi tak
reti arr..,"
jawap aku ala-ala ke'blur'an.Tup2 sepupu aku budak kecik bernama Ezwa dok menyampok...
"Diet la!."jerit bdk kecik berambut ikal mayang tuh.(yg digelarkan sbg rambut mee maggie cpt dimasak sedap dimakan oleh adik2 lelaki aku)

Gulp!

Aku pon serupa x caya bdk kecik boleh sarankan aku utk berdiet.Owh, tidak!Aku tak suka diet.Klu ada aku menyebut tentang diet,itu cuma ckp kosong aku je sbb sepanjang yg aku sedar,aku tak pernah ada hasrat nak berdiet.Program diet adalah program yg menyakitkan psikologi bagi aku.Tapi kalau diambil dari istilah diet yg betul, iaitu mengambil makanan dgn nutrien yg betul,tu elok lah sgt diikut.Tapi masalahnya skang, aku merujuk maksud diet sbg TIDAK MAKAN atau TAHAN MAKAN.Sama sekali aku tidak akan berlaku kejam terhadap perut kesayangan yang satu ini.

Hanya satu semangat yg terus inspired aku utk jaga sket bdn aku.Apakah semangat itu? ABAH.Abah dah berkali-kali sound aku. "jgn sampai gemuk...," dan aku mula perasan yg ayat "jgn sampai gemuk..."ni dah jd ayat paling glamer abah tujukan kat aku ngan mak aku.

Last word : Fuh...

 

::Satu Kisah Lagi::

Image hosted by Photobucket.comAsyik keje tukar layout je aku heh.Tu menunjukkan aku sungguh free. Kat seblah ni,ialah gambar first skali aku guna as header blog aku.Aku suka gambar ni.Tapi cam tak sopan lak aku taruk gambar sexy-sexy camni tuk renungan byk mata.

Diary : hari ni,aku masih lagi bergelar aku dengan perangai yang sama.Perangai yang aku maksudkan ialah 'ketidakupayaan bgn pagi'.Apa nak buatkan, sumer orang ada kekurangannya tersendiri.Jangan salahkan aku.Sebab mengikut pengetahuan Biologi aku,hormon jugak memainkan peranan dalam menentukan kadar kemalasan. ngeh..ngeh..ngeh...

Semalam : Kuar makan ngan family kat area Bandar Baru Ampang sana.Dahlah service bukan skit punya lambat.Dari lapar jadi kenyang aku menunggu.Sementara bosan tunggu order tu, Dek Kal bukaklah cerita pasal pagi semalam.Kisahnya adik aku yg dua orang ni (Dek Kal ngan Ijat) kena serang ngan sorang mak budak Indon ni.Heran gak aku kalau-kalau ada Indon berani dtg umah aku nak buat serangan.Ahak...kebetulan pulak Dek Kal tengah basuh motor.Dengar je orang bising2 kat luar pagar, adik aku mula panas telinga.Disergahnya mak cik tu...lari terus tak cukup jalan.Mana tak nyer, adik aku dok sound dia... "woi, apa bising-bising?Jangan cerita banyak, balik ajar anak dulu, pastu baru dtg sini bawak parang ke, senapang ke.Kalau ada bom bawak sekali," jerit si Dek Kal.Adik aku yang bernma Haikal ni memang hangin punya kaki.Lagipon anak makcik tu yg carik pasal,dok baling adik aku tak pasai-pasai.Apalagi,sarapan pagi makan penampar adik aku lah (penampar Ijat)Dengarkan citer tu, aku gelak je la.Persoalannya, dimanakah aku ketika itu? Jawapan : aku belum bangun tido! yes lah!
Tengah cerita2 tu,aku ternampaklah pulak sorang mamat ni.Eh, cam kenal.Aku tengok lak mamat satu lagi yang dok sebelah dia.Eh, cam kenal gak.Aku tengok pulak bdk pompuan yang mkn semeja ngan dia.Uuuu...Lala...sememangnya kenal.Budak sekolah aku dolu-dolu.Klasmet Aiza.Woah.. bercouple rupanya bdk 2 orang tuh.(Aizar yg bitau)Alahai...

"semakin dekat kita dengan perempuan, semakin jauh kita dengan Allah" Ini adalah kata2 sorang budak lelaki yg tak aku kenali.Cerita ni aku dengar dari Athirah.Dengarnya budak lelaki ni kunun2 tak ske nak dekati perempuan. Tak salah gak klu aku kata dia ni cam ANTI PEREMPUAN. Aku tak puas ati betul bila ada pertubuhan anti perempuan ke,anti lelaki ke...Tak payah nak beranti-anti.Buang karen.Disebabkan aku betul2 tak puas ati, aku akhirnya dah dpt jawapan terbaik tuk aku jawap balik prinsip lelaki tersebut.Bila aku tanya abah pasal kata-kaa tu, abah terus je jawap.. "semakin lelaki itu menjauhi perempuan, semakin dia menjauhi nabi.Sebab nabi bersabda,mereka yg tidak mahu mendirikan rumah tangga itu bukan umat baginda" Dan akhirnya aku lega... Dan aku harap aku ada peluang tuk menjawap kata-kata tu.
 

Isu Shopping

Image hosted by Photobucket.com

bayangkan aku skang tak de keje lain...

maka mak aku tiap-tiap hari membebel kat aku....

ma : pegi la shopping!

aku : malas arr! Asyik shopping je.Semalam shopping, arini shopping...naik jemu.Naik muak..naik meluat dah! tak mo!

ma : jangan degey!Amek duit ni shopping sakan.Pi shopping sesakan mana pon kau nak.

aku : ye arr (ngan beratnya aku terpaksa gak amek duit tu tuk bershopping sakan)

TAMAT

Kisah tersebut malangnya adalah situasi dalam imaginasi aku.Kan best kalau aku takde keje lain dan mak aku asyik paksa aku pegi shopping je.Alangkah indahnya dunia.Owh, alangkah....

 

Monday, May 09, 2005

The Chika is back!

Yeay! thename.jpgis back!Aku akan main conteng2 balik.Byk nak aku tulis tp kdg2,simpan peristiwa yg berlaku dlm ingatan lagi sempurna dari cuba terjemahkan semua sbg tulisan.Lagipon byk sgt yg dah berlaku.Aku tak percaya klu aku boleh plak tuliskan semua yg berlaku selama tempoh 3 atau 4 bulan.

Tata KMJ...

16 Apr 05 - finally...that was the day to say good bye to college.Aku tau mmg aku taklah sepenuhnya enjoy diriku dok kat Johor sana.Tapi deep down inside aku sungguh2 sedih nak tinggalkan kolej.Aku pon sampai hari ni x caya macam mana perasaan sedih tu boleh muncul.Ye...mestilah sedih.At least sikit kan...tapi masalahnya sedih aku cam tahap yang agak hebat jugak.Akulah org paling byk kuarkan airmata pagi tu.Bila tiap kali je ada member yg parents dah sampai nak bawak dorang balik, tiap kali tu la aku nangis.Dan akhirnya semua dah balik...dan sampai harini, aku tak jumpa-jumpa lagi dgn semua insan yg selama setahun sebelumni jd insan yg plg dekat dgn hidup aku.Rindu rumet aku...Minnysh...Ain...Trex.. Trex? Rindu ke?Tak ah... =)) Sbb aku ada jumpa Trex aritu.

Blog wajah baru.

Entah macam apa pon aku tak tau nak kata.Serius cakap..aku tak puas hati langsung dengan rupa baru blog aku ni.Tapi aku dah penat nak mengesahkan benda remeh temeh camni.Aku dah tawar hati nak layan internet n komputer lagi.Bulan ni je, beratus-ratus spend duit tuk repair pc degil aku ni.Aku cam dah tak de perasaan kat pc ni.Sorry la komputerku... aku dah tak sayang kat kau lagi!Sbb kau ni cam mesin telan duit ko tau?! Aku marah tau.. (nada sexy). Streamyx pon dah tak mahsyuk dah.Err...bosannya.....

latest fav song : Cahaya Kris Dayanti

"jalannya cinta menodai hati..."

 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."