♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
Selamat Pagi... (kisah pagi yg tertunda)
Morning, wahai Cik Chika Chikita! Perasankah anda? ekekeke... perasan tak, tiap kali aku bangun tido awal mesti aku cam bangga gila. Entah haper-haper je. Bangun pagi yg tak seberapa pon nak riak. Tu lah namanya aku ni mmg jakun sket bila boleh bernyawa di waktu pagi.Ternyata bangun pagi sgt baik tuk aku.Sbb aku akan jadi lebih segar, bersemangat dan mood pon agak baik. Ye ke? Iyer... tapi ngan syarat, aku bangun ngan kerelaan hati aku sendiri. Kalau aku bangun disebabkan faktor2 lain spt takutkan pintu bilik aku roboh kena ketuk ngan ma, ataupon takut telinga aku kebas kena basuh ngan ma sampai malam karang, dah sah mood aku jd sangat buas.
Tapi pagi ni aku bangun ngan senang hati.Datang dari naluri aku sendiri tuk bangun awal. Sangat jakun dan bangga.Maunya tak bangga. Malam tadi aku tdo kul 3 lebih.Penangan Kuch Kuch Hota Hai la nih. Ha, kelawar pon kalah, man! Mmg sesuai aku jadi suri rumah tuk Incik Batman.Kihkih... malangnya aku tak ada hati kat Batman. Hatiku pada Superman. Tapi dah dirampas oleh Incik F. Wakakaka.... (adey, lama tak sebut nama Incik F)
MENTOR Entah program apa tah yg TV3 ni nak buat.Poyo tau tak poyo? Aku tak suka tgk Mentor. Bukan tak suka sbb apa, tapi aku meluat bila dlm satu rancangan tu ada banyak pompuan yg lebih-lebih. Aku rasa pompuan ni mmg tak sesuai klu nak menggeledik. Aku slalu perasan, bila dlm program camtu pompuan lah yg lebih emosinya dari lelaki. Nak nangis la, terkinja sana-sini. Buat malu je. Kalau akulah yg buat perangai camtu, dah lama aku tak boleh berbintikan ayah aku. Dah lama jugak gamaknya aku kena lempang. Bukan nak kritik orang, tapi kenapalah taknak behave diri dorang.Muda-muda ni lah kena ada hala tuju hidup.ececeh...
Aku tak suka bila org kata, zaman remaja kena enjoy sakan. Hell lah! Muda-muda ni kena belajar sebenarnya.Bukan maksudnya belajar Kimia, Fizik, Account atau subjek2 sekolah.Tapi belajar tentang apa2 je dalam hidup ni termasuklah belajar membentuk diri. Eh, ni ayat aku ke, ayat curi? Yes la.. ayat curi. Ayat yg aku adaptasikan dari ayah aku. Huhuhu.. Aku selalu disimbolkan sbg orang yg konservatif. Biarlah, asalkan gembira.Sbb semua org ada gaya hidup dia sendiri. Aku tak akan jadi orang lain. Aku tak kesah klu sifat konservatif tu jadi sebahagian dari aku.
Sudah! Jgn nak beremosi di pagi hari.Aku sebut pasal Mentor tadi tu, sebab aku nak puji NABIL. Eekeke... ( dia ni gila ke haper? Tadi kata Mentor poyo. Then kutuk peserta pompuan.Peserta lelaki puji plak.) wakaka... Aku jarang tgk Mentor.Ntah camner pagi tadi aku on je tv, kuarlah si NABIL tu tgh nyanyi lagu yg dia compose sendiri. Kagum aku sbb lagu tu sgt lah nice. Tajuk dia klu tak silap aku, Di Hati.Sambil main guitar, dia nyanyi. Sempoi abis.Aku suka tgk lelaki (note : LELAKI shj) main guitar. Dan nyanyi lagu2 yg agak syahdu. Pheww... Tapi bila dah depa start layan rock, aku akan cabut dulu. Aku mmg anti rock yg menggila ni. Telinga aku tak boleh bagi respon yg baik.Tapi aku tak kesah klu ada org yg minat muzik ni sbb music has no compromise. Sgt subjektif utk diterima oleh masing2.Slow rock is okay... Telinga aku masih boleh tolak ansur.Weih, ini blog aku yang punya! Apa yg keluar ini adalah pendapat peribadi yg tak bertujuan mengacau orang. Ngeh ngeh...
KUCH KUCH HOTA HAI Punyalah aku bersengkang mata demi KKHH.Satu-satunya filem yg aku sanggup tgk sehari sepuluh kali. Tapi belom penah aku buat camtu.Tak berhati perut tul TV3 dok tayang filem tu lambat2 sangat.Tayanglah kul 8 malam ke. Kan?Tak ada lah mengganggu waktu tido orang terutamanya yg bukan spesis kelawar. ahak... aphal la aku ni asyik nak tembak TV3 je. Dak aih... sekadar ayat hiburan tanpa ada tujuan tertentu jauh sekali mengecam TV3.
"Sesuatu berlaku...dan awak tak faham..." :: Finally, perang dingin dgn Haikal berakhir.Alhamdulillah. Aku tau dia terasa susah tuk hidup normal tanpa ada interaksi ngan aku. Yuhuu... Haikal sgt la poyo.Ahak... Tapi dgn berbaiknya aku ngan dia, umah ni jadi lebih gempak! Sebab dua otak yang incomplete ini telah cuba menjadi lebih complete dalam misi melaksanakan aktiviti indoor kitorang.Peace, brader!::
|
Tak de MoOd, NO ENTRY !
N o t . I n . T h e . M o o d
[Aku] - tak de mood
- rasa nak hangin satu badan
- tak bermaya, penat, letih, tak larat
- malas nak bersuara
- sakit
- malas yg amat
- mengalami perasaan benci jangka masa pendek kat ramai orang
- tak nak diganggu
- tak perlukan lawak bodoh at this moment
- no discussion!no explanation! tak nak berunding apa-apa. Kalau nak kena lempang, meh la sinih!
- mulut aku sgt berpuaka. Kalau teringin nak kena hamun, meh la carik pasal ngan aku.
Seriously aku menganggap orang yg Buzz ataupon msg aku time aku letak sign NO ENTRY kat status YM aku adalah kurang ajar.Dah banyak kali aku rasa aku beritahu benda ni. Sbb mmg sgt tak ada mood walau skit pon, so tak ada tolak ansur. Samada aku akan buat bodoh (ni kira baik lah) atau aku akan katakan reply "tanak chat.Buta ke? kan da ada sign NO ENTRY" haaa... then, jangan salahkan aku sbb Yahoo Messenger punya management sendiri sediakan kemudahan tersebut. Once again, No Entry means NO ENTRY! Unless u are stupid, then anda dimaafkan dgn syarat, sila nyatakan kebodohan anda. *betul, man! aku tgh tak de mood.*
|
Bersamamu
Wajah Lagu tema program BERSAMAMU TV3
Kali pertama dengar lagu ni, aku terus jatoh chenta. Lagu kegemaran aku dgn ma. Terasa sgt sedih. Melahirkan macam2 rasa. Sedih, insaf, syukur dan terasa mcm hidup kita ni satu pentas di mana kita bersuka-ria tak sedar diri. Sedangkn ada pemerhati di bwh yg sangat daif. Hurmm...
Da lama aku nak letak klip lagu ni.Tapi malangnya TV3 hanya sediakan video dalam format wvx.So, aku tak dapat nak tayang video klip sebenar lagu ni.Tadi pon puas aku usahakan tapi tak berjaya sbb HTML aku error. Mood tuk bercoding-codingan pon tak ada. Klu tgk video yg sebenar yg jugak slalu ditayangkan kat TV3, mesti terasa kesedihan lagu ni.Tapi kalau ada yg perasan, aku pernah gunakan lagu ni as background music utk sehari kat blog ni.But then aku remove sbb bunyi dia teramatlah sumbang.Merosakkan mood sebak, jadi mood durjana. Agaga... Honestly, aku jarang tgk BERSAMAMU atas sebab aku tak boleh tahan sebak. Camtu jugak ngan rancangan MISTERI NUSANTARA yg takkan aku tgk sbb aku takut. Serius...
Penyanyi: Jaclyn Victor Komposer: Othman Mohamad Penulis lirik: Habsah Hassan Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu Setiap langkah perjalananmu Beronak berliku Betapa berat mata memandang Berat bahu menggalas bebanan Belum sempat menitis ke pipi Tangisan kering sendiri Berkali tersungkur Pandanganmu kabur Namun azam meneruskan hidup Tak pernah luntur Engkaulah perwira Di medan derita Merentasi ranjau kehidupan Dengan harapan Luahan rasa derita jiwa Pada wajah tiada rahsia Menunggu malang berganti tuah Usah kau berputus asa Kaulah wira
Silalah surf website TV3-BERSAMAMU. Aku tolong TV3 promote. Free. TV3 tak bayar pon. Takpe, jadinya aku berjasa kat TV3. Maka, terciplah satu kata-kata....
"Jangan ditanya apakah jasa TV3 kepadaku, tetapi tanyalah diriku... apakah jasaku terhadap TV3, "
Ngeh ngeh.... Woi, TV3 Malaysia! Jasaku dikenang olehmu lantaran promosi BERSAMAMU percuma ini. FOC!
Old skewlgurl with her old skewl. Yehaa...akhirnya aku ke sekolah ptg tadi teman ma amik report card Ijat. Adoilah.. betapa aku amat surprise bila cikgu kelas Ijat tu panggil aku suh masuk sama ikut mak aku.Rupa-rupanya dia masih mengenali aku yg femes ini. Toingg!
"Nurul Haizum...! Ni adik kamu ke?," ternyata cikgu tu sgt terperanjat. Aku cam berdebar gak sbb dia ingat nama aku sedangkan aku sebijik apa tak ingat nama dia.Yang aku tau, dia mmg cikgu sekolah aku yg aku slalu jumpa sambil aku lalu lalang menghangatkan suasana.
"Saya ingat kamu ni.Dulu kan kamu Setiausaha Kelab TUT*. Saya yg handle club tu.Then slalu nampak kamu naik pentas sekolah amik hadiah itu ini.Sampaikan waktu tu dulu kamu je lah yg kontrol pentas sek kita.Slalu jadi MC utk semua event sekolah.Sy ingat lagi," kata cikgu tersebut. Berderau jantong aku. Dush dush! Kantoi sat. Ayyo, cekguku! Gwe ngak ingat sama kamu deh...
"Ha ah..saya ingat lagi.Saya pon ingat gak kat cikgu.Dulu tiap2 hari jumpa cikgu sbb kelab," ceh! Akhirnya aku terpaksa berbohong sambil mempamerkan wajah manis. Saja bermanis muka, dan berbelit kata. Ekekeke... Aku sesungguhnya mmg lupa kat cikgu tu.Tapi takkan aku nak kata " Alahai cikgu... cikgu telah dilupakan. Saya tak ingat langsung pasal cikgu jadi guru kelab kitorang. Saya tak ingat! tidak..!," Kan? Kurang supan benar plak kalau aku buat camtu. Maka, aku pon menipu dlm keterpaksaan.
"Heh, apa punya student! Cikgu yg ingat student, apa kes?," tanya mak aku time dlm kete nak balik umah. Aku gelak je ar. Adakah aku kacang lupakan kulit? Tak... aku tak pernah lupa.Cuma biasalah, otak ni kadang2 bukannya sempurna sgt. Tapi aku terharu ngan sikap cekgu tu yg masih ingat aku ngan sgt complete.
Perfume Ma beli perfume JLo! Tapi aku tak minat sgt bau dia. Then biar je la ma pakai.Lagipon aku dah ada Christian Dior yg dah lama aku idam-idamkan.. Walaupon bukan Jador, tapi aku ttp ske yg ma belikan itu. Hynotic Poison.Yeah! Christian Dior menyempurnakan kehidupanku... Maklumlah, kompeni aku ngan kompeni Christian Dior tu apalah sgt bezanya.Keturunan Dior gak... Pheewittt... (ahak!)
Rujukan Kelab TUT* = Kelab Taekwondo Buat malu je aku nak mengaku aku pernah join Taekwondo. Setiausaha kelab plak tuh. Ishk.. tujuh keturunan akan tanggung malunya. Wakakaka... (dediam sudahlah). *don't comment about this section* =D
|
Saya Tak Jumpa Tajuk! =
Borang-borang nampak begitu indah menghiasi tilamku.Spt sebuah longgokan pulau yg mengharu-birukan pikiran.Huwaaa...Gambar kat atas tu ialah gambar terkawal yg dah aku reduce situasi tongkang pecahnya.Ngeh ngeh... Tapi Alhamdulillah. Medical check up dah buat kat Hospital Pantai.Pegi ngan parents la.Then adik ikut skali.Ngekor je dia.Siap pow aku beli milo.
Sinar X Sinar X ialah salah satu jenis gelombang yang... yang... umak aih,buku rujukan fizik aku sgt tebal.Aku takkan bersusah payah nk recall ilmu fizik aku.Tak der masa! Dah la,aku ni nak citer sket je pasal X-ray tadi.Laporannya...sumer clear la ngan tulang temulang aku.Nampak sgt chumey rusukku. Ahak...! Clear je saluran yg ada tuh.Nampak spt satu laluan sempit yg bersih dan nyaman. Ngee... begitulah ibaratnya keadaan rusuk aku melalui X-ray tadi. Dan aku bangga menjadi pemilik tulang rusuk yg bersih damai ini. Alhamdulillah.
"Bukak tudung, bukan baju, bukak TUT, masuk dlm, kunci pintu, pakai baju tu!," kata sorang staf hospital yg akn jalankn keje2 mengX-ray aku.Telan air liur aku.Bukak tudung leh tahan ar. Bukak baju tu pon biasa la kan.Kata nak X-ray. Tapi bukak.. hurm.. tu... aduss... Teringat aku waktu first time aku pi x-ray.Masa tu aku form 1 atau form2. Tak ingat. Yg aku serius tak leh lupa tu, org yg jalankan x-ray kat aku ialah sorang lelaki.Mau je aku cabut kejab tu jugak bila dia dtg kat aku then bg arahan2 spt yg aku tuliskan kat atas. Tp aku akur je.Aku tau dia anggap aku bebudak tp hell lah man! Aku pompuan.Dia lelaki.Sib baik tak lama tu dua org staf pompuan kuar.Barulah aku lapang dada.Lega... Sumer dah aku bereskan.Hampir 85% settle borang aku. Yehaaaa! Dan satu dialog kelakar aku dapat dengar arini.Ni cerita time aku jumpa abah nak suh dapatkan pengesahan pihak2 yg tertentu (dan tak tentu hala). "Aisey...ni nak suh sapa sahkan ni?," tanya abah agak celaru ngan hal remeh temeh ni.
"Suruh je Nik Aziz.Kalau Arwah hidup lagi la.Tapi takpe la. Hadi Awang pon boleh..." tup-tup aku leh wat sketsa komidi kat situ.Abah sengih.Member abah, Pak Cik Bob pon sengih gak. "Ko suruhlah Hadi Awang... Bukan kau dapat biasiswa nanti, tapi dapat zakat," spontan kata Pak Cik Bob. Mengekek aku ngan abah gelak. Wakakaka... kalau lah aku boleh meletakkan nama Hadi Awang sbg waris selain parents aku, dah lama aku taruk. Tapi... (sambil berfikir tajam)... lebih baik aku taruk Ustaz Akil. Chumey... Ahak...Ustaz pooojaan hatiku. (Dan Athirah)
Adik men air! Sakit perut aku gelak ptg smlm. Dia jejalan kat tepi kolam. Then sambil tu menyampok-nyampok aku ngan ma borak.Ma pon sound la.. "adik ni busy body btol.Bukan hal adik la," Dia pon sengih. "dah terdengar nak buat camana," menjawap lak tu. Tak sampai seminit pastu, BUMMM! Dia tergelincir, terus-menerus masuk dlm kolam.Tak agak-agak.Dah la baru isi air. Sib baik gak.Klu kolan tu kering lagi bahana. Aku ngan mak aku apalagi, tepok tgn ngan gemuruhnya. Haa... tu la akibat menyampok tak bg salam. Ekekeke... tapi serius lawak bila dia tgh cakap2 then terdiam sbb tanpa disangka-sangka dah terjun dlm air. Mmg adegan lucu yg bermutu. Blekkkk
Fuyyo! Harini aku cam baik hati gak. Sehari suntuk aku kasi muka kat adik-adik aku guna pc aku.Sbb pc dorang lom pasang kabel streamyx. Router nyer da beli.Esok pasang kot. Yg aku geramnya, aku terpaksalah berbungkus diri buat-buat tdo bila 4 bebudak lelaki dah serbu main game kat bilik aku. Abah lak dok usha banyak kali sbb biasalah. Abah punya rules, seblom kul 10 atau 11 semua kena tdo. Adik ar ni punya pasal. Buat babak airmata kat ma lak dia tadi. Tgh aku tgk Top Host, time tu la dia memekak nak main game. Nak main pakai je takut. Dah tu memekak kat telingan aku.Aku tengking skali, terdiam. Then aku tgk2 dah berlinang air mata. Kesian lak aku tgk. Aku pon ngan lagak garang dan penuh dramatik kasilah dia guna. Tup tup dia hangkut abang2 dia semua. Pitam paler aku. Main pool ngan rakusnya. Adey... ilmu aku dapat berdasarkan pendidikan kehidupan hari ini : "love is stupid but frenship is extremely stupid" Song of the day : Biarlah Bulan Bicara (Broery Marantika) Aphal lak layan Broery? Sbb aku lebih respon ngan lagu2 syahdu time ni.Sempat gak nyanyi-nyanyi ngan aiza. Berduet online. Skali lg YM dieksploitasikan sbg sebuah pusat karaoke.Dari lagu nasyid... tgk last2 aku ngan aiza dah layan nyanyi lagu Marc Anthony. Kegilaanmu kegilaanku.Ekeke..
|
m a m m a m i a !
Adik ! jom buat iklan aiskrim! (aku jadi cekgu yg mengajar keje tak berfaedah time menikmati aiskrim ptg tadi) Mmmuah... Mam.Ma.Mi.A... Mammamia! (spontan adik buat aksi-aksi model aiskrim ngan begitu gediknya) Kih kih kih... (kitorang pon gelak) Ma...Ma... (adik jerit panggil ma bila ma dtg kat kitorang.Ma pon pandang) Ma...Ma... Mammamia! (skali lg adik buat aksi dan kali ni ma gelak) Maka, start dari ptg tadi iaitu waktu aku ngan ma teman adik berenang-renang di muara (ekekekek)... aku pon dah sedap mulut asyik nak sebut MAMMAMIA! Huhuhu... aku pon satu.Kadang2 kepala pon leh tahan gilanya melayan aksi adik.Mammamia! Surat Chenta dari Pegawai Pendaftaran UKM telah pon aku terima semalam. Berbesar hati aku menerimanya.Kebahgiaan yg melimpah ruah.Adey, tiap2 tahun aku kena buat benda yg sama.Apply UPU ngan ghairahnya.Then kena isi-isi borang tak tentu hujung pangkal.Ni lah dia babak paling aku malas nak layan.Tapi demi UNIVERSITI, aku buat gak. Afdzal call smlm. "Akum, Haizum!," shhhiuww! terus ja sore dia menyumpat kat tinga aku. "Wsalam.Hey...!," aku cam a bit excited.Klasmet kat KMJ la katakan. "Ko dpt mana?...bla..bla...," dia soal.Aku jawap.Then borak kejab je.Ciput gila. Biasa la.Dlm hal-ehwal yg membabitkan kredit ni mmg manusia berkira sket.Ekekeke...Then dia continue ngan sms. Afdzal is my ex-practicummate in JMC.At the beginning of the sem, punyalah annoying dia tu.Keje nak protes aku je.Pandang aku cam haper je.When things are going about me,mesti dia meluat.Sampai aku rasa dia mmg bencikan aku tanpa sbb.Mungkin tu namanya Hatred At The First Sight. Maunyer tak, since aku masuk je praktikum F21, dia langsung x berckp ngan aku.Sindir2 aku ada la lg.Tau la aku bdk baru.Maklumlah, aku ni ngan bersungguh-sungguh wat rayuan kat HEP nak tukar course.Dari Hayat ke Fizikal.Tp aku kacau dia ke? Hurmm..mungkin jugak muka aku ni buat dia rasa cam azab kot.We neva know!Tapi at last baik gak ngan aku.Ngeh ngeh. Semuanya sbb aku jd ketua group Chemistry dia. Ok, about his call.Kejab je call.Then dia sms. Meluahkan perasaan gerun dia. Skang dia kat Alor Staq.Aku tak tau nak kata nama tempat dia study tu apa.Kem tu dia amik bidang memandu pesawat la.Pilot meh? Entah heh... I can't find my best description about that.Dia pegi kem tu since blom pon abis matrix. Afdzal tu sebnarnya dok risau sbb turn dia tuk ujipandu pesawat dah dekat.Aku yakin you guys tau pasal pesawat terhempas kat Sabah tu. Kata Afdzal smlm, the guy yg terkorban sbb gagal kawal pesawat tu ialah senior dia. Dan dorang kat kem tu asyik diberi briefing pasal insiden tu.Dia pulak dah makin kecut perut. Afdzal - Aku takut la weih.Aku lom kawin lagi Aku - Ishk..insyaallah ok.Lagipon kau yg pilih bidang ni.Doa byk2. Ingat Allah. Afdzal - Tapi aku takut tak sempat kawin.Kau je la kawin ngan aku.Kaya tuh keje aku ni. Aku - Okey okey.Tapi kau jadi kaya dulu la, baru aku nak. Afdzal - Eleh, kawin la dulu.Kang aku da masuk kubur dulu kang tak sempat lak. Aku - Ishk, kau ni! Apa la ckp camtu.Tak baik arr... Ingatla yg baik-baik.Ingat yg bukan-bukan lak. Dan akhirnya dia send sms terakhir dia.Aku baca, then aku slide off henpon aku.Aku da ngantuk time tu.Aku tak reply dah pastu. Aku harap semuanya baik tuk dia.Insyaallah, Allah akan lindungi dia. Mammamia! Kebahagian yg melimpah ruah aku rasakan. And lately la, apa aku nak mesti dapat.Abah menjadi lebih pemurah.Ma jgn cakaplah. All time long sikap pemurahnya. Yuhuuu... LOVE MY FAMILY SO MUCH. This is what Athirah wrote about me in her blog. Gonna miss you one day. Get well soon. Its quite jealousy when u got MC from joining the orientation. Haih... is that ok if I say... I wanna get injured too.Tammo orientasi! Tammo! "haizum Zdein..hehe..gonna miss her...gonna miss the midnite chats..the crying and the sobbing..The funniest jokes we used to crack n laugh until our stomach screams in pain...just realised i shared a lot of stuffs wit her..we bcame good frens in 2nd sem...hahaa..thanx to ain karim la kan..haizum..???kalo tak i guess till now kiter tak rapat sgt eventho we r rummates...me gonna mis those time she used to bully me..angkat barang die yg besar2 gedabak..still rmmber haizum??..gonna miss the time we had our meal 2gther..playing badminton 2gether..we are g8t in playing bad kan?..huahuahua...a lot of things which i guess tak muat kalo nak mention those things kat sini..only for 6 months..i get to know sumone who is absolutely wonderful n get to know a lot of things bout her..bout her past..her crush..family n frens..yada yada yada..thank god ..i got the chance to know you....gonna miss ya..xoxoxoxoxoxoxoxo..." -a t h i r a h-
|
C . U . D . I . P . T
Gembira.Tu istilah plg tepat mewakili aku buat masa ni. I mean, sejak lebih kurang kul 1.30 pagi semalam. Fuh, layan conference Incik Nashrex yang huru-hara gila.Orang gila pon tak huru-hara camtuh.Sapa nak join Akademi Fantasia + Malaysian Idol edisi huru-hara sdn bhd, bley la minta Incik Nashrex invite anda ke conference tersebut.Kesian Yahoo! punya management klu dorang tau ada golongan muda-mudi yg buat Yahoo Conference tu cam night club.Siap karaoke sumer.Mahsyuk abih.Aku ni dah beberapa hari ni asyik gementar tunggu result UPU, then tambah lak ngan susah hati problem ngan Haikal...Tu la pasalnya aku join je la dorang buat huru-hara sket.Tapi aku taklah penyumbang huru-hara.Aku penyeri suasana je.Ngess..ngess... Okay...pi balik pasai UPU.Alhamdulillah.Result yg aku tggu2 tu seperti kat atas. Tu aku dapat dari website UKM sendiri.Maunya aku tak teruja-uja cam orang hilang akal.Sebab keterujaan : The university is UKM.Heaven la hidup aku sepanjang buat degree ni. Dekat, leh ulang-alik.Takkan homesick yg boleh bawak maut lagi. Ma dgn abah boleh lawat anytime. Yuhuu! Architecture, babeh!Aih... (bersinar-sinar mata aku)... pintu keramat tuk capai cita-cita aku nak jadi arkitek dah terbukak. Tapi still... rezeki Allah SWT tentukan.Tapi aku syukur sbb at least ada harapan. Tak adalah menyusahkan abah lagi.Kena drive jauh-jauh cam time aku buat matrix.Everytime aku nak balik, penat abah kena ambik.Then kena hantar pulak.Kali ni tak adalah drive jauh-jauh. Abidah kat UKM gak!!!(member paling besh sbb slalu je tak tolak bila aku suh dia belanja.Klu suh bayarkan pon dia tak kesah. Klu ajak teman pi mana2 pon dia nak. Then bila jumpa aku je kat room,mesti bawakkan coklat ngan Nips). Ain pon kat UKM!!!! Jumpa lagi ngan kwn seiya-sekata itu. (Ain ialah rumet aku.Dok seblah katil aku time kat matrix) Semua member dapat apa yg dorang nak. Glad to know that. Tumpang bangga. UKM - Sains Seni Bina adalah my 1st choice.Betapalah bertuah dan betapalah rezeki Allah bagi tuk aku.Dan member lain gak.
Big thanx memula tuk Incik Nashrex.Klu bukan sbb dia, mesti aku akan terlambat sket tuk memiliki kegembiraan dan keterujaan.Sbb pas conference, aku ingat nak tdo.Lgpon sakit rahang aku gelak2 ngan suara-suara Nash and the gang.Nyanyi tak ingat dunia. Peterpan dengar pon leh tido seratus tahun akibat kesedihan.Wakakaka... Then Nash msg aku bg url website utm tuk check result.Neway Nash, thanx ar! Thanx gak kat Aiza. Dia org first tau pasal ni sbb kebetulan aku on voice chat kat YM.Bila aku jerit mengalahkan anak tarzan sesat, aizar pon bergaung la dok dengar aku dok teghiak-teghiak. Mmg hilang pertimbangan.Cam org tak sedar diri dah aku. Aku jerit bukan sket punya halus.Vibration pon tinggi. Amplitude naik... frekuensi pon naik gak! Pepagi waktu org tgh membuta aku dok teghiak. Aku teruih lari pi bilik ma.Ma ngan abah lom tdo.Dengar ceramah agama kat vcd. Yg dramatik nyerh, aku ketuk pintu bilik ma cam nak roboh.Siap jerit-jerit tak tentu hala. Bukak2 je pintu, abih kena marah ngan abah. "Lain kali jgn buat camtu. Ingatkan ada emergency case la tadi," abih kena sound ngan abah.But few seconds later pas aku bitau ngan sora yg gila punya extrem, abah ngan ma senyum. Nampak hepi abih la muka parents aku.Hepili eva afta.... (blek..blek... :P) Terbukti Aiza lah yg share gembira ngan aku sepanjang mlm.Sampai takleh tdo kitorang smlm.Kul 4 pagi pon aku lom bley lelap.Punyalah hepi, sampai aku terlupa nak pakai stokin time tdo.Menggigil rasa cam nak keras satu badan. Pagi tadi lak Trex call.Borak lama-lama.Sonok ar dpt borak sakan pg tadi. Dia pon hepi. Congratz.... Tapi tak sama U dah pasni. Sedih la.Aku harap gak dapat sama ngan Trex lagi. Aih...hancurlah empire MonMon Association aku sbb sumer ahli dah berpecah. sob..sob... Setakat ni, aku dapat tau pasal kengkawan aku sikit je. Athirah Trex - UTM Skudai ( Petroleum Engin) Adi - UTM Skudai (Mechanical Engin) Badrul - USM (Bahan) Baqlish - UNIMAS (Medic) Imah - UPM (tapi Trex kata ada tawaran under JPA) Abidah - UKM (BioChem Engin) Aqilah - UTM Fauzie - UPSI (cekgu Fauzie meh???) Asmah - UTM Skudai (Engin) Yazmin - UTM Skudai (Architecture) Duen - UTP Anis - KUKTEM (Civil Engin) Ain Karim - UKM (Statistic) Hidayah - UM (pharmacy)
Yazmin mmg sgt ntah apa-apa. Ngeh ngeh... tak menyempat-nyempat UPU kuar, dia rembat MMU dulu.Kunun la tak konfiden ngan interview kat UTM. Aku pon tak konfiden gak.Tapi tu bkn 1st choice aku la. Tup-tup dia dapat UTM. Ha... abih terpinga-pinga skang serba-salah. Nak tinggaikan MMU sayang... tapi minat plak nak wat architecture. Dan peluangnya dah ada. UTM lagi tuh!... Huhu...indecisive!Pity Yazmin... Syukur pada Allah SWT yg bagi aku rezeki dpt apa yg aku inginkan. Akan study leklok.I know this course quite tough.Quite??? Nope! The course is really tough. Espeseli for me, sorang "anak perempuan" yg sgt jelas "anak perempuan" nyer. Kena compete ngan student lelaki yg mmg monopoli course ni.Then kena capai tahap imaginasi setinggi lelaki.Aku akui, sehebat-hebat wanita, akan kalah ngan lelaki when things are going bout creativity.Buat kata abah, perempuan ni sorang pekerja yg tekun. Akan buat semua keja yg diberi ngan LURUS. Takkan buat pulak yg tak disuruh.Berlainan bg lelaki. Kaum yg bukan kaum aku ni, dorang tak tekun.Akan buat tanpa kesungguhan. Tapi ttp buat dan akan buat jugak keje2 yg tak disuruh.Sbb lelaki lagi suka nak amik tau berbanding pompuan yg lebih suka fokus kat sesuatu. Haaa... aku da mula malas nak tulis.Memandangkan aku tak ske seksa badan aku, so tata lah...!
|
Wahai, Sang Kementerian Pendidikan !
Tahu tak simpulan bahser lembut lidah? Lidah bercabang? Kelu lidah? Belit lidah? Jelir lidah? Putus lidah? (ni bukan simpulan bahser la weih!) Haa... Kaitan antara Kementerian Pendidikan Malaysia ngan Lidah ialah melalui simpulan bahser tersebut.Lidah bercabang! Tipu arr dia tuh. (dia?) Tak baiklah Sang Kementerian ni menyeksa jiwa dan raga pelajar2 kat Malaysia ni.Kami ni dahla golongan bijak pandai.Amiklah hati kami ni sket. Ampu-ampulah kami ni sket.Belajarlah jaga hati kami.Ngess ngess... Apakah ertinya aku berbahser-basi camni? Aku cuma nak cakap... aku tertipu! Pelajar lain aku tak taulah mereka rasa tertipu atau tak.Tapi aku, dah frust menonggeng gigit-gigit jari sejak semalam. Semakan hanya boleh dibuat bermula 24 Jun 2005 Memang lidah bercabang.Putar alam.Pemutar yang sekaligus membuatkan perasaan aku terputaq-putaq ketakutan.Keciwa.Aku bukan haper.Aku dah tak sanggup nak main teka-teki mengenai kehidupan aku pasni.Nak je aku tau skang jugak katner aku akan dicampakkan tuk sambung degree. Bantailah.. tomorrow tahu jugak.Tapi siaplah (sambil menyinseng lengan baju yg tersedia pendek).. klu esok dia tunda tarikh tu jadi 24 July 2005 pulak, mmg aku pakat bom kementerian tuh.Biar semua tak dapat masuk U! Ngan aku-aku skali meleleh air liur nak masuk U. Uhuhu... Yazmin dah pi MMU rupanya buat engin.Apa punya Min lah.Yer yer je nak buat architecture.Pointer gempak-gempos.Tapi dia tak yakin ngan interview yg kitorang pegi sama-sama kat UTM tu.First time aku jd 99.9% pesimis. Aku tak yakin ada tempat aku kat UTM.And who cares la, dey! Tak sanggop aku nak dok Johor lagi.Cukoplah setahun terhumban kat bumi Tangkak yang tak tau hujung pangkal tu.Tapi glamer gak kat sana.Buat kata Yazmin, asalkan boleh berlakon dan glamer. Tak paham aku apa maksud dia boleh berlakon? Hurmm.. pelakon ke kitorang kat KMJ dulu? Yang pasti, sampai sekarang aku tak tau apa perasaan tepat aku pada KMJ. Aku tak gembira kat sana.Aku jadi lampi selampi-lampinya.Sistem belajar aku jadi rosak.Performance aku dlm class sgt sgt slow.Ntah! Tapi aku rindu kat objek2 yg pernah aku jumpa kat sana.Termasuklah kemahsyuran dan kefemesan yg melimpah ruah. KikikiLala... Baiklah ! Jari aku dah takmo dengar kata.Asyik picit huruf yg tak sepatutnya. Maknanya jari aku dah bosan nak main picit-picit pada petang yg mulia lagi berbahgia ini (mulia? = tidak). Seblom lah jari aku memberontak, baik aku SETOP! chika sign out!
|
Hari malang buat Haikal.Hari penuh kesalan dan simpati buat aku.Hari susah hati buat ma.Hari marah buat abah.Hari takut-takut buat Adik, Zirul dan Ijat. Okay..sambongan kesah Haikal semalam.Tapi tak nak aku cerita byk2.Aku rasa sgt upset teringatkan tragedi ptg tadi.Okay, sinopsis tragedi : henpon blom dipulangkan (ma cuba ikat jamin, tapi gagal) tak boleh pegang motor dah (tapi aku yakin denda yg ni tak lama) Satu lagi keistimewaan bukan je kena tarik, tapi dah dimusnahkan. Iaitu seluar2 jeans yg baru je dia beli.Fuh, telan air liur aku tgk seluar2 dia yg branded tu kena gunting ngan gunting besi yg kecik tapi tajam. Sbb? Abah tak nak tgk ada panorama seluar kecik kaki kat dlm rumah ni. (aku tak faham kenapa mesti dia berkenan ngan style camtuh???) Rambut kena trim nipis-nipis. (oyeah...this part aku puas hati!) Wallet dia kena geledah.Jumpa duit yg byk.Sumernya hasil simpanan dia yg sanggup tahan tekak demi motor.Duit tu demi motor. (dia yg mengaku..aih, sanggup bergolok bergadai agaknya demi motor) Abah call Teacher Marziah (Guru disiplin) Haikal diwajibkan makan nasik setiap hari.Sumer pening ngan perangai dia yg sgt pelik.Dia jarang2 sekali baru mkn.Bg dia, nasik tu cam musuh. Ntah kenapa dia sgt bencikan nasik.(tapi makanan lain...bukan main!)
Ending of the day : Dia tak nak tgk muka aku.Marah la kunun. Aku pon tanak tgk muka dia. Tapi aku sayang dia.Sangat sangat sayang... And oyeyeh! Dpt compliment and big thanx from my parents! Yeha.. 1 point! ekekek... these were all for my help and concern about Haikal. Aku bkn kakak yg baik. Tapi bukan jugak yg zalim. Cuma tak berapa baik... tu ajer! A k u N a k M a t i k a n D i a Apa erti 'nak matikan'? Ertinya 'nak bunuh' la kan? Selepas apa yg aku dah tgk, rasa dan buktikan ngan mata kepala aku sendiri, aku tekad akan jadi pembunuh tanpa siri.Sbb aku nak bunuh dia spontaneously.Bunuh dia dari tabur poison kat ingatan aku. Cukuplah menjadi sukarelawan mengingat kat objek yg tak sepatutnya. B a d Bad means Badrul Hisyam.Heh (sambil palingkn wajah) ekeke... aku rasa dah sebulan lebih dia tak sms.Rasa dah lost contact je.Tup-tup dia muncul jugak tadi ngan sms dia yg cam biasa la.Mengingatkn aku balik zaman2 matrix. He's among my besfren yg tak begitu dikenali.Huh?? Ye, betol! Tak taulah aku kenal dia ke tak.Tapi maksud aku yg dia tu besfren aku ialah, dia adalah manusia plg bijak sakitkan hati aku.Paling bestari bertekak ngan aku 24 jam sehari.Pagi kat kelas, dialah budak lelaki plg aku meluat.Sbb dia akn berusaha gigih tuk kenakan aku.Gossip aku sana sini. Tapi bila ptg, dialah insan yg akan buat cam kenal-kenal tidak ngan aku.Bila malam, fenomena jd lain plak. Dialah budak lelaki paling besh tuk dibuli, diajak borak, dikutuk, dan pendengar jugak pembantu yg baik. Weekend? Uhuhu...dialah budak yg akan janji ngan aku nak men badminton.Tapi akhirnya aku yg lebuh diulit mimpi.Dia kan mula sms byk2 kali camnih .."woi, kelawar bangunlah! Kata nak men badminton. Takkan nak suh sy naik blok pompuan ketok pintu kot," aku pon ngan terkial-kial baru bgn tdo akan balas... "kelawar pon kelawar la.Ptg ni la main," Uhuhu..Sebenarnya aku rindu kat dia. Teringat pulak tragedi roti canai yang seterusnya membawak konflik aprilfool yg sgt dasat.Then tragedi library, tragedi kebaya kotak-kotak...uiks..koleksi tragedi yg banyak! Apapon...rindu bangat sama lo!Frens infinity.... Okayla... Incik Nashrex yg jugak ada nama baru iaitu Mr Geli-Geleman ni ganggu aku lak.Taukeh conference tul dia ni kat YM.Asyik ajak join je. Kuat gosip lak dia tu.Mmg la tak berhati perut sungguh.Ishk.. Aku ni elok2 join ngan berbesar hati, dia ngan si Totin pakat gosip aku. Ecececeh Totin... kang jadi bebetol ngan Incik K tu baru tau. Wakakaka... baru aku tahu ada epik chenta yg agong antara blogger kat sini.Uhuhu... Totin, jgn marah!
|
Haikal, I'm sorry... but I...
Sbb mulut akulah, abah panggil Haikal masuk bilik abah. Sbb aku yg tak reti simpan rahsia.Sbb aku yg kuat mengadu. Sbb aku. Semua sebab aku. Tapi bukan salah aku.Sikit pon bukan salah aku walopon aku tau muka dia tadi mmg jelas dia salahkan aku. Haikal akan dendam ngan aku.Tapi tak lama.Sepanjang pengalaman aku jadi kakak dia ni, sepanjang kitorang bergelar adik-beradik ni, permusuhan paling lama ialah 3 jam.Tapi tempoh utk kes ungkit-mengungkit tu yg lama.
Lepas makan malam, kitorang borak sat. First aku buat adik menangis. Aku sakat dia sampai "hujan lebat".Then aku sakitkan hati Ijat.Pastu aku mula main sindir2 Haikal.Semuanya sbb aku geram ngan perangai dia yg makin menjadi-jadi dua tiga ari ni.
"Dah la..malas nak dengar mulut tak reti diam ni," kata Haikal, then terus je keluar.Berdesing aku dgr dia kata aku camtu.Apalagi, ngan berapi-api aku bitau semua yg dia buat.Aku simpan perangai dia yg bukan2 tu dah 4 hari. Everytime aku nak bitau abah, aku akan rasa kesian kat dia.Sbb abah biasanya tak pukul tapi bg psychological punishment.Contohnya tak boleh main bola (sedangkan adik aku gila bola semua), tak bley pegang motor (padahal Haikal akan gila dan sakit jiwa tanpa motor), tak ada duit poket, tak leh top-up kredit henpon etc.Aku sayang kat Haikal.Aku simpan je semua perangai dia yg dah buat aku ngan ma sakit jiwa.
Semua! (Note : SEMUA) Semua tu maksudnya tak terkecuali walau satu. Aku cerita setiap apa yg dia buat.Abah panggil. Abah soal, dia jawap. Abah marah, dia tunduk. Abah preach, dia dengar. Kitorang pon dengar.Ma pon dengar. Setitik pn airmata dia tak keluar sampailah...
"Bak henpon," kata abah. Slow2 dia kuarkan dr poket dan beralih tgn kat abah pulak. Abah terus off henpon tu.Time tu dia mula menitikkan air mata. Aku tau henpon tu antara nyawa dan nadi dia selain motor.
"Mulai harini, tak ada henpon. Jangan berani minta. Ingat, apa pon anak-anak abah nak buat lepas ni... abah tak akan pukul. Dah besar semua. Takkan nak pukul.Sakit dapat. Malu dapat. Tapi satu persatu keistimewaan abah akan tarik. Ingat, sejarah hidup abah, abah tak penah takut dgn anak. Abah yg bg korang makan. Jadinya korang kena dgr cakap abah,"
Aku ingat ayat demi ayat yg abah kata.Abah tak garang.Tak ske pukul anak.Seingat aku, aku sekali pon tak penah kena jentik.Tapi bila abah marah... hurmm.. aku tak suka kena marah. Aku tak suka adik2 aku kena marah jugak. Tapi Haikal dah melampau.
Haikal...kau ingat kau besar sgt ke? Kau rasa dah mampu hidup sendiri ke? Then, pegilah carik rumah lain. Pegilah carik makan sendiri. Pegilah tanggung duit belanja sendiri. Kau tu dah la demand! Nak senang ajer. Top-up sebulan 3 kali. Shopping every weeks senang2 hati je hulur tgn minta duit.Then kalau rasa bley hidup sendiri, mampu ke nak tampong hidup kau yg serba demand tuh? mampu ke? (aku geram sebnarnyer nih!) Aih.. aku buat semua utk kebaikkan kau. Hope u understand. U are growing older. Bukan budak kecik. Klu budak kecik lama dah aku sekeh-sekeh.
Aku tak tau apa perasaan aku. Puas ke? Kesal ke? Tapi aku rasa cam kesian yg amat tgk air mata dia menitis bila abah amik henpon dia. Semuanya salah aku ke? Tapi bukan ke lebih baik aku tak selindungkan perangai dia? camner klu dia takkan berubah klu dibiarkan? Hurmm.. aku tak salah. Haikal ttp salah. Dan aku.... tetap kesian kan dia. Sbb dia adik aku. Dlm apa pon keadaan, dlm apa pon bencana, dia ttp adik aku.
Dek Kal...I'm sorry. Ni lah adik aku paling nakal yg buat satu rumah bergegar. Yang jugak buat jiwa-jiwa normal dlm umah ni jadi tak tentu arah.Sakit jiwa. Aku lega dah ceritakan semua so aku taklah mcm selindungkan dia. Tapi at the same time aku sgt kesian.Fahamkan perasaan aku?
|
Hari Tidur Sedunia
Ibaratnya fenomena hari Isnin aku cam katun atas ni.Tadi aku mmg khusyuk gila layan komputer, then mula menguap-nguap ngan ghairahnya. Satu-satunya keje yg aku buat ngan bersungguh-sungguh sepanjang hari ni ialah menguap. My tido day is coming and I was like... *yawn!* .. and I was like *yawn!* Nampaknya aku tak mampu tunjuk skill tulis panjang-panjang mlm ni sbb aku... *yawn!* ...sbb aku rasa sgt tak bermaya. Ptg tadi ma ajak ikut pegi repair *yawn!* tayar beskal adik yg bocor. Then suh aku pi amik racket yg abah hantar tukar tali. Aku kata taknak pegi kat ma. Ma pon jawap.. "sukatila..." nada ma agak sinis.Mesti dia pikir aku nak berasmaradana ngan pc aku.Tapi sebenarnya aku nak bercengkerama layan nafsu mata aku ni. Entah dari pukul baper ntah aku mula tak sedarkan diri.Siap ngan sweater, stokin, blanket setebal-tebalnya, aircond, tutup tingkap, tarik langsir dan lampu tido.Gila ke haper tgh2 hari buta tido seteruk tu.Sedar2 tepon bilik aku berbunyi.Sgt nyaring!Volume highest tuh.. Aku pon ngan suara bgn tido yg sexy teruih ja jawap call. "Nurul..bangun.Turun bwh ni teman ma makan.Tak payahla asyik nak tido. Buat tambah saiz badan je," lenggok nada ma sebut nama aku tu lain macam.Sah lah ma akn bising sbb takut aku akan mengalami penambahan saiz secara berterusan.Lebih kurang kul 6.Aku bangun, turun bawah, makan... Then ntah bila masa tah, aku tertido lagi. Maghrib bangun sembahyang.Then continue lagi sket. Menguap jangan cakaplah...*yawn!* Sementara memicit-micit *yawn!* keyboard ni, aku masih lagi menguap tak berenti-berenti. Alahai nafsu tidurku.Ganaih gak nafsu mata aku ni. Dah sehari suntuk tido pon tak puas-puas.Aku *yawn!* rasa cam *yawn!* akan berhenti menulis skang ni jugak. *yawn!* *yawn!* - menunjukkan keadaan aku yg sedang menguap byk2 kali sambil menulis tentang My Tido Day. Silalah kira berapa byk kali aku menguap sementara nak siapkan entry yang "lena" ini.
|
Go To The Hell ( Silakan pergi...)
Kekejaman.Memang itulah satu-satunya sisa perasaan yang aku ada untuk dia. Ok, aku simbolkan dia as "Orang Tu".Weih, masih blom ke puncaklah kiranya kekejaman aku ni sbb aku masih boleh simbolkan dia sbg "Orang".Mungkin bila dah sampai kejam paling agong, aku istilahkan dia sebagai "Haiwan Tu". Perkataan "Hantu" lebih baik kot.Hantu ke, Haiwan ke, Orang ke... dia tetap makhluk yg sama yg aku maksudkan sbg SANGAT JAHAT!
Aku pon tak percaya aku boleh jugak benci kat Orang Tu. Yes lah! Pencapaian terbaik untuk tempoh setahun.(Tepuk tangan).Mulai detik ni, aku akan menunjukkan kekejaman, kebuasan dan kebencian aku secara berterusan. You are dumbo!Buffalo betol! (Aih... aku sendiri terkilan sebab akhirnya menggunakan jugak perkataan Buffalo. Perkataan paling tepat mewakili tahap kemarahan aku yg maksima) Sib baik aku bukan jenis yg suka berkasar bahser. Sbb aku lagi suka berpedas kata.
Next Mission : Kenakan tekanan psikologi kat Orang Tu. Boleh jalanlah! Silalah jalan bersama-sama Si Senduk itu. (ekekeke... tak sangka otak aku proses gak perkataan Senduk. Official name utk makhluk yg lagi satu ialah "Si Senduk") Ngamlah...!
M a . F o b i a Ptg tadi aku pon 'berdiskusi' ngan mak aku.Ma pon bukak satu cerita pasal PLKN.At first, ckp pasal budak pompuan yg kena penyakit kulit tu dan tak dibenarkan balik oleh pihak pengurusan program.Tiba2 Ma yang sememangnya sorang story-teller yg hebat memulakan sesi bercerita. "Ma mimpi smlm, anak Ma kena pegi PKN. Terus Ma tersentak dari tido. Ma terus teringat kat kau.Dah la tgh ngantuk...nak pikir pon susah.Ma terpikir jugak.. kau kena pegi PKN ke? Lama Ma pikir tgh mamai-mamai tuh... pastu barulah tersedar yg kau dah lepas dah. Manader kau kena. Tapi serius betol, perasan Ma mmg fobia betol kau nak pegi. Ishk.. dijauhkan...," cerita mak aku. Aku gelak lah, apalagi.
Terpikir aku betapalah PKN ni dah jadi satu fobia kat mak aku sejak 1st year diperkenalkan. Iaitu ngam ngam waktu aku pas spm.Waktu tu Ma bukan main risau tak tentu arah.Siap bitau sumer org yg dia akan buat apa je klu aku kena pegi.Everyday aku kena check ngan Ma list nama.Everyday jugak kitorang akan gembira ngan riangnya bila nama aku tak der.
Kesimpulannya : Ma mmg anti PKN!
S e s i . P r a d e n g a r Aku rasa tak bertenaga betol semalam.Sbb tu tak update.Asyik nak golek-golek je.Nak bangunkan badan pon tak larat.Bukan demam.Tapi mmg rasa berat badan semalam. Malas sebnarnya tuh! :P Jadinya aku tak kuasa nak berasmaradana ngan "Tikus Belaan", Cik Keyboard, Mr Suara Lantang (Speaker), dan jugak Si Wajah Ayu (Skrin PC). Nafsu aku lebih mengarah utk aku golek-golek je atas katil.Off sumernya dlm kul 11.30 mlm.Bumn! Terus baring ngan nikmatnya.Capai novel, mata terkebil-kebil pandang siling, tarik blanket, then berangan cam biasa. Tiba-tiba...enpon aku E-800 bunyi.Yang A-800 tu mmg dah bisu dah skang. Klu A-800 aku layan, tapi E-800 aku wat dek je.Sbb biasalah kan, bila larut malam... golongan muda-mudi pon mulakanlah aktiviti miskol2 org tak tentu hala.Sbb tu aku akan buat dono je bila enpon bunyi mlm2. Tapi waktu tu lama la plak bunyinya.Aku pon ringan2kan tgn aku yg berat.Aku tgk sapa yg call. Eh, Abang Faren! Aku pon ala-ala surprise.Abg Faren tak akan sama sekali terjebak ngan kancah miskol2 org ni (aku rasalah).So, aku pon jwp call dia. Mmgla aku ni ada tabiat ske masukkan dialog kat entry aku kan? Tapi kali ni tak payah la.Aku pendekkan citer, Abg Faren call semata-mata nak suh aku dengar lagu yg dia baru compose.A little bit Syukur. Kalau tak silap aku tu lah tajuknya.Lagu nasyid.Tapi lom ada lirik.Tapi sangat Fun & Nice tuk didengar.Petikan gitar ngan nananana... pon dah cukup best tuk halwa telinga. Abg Faren sgt funny and a bit chumey la for once again giving me a chance tuk sesi pradengar.Aih... sgt beruntung sbb x ketinggalan tuk dgr byk lagu yg dia compose. "Boleh jadi composer"- puji aku ikhlas (BETUL) "Tgh kumpul and bla..bla..."- aku x ingat ayat2 dia dah. Honestly...Abang Faren sgt hebat! Teringat lagu SYUKUR yg jugak lagu nasyid pertama dia compose.Tu mmg lah best.Dah setahun lepas kot aku dgr lagu tuh. Pernah aku berharap yg aku ni bukan orang buta ilmu muzik.Tapi yes I am! Aku tak tau main satu apa pon instrument. Sbb dpt sekatan dari abah kot. Tapi janji aku, never ever do anything that my parents forbid me to do! But really, guitar is cool! L a s t l y Go to the hell with both Orang Tu and Si Senduk! Kalaulah aku ni tak pikirkan kepentingan diri aku sendiri, dah lama ngan riak takburnya aku delete semua saki-baki dia yg terlekat mengotorkan panorama alam yg indah. Tapi aku sgt sedih sbb meluahkan semua ni.Kesal aku ngan kata-kata yg aku tulis tuk dia.Kasar. Tapi tu selayaknya tuk dia. Dan membenci adalah bermakna menyakiti diri aku sendiri. Poyo arr! "sapa nangis dia rugi ! Ah, tak der masa nak nangis. Membazir je. Dan membazir itu sifat syaitan.... " - motivasi diri sendiri - *Miss Fahrin*
|
Letih yang menghasilkan kemalasan
Semalam tidak update.Harini pon terasa tak nak update jugak.Perasaan malas yang tak terlawan. Tapi aku update jugak mlm ni memandangkan kebosanan mengatasi kemalasan.
Kisah : Aku dan Aiza 'bercengkerama' kat KLCC. Objektif : Jauh perjalanan luas pemandangan Kesan Negatif : Kaki hampir terpatah tulangnya dan duit mengalir laju-laju. Kesan Positif : Gembira. Dapat byk barang idaman. Konklusi : Duit-duit kertas yg mulanya memenuhi purse ditukarkan ngan kertas resit.Duit-duit syiling yg mulanya memberatkan purse sudah tiada lagi.
Gambar : diambik oleh tgn gatal aku yg pantang dapat kamera. Nak kata jakun, tak sesuai...tapi mmg pantanglah dapat kamera.Ada chemistry yg baik kot antara aku dan kamera. Aku bukan photographer yg best.Aku tak ada ilmu fotografik.Tapi aku pandai picit button tuk snap gambar. Aku rasa tu dah cukup. So, sempatlah aku ngan tak malunya beraksi mengalahkan sorang pelancong.Dari Kinokuniya, selamba mak minah je aku amik gambar ngan ghairahnya.
Mlm seblom kuar, bukan main lagi aku ngan aiza konon2 menjadi sorang yg berprinsip.Ceh..menipu je besar! Kunun la janji awal2 tammo masuk Secret Recipe.Tapi apa nak buat.Nafsu manusia la katakan... aku TERPAKSA gak ajak aiza breakfast kat Secret Recipe.Fuh, masuk2 je KLCC teruih menghala ke SR. Teruih order cake.Dan air tradisi bila masuk SR ialah ice lemon tea. Makan sampai masing2 naik muak. Sambil mkn sambil bergosipanlah cam biasa kan. Siap gak bukak kisah-kisah lama zaman riang ria disney kitorang. Dan dari tempat kitorang duduk tu, Aiza pon memulakan aktiviti gatal tgn ngan mengambik gambar kedai GIRLS. Kedai peberet. GIRLS... kedai yg akan membawak kepala kitorang ke alam yg penuh ngan angan-angan dan terlalu ke hadapan.Aku kata camtu sbb everytime masuk GIRLS, mesti dua mulut milik aku ngan aiza ni akan sebut berulang-ulang kaki satu ayat ni. "Kalaulah aku ada anak..." ngeh ngeh... Teruja jgn cerita lah.Sebut pon tak guna. Aku tak mampu nak cerita semua. Tapi one thing yg sangat istimewa kali ni... (note : istimewa) - kitorang dah menemui dan merasai apakah erti sebenarnya shopping sakan. Mmg sakan sesakan-sakannya.Sempatlah mendapat publisiti murahan dari mata-mata liar orang malaysia ni. Publisiti murahan yg aku maksudkan ialah situasi bila semua mata pandang kat tgn kitorang sambil berbisik-bisik. Maunyer tak, beg plastik melambak tak cukup tgn. Cam shopping nak kawin je rupanya. KFC Jejak je KFC, aku rasa cam superstar lak sbb sumer pandang2. Ekekeke... bukan pandang kat aku pon, pandang kat tgn aku. Uish.. aku bukannya apa. Aku ni ala-ala lepas gian tuk kali terakhirla.Sbb next week result UPU kuar. Aku tak rasa aku akan bersenang hati pastu nanti. Mesti otak aku akan sarat memikirkan yg aku terpaksa dok sengsorang lagi kat hostel. Jadinya aku amik kesempatan terakhir ni tuk shopping yg bertaraf sakan.
Hobi tradisi : masuk kedai menan. Main-main sat kat situ. Gatalkan tgn usik sumer menan yg ada. Then buat list permainan idaman. Mmg dah makin panjang list dalam kepala aku ni yg belom tertunai. Pas puas jelajah KLCC, leh plak tahan cab pi Sg Wang plak. Bertenaga betol. Tenaga yg hanya muncul pada waktu membeli-belah. Eheh. Dah la Aiza beli kotak ngan rakusnya. Bukan kecik2 anak kotak yg dia beli. Abih keje dia menyeret kotak besar tu sambil mengauk kasut-kasut kat kedai kasut sampai hampir-hampir berterabur semuanya. Mmg la gila. Yeah... 4 points tuk kali nih. Apa point yg aku maksudkan ni heh? Pointer exam ke? Uhuhu... 4 flat... Dah aih! Ada ar maksudnyer 4 points. Pencapaian yg agak baik sbb berjaya dapatkan 1 point lebih dari dulu. Tapi point tak strong lah! "Aiza, nak kasi point ke?," tanya aku. "Bagilah. Cam boleh je dpt point," jawap Aiza. ekekeke... Beli per? Ah, tak yah lah aku bitau.Sbb byk sgt, aku pon malas nak ingat pada waktu-waktu camni.Aih...malasnya nak memicit keyboard ni....
Hurm.. menan lagi. Aku geram arr ngan menan ni sumer. Terasa nak je aku beli binatang ni sumer. Lagi aku takleh tahan bila tgk Barbie Doll ngan pinggan mangkuk menan PPG. Uish... kalaulah aku tak memikirkan yg umur aku ni dah agak 'wanita'... mmg aku beli menan-menan ni. Aku beli gak patung Batman yg nampak ensem kat Isetan. Aku beli teddy bear sebesar alam tuh... aku beli koleksi-koleksi baju Barbie Doll, aku beli hotwheels, aku beli patung Spongebob, aku beli tauke Isetan tuh lagi senang! Baiklah..! Berakhir sudah peluang terakhir tuk bercengkerama ngan aiza. =( Beberapa minggu je lagi, masing2 akan sibuk ngan pelajaran. Akan jarang jumpa.Akan berpisah lagi.... Aku benci keadaan sekarang di mana aku asyik kehilangan kwn. Terasa tak percaya yg sekarang ni perkara paling susah ialah berkumpul ngan sumer besfren. Demi masa depan masing-masing yg ada arah tuju sendiri.... HARINI : breakfast kat Ulu Langat. Abah carik durian kat Ulu Langat (yaa... i hate durian! aku tak sikit pon heran ngan benda alah ni). Beli beskal BMX yg ala-ala beskal GT tuk adik. Woah... beskal yg agak gerek. Then ma carik pasu bunga yg sgt besa kat Ulu Langat gak. Berapa punya banyak kalilah pegi Ulu Langat harini. Dialog seorang Adik Adik : adik bawak beskal ni, baru budak-budak pompuan tak pandang serong.. Abah : Abis selama ni bdk pompuan pandang serong kat adik ke? Adik : Tak... tapi kali ni mesti pandang betul-betul Abah : Selama ni tak betulla dorang pandang heh?Owh, yg adik beriya-iya nak sgt beskal baru ni sbb nak bagi bdk pompuan tak pandang serong lah ye? Adik : tak jugak... (Adik... sorang kekanak darjah 6. Mulut paling bisa dlm umah. Budak paling ske timbulkan cerita. Kuat mengadu. Jugak slalu menjadi jurucakap tuk abang-abangnya yg lain.) lagu putar byk-byk kali tuk harini : Riwayat Cinta- Misha Omar
|
Tengok! Incik Fahrin Saya Ensem Di Dapur! Aku tak peduli samada para pembaca sekelian muak atau tak asyik disogok ngan wajah Fahrin Ahmad ini. (baca : disogok! ) Aku simpati kalau kalian rasa cam jemu dan segala mcm rasa lagi lah.Tapi sorry, guys! Aku tak bley bantu at this time bcoz its true. I'm falling in love with Fahrin! Sangat sewel toing!Sewel tak sewel, perasaan kan... nak wat camner.Ayyoyo Incik Fahrin! Apa yg sedara dah buat ni kat saya sampai asyik angau tak tentu pasal kat ang?Apa yg sedara buat? Aper? Aper?? (aku sebenarnya yg memperlakukan diri aku sendiri seangau ini =D) Oh, lelaki idaman! memang kamu tak ada yg lain... semua gambaran idola.. segalanya ada padamu.. Aih...1st time ni aku ada lelaki idaman.Tak penah la aku terasa nak ada pelakon poojaan.Dan kali ni, adey! Gedebuk...! Sapa pon tak leh tolong dah.Melampau! Penangan apakah ini? ekekeke... g o g o . g i r l s Esok aku ngan Aiza Miss Impiana tu dah ada rancangan peribadi yang sangat mahsyuk.Plan dan perancangan dah disusun ngan begitu teliti supaya jam-jam yg akan dilalui esok hari menjadi sgt berkualiti.Kami dah tekad, hari esok akan diisi ngan penuh gaya, kualiti, excellent ! Ececeh... ntah haper la kejenyer esok yer? Tak per... esok je aku bitau.Yang pasti, kerja-kerja penaklukan mesti dilakukan ngan gerek sekali... yaawww! s h e i l a . o n . 7 - k i t a Kalau nak diambik kira perasaan aku kat Sheila On 7, statusnya bukan lagi minat. Bukan juga suka. Bukan bukan bukan juga kagum. Tapi dah capai status Teruja Giler. Mencapai excited state la kalau diikut dari syllabus chemistry bab hybridization. Kes..kes..kes... Tapi dalam keterujaan yg tak menentu tu, ada gak lagu Sheila On 7 aku tercicir dgr. Seperti lagu yg bertajuk KITA. Sib baik ada Sedara Zul (Curseshadow) dok kenalkan aku ngan lagu ni.First time dengar teruih suka la.. Jadinya pepagi buta tadi. (tipuu...! Arini aku bangun pas matahari pon dah hilang)..eheh.. Tak de, jadinya ptg tadi aku lekas2 dload kat Limewire lagu KITA. Best. Dan kegilaan aku terhadap Jikustik mula menjadi-jadi balik.Aih...memang tak boleh dibantu ngan perasaan aku kebelakangan ni. Terlalu mudah teruja ngan sesuatu yg aku berkenan. Just like in Fahrin Crush case... Bantulah aku.Bantulah aku menjadi normal dan kurang teruja. Erkk...? Tapi bukan ke lebih baik korang bantu aku mendapatkan Fahrin? kuang kuang kuang.... * Burrrffftt *
|
Tidak keruan dan ketidakmampuan untuk mengumpul kewarasan - aku kepeningan -
Yeah, buat julung2 kalinya aku betol2 lampi.Satu haper pon tak terlintas dlm kepala aku.Terbukti aku telah dicop ngan cop BLUR! *chopp!* (bertanda dahi aku) Aiza : Aku ada gosip (ceh, gosip lagi!) Aku : Apa? Apa? (ghairah nak tau) Aiza : Aku da tau dah TUT* tu pi reunion nak usha sapa. Aku : Sapa? Sapa? (2 kali ganda lebih ghairah) Aiza : Usha TUT* (cukup bertauliah gaya Aiza...) Aku jadi GOLF* kejap (GOLF adalah perkataan peberet time sekolah yg digunakan sbg salah satu bahser alien aku ngan kengkawan). Aiza dok perati aku, tunggu reaksi aku yg cam surprise la kunun.Tapi mmg seriously surprise! Apa lagi, mengekek ar aku ngan Aiza ptg tadi. Sbg kawan yg baik dan mengambil berat, aku mmg rajin lawat Aiza kat umah dia. Ececeh.. padahal aku pi tadi ada hajat.Saja nak merisik. Dush dush! Merisik khabar la... Tak pasal2, aku dah dapat satu beg mengkuang yg dia beli time dia balik Perak aritu.Chumey, warna biru. Thanx byk la kakakku Aiza yg juga bodyguard aku yang sgt perkasa. Mmg baguih la dapat kwn sehebat Aiza. Bila aku blur... Bila aku blur...aku garang.Bila aku blur, aku naik hangin. Bila aku dah hangin, aku da tak pedulikan alam fana ni lagi.Mulut aku yg satu ni akan jadi sgt bisa.Bisa yg tak ada bomoh siam mau pon bomoh2 suku kaum mana pon bley ubati bisanya.Aku mengaku aku ni mmg ada penyakit kepala hangin yang kronik.Aku akan sebut penyakit kronik aku ni sbg Sindrom Kepala Angin. Sindrom ni aku warisi sejak kecik lagi.Tapi bila aku mula mengalami revolusi mental dan fizikal (ayat saintifik yang agak kusam) aku pon berusaha gigih tuk buang perangai tak berfaedah ni. Akhirnya...cam terbuang gak la.Tapi tak buang abis la.Buang sket2 je, tapi dah cukup bangga sbb dah tak kepala angin ngan terok sangat. Punyalah payah aku nak buang perangai terkutuk ni, tgk2 bila aku dok asrama, time matrix dulu, perangai ni mai ngan tak malunya. Ishk, aku pon tak tau nak kata per.Susah hati aku ngan perangai aku yang camni.Abah dah ingatkan aku berjuta-juta kali jgn dok asyik pikir kepala angin aku je.Tapi ayyoyo..! Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. (aku sebenarnya nak sgt guna peribahasa ni) Incik Fahrin. Ahak.. sah! Ada yg dah meremang. Ada gak yg dah nak termuntah dgr nama lelaki idaman tak sudah aku ni.Blog ni dah jadi cam bilik pameran nama Fahrin lak aku rasa. Tak abis-abis ngan Fahrin. Cukup hebat penangan Fahrin Ahmad membolosi jantong aku.Aku dah berjaya....! Berjaya apa nyerh? Berjaya menambat hati Fahrin lah... Oh, tidak!Aku dah berjaya buat semua orang muak ngan nama Fahrin sebenarnya. Ekekek... apapon korang punya reaksi, terpulanglah.Jangan dengkikan aku sudah. Ececeh...
(inilah erti CHUMEY yang sebenar.Ngehngeh..) Aih... (sambil mengelap peluh)... tak ke ensem camni? Chumey nyerh! Chumey! Chumey... Kelu lidah dah. Adey...pas satu-satu penyakit aku dapat sepanjang aku cuti ni.Aku pon dah rasa haru-biru benar hidup aku sejak dua menjak ni. Asyik Fahrin, Fahrin, Fahrin. Mak aku pon dah tak leh kata apa. Tinggal dia sengih je bila aku terkedu tiap kali tgk Fahrin. "Ye la tuh, ensem..." kata mak aku. Tapi ternyata ramai cuba nak merampas Incik Fahrin aku. Amboih, masing2 dok ngaku bekas bini lah, bekas gilpren la, semua jenis bekaslah dah kuar. Abih, aku ni tinggal jadi bekas apa? Nama-nama wanita yang cuba mengganggu kebahgiaan saya dan Fahrin (ayat tak siuman) Cik Arina (adledash) Cik Pda Cik Jihan Adlina
Jaga lah angpa.Aku mai ganyang kang baru tau. Dan sesungguhnya Cik Pda sgt berani orgnya.Siap bg aku alamat umah.Sgt bersedia menanti serangan aku.Kekekeke.... (jgn amik hati) Uhuhu... cerita di atas sekadar pemenuh ruang saja.Aku blur... Tapi hep! Jgn berani usik Incik Fahrin ku. The Boy Is Mine. PERINGATAN! : Cerita sekadar rekaan dan sbg bahan hiburan yg tak berfaedah saja. Tetapi perasaanku terhadap Incik Fahrin adalah benar belaka. Toing~ Minta maaf. Kepada sesapa yg mendapat layanan paling dasat dalam sejarah dunia dari aku since beberapa masa yg lampau ni, aku minta maaf banyak2. Aku betul2 tgh meluat ngan apa2 bahan bermesej spt henpon, surat, email, maupon YM dan MSN.Tak berminat ngan sumer tu. SMS yg melambak tak berjawap, aku minta maap.Orang yg rasa bosan dan rasa cam chatting ngan tunggul kayu pon, aku minta maaf gak.Aku ni lebih kurang cam orang tengah mabuk la kunun. Org pompuan tgh mabuk pregnant kan kekadang anti ngan suami sendiri. Tapi kes aku ni taklah kes mabuk pregnant.Entah mabuk apa tah.Mabuk kepala angin je.Dan mangsanya ialah orang awam. Sekian.
|
- Aunty, aunty and aunty....
Cerita ni disampaikan oleh ateh (adik mak aku). Ini adalah antara perbualan ateh aku ngan ucu ( adik mak aku yg bongsu). Seblom tu, beberapa kata ganti nama digunakan. *Ayong - aku *Adik - ucu aku *Kak Sal - ma bunda
Ateh : Org pegi umah Kak Sal. Ayong bukan main berisi lagi, dik. Ucu : ye ke? boleh plak berisi bdk tuh. Lama tak jumpa dia. Ateh : Mmg berisi betol. Abih baju-baju dia sumer dia pegi bagi orang. Ucu : Ye ke? Mesti banyak yang dia da tak muatkan? Ish... baju lawa-lawa kasi orang.. (agak memberontak) Ateh : Aritu akak tgk... byk dia kuarkan da tak muat Ucu : Jom pegi umah dia lepas ni. Bley sapu bersih-bersih apa yg tak muat tu. Ateh : Ishk..orang baru balik dari umah dia la ni.
Mendengarkan sitcom tersebut, aku pon ketawa. Bukan aku je ketawa... ma ngan ateh pon ketawa gak. Jadinya persidangan mengutuk tabiat ucu aku pon bermula... Kehkeh.. tak abis-abis dia nak dengkikan baju aku. Sanggup dia ajak ateh aku dtg umah semata-mata nak sapu baju aku. Masih ngokngek makcik ku itu walaupon dah anak 2. Gila fesyen... sangat gila fesyen... Teringat kembali pada selipar idaman aku yang dia kata nak pinjam, tup tup amik teruih. Uuuu... mmg bahyer betol dia ni. Tapi terasa rindu gak kat dia. Tapi setakat dtg bukan sbb rindukan aku, tapi nak sapu baju aku baik tok sah.. kim salam!
Puteri & Qisty Yeay! Tadi ateh mai bawak anak dia 2 orang tuh.Best! Si Lelaki berwajah ayu itu sungguh chumey.... Mmmuah.. Dan sempatlah bergosip sat ngan ateh aku yang sangat lawa tu. Memula gosip pasai ucu aku ar. Then masuk plak isu2 sapa kurus sapa gemok. Tapi seriously, ateh sgt kurus skang ni.Ucu plak katanya cam dulu gak. Masih bangga ngan badan dia yang kecik molek walaupon dah anak 2. Kunun la lagi slim dari aku. Ish... sangat sensitif ngan isu sapa slim sapa berisi nih!
Pujuk diri - eleh, Nurul...sabar je. Bukan gemuk pon.Berisi je. Tu namanya cukup makan. Nanti lagi sebulan kuruslah tu bila dah dok asrama balik... *sigh*
Kenduri kahwin + kenduri arwah Semalam heboh kat kawasan umah aku pasal ada orang meninggal. Innalillah... Dengar ceritanya nenek ni mmg sakit dah lama. Sama-sama sakit ngan arwah opah aku lagi.Tapi arwah opah dah pegi lebih dari setahun lamanya. Kebetulan hari tu kat umah dia buat kenduri sambut menantu.Tak disangka-sangka.. kuasa Allah SWT, kenduri yang dibuat bukan utk sambut menantu semata-mata tapi utk jenazah dia jugak sekaligus. Apalah agaknya perasaan ahli keluarga. Dan apa pulak perasaan pasangan pengantin?
Hari persandingan = Hari Air Mata Walallahualam.
Fikir : Bila hari persandingan aku? Bila pulak hari kematian aku?
|
Untuk Dikenang
(gambar sekadar perhiasan) Satu gambar yang kabur 'untuk dikenang'. Peristiwa jadi kabur bila namanya bukan lagi peristiwa, Peristiwa akan makin kabur bila dah bernama Kenangan, Dan apa yang kita sentiasa ada hanyalah kenangan...
Selama mana je ingatan kita ni tajam tentang sesuatu?Sehari? Dua ? Tiga? Empat? Dan kiraan nombor seterusnya... tapi mesti ada hujungnya. Detik ni aku teringatkan sesuatu.Sesuatu yang boleh disifatkan sbg peristiwa paling hebat pernah terjadi dalam hidup aku. Aih..sangat lama aku simpan peristiwa kabur ni. Mcm gambar kabur kat atas tu. Dah tinggal sbg gambar cuma. Nampak terang, nampak nyata dengan sengihan lebar masing-masing.Tapi tuk apalah menatap gambar terang yg nyatanya tipu belaka. Satu hari detik sebenar gambar tu kabur juga dlm ingatan aku. Elok aku kaburkan je dulu gmbr tu sbg lambang betapa aku tak nak menipu harini. Merepek ke aku? Biarlah merepek ke apa.. sbb hidup ni sendiri merepek-repek je kisahnya.Dan semua perihal merepek ni aku dapat sejak mlm semalam. Sebelom tido, aku merepek dgn perasaan aku sendiri. Bangun tido, ternyata perasaan aku sudah respon dgn baik untuk menjadi lebih merepek sepanjang hari ni. Sepanjang hari aku fikirkan macamana nak dapatkan satu ending paling hebat tentang sesuatu ni. Dan akhirnya lepas berkompromi ngan begitu licik skali ngan semua sistem badan termasuk perasaan marah, dendam dan kasihankan diri sendiri... keseluruhan diri aku dah tekad. Tinggalkan semua Untuk Dikenang. Kesian kat diri sendiri.Letih aku cuba mengajar diri yang konon-kononnya kenangan akan tetap berseri. Konon-kononnya kenangan akan berulang lagi bergelar peristiwa. Tipu ar! Kenangan tu akan kabur juga... sebelum menjadi sangat kabur, elok aku ajar diri aku utk memandang dari sudut yang kabur. Ye, berlatihlah wahai perasaan dan sekelian kaum kerabatmu... Penutup kisah musim dulu : Tinggalkan je 'untuk dikenang'. Akan aku kenang ia sbg satu peristiwa paling indah yang sekarangnya dah jadi kenangan paling bisa yang patut aku pijak ngan tapak kaki aku sendiri. Hiaah! You've been kicked out.... [ but....] *sekiranya tak difahami, baguslah sbb aku menulis utk kefahaman aku sendiri* Rahsia dari poket orang, simpan dalam poket sendiri. Yehaaaa.... since dulu aku dapat rasa aku ni cam selalu je bernasib baik. Tapi seblom tu, betul ke aku suka bergosipan? jawapan : ye, saya suka! Suka atau sangat suka? Jawapan : hurmmm.... Atau Sangat-sangat suka? jawapan : hurm.. bukan sangat-sangat suka.Suka-suka je. Tapi sbg gadis normal yg tak suka berpeleseran, aku memilih gaya hidup normal golongan muda-mudi. Itulah gaya hidup bergosipan. Eleh, come on la babeh! Sapa tak bergosip kat sekolah dulu? Sapa? Sapa? Temberang la tak gosip... Jadinya gosip adalah sebahgian dari aktiviti luar ko-kurikulum yg amat digemari oleh muda mudi terutamanya gadis-gadis. Aktiviti gosip ni adakalanya mencabar.Sbb bukan senang nak dapat gosip super duper hot n spicy. Tapi bg aku, aktiviti gosip aku sgt mudah dan mmg tak mencabar langsung. Sebabnya ada 2. Aku dapat gosip secara tak langsung atau lebih tepat dinamakan sbg bulan jatoh ke riba. Rezeki yang datang bergolek tanpa aku sangka akan diberi. Pemberi jugak biasanya memberi kpd aku tanpa disengajakan. Jadinya aku x yah la kerja keras tuk menjadi orang-kaya-gosip.Si Pemberi yang biasanya terlepas kata maka terbuktilah bidalan melayu... terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Gosip tak sengaja yang aku dapat tu biasanya disusuli ngan warning keras dek pemberi-pemberi yg teraniaya. Warning tu biasalah... warning aku jgn bitau orang. Aku plak bila dah kena warning, aku rasa cam uih... kena simpan leklok nih.
Disebabkan 2 alasan ni, jadinya tak hebatlah kuasa gosip aku. Sbbnya, aku dapat gosip percuma tanpa melalui apa2 cabaran dan aku kena simpan sendiri gosip tu tanpa boleh dicanang menjadi gosip yang lebih liar. Apa yang aku nak sampaikan sikit je.Yang meleret-leret tu hanyalah sebahgian dari aku. Aku mmg sukakan mukadimah sebenarnya. Objektif aku nak beritahu yang aku ni selalu je dapat tahu rahsia orang ngan cara yang tak disangka-sangka. Contohnya dalam kes Kamal. Aku : Ko ngan sapa skang kat kolej kau? (maksud aku sapa member dia kat sana kalau-kalau aku kenal) Kamal : aku ngan **** la... Tak pasal-pasal dia da sebut nama awek dia.Fuh, free2 aku tau dari A sampai hampir Z cerita dia ngan si ****. Hahaha... sedangkan aku tak berniat nak tau. Banyak ar kes lagi yang aku dah kumpul nak tulis kat sini tapi tiba-tiba aku rasa malas. Tak leh buat apa arr... Cumanya, smlm bergosipan ngan Anaz tentang tada~~ (masakan aku nak canangkan gosip free kat sini). Dan lagi satu gosip liar yg amat memeranjatkan. Irwan nak bertunang? Ish.. Anaz! Cakap biar waras deh... Tapi alhamdlillah..amin! Taklah aku ketinggalan cerita2 hebat camni. note : kenapa aku merapu lebih-lebih kali ni?Aku pon tak musykil apa sebnarnya aku tulis ketika ni......
|
Balik Kampong
[Gambar] : Athirah & Nurul.Time annual dinner.Jadi golongan2 akhir yg turun sbb sebok dok layan kerenah Athirah ngan tudungnya... Sangat rindu kat Athirah. Sangat simpati gak ngan keadaan dia skang. Keadaan yg tak boleh dituliskan kat sini sbb awal2 lagi dah kena warning ngan dia. "awak jgn bitau orang!". Memandangkan aku ni kawan yg baik, aku takkan bitau sesapa. Tapi aku terperanjat mendengar kisah sedih (klakar pon ada gak) pasal kwn @ pakar kesihatan sy time kat JMC dulu.
[Khamis & Jumaat] : balik Johor jumpa aki ngan maktok!Sangat best. Balik tanpa plan sangat klakar rupanya.Abah dah cancel plan balik kg sbb tiba2 atok aku dok turun KL plak dah ada meeting persatuan.Apa lagi, kitorang pon ubah plan nak pi holiday.Sblm tu, singgah kat KL International Hotel jumpa aki ngan maktok.Tiba2 aki suh balik kg gak ikut dia skali.Yuhuuu... kitorang pon ngan bahagia skali ikut la balik Johor. Singgah Simpang Renggam umah sorang nenek yg baik ni.Adus... sukanyer aku ngan nenek tu. Baik betol.Lembut. Atok pon baik jugak.Time singgah sat kat umah dia, dia kasilah aku pkok kaktus. Ececeh..sungguh terharu aku rasa. Tetiba akal aku yg sangat bergeliga ni terpikirkan sesuatu.
Aku harap kalau aku ada mak mentua nanti, biarlah lembut penyayang cam nenek ni.Sbb aku dgr citer, dulu dia bela menantu dia bukan sket punya baik. Dia sayang sgt kat menantu dia sampaikan bila menantu dia meninggal dunia, dia punyalah sedih.Ada lagi rupanya mak mentua camtu pada zaman serba kejam dan ganaih ni heh? Minta-minta aku dapat satu yg camtu. Amin~
Astri lagi. Kan aku dah kata Astri ni ske hantar sms pelik kat aku. Dia hilang hilang hilang, tup2 muncul ngan sms yg sangat tak difahami. Ekeke... dua hari lepas dia sms tanya plak aku bas 848 sampai JJ tak? Kerut dahi aku sbb setahu aku dia cukup gembira ke sana ke sini ngan ketenyer itu. Aku : Sian kau...stimiks dah rosak Astri : Kete ada! (nada gembira) Bleh pegi sana sini, tadak hal Aku pon akur sbb dia mmg pakar jalanan yg tak ada tolok bandingnya lagi. Sebnarnya aku rasa dah lama sgt tak borak ngan dia cam dulu2.Time reunion tu pon, aku sempat tegur2 dia camtu je.
Memandangkan aku tak tau nak conteng apa lagi, aku rasa sebaiknya aku berenti je.Sebelom tu, aku nak bitau skali lagi... Aku dah semakin angau kat Incik Fahrin. Sangat biol + bukan-bukan.Biarlah... asalkan gembira.
Extra Kak Zuril - jangan risau.Zaman tergolek-golek kat Zizan dah berlalu dah. Ekekeke... amik la Zizan tu sepenuhnya... ahak Aiza - Saya dah balik dah, lalink... Saya nak amik kamera sy kat awk... Hani - Uhuhuhu...MMU sangat kedekut! MMU dah amik honey saya balik! Kamal - Yo! Sudah bahagia....baguih... ternyata prinsip dan nasihat aku tak betol... agagaga...
Terakhir utk Incik Fahrin - wa sulah angau maaa!...
- angau mode-
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|