♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
Tingkat 4.
Download : Stacy - Aku Stacy
Difikir-fikir mengapa harus takut ... Sedang asalnya ku yang berkuasa ... Biarpun aku CHIKA bukannya permaisuri ... Harga diriku tinggi ...
Buat layan la pulak lagu neh. Stacy neh agak tak berapa 'artis' personaliti beliau. Meskipun begitu, suara dan performancenya sangat powerful. Energetic. Dan dia neh antara gadisan yang tak berapa tahu untuk hidup kerna sikap lurusnya. Mungkin dilahirkan sebagai seorang yang go straight and turn right. Err ... apa yang cuba dikatakan oleh chika neh? Sangat complicated dan agak luarbiasa. Aku nak cakap, Stacy memang tidak berciri 'artis'. Beliau seorang yang lurus. Mungkin tak lama lagi dia akan bengkok. Sikit. Atau bengkok. Banyak. AHAHA. Artist mana ada lurus ma. *btw, ini bukan compliment*
Tapi aku suka Stacy. Sebab dia lurus. Macam aku suka Mawi dulu. Hmm... atas sebab yang sama. Kesimpulannya, aku tak berapa suka menjadi artist. Aku suka menjadi Politician. Lebih thrill. Dan nampak lebih educated, wise dan memperjuangkan sesuatu yang ada. Aku sebnarnya tak berapa faham apakah perjuangan artist. Tapi mereka sangat menghiburkan orang ramai. Err.. mereka macam clown lah. AHAHAHAHA. Wah, gurau kasar neh.
Kalau ada peluang, aku tak da keraguan hendak menempuh ke alam politik. Politik satu ilmu. Aku memang memperjuangkan keremajaan. Tapi statement ni macam berbunyi "hek eleh, tak remaja ar main politik!". Betul jugak. Mana remaja main politik. Tapi kalau asyik orang tua dikasi main politik, sangat kisah klasik untuk masa depanlah. Mereka membanteras gejala sosial. Tapi mereka punya teori masih retro. Sebab tu negara perlukan remaja yang urban mengambil alih era retro tersebut.
Kalau aku jadi politician, mula-mula aku nak fight dengan samseng Tingkat 4. Tahukah kalian sebagai rakyat Malaysia bahawa negara kita dipimpin oleh anak muda tingkat 4? Sebenarnya tingkat 4 lagi tinggi dari tingkat 5 tahukah? Kejadian ini berlaku di bangunan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya SAHAJA. Tempat lain, di blok pangsapuri engkau atau pon di mana-mana menara lainnya, tingkat 5 masih tinggi dari tingkat 4. Cuma di JPM sahaja tingkat 4 lagi tinggi dari tingkat 5. Tak fahamkah? Banyakkan membaca dan mengambil tahu hal ehwal politik dalam negeri okay. Apa terjadi dalam election di US engkau taknak tahu pon tak pa. Yang penting dalam negara ini harus tahu. Jangan sangat bersenang lenang. Engkau tak tahukah ia merupakan satu tuntutan? Kecuali engkau sokong secular. Aku sangat tak sokong secular.
Macam samseng sangat je budak tingkat 4 tu. Aku pon tak berapa tahu kenapakah kejadian penguasaan tingkat 4 boleh berlaku. Oyya, jangan lupa bahawa Menteri Besar Selangor banyak kaya wo. Marilah tengok apa terjadi ke atas SYABAS. Sangat seronok tonton politik. Ia sama seronok macam menonton Spongebob bahasa Melayu setiap petang jam 5 di TV9. Sangat seronok. Lagi seronok bila wanita tua kurang kasih sayang mula berdrama dalam parlimen. Hoyeay! Sangat seronok.
Disebabkan aku ni tak berapa ada sikap takut, aku rasa baiklah jangan aku bercakap politik lagi. Sebab nanti dituduh sebagai provokasi. Padahal aku cuma berusia 22 tahun. Ih. Sangat tak maskulin kalau si samseng tingkat 4 ajak aku fight atau mahu dakwa ISA ke atas budak usia 22 tahun. Tapi bukankah sangat comel dan sangat adorable kalau budak usia 22 tahun yang menuntut sarjana muda senibina mengajak budak tingkat 4 tersebut fight. AHAHA. Khairy Jamaludin bodoh. Wah, comelnya aku bila berkata begitu. Lalalala~
Khairy Jamaludian ; Berusia 32 tahun. Dilahirkan di Kuwait (patutlah hitam manis) Bekas penuntut Oxford University, UK dalam jurusan degree in Philosophy, Politics and Economics (PPE). Berpejabat di Tingkat 4, JPM.
Aku, Chika ; Berusia 22 tahun. Dilahirkan di Kuala Lumpur. Masih menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Senibina. Tidak berpejabat tapi berstudio di Faculty Of Engineering, Department Of Architecture, Ground Floor.
Tengok. Kalau aku ajak ja dia fight, bukankah satu dunia akan fokus lebih kepada aku. Bukankah aku dianugerahkan sebagai 'remaja of the year' dan seorang yang adorable secara mendadak? Kalau dia carik pasal dengan aku, bukankah dia akan dituduh si bahlul secara mendadak? Hek eleh, tak akan nak layan budak perempuan 22 tahun kot? Kes budak-budak... Pasti akan ditertawakan oleh dunia. AHAHAHA. Itulah sebabnya aku sangat layak menjadi politician. Sebab tindakan yang comel sangat sukar ditentang oleh tindakan yang bodoh.
Eiiiiiii.... comelnya entry ni! Aku macam tak sangka aku buat entry ni. Padahal ia bermula dengan sebuah lagu Akademi Fantasia. Wah. Aku sangat versatile. AAHAHAHAHA. Tapi aku memang tak sangkalah. Macam manakah boleh termasuk kisah Khairy Jamaludin dan kisah aku sendiri? Bukankah tadi sangat enjoy bercerita tentang muzik? Ini lah dinamakan 'think out of the box' WAGAGAGAGAHAHAHA! Layak kah aku menjadi politician? Tapi aku mahu jadi suri rumah tangga sepenuh masa lah. Sambil menentang Khairy Jamaludin secara persendirian. Ngeee :D
|
Hot Temper
Lagi-lagi demam. Selepas selamat eat my makan (alamak, terdinner ya ampun!) disuruhnya aku makan ubat-ubat. Kepala aku punya pening. Di dalam mulut ini ada ulcer sebanyak satu. Tapi saiznya semacam besar. Sangat sukar untuk aku berbicara apatah lagi berketawa macam orang kaya. Err... tapi bukah aku kah tadi yang berteriak sebanyak dua kali di Danau sambil berhooray tanpa malu! Wah. Manakah ulcer waktu itu? Punya excited sampai terlupakah punya ulcer di dalam mulut itu? *roll your eyes on me*
Mula-mula.
Si F : Hujan macam dah stop neh! Si N : Yeay!
Dush! Dipukulnya tubuhku yang tak berapa stabil ini dengan tangan kanannya. Wah, gurau kasar nampak! Aku pon kenapakah beriaksi begitu? Padahal di situ terdapat sebuah keluarga yang anaknya gemar membuka warung kopi di dalam pool. Abis semua makanan nak dibawanya masuk pool. Apa engkau ingat ini cafetaria kah?
Lepas tu.
Kami belajar diving. Good job, Chika! Sekejap saja sudah belajar dengan baik. Aku pon seperti biasa. Mempamerkan sikap aku yang hakiki tersebut.
"Hooray!"
Aku jeritlah seperti anak tarzan. Sambil tangan-tangan ini secara automatiknya ternaik sama. Sangat salah tindakan tersebut. Mendatangkan malu. Kan sudah kukatakan bahawa aku seorang yang mudah teruja dan seorang fanatik atau extremist atau pelampau atau melampau.
Petang tadi belajar diving bersama dia. Dia menjadi cikgu. Tapi dia kata aku sangat sombong hari ni secara tiba-tiba setelah lama tak berswimming sama. Dia kata aku sangat sombong. Dan dia kata semacam ajaib juga aku sudah pandai melakukan aksi renang secara cepat. Dituduhnya aku akan cepat belajar tanpa kehadiran dia dalam hidup aku. Aik? Bukankah lain macam bunyinya? Bukan sombonglah. Aku belajar dan lepas tu aku praktis secara sendiri. Biar dia menumpukan kepada Si Fafa yang sangat pandai Doggy Style (Aik! Gedix dengan Guan kata jangan cakap macam ni sebab sangat lucah) Ini bukan pornografi. Aku kan tengah bercakap tentang Sukan Renang. Padahal fikiran aku sangat tulus secara lurus tapi mereka yang cuba cemarkan. Aku tak faham betul sikap orang dewasa terlebih ilmu ni. AHAHAHAH. Baiklah, aku istilahkannya sebagai Stail Anjing. Sangat anjing bukan bunyinya? Sebab itu aku tak berapa sanggup menyebutnya di dalam bahasa Melayu sebab semacam satu penghinaan. Kau pilih. Nak bergurau kasar atau nak penghinaaan? Apakah yang cuba aku tulis ini? Aku peninglah. Sekejaplah aku berlari setempat dulu membakar kalori.
Macam ni. Kami belajar diving. Sangat syok menyelam sampai mencecah lantai. Dan menggerakkan badan, kaki, tangan dan apa-apa anggota lain yang tidak disenaraikan secara duyung. Little Mermaid. Yang mempunyai suara merdu itu tetapi diberikan dua pilihan. Mahu berkaki atau mahukan suara yang merdu? Kesian Little Mermaid. Kalau aku disuruh membuat pilihan, aku akan memilih suara yang merdu sebab aku sudah punya kaki! AHAHA. Gelakkan Little Mermaid! Err... kita bercakap tentang apa tadi?
Oh. Aku sebenarnya malas mahu tulis lagi tentang swimming petang tadi. Sebab nanti engkau semua pon akan berkata macam ni "Hek eleh Chika. Asyik cerita swim je! Ceritalah benda lain pulak! Tak da life betul budak ni!" Dan ini akan terjadi dalam dua cara. Samada engkau akan bercakap secara kuat ataupon merungut di dalam hati. Padahal aku memang tengah obsess ni. Itulah. Jangan diajar aku ni buat sesuatu. Aku bukan saja akan belajar, malah akan obsess dan ketagihan. Extremist la katakan tadi.
Ini ada satu cerita suam iaitu tak berapa panaslah. Aku semacam sangat bosan dengan nuruloveme. Apakan kata jika aku menukarkannya secara tiba-tiba. Dan engkau semua pon tak tahu. Wah. Thrill! Sangat padan muka. Padan muka siapakah? Siapa makan cili, dialah yang terasa cilinya. AHAHAHA. Aku kan sudah kata. Aku bagi masuk sini. Duduk diam-diamlah. Jangan mengapa-apakan aku. Nanti aku pon berasa sakit hati, aku pon akan membalas dendam. Bukankah kesannya sangat negatif? Kita buat deal lah ok. Engkau baca dan baca dan baca. Aku tulis dan tulis dan tulis. Engkau komen dan komen dan komen. Kalau aku benci komen kau, aku delete dan delete dan delete. Bukankah sangat mudah?
Blog ni cuma berbaki 8 kekosongan saja. Bukan banyak pon. 8 saja. Ini sangat menguatkan alasan aku untuk menolak kau get out dan replace dengan orang lain yang sedang histeria menunggu untuk diinvite. Sangat kesian tapi semacam waswas saja dengan mereka itu. Alah, bukan ada apa pon di dalam neh. Aku bukan suka bagi hadiah misteri untuk readers ke 10 000 atau ke 20 000 atau berapa ribu pon. Atau bukannya ada peraduan teka dan menang di sini. Cabutan bertuah apatah lagi. Sangat tak ada apa di sini. AHAHAH.
Kepada semua readers yang comel-comel dan tak membuat masalah, sangat thank you. Aku tahu engkau smeua huru hara di sini aku tak da kisah pon. Kata nak belasah aku lah, nak cubit aku lah, nak ketok aku lah, nak tikam aku pon ada. Wah. Gurau kasar. Biarlah gurau kasar asalkan tak menggegarkan sistem saraf aku. AHAHAHAHA. Sorry aku tak berapa bersosial di sana sini ke blog-blog sebab kehidupan sangat terhad ketika ini. Lagipon bukankah sangat tenang blog kau semua tanpa wujudnya komen-komen aku sangat memakan hati itu? Ekekeke.
Siapa ada masalah dengan aku? Sangat kesian. Sebab aku tak da masalah dengan kau. Bila aku tak bermasalah dengan kau, maknanya kau memang tak da dalam sudut tumpu pandangan aku. AHAHHA. Kesian.... Tahukah aku sedang marah neh? Tapi entry ni bila dibaca tak berbunyi kemarahan kan? Penggunaan ayat yang kurang tepat. Dan mungkin kurang tanda seru.
By the way. Selain benci short form yang digunakan secara melampau, aku juga sangat benci blog yang ditulis dengan menggunakan terlalu banyak tanda seru. Ini bloglah. Nak menjerit pergi naik Puncak Himalaya sana. Jeritlah. Sampai 80 harkat pon tak pa. Atau nak jerit sebanyak 800 tanda seru pon tak pa.
Kan aku dah kata. Entry ditulis secara marah. Kan dah keluar semua komplen dan penghinaan. Baik jangan ditulis lagi. Sepatutnya tengah marah jangan menulis entry. Nanti berbunyi sangat biadap. Tengah marah sebaiknya pergi beryoga. AHAHAHA. Apsal? Tak puas hati? Do drop comment. Sertakan link sekali atau email untuk dihubungi. Anonymous adalah rubbish.
|
pedang setiawan
Tadi bila Guan balik, aku berasa seperti mahu melompat katak, lompat galah, lompat jauh dan kesemua jenis lompatan dalam upacara olimpik. Gembira dalam hati! Sangat letih layan dia bersembang. Kalau tak mengucapkan sesuatu yang dirty, memang bukan dialah. Tiba-tiba dia muncul di YM. O-mai-god! Lu apa mau??? Macam biasa. Dia mengucapkan sebutir dua kalimah tak berapa sedap didengar. Aku pon warning dia suruh diam.
Bosan.
Bila bosan, macam-macam benda difikirkan dalam kepala. Melakukan perkara-perkara makruhlah. Ajak Farah ke Alamanda? Menikmati Waffle Stop? Pujuk Ainul ke Mines? Merayap secara anti graviti di sana? Sementara menunggu petang. Atau pergi National Library? Oh tidak! Tapi aku taknak kacau Farahlah. Biar dia buat kerjaannya dan aku berbosan-bosan di sini.
Tadikan kami naik office jumpa Puan. Ayat bukan sikit punya lembutlah pujuk hati beliau kasi sejuk. Sebabnya semalam terlambat hantar assignment. Plotter ar! Lambat terhegeh-hegeh. Aku rasa Ikmal kena tendang plotter tu sekali seumur hiduplah. Baru okey sikit kot. Ink pon keluar secara romantisnya sampai sangat tersembul mata nak tengok line yang bergelimpangan di atas paper. Diharap dengan penukaran ketua jabatan yang baru ini, JSB akan mendapat lagi banyak plotter. Dan err kalau boleh, bagilah kami duit tajaan tanpa sebab. AHAHAHA. Nasib baiklah bukan si Nasri tu jadi ketua jabatan. Kalau tak, matilah aku. Abes rentung dibakarnya kereta aku di luar sana. Aku tak tahulah sampai bilakah dia akan sangat bencikan aku padahal aku sangat sayangkan dia. Yucks! Jijik gila. Tengok kereta dia pon aku dah berdarah hidung. AHAHAHAH.
Tadikan, Puan Akmal puji baju aku. Dia kata baju aku sangat cute. Sudah dua kali dia puji baju aku. AHAHAHA. Puan, this is fashion architecture. WAHAHAHA. Dengar dek Prof neh, kena panggang aku macam itek pangganglah. Nyum nyum. Ehehe. Ketika itu, disuruhnya aku berdiri di hadapannya sambil dia membelek-belek hujung baju aku. Aku pon tak sedar yang aku berasa malu. Sebab aku tak tahu aku malu ka tak. Aik. AHAHAH. Tapi Kak Mun kata ... "dah merah da muka Nurul tu. Dia malu," AHAHAHAHA. Maknanya aku memang malulah diperlakukan sebegitu. Sangat bodohlah muka neh memerah pulak. Sangat tak cool ja bila muka merah kerana malu. Sepatutnya walaupon malu harus bertenang saja. Barulah nampak bergaya. Merah-merah... apa best!
Sekarang pon sedang terblushingblushing neh. Apalah Arab depan neh main tengok-tengok. Tak solat Jumaat ka? Dah la ponteng solat, engkau main mata pulak di sini. Hey, Pak Arab! Walaupon muka aku macam monster sangat hebatlah konon, tapi aku tak boleh tahanlah perasaan malu. Sangat malu ditengok semacam tu. Pergi solatlah! Pergi! Satu, berdosa besar lelaki meninggalkan solat Jumaat. Dua, berdosa besarlah melihat perempuan yang bukan muhrim secara tenungan anak mata. Aik? Ini usrah lah. AHAHAHA. Aku malu betullah dibuatnya dek Arab-arab neh. Tengok misai dia pon aku dah seriau satu badan. Aku tak suka lelaki bermisailah. WAHAHAHA. Pergi shave sana!
Semalam ada orang ajar aku cara-cara senyum. Ewah, macam bagus nampak. Padahal dia penjual air saja. Dia kata kalau aku tak senyum jugak, dia taknak bagi air. Macam aku kempunan sangat ja air dia. Ni dah kali ke lapan juta orang-orang macam bagus ajar aku cara-cara senyum. Suka akulah nak senyum ka tak. Aku memang secara lahiriahnya bukan kaki senyum nak buat macam mana. Dulu dekat LRT station pon ada orang suruh aku senyum. Dia kata hari-hari tengok muka aku serius ja. Apakah kerjaan yang aku kejar secara seius itu? Aku kata takda kejar apa cuma aku memang tak suka senyum secara random atau senyum merata-rata. AHAHAHA. Sukahati akulah! Lepas tu semalam, sebelum dia pass air kepada aku, dia suruh aku senyum lagi. Aku terus blah! Akhirnya si penjual air datang dan hantarkan air sambil kata yang dia sangat jarang tengok muka aku senyum.
"Muka sombong sangat. Kalau senyum pasti kurang sombongnya," Sebelum berambus sempat dia sound aku. Tak guna punya penjual air. Suka hati engkaulah. Macam aku heran ja orang kata muka aku sombong. Dari aku baby lah semua orang dah kata macam tu. Mak aku kata, dari kecik pon memang muka aku macam tu. Dan sangat sukar bergaul dengan orang sebab aku tak suka berkawan secara sembarangan. Dululah. Sekarang neh aku tengok, kawan-kawan aku dah macam-macam jenis orang. Dari yang baik sampai yang jelik pon ada. Yang gatal tak sudah pon ada. Bila dia dah buat hal belakang kita, dia baiklah dengan kita. Kalau tak, kita tanya pon dia tammo jawap. Macam-macam. Lagi baik sombong dari gatal. Shoot kepala dia!
|
fakultiku kosong lagi kosong
Listening to Leavin' by Jesse Mc Cartney. YouTube-ing Aku Stacy by Stacy.
Seperti sangat lapangkah Jumaat ku tanpa kerjaan? Bersantai di kaki lima umpama dewa dewi menikmati wireless percuma. Aku dan Guan. Berdua di sini setelah Fafa mengambil keputusan untuk pulang ke bilik membuat kerjaan 3D. Baguslah dia pulang ke sana kerna aku pon semakin muak melihat 3D bumbungnya yang tidak siap-siap. AHAHAHAH.
Petang nanti setelah puas ber-swimming aku dan Fafa akan pulang ke rumah masing-masing. Ibuku sudah menghubungi, memberi arahan supaya ku pulang minggu ini kerna beliau mempunyai agenda yang ingin dilakukan secara ibu dan anak. Oh lihatlah bahasaku sangat klasikal bukan? Inilah artinya aku memang siswi Universiti Kebangsaan Malaysia yang asli. Sangat Melayu dan sedikit klasik. Alahai, aku Melayu klasik. Sangat meyampahkan pengakuan ini. Ekekekekeke.
Woh! Semalam membuat working drawing secara lajulaju macam halilintar. Sarah lah tu takutkan aku. Di tengah-tengah ruang legar fakulti yang sangat bergema umpama gua batu ini ... beliau berteriakan.. "Nurul! Baik kau hantar je skang working drawing! Puan kata, kalau lambat lagi banyak dia tolak markah!Tak complete pon ,"
Makk! Aku pon apalagi, teruslah sumbat semua drawing masuk title block. Nasib baik si Ikmal (abang office) ni sangat sporting. Dia je budak office yang sanggup layn budak studio ni walaupon terpaksa tunggu sampai malam buat printing. Sangat baik tau Ikmal ni. Tak macam si Fat**. Dah la buat masalah dengan Teddy Bear. Lepas tu muka nak garang. Macam best je muka dia tu kan. Aik? Apakah masalahku dengan beliau? Tak ada. AHAHAHA.
Aku ingat buat working drawing neh remeh ja. Rupa-rupanya masak jugak nak siapkan. Patutlah semua muka histeria ja. Aku rasa sangat sukarlah mengharungi short sem neh.
- Working drawing (yang memang sepauh mati punya azab nak siapkan)
- Topical Study (gila supervisor aku sangat sibuk. Manakah Prof!)
- Structure
- Penang! (Architectural workshop)
Ini semua nak dibuat dalam tempoh kurang dari 2 bulan. Sakit jiwa bila aku fikir sebab tu aku tak da fikir. Aku enjoy ja walaupon sebenarnya aku sangat cuak. Ih ih ih!
Macam kesian pon ada tengok junior. Preparation nak pergi workshop macam tak berapa berjalan. Atau running terlalu slow. Banner semua tak siap. Padahal kami dulu masa nak pergi workshop, macam budak gila siang malam buat preparation. Buat banner pon secara extreme. Kamikan gila banner. kalau boleh, banner-banner school lain pon kami nak rembat. AHAHAHHA. Nak tolong junior, tapi kami kena tolong diri kami sendiri dulu :(
Ih. Guan ni jahat tahu! Dia tak puas hati dekat one of our senior ni. Err... bukan semua kah tak suka si senior tu? AHAHAH. Lagilah pulak senior ni kasut dia berbunyi secara 'makcik-makcik' yang merasakan diri sangat 'profesional'. Abeslah tergelak di sini aku dibuatnya dengan mulut si guan ni. Siap dengan aksi ok dia ejek senior kami ni. Oh Farah! Tolonglah aku tak larat lah dengan Guan ni. Amboi mulut hang! Sangat jahat. Tapi macam sangat kelakar sebab senior ni memang macam bagus ja. Muka nak serius selama 25 jam sehari. Macam bagus. Konon2 junior kena respect dia. Eh, boleh blah!
|
Demam Fever ll
Aku terdemam pulak. Padahal tak sepatutnya demam dalam waktu ini. Esok submission working drawing untuk Ground Floor. Semalam pukul 11 dah tidur. Patunya tak tidur-tidur. Tapi kepala sakit. Tekak pon sakit sangat perit. Pagi tai aku tak nak pergi kelas sebab badan sangat panas. Sampai sekarang.
Turun cafe bawak laptop. Terjumpa Gedix. Ajak gedix teman masuk CC. CC ni panas. Very kepala hotak one. Cannot be like thissss. Why Zaa'ba so miskin? Very kedekut tahi hidung masin. Aircond apakah sangat tak sejuk neh? Wireless pon sudah rosak. See, very miskin and bodoh jugak.
Aku tak tahu untuk apakah aku turun cafetaria yang suram ini. LAngsung tak happening tiada manusia Yang ada cuma kerusi dan meja yang kosong. Belum breakfast. Lapar tapi sangat malas bergerak mencari makanan. Makanan datanglah pada aku.
Tahutak? Semalam buat kali keduanya, kami turun swimming pool untuk ladies. Gila keruh! Biasanya terjun main pool. Sampai bila menyelam kan, tak nampak pon kaki-kaki pelbagai aksi dan saiz. Memang tak bolehlah kalau nak buat keje2 usha orang atau melihat best swimmer melakukan movement dalam air. Sebab tu malam semalam, balik dari swimming tu mendadak demam. Dengan ramai orangnya. Ketiga-tiga pool pon penuh. Satu fenomeno yang sangat dahsyat. Mak budak, bapak budak, budak-budak dam segala jenis manusia dan keturunan pon ada.Stress gila dibuatnya. Akhirnya aku ajak Farah tukar pool. Kami masuk main pool. Gila! Dah la aku tak cukup inci. Swim punya swim, tersampai ke tengah pool. Makkk! Langsong tenggelam. Tapi best wo semalam. Swim sampai semput. Air kat main pool sangat jernih. Boleh nampak macam-macam. WAKAKAKAKA. Chika, gatalnya hang! Tak da lah. Aku pergi sana swimming la. Bukan membuat jahat. Ehehehehehe. Best! Best! Swim dengan perempaun sangat tak best. Mereka sibuk suka tengok orang. Lelaki releks ja.
Aku demam :( ☼
|
aku lebih tahu
ku tahu kau bukan lawan untukku, sampai ku harus cemburu ... tuk memikirkanmu... bukan mahu ... cuba dabik dada denganmu... siapa dia kasihku... aku lebih tahu ...
hari akan hujan mungkin dalam kiraan 10. aku akan pulang ke universitas. memandu dalam rinai hujan, juga dalam sedu sedan. oh bukanlah begitu. aku akan memandu semacam kenderaan disable di dalam hujan. Aku sangat takut memandu dalam hujan kerna aku tidak yakin dengan sikap hujan itu sendiri. dia nampak cantik bila dia muncul dalam bentuk gerimis. tapi dia nampak sangat buas bila dia wujud dalam bentuk lebat. berserta buny-bunyian dari langit. satu kejadian yang dapat disaksikan oleh semua manusia yang pernah hidup atas muka bumi.
ada orang ajak aku ke national library. aku kata tak mahu. dia ajak jugak. padahal kalau aku kata tak nak, emmang taknaklah. tapi dia tanya secara berulangan dan aku pon memberikan jawapan yang stabil iaitu tak nak. dia tak tahukah aku sangat tak suka library?
library. tempat apakah itu? sangat sepi. intonasi suara akan di-limit secara paksaan. menapak langkah pon kena ada kiraan momentum yang tertentu iaitu jangan sampai mengeluarkan bunyi. bukankah sangat mati kehidupan yang hidup tanpa bunyi. sebab itu aku benci tempat terlalu sepi. err.. macam library lah. terlalu terbuka dan dikelilingi manusia dengan jiwa dalaman yang kental untuk menjadi barisan intelektual. sedangkan aku bukanlah barisan intelektual tersebut. kemudiannya terdapat lorong-lorong yang tercipta dari barisan rak buku. apakah? satu pandangan yang tak berapa kena dengan jiwa aku. pendek kata, tak payah ajak aku ke library. kecuali terdesak, aku akan pergilah iaitu bila nyawa jadi taruhan. atas urusan hidup atau mati. err... semacam bila sangat perlukan maklumat dan internet yang macam bagus ni tak mampu sediakan, barulah akan terhegeh-hegeh ke library.
dia ajak jugak. aku kata taknak. aku suruh dia pergi sendiri membawa dirinya itu dan janganlah memaksa aku. sebab library bukan tempat sanctuary bagiku. wah.
tengoklah selepas nokhtah harus menggunakan capital letter. tapi entry kali ini tiada capital letter. sebab semuanya harus average. supaya semua abjad nampak sama. tiada siapa yang besar mahupon kecil. aku lebih tahu.
gud. cuaca sudah gelap. baiklah aku pergi bersiap sekarang. kembali ke bilik bernombor E2123. malam ini, apakah agenda? apa best di sana? jangan tanya soalan apa best di sana. sebab sangat susah dijawap. lagi senang menjawap soalan structure. bila lagi update? aku lebih tahu.
p/s : bila semuanya dah terlambat, barulah manusia ni akan cuba sedaya upaya untuk memulakannya. sedangkan sudah terlambat.
|
gulp
adek aku mana nih? mana? mana?
sorang pon takda ni. tadi dia mintak aku duit. aku bagi. tapi lupa tanyalah dia pergi mana. manakah dia????
serius risau.
edit pukol 2 petang : akhirnya adek aku balik melaungkan salam kepada seisi rumah. haru! tahukah dia ke mana? dia pergi cc kawan dia bermain myspace bersama-sama. Hangin betul aku. Budak-budak baru nak up ni memang hantu myspace lah. Dah la dia kecoh-kecoh add aku. Padahal tak da pon aku jumpa friend request dia. Setiap hari bising kata aku tak nak approve dia. Padahal memang takda. Aik. Apakah engkau tak kenal kakak sendiri? Dia kata memang dah add aku. CHIKADIOR. Aik? Gulp! Ada CHIKADIOR lainkah yang di-addnya? Atau ada account pirate kah? Sangat pelik. Tapi excuseme Mr.Adek... aku tak da maknanya taknak approve kau. Jangan main tuduh-tuduh okeh. Kenapakah budak-budak kecik sangat suka myspace? Ye lah. Masa aku kecik pon au suka myspace. Hari-hari ubah layout. Kalau dapat ber-myspace tu, dah heaven sangatlah tu. Err... mungkin sebab dulu mantan kekasih ada di situ. AHAHA.
Tahukah aku jugak sangat gila YM dan MSN Msgr ketika usia meningkat remaja dahulu? Sebab mantan kekasih lah. Kalau dibuatnya internet buat hal, boleh mengamuk satu bandar metropolitan ni hancur dibuatnya. AHAHA. Nama beliau Zul. Kami akan berchatting macam dunia kami yang punya. Kami akan berchatting tanpa henti. Hanya stop menjelang waktu fardhu solat, makan dan tidur. Aku pon tak tahu apakah yang kami chattingkan. Tahukah kami berchatting selama setahun lamanya sebelum membuat keputusan untuk berjumpa. Dan err... siap bertelifon bagai padahal tak pernah kenal. Err. Jodoh yang singkat. Itu dulu.
Sekarang aku releks saja. Tak de internet seminggu pon takpe. Kalau tak de sebulan, barulah aku histeria. Tak on YM pon takpa. Tiada apa menunggu di sana. Laptop aku langsung tak da di-install YM. Barulah releks. AHAHAH. Tapi tengoklah adek aku ni sangat gila myspace. Apalah dibuatnya di sana? Myspace banyak awek cun. Sebab tu lah. Betul. Kadang-kadang aku pon masuk myspace tengok awek cun. Bukan homo lah. Minat. Bukankah melihat yang cun memang best?
Nak turun. Pergi lepuk-lepuk adek aku yang buat kehilangan secara misteri dari pagi tadi.
|
from zero to hero
Good morning, Aku tak terasa mahu ke studio pagi ini. Kerna tiada jiwa di sini ataupon di sana. Masih ingatkah tentang jantungku yang berdegup secara luarbiasa? Aku sangat tak faham kenapakah dengan jantung ini. Lewat kebelakangan ini, kadar denyutan melampaui batas-batas normal. Mungkin ada yang tak kena dengan cardiovascular system aku. Apakah sudah mengidap congenital heart defect (CHD) ? Kalut lagi mengarut!
Sebaik saja bangun dari tidur yang seakan-akan tidur ayam itu, terus aku dapat merasakan debaran dalam jantung yang mengalahkan Andy Estranged memukul drum nya. Kenapakah Andy Estranged? Drummer hebatkah beliau? Bukan drummer hebat lah! Tapi muka dia sangat hebat. Kenapakah drummer selalunya memiliki muka hebat? O terlari topik pulak. Marilah kita kembali ke pangkuan jalan. Cerita tentang jantung tadi. Apa yang dapat aku pastikan, sejak kebelakangan ini zon selesa ataupon zon tenang adalah semacam jarang ada. Sentiasa berasa berdebar-debar tanpa sebab. Rasa tak sedap hati. Tapi entah kenapakah. Macam ada je yang tak kena dengan kehidupan yang dilalui. Atau boleh dikatakan sebagai aku kehilangan track kehidupan secara mendadak. Aku pon tak berapa jelas dengan hari-hari yang hendak dilalui. Sangat jahanam perasaan ini. Bukahkah sebaik-baik kehidupan adalah apabila kita tahu at least kehidupan untuk sebulan akan datang. Aku? Apa yang bakal aku lakukan petang nanti pon aku tak da idea. Sangat lost. Dan err... prestasi kerja juga turun. Tak da hati nak membuat kerjaan. Tiba-tiba aku rasa, aku takda masalah dengan sistem cardiovaskular. Masalah macam terpindah pada otak pulak. Sudah lah jangan bincang pasal anatomy bolehkah? Hidup tanpa keterujaan. Iaitu tiada perubahan major ataupon kejadian super yang berlaku. Sangat bosan. Melalui hari-hari yang sangat tipikal adalah bosan. Macam kehidupan yang tidak berganjak. KOSONG. KOSONG. KOSONG.Ohhhhhh ha! Tiba-tiba aku teringat satu teori. Iaitu teori 1 dan 0. Sebuah teori motivasi yang tercipta tanpa laboratory test tapi kebenarannya adalah sangat benar. Teori tersebut sangat menarik .
Asas kepada teori menyatakan bahwa nombor 0 jugak adalah satu nombor. Tahukah ia lebih ringan daripada nombor-nombor lain? Kejadian KOSONG dalam kehidupan tidak boleh dianggap remeh atau jahanam. Sebab tanpa kejadian KOSONG, kehadiran SATU tidak sekuat dan sebesar mana. Macam ni. Dengan adanya kejadian KOSONG yang banyak, bila berlaku kehadiran SATU di hadapan, bukankah amount SATU itu secara mendadaknya menjadi sangat besar? Apalah ertinya 1 tanpa 6 angka 0? Satu tidak akan menjadi sejuta tanpa wujudnya 0 bukan? Again, 0 is also a number.
Mengaplikasikan teori tersebut dalam kehidupan, setiap detik yang dirasakan kosong itu haruslah diharungi dengan begitu layan sekali. Dan hayatilah semua kekosongan dalam diri kerna lagi lama kita merasai kekosongan, lagi baik pulangan yang bakal kita dapat sebaik saja munculnya kehidupan yang bukan kosong nanti. Err... tak faham kah? Mungkin engkau mengidap masalah mental function yang tak berapa chronic tapi ada sikitlah. Banyakkan meminum air zamzam okeh. AHAHAH. To be motivated, do enjoy your emptiness. Sementara tunggu kehadiran nombor SATU lah. Lagi banyak kosong, lagi besar nilai SATU. Wowowo. Tunggu saja dengan sabarnya ok Chika. Err. Kalau aku kelentong menyatakan bahawa teori tersebut aku cipta, engkau semua bukan tahu pon bukan? AHAHA. Teori diperolehi daripada seorang Cookie Monster yang sering menyatakan kegeniusan nya. Sangat pandailah beliau. Bukankah teori tersebut sangat berguna semasa mengharungi kekosongan? Macam ada satu penemuan baru dari kes ini. Tahukah manusia tak perlukan sayur atau meminum susu untuk memiliki otak cergas? AHAHAHAH. Gelakkan dia! Credit kepada Si Comel; tuan punya teori tersebut. Jangan cakap banyak. Marilah bergembira dengan kehidupan yang KOSONG!
|
Bermain guitar di dalam Pool.
Beylo Baby ...
Sepanjang hari aku menatap those handbags. Terkebil-kebil mataku. Berdegup-degup jantungku menahan nafsu yang melonjak secara devilnya. Aku suka guitar. Bukan main guitarlah! Aku takda kemahiran bermain apa-apa instrument kecuali masa darjah tiga, aku sangat pandai meniup recorder lagu Nescafe Classic. AHAHA. Sekurang-kurangnya. Tapi aku suka icon guitar. Rock yang comel. Sebab itulah aku sangat teringinkan handbag tu. Okay apa pakai handbag guitar shaped. Dari ada orang tu pakai handbag bra shaped. Gila punya kelakar. Masa tu dekat LRT. Tapi honestly cute tau handbag dia. Warna black and pink. Bentuk bra! Gila stylo lah. Kalau dapat pon tu, mesti best ar. Aku pon sanggup ja pakai. C'mon lah sangat stylo apa. AHAHHA. Semua items tu from US :( Kalau from Malaysia kan senang. Guna Maybank2U je. Ni nak ber-paypal bagai. Luckily Hannan dah ajarkan tadi macam mana nak guna paypal. Tq Hannan, err... by the way, he is a doctor. Doctor Blue. AHAHAH. Hi, hannan :p Hannan kata kena apply Credit card. Huh? Tahu dek parents aku dah pandai apply credit card, hancur berkecai kewangan aku lepas ni. AHAHA. So, atas nasihat Hannan jugak ... aku apply Debit Card lah esok. Oh, tak sabar! Dapat je card tu ... aku beli semua guitar-guitar tersebut. Guitar in term of handbags la. Bukan guitar karen. Ow no-no! Aku bukan rockstar. Rock & Roll saja tapi yang tak berapa suka music rock & roll. Aku cuma inspired by the era of rock & roll. Mereka cool bukan? In term of fashion lah and very iconic. Nak aku cerita kisah inpirasi yang lagi banyak? Tak payah! Nanti jadi macam architectural theory. Again, tq to Hannan.Ada jugak aku pindah US ni kang. Excuse me. Sebab tu pon nak pindah US? Ceteknya akal aku. AHAHAHA. Err... further study dekat US? AHAHAH. Confirm cute lah alasan yang mungkin aku bagi dekat parents nanti kalau aku nak further study dekat US. Abah, Ay nak study kat US. Bagus ke? Bagus. Kenapa? Boleh beli guitar handbags tanpa paypal. Huh???? AHAHAHAHA! Crap! Crap! Tadi pagi, aku dan budak-budak lelaki keluarlah nak swimming dekat Cheras. Salah timing. Erk. Bincang-bincang dengan Ijat, janji nak turun balik pukul 2 petang. Tiba-tiba ternampak ada banner. "SWIMMING WEAR STOCK CLEARANCE Apa lagik, aku bawak adek-adek aku ni ikut jugak carik tempat tu. Next to Cheras Pantai Medical Center. Wo. Gila! Swimming suit half price. Tak pernah jumpa swimming attire dijual harga below hundred. Gila. Gila. Tight pon dijualnya sangat murah after 70% off. Google RM15 can you blif? Ye lah. Bukan from ARENA tapi at the same quality. Aku dah try. Disebabkan aku selalu tercicir goggle kan, better beli satu. Errr. O'oh! Terbeli pulak swimming wear. Floral patent. Tak boleh tunjuk gambar sebab nak show off dekat Farah secara live :p Yang lama tu tahan lagik lah Zebra patent kan. Ni dah floral bagai sangat lemah bila ditengok. AHAHAHA. Seriously murah sampai aku tercengang-cengang. Aku ingatkan mula-mula nak tengok je sebab swimming wear kan mahal. Kalau discount pon, aku rasa tak lah sampai macam tu punya murah. Maybe around one hundred. Omaigod! RM70 pon dah boleh dapat. Aku tengok purse. Oh airmata, marilah jatuh gugur ke bumi yang bulat ini. Oh. Aku betul-betul miskin rupanya. Aku ingatkan ada duit rupa-rupanya takda. Magik ka? Atau memang sebenarnya takda. Aik? Nasib baik adek aku ni sangat sayang aku atau boleh dikatakan sebagai sangat memahami. Atau mungkin tak sanggop tengok aku histeria nanti tak dapat apa yang aku nak. Sebab macam yang dah dikata, kalau aku nak aku nak jugak. Biar berdentum langit runtuh dan menghempap diriku ... (macam biasa, entry aku ada soundtracklah :p). AHAHHA. Ijat hulur kat aku duit. WAAHAA! Tak da banyak songeh aku sambar duit dia. Kalaulah dia budak kecik aku cium-cium dah tapi dah besar kan. Paling banyak pon aku cium pipi ja kat adek-adek aku.Tak da cium secara banyak lagi dah. Dan cium di public adalah my brothers' big NO-NO-NO WAY to do. Mak aku cium kat depan kawan pon dorang boleh terblushing-blushing. Kononnya nanti tak cukop lelakilah dicium oleh emak dan kakak di depan kawan-kawan. AHAHA. Dapat duit. Terus beli dan blah. Tak sabar nak turun Danau! AHAHAH. Takda watak wanita wild memakai belang Zebra lagi lepas ni. Aku dah jadi Floral Aunty lepas ni. Ihihih. Oyya, macam terhutang budi dekat Ijatlah. Semalam pon dia ada belikan aku benda. Hari ni belikan swimming wear. Wah. Lu memang adek yang handsome! AHAHAHA. Next week, fikir-fikirkanlah benda apa pulak kau nak bagi kakak kau ni okeh. Err. Kakak yang miskin tapi selalu ada duit beli barang. Sebab tu aku kata hidup ni adalah sebuah magik. Dalam miskin-miskin, boleh shopping. Tak ke magik tu? Lepas menjadi sangat sangat miskin sampai kuasa magik pon tak dapat selamatkan aku, aku pon terus mencarik ATM. Tahu tak ATM itu apa? Ia adalah sebuah mesin puaka yang sangat mujarab dan memilik super power luarbiasa. Iaitu lagi luar biasa melebihi kuasa Super Saiya. Tak faham kah? AHAHA. Siapa-siapa kaki swim / swimmer / perenang negara / newly mom ... pergilah lawat kedai tersebut. Next to Pantai Medical Center, Cheras. Sangat syok wo. Aku pon rasa nak pergi lagi tunggu Farah. Cepat-cepat tau. Dia sampai 27 hb saja. Lagi 2 hari. Kalau suka yang seksi-seksi, lagilah banyak. Punya cantiknya. Kalau lah aku memang pakai bikini kan, memang aku borong doploh helai bawak balik rumah. Oyya, bikini dijual around RM55 je. Ha, kan dah cakap. Tak percaya? Pergilah tengok sendirik! O wait. Newly mom? Kenapakah aku tulis newly mom di atas sana? AHAHA. Sebab cousin aku kan yang baru melahirkan anak sulung kan, dia mandikan anak dia secara sangat thrill. Bukan saja dia newly mom tersebut, dengan suaminya sekali. Bukan setakat mandikan baby, dengan mak baby, ayah baby semua pon mandi sama! Basah macam swimming dalam tub baby tu. AHAHAH. Sebab tu newly mom pon harus memakai swimming suit ketika memandikan anaknya. Stylo kan? Ngahhahaha. Err... macam aku pon bakal ada pengalaman tersebutlah. Wuweee. Mandikan baby, sambil pakai swimming suit! Tak ke kelakar! Perbuatan yang sangat private and confidential. Waaaahaaa.
|
Guitar
O-mai-god-nes! Tolong aku boleh kah? Ada sapa-sapa boleh tolong tak? Aku sangat separuh gila atau sudah gila secara tergila-gila. Aku nak guitar handbag ni tak kira apa terjadi. Berapa harga atau dalam keadaan apa. Nak jugak! Siapakah boleh tolong, please tolonglah. Semacam menyelamatkan nyawa. Err... fahamkah? Aku nak guitar handbag ini : Macam ni cerita dia. Aku macam terfalling hati pada Choc-u-lator yang ditengok dari blog Kak Ju si Madu Goncang itu. Atau nama manjanya Kakak Artifact ( err... bukan chika cakap. bukan... bukan...!) Kak Ju Artifact ehemm... Kak Ju Comel pon mengajar aku bagaimanakah mencarik chocolate calculator tersebut. Masuk ebay lah aku kan. Jalan punya jalan, tersampai pulak ke guitar handbag ni. Wo. Cannot tahan liao. Siapakah bertanggungjawap neh? Seriously aku sangat sangat nak handbag tu :( Nak sampai rasa tak boleh tidur sebab hanya nak tidur bila sudah mendapatkan handbag tersebut. Tapi bagaimanakah? Aku tak berapa paham payment instruction dia. Aku tak pandai guna Paypal lah :( Tahukah sebenarnya aku sangat tak reti buat apa-apa urusan kewangan dengan bank. Aku bijakpandai urusan belanja secara cash saja. Kalaulah boleh dibeli secara cash, sekarang jugaklah aku carik penjual tersebut. AHAHAH. Sounds chronic? Kan dah dikata, aku ni fanatik punya kaki. Ada sapa-sapa boleh ajarkan aku kah? Atau belikan terus! AHAHAH. Err. Kidding. Ajar kan aku lah. Ajar ajar ajar! Nak jugak. Nak jugak. Kalau tak dapat Elvis Presley, dapat yang lagi satu ni pon boleh. Buat masa ni, price dia around RM112 tak termasuk postage costs. Nevermind la. Tolong ajar buat payment saja sudah. Ini entry serius. Serius lah! Jangan gelak. Macam ni barulah ROCK & ROLL!!!! Akademi Fantasia tah apa-apa. Kesian kat Nadia kan? Rasa nak menangis ja kat Nadia. Oklah Stacy jadi winner. She deserved la that position tapi Nadia nombor 5 memang bullshit ja. Kesian Nadia bukan? Dia bukan sikit punya energetic and rock. Nadia memang rock lah. Comel pulak tu. Puas hatilah Stacy menang tapi the worst pon Nadia dapat lah 2nd place kan. Sampai 5! Oh, terjatuh sudah. Memang voting system secara REDAH JER! Bullshit. Aik? Aku nak marah apsal? Sejak bilakah fanatik AF? Tak kuasa aku. Suka hati ko lah! Tak payah buat reality show lagiklah sangat bosan. Dramakan sangat syok. Tak payah carik artist lagi. Sangat banyak artist sudah. Tukar! Tukar! Tukarkan AF menjadi Akademi Fanatik. Confirm aku menanglah. AHAHAHAH. Err... kesian Nadia :( Nadia, balik rumah nanti mengamuk sakan okeh! Pecahkan pasu bunga dan lemparkan semua pinggan mangkuk di rumah okeh. Tunjuk perasaan. Yeah rebellll! AHAHAHAH. Aku vote kah? Jangan harap. Tak kuasa aku! Perbuatan menghantar vote adalah tak berapa bijaklah. Macam tak berapa menjejaskan hidup jadi baik tak payahlah. AHAHAH. Tengok saja lah. Lepas tu kritik macam bagus di depan tv. Bukankah aktiviti ini lagi menarik dan percuma. AHAHA. Woi! Aku nak handbag di atas. Jangan lupa. Oyya. Kalau dah pandai, nak beli ni jugak. TAK KIRA! Nak jugak. Wah. Dapat bag ni.... Aku janji aku tak makan dua hari pon tak pe. Bila lapar, aku peluk ja beg ni. Tapi dua hari ja lah okeh. Masuk hari ketiga tak makan, memang aku makan bag ni terus! AHAHAH. Gila arght menarik nafsu secara erotiknya. Gila! Gila! Ih, tak keruan.
|
Koleksi Sikap Buruk.
Sikap buruk aku ada banyak. Iaitu disebut sebagai koleksi sikap buruk. Banyaklah tu maknanya. Bukanlah! Bukan yang degil dengan emotional itu. Yang itu sudah terlalu kerap diperkatakan sampai coveragenya sudah menjangkau ke seluruh dunia yang bulat ini. Dunia itu bulat.
Sikap buruk. Aku ada t-shirt Lee Cooper. Dah lama ada dalam wardrobe iaitu dari satu tarikh yang lampau. Lama dah. Aku pernah pakai sekali sahaja. Sebabnya potongan baju itu yang terlalu labuh. Biasalah remaja. Sangat suka yang senteng. Remaja. Macam yang aku kata, remaja. Tadi aku pon mengerat hujung baju tersebut menggunakan gunting kecik yang tak berapa nak tajam. Kerat secara rock! Iaitu tanpa seni dan tanpa skala. Kerat lah. Ikut suka gerak tangan aku. Sangat enjoy saja perbuatan tersebut. Tiba-tiba ... gulp! Baju tersebut senget sudah. Bergerigi pulak macam dipotong dengan gergaji. Burok. Aku buang!
Rugi dah. Tapi tak berasa rugi.
Sikap burok bukan?
Abah beli ikan *i-can't-remember-their-name*. Seekor ikan cost hundreds ringgit. Erk? Perlukah? Motif? Apa-apalah bukan dikerjakan wang aku pon jadi kenapakah aku perlu kajiselidik motif-motif beliau. Punya suka beliaulah bukan? Dikatakan bahawa spesis ikan tersebut sangat sukar dijumpai dan merupakan ikan yang sangat digilai oleh penggila ikan. Err. Sawan ikan? Sort of.
Bukan saja beli ikan-ikan. Tapi beli akuarium baru lagik. Apakah? Sudah ada TIGA akuarium. Motif? Entah. Kan dah dicakap, aku tak suka animals! Aku tak pernah membuang waktu menatap muka ikan mahupon beriadah dengan kucing. Sangat bukan tabiat akulah. Kalau makan ikan, aku suka. Bela ikan, aku tak suka. Leceh. Menambahkan kerjaan. Menambahkan kos sara hidup. Tapi tak pa la. Aktiviti perikanan berlaku di rumah ini sejak belasan tahun yang lalu. Langsung tak menjejaskan keremajaan aku. Jadi, jangan worry lah chika.
Ingat. Ikan mahal berserta aquarium baru. Abah masukkan garam secara banyak kononnya untuk meneutralkan air. Beliau kata, kawannya ajar begitu. Ma kata jangan dibuat begitu nanti ikan mati, putih mata dibuatnya. Abah kata, kena jugak masukkan garam. Fuh. Ikan sangat aktif! Buat aksi mengalahkan Linkin Park. Tapi few minutes lepas tu, semua ikan termenung. Seekor sudah tertonggeng dan tercungap-cungap iaitu yang paling mahal. AHAHAHA.
Rugi bukan. Kalau tak dimasukkan garam, tak da nyawa yang terkorban. Tak da wang yang kerugian. Tapi adek aku kata, ajal ikan dah sampai. See. Sikap buruk. Tak mahu dengar cakap dan tak nak kalah. AHAHAH.
Tadi pergi Putrajaya visit cousin. Abang Ngah dah ada baby girl! Seronok bukan mereka sudah punya anak. Mata yang bercahayalah. Bilakah turn aku? Boleh queue-jumping kah? aku tak sabar menimang anak. Tapi aku sangat tak nak mandikan anak ataupon menguruskan sanitary nya. Bagaimanakah? Aku mahu main bersama anak dan tidur bersama anak saja. Yang lain belum nak lagi. Patutlah jodoh aku belum sampai sebab aku akan jadi ibu yang lagi dahsyat dari Britney Spears. AHAHAHAH. Bilakah boleh memiliki anak neh? Bukan sangat terdesak lah! Tapi semacam mengharapkan satu perubahan major dalam kehidupan. Tapi maintain remajalah!
Lama gila tak jumpa cousins di sana. Aku pon semacam tak berapa kenal dengan Abang Ngah. Dulu kami suka main atas meja Snooker sampai hancur meja tersebut dibuatnya. Main sama-sama secara sepupu-sepapat. Rosak okeh meja snooker! Sampai atuk kami pon sangat marah melihat meja snooker yang dibelinya itu hancur ditangan cucu-cucunya yang comel ini. Bukan saja meja tersebut rosak, tapi abes tiles pecah-pecah kami kerjakan dengan bermain 'bola snooker' menggunakan teknik bermain 'guli'. Fahamkah? Pecah tiles! Akhirnya atuk kami pon sangat bengang. Terus dibakarnya meja snooker tersebut. AHAHAHAH.
Tu baru kisah meja snooker. Belum cerita ayam itiknya di kampung yang mati terkejut kena baling mercun pada malam raya. Atuk kata cucu-cucunya macam kanak-kanak jakun tak pernah masuk kampong. AHAHAHHA. Tapi aku tak da buat lah kerja-kerja melibatkan haiwan. Sangat tak berminat. Tapi aku sangat suka petik bunga.
Lagi satu perangai burok aku. Aku sangat suka petik bunga. Tak kira kat mana tempat pon. Tahukah aku pernah lari lintang pukang sebab kantoi guard nampak aku petik bunga. Padahal dah ditulis warning. Dilarang memetik bunga. Masa tu dekat Fraser Hill. Belum lagi kes aku curik bunga dekat Cameron Highland. Sampai ayah aku tension je perangai aku tak habis-habis. Err. Dulu masa sekolah dekat SERAYA. Penolong Kanan sangat kepochi. Hari-hari tawaf sekolah check bunga-bungaan. Kalau hilang sekuntum pon dia sedar. Hari-hari dia bising bunga dia hilang. Jangan kata bunga, pokok bendi pon aku kacau. Pantang pokok eksperimen belakang lab tu keluarkan buah, selamatlah aku petik.
Mak aku kata, memang dari aku kecik aku suka memetik bunga. Tahukah kalau aku balik kampong, abes semua bunga ros mekar yang disayangi nenek aku botak aku kerjakan. Bukan setakat yang kembang, yang kuntum pon aku petik jugak. AHAHAHAH. Err. Remaja bukan?
Sikap buruk. Ada pada semua orang. Ha, engkau! Pergi sana muhasabah diri. Tengok apakah keburukan kau. Lepas tu baru komen aku okeh. Komen saja. Komplen diharamkan. Aku sangat benci dikomplen kecuali engkau sangat bagus. AHAHAHAH.
|
get out!
mood hilang.entah pergi mana. back off! aku tak pernah berminat pada dia. err... tak pernah. she is my friend...?yeww, bukanlah! get out! %$#$@$%%&^&!*$#
Kesian kat dia. nak jadi... CHIKA WANNABE? crap! kau sapa!
Aku di rumah!
hangin betul aku hari ni. Aku rasa aku tak berapa sihat. Dari malam semalam lagik. Kalau ikotkan hati, aku taknak turun studio pon pagi tadi sebab sangat weak ja rasa. Tapi memikirkan Puan Akmal yang boleh bertukar menjadi tiger, turun jugak aku! Ha, tahu takut.
aku baru bangun tidur neh. Aku bukan jenis tidur siang tapi aku tidur siang hari neh menunjukkan aku tak berapa sihat. Tiba-tiba Ma call suruh aku angkatkan kasut sekolah adek-adek. Huh? Dimanakah parents? Bukankah baru tadi ada di rumah? Aik? Budak-budak lelaki ni pulak semua manakah? Tapi disebabkan aku sangat mengantuk aku tak jadi tanya.
Punyalah hangin aku rasa. Aku terpekik-pekiklah macam tarzan panggil budak-budak ni tak da yang menjawap tapi aku dnegar bunyi-bunyian di hall bawah. Aku pon turun membawa sebungkus hati yang sangat panas ini. Aik? HBO terpasang. Tapi tak da siapa menonton. Manakah budak-budak neh!!!!
Tak lama tu aku nampak kereta Haikal masuk gate. Ceh! Keluar beramai-ramai pergi manakah??? Masing-masing turun membawa fishing rod yang berserta apa kejadah tah. Nak pergi fishing la tu. AKu terus menyerbu ke pintu, kena sekor-sekor puas hati aku. Tapi mereka tak da respon pon macam tak nampak aku ja. Invisible kah aku? Apakah mereka pandai menggunakan stealth setting? Aik? Macam YM pulak.
Aku sergah sorang-sorang. Barulah adek bersuara. Dia kata tadi keluar pergi carik umpan. Dorang nak pergi fishing. Parents pergi Pudu. Aku? Aku tinggal soranglah.
"Apsal semua keluar neh?," dengan muka yang tak berapa sedar tu berasa sakit hati. "Jom ar ikot!," Ajak adek. "Tak hingin. Ay tak suka fishing lah. Buang masa! Pergi tempat lain jom!," aik? ehehe. aku try ajak mereka keluar tapi mereka sangat sibuk nak pergi fishing jugak. Kawan-kawan mereka pon ada sama. Aku tak jadi nak keluar rumah sebab sangat tak nak tengok muka kawan-kawan mereka. Nanti kalau aku keluar, semua pon akan diam ja macam terbisu-bisu. Lepas tu mulalah cakap secara secret... Kakak kau memang garang ar!. Bongok.
"Ayong! Kat mana best mancing?," seblom pergi Haikal try2 ar bermesra dengan aku. Dia pon tahu aku macam bad mood ja.
"Manalah aku tahu. Shopping aku tau lah!," terus ku blah naik atas. MAcam bosan ja ditinggalkan sendiri dalam rumah. Erk. Salah aku. Siapa suruh tidur? Tadi aku rasa macam mak aku panggil aku banyak kali. Macam biasala. Bila dia keluar, parents mesti nak jugak aku ikut. Aku pon tak berapa pasti kenapakah parents sangat suka berjalan membawak aku. AHHAHA. Kadang-kadang sampai masam muka aku dibuatnya sebab abah suka paksa aku ikut :(
Ok. Tinggal sendirian. Home alone. Apa nak buat neh?
|
Gaya Hidup Sihat
Healthy life on Tuesday.
Aku dan rumet tersebut. Hari ini hari kesihatan. Di mana kami pon menabur janji secara berduet. Iaitu janji mengamalkan gaya hidup sihatlah. Kurangkan nasik, lebihkan meminum air suam dan banyakkan senam. Senam? Ahaha. Tahukah? Sekarang sudah jam 2 pagi. Kami pon bercadang untuk tidur. Sebelum tidur kami pon melakukan sit-up dan melakukan senaman regangan. Woh. Perut aku macam nak terpecah lah. Sangat kuat force yang dikenakan terhadap perut. Tapi demi gaya hidup sihat, perut pecah pon pecahlah. Tadi lunch, kami lunch secara beramai-ramai. Hari pertama semester la katakan. Macam sangat rindulah menghayati nasik café tersebut.Ehehe. Aku dan rumet itu makan nasik dalam amount yang sangat sikit. Padahal perut sangat lapar. Macam kesian bukan pada perut? Balik-balik dia yang kena. Kesianlah perut. Nanti usap dia secara lembutlah memujuk dia semula. Ih.Sangat kesian perut neh. Dibagi makan sikit. Dikenakan force lagi. Ishk. Macam yang sudah dikatakan, Farah sibuk mencarik kipas. Dia pon balik PJ lah. Dapat sebijik kipas! Malam neh kami pon tak da sawan secara panas…panas..panas…panas badan ini (erk? Ni lagu bukan?) wakakaka. Sangat tipu ja Farah. Tiba-tiba tak nak swim. Aku pon pergi lah dan macam biasa, si dia tu mesti adalah berswimming sebab dia memang kaki swim lah. Errr… swimmer universitas. Wuuuwee.
Tengok. Sihat bukan kehidupan ini? Tapi … aiseyman! Lepas swimming, perut berasa lapar pulak. Pukol perut! Pukol! Aik? Perut lagik. Maka, teruslah menuju ke Village View on the way to Kajang. Aku memang suka VV sebab dia punya service cepat tak macam ….. ermm. Chika, jangan mention! Ok. Tahukah aku makan apa? Oopsie daisy! Termakan nasik lemak ayam. Erk? Termakan sudaaaa. Tapi sedap wo. Cannot tahan wo. Ayyark, bukan play play ni memang betul betul sedap dan termakan liao. What to do lah, bukan? Salah siapakah ? Salah perutlah.
Lepas bernasik lemak, pulang ke hostellah setelah rumet pon menghantar sms berbaur sindiran. AHAHA. Balik-balik ja, terus continue Samantha Who. Gila syok lah series ni. Aku pon rasa macam mahu mengidap amnesia supaya aku tak kenal semua orang, tapi semua orang kenal aku. Aku pon bolehlah membina hidup baru yang lebih sihat dan lebih baik. Oh. Amnesia? Hi, I am chika. I got amnesia. Blog? What is blog? I got blog? What blog? Sounds cool, bukan? Errr…? Maigod!Chika gila. Aku tak nak mengidap apa-apa penyakitlah. Tamat Samantha Who. Kami pon berbual sambil aku bermain ColorLinez yang macam best itu. Tiba-tiba Farah kata dia lapar padahal aku sangat tak lapar. Tapi member punya pasal, marilah ke mapley! Omaigod. Ada football match pulak. Abeslah semua mamak’s d ipenuhi creature bernama lelaki maka sangat malulah muka-muka comel ni nak dibawak ke situ. Jadi kami pon ke Sarina Park Café. Kesian Farahlah tak dapat makan tosey. AHAHA. Err.Padan muka. AHAH.Aku makan buah-buahan saja. See. Memang supper yang bagus bukan? Tapi sangat dahsyat wo macam disaster lah di situ. Sambil kami makan, sambil dengar lelaki warga tempatan yang kesepian berkaraoke. Aww aww! Punyalah kami gelak sakan di situ. Wo. Cannot tahan. Macam-macam suara pon ada. Stress dalam jiwa dibuatnya. Belum lagik aku nyanyi. Err.. lagu TIGA BERUANG? Gom se mari ga han jib aesu. Uppa gom, umma gom aegi gom. AHAHAH. Mahu semua customers pon tercekik-cekik di situlah. Sebab pasti sangat comellah suara aku. AHAHAHA. Engkau tak percaya ka? Aku sangat berbakat menyanyikan lagu TIGA BERUANG :p Tapi belum gila hysteria lagik mahu berkaraoke di khlayak ramai.Perbuatan bodoh. Ahahaha. Sekarang cakap. Sihat ka tak neh? AHAHAHAHA. Tak boleh blah. Buat sit-up sebelum tidur.AHAHHA. Nasib baik janji buat 10 ja.Kalau buat 20? Takkah cramp perut neh? AHAHA. Panas!! Rasa nak ja aku buat perkara-perkara di luar tabii. Panas! Panas! Sapa sanggop kipaskan aku neh sampai aku pon sejuk secara beku? Aku bayarlah nanti.Walaupon miskin, tapi sanggop ja aku bayar neh. Er? Miskin. Miskin tak miskin, aku ada aim sesuatu neh. Mampu tak mampu, aku pedulik apa.Mesti dapatkan by tomorrow. Nak tido. Esok kelas structure! Er! Kelas Prof Fauzi lah pulak.Kena berpakaian sangat bagus atau dihalaunya nanti. Bukankah prof Zuhairus kata aku selalu dressup macam nak pergi disko? Padahal sangat tak dap on! Bukan sikit punya sopan aku neh dia sanggop kata macam tu. Sangat tuakah beliau sampai hilang pertimbangan? Belum lagik dituduhnya aku pakai seluar Rambo lah. Ayyark. Outdated betul hangpa neh. Aku pakai macam disco betul2 kang, mahu mampus sorang-sorang secara berirama. AAHHA. Nak kah? Healthy life on Wednesday?
Semalam. Kami terlupa sit-up semasa bangun tidur. Padahal mengikut perjanjian, haru bersenam ringan walaupon mata belum boleh nak tercelik. Err. Imagine. Sangat cute bersenam diwaktu pagi secara terpaksa iaitu bukan secara rela. AHAHAH. Cute! Cute! Semalam bangun pagi, ononnya ada class structure. Owh sounds fun (Like Adian said) ... kelasstructure tak da! Kami pon melayan drama sekejap sampailah tiba-tiba kelaparan secara mendadak. Teruslah kami semua ke cafe mencarik nasik. NASIK. Aku sangat suka nasiklah. Suka secara mati-matian.
Kemudiannya balik hostel. Singgah office berjumpa para jelitawan tersebut. Ahak (memang jelita okey!) ahahahhaha. Aku try nak apply YellowSpot yang bullshit itu mengalahkan bullshit. Memang bullshitlah. Jelitawan memberitahu, service tersebut sudah rosak. Huh? Crap! Bukankah management korang sangat kaya? Tak mampu repair kah? Atau sangat bodohkah kepala otak tersebut tak reti buat maintenance kah? Wuteva, dumbo! Dengan hati yang sangat burok secara frust itu, aku pon balik ke room sambil histeria. Sangat cramp ja otak dibuatnya langsung kebosanan takda internet di dalam bilik yang err... like zoo itu.
Entah anasir mana yang cakap, kelas structure pukul 3 petang. Oh, sad.Aku dan rumet baru pon terus bertiduran secara berduet. AHAHAH. Tahukah aku ada satu tabiat yang aku discover since matriculation. Iaitu aku sangat berperangai burok bila ada rumet. Aku akan terjebak dan menjebak rumet tersebut. Atau dalam kata lain, akan saling mempengaruhi. Walaupon aku sudah tersedar, aku akan berusaha sambung tidur jugak kalau aku tengok rumet masih tidur. AHAHA. Perbuatan yang burok tapi sangat remaja. Bukankah dalam usia 22 tahun ini aku harus memaksimakan perbuatan keremajaan? AHAHAH.
Tiba-tiba rumet menghantar sms. Weh, rumet aku tu Farah lah. AHAHAH. Macam baru berkenalan pulak dah. Sms tu kata, kelas tak da. Apakah? Prof sangat hilang pertimbangan kah? AHAHHA. Rasa nak dancing lah dibuatnya. Terus bergolek-golek di atas katil. Tapi akhirnya aku mencelikkan jugak bijik mata. Elok ja aku celik bijik mata, ada satu suara puaka terus menyerbu ke telinga.
"Nurul, makan ice cream kesihatan jom!," kata suara puaka tersebut.
Makkkkk! Aku pon terus hilang mengantuk. Apalagik, keluar tanduk di kepala dan gigi pon bertaring macam sangat devil. Bangun. Siap-siap dan terus ke Alamanda. Gila! Mana boleh makan Baskin Robbins. Sangat tak baik untuk kesihatan dan kewangan. AHAHAHA. Punyalah kami saling menasihati sesama seniri supaya makan makanan sihat sahaja. Tiba-tiba aku terfikir nak masuk Johnny's. Okay good. Melalui janji-janji manis yang dipaparkan pada wall, dikatakan restorennya bagus untuk kesihatan tak mengandungi bahan pengawet. Wah. Apalagik! Makan!
Selepas itu menyambarlah ke Crispy Roll. DDibawa sampai ke Digital Mall, PJ. Gila. Carik wireless punya pasal. Macam shit ja semua package. Apakah? Pakai contract sampai dua tahon. Macam bagus ja. Kami pon sangat bengang. Buang masa ja turun PJ merempuh segala traffic jam bagai. Tapi bagus. Mendapat 5 keping DVD. AHAHAH. Sebabnya, Farah dapat sms mengatakan Puan Akmal tak da hari neh. Jadi tak payah la siapkan drawing. Boleh berpoya-poya diwaktu malam melayan DVD. Tahukah kami neh dah sangat rosak akhlak. Puas layan Samantha Who layan Gossip Girl.Kemudiannya layan DVD. Kata nak grad. Chika, kenapakah begini????! Sangat gembira bukan life aku neh padahal tak sepatutnya gembira. Sepatutnya sangat sibuk membuat thesis. Ah, gembira dululah! Nanti dah takda nikmat gembira lagik, percayalah! Aku akan hidup membuat thesis saja sampai muka aku pon macam thesis. Makan pon makan thesis. Minum pon minum air thesis. Huh, hambik kau!
Selamat membeli 5 DVD secara kongsi. Kami pon balik ke kampus. Tapi singgah membeli jambu yang superduper fresh sampai aku sangat gilalah rindu pada jambu tersebut. Punya sedaplah. Aik? Aku macam obsess makan kan? Tak sempat nak tunggu balik neh, terus makan jambu-jambu tersebut secara penuh gayanya. Oppssiee! Tersesat pulak dekat KL.
"Farah, dah maghrib neh. Jom singgah sembahyang kat Masjid Negara," aku ajak. Aku kata yang aku tak pernah pon solat kat situ.Farah pon kata dia tak pernah. Kami pon macam sangat nak solat di situ. Tiba-tiba magik terjadi.
Aik???? Nak pergi Masjid Negara, tapi tiba-tiba termasuk Bukit Aman. AHAHAHAHAHA. Terus cancel. Punyalah sengal.Mak aku pon tahu. Mak aku kata kalau aku berdua dengan Farah, memang masing-masing akan buat hal yang tak sepatutnya. Belum pon seminggu menjadi rakan sebilik neh, otak kami dah saling bluetooth idea yang macam jin. Sangat jahat. Sangat suka berjalan dan sangat terlupa yang diri ini macam miskin. Aku miskin. Tapi pelik. Ada ja duit nak dibelanjakan. AHAHAHA. Kan dah dicakap. Magik.
Tahukah aku online dimana neh? Di seblah machine ATM lah secara solo. Haritu dengan Guan. Kalau ada Guan, tak lah bosan sangat sebab Guan tu walaupon sangat dirty pikiran dan percakapannya, dia tetap ja menghiburkan. Tak boleh blah. Dia adalah seorang chinese guy yang akan mengambil gambar sambil menaikkan jari F*** sambi tersenyum innocent. Macam stupid ja. Dirty gila perbuatan. AHAHA. Hari ni secara solo. Tapi rasa okeh jugak. Barulah senang hati nak conteng sakanblog neh.
Tapi Farah dah meroyan sms neh ajak pergi swim. Oh, tahu balik! AHAHAH. Dia ponteng kelas wo. Dia pergi KL dengan Ainul. Pergi library lah konon :( Aku pergi ja sendiri tadi kelas yang macam bosan tersebut. Walaupon Encik N si Separuh Sedar tu sangat annoying dan menyampahkan juga memuntahkan, tapi dia ajar structure sangat bagus wo. Sangat pandai ja ajar calculation. Tapi prof neh sanagt slow lah aku pon rasa terlena mendengar suara prof yang sangat romantis tersebut. Macam style encik nik mengajarlah. Kuliah Encik Nik lagilah romatink. Dengan muka beliau yang comel. Ditambah pulak suaranya yang perlahan itu. Woh. Tidur. AHAHAHA. Aku suka kelas siapa eh? Aku suka kelas Khidmat Masyarakat! AHAHA. Lecturer tua tu memang rock! Sangat kelakar sampai tak sanggop nak ponteng.
Aku nak pergi swim lah. Malam nanti nak dinner makan fruit! Yehuuu. Err. Nak mushroom soup lah. Err.. nasik lemak ayam pon sedap. Makan cake? Banana split? Chika!!!!!!! Slap slap slap at my face.
"Nurul, kau ni kenapa weh?," Ayie tiba-tiba ja buat muka bersama soklan supens tadi. "Kenapakah?," tanya aku sambil membagi ikan-ikan tersebut keropok yang sedang aku makan. Mereka pon menyambar macam ikan. "Engkau dan bulat weh. Siyes bulat. Aku tengok memang... fuh! Sangat bulat neh. Slow sket woi!," kata Ayie dan ikan-ikan lain pon gelak. Bongok. Aku terus masuk studiolah membawa badan yang bulat ini. Macam sedih ja rasa tapi bukankah sangat best ja makan-makan-makan!
Chika!!!!!!!! Hiduplah secara sihat! Oh ya anyway... Over Her Dead Body was totally roxxxx!!!!!
|
tidur tak lena, mandi tak basah
tahukah? hidup aku sangat seksa. di dalam bilek besar tersebut. bukankah begitu? rumet baru tolong jawap!
wah. tidurku sangat tak lena. mandi sangat tak basah. makan er... kenyang.
aku cakap serius la. tidur tak lena, mandi tak basah. kalau aku cerita di sini, pasti jadi entry paling emo. sangat huduh. sangat sedih dalam hati neh.
tak lama lagik, aku bertukar! jadik pomen kipas siling agaknya. siaplah kipas tersebut aku kerjakan. sampai dia tak menjadi kipaslagik. tapi jadi loji!
tapi petang neh tiba-tiba mood aku sangat teruja. swimming! swimming! rumet baru tersebut sibok mencarik kipas lah. dia pon tak nak swim. aku pergi!!! semoga aku sejuk sampai pengsan di dalam pool sana. ahahahhaha
|
cinta rock and roll.
Rumah akan sunyi secara sepi petang ni. Mak Yang dah balik. Haikal hantar. Tasha dengan Elika dah ikut Haikal. Aku balik kampus petang ni. Kesian ibuku. Sendirianlah bersama Astro. Astro, jagalah mak aku baik-baik. Hiburkan beliau. Jangan weng ketika hujan lebat okeh! Nanti kami tendang decorder tersebut. Faham kah?
Semalam malam. Tasha dengan Eli buat kad untuk aku. Sangat comel. Ada gambar aku pakai blouse dengan seorang lelaki. Atas kepala aku dan lelaki tersebut ada LOVE. Aku pon tanya. Siapakah lelaki tersebut. Mereka pon gelak. "entahlah. Tasha pon tak tahu," Aik? Budak-budak kecik memang comel dan penuh dengan kasih sayang. Tahukah apa ditulisnya pada kad tersebu? BUAT KAK YONG YANG BAIK HATI. Gulp! Baik hatikah aku? Padahal aku bukan layan mereka pon. Aku warning lagi adalah. Aku warning Eli. Aku kata kat budak kecik tu... malam-malam jangan menangis carik mama. Nanti aku hantar dia duduk luar rumah sepanjang malam. Tidurlah atas buaian di luar sana. Pagi tadi mak aku tanya Elika. "Eli, kalau Eli nangis, kak yong kata apa?" tanya mak aku. "Kalau nangis, duduk luar," sangat percaya okeh dia terhadap warning tersebut. Bagus. Senang uruskan budak-budak kecik. AHAHHAHAHAH. Sebab tu malam tadi beratus-ratus kali dia bagi tahu aku yang dia tak akan nangis. Sebab dia takut aku hantar dia duduk luar rumah la. Kasihan. Orang bercinta memang peliklah. Tengok dekat myspace. Pasangan bercinta memang pelik. Mereka menggunakan nama yang sama. Saling menghantar komen-komen rindu. Saling memanggil pasangan dengan nama-nama pelik seperti ; busuk, bee, masam, masin, manis, candy, cuka, garam dsb. Kelakar. Aku tak pernah ada pengalaman bercinta style macam tu lah. Aku pon sangat tak nak try membuat teknik tersebut. Kalau pasangan berani memanggil aku 'busuk' yang kononnya romantis itu, aku tendang dia. Punya wangi bau aku. AHAHAH. Geli pulak aku. Err. Mereka pelik. Tolonglah jangan bercinta secara pelik. Bercintalah secara rock and roll. Tak payah satu dunia tahulah! Eiihh! AHAHAH. Releks saja lah. Tak payah hantar testimonial cinta lah. Buat orang lain gelilah. Bukan geli. Kelakar. Bercintalah secara rock and roll. Kasar tapi manis. Aik? AHAHAH. Jangan dipanggil sayang, ayang, cinta, buah hati mahupun apa-apalah yang macam sangat klasik itu. Panggil nama sudah! AHAHA. Erk? Tapi aku pedulik apa. Punya lantak kau lah. Tapi orang bercinta memang pelik :p ambik kau. Chika bila cinta. AHAHA. Sangat kasarlah falsafah cinta aku neh bukan? Jangan tanya aku lagi pandangan cinta okeh. Sebab sangat sadis. Rock and roll!
|
suatu masa
Kata Aizar, "Kalau kita jalan macam ni setiap hari, memang banyak kalori dibuang"
Kata aku, "Bukan saja kalori, wang pon dibuang sama"
9.00 pagi : Alarm berbunyi secara kepoh. Hentak handphone tersebut. Snooze 30 minit.
9.30 pagi :
Alarm memekik lagi. Bunyi secara meriah macam pesta bunga api. Punya kepoh la alarm neh. Aku sangat benci bunyi alarm. Iaitu bunyi-bunyian paling mengecewakan. Aku try nak snooze lagi tapi tak jadi. Sebab janji dengan Aizar pukul 10 pagi.
9.35 pagi : Breakfast laju-laju.
9.50 pagi :
Tengok cartoon. Kejap. Gila lah. Cartoon sangat gila. Buat kepala otak aku gila. Buat aku ketawa berdekah-dekah. Sangat seronok tahu menyambut weekend bersama cartoon. Err. Tengok dengan Haikal. Sambil tarik rambot dia. Benci rambot dia!
10.00 pagi :
Mandi laju-laju.Aik? Janji pukol 10, mandi pukol 10? Janji Chika. Memang ada ralat sikit. AHAHAH. Ingat. Janji Chika.
10.30pagi:
Cartoon lagi sikit. Gila! Kalau tengok cartoon, sangat usah stop. Apakah ada dadah ka dalam cartoon? Sangat addict neh.
10.45 pagi :
Jeritan tarzan. Suruh Haikal alih kereta-kereta. Sangat semak! Panggil dia sebanyak 88 kali. Pekakkah badak?
11.15 pagi :
Fetch Aizar di rumahnya. AHAHAH. Janji 10 pagi. Tapi secara magiknya menjadi 11.15 pagi. Janji Chika lah nama dia. Tapi Aizar sangat faham wo. Bila aku kata 10, dia set dalam kepala dia pukul 11. Pandai bukan dia? AHAHA. Aku sangat tak sayang waktu kah? AAHAHA.
Nak naik train ka nak drive ha? Sukahati kau la. Aku drive la. Aku sangat malas la naik train nanti bersesak. (sebenarnya dalam hati aku nak cakap.. aku tak tahan bau peluh manusia di dalam aircond la pada waktu petang. LRT sangat sesak. Nanti muntahlah bau peluh. Jijik. Lagi tak guna kalau tak dapat seat. Jangan kata aku yang sangat remaja dan sihat ni, ibu mengandung pon tak dibaginya seat. Bukankah sangat kesian. )
Dalam kereta, berceritalah macam tak hingat dunia lagi. Dunia pon tak hingat kami lagi. Bercerita secara hyper sampai aku rasa nak tercabut nyawa dibuatnya. AHAHA. Lama okey tak da berpeleseran begini. Punya rindulah. Dan berceritalah hati ke hati. Aik. Touching. AHAHA. Saling membuka rahsia di dada. Cerita gadislah. Sangat gadis.
Selepas itu membuat aksi thrill cubaan mem-parking kenderaan di bawah ramp. Woh. Thrill. Tapi disebabkan aku neh memang sangat magik, maka berjayalah secara thrill jugak. Bukan susah pon membuat perkara thrill. Sangat senang. Perkara asas adalah mencarik pasal dan mencari masalah. Selepas itu, berhempas pulaslah menyelesaikan masalah tersebut. Pasti thrill punya! Tak percaya, pergi try!
Dari pagi sampai jam 4 petang : Meroyan shopping macam dunia aku yang punya! Tahukah aku ada satu sikap sangat buruk. Kawan-kawan katalah buruk. Aku rasa tak buruk pon sikap tersebut. Sikap itu sangat cool dan hanya dibuat oleh orang yang berani mati secara daring. Aku tak pernah menyesal berbelanja. Dan aku memang suka belanjakan duit padahal aku memang tak da duit. Tapi bila ada, aku belanja kasi abes. Sangat tak nak simpan. Sebab tu kalau memang duit mahu saving, parents pon terus maskkan dalam bank. Kalau dikasi ke tangan aku, memang selamat jalanlah kepada duit tersebut. AHAHAHHA. Sampai nak balik tu, aku tak mampu bayar parking iaitu sebanyak RM10.50. Terus muflis. Sebab shopping secara syurgawi dan berani mati. Balik-balik ja tinggal RM6. Gila! Daripada few hundreds tinggal RM6. Mak aku pon terpegun dibuatnya tadi. Memang hebat bukan aku neh? Anak yang sangat hebat dan magik pulak tu. Sampaikan tak mampu bayar parking! Engkau bayangkan! Aizar yang bayarlah. Kalau tak, cuba imagine lah! Habis aku tak dikasinya keluar dari parking area tersebut. Silapsilap aku harus menggadai sesuatu. Atau dengan aku-aku kena juallah demi parking berharga RM10.50 tu. AHAHAHA. Oh. Selain tak mampu bayar parking, aku jugak dah tak ada wang untuk hiburan hari esok. Kenalah menasih simpati lagi dari dana ibubapa. Macam hina betullah aku. RM6 je dalam purse aku! Lepas tu bayar RM5 dekat Aizar, tinggalkan RM1.
Adek mintak RM10 tadi dia nak pergi kedai. Biasanya aku bagi. Tapi tadi aku tak bagi. Sebab aku tak da duit. Adek aku tengok aku secara muka yang sangat pelik. Dia mesti tak percaya aku tak da duit. Mesti dia ingat aku kedekut. Aku pon campak purse pada dia suruh tengok sendiri. Tahukah apa reaksi dia? Dia gelaklah macam hantu melihat duit RM1 yang bergulung gulung dalam purse yang gemok tersebot. Sangat banyak resit. Bersama RM1. Miskin. Aku miskin sudah. Semalam aku kaya tahu. Hari ni kau miskin. Esok apakah nasib?
Aku beli 10 pasang baju. Bersama sepasang heels. Few days ago beli 3 pasang baju bersama sepasang heels.
patotlah hari ni mendadak miskin. shopping macam terlupa bawak otak. atau pon otak semacam terlupa ikot aku shopping. oh. atau otak semacam crash. system error. langsong keluar error 404. apa kah ni?err... ih! Buat pertama kali aku rasa macam menyesallah. sikit. Sikit ja. Tapi adalah percentage kesalan yang dirasai. Tak sepatutnya jatuh miskin secara bankrap la hari ni. Padahal hari esok bukankah hendak bergembira di waktu pagi bersama Farah pulak? Kenapakah neh? Ya Allah. Nasib baik mak aku sangat baikhati la tak kedekut dengan anak. Bolehla aku buat muka tak malu esok mintak duit macam secara muka seposen dua. Menyesallah aku. Tapi sikit ja. Sebab tengok wardrobe banyak baju baru rasa sangat terang ja dunia yang indah neh. Tapi syok wo. Cannot tahan wo. Membeli belah secara suka, ambik dan bayar. Memang sangat gembira. AHAHAH. Padahal ada banyak gila kasut aku belum pakai lagi. Yang aku lupa nak pakai pon ada. Tapi hormon kewanitaan aku sangat sempurnalah. Sebab itulah jadi macam ni. Miskin pon miskinlah. Mana pernah aku miskin sampai tak makan ma. Apa nak takut. AHAHHA. Releks la chika releks. Hari esok siapa yang tahu.Esok pasti kaya balik okeh. Mesti kaya. Mesti kaya. AAHAHA Aku sikit tak takotlah! Tak da. Tak da. Engkau semua pon macam aku kan? Kan? Kan? Cuma mungkin kau pakai duit kau sendiri hasil titik peluh sendiri aku pakai duit parents. Sebab tu aku rasa macam kesal. sikit. Aik? Aku dah pandai kesal. Macam bagus ja neh. ahahhah. Petang.Sampai ja rumah, makcikmakcik ku yang cantik-cantik ada di rumah. AHAHA. Sangat rindu. Kami pon berpelukan dan berciuman. Mak Teh. Sangat syanglah aku pada dia. Sebab dialah yang menjaga aku semasa kecik. Tidur bersama. Disuapnya makan. Dan yang mengjara aku menyanyi sambil menari tergedik-gedik. Dan Ucu (Mak Cu) aku. Beliau sangat cantik. Sangat pandai dancing. Dulu sangat seksi. Maka, dialah yang ajar aku berseksi dulu. Sangat suka bawak aku shopping dan belikan pakaian seksi. Aku pon sangat suka seksilah masa kecik dulu. Kalau disuruh pakai yang elok aku memang tak nak. Nak yang seksi jugak. Sebab cikgu seksi aku pon sangat seksilah. AHAHHA. Sampailah aku umur 12 tahun pon sangat seksi lagik. Sangat tak nak pakai tudung. Tapi secara tiba-tiba aku pon berubah menjadi sangat sedar akan keperluan memakai tudung dan menutup aurat. Wallauweh :p Mak Cu aku pon sudah pakai tudunglah. Dia jugak sedang pregnant anak ketiga. Tapi masih comel ja. Kalau keluar bersama, masih ada lelaki kesepian di luar sana yang mengorat beliau. Sampai husband beliau pon paksa dia berhenti kerja. AHAHAHA. Sekarang MAk Teh dengan Mak Cu aku sangat suka pow aku wo. Datang rumah ja, akan selongkar wardrobe dan memilih apa yang disukai. Tapi aku sangat tak kisah. Sebab dulu mereka jaga aku masa kecik. Mandikan aku, suapkan makan dan membawa aku berjalan-jalan. Sekarang aku pon akan membalas jasa tersebut. EEHHEHE :p Maka, demi membalas jasalah kononnya tadi... sepasanag heels aku pon selamat di-pow oleh aunty ku tersebut. Padahal aku sanagt sayang ja heels tu. Tapi sayang lagi kat makcik aku. Aku kasi ja lah. Mereka sangat kuat pow aku . AHHAHA. Sayang sayang sayang. Malam:Berchatting sepanjang malam. Mula-mula berchatting secara comellah dengan orang yang comel yang sangat menghilangkan bosan secara serta merta. Magik. Beliau magiklah. Sebab bila dia ada ja, aku tak bosan. Bila aku bosan ja, dia ada. AHAHA. Lepas itu, chatting yang comel pon berakhir. Aku kembalilah bosan. Sebab bila dia tak da ja aku bosan. Bila aku bosan ja dia pon tak da. Sangat bertindakbalas. Terus lah aku turun bawah layan AF. Woh. Aku ingat Riz keluar. Nasib baik tak keluar. Tahukah aku sangat suka Toi la. Sebab dia macam sangat cool dan sangat honest. Tak da perasan bagus. Riz pulak aku suka hidung dialah. Sangat lawa hidung tersebut. Aku suka tengok hidung lelaki yang mancung. Nanti aku rasa nak pergi makan hidung tersebut. Nampak macam sedap ja hidung dia. Siapa hidung lawa, marilah ke sini kasi aku makan hidung tersebut. Ehehehe. Tapi ada telinga seksi tahukah? Macam mungkin lagi sedap dimakan. Aik? Nanti kena penyek sampai hancurlah aku. AHAAH. Selepas tamat AF, iaitu dengan tersingkirnya Stanly... aku pon naik semula ke atas. Aizar sms ajak YM. Sebab aku hanya sign in kalau ada member mengajak saja. Sebab YM aku sangat banyak kuman wo. Nanti aku cuci kuman, abes semua dengan yang bukan kuman pon aku buang. AHAHAH. Maka, sambunglah bergosipan dengan Aizar sampailah sekarang ni masih lagi bergosipan. AHAHA. Sambil melayan youtube yang sangat kelakar dan ajaib. Lawak okey! Aizar ni macam-macam ja dia. Dah la dia cerita dia mimpi aku sebanyak TIGA KALI. Bukankah dia sangat rindu aku tu? Sangat seronok bukan kalau dirindui. Aku memang sukalah kalau orang rindu aku. Rasa diri sangat mempunyai artinya kepada dunia. Aik? Lain macam ja pulak neh. Esok:Manakah farah ni? Oh. Mulai hari ni aku akan panggil dia rumet baru. AHAHA. Rumet baru di manakah dia? Jadikah esok pagi nak bergembira di sana? Aku macam tak boleh bangun pagi ja neh. Sebab macam tak tidur ja malam ni. Sibuk ni berchatting secara jiwa-jiwa dengan Aizar. Dah macam sawan dah kami ni berchatting. Ini qada' chatting selama setahun tahukah? AHAHHAHA. Apakata kita tunda ja ke minggu depan. Aku tak sabar nak pergi swimming la. Danau mesti keruh tanpa aku berswimming di dalamnya. AHAHHA. Yeay! Swimming! Dan akan sambong aktiviti belajar swim lah. Apa jadi pon setiap petang akan swim jugak. Dan err. Apa jadik pon, akan pergi flea market jugak. Apa jadipon, mesti shopping jugak. Walaupon miskin. AHAHAH. Apa jadik pon thesis kena jalan jugak! Thesis? Aaaaaaaaa. Matilah i! Panjang bukan entry ni? Entry ini ditulis secara layan kepala. Iaitu ditulis secara redah. Aku sangat lalok ni. Kepala sangat layan ja. Aku tak lah mengantuk sangat tapi oksigen kurang ni dalam otak. Otak pon jadi lalok lah. Bila lalok, rasa sangat sedap ja tulis entry. Tulis tulis tulis secaa layan. Tiba-tiba.... magik! Aik. Dah sangat panjang rupanya. Sangat tak disangka. Itulah magik. Ambiklah entry panjang ni. Esok aku balik kampus lah. Back to school! Nanti tak da update lagi. Sampai aku ada peluang. Dengan ini, obsesi aku terhenti di sini. Sedih ja rasalah. Aku tak tahu kenapalah tiba-tiba macam sedih je. Tahukah hati aku memang rasa sedih je secara berkala. Iaitu pada waktu tertentu akan berasa sangat sepi dan menangis di dalam hati. Tapi yang paling menguasai aku sekarang ialah JANTUNG. Betul ni aku serius. Dia berdegup secara luar biasa. Tak faham betullah aku. Kenapakah dengan jantung aku. Sangat berdebar-debar. Gila ar! Sebab tu aku kata sakit jantung. Sebab debaran dia punya kencangnya lain macam. Debaran bombastik. Kenapakah jantung? Kenapakah? Oh why oh why oh why. tahu tak kawan makan kawan? dia sangat bosan makan nasik. dia makan kawan pulaklah. padahal bukan sedap pon makan kawan. nasik lagi sedap. mengandungi karbohidrat. sebab tu aku tak suka kawan banyak. sebab nanti aku dimakan secara beramai-ramai. kawan satu pon bagus. jarang jumpa pon bagus. sekali jumpa, barulah teruja! barulah sangat sayang. jauh di mata dekat di hati.jangan makan kawan la okeh. makanlah nasik. nasik sedap. aku memang sangat suka nasik. disebabkan jantung aku sakit secara sedih. marilah menyanyi lagu sedih. lagu ini sangat old school la. iaitu sangat suka dinyanyikan di dalam kelas semasa tingkatan 3 bila dengar lagu neh, rasa nak menangis. kalau nyanyi sendiri pon boleh menangis. ahahhahahahahahah.
suatu masa
Bagaimanakan ku mula Dan apakah kata-kata Yang indah untuk diabadikan Tiap wajah berkisah Tiap madah bererti Manakah ilhamku
Cahaya di matamu Senyum di bibirmu mengukir seribu tanda pertanyaan Mungkinkah kau jua dalam kerinduan Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat Terbiar di depanku Tak dapat aku utuskan Ku ramas semua Dan ku buangkan Jauh dari pandangan
Lalu aku kesal Ku kumpul semula Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa Jika engkau tahu di dalam hatiku Mungkinkah kau sahut jeritan batinku
Dengarkanlah panggilanku Dengarkanlah lagu untukmu Angin lalu kau sampaikan Rasa rindu yang membara Kepadanya
Warna-warna cintaku Kian pudar bersama Malam yang gelap gelita Entahkan kau rasakan Apa yang aku rasa Atau kau tak endah
Tapi ku percaya Semua telah tertulis Dan niat suciku takkan disiakan Dan di suatu masa Di hari yang indah Ku hulur tanganku Lalu kau terima
|
jantungku
jantungku. jantungku!mengejar jantungku! macam tak terkejar. sangat hyper. diam! Nak dengar lagu? Sun is in the sky oh why oh why ? Would I wanna be anywhere else Sun is in the sky oh why oh why ? Would I wanna be anywhere else When you look with your eyes Everything seems nice But if you look twice you can see it's all lies There was a little old lady, who was walkin down the road She was struggling with bags from Tesco There were people from the city havin lunch in the park I believe that it's called al fresco Then a kid came along to offer a hand
macam sakit jantung :(
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|