Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Friday, December 29, 2006

Freaky Friday

Malam semalam, memang gian mau conteng sesuatu. Sumpah! Tapi memandangkan ada perkara lain lebih penting, terpaksa aku duduk diam-diam. Semalam dah jadi sejarah. Oleh kerana blog aku bukan buku teks sejarah, makanya aku tak akan conteng kisah semalam lagi. AHAHA! Alasan yang baik untuk tidak membuat contengan maut.


Hari pertunangan semakin hampir. Pastilah sebok bertungkus lumus memfokus ke arah beberapa perkara. Dan antara sebab kenapa aku tidak bisa conteng semalam ........

Sebok berinai. Demi menaikkan seri hari bahagia kelak. Bagaimana caranya aku mau mengetok keyboard dengan jari bertahi ayam berinai ini. Iya kan? Pernah dengar satu MITOS tak masa kecik-kecik dulu? Kononnya, bila dah pakai inai, tak boleh keluar rumah. Nanti masyarakat ayam nampak, ditegurnya... abes inai tak menjadi. Kononla. Konon tak konon pon, masa kecik dulu, aku terjebak juga! Ternyata orang dewasa suka bodoh-bodohkan kanak-kanak. *akulah antara kanak-kanak yang terjerumus itu*

Terima kaseh Mak Yang atas inainya. Semoga hari bahagiaku menjadi satu fenomena agong. *mata berkaca-kaca* Selepas dua jam jadi kudung jari...



Malas mau buat contengan 200 ela.
Tentang sesuatu yang tiada apa.
Hanya berinai kerana nafsu.
Bukan kerna mau melangsongkan pertunangan...
Apatah lagi perkahwinan.
Bukan.
Bukan.
Bukan.


- INNALILLAH - Takziah buat Cik Azmi sekeluarga atas pemergian Adi. Adi sepupu aku. SMS yang aku baca pagi tadi dah cukup untuk buat kami satu keluarga terpinga-pinga. Halnya terlalu peribadi untuk aku kongsikan dengan masyarakat luar. Adi? Aih... aku seakan-akan kebodohan. Berita ni macam satu... satu.. satu.. satu apa eyh? satu dua tiga empat... ah, aku tak tau harus kata apa tentang ini! Allah itu maha pengasih, maha penyayang.


- AYAM KATIK -
"Ma, jangan lah sembelih ayam serama dek kal. Dek Kal beli mahal tu"
"Ah, mahal tak mahal. Bukan kau jaga pon. Berak sana sini..."
"Kesian la ma. Tak sanggop pon nak makan kang"


Beberapa jam kemudian...


Haikal duduk kat dapur sorang-sorang... lahap meratah ayam yang suatu masa dulu bagaikan anak kandung dia. AHAHA!


- JANGAN TOLAK DUIT -
Dulu, zaman kaya-raya...
Ibubapa hulur seploh hinggit, aku paling muka ke lain. Tangan aku waktu tu jadi machine duit yang hanya terima wang kertas RM50 dan ke atas sahaja. Kalau disuruh beli apa-apa, balance duit pasti dipulangkan kecuali balance yang melebihi nilai minimum, RM50.

Sekarang, zaman sengkek...
Selagi ada balance duit, jangan harap akan aku pulangkan ke ibubapa. Tadi, aku masok poket RM1.20. Singget doposen okey! Apalah sangat. Apalah punya daif aku ni.Tu pon aku kauk jugak sekarang ni. Balance lima posen pon aku terpaksa berkira. Balance duit beli buku adek, RM50 dah aku masuk purse sendiri. Balance beli cat, RM33 pon aku telan. Bila ayahanda tanya duit balance, aku jujur nyatakan... "ay nak duit tu.Sekarang cuti, tak ada income,"

Kasihan kan? Aih, ni tak sabar nak naik sem baru ni. Untuk kembali bergelumang dengan wang!


- BUDAYA BERKONGSI -
Setiap pagi dan malam, saya pasti mengulang ke bilik budak-budak lelaki untuk meminjam remote aircond. Remote aku sudah weng! Hidup segan mati tak mau. Mana taknya, bateri dah jahanam dekat sebulan dah. Sah sgt aku ni pemalas. Ganti bateri pon malas. Akhirnya budak-budak lelaki dah kuarkan warning puaka...

"Tengok ar esok, kitorang gari remote tu."

Kedekut betul lelaki-lelaki ni. Pinjam remote ajer nak bising-bising. Nampak gayanya, kalau aku tak tukar jugak bateri remote aku, sikit waktu lagi, tentu dah jadi isu parlimen kes ni.


- CUCI KERETA -
Pagi tadi, kali kedua aku cuci kereta aku setelah hampir setahun aku memiliki tubuhnya. Disebabkan takut dengan ayahanda, aku buat juga dgn lemah gemalainya sambil budak-budak lelaki gelakkan aku sbg tanda balas dendam. Oleh itu, aku dah buat summary... aku tidak suka cuci kereta. TIDAK SUKA.



Mahu tiduran lah. Tak sabar menanti esok... mau bertemu seorang yang istimewa... sambil menunjukkan kepadanya jari-jemari berinai ini. HABIS.
 

Thursday, December 28, 2006

Misteri Naga Jadian




Tidak lama lagi...
aku dan sahabat-handai tidak boleh duduk goyang kaki kiri dan kanan lagi.
Sebab, tidak lama lagi...
semester baru akan bermula!
Semester baru akan datang lagi dengan kejutan dan gimik-gimik baru.
Aduh, pusing-pusing merry-go-round kepalaku!
Jantung sudah berdetak dengan lebih kencang.
Tahun baru, semester baru...
Kesemua ini pastinya membuatkan aku gugup.
Mudah-mudahan...
Aku bakal menjadi ibu pelajar senibina yang mampu
bertungkus lumus *macam cacing*
menggali lubang sedalam-dalamnya demi sesuap nasik.
atau, apa-apalah perumpamaan yang bersuaian.


Celik bijik mata pagi semalam, histeria! Internet connection failed! Memandangkan aku mmg warga negara yang kuat report sana sini, lekas-lekas aku call 1-300-88-9515 *bukan nombor pejabat kadi. BUKAN* talian sebok. Dah agak dah, mesti ada bencana lagi. Hmm... Taiwan gempa bumi. Internet connection jadi bermasalah. Malas mau bebel banyak tentang kisah silam ini. Gangguan internet sudah menjadi sejarah hari semalam. Hari ini aku dapat joli-joli di sekitar internet. Cukop lah tu. Yang penting, aku dapat hoora-hoora hari ini.


Semalam ke kedai cat lagi. Beli cat lagi 4 tong. Bukan tong. Tin sebenarnya. Kelmarin aku beli 2 tong / tin *garis yang tidak benar* cat yang salah. Membazir 10 liter cat. Aku tau membazir. Kalau cat itu boleh dibuat jus ataupon ice blended, pasti keuntungannya buat si perut kesayangan. Tapi masakan aku mau mati minum cat. Ayahanda pun tidak marah. Malah sangat bergembira mempunyai anak gadis seperti ini. Yang sering cuai dan pandai membuat lawak. Hek engkau! Maunya tak marah, ayahanda mengeluh sakan. Tapi keluhan beliau tak sampai ke mana sbb aku akhirnya sarankan idea... "abah, apakata kita cat bilik ujung dgn warna oren yg salah tu. sesuai juga," kata aku demi menutup kecuaian sendiri. Cam biasa, ayahanda pasti terima kata-kata aku.


"ayyaaa... amoi! Lu beli cat lagi ka? Berapa banyak you mau cat??!," tokey kedai Jotun tu naik histeria sbb hari-hari ada je ahli keluarga aku mengulang ke kedai dia. Huk oloh! Nampak je histeria, dalam hati... tokey tu entah-entah tengah lompat galah, lompat katak, lompat tinggi bagai.

"Ya lor... banyak lagi mau beli," aku dah tak bermaya nak mengulang ke kedai cat.



Hip hip!
Hooray!
Hip hip!
Hooray!


Oyya, anak-anak semua..
Sejak cuti-cuti ni,
aku seringkali terserempak dengan kekasih-kekasih hati zaman cinta klasik dahulu.
Bukanlah kekasih sejati.
kekasih boneka sahaja.
Boneka tak boneka, boleh tahan tersentap la jugak bila terjumpa tu.
Terasa mau ketawa terbahak-bahak seperti...
Action Kamen!
HAR HAR HAR!
Semoga, kekasih bonekaku sehat-sehat selalu.



Sudah pukul 2 ptg.
Mau pergi tatap Fahrin Ahmad...
Hingga ke titisan darah terakhir.


SEKIAN, boleh bersurai!

 

Tuesday, December 26, 2006

Gangguan Seksual

Sebelum aku pegi tidur...
aku mau marathon sikit. *marathon yang aku maksudkan bukan pegi panjat pagar rumah demi bersukan jam 3 pagi begini tetapi membuat contengan laju-laju* . Aku semakin tidak boleh tahan dengan sikap lelaki pelahap di luar sana. Mereka sungguh jijik. Desakan dalaman membuatkan mereka hilang pertimbangan lalu menjadi tidak tau malu. Rasa ingin sekali kupelangkong kepala buduh mereka dengan alat-alat pertukangan.


Bulan lepas, aku baru sahaja selesai membuang lelaki-lelaki miang tak boleh garu dari koleksi messenger aku. Kupikir, sudah polos messenger ku dari ternakan buduh itu tetapi ternyata masih berbaki. Tadi pagi, setelah beberapa hari aku boikot YM, aku pon sign in kejap dengan hasrat mau intai2 kalau ada sesiapa yg layak digoda demi membunuh kebosanan. TIADA. Yang ada hanyalah offline msg yang sangat geli-geleman. Gelinya hingga aku terasa mau pergi tanam diri hidup-hidup dalam pasir.


Mesej lucah.


Memandangkan aku di bawah umur 21, aku terpaksa baca dengan tutup mata seblah *walaupon aku tau, tidak ada bezanya kalau membaca dgn dua atau seblah mata* Intro dia berbaur sexual. Sepatotnya aku terus delete. Tapi aku tutup seblah mata dan baca lagi.*biasalah, manusia suka nak tau yang haram* Okay, isi dan penutupnya lebih lucah. Habis baca, aku terbeliak bijik mata. Itu time, aku pon mengeja perkataan BUDUH sebanyak kali yang termampu. Sambil tu, aku pon bernyanyi lagu *KAU ADALAH SI BODOH YANG TERDESAK* dalam versi maki-makian. Syukur aku tak pandai mencarut. Kalau aku pandai, tentu aku dah tunjuk skill mencarut aku sampai ke level tertinggi.


Beberapa minit yang lalu, aku menerima satu msg dekat myspace *salah satu situs ternakan gangguan seksual*.


Mesej lucah lagi.


Cam biasa. Tutup seblah mata. Yang ngoknya orang haiwan orang ni, dia tak nampak ke betapa kudusnya wajah aku untuk diajak bermaksiat??. *nampak gayanya ayat aku semakin emosional* Selain berasa jijik dengan golongan sebegini, aku juga kasihankan mereka kerana mereka bukan sahaja rendah akhlak, tetapi juga tidak memiliki ilmu, harta maupun rupa. Sia-sia sekali hidup ini jika rugi dalam kesekelian perkara. Dunia rugi. Akhirat juga rugi.


Lagi ngok beberapa badigol yang kejenya hantar offline msg marah-marah dekat aku yang tidak berdosa ini. "woi, pegi matilah!" aik, suruh aku mati? Kalau aku tak nak macam mana? kamu ajalah sila ambil giliran kamu untuk mati dan beratur dalam barisan lurus ye. Selamat mati!


Dan... mesej berbunyi sebegini "aku dapat ko, aku ***** ko. aku ****** ko" oh ye? KALAU DAPAT. Kalau tak dapat? Abes la ko mati katak akibat TERDESAK.


Aduh.
maafkan aku.
kerna menulis yang lucah-lucah.
Aku tak berniat... mau berlucah-lucah.
hatiku sudah sakit amat.


Lebih sakit dan tertekan...
apabila ada yang sudah pintar mau main ugut-ugut.
Okay, okay...
berfantasilah sesedap perasaan ENGKAU.
sbb aku sikitpon tidak luak dek gangguan seksual ENGKAU.
tgk ni, aku sehat dan kuat!
*sbb aku suka minum milo, dan tidak suka ber-porno*


Oyya, lupa mau cop entri ini sebagai 18SX.
Kamu 18 tahun ke atas?
Boleh baca lagi sekali entri ini jika mau.
Kamu 18 tahun ke bawah?
Boleh ulang bacaan dengan syarat, kamu tutup seblah mata.
*HAR HAR HAR!*
 

Monday, December 25, 2006

Futsal Konon!

Sudah 25 December 2006!
Waktu satu dunia sebok mengetik-ngetik sms Meli Kelismes, kami sekeluarga pakat sms ayahanda terchenta. SELAMAT HARI LAHIR ABAH! *kebabom bunyi mercun di luar jendela*


Petang Sabtu lepas, aku dengan Aiza kena kelentong. Ada member lama ni bernama Syafiq dengan Syazwan beriya-iyalah sms Aiza ajak join futsal. Kununnya tak cukop orang. Aku bilang ke Aiza, aku tak de hal kalau dia nak pergi. Memandangkan duduk goyang kaki kiri dan kanan di rumah tidak mendatangkan hasil berpatutan, maka aku tak keberatan sama sekali mau poya-poya. Aku bawak adek sama. Adek mmg gian nak main futsal setelah agak lama jugak terlentang macam apa je kat rumah sepanjang cuti ni. Aiza pon macam ada ura-ura mau main. Aku... I'm sorry emak masak curry. Aku blom ada ijazah main futsal. Lagipon, aku tidak kepingin mau mati serangan heart attack di gelanggang futsal. Oh, no Beylo!


Sampai-sampai je, game dah mula. Aku dengan Aiza dah mula rasa tertipu. Ceh! Dengarkan cerita Syafiq, katanya cuma ada dia, Syazwan dgn Fauzie je. Sekali kami jenguk je, melambak-lambak kaum lelaki tengah syok main kat dalam. Muka kami dah setebal kulit gajah afrika. Sangat memalukan kegiatan ini. Brengsek sakan. Akhirnya, aku dengan Aiza jadi tiang seri. Tak pasal-pasal, duduk jadi pasukan sorak gelak *ala-ala cheerleader amerika syarikat sempena perlawanan rugbi* kat tepi gelanggang. Alahai...



Nasib baik ada kamera. Kami pon hiburkan diri yang menyengal tak pasal-pasal tu dengan bergambar sendiri. Adek dah masok main join lelaki-lelaki maskulin itu. *selagi lelaki pandai menendang bola semaut yang boleh, selagi itulah dia masih layak bergelar maskulin* Ketik..ketik..ketik... Ketika lelaki-lelaki sebok bergadai nyawa nak sumbat goal, aku dengan Aiza berhempas pulas syok sendirian bermain kamera.





Tah!
Aku pon runsing.
Runsing sampai sekarang.
Apalah kejadahnya aku terkedek-kedek pegi tgk lelaki main futsal tu? Apa la kejadahnya si syafiq beriya-iya suh jugak Aiza tu pegi. Bukan dapat bual-bual pon. Teringat kembali kenangan silam darjah enam. Syafiq... yes, dia lagik! Setiap kali ada football match kat sekolah, budak-budak perempuan pasti dikerahnya menjadi penyokong. Masih tak berubah... *menguap*


Aku sengal.
Aiza sengal.
Percuma jadi tiang seri.
Percuma jadi penonton tunggal dua bijik. *eksklusif betul*
Tapi ok la. At least dapat jugak bual-bual dengan Fauzie. Dapat jugak bercakap sepatah dua patah dan beberapa patah lagi perkataan dengan Syafiq dan Syazwan. Tah bila boleh jumpa lagi... *menguap*


Menguap sakan dah aku ni. Maknanya... 1, 2, 3, tido!
 

Sunday, December 24, 2006

Maha Karya Cinta

"kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup
di atas dunia,
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya,
kerna kau
maha karya cinta"


saya sukakannya.


# 01
Dia baru je bagi senyum kat pipi :) Dia buat musim bunga kat hati *alahai*. Sedang aku tau nak bagi bengang kat dia je. Aku ni dah macam watak jahat pulak. Watak antagonis yang biasanya jadi simbol kebencian penonton. Lagi2 lepas 'sesi terapi' dgn sahabat tu *kamu tau kamu siapa*, aku lagilah mau gelak macam action kamen. Sahabat juga tak menyebelahi aku. Mmm.. apa eyh. Ha, aku ni dah macam Rika Sumanto! *err... bukan! bukan! aduh, kantoi tgk cerita tahi lembu tu* HAR HAR HAR! Okay, konklusinya, watak antagonis biasanya akan insaf di akhir cerita. Untuk memberi happy ending kepada siri telenovela tak sudah aku ni, aku istiharkan keinsafan aku. Saya insaf.

Saya janji tak mau buat onar lagi pada dia. Saya janji tak mau main mitos-mitos lagi. Saya janji tak akan main tuduh-tuduh sesedap hati lagi. Saya juga tak akan berhempas pulas jadi pemikir konon-konon intelek lagi. Saya harus bersyukur dengan segalanya. Atau... aku terpaksa telan air liur sampai sendawa satu hari nanti. *senyum*.

ahhh... senang sekali perasaan ketika ini.Mekacih Ya Allah.


# 02

Semalam waktu golongan lelaki sebok dengan operasi cuci rumah, aku dgn bunda *termasuk adek sbg watak tambahan* cet cet cet berjongket ke bank. Apa punya cuai la aku ni. Buku bank dah aku hilangkan. ATM card pulak ketinggalan zaman. Masa aku cucuk kad ke dalam mulot ATM dracula tu, dia muntahkan balik kad aku. Dia nak kad baru. Aku pon terkedek-kedek nak mohon kad baru tapi last-last... "maaf dek. nak mohon kad baru kena ada buku. kalau dah hilang, kena buat buku baru dulu. Tu pon kena tunggu dlm 3 minggu. Nak cepat boleh ke HQ jalan ampang". aku ingat sebijik-sebijik kata orang kaunter tu. Aku senyum kelat kat situ sambil tarik borang-borang tertentu. Set, tak boleh buat jahat joli duit BSN. *watak antagonis lagi*

Sempat dapatkan produk Maybelline yang dah beberapa hari ni terlintas dalam fikiran aku. Mekacih bunda.



# 03
Semalam juga rumah sangat meriah dengan sanak sedara. Kegembiraan paling agong ialah bila mak yang datang! Hoola-hup! Kami semua dah rindu dekat mak yang. Jadinya dengan kehadiran makyang beberapa minggu kat umah ni, kami semua pasti jadi budak gatal. Makan nak bersuap, makan nak berhidang, air nak bertuang. Semualah! Masing2 akan naik lemak. Sbb Mak Yang je yang akan layan kerenah-kerenah tak masok akal kami. Kalau dgn bunda jgn harap. Nak merengek-rengek pon tak de chance.

# 04
"anak awak tu... dah berpunya ke?,"
bunda pahit-pahit mulut nak menjawap soalan tu.
"mmm... dia belajar lagi. Biar dia belajar dulu. Lagipon dia garang sgt. Org pon takut," akhirnya bunda dapat helah.

Aku soal bunda. Kenapa bunda runsing sgt nak menjawap soklan tu.

"buatnya dia masuk meminang... ." bunda pandang aku dgn harapan nak menakutkan aku. Ye. Pastilah aku takot.

"errr.... tannnak la," aku serius dah takot. Ketaq!

"bukannya apa. kang disebabkan benda2 ni bermusuh pulak. kau tau kan, anak dia tu mmg dari dulu lagi ada hati, bla..bla.. bla.."

kecepuk!

itu time rasa nak berlari setempat kasi berpeluh. Seram sejuk aku dibuatnya. Kalaulah ada org masuk meminang... aih, tak tercapai akalku.


*****

Dah boleh check result exam guna sms. hampagas btol. baru nak lompat-lompat riang atas katil. aku takut pasni aku terjelepok je pulak. Terus, harus check atau buat selamba je? ? ? Adoi!!!


 

Friday, December 22, 2006

Ringgit Ke Syorga

[ Prolog ]
Tong sampah ungu kecik molek yang diamnya di bawah meja study sangat misteri malam ini. Ia merupakan tong sampah puaka yang tak henti-henti mengeluarkan bunyi. Kecut perut dibuatnya. Tapi saya diam diri. Kuatkan hati. Pekakkan telinga... Tu! Dia berbunyi lagi. Saya sesungguhnya sangat seram. Tadi saya sudah tekad mau bungkus diri, menyorok dalam selimut supaya tidak dicekik maupon diapa-apakan oleh lembaga puaka itu.... Wa waa waaa... dia berbunyi dan kali ini menggegarkan tong sampah.....!


Terimalah...
Ringgit Ke Syorga.


Hari-hari yg dilalui kebelakangan ni mmg super-saiya punya penat (bukan super saiya bagi aku, tapi bagi lelaki-lelaki di rumah ini). Tapi aku penat juga. Lebih-lebih lagi hari Sabtu dengan Ahad lepas. Ngecat bilik. Bukan hijau! Tapi pink. Mmg garang menyinga bilik aku nampaknya. Mari kita baca komen masyarakat :

"Duduklah dalam bilik menyala tu. Mimpi lah pink tiap-tiap malam" - ayahanda
"Mmm.. mm.. mm.. dah macam pelangi. Rasa cam ada anak kecik pulak rasanya," - bunda
"Selamat datang ke Taman Mainan Kanak-Kanak," - Izzul Haizat
"Ya Allah ... boleh buta tgk warna-warni bilik ni" - Izzul Haikal
"Eii... geli adek bilik pink macam ni," - Haizdell
"hmm.. bolehlah," - zirul

"Striking color baru hooora, babe!" - aku yang sentiasa obsess dan kritikal tentang warna.


Mekasih ayahanda kerna benarkan saya menjadi project director. Senang sekali dapat membuat keputusan sesedap perasaan tentang warna cat, tentang susun atur, tentang senarai barang patot campak. tentang senarai barang patot beli, dan bertentang-tentang lagi. Tapi kasihan budak-budak lelaki. Mereka bertungkus lumus macam buruh kasar. Mereka bangkit awal setiap pagi dan bergegas melakukan kerjaan. Aku bangkit sesuka-suki dan bergegas menonton segala rancangan tv kegemaran. Aku tak sampai hati mau berlekang dgn tv kerna tv juga pasti kesepian jika tidak ditonton. Bukanlah sebegitu malas sangat. Cuma aku tetap melakukan kerjaan, tapi tv juga tetap ditonton!


Oyya.. bukan bilik aku saja yang kena cat macam warna tadika-reka. Tapi seluruh rumah dah aku arahkan supaya disimbah dgn warna-warna terang, garang dan agresif. Baru gerek. Kan dah aku bilang kalau aku sekarang ni tengah dilamun kegilaan warna yang kronik. Dahsyat jugak penangan nafsu rupanya. Melihat warna-warna membuatkan aku rasa naik semangat. Walaupon dulu Athirah selalu ingatkan aku... "awak punya barang semua striking kan? awak, tak elok, wak... boleh matikan sel otak," Uh, benar? Tapi ... saya tak dapat bantu mengatasi nafsu. Nafsu sgt kuat dan nafsu selalu menang. Biarpun sel otak jadi taruhan, nafsu tetap nombor satu. Susah tewaskan nafsu. Nafsu saya tetap ghairahkan warna-warna tajam itu.


Seblom ayahanda tiduran, ayahanda dah pesan kat askar2 lelaki termasuklah askar pangkat tinggi yang pompuan ni tentang serangan tugas esok ari. Otak aku jadi weng bila dgr kan kerjaan2 tersebut. Serangan esok adalah library dan bilik seblah library. Memang maut. Itu mmg area paling sarat. Paling menuntut banyak titisan darah dan keringat.

Memang dewi kemalasan aku ni kan. Nak mengemas rumah ajer aku boleh samakan macam satu pertempuran. Tak salahlah kalau ibubapa selalu bersyukur kerna dikurniakan hanya satu anak perempuan. Sbb terbukti anak perempuan yang 'sebuah' ini tidak berpatutan sifatnya. **dah, dah. aku tak suka mengata diri sendiri**


Rumahku syurgaku eyh? Waktu ni la slogan 'Ringgit ke syorga' tu boleh pakai kena pada tempatnya. Sbb nak siapkan umah yang tak seberapa ni pon dah telan terlalu banyak ringgitan. Terus, aku jadi kepingin untuk hidup di satu wilayah yang mana tiada wujudnya urusan kewangan. Wilayah yang dinamakan.. 'Free Land'. Ye, semuanya percuma. Air percuma, makan percuma, dapat cat percuma, shopping percuma dan kawen pon percuma. Kalau rasa teringin nak menikah, amek je bawak ke pejabat kadi. Semuanya percuma! **percuma percuma percuma... sampai semua rakyat jadi gila dan bebal** Angan-angan dibatalkan. Harus terus berusaha mencari wang! Harus percaya pada rezeki ketentuan Allah SWT. Mekacih Ya Allah.


Uiks, sebut 'mekacih Ya Allah' aku teringat kat budak Nabila yang cilik itu. Hari ini ayahnya Mas Aji accident. Menitik air mata aku menonton aksi si Nabila yang menangis bagai nak ghak tgk ayah dia dalam wad. Aku geli hati tiap kali Nabila sebut beberapa perkataan. Dia pelat. Dia selau sebut 'mekacih ya Allah... ampunkan dosa-dosa Nabila ya Allah. Nabila sayang boneka Nabila. Tapi Nabila lagi sayang ayah. Bila ayah cudah cedar nanti, Nabila berjanji. Nabila ga akan minta ayah belikan coklat lagi. Nabila ga akan minta ayah baju banyak-banyak lagi. Tolong Nabila, ya Allah.' aku geram! Dia sangat comel sampai aku rasa nak picit-picit dan gigit-gigit budak itu. Kalian tau kan aku sedang bercakap tentang sinetron?


"Nabila, ya emangnya... bunda kamu di mana sih?,"
"Bunda aku... di rumah Allah,"
"Rumah Allah? Kenapa bunda kamu ga datang melawat kamu?,"
"Sbb ayah aku bilang... rumah Allah jauh,"
"Suruh aja bunda kamu naik pesawat,"


Okey, tak boleh buat apa dah. Aku dah taksub dgn sinetron Mutiara Hati.


[ Interlude ]
Si henfon bisu tiba-tiba belajar nak berbunyi hari ni. Ingat aku gembira bila ko dah pulih dari bisu? Aku tak ada perasaan lagi. Kalau mau kekal bisu pon tak apa.

Ada makhluk bernama Kah Yan sms memberitahu nombor barunya. Masalahnya, aku tak pernah kenal siapa2 dengan nama itu. Siap ada tulisan mandarin. Ada juga miskol dari 'Langau' yang juga tak dikenali. Aku taram nama dia Langau. Seingat aku, si 'Langau' ni dah ada dalam phone aku sejak aku kat matriks lagi. Bermakna, dia memang Langau yang gigih. Boleh dapat pingat macam Spongebob, Pingat Kegigihan. Selain tu, Kak Gebush ada miskol 2 kali. Tak dapat main-main ngan dia sbb kredit saya masih mati blom hidup kembali. Aih, perlukan Ringgit Ke Syorga lagi. Nisa' sms bitau yang dia ada jpj test hari ni. Dan terakhir dari penghantar sms setia aku. Nama dia Astri Fadhilah :D ngee...

Ijat beli N-gage baru dua tiga ari lepas. Owh, sekali lagi boleh angkat slogan 'Ringgit Ke Syorga'. Haikal mintak kereta. Lagi 'karut'. SPM blom tahu result dah ada hati nak kereta. Yer...! Sekali slogan 'Ringgit Ke Syorga' diangkat tinggi. Terbukti dalam hidup ni, kalau nak rasa syurganya dunia... kena pakai Ringgit sbg tebusan. Baik ke macam tu? Hmmm... harus terus berdoa ke Allah supaya mendapat rezeki yang halal dan yang paling penting, kebahgiaan di dunia dan akhirat. Amin ya rabbal aa'lamin


[ Epilog ]
Lembaga dalam tong sampah ungu sedang berusaha keras untuk melepaskan diri. Ia tak boleh terjadi. Kalau dia terlepas, akulah yang akan diancam bahaya. Dia pasti mengganggu tidurku. Dia pasti buat kacau macam tadi. Dia pasti melintas dan merayap sekitar kamarku sesuka hatinya. Aku seram! Jadi, biarlah tong sampah itu terus mengeluarkan bunyi-bunyain berpuaka. Mujur Adek dah campakkan binatang terbang *tak tau nama* tu ke dalam tong sampah. Meskipon aku tak senang duduk mendengar bunyi-bunyian dari tong sampah kesan dari usaha binatang tersebut mau melepaskan diri, aku tetap rasa kasihan padanya. Esok pagi saja aku lepaskan kamu. Sekarang aku mau tdo. Kamu pon menginaplah baik-baik dalam tong sampah aku tu.


drama seram tamat.
da bes!
 

Tuesday, December 19, 2006

Liburan Malam Minggu

Malam minggu yang lalu...
saya dan teman-teman liburan di tengah pekat malam.


Teman-teman

Oyya... teman-teman yang dimaksudkan ialah teman-teman ketika zaman kanak-kanak. Zaman saya masih ber-skirt pendek dan berdandan sakan tayang rambut cantik ke sekolah. Atau dalam kata-kata 'kesat' yang lebih cocok buat pemahaman kalian... teman-teman saya ketika hingusan kami masih meleleh-leleh. Sangat jijik.


Sebenarnya ... kami buat gath. Entah kepala siapa punya idea pon aku tak tau. Tapi yang pasti, budak INI jadi director program sementara aku berbesar hati jadi jemputan yang mula-mula tu kecoh buat gimik. Konon2 tak dpt dtg. Alasan sakit. Eh, betol aku sakit. Tapi memandangkan aku sgt kasihankan si Nisa' yg beriya-iya merayu, menagih simpati dan menangis teresak-esak inginkan kehadiran aku, aku pon gagahkan diri yang dah terkulai. (oh, pasti aku diselamkan ke dlm air klu Nisa' membaca fitnah-fitnah yang aku canangkan tentang dia. peace !) Tak de lah sampai memohon sembah bagai si Nisa' tu. Tapi dia cam harap sgt kami dpt berjumpa. Demi rindu yang semakin durjana impaknya, aku pon join la gathering tu. Ajak Haikal teman.


Ni namanya... kencan-kencan dgn teman sekolah rendah. Lucu sebenarnya. Sbb aku baru tersedar... rupa-rupanya sahabat-sahabat aku mempunyai kategori yang tertentu. Kawan sekolah rendah lain, sekolah menengah lain, zaman 'gelap' matrikulasi lain, dan skang zaman universitas pon lain. Boleh eyh bagi-bagi member ikut kategori? Mcm rumah sukan pulak. Okay, pasni boleh buat sukaneka. Sahabat kategori sekolah rendah, lawan dengan sahabat kategori universitas. Sapa menang dapat bintang macam yang cekgu tadika suka buat. Asyik donk, asyik!! *bersinar-sinar mata penuh keterujaan*


Bila jumpa, pasti heboh. Mulalah dok ungkit-ungkit adegan buduh di masa lampau. Antara kenangan masa silam yang masih segar, yang buat kami tergelak-tergolek :

  • Kisah bebudak boys main gasing, tiba2 gasing melompat naik atas kepala sorang indian girl klasmet kitorang. Yang super maut punya lucu tu... gasing tu terus berpusing walopon dah naik atas kepala member tu. Adoi....

  • Kisah member-member aku ni wakil sekolah masuk rancangan TV Joe Jambul **masih ingatkah kalian akan rancangan buduh ini?

  • Kisah si Nisa' gila wrestling.

  • Kisah Hidayat anak kameraman TV3 yang kuat menangis. Darjah 4 dok seblah aku. Sekali aku lepuk, sepanjang satu subjek dia larat menangis tersedu-sedu.

  • Kisah Aizar ketua kelas kerek yang dibenci sungguh oleh kanak-kanak yang gemar mengumpul setem. Sapa bawak buku setem, da repot kat cekgu. Nanti cekgu kami menyinga, abeslah kami jadik anak-anak itik comel. Kena jalan itik sepanjang tingkat 3! Mmg panas jiwa lah itu time. Rasa nak gi bakar hangus si Aizar. Miahaha...

  • Kisah gosip-gosip cinta kanak-kanak. Aizar dengan Afiq lah, Mimi dgn Salman lah, Ashraff dgn Saidah lah... macam-macam.

  • dan sebagainya. **Boleh layari http://malastulis-lagi.com.my


GAth06

Ramai gak datang. Tapi ramai lagi yang ponteng gathering. Tak sangka Syafiq dgn Syazwan ada. Bertahun-tahun tak tgk muka. Bercakap lagi la tak. Mimpi jauh sekali. Hidayat, Fazli, Fauzie, Mariam, Umrah, Nisa', Mimi plus adek aku si Haikal. Malas conteng byk2 la. Jari aku cam dah kasi signal minta aku berhenti sekarang.




Dengan kuasa bulan.....
Bertukar!
**semoga esok semua kebimbangan bertukar menjadi baik. aku juga terasa sgt sehat hari ini. sehat sampai aku terasa bertenaga untuk melakukan aksi terjun gaung ;-)


tentang melelong jerawat di ebay, ianya dibatalkan kerna jerawat sudah surut. Pasti ebay tidak approve urusan jual beli nanti. Rujuk entry lalu.
 

Thursday, December 14, 2006

Misteri Lampu Ajaib

Damn!
Dah berhari-hari... handphone tak berbunyi.
Terima kasih kepada semua yang terchenta kerana sudah tidak ingat pada aku lagi.
Paling besar TERIMA KASIH nya buat yang TIDAK TERCHENTA...
Kerna tak jemu-jemu coba dekat-dekat dgn aku.
I'm sorry emak masak curry, adek goyang kaki...
Saya malas baca msg2 mahupun sms2 yang datangnya bukan dari orang-orang kesayangan.
Aku juga harus kerja keras untuk tidak menyanjungi kesemua orang-orang terchenta.
TERIMA KASIH.
Esok bolehlah buat kenduri doa selamat.
Berdoa supaya aku tidak histeria dan buat gangguan kedamaian antara kita lagi.
Kamu juga, donk..
Harus terus berdoa ke Tuhan supaya kita baik-baik aja terus.
*nak pergi carik pasal!*



Oyya... tak lama lagi, bila aku dah berjaya sepak keluar dewa-dewi kemalasan yang merantai aku kebelakangan ni, aku akan update semula kandungan blog ni. Mungkin ada antara 'butang-butang anggun' kalian yg terpaksa dimansuhkan keluar dari sini. Sbb sesekali, aku jadi heran sgt sejak bila pulak aku buat hubungan dua hala dgn beberapa blogger ni sampai link mereka ada di blog aku. Ternyata sia-sia belaka. Sbb aku pon tak berminat mau liburan ke blog mereka. Atas sebab, barangkali mereka sudah tidak update lagi (buat apa simpan jenazah kan?) , mungkin mereka tidak pernah menjenguk aku lagi (terus, aku samasekali tidak akan mengendeng ke tempat mereka lagi), mungkin juga ada yang sudah terlupa. Spt aku. Ada beberapa blog aku tidak lagi masuk bukan kerana tidak berminat tapi sudah terlupa.


Untuk itu, secara ajaibnya kelak bila ada 'link' kalian yang keciciran, jangan heartattack yer. Jgn tuduh-tuduh aku mau potong hubungan kita yer. Aku cuma mau mencuci-cuci. Blog aku ternyata sudah semak. Dun worry, kebanyakkan blog aku link secara rela hati. *Wuteva it is... let me keep goin with my work okey*


Jerawat tumbuh macam muka aku ni atok nenek dia yang punya ! ! ! ! *tanda seru menunjukkan aku terpekik kemarahan* . Sukati dia je. Boleh didapati dlm pelbagai saiz, warna dan kesakitan. Demmit! Kalau boleh lelong tak pe jugak. Ni dah la tumbuh free, tak mendatangkan hasil berpatutan pulak tu. Betul-betul buat aku rasa bertambah tak sehat. Cepat, sapa boleh heal jerawat sebelum Sabtu, aku belikan dia mesin ATM berserta seorang pengawal keselamatan. Cepat, cepat! *sapa percaya mmg buduh* HAR HAR HAR!


Misteri Lampu Ajaib. Sekadar tajuk yg tak berkaitan.


Sudah habis.
Aku nak pegi tgk apa aku boleh buat dgn jerawat.
Manalah tau boleh jual kat ebay...
Dapat jugak wang buat liburan sempena MEGASELL.
Lalalala..
Nak pegi ronda kat ebay!


 

Wednesday, December 13, 2006

Rumah tangga

mlm ni tak boleh main ganyang-ganyang. Aku sudah tekad. Siap je conteng-conteng blog ni, aku nak pergi pengsan atas katil. Nak pi membuta sampai matahari esok menjelang lagi :) Tulang temulang aku bukan main sakit lagi. Belom kira tapak kaki. Rasa pedih-pedih terpijak asid yg abah simbah utk cuci marmar. Masyaallah... *sambil memeluk kaki kesayangan yang bertompok-tompok merah*.


|

Rumah dalam proses memunggah, mengecat dan mengemas semula. Semak jangan cakap la. Kerja2 mengecat mula dari hari Ahad lagi. Hari Isnin aku ikut abah pergi beli cat kat kedai Jotun yg baru bukak seblah Esso sana. Berjam-jam aku pilih cat. Mulalah aku jadi mak nenek sejati. Fussy sampaikan amoi kedai cat tu naik pitam-pitam. Kejap aku suh dia kuarkan kad kombinasi pink, pastu aku suh purple pulak. Tiba-tiba bila dah confirm pink, aku kata nak try yg hijau pulak. Sudah2nya abah tarik kerusi, duduk. Aku pon continue jadi mak nenek cerewet yang byk songeh. Sib baik amoi itu sgt nice orangnya. (Mana tak nice, abah dah bitau yg kami nak hangkut cat berduyun-duyun).


Kasihan aku. Mengecat rumah sorang-sorang. Tarik tangga e hulu ke hilir. Dengan pakaian compang camping. Aduh, kasihan saya.... HAR HAR HAR! Acah lah. Aku mana hingin buat keja2 mengecat ni. Upah orang cat la. Aku jadi client yang pandai menggunakan hak consumerisme aku. Tuih... Yg aku tau, aku dah terlalu banyak menunjukkan kerenah2 aku yg cerewet-mewet ni. Sampai tukang cat sudah pusing barangkali. Akibat berlakunya pertempuran arahan antara kehendak ayahanda dan juga aku. Semalam, tukang cat dah catkan light purple pada grill. Tiba2 aku protes dan suruh tukang cat buat warna hijau jugak. Akhirnya, ayahanda mengalah. Terima kasih ayahanda.


||

Super saiya punya penatlah abah dan 2 bebudak lelaki ni mengemas almari gergasi tadi. Akhirnya... almari gergasi warisan turun temurun sudah dikerat-kerat oleh abah dan Ijat. Syabas. Uuuu... rumah dah kosong. Cakap pon bergema-gema. Sila maklumkan bahawa kami sekeluarga kini menetap di dalam gaung.


|||

Semalam ptg, pergi Klinik Wan Julia buat medical checkup. Tentang perihal sakit yg selalu aku sebut-sebutkan. Disebabkan smlm kesakitan sudah melampau, dan kejadian2 aneh kelihatan tidak juga berhentu dari berlaku, bunda bergegas bawa aku ke klinik.

Opps! Doktor lelaki la pulak. *Puk! tepi dahi* Tapi sakit punya pasal, tutup mata seblah la. Darurat. Sib baik doktor berumur, buatnya doktor muda... sah sah aku cabut balik membawa kesemua kesakitan pulang ke rumah. Aku tak suka sebnarnya doktor lelaki check2 aku. Seriau!


Periksa punya periksa, bual punya bual, akhirnya doktor kata, mungkin cara terbaik ialah dengan melakukan scanning. First time aku di-scan. Geli hati tgk isi kandungan tubuh badan aku. Oh... begitu dan begini. Lama gila scan. Siap ada dua sesi lagi. Cessss, terlepas satu episod Mutiara Hati. Keputusannya, doktor sahkan.... aku... aku.... sehat walafiat. TAk ada apa-apa yg tak kena dgn sistem tubuh badan aku. Semuanya baik-baik belaka. Malah kelihatan comel lagi bergaya anggota dalam tubuh aku ketika dilihat di screen. HAR HAR HAR! *eiii... sewel*


Tapi hari ini, kesakitan berlipat kali ganda. Doktor kata tak ada apa. Cuma aku yg lembek. Bunda juga bilang yg sama. Aku lembek yer? Alahai... kasihan si lembik sepertiku. Maka, sepanjang beberapa hari ni terpaksalah aku berdampingan dgn ubat-ubatan.


|V

Aih. Lenguh tolong ibubapa mengemas rumah tangga. Si Ekal pulak pergi menginap kat rumah abang Am. Macam pusat percutian dah jadinya rumah abang Am. Terkial-kiallah Ijat berdua dgn abah mengangkat almari gergasi tadi. Naik terkeluar isi perut dibuatnya waktu aku dgn bunda cuba nak bantu.



Tibalah waktunya aku pergi terjun atas katil. Dan seterusnya pengsan! Waa, seru!
 

Tuesday, December 12, 2006

To be A friend

Aih... *sigh*
Mengeluh lagi sekali... aih...


Malam ni nak main ganyang-ganyang. Nak ganyang blog hingga titisan darah terakhir. Oh, beylo honey... tak sedar rupa-rupanya ada byk kejadian-kejadian berlaku pada aku. Macam drama-drama episod. Kadang2 aku pegang watak baik, kadang-kadang watak jahat. Kadang-kadang watak tambahan. *contengku sambil membaham popia pedas*


Mari menonton drama pilihan!

Drama #1 : Dear....
Okay. Look at the atmosphere of us. How was the feeling? Temperature persekitaran bila menghampiri buffer zone aku adalah panas, i know! The mimpi-mimpi buruk or what so eva adalah 'bullshit sejati'. Kununlah. Sekarang aku kata bullshit sahaja mimpi itu. Padahal semalam, bukan main thrill lagi. Tgk2 karang, aku kembali histeria yang bukan-bukan tentang dia dan mulalah nak percaya mitos-mitos buduh. Buduh la I ni, you. Sukar main serkap jarang dan suka main tuduh-tuduh. Macam main polis sentri. Boleh tangkap sesuka hati, sesedap perasaan.


Dan ini bukan sikap yang baru aku explore since aku stuck dengan dia ni. Dari zaman purba kala, zaman retro lagi, mmg inilah ragam aku setiap kali deal dgn sesiapapun dalam kategori kekasih. Rasa 'syurganya berkasihan' tu pasti jadi 'neraka kasihan' bila aku mula percayakan mitos-mitos. Boleh tahan kunonya aku ni. Mitos yang aku maksudkan ialah FIKIRAN aku sendiri. Aku ni berfikiran jarak jauh sebenarnya. Sampai jauhnya tak bertempat lagi. Hmm.. sah! Anggota paling cerdas, cemerlang dan gemilang yang ada pada aku ialah OTAK aku.


Dulu 'perang' dunia gila maut pon sbb dek OTAK aku yang mencipta mitos sendiri. Hampir 'musnah' pon, sbb EMOSI aku yang percayakan mitos. Mmg kaki mitos la aku ni. *rasa nak pergi selam muka 3 jam dalam air*. Mungkin lepas tu, aku takut akan kematian. Seterusnya, aku lebih menyayangi waktu2 bersama selagi ada hayat. *see... fikiran aku sgt jauh entah ke mana-mana kan?*


Tapi syukur ahamdulillah. Setiap kali mitos-mitos buduh cuba nak jebak aku, ada je perbuatan superhero yang dia buat. Macam tadi. Maka, aku pon cair macam gula-gula M&M yang enak. Cair di dalam mulut. Oleh itu, ada baiknya aku jangan cepat histeria dek mitos-mitos buduh. Buduh. Aku tahu sekarang ni, aku memang sorang risk taker. If only i can have somebody to understand how risky the way i'm walking through now. This time, I need frens. And talking about frens....


Drama #2
Kenapa eyh... aku rasa tersentap tiap kali aku terfikirkan tentang 'sahabat baik'. Tiba2 aku dah tak tau sapa sahabat baik aku. *Okay.... rock gila aku! Sekarang tengah bertungkus lumus tahan air mata dari jatuh* Sebenarnya... walaupun tiada siapa anggap aku sbg seorang yg pentingkan kawan, but believe me... I DO! Tapi aku tak suka lakukan perkara-perkara melankolik. Walaupon aku nampak macam fussy, suka besarkan cerita, garang, dan a bit 'anti-diplomasi'... aku sebenarnya seorang yang sgt2 tak kisah. Aku mmg stubborn tapi aku cepat cair. Ye la... ye lar! Bolehlah klu nk samakan aku dgn gula-gula M&M yang enak itu. Hanya satu benda je yg buat aku nampak 'KERAS'. aku sebenarnya tak suka 'kasi muka' kat orang. Dan aku tak suka 'kerugian'. NEVER.


Aku suka nak tolong orang. Tapi mesti pastu ada benda cross on da line dengan peringatan, jangan tolong lebih-lebih. Aku suka berbuat baik dgn org. But then once again the same thing crossing on the line dengan peringatan yang sama. Tah. Abah selalu pesan. Buat baik berpada-pada. Buat jahat, jangan *Tapi aku buat jahat berganda-ganda*. Maybe aku salah konsep, maybe aku terlebih guna konsep. *angkat bahu*


Mungkin aku tak sebaik orang lain dlm persahabatan. Aku tak sporting. Aku tak selalu mengiyakan. Aku tak selalu menemani dan mengikut. Percayalah... semuanya sebab MITOS!. Sebabnya, once again... MITOS! Aku percaya, selepas satu tahap yang tertentu, kebaikan dan perbuatan kita pasti jadi melampau. Bila je aku sedar aku macam dah terlampau sampai diri aku macam dah jadi si buduh, aku pasti HENTI. Tekanan!


Aku penah hilang teman paling aku sayang. Sampai sekarang pon, aku masih syg dan ingat semua ttg dia. Walaupon pada teman2 lain, aku sering cakap.. aku tak kesah lagi dgn dia. Sebenarnya aku sgt kesah. Setiap kali jumpa, mesti aku rasa pilu yg amat. Mesti aku jd badmood setiap kali lps jumpa dia. Tp in front of her, I act like... I'm the best and who you are to be my bestfriend? Padahal dalam hati, punyalah sayang kat dia. Kongsi cerita, kongsi diary, kongsi air mata, kongsi semua! Dan lepas je everything turns to be bad antara kami, aku terus tak mau lagi berbaik dgn sesiapa pon secara melampau. Dan selepas tu lah, aku mula discover istilah2 persahabatan aku sendiri.
-Persahabatan pasti berakhir dengan adanya keinginan.
-Sahabat tak akan pernah sempurna buat kita. Pasti sedikit sebanyak dia akan menikam kita. Kerat jarilah ada sahabat sejati yang sanggop tatang kita bagai nak ghak! *Ni jari aku, sila kerat kalau perlu*

Jangan betulkan aku. Biarpun aku salah bagi kalian, tapi ia benar dlm sejarah aku.


Walaubagaimanapon, satu je sebenarnya HARGA TAK TERNILAI sahabat baik aku dulu tu. Dia tak pernah jadikan aku mainan di belakang aku, di dpn teman2 lain. Dia tak pernah memburukkan aku di belakang aku. Meskipun dia juga bengang maut dengan aku ada ketikanya, dia pasti terus hembus ke aku. Aku tak mau dia lagi sebagai sahabat sejati. Tak perlu kembali. Aku mau carik yang lain. Tapi seperti dia.



Terakhir, sebuah pengakuan.

Sumpah! Aku tak akan pernah mengata tidak baik tentang Aizar. Dia teman aku sejak kecik yang tak pernah buat aku menangis walau setitik pon. Astri. Dia bukan satu masalah bagi aku. Marlia. Terlalu byk kenangan dan kekuatan dari dia. Kekuatan yg tak akan didapati dari mana-mana pon. Athirah. Kamu selalu bangkitkan saya ketika jatuh. Kamu seorang sahabat terbaik. Dan juga.... My Beloved Drama Queen (u know who u are) . We cry on many things. And the most meaningful 'frenship' is YOU. Sbb kita lalui byk sgt kejadian-kejadian. To be honest, terlalu byk rasa tak terluah about u and about us. Semuanya disebabkan oleh satu rasa yg sgt dalam. I didn't really understand how was the feeling but... i wish i can say it my best. Sorry, no guts. Maybe someday...Betol ni. Ada je yg blom terluah. Menyebabkan aku jadi serba tak kena.


Akhirnya aku sudah jadi mak nenek. Sebelum sifat nenek-nenek aku semakin menjadi-jadi... elok aku berhenti. Mau berehat. Aku tidak sihat. Esok saja bual-bual tentang kesihatan. Doakan kesihatan aku ye :(
 

mimpi ...

.... yang tak sempurna.

sudah 1.30 pagi. aku sudah tidur tadi. betul-betul sudah tidur. Tidur yg mulanya sgt enak. Tidur awal dengan tujuan mengakhiri kesakitan perut yang terpaksa ditanggung selagi aku berjaga.


Aku mimpi buruk lagi.
Mimpi yang tidak baik.


tentang dia.
tentang aku.
tentang ...
tentang ...


Jantung aku berdetak laju. Selaju yang boleh. Anggota aku menggigil sbb terjaga dari tiduran dengan aksi kejutan yang ekstrem. Terus aku jadi bingung. Terus aku kelam kabut mencapai handphone. Mau hubungi siapa? Siapa-siapa pon tak boleh dihubungi. Kredit mampos semalam. Terus aku ambil alternatif kedua iaitu menyorot tetikus belaan. Mencari sesiapa di messenger yg boleh dijadikan teman mengadu kejutan jahanam begini. TIADA. Tiada siapa yg layak diajak berkongsi mimpi buruk ini.


Aku sangat takut.
Takut kalau akhirnya...
satu hari yang sgt gelap nanti...
aku melangkah juga ke satu titik tamat yg menyakitkan *atas kemahuan aku sendiri*
Aku sgt takut.
Takut hingga aku tidak ingin tidur lagi.
Bimbang di-hasut oleh mimpi buruk itu.
Aku takut aku akhirnya termakan kata si MIMPI.


kalau satu hari nanti...
terjadi apa-apa ...
pasti akulah penyebabnya.
aku sudah terpedaya dek mimpi.


Ya, Allah...
Kuatkan aku, Ya Allah.
Aku takut....



sudah jam 1 : 47 pagi.
 

Sunday, December 10, 2006

Warna Warni

Angin malas datang lagi.
Kali ini dengan sebuah kesakitan yang bukan kepalang. Why eh, aku kerap mengadu domba perihal sakit aku sejak kebelakangan ni? Seperti aku benar-benar tidak sehat pulak. Padahal, ligat kemain! Hyper macam jin! Tinggal tanduk dengan taring je tak ada lagi. Hoooushhg!!! (susah nak buat bunyi ni kan?)... terbukti aku semakin 'memudar' di sini. Tulang jadi berat. Mood jadi sewel. Perkara-perkara ni membuatkan aku rasa tidak sehat dan kurang bertenaga.


Kelmarin aku sembunyikan semua pakaian aku yang berwarna 'pucat lesi' ke bahagian dalam sikit supaya tak begitu menonjol bila aku bukak almari. Aku susun novel-novel kat rak. Novel dengan 'striking' color aku kasi dia duduk depan-depan. Yang warna macam 'mati' tu, aku sorok ke belakang. Beberapa ketika ini, aku sgt bencikan warna-warna lembut dan 'pucat-lesi'. Sangat meluat. Dan kemeluatan aku ternyata sudah kritikal ... apabila aku meng-edit semula kesemua koleksi gambar2 lalu. Hamek kau! Aku kasi kaw-kaw punya warna! Naik kebas jari-jemara dara aku ni menyorot tikus belaan sepanjang masa demi bermain dengan color adjustment. PC pon dah kena parkinson sbb sepanjang masa running Photoshop tanpa henti. Takziah sbb mengidap parkinson pada usia 3 tahun lebih ni. Benyek punya PC!



Selain bencikan warna-warna 'tidak garang dan terang', aku juga tidak bernafsu pada internet sejak kebelakangan ini. Sedangkan seblom ni, aku boleh maut di tempat kejadian kalau tak dpt internet. Boleh ketagih mengalahkan mat gian. (aku tidak berjenaka. aku serius). Aku sudah tidak lagi sign-in apa-apa Messenger pon. Sbb aku jemu. Dan tak bernafsu nak layan 'pervert'


Maka... pada hari Rabu yang lalu (kenapa contengan ni berbunyi spt karangan UPSR eh?) saya, ibu dan adik bongsu saya telah pergi ke pasaraya bagi mendapatkan barang-barang keperluan rumah. Erm... Aku cekau magazine banyak-banyak (banyak tak banyak, ada 3 bijik). Dengan harapan, aku dapat isi masa aku yang melimpah ruah tu dengan membaca. (padahal aku tetap beli magazine setiap bulan walaupon aku tak de masa seblom ni) Dari aku tercongok macam pungguk saban waktu melayan internet, ada baiknya aku membaca menimba ilmu *sambil mendapatkan idea-idea tentang barangan apakah yang terbaru di pasaran untuk aku beli*. Ayahanda selalu pesan, suruh baca majalah2 islamiah banyak-banyak. Tapi aku makin ligat pi kumpol majalah-majalah fashion yang sangat jahiliah. Aih, semoga aku bakal sedar dlm waktu yg terdekat.


Ibubapa sudah 'sound'. Katanya aku jarang baca Al-Quran sekarang. Ibubapa perasan pulak dah! Yang kali terakhir aku khatam Al-Quran ialah ketika aku kat Matriks dulu. Ibubapa mula 'berhujah' yang hebat-hebat. Kata mereka, selepas matriks, aku belom pernah khatam Al-Quran sekalipon. Aktiviti membaca Yaasin setiap Khamis malam Jumaat pon dah jarang aku lakukan. Maka, sejak kebelakangan ni, aku kembali mendekatkan diri dengan bacaan Al-Quran. Aku tekad, mesti khatam sepanjang cuti ni. Insyaallah. Aku terasa sgt 'semacam' setelah di'sound. Tersedar aku yang aku semakin lalai. Astaghfirullah...



Berbalik kisah membelah-belah bersama bunda. Selain mendapatkan majalah2 fashion (yg sebenarnya lagha semata-mata), aku pi puaskan jiwa wanita aku dengan sebijik necklace. Entah bila nak pakai, aku blom tau lagi. Kalau tak pakai pon tak apa. Asalkan aku tau aku ada necklace tu dlm simpanan. *gadis memang begini*.






Lai lai lai lai lai...
Lai lai ka-tong!
Lai lai lai lai lai...
Ya-Maulai!
yibba yibba...
ungrey-ungrey!



Ok. Confirm. Aku dah buntu. Tak ada apa nak conteng lagi. Nak pergi ronda-ronda website sat. Selamat malam Beylo. Selamat malam buat diri sendiri. Dan selamat malam buat orang-orang yang sudah hilang. Si degil akan terus berdegil. Biar sampai hujung nyawa pon. -off-
 

Thursday, December 07, 2006

Mari Ketawa!

Aduh, lucu sangat nih.
Baru sebentar ni aku ronda-ronda bulletin kat Friendster.
Lelaki Ini sudah ketagihan permainan 'survey2' gitu.


Lucu! Pasti urat saraf sudah berantakan di dalam. Rahang rasa kebas. Perut yang sakit terasa mau pecah membaca survey ini. Ayuh, donk... Kita coba. Coba sampai kita semua sakit rahang selepas ini. Oyyaa... jgn lupa ketawa ya anak-anak! *ketawa, plis donk...*


Instruction : Put your music player on shuffle. Press forward for each question. Use the song title as the answer to the question.NO CHEATING! (siapa tipu nanti hidungnya panjang macam Pinocchio).

1.) How am I feeling today?
Tunjuk Satu Bintang (Sheila On 7 )


2.) Where will I get married?
I call it Love


3.) What is my best friend's theme song?
Spinning Around (Kylie Minogue)


4.) What is/was high school like?
That's the way i like it. *ya, sungguh! aku cintai waktu-waktu di bangku sekolah. sungguhpon bangkunya cuma bangku kayu compare to kerusi kusyen yang kumiliki kini di universitas. Tapi sekolah tetap yang paling asyik*


5.) What is the best thing about me?
Spanish Guitar (Toni Braxton) *aku mana tau main guitar! aku juga bukan gadis sepanyol!*


6.) How is today going to be?
The Ghost Of You (My Chemical Romance) *aku menghantui kamu?*


7.) What is in store for this weekend?
L.O.V.E *loh. ada ke CINTA simpan dalam store?*


8.) What song describes my parents?
Terlalu Manis (Agnes Monica ft Slank) *bunda, ayahanda... kamu berdua terlalu manis nih!*


9.) How is my life going?
Pulanglah Padanya (Jikustik) *oh my god! neva! *


10.) What song will they play at my funeral?
Soal Hati (Erra Fazira) *busyet! apsal lak lagu ni?*


11.) How does the world see me?
Cintai Aku (Rossa) *dear... please take note to this!*


12.) What do my friends really think of me?
I Want It That Way (Backstreet Boys)


13) Do people secretly lust after me?
Pieces Of Me (Ashlee Simpson) *oh. lust pada kepingan-kepingan aku. kepingan apa donk?*


14.) How can I make myself happy?
Beautiful (Christina Aguilera) *siapa tak happy kalau jadi beautiful. Kalau jadi BEAUTY S****? WAKAKAK!*


15.) What should I do with my life?
Far Away (Nickleback) *aduh, far away ke mana? ke bulan? atau ke longkang?*


16.) Will I ever have children?
Aku Ingin (Radja) *jawapan yang tepat sekali!*


17.) What is some good advice?
My Heart (Acha ft Irwansyah)


18.) What do I think my current theme
song is?
Menari Denganmu (Sasi the don ft Zainal Abidin)


19.) What does everyone else think my
current life?
Naughty Girl (Beyonce) *dan dan la pulak kuar lagu nih. hampagas!*


20.) What type of men/women do you like?
Lying From You (Linkin Park)


21.) Will you get married?
Family Potrait (Pink) *kawen la tu. hint nya : family*


22.) What should I do with my love life?
Bunga-Bunga Cinta (Misha) *bunga la sgt. cam kebun durian adalah*


23.) Where will you live?
Too Much (Spice Girl) *too much? HAHAHA!*


24.) What will your dying words be?
Mistikus Cinta (Dewa) *nak mati pon masih dlm mode CINTA? astaghfirullah*


25.) this song reminds me of my ex?
Girls (Destiny Child) *ex aku seorang perempuan??? HAR HAR HAR!*


26.) i listen to this when i'm heartbroken?
Rabiatul Adawiyah (In-Team) *uh, taubat nasuha*


27.) they play this song at my funeral.
When You Say Nothing At All (Ronan Keating) *kurang ajar ar tu pi play lagu ni kat depan jenazah aku*


28.) And this song on my wedding day.
Jujur (Radja) *aku mmg kekasih yg jujur. tapi tak mau la pasang lagu ni time wedding.*


29.) My best friend slept with my bf/gf. So I dedicate this song to him/her
Black or White (Michael Jackson) *HAR HAR HAR! Mmg gelak guling guling ar! Hitam ke Putih???? Horny gila.. HAR HAR HAR! Camner la plak boleh lagu ni jadi jawapan?*


30.) I sang this song with a stranger at a café yesterday.
Stars Are Blind (Paris Hilton) *daaa!*


31) when i dont listen to my parents, they will sing this song to me 20 times.
Alone (OST My Girl) *kesiannya ibubapa*


32) me and my bf/gf was on a romantic dinner at a fancy restaurant in paris. while i was eating, he/she suddenly sang this song out loud.
Indah (Agnes Monica) *romantika sungguh.*


33) when i'm having sex i say
You Are My Destiny (Paul Anka ft Neil Sedaka) *sedang sex boleh bercakap eyh?*


34) when im flirting with a guy/girl, i say
Pastikan (Siti Nurhaliza) *Pastikan kamu jgn flirt dgn gadis lain. Pasti kutikam dadamu*


35) when i'm horny i say
Get Another Boyfriend (Backstreet Boys) *uyyo...bley tahan gatalnya aku*


36) if i'm a superhero, this will be my theme song.
Hati Ini (Nabil) *ishk.. tak sesuai langsong. Ni lagu untuk SuperLentok*


37) when i'm down, this song will comfort me.
Mawar Putih Untuk Mama (Sharifah Aini) *bolehlah*


38) when i fart, it sounds exactly like this song.
Aa Ab Laut Chalen (Udit Narayan &Alka Yagnik) *buduh! ada ke bunyi cam lagu hindustan. sangat buduh*


39) i think this song was written about me.
Dua Insan (Melly Goeslow)


40) this song was written about my parents.
Perasaanku Tentang Perasaanku Padamu (Dewa) *parents saya tak tau pon lagu ini. Terus, gimana bisa?*



Sekarang kalian cubalah.
Kredit untuk Adian kerna menemukan persoalan-persoalan untuk jawapan-jawapan buduh ini. Aku patot dibayar untuk setiap ketawa mengilai-ngilai yang telah aku lakukan. Aku patut dibayar kerna rahangku sudah lenguh. Aku perlukan ganjaran! *daaa...tak pasal-pasal mintak bayaran*


*************


Sedutan sinetron MUTIARA HATI episod hari ini.

6 kanak-kanak tadika diculik untuk dijadikan kanak-kanak peminta sedekah. Dan Nabila comel bersama April comel turut sama diculik. Si Penculik pon menyoall kanak-kanak tadika itu sambil memegang sebilah kapak di tgn.

"Kalian pilih! Mau jadi pengemis atau jagoan?"
- Si Penculik-


"Kami ga mau jadi pengemis!. Kami mau seqola!*
-Nabila Comel dan Lucu-


"Aku ga mau jadi pengemis! Aku mau jadi artis!"
-Sahabat Nabila yang pelat-


lalu aku dan bunda pon rasa tercuit hati menyaksikan kanak-kanak itu. Kalau akulah, mesti dah diam sampai kecut-kecut. Kang kena tetak ngan kapak tu, tak sempat abis tadika, nak jadi artis apatah lagi.HA HA!
 

Wednesday, December 06, 2006

Aduhai...


Di atas merupakan gambar saya yang sedang sakit tenat.
Gambar dirakam menggunakan teknologi digital camera 1.0 mega pixel.
Kerna itu....
Gambar tidak cantik dan juga tidak jelas.
Namun demikian, saya syukur amat...
kerna masih punya gambar rakaman ketika sakit tenat.
Mulut saya terluka, tapi tiada darah...
Cuma ada kesakitan yang buduh.
Buduh kerna...
saya tidak dapat menyambar hidangan-hidangan enak
dengan rakus sekali.
Lalu, saya menjadi stress.
Lebih stress...
Pabila saya menyedari..
Kesakitan buduh ini telah menyebabkan..
saya tidak dapat ketawa terbahak-bahak
ketika menonton rancangan tv kegemaran.
Setiap kali Spongebob melakukan aksi buduh yang lucu...
setiap kali itulah mulut saya kesakitan...
akibat cuba mau ketawa terbahak-bahak.
Aduhai...
 

Mutiara Hati.

Akhirnya...
Aku sudah tidak jadi gadis penunggu internet lagi.
Aku sudah ketemu aktivitas yang paling cocok untuk dilakukan sepanjang siang.
Iaitu....
Berkerja sebagai bibik yang kayaknya datang dari Indonesia.
(Oh, seperti biasalah. Aku spt sudah 'sedap' nak buat mukadimah dengan barisan-barisan ayat penipu. HAR HAR HAR! Sikit waktu lagi, dah tentu hidung aku akan panjang seperti Pinochio. Tentu lucu sekali! )


Bukanlah. Sebenarnya, aku sangat lega kerna tidak lagi menjadi gadis liburan yang asyik mengadap internet. Mata aku ni naik juling dek cahaya pancaran screen komputer. Oleh itu, aku bekerja keras mencari peluang2 kerjaan baru untuk dilakukan supaya aku tidak hanya asmaradana sampai maut dengan internet. Membazir ah! Syukur, ketagihan aku dapat diatasi dengan menonton rancangan-rancangan di television selain menghabiskan waktu dengan mengeja kesemua bahan bacaan.


MENGEJA BAHAN BACAAN bermaksud, membaca setiap patah perkataan termasuklah bilangan muka surat dan tulisan-tulisan font kecil pada iklaneka yang dicetak pada helaian-helaian majalah, komik maupun akhbar. Ini terjadi kerna aku memiliki simpanan WAKTU yang sgt banyak. Biasanya, aku kena baca laju-laju kesemua magazine yg dibeli. Ada waktunya, aku bukan lagi membaca, tetapi men'scan sahaja setiap helaian dengan mata kasar. Kini, tibalah waktu yg tepat untuk aku memunggah kesemua magazine lapuk untuk dibaca semula melalui kaedah MENGEJA. Hmm.. dan jugak menyelongkar beberapa entry lama blogger favorite aku yg telah aku ketinggalan ketika musim sebok aku dulu.


Jgn bebel byk. Aku cuma mau mengwar-warkan ke kalian... yang aku tengah addict ni ikuti sinetron Mutiara Hati. Sinetron indonesia. Cerita-cerita tauladan Islam. First time aku tgk siri ni, aku terus jadi suka. Bukan spt Bawang Merah Bawang Putih. Maaf atas pengakuan yg bakal aku katakan ni. Saya sgt tak suka sinetron itu. Tiap kali menonton, ia membuatkan saya marah dan bengang, lalu saya akan berambus ke mana sahaja menjauhi kotak TV sambil mengeluarkan sumpahan-sumpahan keramat. Diulangi, saya sangat bencikan sinetron 'tahi lembu' itu. Dia tidak punya sense islamiah yang cukup untuk membentuk sebuah sinetron yang berupa pedoman dan akidah. Islam tidak mengajar kita memanggil nama 'pari-pari' (Putri) ketika susah. Aku tak pernah belajar pon, ada pari-pari baik yang punya sayap dalam asas akidah islamiah. Bagi aku, sinetron ni tercicir antara perkara paling KUAT dalam tuntutan Islam iaitu AURAT. Then wut? Memang sebuah siri 'tahi lembu'. Tapi kalau kasi label 'sitcom'.... boleh la. Sbb sinetron ni mmg lucu. Jalan ceritanya juga lucu amat. Lucu macam 'tahi lembu'. Sekian.


MUTIARA HATI. Aduh, aku suka sgt watak 'Nabila'. Comel. Muka tak boleh blah. Kecik-kecik dah pandai buat aksi muka. Tak percaya, kalian pergilah tgk sinetron ni. SGT BEST. Aku jamin, sinetron ni BUKAN 'tahi lembu'. Aku paling suka tgk aksi muka si Nabila tu bila dia tadah tangan berdoa. Muka dia khusyuk gila. Comel. Dan... ehem... maaf... Aku juga sukakan ayah si Nabila yang ganteng. (elemen penguat ni). Kanak-kanak kecil itu berjaya bawak watak kanak-kanak yang gilakan kasih syg ibu dgn baik sekali. Oh, adek! Kamu sgt comellah.




"Ya Allah... Nabila ga pernah solat. Tapi KAU selamatkanlah Nabila. Temukanlah Nabila dengan ayah Nabila. Nabila berjanji Ya Allah, bila Nabila sudah ketemu sama ayah Nabila, Nabila akan belajar solat,"

Geli hati aku tgk mulut budak kecik ni berdoa. Comel habaq hang! Paling tak boleh tahan bila dia dalam kesusahan. Mesti dia lekas2 tadah tgn dan berdoa.


IKLANEKA.
SAKSIKAN SINETRON MUTIARA HATI.
Isnin-Jumaat
6 ptg di TV9


Ni lagu tema sinetron ni. Bagus jugak jadi halwa telinga.
MUTIARA HATI - DOWNLOAD
 

Monday, December 04, 2006

Contengan Musim Haji

Aku hilang lagi. 5 hari tak conteng. Tak conteng sbb mata pensel aku patah. Oh, no diary! Mata pensel tak pernah patah. Sentiasa tajam. Idea untuk terus conteng dengan lebih giat sentiasa ada. Kan dah aku bilang dulu. Sentiasa ada alasan untuk setiap kehilangan aku dari menyiarkan contengan-contengan baru. Kali ni, alasan aku adalah kerana pulang ke kampung halaman. Sbb ayam jiran saya bersalin anak kembar. Kena operate. (menipu itu seronok juga kadang kalanya...)


Contengan #1

Musim haji datang lagi. Aku dan keluarga pulang ke Johor.Alhamdulillah. Kali ni impian aki dengan maktok (my beloved grandparents) tercapai nak kerjakan haji. Syukur atas rezeki dan keizinan Allah SWT kerana memanggil lagi kedua mereka untuk menghadapNYA buat kali kedua. Khamis mlm jumaat, buat kenduri doa selamat. Aku berkenduri dalam bilik. (anti masyarakat memang begini). Aku duduk dalam bilik sepanjang hari kenduri. Aktiviti indoor pon berlangsung dengan bosan sekali. Main game Bejeweled sampai juta-jutaan points. Oh, semakin hebat aku menguasai game cincai tu. Tak sabar nak back to school nak show off kat sahabat handai pencapaian aku yg sgt memberangsangkan. Saudara Adian and Cik Farah Diana, i dah main game kegilaan kita semua tu sampai level 9. Pastu, dengan jakun sekali dah appear pulak secret mode *akan aku tunjukkan kelak ke kalian*. Sangat sensasi auranya. *mmm.... kisah kenduri dah bertukar menjadi cerita game.interesting...interesting...*



Contengan #2

Sangat ramai sanak saudara menyerbu ke rumah. SANGAT RAMAI. Macam-macam rupa paras pon ada. Aku tak kenal belaka dengan sedara mara sendiri. Even ayahanda pon tak berapa kenal sedara. Lain dgn bunda. Bunda sgt ramah. Dia sgt disukai oleh sanak sedara walopon itu sebenarnya sedara mara seblah ayahanda. Nevermind la. Teruskan usaha mencintai saudara buat bunda! Maka terfikir kembali aku apa yg dikatakan oleh sedara mara warga tua kami. "jgn sampai anak-anak kawen sedara sendiri pon nanti tak sedar". Opps... *tekup mulut kuat-kuat*. Maknanya, kena keep in mind, berhati-hati kalau boifren aku satu hari kelak (aku kata satu hari kelak) berasal dari Johor. Dia mungkin adalah pakcik sedara aku, mungkin juga, cucu aku, mungkin juga aku adalah cicitnya. Ayokk.... tak tau! Ah, jgn pikir lagi deh. Kawen dgn lelaki Itali kan bagos.Gerenti tak ada pertalian darah ngan aku. *samdolnyer *

Contengan #3

Semalam 6 - 7 kete hantar aki dengan maktok ke Senai Airport. First time sebnarnya aku jejak kaki ke Senai airport. Yer... aku ingatkan dia cam KLIA. Sekali, daa! Dia lebih kurang je Brunei Airpot. Kecik kenot. Pulak tu musim haji. Semua relatives kena tunggu luar. Wutta... Dan oh! Aku dressing semalam, macam aku yg nak pegi buat haji. As wut those *BIG MOUTH* selalu cakap... aku kan *SEXY*. Pegi kelas mengalahkan Mak Datin. Pegi bilik lecturer macam nak pegi disco... *ko diam lagi baik!* Tapi kalau those BIG MOUTH tgk la aku semalam, mmg pakat ramai-ramai memohon sembah di Raja la kat aku. HAR HAR HAR! Kiranya dah sesuai sgt kalau aku nak gantikan permaisuri Qatar. Dengan jubah hitam yang labuh selabuh-labuhnya.*dan yes, sgt longgar*. Dengan seluar labuh potongan besar, dan tudung yang terlepas ke bawah. Macam graduan University Al-Azhar. Oleh itu, those BIG MOUTH boleh sila ambil giliran untuk mati. *eh eh... aku sudah hot temper*

Contengan #4

Sedih tgk aki nak ke Mekah 40 hari. Tapi syukur Alhamdulillah. Aku rasa nak lompat ikut pegi sana. Aku rindu Kota Mekah. Insyaallah, aku nak ke sana lagi. Mau... Mau...Lebih kurang pukul 1 ptg, semua selesai. Aki dgn mak tok pon dah check in. Maknanya! Tugasan super saiya sedang menanti aku!

Contengan #5

Dalam byk2 orang, akulah yang paling bertuah sekali kerana di namanahkan oleh aki untuk melaksanakan tugas super saiya yg agak berat nak aku lakukan. Bukan super saiya pegi bunuh orang jahat macam Dragon Ball. Bukan. Aku kena bawak balik kereta aki ke KL. Astaghfirullah... Aku sebenarnya tak penah drive sejauh itu. Senai-KL. Tapi apakan daya. Demi menjaga reputasi dan rekod aku sebagai cucu sempurna, aku beruasaha keras utk itu. Abah follow dari belakang. Zirul dengan Dek Ekal ikut aku. Tak boleh harap punya budak! Dua-dua bantai tido nyenyak-nyenyak sementara aku berhempas pulas menahan mata dan otot demi perjalanan pulang ke Cheras selama 5 jam. Stereng dia cam ada problem sket. Keras semacam. Mmg kejutan budayalah tulang temulang aku yg halus mulus ni.


Sampai je Nilai, aku mula rasa ngantuk yg kronik. Sampai Bangi, aku dah mula rasa aku WAJIB TIDO.Tapi aku kuatkan semangat jugak. Terus tekan minyak secukup perasaan aku. Yibba yibba! Akhirnya sampai jugak rumah lepas drop Zirul kat Sri Kembangan. (dia punya lecture still on) Sampai rumah, aku ni macam mat gian... terus terlentang atas katil. Pengsan beberapa jam. (boleh juga replace perkataan pengsan itu dengan mati). Sedar-sedar je, dalam pukul 12.30 tgh malam semalam tu, aku terus ke bilik bunda. Nak raih simpati murahan sebenarnya. Dan yes! Simpati berjaya diraih.




Contengan #6

Bunda kata muka aku merah sgt. Aku lekas2 tgk cermin.. Yer! Merah menyala menandakan ultraman taro telah lemah. Aku juga. Aku juga akan mengeluarkan signal merah yg sama ketika aku demam atau tidak sehat. Badan aku sejuk semacam sampai la sekarang ni. Tulang aku yg terkena kejutan budaya terus sakit. Satu badan sakit akibat tak biasa drive sejauh itu. Sakit kaki since main ice-skating aritu pon tak hilang lagi. Nampaknya kesakitan aku telah naik taraf. Rasa nak pakai tongkat, tampal koyok, sapu minyak-minyak beraneka jenis. Supaya org yg melihat aku dapat merasakan betapa aku telah jatuh sakit yg kronik. Alahai...


Contengan #7

Sia-sia balik kampung pegi mengurut tempoh hari. Sekarang sendi, tulang, temulang, otot dan juga saraf kembali sakit. Aku rasa macam badan aku baru kena belasah dengan penjahat-penjahat tempatan. Sakit sangat tau. Hanya Allah yang tau. *Sekarang gerenti semua dah fikir keadaan aku sgt nazak kan?HAR HAR HAR!* Aku bukan nak buat cerita tahi lembu kat sini. Aku betul-betul tak sehat dan tak berupaya skang ni. . Tapi taklah nazak. Masih mampu nyonyot lollypop sekarang ni. Masih mampu makan karipap 4 ketul beberapa jam tadi. Dan masih mampu jugak membuat contengan marathon sepanjang ini. Ternyata aku tidaklah sakit kuat. Hanya sakit-sakit tulang golongan muda-mudi yg lembik.


Memandangkan badan aku sgt sakit, ada baiknya aku pegi bancuh anlene. Maka, tersedarlah aku... aku harus minum anlene dengan lebih giat lagi! Demi kesihatan tulang.


Contengan tamat. Semua boleh bersurai.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."