Name
Chika Chika Chika
Live In
KualaLumpur,Malaysia
  Date Of Birth
21 April 1986
  Education
Degree In Architecture, UKM
  Love
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
  Loath
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples

Chika's Twitter:


Youniverse Personality Test

Hit Counter
Hit Counter

Since 20 May 2005



Saturday, December 31, 2005

Selamat tinggal tahun EMOSI


Selamat tinggal 2005....
Selamat datang 2006...
Selamat Tahun Baru Buat Semua.




Azam?
Tiada.



Kenapa?
Sebab aku tak memerlukan muzium koleksi azam lagi.
Aku sedih mau tgk azam-azam aku gugur mcm daun kering kena ribut.
Ingat pepatah Melayu?
Sikit2 lama2 jadi bukit...
Maaf, azam-azam tahun baru!
Aku tak memperuntukkan ruang untuk menyimpan 'bukit azam' tahun ni.
Sbb... aku miskin kebolehan!
Aku tak mampu berazam.
Tgk lah tahun depan...!
Kalau2 ada usahawan mau beli koleksi azam aku,
dan kalau-kalau azam-azam aku yg sgt byk ni boleh dijual..
mungkin aku akan berazam kembali...



Ah!
Setiap hari adalah azam baru.
Tahun baru bukan pemula kisah.
Bukan!
Tahun baru hanya sekadar perubahan angka pada kalender.
Mau berazam?
Baik buat azam maal-hijrah nanti..
Lebih berkat mungkin
*amin*
 

Conteng Sikit-Sikit

INI EDISI PULANG KE RUMAH!
YAHOO!
Aku pulang ke rumah ptg tadi.....



Aku kangen!
Sama kamu.....Beylo!
Aku intai kamu selalu...
Tanpa conteng sbb jari aku malas.
Kehidupan 3 hari pertama pada semester 2...
Sebijik sama macam 3 hari terakhir hujung semester...
Iaitu ketika final projek..!
Semua mulut yang boleh bercakap pon sana sini jual suara
*termasuk mulut aku*
"3 hari rasa sangat lama....." "3 hari da mula keje gila" "Baru bukak sem, dah macam nak final projek"
Dan sebagainya.......


Jari aku macam melentok-liuk tanda malas. Aku pon malas mau bebel-bebel. Malas mau berbual lagi. Tak mau conteng banyak. Sekadar mencukupkan syarat sbg pelepas rindu pada Beylo. Dan jugak utk memaklumkan... selain minat terhadap bidang senibina, aku jugak punya minat yg mendalam dlm Seni Nama. Buktinya aku dan MEREKA (kaum kerabat aku) dah berjaya memberikan nama2 komersial baru utk beberapa orang.


Pertama : Puteri Anuar dgn kata-kata tema... "puteri ke, anuar ke, babe ke... yang penting kita... enjoy!!!" But he's so cute dgn movement yg sgt sexy.... Huwaaa......! Bahagia kamu menjadi anggota kumpulan design ku.....


Kedua : Jam (baca : Jem) ... dgn lagu tema "Apis ada nama baru...iya..iya...ooo... Nama barunya Kak Jem...iya..iya...ooo..." and apis tu sgt la lucu orangnya. Bahagia punya kamu sbg composer lagu terbaik dlm JSB!


Hep! Sudah conteng panjang. Jangan conteng lagi! Esok ajer conteng sbb aku punya koleksi cerita suka duka yg sgt byk. Sketsa ptg tadi yg aku namakan sbg 'Sketsa aku, Fara dan Alif' adalah sketsa paling menggelikan hati. Esok citer la, Beylo! Mau rebah skang jugak!

Fara, ko puas ke bersiar-siar?
Puassss....
Aku tak tau nak gelak atau nak marah.Sbb aku lebih terasa cam nk gelak...
Aku pon sama...
*semua orang! lekas gelakkan kami!!!*
(cerita sensasi....esok conteng!)



 

Wednesday, December 28, 2005

Ku Tlah Jatuh Cinta!


(lihat riak si jatoh chenta ini!)


Sukati kamu mau bilang apa....!
Seblom tu, nite dearest Beylo!
Hari ni, hari 'tak sehat'.
Membuatkan aku memilih untuk pulang lekas-lekas meninggalkan studio.
Yang sarat dgn masalah dunia itu...
Tumpang kerete A'ai balik Kausar..
Hari ni, hari 'tak sehat'..
Membuatkan aku memilih utk menjadi Tukang Cuci...
Sambil jatoh chenta...

Ku Tlah Jatoh Chenta!!!!


Aku tak jatuh cinta! TIDAK! *hentak meja kuat-kuat*. Aku cuma.. mau jadi sorang tukang cuci.Ya, tukang cuci! Atau istilah lainnya, orang gaji. Atau dlm bahasa inggeris disebut Maid.Atau Bibik... (nama tukang gaji aku masa kecik-kecik). AHAHAHA... Sebetolnya, arini aku nonton Maid In Manhattan. Membuatkan timbul ideologi baru bg sorang 'pengkritik filem' cam aku. Ngeh ngeh...


Orang kaya jadi bertaraf tinggi kerana adanya golongan bawahan yg suka meninggikan mereka. Cuba kalau orang2 bawah ni tak mendongak terlalu tinggi utk memandang mereka, sebaliknya buat pandangan sama paras.. tentu orang kaya tak rasa riak dgn kekayaan mereka. Jadi, salah sapa? Betol tu kamu semua! Salah mereka (atau kita juga) golongan bawahan dan golongan biasa ini. *yerrr! tunjuk jari pada mereka golongan bwh!* Kenapa mesti kekayaan seseorang menjadikan kita perlu berdiri pada satu jarak yg jauh amat dr mereka? Sedangkan Allah SWT sendiri tidak meletakkan jarak antara kita (taraf khadam) ni dengan NYA.


Weh, orang-orang kaya!
Apakah darjat kamu di sisi Allah SWT?


Weh, orang-orang bukan kaya!
Punya jarakkah kamu dengan Allah SWT???
Tak kan?
Dgn tu jgn mandai-mandai nak buat jarak dgn golongan kaya...
Mereka cuma kaya....!
Mereka bukan apa-apa kecuali kaya...


Menonton Maid In Manhattan (sebuah filem lama zaman matrikulasi aku) memberikan kita celik penglihatan. Si Kaya Raya tak mustahil menyintai Si Miskin. Situasinya sama dlm kes aku dengan David Beckham atau mungkin jugak dengan Putera William.Iyakan? *berlatihlah Beylo utk masa depan. Kalau-kalau orang kaya raya diluar sana mau menyintai aku* AHAHAH....!


Ku Tlah Jatuh Cinta bukan kesah hari ini aku. Tapi harini aku tgk siri indonesia Ku Tlah Jatuh Cinta. Drama yg di-vcd-kan. Dan aku pinjam Fara punya... Aku jatuh cinta dengan cerita tu. Aku jatuh cinta dengan jejaka-jejaka di dlmnya. Ada yg macho, ada yang ensem, ada yang jambu, ada yang gagah... macam-macam ada. Boifren ala-ala spiderman dengan Doremon pon ada. Apa lagi! Pegi la carik vcd nyer dan tonton! (jgn salahkan aku kalau kamu kena berhabis-habis duit demi mengumpul koleksi vcd citer nih) Aku tak buat pelaburan wang aku, tapi aku tumpang pelaburan Farah.Boleh kan???


HARI AKU

Hari yang sebok menjadi makin sebok. Esok, dia akan jadi sebok-sebok. Dan hari seterusnya, makin sebok sebok sebok! Sampailah segala macam masalah mula menyebok dlm kepala aku yang tidak berdosa. Tak apa...hadapilah dengan tabah. =)




Datang kelas pagi tadi, macam biasa. Selagi nama aku Nurul Haizum Zainodin, selagi tu lah gejala lewat sampai kelas jadi kebiasaan aku. Dah Alhamdulillah... aku selamat hari ni drp disimbah 'asid bahasa' oleh lecturer maths kami. Sbb dia pon tak dtg mengajar.Dia pantang student dia lambat. Terpikir aku... kalaulah aku jadi lecturer satu hari nanti, aku akan senyum lebar-lebar dan ucapkan 'morning' paling mesra kat student aku yang lewat. Sbb orang yg selalu lewat tak beerti dia tidak punya etika. Just like me ... *tongue hanging out!*. Dan sepanjang di studio pg tadi, aku duduk2 ajer. Berdiskusi macam arkitek2 riang ria di Persatuan Arkitek Malaysia. AHAHA... Alah, buat group discussion pasal Platform tu. Dan aku suka beberapa idea Alif tentang roof. We'll see apa jadi esok.




Malam ni... maksud aku kini... aku sedang duduk atas kerusi 'tak sedap duduk' dlm asrama aku. Sakit badan aku. Dengan meja yang bersepah dengan board. Rumet aku tgh tgk Salon. Aku sambil2 menconteng ni, tertoleh-toleh pada pc Si Mizah. Niat aku nak sambong JATOH CHENTA.. tapi! Aku rasa tak sampai hati mau menonton lagi sedangkan model platform aku baru saja tumbang sebijik. Lalu ku lontar cantek ke dlm bakul sampah hijau. Kini, aku tak punya apa-apa kecuali sebuah sketching yang akan aku kata 'FINAL!'. Untuk hari ini, itu saja yang aku mampu. Tengok apa perkembangan otak aku esok.




Sekarang, aku cuma mau minum milo dan minum lagi. Sepanjang hari aku entertain perut aku dengan milo. Breakfast pagi tadi, sambil berjalan turun ke fakulti dgn Farah, aku minum Milo Kotak. Balik studio, aku minum sekotak lagi milo. Selepas Maghrib, sekali lagi aku selongkar bekas makanan aku demi sekotak milo. Dan kini... aku bancuh pulak milo hasil air panas yg dimasak oleh Mizah. Maaf perutku... aku terpaksa lakukan ini pada kamu. Tapi aku sudah sogokkan 2 keping Oreo ptg tadi kan? Jadi, jgn mengamuk gara-gara aku tak beri makan!!!


Aku tekad! Aku mau kurus.Bukan kurus dan kering. Tapi kurus sket dari apa yg aku miliki kini. Ternyata! Aku gemok! Dan aku sedih secara tiba-tiba... !


Bukan aku geleng2 tammo ikut Farah makan sbb tekad aku mau kurus.Bukan! Tapi sungguh aku sgt tak sehat harini. Selera aku yang selalu BERSEDIA untuk makan telah tertutup rapat-rapat.Seperti nafsu makanku telah hilang lebuh.Mungkin kesan ubat semalam. sebijik panadol actifast, 2 bijik pil saket kepala, dan sebijik vitamin C yang aku telan sekaligus. Macam makan gula2 smarties... Membuatkan aku sesak nafas semalam. Lalu aku balingkan semua bantal, termasuk buttercup aku. Dan aku buangkan selimut demi mendapatkan lebih oksigen. Aku tewas. Aku rasa seperti nyawa aku dah sampai ke hujung. Sungguh! Aku hanya dapat tido pada jam 3 pagi semalam. Semuanya gara-gara sesak nafas yang kronik. Bunda, anak ni tak sehat! Badan saket, kaki saket, tangan saket, kepala saket.... tiada satu anggota pon yang tak saket.


Aku yg saket mau berehat..........


 

Tuesday, December 27, 2005

Hari pertama Sem 2

Aku conteng utk mengadu.
Ko dengar sini Beylo!
Kisah hari pertama aku sbg student architecture..
sem 2...
macam siri samarenda...
yang baru nak mula episod satu...
yang byk aksi2 mengejut...
yg boleh melemahkan fungsi jantong...



Smlm encik Mazlan sms, bitau klas kul 9. Disebabkan aku ada tabiat suka dtg lambat, aku pon kuar dari bilik nak dekat kul 9. Masok2 je klas, tak sempat bernafas, melayang 2 helai kertas putih yang menentukan perit jerih kehidupan aku sem nih. Aku ngan Fara tergamam. (buat2 tak kenal dgn kertas superduper-horror tu). Kertas tu ialah kertas penerangan ttg PROJEK PERTAMA SEM 2! Okay, skang kamu sumer cepat teka apa persaaan aku. Dan semua warga studio yang tidak berdosa itu.

Imagine lekas!

1st day, kamu sangkakan kamu sgt free....
memandangkan jabatan2 lain hanya menguruskan pendaftaran kursus...
tiba2, blom sempat bersidang cerita setelah 2 bulan x jumpa member...
lecturer dua org masok,
kasi briefing dgn nada suara paling selamba dlm dunia...
memberitahu yg kamu akan punya projek utk sem yg sgt pendek ni.
Dia kata lagi...
jadual lebih pack.
masa lebih suntuk dr sem lepas.
projek lagi byk.
lepas memaklumkan semua berita 'gembira' itu...
kami dibahagi-bahagi mengikut group.
sekali lagi, dgn nada suara sorang arkitek yg tidak berdosa..
kedua-dua lecturer tu menyatakan...


lecturer yg beri arahan : projek pertama kamu akanbermula hari ni jugak! sekarang jugak!
kami yg menerima arahan : Huhhhh??? *jantong terasa nk gugur cam cempedak masak*
lecturer yg beri arahan : kali ni, kena design and construct.
kami yg menerima arahan : Huhhhh??? *jantong hampir gugur ke bawah*
lecturer yg beri arahan : kamu ada masa 3 hari utk siapkan model dan drawing. Jumaat ni kami tgk.
kami yg menerima arahan : Huhhhh??? *jantong gugur trossss*
lecturer yg beri arahan : construction tu kamu kena consider dia tahan utk 2 tahon.
kami yg menerima arahan : *nangis meraung-raung sampai melimpah ruah air mata dalam studio* (acah jer!)


So, tgh2 ari, time matahari tgh tunjuk kuat tu, kami semua pon keluar beramai-ramai dari studio ke tasek kejuruteraan. Masyaallah... terasa nak je aku sogokkan sesuatu supaya matahari tau kami tertewas dek bahangnya. Tapi nak buat, demi cita-cita kami yang mau jadi arkitek ni, dgn langkah sorang supermodel aku terjengket-jengket mengelilingi tasek. Group aku ialah Adian! (ishk, nama ni lagik!tak kuasa! wakakakak....) Ntah la. Surprise jugak time lec umumkan adian group aku. Mmg sepanjang research bawah matahari kuat tadi, kami byk berbual menggunakan kod2 rahsia yg org tak tau. Sbb hanya aku, adian ngan Farah yg simpan mcm2 kesah spastik sepanjang cuti ni. Alif, Nisa dgn Afiq Palapes pon group aku. Jadinya, berjalanlah kami 4 orang (Nisa tak sampai ukm lg) sekeliling tasek. Sambil menikmati air tasek yang kaku macam kena saket lumpuh, dgn airnya yg seakan-akan warna teh tarek pekat... yucky! Abis gatal2 kaki aku yg tak berkasut, tapi berselipar-selipi (akibat kaki yg melecet terok)





akhirnya kami dah pilih tapak. Dgn beberapa alasan yang waras campur tak waras. Yang pasti, kami hanya berjaya study arah matahari terbit dan terbenam. Arah angin kami tak sempat selidik memandangkan tgh hari terik camtu, angin pon segan mau lintas. Nak tunggu ptg, aku dah berambus naik Kausar nak dekat kul 2 ptg tadi. Sbb tgk semua pakat2 balik kolej, aku pon ajak farah jadi gadis penahan bas kat depan fakulti tu utk pulang ke Kausar. Maklumla, kete dah tiada lagi. Bluekk! Jgn sebot2 mau kete, sbb kete tu pon lom abis kes. Kesian kwn aku (pemandu masa kes). Skang kena layan mahkamah pulak. *aku mula nak emosi tinggi ni*



Pilu menyayat hati....bila je aku kuar dari studio dlm pukul 12.30 ptg... demi mendapatkan sebijik pemadam seringgit... Aku nampak keadaan fakulti yg sgt lengang. Macam panorama cuti semester masih berlangsung. Sebetulnya, semua student engineering sudah pulang ke pangkuan katil masing2. Kami? Kami sdg bertarung dgn semua agenda projek.


Projek pertama sem 2 : Observation Platfrom.


Dgn luas tapak 5 x 5 kaki, dan tinggi 10 kaki. Mmg saiznya kecik ajer. Apa sgtlah kalau dilukis dlm skala 1:50. Tapi masalahnya! Masalahnya! Masalahnya! Masalah yg sgt problem ialah kami kena construct betol2! *menangis hati aku yg feminine ni* Maknyanya kami akan jadi Buruh Kasar! Pekerjaan pilihan utama pendatang2 tanpa izin dlm Malaysia ni. Abisla.. aku sudah berkira-kira macam mana kami akan separuh mati dan dgn nyawa dipertaruhkan akan mengangkut kayu-kayu (yg akan menelan ringgit malaysia kami dgn sgt banyak), lepas tu main ketuk-ketuk tukul, main pasang-pasang bolt dan nat dan semuanya akan dilakukan dlm 3 atau 4 hari saja! Siap ajer construction ni, iaitu bila platform2 kami sumer dah berdiri dgn ketingian 10 kaki, sampai keliling tasek nampak mcm robot2 liar sdg memerhati tasek... kami kena siap2 ke Lumut! Utk apa? Utk projek 2, 3 dan 4. Kamu rasa apa perasaan aku skang? *kamu je la pikirkan*



aku sudah hilang semua kata...
apa lagi boleh aku bilang?
mau memberontak?
sedangkan aku yg tergila-gila mau jadi arkitek!
sekarang aku sudah humban seluruh kehidupan aku pada jalan ini..
mengundur?
ini bukan main kete kontrol...
boleh reverse sesuka hati...
ini bukan permainan!
ini satu kegilaan!!!!

aduh, kepala aku saket lagi.!
tangan aku lenguh.
kaki aku cedera.
badan aku rasa bisa-bisa...
senang cerita,
aku ni sorang pesakit lah!


Bunda!
Tadi bunda call...
Koleksi cerita bunda sgt byk.
Blom pon 48 jam aku jauh dari dia, bunda dah punya cerita yg sgt panjang. Macam sebuah hikayat yang tak berkesudahan. Membuatkan aku lama bertelepon dlm rintik ujan dgn bunda tadi siang. Terasa hidup kembali jasad aku yg macam hilang nyawa semalam. muahaha...

Teringat tiba2 kata-kata Encik Mazlan pagi tadi. Sambil tenang dia berkata, seperti dia hanya menyampaikan kisah biasa-biasa pada kami...Tanpa mempedulikan jantong2 kami yg tunggu gugur menyembah bumi.

Encik Mazlan : ingat nk bawak kamu gi Lumut tu lama sket. Tapi dah pulak kitorang nk g Thailand.
Kami : ikutttt!!
Encik Mazlan : *sengih* ikut boleh. support sendiri la...
Kami : Alaaaa..
En Azimin : kalau sempat, kamu leh gi Pangkor.
Encik Mazlan : sem ni, Jumaat kamu ada klas design. Mana yg suka balik tu, tak boleh la balik...
Aku : *terasa macam dia tuju ayat tu kat aku sorang*
Orang lain : Huwaa...!
Encik Mazlan : Sabtu pulak...
Kami : *saspen takot keje jadi buruh binaan 7 hari seminggu*
Encik Mazlan : Sabtu ... sains rumah tangga...
Kami : *gelak sakan... puas ati! naseb ada cuti boleh tido tak bangun-bangun*
Encik Mazlan : Surprise...!


Tak payah la surprise lagi!
Kami dah cukup ter-surprise dgn semua nih.
Okay, kena berenti conteng!
bukan sbb aku mau berenti...
tapi mau conteng sketch book pulak.
mau design platform!
jumpa lagi esok...
Kalau aku tak terkorban dek kesebokkan...
Doakan aku tidak terkorban..
supaya Beylo dpt diconteng lagi...


hibakan?...semalam aku dirumah, bergolek sakan seperti dunia ini tidak punya masalah walau sekecik kuman. Tapi hari ni, aku sudah pikul masalah dunia!


Lari! ! ! Capai sketch Book!
 

Monday, December 26, 2005

Aku Pulang.....

Aku pulang.....
Tanpa dendam....
Ku terima kekalahanku......


Beylo!
Sekarang, aku cuma ada kamu...
Bersama laptop yang akan kuseksa-seksa...
Hingga aku puas...
Aku sudah pulang..
Beerti aku sudah tewas mendapatkan diriku ...
Cuti selama 2 tahon lagi...




Aku dah berada di dalam pangkuan Pak Cik Za'ba. Bunda, ayahnda dgn adek del yang hanta aku ke kampus dah pulang. Mana nak aku letakkan sepasang mata yang bertakung air ni? Macam empangan hulu langat pulak rupanya. Yang tunggu melimpah... dan tumpah-tumpah tak tertadah. Huwaaaa... aku sedey la Beylo. Tgk bunda dgn ayahanda tinggalkan aku. Macam aku sorang gadis terbiar tanpa tempat mengadu domba. (hyper ke ayat aku nih)


Masok2 ajer ke dalam bilik C1021 nih, hati aku punyalah panas. Bunda pon naik hangin. Melihatkan bilik yang lengang tanpa harta peninggalan aku. Mana tikar aku yg bernilai puluhan hinggit??? Mana cermin hijau yg sgt besarku yang bernilai puluhan hinggit??? Mana?? Mana??? Maka, kami dua beranak pon gi kat ayahanda utk mereport perihal yang tikar dgn cermin aku dah kena rembat. Oleh siapa? Oleh orang yg tak ada tikar ngan cermin lah! HAHAHA... bukanlah! Oleh pihak admin. Salah aku sbb tak hangkut balik. Tak sangka tikar getah ngan cermin pon depa nak. Lelong-lelong kat pasaran gelap, leh jadi jutawan kot depa! (penumbok ku rasa mau mencium muka yg terlibat)



Lihatla area aku untuk sem 2.Tak menyelerakan dan tak nampak meriah. Membuatkan aku rasa tak bersemangat mau berasmaradana dgn bilik ni. Tikar getah yang ghaib dah abah gantikan dgn tikar lain warna hijau. Cermin besar yang ghaib dah ditukar dgn cermin hijau yang kecik. AKU RASA BENGANG! Tapi mmg kali ni aku tak mengangkut byk khazanah. Sbb pengalaman sem lepas buat aku taubat.


Bunda dah susunkan baju... aku kemas2 sket je tadi. abah dah pasangkan selak pintu utk safety tambahan kat bilik aku. Lantaklah kalau admin marah. Aku tau nk jawap apa. sesungguhnya bilik ni sgt tak selamat utk didiami. Bila2 masa orang leh kopak masuk tingkap.




Tgk! Sikitkan baju yang aku bawak? Sbb aku tau aku akan balik weekend! Wek wek wicky wicky wek wek! Miza lom balik lagi. Menyebabkan aku keseorangan. Hanya ditemani laptop yang byk suara, dan yahoo messenger yang heboh. Aku pulak sambil menconteng, menyanyi kuat-kuat melontar suara lunak merdu aku. (sapa nak marah?) At least bunyi orang kuar masok ym membuatkan aku rasa cam dlm keramaian. Sib bik ada Adian ngan Farah. Tadi Budin pon ada. Salman pon ada kejap tadi membuatkan aku pilu mau pulang ke rumah! Tapi aku paksa2 diri aku berkemas sakan supaya aku tak ingat apa-apa.Kata Salman nak dtg ukm. Hellehhh... tipu mak minah la kamu!




Aku rindu bilik aku kat umah yang sgt best!
Aku mau tido atas tilam queen size.
Apalah ertinya tido maalm aku bertilamkan katil single ni.
Panorama bilik pon tak indah...
Membuatkan pikiran aku sesak...
Dan perasaan aku rasa terbiar....

Aku pulang tanpa Buttercup...
Dan spongebob...
Bunda sudah hampir2 memasukkan Buttercup...
Yang bunda gelarkan sbg 'kwn aku'
tapi aku tidak mau bawak dia bersama ke kampus...
sbb nanti dia akan terbiar akibat aku yg sebok selalu..
aku mau cuba hidup tanpa dia...


Hmmm... aku bingung dan aku tak boleh nak conteng apa2. Kepala aku macam satu kotak yang kosong dan tak berfungsi. Aku tak mau conteng lagi! Sampai otak aku sudah pintar kembali. Mau sketch.... seblom Encik Mazlan minta tgk sketch book bukti aku tidak 'lepak sakan' sepanjang cuti 2 bulan lalu. Aku mau tgk movie indon.. sampai aku tertido dgn perasaan paling sebak.


Ma! Abah! Nak balik! Amek la anak ni balik!


 

Cuti da bes!

Morning, Beylo....
Pd pagi yg suriram ini....
Aku pilu yang amat.
Sbb cuti aku sudah mati katak!
AHAHAHAH!


Tak mau conteng-conteng cerita.Sbb aku rasa, dah byk sgt jari-jemari cantek aku ni menconteng arang pada wajah kamu untuk bulan ni. Sudah huduh sgt rupa kamu Beylo. Sekurang-kurangnya, bila aku pulang terkedek-kedek, sambil mengangkut pakaian-pakaian, makanan-makanan dan semua keperluan (spt seorang pelarian), kamu boleh berehat membersihkan kembali martabat kau, wahai Beylo! Sbb... mungkin aku jarang update. Jarang yg aku maksudkan ialah 2 hari sekali.Mungkin jugak 3 hari sekali. Bergantung kepada Kolej Za'ba padang jarak padang tekuko samada sistem wireless dia sgt hebat atau sgt kronik. Bergantung jugak sejauh mana aku dapat bergoyang kaki kiri dan kanan.


Mari kita selak-selak sisa contengan aku yang agak kontroversi sepanjang bulan ni. Cit cit cit....
  • Preview Filem Janji Joni
    -sehingga aku berjaya mempengaruhi ramai orang supaya menonton filem ni. Ayat-ayat bombastik yang berjaya menaikkan ranking dan keterujaan kamu-kamu utk membaca seperti 'babak kissing dlm cinema' sgt menarek! sbb dgn membaca komen kamu semua, baru aku tersedar yg aku telah memanipulasikan cara tulisan aku sehinggakan ramai yang mengharapkan sesuatu dari filem tersebut. Yang sebetolnya tiada apa sgt. HAHAHA... Akibat membaca tulisan aku, ramai yang keciwa tergolek-golek sbb babak-babak yang diharapkan tak superduper hot! Tapi sungguhkan... Janji Joni best???


  • Krisis Mental aku Yang Keras Kepala
    -malas mau ingat! *hentak-henatak kepala*. Aku kesal dgn kelakuan aku. Aku kesal dgn cara pemikiran aku sgt tak bertamadun *tekup muka dgn bantal sampai lemas*. Disebabkan peristiwa ni, aku mendapat 2 title sekaligus iaitu sbg Pengarah Drama dan Pengarah Famili Ria. (Dan kisah ni berlarutan menjadi drama bersiri 4 episod) Sensasi sungguh!


  • Preview Kiamat Sudah Dekat
    -disebabkan preview panjang lebar utk filem ni yang berjaya aku buat, aku telah mendapat satu pengiktirafan. Aku telah berjaya pulak menyandang gelaran Pengkritik Filem. Apa yang aku rasa mau ketawa terbahak-bahak... sampai tekak ku mau meletup, ialah respon pembaca. Semua kelam-kabut mau carik filem ni. Siap ada yang email-email, dan meminta-minta untuk pinjam. Kelakar sungguh! Adakah review yang aku tulis tu bersifat keterujaan? Tapi betolkan Beylo... filem itu sgt bagos. Sekaligus aku bubuh dia sbg Filem Paling Enak 2005 utk rekod aku la.


  • Percutian di Port Dickson
    -sekali lagi aku buat orang tergila-gila mau ke PD yang sebenarnya tidak indah! Wek wek... Mungkin aku ni sorang penulis yang pandai mengindahkan panorama dgn baris-baris contengan aku yang tidak berdosa. AHAHA... Tapi percutian itu indah bagi aku dan keluarga.... DAN! Untuk entry Port Dickson, aku mendapat beberapa pujian hingga aku tak tau samada hidungku sudah kembang kuncup atau tidak. Kata mereka, aku tuliskan tentang percutian itu dgn sempurna dan ekspress! Miahahaha....


  • Catatan Zaman Sekolah.
    -Entry ni telah mempengaruhi beberapa orang. Yang akhirnya mereka turut terbukak hati nak bercerita-ceriti tentang zaman persekolahan mereka. Dan paling cepat terpengaruh ialah Cik Famia dan Cik stri. Miahaaha...


  • RM6000 - Drama of the year!
    -Ini biggest issue sepanjang percutian aku. Isu yang sekaligus membuatkan gelaran Kehidupan Dramatik aku menjadi lebih sempurna. Isu yang mendapat respon paling banyak sampai kepalaku migrain malam tu. Sbb ym aku tak henti-henti berteriak minta menjawap soal siasat masyarakat yang perihatin mau tau. Kamu! Sudah baca lom? Blom? Baca la! Utk liputan lain pasal kes ribu-riban ni, boleh klik pada ADIAN dan FARAH


Secara keseluruhannya, hasil contengan aku membuatkan aku menerima beberapa gelaran. Semuanya aku rangkul dalam satu bulan bernama Disember ini. Pengarah Drama, Pengarah Famili Ria, Pengkritik Filem dan Penulis Blog Lucu. Hebat kan? AHAHA... Lucu ker? Aku tak terasa lucu ketika jari-jemari aku dok bergelek atas keyboard. Aku tak terasa pon otak aku byk bekerja demi sebuah entry dan contengan. Aku hanya tulis apa-apa saja bergantung pada tahap normal kepala aku. Dan sebenarnya, semua contengan aku hanyalah satu contengan cakar ayam yang tidak punya apa. Hanya berguna untuk kepuasan aku. Itu saja. Kamu mau lebih dari itu? Aku tak mampu beri sbb aku hanya menulis tentang aku, panorama aku dan kegilaan aku. Aku tau ada yang tak puas ati dgn aktiviti aku kat arena internet ni. Termasuklah pada Beylo aku ni. Aku pedulik apa?



Selagi aku tak meminta sesuap nasik pada orang lain demi mendapatkan tenaga menconteng Beylo,
Selagi aku tak menjatohkan martabat beberapa jenis manusia hingga aku dilayangkan surat saman,
Selagi Beylo tak lari dari rumah akibat tak tahan diconteng,
Dan selagi aku seronok dgn contengan cakar ayam aku ni,
Selagi tu aku mau mau mau!
Aku mau conteng serakusnya!
Kamu tak suka?
Kamu boleh angkat kaki dan block link blog ini untuk selama-lamanya.
Kamu suka ?
Aku mengalu-alukan kamu merayap-rayap sekitar blog aku yang serba kekurangan.
Sesungguhnya Beylo adalah sebuah blog yang tidak berdosa.
Itu saja....


Cuti da bes!
Ptg ni mau pulang ke pangkuan Pak Cik Za'ba...
Pak Cik Za'ba hanyalah sebuah kolej kediaman yang tandus.
Sekali lagi aku mau jerit kuat-kuat!
Beylo! !
Aku pulang petang ni.
Esok bermulalah kembali sketsa hidup aku sbg sorang ARKITEK.
Yang seboknya mengalahkan pengarah-pengarah besar di Lembaga Arkitek Malaysia.
Faham ker?

Aku akan rindu wajah bunda...
Wajah yang selalu cium aku seblom tdo,
Aku akan rindu wajah ayahanda...
Wajah yang selalu usik-usik aku dgn kata-kata paling mengharukan.
Wajah adek-adek jugak..
Bebudak lelaki yang tidak tau apa kecuali mencetuskan bunyi-bunyian paling bising dalam dunia..
Sayang kamu semua!


(ehehehe... seperti jamuan perpisahan tak? Tapi... Jumaat ni mungkin aku pulang ke rumah balik. AHAHAHAH) Lekas, kamu semua! Ucapkan selamat pulang ke kampus, selamat maju jaya dan gud luck utk aku! Lekas!

Adian baru je sampaikan Berita Terkini.Katanya da nampak kete Farah sampai Za'ba. Sdgn memunggah barang skang ni. Aku? AHAHA... Masih dirumah, blom mandi pon. :p

Okay...cuti da bes......
 

Sunday, December 25, 2005

Hari Lahir Abah



Selamat Hari Lahir Abah yang ke 45!

Sempena 25 Disember 2005, sama jugak sperti 25 disember tahun-tahun yang lalu...
Iaitu semenjak abah rasmi bergelar ayah kepada aku,
Dan aku rasmi lahir utk menjadi anak kpd abah,
Dan juga selepas aku faham apa itu Hari Jadi,
Tak pernah aku sambut 25 disember tanpa apa-apa...
Kalau dunia haru-biru dgn Merry Christmas,
Kamu sekeluarga berbahagia bersama mendoakan kesejahteraan hidup abah di dunia dan di akhirat. Amin~
Istimewa utk lelaki paling beerti dalam hidup kami sekeluarga....


Kalau ada satu soalan yang tak pernah kami soal seumur hidup, soalan itu ialah soalan yang bertanya... kenapa abah menjadi ketua keluarga kami? Sbb kami tak mau punya soalan sebegitu genting. Kami gerun memikirkan... kehidupan kami semua jika bukan berbapakan abah. Terima kasih utk semua kasih sayang yang melimpah ruah... hinggakan kadang kala kami biarkan tertumpah macam tu ajer kasih syg yg abah curahkan. Selamat Hari Lahir.


************************************

Athirah


Semalam seharian aku lesap, kata Adian. Bukan aku magically lesap! Aku lesap kena telan dgn kotaraya Kuala Lumpur. Bertemu Athirah setelah.... beberapa bulan tak bertemu. Satu perkara yang menyeronokkan, tentu! Macam biasa, macam zaman dia menjadi rumet aku dulu, kami suka berbual tentang entah apa-apa. Kebanyakkan tentang sesuatu yang tiada apa. Macam... saling mengaku sudah kurus, saling menuduh antara kami lebih 'berisi', memperkatakan semua sketsa lakonan beberapa manusia ketika kami di KMJ.Sketsa yang sudah tentunya banyak tidak elok dari yang elok. Jugak!!! Athirah sampaikan suatu perkembangan (gosip) tentang seorang kwn kami ni. Alahai... 'kwn kami' ni... masih seorang DIA yang dulu. Yang kalau dia terus-terusan dengan sikap Kepala Hangin itu, dia akan dibenci oleh masyarakat. Aku? Aku jugak ada masanya simpan rasa meluat dgn tingkah laku dia. Dulu la... sekarang? Sekarang aku tak ada masa nak memikirkan dia. Sbb dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Bukan anak aku, maupon kekasih aku. Kekasih? AHAHA... dia pompuan la! cit cit cit.... !

Image hosted by Photobucket.com


Athirah ni kan, Beylo... dia lagi tak malu dari aku. Aku kalau iyapon mmg camera freak, tapi dia lagi freak. Boleh dikatakan Athirah @ Trex ni memang sorang kwn aku yang paling freak sekali. Freak tak freak, ni lah antara member aku yg paling best. Sbb dia pandai tenangkan orang. Dan jugak sorang penasihat peribadi yang sgt logistik. :p


Beberapa peristiwa perlu diblog, kata Athirah.

  1. Jadi tourist guide.
    Tiba-tiba kami kena tahan ngan sorang aunty ni. Bertanyakan jalan ke masjid india. Katanya dia dari Brunei. Bersama aunty tu ialah husband dia, sorang lelaki yg aku tak pasti apa hubungan dengannya, sorang anak perempuannya yang merupakan 'orang istimewa', dan sorang anak lelaki (baru tamat A level, usia lebih kurang kami, kulit putih, tinggi, sandang beg, dan boleh tahan wajahnya di pasaran tempatan. AHAHA!) sure athirah tak sangka aku menulis tentang ini. :p

    Akhirnya kami pon jadilah pemandu pelancong yang tak dapat gaji ujung bulan ni. Terpaksa pulak tadah telinga demi mendengar respon tak puas ati uncle tu tentang KL. Katanya, pemandu di KL ni reckless. Pejalan kaki pulak main pakai lintas (dalam hati aku : ye, warga KL ni adalah kambing2 liar yang tidak takot rosiko mati kena langgar kete!). Lagi apa yer kata dia? Entah, dia cakap berbalik-balik tentang isu yang sama. Tentang KL ni sesak, pemanduan yang tidak selamat, ragam rakyat malaysia yang tidak mementingkan keselamatn dan byk kesalahan jalan raya dilakukan. Macam yang aku katakan pada entry lepas, aku tiada perasaan. Aku membesar dgn semua situasi ini. Aku lali dah! Menjadikan aku punya pandangan aku sendiri tentang KL.

    Kalau pemandu tak memandu secara 'aksi-aksi hebat' iatu dengan bijak cilok lorong sana, cilok jalan sini, sampai seminggu pon kemungkinan utk tidak lepas adalah tinggi. Sbb KL mmg sgt sesak.Seakan-akan tiada cara lagi utk mengurangkan sesak. Kecualilah kerajaan melaksanakan kempen 'Buang Kereta'. Di mana warga KL ni tak boleh berkereta lagi. Kasi lengang jalan raya. Kasi tol tak ada orang lalu, maka kekayaan negaraku akan merudum dgn tragisnya. HAHAHAHA... Alah, inikan tahon 2005! Nak masok 2006! Sedangkan pada tahun 70,80-an lagi fenomena ni dah gamat diperkatakan.


    Apa nak dikata... sehuduh mana pon wajah KL, dia tetap tempat aku hidup.

  2. Kes BUM ! Da bom!
    Aku tak tau samada cashier salah picit-picit harga, atau aku yang salah faham. Tak mo citer banyak! Aku dapat sehelai baju RM63 ++ dengan harga RM19++. Kagum tak? Aku tak menyangka hal ini dan aku keluar mengheret beg plastik BUM warna merah dgn muka paling sengal. Terpikir-pikir apa yang berlaku sampai aku dapat harga serendah tu. Bila Athirah pulak membayar T-shirt merah yg punya nilai harga dan nilai diskaun yg sama dgn aku punya baju, harga yang dibayarnya ialah RM34++. Apa yang berlaku??? Tapi yang pasti, harga yg dipamerkan kat Athirah adalah betul.Macam mana dgn harga runtuh-runtuhan yg aku dapat tu? Cik cashier salah kira! Ke aku salah faham??? Atau aku yg dah tak reti maths? Atau... apa-apa je lah! Yang pasti aku telah menyelamatkan wang-wang kesayangan dari melompat masuk ke dalam account BUM CITY. Har har har...

  3. Kaki ku kaki mu ....
    Kami kami saket yang amat. Jari kaki aku melecet dahsyat. Ini memungkinkan aku tidak berpeluang berkasut ke klas selasa nanti. Mungkin terpaksa berselekeh pada hari pertama sem 2 dgn selipar-selipi...

  4. Tak bergaya!
    Beli belah best. Ada dua je tak best. Satu, time bayar-bayar. Rasa nak je carik seseorang jadi banker tiap kali aku nak bershopping. (kamu jgn anggap ini serius Beylo!). Kedua, time nak mengangkut barang. Lagi2 semalam. Dah la aku beli beg yg agak besar.Kunun2 utk trip ke Pangkor nanti. Sungguh mencemar gaya! Sib baik diselamatkan oleh Athirah.

  5. Camera freak..
    Kami bergambar tak ingat alam lagi. Macam dunia milik berdua. Masa makan di A&W, Athirah dgn tak malunya panggil chinese yg dok meja seblah tolong amekkan gambar kami. Masa dlm Isetan, akak staff situ disuruhnya juga amekkan gambar kami....

    Sampailah ke dalam toilet, kami masih mau mau mau! Mau amek gambar lagi. Dan terjadilah peristiwa di mana kami diperhatikan dek makcik cleaner. Dia tenung aksi kami macam kami ni alien planet Pluto pulak. Camera aku pon di perhatikannya. Terasa, mulutku yang sudah expired insuran ini mau menyatakan.. "mak cik, ini namanya kamera.Kamera ini tidak boleh dimakan atau ditelan.Hanya digunakan utk mengambil gambar," KAHKAHKAH... sebetulnya, aku tak suka orang pandang aku macam aku buat kesalahan dunia akhirat.Sbb aku sendiri tak suka pandang orang. Kalau aku nak pandang pon, aku buat-buat macam tak pandang. Sbb kadang2 pandangan kita buat org lain tak selesa.

  6. Berjaya mengumpul 2 point! Sorang yang sgt 'jambu air' dgn suara segagah 'durian belanda'. Kawaaaaiii! Toingg! Sorang lagi macam model syampu. Teknik rebonding? Taklah, guna syampu ajer... Wekkkk!

  7. Seblom masuk KLCC, kat lorong dari Putra tu, kami pon kenalah tahan ngan salesman... Spt yg biasa aku lakukan, aku wat bodoh dan terus melangkah dgn yakin ke depan. Salesman ni ikut jugak..

    "Kak, kak... kali ni bukan nak menjual, cuma nak bercerita ajer. Dengar dulu kak," kata sorang ni dan aku terus jalan laju-laju tapi dgn senyum. Dah la gaya cakap dia bukan sket nyer petah. Baik dia jadi speaker dewan rakyat drp jd salesman. :D "tak pe, tak pe..." kata aku.Athirah dah lagi ke depan.

    "Sekejap je kak.Seblom tu, boleh bagi nombor telefon?," fuh, ayat! salesman minta nombor fon tu, Beylo! Aku pon cepat je jawap, "tak boleh," dan terus jalan laju-laju.Dia tetap follow laju-laju jugak. "Okay, tak boleh tak pe," kata salesman yang aku tak pandang pon mukanya camner. Akhirnya aku gelak ngan Athirah. Sambil menyelam, minum air sungguhla salesman2 kat situ.Tapi serius, cara dorang tak menyampahkan. Malah dorang tu jadi cam badut sarkas yg menghiburkan masyarakat yg kuar masuk KLCC. Ngeeehh... =D

  8. Berbelanja utk perut.
    Makan banyak-banyak. Lunch makan waffle A&W dgn ais krim strawberry. Minuman utk tekak pulak ialah root beer float. Pon ais krem jugak! Malam kat umah, tengok-tengok ada ais krem dlm peti sejuk. Jadinya, semalam sambil aku menderma dana utk perut aku, aku seksa dia jugak dengan ais krem.Biar dia tau erti sejuk dan berehat! Dan alhamdulillah, sampai ke pagi ni dia belom buat perangai minta disumbat makan. Aku kena jadi kaya demi perut yang satu ini.... alahai!



Athirah best! Akan rindu kamu balik. Betapalah UKM-UTM telah menjarakkan kita. Dulu kita sebilik, 24 jam boleh menatap wajah satu sama lain. Bahagia jugak kan waktu tu? Walopon kita berdua selalu dapat masalah dan krisis kat KMJ, tapi KMJ tu indah untuk dikenang.



note
: adian pulang ke Za'ba arini. Ek ekleh.. tak remaja la kau balik awal-awal! Apalah ertinya bumi gersang Za'ba tu.!aku packing pon blom. Macam aku masih punya cuti 2tahon. (mcm yg aku impi-impikan....)
 

Saturday, December 24, 2005

Tiada Apa


Tiada apa utk malam ini...
Sempena menghormati kesakitan yang amat,
Beylo tidak akan menglipur lara.
Cuma mau conteng....
Breakfast aku pagi tadi 'elite' sket.
Patot pon perut yang jahat ni berperangai baik ajer...
Sbb dah aku rasuah dgn makanan2 enak sepanjang siang.
Cuma mau conteng juga...
kaki saiz kecik aku ni saket yang amat...
macam perlukan rawatan kecik bernama urut.
Jari kaki paling kecik dan paling comel melecet dgn sgt teruk.
Menyebabkan aku rasa mau berkaki ayam sehinggalah...
Si jari kaki kecik itu pulih dan bersedia utk berkasut...
Semuanya angkara kerakusan aku menyalahgunakan kaki.
Sepanjang hari aku berjalan-jalan menghiasi kotaraya Kuala Lumpur...
Si kotaraya yang hingaq!
Dan telah di'caci' hari ini beberapa kali oleh beberapa warga Brunei.
Aku?Tiada perasaan.... Katalah apa saja tentang Kuala Lumpur,
Aku tak tersinggung, insyaallah... Sbb...
Tak ada masa mau tersinggung.


Aku conteng kamu lagi esok pagi.
Sbb aku berniat nak bangun pagi... sepagi yg boleh.
Demi sebuah hari bernama... Hari Terakhir Percutian...
Kepala sudah lentok, mata sudah layu...
Aku apa lagi?
Tidurrrrrrrr!


Waaa.... sudah 25 Disember. Sgt istimewa... bukan kerana Krismas.. tapi kerana Tarikh Lahir Abah. Selamat Hari Lahir Abah... Semoga Allah merahmati kehidupan abah dan kita sekeluarga. Semoga panjang umur utk terus beribadah, semuga murah rezeki utk kesenangan kita sekeluarga. Sayang infiniti....

 

Friday, December 23, 2005

Kusut masai semuanya!

Sebuah Kisah Hari Ini

Entah dari mana titik puncanya, aku pon tak tau.Yang aku tau, minat memancing di kalangan golongan lelaki keluarga aku dah menjadi-jadi.Dulu tahap kecil-kecilan, skang tahap menjadi-jadian. Aku? Aku tak berminat! *palingkan muka ke lain* Apa baiknya memancing ikan? Aku rasa, lebih menghiburkan memancing manusia. *riak terkejot* Okay, aku bergurau. Kedua-dua jenis sukan memancing itu aku tidak punya minat. Samada sukan memancing ikan, maupon sukan memancing manusia. Tak kuaser!


Ayahanda kata, mau bawak anak-anaknya ini ke kolam memancing.Alah, yang kena hulur beberapa keping ringgit malaysia seblom boleh melontar tali pancing ke tengah kolam yg tak seberapa tu. Jumlah bayaran bergantung kpd jumlah mata kail. Kami punya 3 pancing. Bermakna kami juga punya 3 mata kail. Sekaligus bermaksud, kami kena bayar utk tiga kepala punya pancing. Hanya utk menangkap ikan-ikan yang tidak berdosa...


Kereta pon lalu depan empangan Hulu Langat. Fuyyooo... banyak lembaga kepala hitam yg duduknya jauh-jauh antara satu sama lain. Kesemua lembaga kepala itam, yg kelihatan bagaikan satu bola itam yg sgt kecik kalau dipandang dr dalam kete tu tengah dudok spt golongan bermeditasi. Sungguh la kata orang, nak jadi kaki pancing kena penyabar orangnya. Kalau nak jadi kaki 'pancing orang?'. AHAHAH....


Disebabkan ghairah menyaksikan gelagat2 lembaga itam yg sedang memancing, sambil monyet2 liar menjadi penonton, kami pon batalkan niat mau buat pelaburan kat kolam berbayar. Pegi join lembaga2 kepala itam ni pon bagos. Tak payah bayar. Berapa ratus mata kail nak bawak pon boleh. Maka, tersenyum kambeng kami semua sambil mata memandang AMARAN papan tanda seblom ayahanda menurunkan kete ke bawah.


DILARANG MEMANCING, MANDI, BERSAMPAN....
(aku blom sempat hafal tapi lebih kurang camtu la amarannya)


Memang la sah sah tak boleh memancing kat situ. Sbb itu kan empangan. Tapi dgn status rakyat malaysia yg lembaga2 itu ada, termasuklah kami juga punya status sbg rakyat malaysia, amaran macam tu kami buta-buta kan ajer. AHAHAHA.... *rakyat yg degil* Dilarang mandi? Tentu! Itu bukan tempat berkelah. Itu empangan! Dilarang bersampan, kayak dan ber-boat? Tentu! Itu kan empangan! Tapi ada je tadi 2 orang lelaki cina dgn sorang budak kecik dgn gagahnya menghangkut boat turun ke air. Aku dan family pulak jadi penonton bersama-sama monyet liar yg sgt byk kat situ.



Kelakar kan memancing kat empangan? Nngeee *gelak orang tak mengaku salah*. Tapi kami bukan memancing besar-besaran.Cuma pancingan kanak-kanak yg tak mengerti apa-apa. Kami cuma nak cari keseronokkan dgn menganiaya ikan-ikan. AHAHA... Tapi malangnya, pada Hari Jumaat yg mulia ini, tiada seekor ikan pon yang teraniaya. Semua ikan educated agaknya kat situ. Tapi kata sorang India ni, dia slalu dapat ikan kat situ. Siap kasi tips kat kami. Kalau nak dapatkan ikan Baung, guna umpan keli. Ada beberapa tips padanan umpan dgn ikan yg nak dipancing yg dia bagi.Tapi since aku bukan ahli perikanan, aku pon dah lupa apa dia kata. Tapi aku rasakan, adek2 aku main pakai pancing je. Depa tak de masa nyer nak demand ikan apa yg depa nak. Asal namanya ikan, bergegarlah alam fana ni bila sekali ikan tersangkut kat mata kail.


Boleh relate dgn kehidupan manusia sebenarnya kisah pancing dan umpan ni. Seperti... kalau lelaki mau pancing perempuan, umpannya di 'megamall'. Kalau perempuan mau pancing lelaki, umpannya 'berasap-berasapkan dapur'. Kalau lelaki nak pancing lelaki? Atau pompuan mau pancing pompuan? Wallahualam... aku belom pernah terlibat dalam keje-keje memancing sesama sendiri. Sbb apa seronoknya mau pancing keli, umpannya juga keli? Mestilah tak sonok kan? Miahahaha... Tapi jgn buat spekulasi tak baik. Isu megamall dan dapo berasap tu sekadar menunjukkan fenomena yg biasa berlaku. Aku cuma nak jadi lebih realistik walopon kedengaran terlampau. :p


*****************************

Barang keperluan nak pulang ke kampus Isnin ni dah beli tadi. Membuatkan aku semakin runsing. Aku mau cuti lagi. Banyak yang aku nak lakukan tapi tak sempat. Macam...

  • Tamatkan bacaan semua novel yg aku ada.Termasuklah komik2. (cuma baca satu novel je selama 2 bulan. Aku bukan membaca, aku mengeja!)
  • Cat bilik warna ijau belang-belang.
  • Tukar carpet dlm bilik ni. Kaki aku yg terpaksa pijak carpet yg sama dah mula kasi warning.. "Tukar carpet! Aku pitam cium bau carpet yg sama. Bau yg makin hari makin tak menyelerakan!"
  • Send semua gambar2 percutian dekat sedara mara dan sepupu-sepupu yg nak gambar tu
  • Editkan cik men gambar family dia.
  • Beli printer baru
  • Gi salon, wat hair treatment
  • Kuarkan baju-baju yg tak pakai lagi, yg tak muat dan tak diperlukan lagi dari almari yg sgt terseksa.
  • Beli router baru
  • Dapatkan cheesecake
  • Nonton kesemua vcd indon yg as3 kasi... (astri, nampaknya lambat sket vcd kamu akan pulang ke pangkuan kamu. Maafkan kami)



Aku runsing lah!
Runsing runsing runsing!
Runsing yang aku rasa macam nak sebut 3 ratos kali.
Fikiran aku ni macam kepala gatal yang digaru-garu...
ala-ala orang yang buntu berfikir...
mengakibatkan fikiran aku kusut masai...
Macam rambot aku bila bangun pagi... kalau aku tido bersama-sama masalah dunia...
Aku sgt pening dan saket kepala...
Memikirkan 2 hari yg tinggal..
apalah nilainya 2 hari kalau dibandingkan dgn 2 bulan.
2 bulan pon tak cukup utk memuaskan nafsu cuti aku,
Inikan pulak 2 hari yg bernama sisa ni.
Aku tak ada perasaan...
Aku rasa macam layang-layang terputus tali yang tak mau jatoh turun...
Aku terus melayang terhoyong-hayang...
tanpa mempedulikan samada aku akan terhantuk,
Tersungkur,
terjatoh,
tergolek dog,
maupon ter'mati...
Entah!
Aku sgt bingung menghadapi cuti yg hampir habis.


Kamu jgn risau Beylo.
Aku biasa menjadi sebiol ini... iaitu pada setiap kali aku mau berambus tinggalkan rumah.
Apa masalah aku sebenarnya?
Bangi dgn Cheras tu sama jarak dengan KL-Turki ker?
Hinggakan aku takkan kembali bertahon-tahon lamanya?
Sudah, Nurul!
Isnin ni kau melara jiwa ke kampus...
Khamis atau Jumaat, kau pulang lagi berpesta di rumah...
Dan proses ni akan berlarutan setiap minggu sampailah aku grade.
AAHAHA... aku chentakan rumahku.
Sbb...
Di rumah aku punya wajah2 yg aku sayang....


Sebenarnya, aku memang ada sindrom ni sejak lama dulu.
Aku mmg ada masalah utk memulakan sesuatu.
Setiap kali cuti tamat, aku akan diserang pelbagai kesaketan mental.
Sbb aku sgt tak suka nak memulakan sesuatu.
Samalah fenomenanya dgn kepayahan aku nk mula ke klas selasa ni.
Aku tak tau macam mana nak mula kembali ke studio...
Selepas 2 bulan bergoyang kaki kiri dan kanan di rumah...
Aku punya masalah utk memulakan!
Mula mula mula...
Aku fobia utk memulakan sesuatu...
Macam mana kalau aku lakukan sesuatu tanpa permulaan????


Ramai tak tau.Aku memang ada sindrom ni dah lama. Aku selalu dapat gangguan mental yg mendalam bila setiap kali aku nak memulakan sesuatu. Tak susah melakukan, tapi utk mendapatkan permulaan tu, separuh mati bagi aku. Macam kalau kita nak mula buat revision. Buat revision tu bukan lah azab mana. Mungkin seronok abes masa dapat buat revision. Tapi utk memulakan revision tu, aku selalu mati punca. Aku selalu saket mental. Huwaaaa! Betul ke ni gangguan mental? atau ni cuma alasan aku utk terus cuti selama 2 tahun lagi. HAHAHA... aku rasa KUSUT dan MASAI!

 

Thursday, December 22, 2005

Aku Saket

Selamat malam, Beylo!
Aku mengendeng lagi pada kau...
malam ini utk kesekian kalinya...
Hanya kau yg sanggop diperhambakan dek emosi aku..
Dan seikhlasnya aku katakan...
Aku suka conteng pada tubuh badan kau...
Yang aku tak tau samada mau mengimaginasikan...
Kau adalah sebuah Beylo yang tampan, atau biasa2 ajer...
Aku tak mau timbang kira rupa paras kau...
Sbb aku menyukai kau ikhlas dari emosi aku sendiri...
Bukan wajahmu jadi ukuran...
*jelir lidah pada Beylo!*



********************


Beylo, kita berduakan... dah kena tag dgn Kak Siti dua hari lepas. Kau tau tak apa maknanya bila kena tag? alah, lebih kurang macam main kejar-kejar atau polis sentri (police and thief or apa2 jugak sebutannya terpulang pd lidah kanak2 itu) Sapa kena 'sentuh', dia yg 'jadi'. Camtu lah kiranya. Kira kau ni kan, Beylo... dah kena 'sentuh'.Skang kau kena 'jadi'. *Beylo garu kepala spt seorang budak bodoh*


Dah 2 entry aku tunda permainan kegemaran blogger2 ni. Dan sebetulnya, ni 1st time nama aku kena tembak. Fuh, nama naik!! Kenaikkan yg seolah-olah naiknya Bursa Saham Kuala Lumpur dlm index komposit. Hmmm...alahai! Mulut aku sgt hebat menyebut sungguhpon otak aku tak ada pengetahuan ttg BSKL (yg aku baca sbg index 'Basikal' masa aku kecik)


Aku nak mula bermain! 1, 2, 3, go!

Nama menan : First Time (kedengaran bagus kan?)

  1. First Time Ke Sekolah

    Terkedek-kedek aku bawak beg warna warni. Berjalan seploh tapak lebih maju dari abah. Itu aku namakan sebagai 'langkah semangat'. Mmg kalau dibandingkn dgn kanak2 seusia yg lain, semangat aku agak luarbiasa. Aku tak melalak sampai ternganga mulut luas-luas macam kanak2 mula masok tadika yg lain. Ibu bapa penoh menempek disekeliling kelas tadika kami. Tak ubah macam tembok / benteng pertahanan yg memberi perlindungan utk anak masing2. Tapi akibat 'semangat luarbiasa' aku, abah telah selamat dari diistilahkan seperti tembok yg memenuhkan kawasan tadika yg sempit. Aku paksa2 suh abah balik.Tak mau abah tunggu aku. Sbb apa? Sbb 'semangat luarbiasa' aku terhadap sekolah. Kesimpulan : aku sorang kanak-kanak yg punya etika diri.

  2. First Time Memasak

    *mintak 3 jam utk fikir boleh?*

    *keluhan berat seorang aku*.... aku tak ingat la. Sbb aku tak pasti samada aku pernah terlibat dalam kerja-kerja memasak.Boleh minta skip soklan? Yeah... boleh...

  3. First Time Jauh Dari Keluarga.

    Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) <--- Dia ni punya pasallah hidup aku huru hara, tunggang-langgang dan jiwa aku semak samun! Sebenarnya kehidupan aku tak sepenuhnya direncanakan oleh aku. Apa aku boleh dan tak boleh buat, parents aku yg tentukan. Apa, Bila, Bagaimana, Siapa dan Mengapa... semuanya parents aku yg tentukan. Bila aku 1st time jauh berjuta-juta lemon dari keluarga aku, aku langsong lampi. Nak makan bila pon aku tak sure.Menyebabkan aku makan sepanjang masa. Sekaligus jadi punca kepada perkembangan yg sehat ni. Kagum kan? Aku ingat jugak macam mana rumet aku jeling2 kat aku masa 1st week aku kat KMJ. Aku pulak yg tak suka di-underestimate dan suka berlakon macam aku seorang gadis yg boleh baca pikiran orang pon berkira-kira.... apa yg mungkin dorang kata ttg aku. Aku tau... *sambil mencebik muka*... mesti ada yg berkata-kata dlm hati... "budak mana yg mengada sgt ni?". Aku pon da redha kalau orang nk cop aku mengada-ngada. Sbb aku ingat aku penah tanya Trex (rumet aku yg sgt dichentai) ... "awk, macam mana cuci baju? kita ada sabun cuci.Tapi tak tau guna. Pastu bila nak guna Soflan?" time tu aku dah bertuala (siap2 nak gi washing-washing yg aku sangkakan satu cabaran extreme waktu tu). Trex pon ajar-ajar aku. Aku dah tak pedulik apa dia nak tuduh aku. Sbb aku rela dituduh daripada tak berbaju nak ke kuliah nanti. Miahahaha... Tapikan Beylo! Lama2 aku sgt suka dgn keje washing-washing. Lama2 aku dah tak menganggapnya sbg 'keje' tapi aku rasa ia cam satu 'permainan air' yang menghiburkan. KAHKAHKAH... *kan aku kata aku cpt teruja ngan sesuatu*

  4. First Time Fall In Love

    Kalau yg olok-olok, aku pernah jatoh sket je. Tak ada luka, tak ada calar, tak ada cedera! Tapi yang betol-betol, aku pernah jatoh dgn sgt hebat. *gedebuk!* Bukan setakat jatoh, jatoh tergolek-golek dan tersungkur siap. Sampailah aku dapat luka yg bernanah-nanah, jijik! Calar-balar dan aku tercedera dgn amat. Hahahaha! *acah je tu!* Mesti kamu semua dah bayangkan betapa hebatnya kesah chenta aku. Mcm Romeo & Juliet, Cinta &amp; Rangga, Laila & Majnun, Jack & Jill, Popeye & Olive... dan apa-apa saja pasangan bahagia antarabangsa.

    Oh, tidak! Aku tak sebertuah itu.Hey, aku mintak skip soklan lagi boleh? Sbb aku sgt tak berminat topik yg mengaitkan hati ni.Sbb hati aku tgh tak nak berkompromi skang ni.Dia kata dia bukan dalam mood 'dilamun cinta'.

    Tapi utk memuaskan ati kamu-kamu, juga sbg tanda yg aku tak main kotor dgn 'tak menjawap soklan', ku katakan dgn indah... :p 1st time jatoh chenta 'bukan olok-olok' ialah ketika aku dah lompat kuar dari zaman sekolah. Yehuuuu... aku kotakan prinsip aku! Sbb tu aku sgt kagum dgn diri aku. Bluekkk !

  5. First Time Interview

    "Kalau ada kebakaran? Kamu buat apa?," tanya cekgu disiplin
    "Panggil cikgu," aku yg gelabah menjawap.
    "Buat pe panggil cikgu?," cekgu tu buat muka heran + terkejot sbb x sangka dgn jawapan bodoh aku.Muka aku dahla bukan sket nyer konfiden.
    "Sbb waktu tu dah kelam kabut," aku terasa macam aku ni pelajar tingkatan satu yg bodoh tapi cuba nak jugak apply jadi pengawas.
    "Erk? kelam kabut, panggil cekgu? Sempat pulak panggil cekgu tgh2 kebakaran?," cekgu tu cam sgt bengang ngan jawapan aku.Aku tau dia x ske jawapan aku.
    "Mmmm.... sebenarnya sy yg tengah kelam kabut ni. Sy gelabah nak jawap soklan Puan," phewww...! kan sungguh aku kata.Aku slalu mengagumkan. Dgn tak malunya aku mengaku aku mmg sering kagum ngan diri aku. See, aku leh jawap terus terang camtu.
    "Hahahaha..." cekgu muka bengis pon gelak. (dia adalah Puan Che Pah)

    3 ari pastu ... ketua pengawas mai kelas aku, amek nama aku dan mengistiharkan yg aku boleh jd pengawas. Rasa nak ketok paler sendiri *gedebuk! gedebuk!*

  6. First Time Tgk Wayang

    Maaf. Aku x nonton wayang. Tradisiku tak menginzinkan aku berbuat demikian. Terima kasih. Mohon skip soklan lagi....

  7. First Time Dok Umah Bujang

    Belom dan mungkin... tak akan. Sbb melihatkan gelagat over-protective ayahanda dan bunda, aku rasa kan Beylo... aku... tak de chance! ! ! Hanya akan ke rumah suami ajer lepas ni. Miahahah... *sensasikan jawapan aku?*

  8. First Time Pegang Duit Sendiri

    Semua kepingan wang yg aku penah pegang bukan milik aku. Aku cuma tau pegang duit ayahanda, duit bunda ajer. Ntah bila aku akan pegang duit sendiri, wallahualam. Macam jaaa.........uh berjuta-juta batu je lagi. Sbb aku rasa, duit mak ayah aku sgt indah. Duit 'suami' tentu lebih indah. AHAHAHAH... *tssssst..........* Sesungguhnya, kejarlah apa-apa yg indah itu seblom keindahan itu lari lebih jauh dari kita. (aku reka, bukan madah pujangga sasterawan negara)

LAPAN je soklannya. Nak tambah lagi satu boleh?

  • 9. First Time Aku Byk Berfikir Demi Sebuah Entry.

    Ni lah entry nyer! Jenuh aku dok putaq2 balik semua peristiwa 'pertama kali' aku.



Tak aci main sorang-sorang.Mari sini, mari! Aku mau tag orang lain pulak. Tadaaa...
  • Adian (yes you! of course...)
  • Farah (would like 2 focus on ur answer no. 4 *tongue hanging out*)
  • Astri (Kiah will definitely enjoy this game!)
  • Aiza (Pliz mention the name of the guy on ur answer no. 4 *tongue hanging out lagi*)
  • Sya (Yes! dis time kak nurul nk ajak sya main-main... ahahaha)
apakata, kamu semua tag diri sendiri! Sila...sila...


********************


"samada kesakitan itu memenatkan, atau kepenatan itu satu penyakit....."

Aku saket.
Bermula dari perlawanan tarek tali oleh urat saraf kepala...
yang membawa kepada migrain...
Aku diserang pulak pertandingan gusti-mania di dalam perut...
yang mengakibatkan aku sgt saket...
Kini...
Aku hanya mampu mengerang kesakitan yang amat...
Yang datang secara bersiri....
Seperti mau bermain-main dgn kesabaran aku...
Dan aku...
Terasa mau menyimpan perut yang saket ni dalam almari pakaian buat seketika...
Sampailah di tidak lagi saket...
Saket, saket pon.... tuntutan nafsunya terhadap makanan masih mcm dulu...
Tak pernah berubah...
Tapi makin bertambah...
membuatkan aku sgt geram sampai terasa mau tidur lama-lama...
dan hanya bangun bila semua kesakitan sudah tidak wujud lagi dalam dunia...


Hati aku pon saket.
Sakit yg tak boleh disuntik....
Sbb tak ada jarum yg sesuai boleh suntik hati aku yg saket...
Tak payah susah-susah....!
Kang jarum suntik patah,
Hati aku, saket tetap saket!
Tak ada guna!
mmg tak berguna!

Aku marah bukan utk apa2 sebab.
Aku marah secara sukarela....
Kau, diam!
Kau dengar ajer!
Aku marah secara sukarela!
Dan ni biasa berlaku setiap kali aku tak selesa dgn keadaan semasa....
Seperti...
Tarikh pulang ke kampus yg makin hampir...
Sekaligus menamatkan riwayat cuti yang tidak berdosa....


********************


Kes Eksiden Semalam!

Aku, Farah, Adian - telinga kami sudah nipis asyik disogok dgn perkataan Mahkamah, Saman, Lawyer, Wang ribu-ribuan, Eksiden dan segala macam istilah kemalangan yg lain. Kusangka lawyer itu untuk menteri-menteri yg mau langsai skandal mereka. Ku sangka lawyer itu utk orang2 kaya yg mau kasi beres masalah syarikat gergasi mereka. Farah pulak, disangkanya lawyer cuma dalam drama2 di kaca tv. Tapi rupa-rupanya! Lawyer jugak utk kanak-kanak 19 tahon spt kami. Hebat jugak fungsi lawyer. Hebat jugak kami kerana berpotensi memberi sesuap nasik kepada lawyer-lawyer di malaysia ini demi semua tragedi kemalangan. *aku harus gelak atau berdengus geram?*



Hmmm... ada sket yg menarek isi 'ym chat' aku ngan Timyohannon nih!

Timyohannon : Kalau ko jumpa india tu ngan ular, ko bunuh India tu dulu.
Aku : *icon ym orang gelak tergolek-golek*
Aku : Mesti ar.Sbb india tu belit lagi dasat dari ular belit!
Timyohannon : *icon ym orang gelak ternganga-nganga*



Apa yg berat nih?
Ku sangkakan ada batu gergasi atas kepala aku...
Kisahnya kepala aku sendiri yg terasa berat....
Aku nak angkat kaki!
Slamat tinggal, Beylo!
 

Wednesday, December 21, 2005

Tragedi Ribu-Riban

Ah, tak de masa nk ucap 'nite' utk kamu, Beylo!
Kamu tgk Si Kuning itu.... dia cedera. Cedera lagi hati aku, hati Ainul, hati Shida, dan hati-hati suku-sakat aku yg punyai hati. Tapi, extra-cedera hati Farah, tuan punya kete.
*sambil aku tertunduk pilu sbg lintas langsong kesedihan aku bercampur geram*


Bila geram, aku menggigil. Aku sangka, aku tak payah menggigil lagi demi sebuah kete yang tidak bernyawa (dan tidak berdosa). Tragedi si Kuning itu dicederakan, dah 2 bulan lepas punya cerita. Kalau Si Kuning merupakan sebijik cekodok, atau pon sebungkus nasik lemak, dah tentu Si Kuning sudah lama basi. Tapi Si Kuning adalah sebijik Kelisa. (kereta buatan Malaysia tanah airku). Aku pilu betol pada malam kete kuning itu di'cederakan. Aku tau tu bukan kete aku. Disebabkn aku sedar yg kete tu bukan milik aku, jadinya aku tanam dalam-dalam hasrat aku nak berbahasa-mania. Aku diam ajer.


Aku tak suka nak cerita tentang kes eksiden ni. Sensitif bagi beberapa jasad yg bernyawa.Tapi bila Farah buzz aku kat ym tadi, hati aku jadi mendidih-didih. Sbb apa? Sbb aku sgt menyebelahi Farah dan aku rasa kesal dgn peristiwa ni. Niat Farah baik bawak kete tu ke ukm sempena bulan ramadhan. Bukan utk org lain, utk kami jugak. Aku sentiasa sedar yg kereta tu kereta 'seludop'.Maksud aku kete tu tak pernah berdaftar. Maknanya kereta tu berjoli-joli disekitar ukm secara 'tidak dibenarkan'. Tapi, bukan salah kami! Pihak admin yg tak benarkan student 1st year berkereta. Kalau dibenarkan, jgn kata sebijik, sepuluh bijik pon aku mau registerkan. (sebut bijik2 ni, macam kete ni bernilai sama dgn sebijik limau mandarin pulak. Maaf ye, jgn salah fhm.Aku tak punya kereta sepuloh bijik!)



Aku ingat lagi.Malam tu, keadaan studio jadi tegang. Waktu tu kami sebok dgn projek final. Kalau sebot final projek tu, faham2 sudahlah macam mana rupa emosi masing2. Mmg masing2 emosi dah tunggang langgang. Spt pesakit mental. Hal kecik boleh jadi besar. Pulak tu... dipendekkan cerita yg panjang (since tak ada elaun yg aku akn dpt dgn mengulas kes pjg ni), kete tu di-accident-kan oleh 3 orang gadis. Bukan aku, plis! Bukan Farah, bukan Ainul Bukan Shida, bukan Mek Ti! Bukan aku dan kaum-kerabatku! Bukan, bukan, bukan! Walopon aku mmg pemandu pecut yg slalu perasan spt aku di litar sepang, tapi rekod kemalangan aku masih suci. Depa yg eksidenkan! Depa 3 orang! Mmg kedengaran busuk ati btol bila aku berkata macam ni. Tapi serius tau, itu yg aku dgn ainul teriak sakan pd mlm tu. Cuma kami tak teriak sehabis suara. Kami cuma teriak dlm hati sbb mlm tu, tak ada siapa berani bersuara kecuali Farah. Sbb kete tu kete dia. Dan bukan pulak dia yg eksidenkan. Bengangkan kes ni? Terkedek-kedek hangkut kete utk kemudahan sendiri, tup2 weng! dek penangan keje org lain. *maaf, emosi aku mmg cepat terangsang*



Farah,
Sori kalau aku cakap, aku terasa macam nak main ganyang-ganyang mlm tu bg pihak kau.
Aku dgn ainul mendidih sungguh. Entah berapa panas didihnya, aku pon tak tau.
Tapi kalau dibuat nescafe, mmg enak jugak nescafe panas hasil air didihan perasaan aku.
Aku sedar aku tak sesabar Farah.
Aku tau mlm tu sebenarnya sgt tegang tapi dgn adanya kepala2 yg serba waras (tidak termasuk kepala aku) semuanya jd di bwh kawalan.


Macam mana kalau itu kereta aku?
Aku yakin sungguh episod ceritanya lain amat.
Sungguh berbeza ceritanya dari apa yg berlaku pada mlm tu.
sekurang-kurangnya mau perang dunia mlm tu.
Mau jugak terjadi perang dingin yg berlarutan hingga ke hari graduation.
Mungkin jugak aku sudah punya musuh tradisi.
Sbb apa?
Sbb aku tak sesabar Farah atau sesabar manusia2 mulia yg lain.
*jgn ambil tauladan sifat aku yg ini*




3 orang gadis yg telah meng-eksiden-kan Si Kuning, terpaksa bergolok gadai ringgit msia yg ada utk bayar kos rawatan si kuning. Beberapa ari 3 org gadis ini jadi bisu 'bukan semulajadi'. Selayaknya mereka membisu. Maunya tak, kau! Melayang macam layang-layang terputus talinya kepingan wang RM1000 ++ nak hanta kete farah ni repair. Aku dgn kaum-kerabat aku dah mula susah ati. Dah la time tu musim pekser. Kami sgt perlukan kete tu utk menghangkut kami ke dewan pekser.


Semuanya kami sangka selesai setelah 3 org gadis itu menjadi bisu selepas terkena kejutan yg bernilai RM1000++. Tapi rupanya tak!!!! Lepas xm sumer dah abis, ketika kami sudah pon mendapat result pekser dan ketika kami sdg teruja dgn cuti yg indah ini, tiba2 Farah bagitau berita sensasi yg sgt memarahkn ni.Tadi Farah bitau aku. Woih, dah lama tau kes nih! Dah berbulan-bulan.Dah jadi sejarah dah pon. Nape ada plak saki baki yg sgt jijik macam nih????


Student India yg langgar kete Farah tu, pakai peguam pulak nak tuntut ganti rugi kat pemilik kete. Pemilik kete dah sah lah ayah si Farah. Kamu teka berapa tuntutan si india tu? Lekas teka...! Ye, tekaan kamu salah spt tekaan aku jugak. Aku teka tadi dalam 2 atau 3 ribu.Tapi Farah kata, surat lawyer menyatakan harga ganti rugi moto india tu ialah RM5400++. *aku pon pegang dada aku yg terkejot berok*.


Weh, macha!
Takkanlah gi repair moto sampai 5 ribu?
Kami punya kete pon satu ribu je (Kami punya?? Kami itu merujuk kpd semangat setiakawan kami kepada Farah.Sama2 guna, sama2 berjoli dgn kete tu, sama2 tanggunglah.)
Dengar cerita dari 3 gadis itu, si india ni student law.
Bayangkan sekarang!!!!!
Sorang student law bercakap dan berputar belit.
Ditambah pulak dgn genetik kaumnya yg sgt berpuaka dlm berkata-kata.
Mau tak mabuk lawyer yg dengar?
Tu pasal jugak kot Farah dikenakan tuntutan ganti ribu sebanyak tu.
Mentang2 la kete tu tak berdaftar.
Tapi itu masalah kami dgn ukm!
Bila eksiden, masalahnya dgn polis.
Undang2 tetap undang2. Ye kan?
Ternyata sgt motor tu yg langgar dari belakang (sila rujuk gambar)
Bukan kawan aku yg langgar motor dia,
Dia yg langgar kete yg kwn aku drive!
Durjana la lelaki India ni!
Macha ni kami sembelih urat tengkuk sempena krismas ni baru tau....!
Wang ribu-riban tu bolehla dijadikan wang belanja majlis kematian dia.
Aku bengang!
Aku rasa sgt tak logik harga RM5400 ++ tu.
Sbb bagi aku kan, Beylo...
Harga keseluruhan jasad macha it sendiri blom tentu boleh laku dgn nilai RM54.
HAHAHAHAH....


Kesimpulan : Aku bengang. Aku bengang pada semua perkara bermula dari kes mlm eksiden itu sampailah ke kes hari ini. Kesian Farah. But keep in mind, kamu ada kami! 'always'. Sgt berharap ayah Farah dapat lawan kes ni sbb aku rasa terkilan kalau membayar RM5400++ demi seorang macha yg tidak punya nilai dipasaran gelap. Miung miung ! (aku baru belajar bunyi-bunyian ni)


Beylo!
Aku bengang. Aku rasa spt mau melanggar lari peguam yg sanggop melayan kes sebodoh ini.
Aku ni cuma 19 tahon, Beylo!
Kecikkan umo aku?
Kawan2 aku juga masih kecik.
Kami sgt kanak-kanak utk diheret dlm kancah tidak sehat begini.
Peguam, ganti rugi ribu-riban, eksiden, kete... kedengarannya sgt bodoh utk diserahkan pada gadis-gadis seusia kami.
Kami hanya layak berurusan dlm nilai 2, 3 hinggit dan sen-sen ajer.Ribu-riban ni.... errr! Seriau!

Kamu!
Kamu pikir apa?



Semakin byk tragedi dlm hidop aku.Menjadikan kehidupan aku sgt sempurna sebenarnya. Lucu kan aku punya cerita sebegini rupa pada usia 19 tahon aku?



aku saket...
saket yang amat....

 

Tuesday, December 20, 2005

Datin buli Tan Sri

Kesejahteraan buat kamu semua...!

Aku kan, Beylo... tak payah kawen dgn Dato'...... dah jadi Datin.
Pakai rugged2, tak pakai elite2..... dah jadi Datin.
Mkn nasik kat cafe tepi tasek fakulti, tak payah mkn kat restoren elite... dah jadi Datin.
Purse byk resit, kurang ringgit mesya... dah jadi Datin.
Maknanya apa tu, Beylo?
Maknanya... aku mmg dicipta dlm apa cara sekalipon, ttp bergelar Datin.
Aku suka title-title kedengaran kaya dan raya begini.
Walopon aku Datin olok-olok,
Aku ttp menjadi President Datin Association.
Alah, kelab underground yg dianggotai oleh suku-sakat aku.


Mlm ni, aku akan menglipur lara! Kamu fhm kan bila aku kata aku akan menglipur lara, maksudnya aku mau conteng berjela-jela sampai kamu barangkali berpotensi utk bengang dgn hasil contengan aku yg maha panjang. Sbbnya mlm ni fikiran aku lapang sungguh. Perut aku pon sudah berehat barangkali dari berteriakan meminta makan. Otak aku berkelakuan baik, tidak punya elemen2 tak berfaedah utk dipikirkan. (nasehat aku : buatlah bacaan secara siri atau berepisod)


Sistem Pesanan Ringkas Datin bersama Tan Sri

Hampir pukul 2 pagi semalam, Faiz studiomate aku yang jugak kami gelarkn sebagai Pa8 (baca: Pa-eight) sms aku. Musikal sungguh bunyinya enset aku yg kecik tapi gemok. (note : Merah itu sms pa8, kelabu itu sms aku)

Oi, da tdo ke?
Lom.Nape?
Ko ni x reti2 ke nk tdo awal? Ade gosip2 pns x? *inilah lelaki skang*
Ada.Tp tuk ahli gosip Datin club aku je.
Aku nk join club ko, tp aku jd Tan Sri r. Boleh?
mmm...menarek gak.Bole ar.Tp kena aktif xtvt club.
Blh...Xde halnyer.Jgn ajak aku g shopping da la...Apa gosip terhangat?
Aku da kurangkn brt bdn! ! ! miahaha! tu je... wakaka.. weh, ko ada dpt tau result sesapa?
La... Tu suam2 kuku jek. Kurus? ye ke ni?Bole caya ke? Bape saiz suar ko? Dari aritu xnak bgtau.Ko nk tau result sape?
Xla kurus sgt.tp ok gak la. Ko x leh pertikaikan nnt.Selekeh ar ko tanya saiz suar! ko bitau la sapa2 yg ko tau result dia.
Apalak selekeh?smart apa tanya camtu. eleh, malula tu. Ckp ar ko free size, sume pakai getah kan.. hehe..ko nk tau sume ke?Byk tuh. Klu bg upah bley ar. *ni la lelaki skang.asyik minta upah*
Aku banjer ko sarapan nnt.Pearl Kacip Fatimah.ihik. Ala, bitau la sesapa yg ko tau.
*Pa8 pon ngan selamba mak minah bitau sumer result kengkawan aku satu persatu.Byk gila dia tau. Ntah main pakai bg je dia ni.Ntah2 bebudak tu dah warning jgn bitau sesapa.* Hah, letih.Ni bukan setakat kacip fatimah, kena banjer kopi jantan skali nih!
K.Tq atas informasi.nnt segala mcm kopi aku sogokkan.
Camtu r.Aku nk skali ngan vender machine kat dpn studio tu tau.*terbayang aku muka puas Pa8 yg sgt dikagumi oleh aku, farah dan ainul.dia ni mmg pandai wat muka puas*
Ok.Ok. Sorang Datin banjer sorang Tan Sri air peti besi dpn studio.Wakakak...
Haaa la tu.. Ko x anta organ* kat aku ke? da lama aku mendambakan organ* darimu...
Ye la.Sok aku anta.Bape organ ko perlukan? Aku nk tdo dah ni.k. nite.
Seberapa larat yg ko boleh.Hahaha... sertakan skali size pinggang suar anda.Haha... Nite cik kurus konon2...


Dan sms kami mati di situ. Kami masyarakat studio ni mmg punyai koleksi perkataan underground. Antaranya ORGAN. Apa itu Organ?Organ tu merujuk kpd sejarah yg berlaku pada sem lepas, ia bermaksud Testimonial di frenster. Owh, tidak sama sekali aku nk meriwayatkan sejarah terciptanya perkataan Organ itu. Sbb ianya akan menimbulkn pelbagai spekulasi kurang sehat dikalangan kamu yg membaca nanti. Bak kata pepatah, yg baik canang-canangkan, yang burok sorok-sorokkan. (pepatah buatan aku). Yang pasti, Farah pernah jadi insan termalang pada ari istilah ORGAN diwujudkan.Sbb Farah punyalah lampi hari itu.Sampai berjam-jam lamanya baru dia fhm kenapa kami berORGAN-ORGAN sambil ketawa sakan.


Beberapa perkara gila yang kurang waras dpt dianalisis dr perbualan sms tu. Ni nak gebang kat kamu.

  1. Gejala 'sebok nk amek tau result org' sgt menular dlm diri aku dan Adian. Setiap mlm kami berchattingan semata-mata membuat perkongsian maklumat keputusan pekser studiomate kami. Apalah baiknya aktviti ni kan pada aku dan Adian? Cam boleh jadi jutawan je klu kami jual result bebudak ni.Takde maknanyer....!

  2. Semua masyarakat studio sgt gila pangkat. Masing2 nak jadi Datin la, Tan Sri la. Aih... itu namanya cita2 tinggi atau perasyan hebat?

  3. Kami semua penggemar air minuman yg dibancuh oleh mesen peti besi. Tapi sejak mesen itu sudah pandai menipu dlm urusniaga, iaitu dgn menukarkn air kosong (spt air lumpur) yg sepatotnya air laici dan milo, kami mula menaruh benci di hati pd mesen tak berdosa itu.

  4. Ada 2 lelaki selalu jahat, kadang2 baik, yg terlalu taksub mau tau saiz suar aku. Sampai sorang ni sanggop memujuk rayu kat aku. Nyaris2 jugak dia dihempok oleh bodigad aku Farah Diana akibat soklan selekeh mereka itu. (agak2nya, boleh jual ke info saiz suar aku tu kat News Strait Times? Estupido btol.)

  5. Mereka salu tak percaya potensi aku untuk kurus! Jaga angpa! Aku kuruih nanti, angpa nganga la besaq lebaq sampai bapak harimau kumbang pon muat masok mulot angpa. Angpa jagalah!

  6. Aku dah ada DUA janji. Janji yg dinamakan JANJI PEARL KACIP FATIMAH. Satu nak banjer Pa8, satu lagi nak banjer Adian since dia da selamatkan Pendrive aku dari dikebumikan.


Kamu semua! *aku suka teriak kan?*
Tadikan, aku ketemu kembali sama sahabat itu.
Sahabat yg buat aku jadi alim warak masa usia kecilku. Masa usia 14 tahonku.
Dia adalah si jejaka supan santun yg pendiam tp punyai potensi menyakitkan ati aku dan Marlia dgn lagak sarcastic nya.
Dia adalah jejaka terror matematik, yg mana buku petak2 utk buat latihan maths nya salu dipinjam sampai berhari-hari oleh aku.
Untuk tujuan meniru. (aku mengaku aku suka meniru homework org)
Dia jugak adalah si jejaka sumbung (pd awalnya) dan menjadi sgt ramah tamah dan antara besfren aku time form 2 (pada akhirnya).
Dia adalah si jejaka yg enggan menjawap pertanyaan 'jam berapa' yg aku ajukan pd dia. Sumbung kan? Sbb dia memandang aku bukan gadis muslimah, solehah dan islamiah spt yg diharapkannya.
Sbb dia juga mengandaikan aku bukan cewek yg baik utk lelaki se-alim dia.
Tapi ngak pedulik gwe! Bukan aku mau berpacaran sama dia.Cuma mau dia knal istilah mendekati muslimah secara berhemah.


Tapi....
Dia adalah cowok yg salu bagi aku gula2 yg sedap semuanya!
Yg sgt enak dan jarang dijumpai hinggakan aku hampir tak bernafas jika sehari tanpa gula2nya, (since aku hantu manis-manisan)


Dialah Saiful Nizam. Dia SMS aku tadi sejak 5 tahon ilangkan diri. 5 tahon aku x tau mana dia ilang tanpa jejak. Aku sebetolnya sgt suka kwn ngan dia walopon pd mula2 perkenalan, dia adalah budak lelaki yg sgt menyakitkan ati aku dan Marlia. Suka underestimate ilmu agama aku. Pernah sindiri aku sbb lambat2 kan solat Asar. Jugak penah sindir aku salah gunakan populariti aku kat sekolah.


Salahguna Populariti ? ? ?

Katanya, aku patot gunakan populariti dan pengaruh aku kat sek tu utk ajak org ramai buat baik.Utk jd contoh muslimah sejati.Dia kata aku sorang yg suka main-main, nakal-nakal, dan glamer ke lain.Mula2 aku bengang. Lama-lama aku terikut dgn dia.


Ingat lagi, setiap kali masok Asar, dia akan bangun.Bangun je dia dari kusi dia dpn aku, beerti bebudak boys yg lain pon bangun. Pastu dia akan pusing blakang, pandang kat aku ngan Marlia.Tu kiranya signal yg menyuruh aku turut bangun ke surau. Apalagi, demi sebuah maruah, aku pon ikut. Lama2 aku jadi sgt islamic. Sampai aku dan Marlia berubah langsong. Sonok detik2 menjadi muslimah sejati time tu.


Bykla kisah2 dgn dia.Dan ada jugak peristiwa surat layang. Aku tak sure aku patot atau tidak contengkan di sini. Nanti aku ajak otakku berbincang. Kalau otakku kata "Okay Nurul, boleh conteng pada Beylo!" aku akan tunjuk surat layang itu yg penoh ingatan akhirat yg mengerikan.


Beylo : Kamu dah conteng byk! Mereka yg baca da bosan!
Aku : Sejak ble ko pandai sound aku?
Beylo : Sejak jari ko makin hyperaktif menyonteng aku. Aku rasa sarat menanggung contengan melampau kamu.
Aku : Aku..aku... aaa...aku... *tiba2 aku kelu*

Baiklah! Aku mau beredar dari arena menglipurlara yg tidak memberiku wang saku sampingan ini! Aku mau ke bilik bunda, bertemu bunda. Tanpa perlu menaip sebegini dasat, membazir jutaan unit Joule tenaga jari jemari aku, aku mau menuntut wang RM160 pada bunda. Wang aku yg berada di bwh naungan bunda. Betapa sengkeknya aku kini, Beylo. Kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg.. (acah jer! sapa pulak main kais-kais? sapa? sapa?)

Seblom aku merepek hingga kamu semua pitam yang membawa kepada mabok kepayang, baik aku berambus skang jugak! 1,2, 3, berambusss!



note:
  • haikal sudah punya RXZ biru.Lawa pulak kulihat body RXZ itu.
  • Kak Siti sudah tag aku menjawap soklan2 nyer. Maaf ye. Sy terasa blom cukup punya jawapan itk soklan subjektif tu.Aku nk pk elok2 jawapan aku sbb kebanyakkan soklan, aku cuma boleh jawap "tak penah". Tp aku akn jwp gak esok.
 

 


This is a personal weblog. Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be informed that you are now under a DICTATOR rules.

"dictator" is generally used to describe a leader who holds and/or abuses an extraordinary amount of personal power, especially the power to make laws without effective restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org

  Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err... welcome.


 


 

THEWARDROBE

The Engagement

 



 

Klasik

www.flickr.com

Copyright Reserved
Created by : Chikadior  Date : 7 June 2008
"... the rest is still unwritten ..."