♥
Name
♥
Chika Chika Chika
♥
Live In
♥
KualaLumpur,Malaysia
♥
Date Of Birth
♥
21 April 1986
♥
Education
♥
Degree In Architecture, UKM
♥
Love
♥
Colors
Shopping
CRV
Hyundai Coupe
Wise Peoples
Food
Graphics
♥
Loath
♥
Cats / Animals
Homework
Kids
Alarm
Stupid Peoples
Chika's Twitter:
|
|
The Engagement : Part 1
Assalamualaikum wr. First of all, thank you to Aizar for the previous entry. Aizar yang update. Nampak tu, conteng by Aizar Azman. Err. Itu prelude. Bukan gimmic. Tahukah yang hidup aku sangat sibuk kebelakangan ini sampai nafas-nafas yang disedut pon belum sempat dihembus. Oleh kerna aku sangat sibuk, jadi aku pon tidak ada masa nak membuat lawak atau membuat saspen yang tak seberapa. Err. Maksud dia, previous entry adalah benar. Bukan gimmic. Tak percaya? Sudah. 27 July 2008, aku sudah menjadi tunangan orang. Tunangan? Apakah? Err. Tunangan lah. Walaupon semacam masih berbunyi aneh, tetapi memang begitulah hakikatnya. Maaf kerna tidak mengumumkan kepada semua. Aku, keluarga dan teman-teman pon dalam kejutan. Sebab itu, sepanjang minggu lepas aku asyik mengadu kepenatan. Luckily, ada Aizar. Kami tak buat kenduri besar-besaran pon. Sebab itulah tidak menjemput anda dan anda dan andalah. Cuma membuat majlis baca doa dan makan-makan bersama keluarga sahaja. Sebab plan asalnya, kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk hanya membuat majlis hantar cincin. Tapi, dah namapun orang datang ke rumah, haruslah menyediakan makanan dan secara tiba-tiba atau tanpa sedar, terciptalah sebuah majlis yang daripada kecik-kecik kepada besar sikit. Tapi err... bukanlah kenduri besar-besaran. Faham kah? Jumaat lepas, 18 July 2008 beliau bersama mak beliau datang ke rumah. Sumpah aku tak tahu pon tujuannya adalah untuk merisik. Dan seminggu kemudian, iaitu pada hari Ahad lepas ... kami pon sudah bertunang. Sebab itulah macam yang aku kata. Lebih laju dari bullet. HAHA. Err. Salahkan beliau. HAHAHA. Kisah-kisah on the preparation before the day, aku akan tuliskan kemudian. Seminggu yang melelahkan dan mencabar kesabaran. HAHA. Tapi masih enjoy :p Marilah aku ceritakan sikit-sikit kisah apa yang berlaku pada 27 Julai 2008. Iaitu pada hari bersejarah dan aneh itu. Pagi-pagi bangun, aku dengan Aizar teruslah mencari Aunty florist. Kami hantar a basket of fruit suruh Aunty siapkan sebagai hantaran. Sebabnya, kami dah tak larat nak membuat kerja-kerja tu lagi. Aizar sampai demam-demam. Aku pulak tak tidur-tidur malam. Memang gila punya tumpas seluruh anggota badan. Dengan terkejutnya, penat lagi dan hidup dalam ketidakpercayaan. HAHA. Lepas ambik dua hantaran tu, kami pon berjalan masuk ke supermarket membeli barang dapur untuk dimasak (bukan kami masak. Ibu masak) Dengan muka tak malu secara total, kami berjalan mengelilingi supermarket membawa hantaran. HAHA. Adalah pulak mata-mata liar menjeling. Aik? Pelik ke? Memanglah pelik. Bawak hantaran tawaf supermarket, apa kejadahnya? Dan secara tiba-tiba ... ketika melintasi depan dua orang lelaki (aku kenal dow lelaki-lelaki ni. kalau aku datang dengan mak aku beli barang, dia suka je main usha-usha dan aku pon akan berlagak macam bagus) Aku rasa, dia nak kawen lah. Tiba-tiba aku terdengar perbualan mereka. HAHAHAHAHA. Err. Salah. Aku bukan nak kawenlah. Nak bertunang. Kurang tepat di situ. Kesimpulannya, aku berasa sangat rock sepanjang minggu lepas. Sebab menjadi orang yang nak bertunang secara rockers. Tak tidur, membuat hantaran, sibuk kacau Aizar baking, memasak-masak(?) dan keluar shopping macam sawan mencari bahan-bahan pertunangan. Best wo. Sepanjang minggu lepas, aku dibenarkan shopping secara kuak bebas. Tak cukup, mintak. Tak cukup, mintak. Mana tak best? Dan ingat. Aku dan Aizar melakukan banyak perkara secara sendiri tanpa orang-orang tua. Kan betul aku kata. Rockers. Lepas solat Zohor, terus bersiap. Solat pon sorang-sorang. Lepas solat, duduk berteluku sekejap sambil air mata ni bergenang. Sayup pulak perasaan. Sujud sekejap. Kasi lapang fikiran. Waktu tu, satu je aku fikir. Itulah solat terakhir sebelum aku bertunang. Boleh pulak kan? Baju tunang tu pulak mempunyai kisahnya yang tersendiri. Iaitu mulanya dihantar kepada taylor sebagai baju untuk raya. Setelah Mr.Fiance membuat kejutan mengajak bertunang dan dibagi masa seminggu, aku pon terus call taylor mintak ubah design. Alhamdulillah. Berjaya. Dan separuh mati mencari kain. Gila. Gila. Gila! HAHAHA. Tapi, memang sebuah kebetulan yang indah. Aku boleh pulak membeli kain putih berkilat untuk raya. Putih seputih-putihnya. Macam tahu-tahu je, kejadian tunang ni ni nak terjadi. Oh. See. Satu perancangan Allah yang tidak tercapai dek akalmu. The first thing, make-up! Aku tak suka make-up tebal-tebal ni. Macam muka kena conteng atau semacam dibuat mural pada wajah. Aku juga merasakan, wajah yang diconteng dengan make-up akan menelan kecomelan aku yang sangat comel tersebut. HAHAHA. Tapi apa nak buat. Mak Cu aku sangat obsess dengan make-up. Dia pon make-up aku secara contengan muka. Sampai aku pon berasa sangat 'monumen' muka aku. Tengok. Mula-mula aku make-up sendiri. Lepas tu semua orang kata, semacam tak make-up je. Maka, muka aku pon diconteng secara dahsyat. Aku pasrah. Tengah-tengah make-up, rakan-rakan pon datang. Sangat gembira. Farah, Aisyah, Ainul, Sarah dan Nisa. Thank you guys! With lotsa loves. Mereka pon semacam teruja melihat aku, dan aku pon teruja melihat mereka. Mereka pon melontarkan kata-kata pujian dan juga kalimat-kalimat magik penuh rasa tidak percaya. HAHA. Pukul 3.30 petang like that, keluarga belah lelaki pon sampai. Aku punya jantong ni dah terlalu berdebaran sampai rasa nak cramp. Dipendekkan cerita, petang itu ... aku pon disarungkan cincin oleh ibu beliau. Err. Atau disebut sebagai bakal ibu mertuaku (Berbaju dan bertudung purple). Erk. Macam comellah bunyi tersebut. Dan untuk petang itu, akulah Diva. Semua kamera berpusu-pusu ke aku. Semua orang nak bergambar dengan aku. Err. Diva. Sangat Diva. Dan aku pon tetap merisaukan make-up aku yang gila menyerlah. Muka yang sudah sedia merah menjadi termerah-merah. Baiklah. Aku pon menulis secara ekspress ni sebab semua orang sudah YM aku mintak update. Betul-betul buat aku stress lah anda ni. HAHA. Oleh itu, aku pon berasa sangat malas mahu menulis lagi. Nah, tengoklah gambar. Mungkin kisah ini akan dipanjangkan kepada Part-Part seterusnya. Sebab macam banyak yang nak dikongsikan. Hantaran dibuat sendiri secara mengejut dan secara serba sederhana oleh aku dan Aizar. Gembira wo buat benda ni. Walaupon agak men-stress-kan. Mula-mula memang takda plan nak membuat. Tapi disebabkan desas-desus yang mendorong, maka aku dengan Aizar pon menjadi excited. Turun KL sepanjang minggu dan abes semua kedai pengantin dekat KL kami dah redah. HAHA. Seronok i tell you. Theme adalah Roses. Merah, Hitam dan Silver.Dari curtain ke bedsheet. Atas meja, carpet dan segala perhiasaan adalah roses merah. Anyway, Thank You to Ibu ( Aizar's mother) yang merupakan taylor untuk curtain dan bedsheet. Nah, sedikit sebanyak muka aku. Untuk kali ini. Kawan-kawan studio yang datang dan juga Aizar ( Setiausaha Agong) Haha. Oh. Gambar ini tanpa Nisa. Sebab Nisa datang lambat. How do I feel? Syukur Alhamdulillah.
And oyya. I'm NOT single.
Memandangkan semua orang semakin marah dengan aku, sampai aku pon sudah tak larat nak melayan YM aku yang sudah hang berjuta-juta kali, lebih baik aku publish yang ini dulu. Err. Ada warning. Jangan bertanya soalan-soalan boleh kah? Sebab aku akan update lagi secara pukal. HAHA. Stay tuned.
Next, in Nuruloveme : - Nurul and friends during the engagement - Nurul and family
Anda tunggu dengan tabah.
Photography by Farah, Aisyah, Aizar, The Fiance's Bro, and The Fiance's Sister
Labels: engagement
|
The Engagement : Prelude
"Selamat Bertunang" Kepada Nurul Haizum (CHIKA) dan pasangan. 27 July 2008 Cheras Baru
With Love :
Sahabatmu yang sentiasa menyayangi, Nurul Aizar Azman
Episod seterusnya, tunggu...
Labels: engagement
|
Roses are everywhere
Terasa penat yang sangat. Bukan merungut atau mengungkit. Aku memang gembira dengan semua kepenatan. Sangat sangat gembira. Cuma jauh di suatu bahagian, aku ada terasa gelisah yang entah kenapa. Err. Tak boleh dinyatakan secara tepat. Sebab aku pon tak berapa tahu apakah yang aku rasa. Macam berasa macam-macam. Malam semalam, mood tak berapa baik. Mungkin aku penat sepanjang minggu berkejar ke sana sini. Sebab tu aku rasa nak marah. Padahal aku tak tahu aku nak marah siapa. Aku pon semakin gelisah menunggu waktu. Hari demi hari. Makin susah nak tidur. Mungkin ini cuma perkara biasa. But, I am not a simple person. Otak aku pon disebabkan terlalu pandai, cerdik bestari dan memang gred A punya pandai ... maka sangat panjanglah fikiran aku. HAHA. Aku teringat dialog dalam filem SEPET yang menyatakan, lelaki tak berapa perlu memahami wanita. Tugas mereka, hanyalah mencintai wanita. Agak rock la jugak kalau diterjemahkan ke dalam realiti hidup. Tapi at one point, memang betul. Sebab lelaki tidak akan memahami wanita walau segigih manapun mereka cuba untuk memahami. Sebab wanita merupakan satu organisma yang kompleks. Lelaki boleh memahami. Tapi secara sikit-sikit. Kecuali mereka pon bersetuju menjadi pondan atau transeks, maka kefahaman mereka tentang wanita akan mendadak naik. HAHA. Erk. Gila ka? Aku sudah ok pagi neh. Itulah dinamakan kepala angin. Iaitu ok dan tidak ok secara random. Bila mood pon tidak ok, aku pon menjadi garang. Bila mood aku sangat ok, aku pon akan menjadi seorang orang yang sangat baik mengalahkan pari-pari. Err. Sebab itulah anda jangan mendakwa yang anda mengenali aku. Tak ada siapa yang mengenali aku lebih dari aku mengenali diri aku sendiri. Ngeh ngeh. O. Aku nampak roses di mana-mana. Roses ... roses... roses... HHAHAHAHAHAHAHA. Kang lapar, ada jugak aku makan nasik lauk roses. Err. Pyjama pon roses. Aik? HAHAHAHA. Tahukah aku sangat suka roses? Tapi jangan dicampur-campur secara sarat. Nanti kemewahan roses akan menampakkan kemiskinannya. Aik? Err. Tak fahamlah bukan? Anda tak payah memahamilah. Cukup sekadar mencintai. Aik? Tak payah mencintai akulah. Baca saja apa yang aku tulis. Kemudian buatlah ekspresi muka. Aku cuma nak cakap, aku dengan Aizar memang pandai. Err. Bukan memang selalukah aku mengaku diri sebagai sangat pandai? Ye lah. Memang pandai. HAHAHAHA. Oyya. Aku single.
|
Dadah Pagi
Good Morning. Semua orang gembira. Seronoklah sebab blog sudah open to public. Mereka kata, tindakan yang bijak. Ada yang kata, berbulan-bulan tunggu akhirnya dapat masuk juga. Ada yang kata mereka takda peduli. Memanglah anda takda peduli. Sebab anda ada akses semasa aku mem-private. Tapi secara kesimpulannya, semua orang sangat seronok sebab mereka tak payah log in dan menaip password sebelum mendapatkan 'dadah'. Mereka yang kata. Ishk. Anda ni. Bersusah sikit pon tak sanggop. Tengoklah aku. Bangun pagi-pagi memblog padahal perbuatan membangun pagi merupakan satu cabaran gila punya gagah. HAHAHA. Err. Aku nak kata, aku bangun pagi dan membloglah. Sedikit berbaur riak di situ. Macam tak berapa cukup 'dadah' lah blog aku minggu ni. Kenapakah sangat slow? Sebab aku sangat nebes di dalam jantong, jiwa dan jasad sampai tak ter-blog. Dan aku sangat banyak menghabiskan usia-usia remaja yang tak berapa nak remaja ni dengan Aizar. Wo ai ni. Malam semalam, berpeleseran dengan Aizar secara indoor sampailah pukul 10.30 malam. Buat apa? Main mak-mak. HAHA. Dah sampai tengah malam, dua-dua menggelupur lapar. Tu lah akibatnya kalau tak jumpa nasik selama satu hari. Err. Macam yang pernah aku kata, aku sangat suka makan nasik. Tak dapat nasik samalah macam tak dapat err.. dadah. Dadah lagik. Aik? Cuba engkau kira berapa kali aku dah sebut perkataan 'dadah' pagi neh. HAHAHA. Kami pon keluarlah semacam kelawar mencari rezeki demi perut yang berpancaragam. First time aku keluar makan tengah malam sepanjang aku duduk dipangkuan keluarga. Kalau dekat campus tu, memang dah mengalahkan kelawar dah. Orang ramai dah mula bertanya... apakah aku buat sekarang neh? Tak da apa. Aku masih seorang penganggur berhias. Masih makan dan minum dan memberuangkan diri sambil ber-astro from am to pm. HAHAHA. Kelakar okey bila ada yang tanya bilakah aku akan mula interview dan bekerja. Sebab jawapan dia, entah. Aku belum apply mana-mana pekerjaan kantor. Tahukah aku sangat fobia hendak membuat kerjaan secara kantor. Aku semacam mahu bekerja secara lapang kepala dan mata hati. Err ... seperti bekerja di tengah padang rumput segar. Ya. Kerjalah menjadi penternak biri-biri. Dan akhirnya biri-biri akan menternak aku. Dan kami mungkin saling menternak. HAHAHA. Gila ke? Nanti lepas konvo aku kerjalah. Parents pon dah mula tanya secara tak berapa tanya neh. Aku rasa, parents tak berapa kisahlah kalau aku tak bekerja. HAHAHA. Memanglah. Sekarang memang tak kisah. Tengoklah lagi sebulan dua. Memang mak aku mengamuklah tengok aku bersenang-lenang goyang kaki ke kiri dan ke kanan mengalahkan anak Tan Sri. HAHA. Sebenarnya semalam East kasi aku title baru. Dato' Sri Penganggur. Macam ok jugak. Tahukah apa kelebihan menganggur? Anda akan berasa sangat lapang di dalam kepala dan di dalam perut. Anda akan berasa sangat lumayan kehidupan anda tanpa berasa penat lelah yang kurang berbaloi. Selain itu, anda akan mempunyai masa yang melimpah ruah untuk memanjakan diri, mendampingi keluarga, bergembira dengan teman-teman, memberikan kasih sayang yang mencukupi kepada kekasih dan err... menghabiskan harta ibubapa anda. HAHAHA. Err. Aku bukan provoke. Kalau anda terpengaruh, maknanya keyakinan anda terhadap diri sendiri sangat cetek. Tengoklah aku. Sangat yakin kepada diri. Jadi, aku tetap tak akan membenarkan orang ramai menghina perbuatan menganggur yang sedang aku lakukan. HAHAHA. Erk. Perenggan ini sebenarnya merupakan perenggan membazir. Di mana anda tidak boleh mengambil iktibar terhadap content paragraph ini. HAHAHA. Siapakah suruh baca?Tahukah sekarang sangat pagi. Waktu yang baik untuk memulakan kehidupan secara energetic dan spiritual. Kenapakah menghabiskan waktu pagi anda dengan membaca blog aku? Err. Tengok. Pagi Jumaat anda sudah terisi dengan perenggan-perenggan ayat seorang penganggur yang menulis secara paranormal. Itulah. Aku nak tanya. Siapakah suruh baca? HAHAHAHA
|
nurul love me
Nuruloveme bukan sebuah private blog lagi. Aik?
Tidak ada satu alasan yang paling tepat tentang kenapakah aku membuka semula blog kepada public. Tapi menjawap entah kepada soalan-soalan merupakan satu tindakan yang menampakkan sifat kurang cerdik. Untuk tidak menjawap entah, aku menyatakan sebabnya secara totally positive.
- Bukankah aku mendakwa diri sangat berkuasa ke atas blog aku? Oleh itu, menjadi hak aku secara menyeluruh untuk membuka atau menutup blog. Tanpa berasa terancam dengan siapa-siapa. Dan tanpa notis juga tanpa perlu menghuraikan sebab.
- Tiga tahun aku menulis secara bebas, kenapakah harus berakhir dengan menulis semacam pengecut? Perbuatan berciri loser harus dimansuhkan secara mandatori.
- Pagi yang gelap, kini sudah terang. Ya. Hari baru. Kehidupan baru. Berubahlah. Sampai bila mahu menjadi manusia tipikal? Jadilah luarbiasa.
Err. Tanpa jaminan. Mungkin pada jam 8.26 malam ini blog terbukak luas. Mungkin dalam jam 9.01 malam, sudah ter-private kembali. Kenapakah? Sebab aku sangat berkuasa. HAHAHAHA. Dan tak berapa bersebab perbuatan ni. Jadi, tiada tindakan bijak yang akan dilakukan secara konsisten. Err. Jiwa remaja. Blog ni pon, sangat remaja. Memang agresif dan sukar dijangkakan.
Mungkin. Jiwa sangat tenang. Sampai hilang kesedaran terhadap perbuatan sendiri. Err. Pendek kata, belum ada sebab yang sangat bersebab atas tindakan membuka blog ini. Tak payah tanyalah.
|
Open To Public
Good morning sunshine!
Malam semalam, aku telah tidur secara tidak berapa tidur. Jantung aku buat hal lagi. Dia berpancaragam. Sampai naik sesak nafas aku dibuatnya. Aku berasa sangat nervous tanpa sebab yang nyata. Aku tak tahu apa yang aku cuak sangat neh. Nak kata aku masih mabok, aku sudah sedar. Tapi actually aku memang orang yang sebegini. Aku memang jenis pemikir. Benda sekecik-kecik benda pon aku pikir jugak. Sebab itulah. Benda yang tiada apa pon, boleh menjadi 'sesuatu' daam pikiran aku. Apa nak buat. Dah otak aku ni hyper sangat. Ishk.
Pagi tadi berasa sangat malas nak turun dari katil. Kaki macam dah lumpuh. Tengah bergayutan secara komunikasi maxis, tiba-tiba aku terturun jugak dari katil maka aku pon secara separa excited, berasa gembira. Akhirnya setelah lama bergolek-golek mengalahkan tenggiling, aku berjaya seru jasad aku untuk bangun. Hoyeh. Comel betullah perbuatan neh walaupon nampak macam pemalas. HAHAHAHAHA.
YM kejap. Nampak Wani. Berteguran. Lama tak contact dengan dia. Dia neh la kawan pertama yang aku kenal dalam studio. Tapi kejap je dia dekat UKM. Lepas tu dia pindah Bandung, buat dentistry. Sangat sedih masa dia pindah keluar dari studio tu. Huhuhuhu. Lepas dia pindah Bandung, aku pon mula berpeleseran dengan Farah dan Ainul dan Shida dan Kembar dan mereka yang lain. Hehe. Begitulah trailer nya :p
Ada announcement. Blog akan dibuka kepada public. Bilakah? Bergantung kepada kesukaan hati aku. Ho ho. Bukak blog. Kenapakah membuka blog semula? Tak takut dengan 'sampah' kah? Helleh. Sampah. Buanglah. Rubbish. Bukan susah. Masuk dustbin. HAHAHA.
Jumlah readers sudah sampai limit 100. Blogger neh pon. Kasi lah permission up to 1000 readers. HAHAHAHAHA. Tak apalah. Aku pon tak larat dah membuat kerja-kerja penzaliman dengan meng-invite dan me-remove orang. Walaupon aku neh dictator, tapi sangat bertaqwa kepada Allah SWT. Jadi, aku pon tahu kesan-kesan melakukan perbuatan yang kejam. Huhuhu. Oleh itu, kasi bukaklah. Semua pon boleh baca. Anda pon boleh ajak sanak saudara, jiran tetangga juga kaum muslimin dan muslimat yang lain.
Semoga, apabila aku membuka blog secara public nanti ... tiada rubbish yang mengganggu blog aku yang gila punya comel dan ilmiah neh. Aku pon kesian jugak kepada orang yang tidak dapat diinvite.Nanti aku pon dituduh sombong padahal aku neh bukan sikit punya comel. Ishk. Engkau je tak tahu. HAHAHAHAH. Bila dah open to public, tatasusila pon harus dijaga. Isi blog akan menjadi 20% kurang sempurna. Sebab banyak tapisan. Maknanya, entry akan berciri 80% sempurna. Masih ok lah tu. Ditambah dengan suntikan dadah dan perencah lainnya, entry aku akan tetap menjadi 100% sempurna. Cuma kurang kontroversilah. HAHAHAHA.
Tapi warning ! Nak bergadoh, bertikam atau berkungfu master pon boleh dalam blog aku. Tapi anda bergadoh sesama sendirilah ok jangan libatkan aku. Satu yang tidak boleh, dilarang menjaja dan menjadikan shoutbox atau msgbox di sebelah kanan sana sebagai sarang pelacuran. Ni kang, muncullah insan-insan desperado melepaskan nafsu serakah dalam blog aku. Padahal blog aku ni bukan main suci lagi. HAHAAHAHA.
Okay. Tanpa kalimat penutup yang proper, aku mengakhiri entry pagi ini. Semoga hari anda adalah bermanfaat. Err. Bermanfaat? Ye lah. Apa-apalah engkau nak buat dengan hari anda. Aku tak da kisah pon :p
|
Betapa gilanya
Naik katil. Tak nak tido. Turun katil, duduk mengadap pc. Mengantuk pulak. Naik katil balik. Eh. Tak nak tido. Aku pon tak faham apa mata aku nak. Dia nak kena tikam agaknya. On ym. Kamal tegur. Borak sikit-sikit. Aizar dan kawan-kawan yang mengenali Kamal, beliau kirim salam. Just in case you guys ingat kat dia. HAHA. Okey. Mengantuk. Aku pon naik katil semula. Ishk. Tak guna. Bila dah siap sedia nak membuta tuli, time tu lah terkebil-kebil mata. Fikiran pon menjadi sangat panjang secara kecerdikan yang luarbiasa. Berfikir. Entah apa-apa yang difikir. Err. Aku cuma mahu menyatakan. Aku berasa sangat gembira ketika ini. Beliau benar-benar menggembirakan. Bercakap dengan beliau cukup buat aku rasa gembira. Aku pon tak tahu siapa 'mendadahkan' siapa. Tapi aku pon agak tak boleh kalau tidak berbual dengan beliau sebelum tidur. Err. He really made my day! "kau bila nak ada boyfriend weh?" - member tanya tadik. Jawapannya berbunyi HAHHAHAHAHAHA. Yang penting, hati aku sudah penuh. Tiada ruang kosong untuk disewa. HAHAHA. ♪♪ Ku tak mahu menjanjikannya. Pasti bahagia bila denganku. Biar dia rasakan sendiri. Betapa gilanya cintaku ♪♪ .... :))))))))) Walaupon terlalu banyak perkara yang menyentap emosi, deeeeeep down inside, aku sangat bahagia. And nothing can stop me. Semuanya ujian saja. Apalah bestnya hidup tanpa ujian. Barulah thrill. Dan err ... sensasi. Huhuhu.
|
photofun.com
Tiada cerita yang boleh diceritakan. Semua cerita pon tidak boleh diceritakan. Err. Tengoklah. Tengok foto-foto berciri 'perasaan' di atas. Err. Macam ok jugak. Agak boleh tahanlah kalau muka aku dikomersialkan. Err. Macam sesuai jugak. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH. Nak komen ke? Komen secara pujian saja ok. HAHA.HUHU.HEHE.
|
Kaki Sibuk
Sebenarnya aku sangat penat. Tapi ... "i think i'm shivering from withdrawal here" Alahai. Ada orang ketagih secara overdose lah. Walaupon penat, memblog jugak sebelum tiduran supaya orang tersebut tidak kecewa. Sangat tak sampai hati mengecewakan beliau. Hehehe. Hahaha. Huhuhu. Tumit kaki sakit. Itulah. Siapa suruh kaki anda terlalu cute? Mungkin kaki tersebut tidak lagi mampu menampung beban. Tapi tadi aku terasa seperti mendapat sedikit sinar harapan di hujung terowong (?) Aizar kata, dulu ibu kaki kecik. Lepas kawen, kaki beliau meningkat sebanyak satu atau dua saiz. Aku pon macam setuju sikit. Sebab dulu, ma pon kaki setaraf aku. Tapi semakin meningkat saiznya dari masa ke semasa. Itulah. Aku pon tak berapa faham apakah kaitan status perkahwinan dengan saiz kaki. Tak berapa logik. Tapi itulah. Perkara tak logiklah yang selalunya betul. Hohohohohohohoyeh. Tak adalah. Ini sebuah kebetulan. Kalau dah saiz 4 tu, beranak 18 pon akan tetap 4. Ngehngeh. Penat.Tapi bergembira dengan kepenatan. Melakukan sesuatu dengan hati terbuka.Memang perbuatan golongan cerdik pandai. Err. Akulah tu. HAHAHAHA.Walaupon penat dan diri menjadi korban, tapi ia merupakan satu kepuasan yang tak terungkapkan ( mana tak puas, dapat green light boleh shopping mati-matian). HAHA. Bukan. Tapi memang gembira. Lebih gembira, kerna mendapat kasih sayang yang mencukupi. Terima kasih kepada insan-insan tersayang yang disayangi dan menyayangi. Hidup sangat terisi. I am happy. Aku mungkin sedang sibuk. Mungkin. Tak berapa pasti aku neh sibuk ke atau menyibuk. Sebab tu aku takda pergi menyinggah dan melontar komen-komen puaka ke blog anda semua. Aku sibuk lah. Tapi aku masih seorang cerdik pandai. Jangan worry. HAHAHAHA. Sakit kaki. Buanglah.
|
Lalalala Kerja.
Sudah selamat install the latest version of Firefox. Perasaan? Tak ada perasaan. Sebab habis semua toolbar aku disapunya bersih. Kosong sudah di atas. Yahoo toolbar pun tidak compatible. Gila punya version. Tapi bukan itu sebabnya aku meng-upgrade. Sebabnya, post formatting buttons untuk blogger tidak compatible dengan aku punya previous version of Firefox. Ishk. Banyak songeh pulak. Aku pindah wordpress kang. Apa? Wordpress? Ha, ni kang muncullah tokey-tokey Kronikus goda aku suruh pindah Kronikus. Hallamak. Sangat berterima kasih atas jemputan tersebut tapi apa nak buat, aku setia mengalahkan pungguk rindukan bulan terhadap blogger. Guna blogger pon ok jugak. Err. Actually aku ada wordpress. Tapi sangat private. Sangat sulit dan berciri rahsia kelas A. Terlalu tinggi tahap rahsia tersebut, sampai aku pon dah lupa password. Tak da hal. Aku tak berapa peduli pon sebab blog ni dah cukup 'dadah' buat aku. Apsal? Nak kata aku tak pandai guna wordpress la tu. Hallamak. Aku neh serba serbi pandai tahu. HAHAHA. Nantilah. Aku design theme dulu. Tapi nantilah. Nanti beerti ... lambat lagilah. Sebab sekarang aku sangat sibuk dan dunia sangat memerlukan aku. Tak percaya sudah. Banyak lagi benda yang mendambakan komitmen daripada aku selain daripada nak mengadap coding. Setiap kali mengadap coding, aku akan ketagih sampai lupa dunia. Sebab tu aku malas nak memulakan. Coding pon agak dadah tahukah? Err. Pendek kata, kerja-kerja designing memang mendadahkan. Ishk. Asyik main dadah ja neh. Kalau kena tangkap, memang mati mandatori blog aku neh ayyoh. Tahukah aku sedang cuba melakukan apa sekarang? Aku sedang sibuk dengan Jobstreet. Tak percaya sudah. Hati aku sudah terbuka untuk resign jawatan penganggur berhias. Sebab walaupon sangat lumayan, tapi aku dah terasa sangat miskin. Buat waktu ini, aku hanya memerlukan wang. Yang banyak. Err. Banyak. Dan lagi banyak. Sekali lagilah. Memang nak sangat banyak wang. Apakah? HAHAHAHA. Ada tak pekerjaan yang boleh bagi aku paling buruk pon RM6000 sebulan? Seploh ribu pon okeh jugak. Tapi aku ada degree part 1 in architecture saja. Position bawahan pon tak apa. Asalkan gaji lebih RM6000. Ada ka? HAHAHAHHA. Chika ni boleh tahan gila jugak kepala dia. Betul. Aku sangat energetic mahu mengumpol wang memandangkan kos sara diri sendiri semakin meningkat dan tak akan pernah menurun. Ngeh ngeh. Wa. Chika dah bersedia bekerja. Macam baguslah bukan. Huhuhu. Marilah menangis. Aku bukan suka sangat nak bekerja. Sebab aku masih suka status penganggur berhias sebab position tersebutlah paling lumayan. Walaupon err.. tanpa gaji. Tapi aku pon mahu bekerja untuk diri sendiri juga. Anda pon tahulah kos sara hidup aku yang tak berapa relevan neh. Sebab itulah. Lagipon aku merupakan sebuah organisma bernyawa, hidup dan mempunyai roh juga jasad. Atau diistilahkan sebagai seorang khalifah. tanggungjawap sangat banyak di atas muka bumi ini. Amin. Sangat warak hujah ini. Seriously. I need money. Again. HAHAH. Aik? Bukan memang aku selalu memerlukan wang kah? Eleh. Anda pon samalah bukan. Kalau anda tidak memerlukan wang, mungkin anda bukan seorang organisma yang berciri hidup, bernyawa, berjiwa, bernafsu, roh dan berjasad. Mungkin. Aku kata mungkin. Wang bukan segala-galanya. Tapi buat masa ini, wang akan menjadikan segala-galanya perfect. Dan kesempurnaan akan menghidupkan sebuah kehidupan. Kehidupan yang hidup adalah menggembirakan. Tengok. Sangat perlu. Kesimpulannya, aku nak pergi mencari kerjaan dan bekerja! Hoyeh! Bukan untuk siapa-siapa. Untuk diri sendiri. Dan siapa-siapalah yang berasa dirinya terlibat. Aik? Macam tak berapa boleh bergembira sangat membuat pembaziran wang. Sebab wang sangat diperlukan. Aih. Macam terdesak pulak ayat neh. Padahal aku releks je. HAHAHA. Sajalah. Buat ayat-ayat hyper supaya nampak lebih 'addictive'. So, antara positions yang berada dalam pikiran aku yang sangat pandai neh : - Draughtperson (kerja banyak, mata muak, pemandangan tak indah, gaji sikit)
- Architect Assistant ( macam bagus sangat la pulak nak apply position neh.)
- Graphic Designer
- Any position under advertising field but definitely something to do with graphics or art or anything sounds creative and fun (wa. demand)
- Pilihan terakhir : penganggur berhias
Ye. Aku paling suka pilihan terakhir. Tapi sekarang kita bercakap soal kewangan. Bukan soal lumayan kepuasan nafsu semata-mata. HAHAHAH. Tengoklah. Tapi aku akan bekerja juga. Err. Mengikut pengalaman semasa aku internship, bekerja merupakan satu perbuatan yang memang bosan, penat dan tidak lumayan. Iaitu bekerja sehingga tulang dan badan menjadi taruhan tapi mendapat elaun yang sangat ala-ala atau boleh dikatakan baik tak payah. HAHAHAHA. Bukan gila duit lah! Tapi melakukan sesuatu secara lumayan, bernilai, mendapat kepuasan yang perfect dan berbaloi merupakan simbol kebijaksanaan. Bukan ka? Err. At least aku ada pengalaman bekerja ala-ala arkitek. Pergi site, ikut arkitek pergi sana sini, makan dan minum-minum dengan entah sapa-sapa, jumpa kontraktor gatal, jumpa developer gila duit, join architecture peoples yang wild, dan mengadap drawing sampai muntah darah. Dua bulan saja. Tapi merasa jugak buat macam-macam. Naik turun pejabat Bomba, TNB, POS dan Puncak Niaga. Pengalaman. Tapi taknaklah macam tu. Sebab nanti minda aku akan pasif. Sebab bosan. Sebab tu nak mencari kerjaan yang menjana kretiviti dan yang penting, menjana wang secara melimpah ruah. HAHAHAHA. Sebab aku perlu mengumpul wang yang banyak. Sebab err. Macam miskin pulak. Atau dikata sebagai, muka tak malukah asyik menghabiskan harta ibubapa yang bukan merupakan harta sepencarian mereka bersama aku. Buat masa ni, belum ada yang tahu lagi perancangan atau gerak gempur memperkukuh kewangan. Sebab belum kasi tahu keluarga. Pasti mereka sangat shock. HAHAHA. Memenuhi tunturan sebagai khalifah di muka bumi :D Oyya. Sejak aku tidak belajar ni, kewangan memang gawatlah. Seronok tahu jadi student. Sebab hidup akan dibiayai sepenuhnya dan alasan untuk ditaja sangat kukuh. Sekarang, walaupon masih ditaja, namun terdapat kemelesetan ekonomi peribadi yang agak teruk di situ. Itulah. HAHAHA. Kepada yang masih study, baguslah. Bergembiralah. Ada yang tanya kenapakah aku tak emmbuat master? Sebab apa jadi pon, kalau betul aku tekad nak stay in architecture, aku harus mendapatkan title Registered Architect jugak. Macam sedaplah sikit nama aku. Ar. Nurul Haizum Binti Zainodin. HAHAHA. Kalau aku buat master, memang punahlah nak mendapatkan registered architect. Aku bukanlah spiritual sangat. Tapi aku berasa macam sangat sia-sia atau kurang sempurnalah diri kalau tak mencapai jugak apa yang telah dimulakan. Macam berciri loser. Lagipon aku tak berhasrat hendak menjadi lecturer. Kalau habis master, memang pasti menjadi pensyarah lah. Sebab aku sangat mengukur baju pada badan sendiri. Aku tak layak mengajar. Dan aku tak berminat mengadap students. Lagipon, ciri-ciri wanita vogue akan berkurang kalau bekerja setakat dalam kampus. HAHAHAHAHAHAHAHAAHAHAH. Pasal Festival Senibina. Ada kejadian yang tegang pulak. Kalau aku kata, aku nak undur diri. Ada siapa nak pancung kepala saya ke? Sebab, semacam lagi elok kalau aku jangan pergi. Ada orang tak nak tengok muka aku. Jadi, buat apalah aku membawa muka yang taknak ditengok ni. Err. Mintak sorry ya Aisyah.
|
Penatlah ayyo...
Penatlah hari ni. Sehari suntuk.
Cica dah selamat bertunang. Thank you Astri atas jemputan. Tapi tak dapat tengok Cica la. Sorry atas kejadian tertumpah minuman tadi. Hallamak. Aku sangat kecewa dengan kejadian tersebut. Duh. Ngam ngam jatuh atas carpet tempat orang nak berunding majlis ayyark. Ya ampun mbak Seri. Saya ga sengaja. Huhuhuhu. Nanti mintak Aizar hantar foam untuk tanggalkan stain lah okeh. Aku takda foam tersebut. Nasib baik ada ibu Aizar bertenangkan keadaan. Aku cuak jugak. I'm s-s-s-sorry.
Balik dari majlis pertunangan Cica, hantar ibu balik rumah. Pinjam Aizar sekejap. Kami pon melepak secara parti bujang atau bachelor party. Kemudian termuncul idea nak berjalan-jalan cari pasal. Terus salin pakaian. Gilakah anda. Takkan nak berjalan-jalan memakai kebaya? HAHAHA. Macam pekerja kompleks kerajaan pulak. Kemudian, meminta izin Ma untuk keluar ke Melawati. Disebabkan ada Aizar, mak aku ok saja. Cuba kalau aku mintak keluar secara solo, pasti dia punya tak boleh tu, boleh siap sebuah novel. HAHAH.
Dari Melawati, sampai ke Wangsamaju. Sampai ke Keramat. Nak elak jam punya pasal. Atok aku dah call suruh balik ada hal pulak beliau mahu bercakap dengan aku. Ishk. Tapi dalam pada nak rushing tu, sempat singgah Tesco dulu. What to do.
Balik-balik je, mendengar kuliah dari atuk aku. Macam-macam topik. Naik pening kepala aku yang memang sedia pening. Dah puas-puas beliau meng-kuliah topik yang hangat-hangat, beliau pulak akhirnya menyuruh aku melukiskan plan. Hallamak. Ayyark. Architectural drawing? Pulak dah. Ada-ada je projek atuk aku neh. Tapi sebagai cucu yang sangat taat, aku pasrah saja. Kejap lagi nak meng-autoCAD lah aku. Lama tak ber-autoCAD lah.
Lepas maghrib, disebabkan tersangat letih maka aku pon membuat statement TIDAK MAHU MAKAN. Penat sangat kenyang. Padahl statement tersebut semacam kurang tepat. Aku sebenarnya sudah kenyang. Sudah sempat makan dengan Aizar kat luar semasa sesi berjalan-jalan carik pasal. Letih. BAring-baring sekejap sambil menatap siling yang tidak indah. Tiba-tiba... terdengar bunyi air jatuh. Aik? Aku pon semakin gubra. Apakah neh?
Tak guna. Ada haiwan di atas siling. Dia kencing! Tak guna. Tak guna. Ngam-ngam la kencing dekat lubang penyedut haba. Stress. Habis carpet bilik aku. Satu kerjaan lagi. Dah pulak kena mengemop. Lama tahu aku takda pegang mop. Tapi malam ni, demi seekor binatang yang kencing secara bersepah, terpaksa jugak aku mengemop. Tapi disebabkan aku sangat senstif terhadap bau, jadi aku pon kurang yakin dengan pencuci lantai tersebut. Tekalah apa aku buat? Aku spray perfumelah banyak-banyak atas carpet. Gila punya perbuatan. Ijat kata, apsallah cetek sangat akal aku sampai sanggop menghabiskan perfume di situ. Aku pon berasa menyesal tapi bukanlah menyesal secara sangat. Okey jugak. Sekarang takda bau. Bau perfume saja semerbak sampai aku rasa pening. HAHAHAHA.
Oh. Hari ini sangat penat.
Oyya. Previous entry. Pagi tadi aku berkonflik manja dengan Haikal. Macam biasa. Aku kan gila nak perfect. Aku mintak dia tolong. Tapi dia tolong secara ala-ala. Aku punya pegangan senang je. Buatlah secara perfect. Atau tak payah langsong. Aku sangat tak berminat dengan benda atau perkara yang ala-ala. Kalau diajak melakukan perkara yang ala-ala... oh, anda pergilah lakukannya sendiri. jangan babitkan aku. Aku suka yang sempurna juga. Aku bukan marah sangatlah. Cuma tadi aku tunjuk perasaan sikit jek. HAHAHAHAHAHAHA.
|
All or Nothing
Perkara kebiasaan adalah membosankan. Aku suka yang luarbiasa juga. I know what I want. Apa aku nak, aku nak juga. Give me everything I want, or nothing at all. Semua atau tak payah langsong. Setakat bagi sikit-sikit ... thanks but no thanks.
Pergi kenduri pakai jeans boleh kah? Tak senonoh lah. Okay okay. Pakai purdah. HAHAHHAHA.
|
180708
Ambil yang jernih, buang yang keruh.Kita tutup-tutuplah cerita kontroversi yang tak berapa nak panas tu. Aku pon sudah ok neh. Lagipon tak berapa ada kesungguhan untuk melayan sakit hati dan rasa terkilan lah. Sebab hati aku dalam kondisi yang baik secara total. Macam sayanglah kalau diburuk-burukkan hati yang tengah cantik. HAHAHAHA. Kontroversi? Habis. Lepas ni blog akan beroperasi seperti sediakala secara separa sedar. Kandungan dadah akan dibekalkan secara normal. At least sepanjang minggu ni lah. Marilah bawak bertenang. Jantung aku dah tak larat berdetak secara kencang. Kasi dia rest kejap boleh ke? HAHAHA. Anda akan berasa lapang dada. Lepas ni tak ada peristiwa perempuan berstatus penganggur berhias yang menulis entry emosi terbakar-bakar. Tapi ada juga antara anda yang pasti sangat bosanlah sebab kontroversi dah abes. Aik. Aku tahu. Cerita macam ni memang best. Sensasi. Sampai ada yang mengulang blog aku setiap tiga minit. HAHAHAHAHA. Kantoi ka? Itulah. Siapa makan cili, dialah akan pedas. Aku bantai ja menuduh. Aku pon tak tahu berapa kerap engkau keluar masok. Aku tak da peduli. Kan dah dikata, visitors aku akan dibiar berkeliaran secara bebas.Aku tak berminatlah nak kontrol pergerakan anda. Perbuatan yang tak berapa lumayan. Okay. Tamat kontroversi silam. TAPI.Aku nak tegaskan sesuatu secara gagah. Apa yang berlaku semalam dan semalam yang lainnya memang sebuah rumors yang tidak benar. Bukan aku mensensasikan blog okeh. Tanpa kontroversi pon blog aku tetap sensasi. Blog aku tetap 'dadah'. Kontroversi tersebut ... errr.. bolehlah. Semacam perisa tambahan. Terima kasih. Diari.Pagi tadi membawa Aki pergi klinik. Magik betullah. Lepas balik je dari klinik, beliau terus sihat secara total. Alhamdulillah. Tapi memang kuasa psikologi beliau sangat kuat. Sama macam aku. Lepas jumpa doktor, mesti rasa sihat sikit. Nak buat macam mana. Doktor memang menyihatkan. Sebab itu kalau sakit, jumpalah doktor. Kalau tak sakit? Tak payah jumpalah. HAHAHAHAHHAHAHAHA. Aik? Ketawa ke? Ada orang tu dah bekerja pulak. Hallamak. From 3pm to 10pm? Sangat kesianlah kepada anda. Apakata, berhentilah kerja. Gaji pon tak berapa lumayan. Lebih baik duduk rumah, bergembira dan menjadi penganggur berhias yang gembira semacam aku neh. Memanglah takda gaji. Tapi sangat lumayan. Yang penting, lumayan! Kalau buat kerja sikit gaji banyak macam ok lah bukan? Kalau buat kerja banyak tapi gaji sikit, lebih baik tiduranlah. HAHAHA. Macam biasa. Ni merupakan sebuah motivasi suntikan semangat. Tapi aku mencetuskan pemikiran saja. Risiko dan kesan sampingan, terserah pada anda. Pendek kata, jangan termotivasi sangat dengan apa yang dicakap oleh aku. Tapi kalau nak try, apa salahnya. Cubalah. Pergi berhenti kerja. Duduk rumah. Memang seronok. Tapi ingat. Takda gaji. Cuma dapat kepuasan yang lumayan saja. HAHAHAHA. Mula dah main provokasi. Ni nasihat yang agak kasar tapi sangat ikhlas secara mendalam. Esok pergi rumah Astri. Cica nak bertunang ( CICA tau. Bukan CHIKA) Okey jugak. Dapat jumpa Astri. Bilakah kali terakhir berjumpa beliau? Tak ingatlah. Trip to Kelantan, canceled! Kepada mereka yang pergi, selamat membuat site analysis di Kelantan! Enjoy trip okeh. Terengganu. Ingat tak? Trip yang gila punya seronok. Oh, rindu. Err. Site analysis. Aduh. Gila penat punya kerjaan. Mengukur longkang, membawa measuring tape, memegang payung, sunglasses, dan mengukur jalan raya secara berani mati. Di bawah terik matahari. Di tepian pantai. Sangat ingat semuanya. Tak akan lupa. Guys, gud luck and all the best. Study sustainable architecture betul-betul tau. Buat project Housing best-best tau. Yang penting, semoga tak ada diskriminasi antara Apartment dan Townhouse. HAHAHAHA. Kalau berlaku lagi, berebutlah untuk membuat Townhouse okeh :p Eagle Ranch. PD. Melaka. Jonker Street. Lumut. Terengganu. JB. Singapore. Bandung. Jakarta. Penang. Bangi (near Kopitiam) HAHAHA. Those memories kept flashing in my mind :) Hari ni berapa haribulan? 18 Julai 2008. Save dalam memory stick. Err. Save dalam kepalalah. HAHAHAHAHAHAHAHA. Ishk. Kejaplah. Aku nak bagi se-das dua kat pak arab neh. Bising. Semak. Buzzing macam sawan. Bising. Kejaplah. Aku pergi block id dia. Bukan susah la bukan? Senang saja ma. Orang kacau kita, kita jentik dia keluar. Senang lah bukan. Jangan pikir banyak sangat. HAHAHAA.
|
Warning !
Cakap memang senang. Because you are not in my shoes. Anda boleh ajarkan aku supaya abaikan. Anda boleh cadangkan supaya aku mengubah topik. Apa? Nak aku bercerita tentang ilmu kaji bintang? Cerita ilmu pelayaran? Semata-mata nak ubahkan fokus cerita? No way.
Satu, aku rasa macam tertikam pulak bila cerita dalam blog dah menjadi pertuturan umum di studio. Padahal dah berapa minggu aku tak jenguk studio. Apsal? Nak ajar aku pulak? Nak tazkirah pulak kenapa aku tulis cerita dalam blog? Eh. Suka hati akulah. Tahukah kenapa aku ada blog? Tahukah kenapa aku set blog to private? Aku pon ada personal life dan pengalaman yang nak aku abadikan. Jangan bersoal jawaplah tentang kenapa aku menulis kisah peribadi dalam blog. Lagi pon, sila AMBIK PERHATIAN. Aku tak pernah sebut apa-apa tentang perkahwinan. Aku setakat menyatakan yang aku pergi berdating. Okay fine. Aku jumpa parent dia. Dia jumpa parents jugak. Look. Engkau tak pernah dating ka? Entah-entah kau dating lagilah macam mabuk. Aku dating steady saja. Mungkin kisah meet the parents tu yang buat engkau sawan kot nak membuat spekulasi. Hello. C'mon, kids! Berjumpa ibubapa merupakan satu budibahasa faham kah? What is so controversial?
Kenapa aku explode? Aik? Apsal Chika neh nak marah-marah. Bukan apa pon. Menggelabah ke? Bukanlah, estupido! Aku rasa terkilan dan sayu.
- Cerita ni kan personal life aku. Kalau aku nak kongsi, tahulah aku nak kongsikan. Dah aku diam-diam tu maknanya aku tak hingin kongsikan la tu. Yang terhegeh-hegeh sangat apsal? Kan dah dikata, baca dan diam. Dalam blog ni pon, aku open to everyone untuk drop any comments. Apalagik, komenlah puas-puas. Asalkan jangan menyalak di luar.
- Hubungan aku dengan Mr Lim dalam proses untuk bertenang. Benda-benda macam ni pasti sangat mengganggu pihak dia. Tak faham kah? Apsal slow sangat kah otak anda? Engkau memang senanglah suruh aku bertenang. Sebab engkau tak tahu apa yang aku tahu. Dan benda ni tak melibatkan hati engkau. Memanglah engkau releks saja.
- Apa-apa pon, biar dari mulut aku.
End of August. Forbidden love. Apa benda neh? Nonsense. Aku pon tak tahu. Aik? Anda lagi tahu masa depan aku kah? Wah. Hebat. Superpower ke semua orang neh? Aisyah dah cerita semua from A to Z. Tapi mungkin ada few chapters yang missing. I dunno. Siapa yang memulakan, harap pandai-pandailah tutupkan cerita. Aku pedulik apa kau nak tahu aku dating pon. Memang aku tak kisah. Sebab memang betul aku dating. Tapi tak payah nak stalk aku macam jahanam. Tak payah nak stalk atau mencari detail dan berbincang dengan detail dengan siapakah aku bersama ketika ini. Semaklah. Sebab aku pon takda pernah nak tahu nama boyfriend anda, pekerjaan boyfriend anda, tempat tinggal atau jenis darah mahupon warna anak mata boyfriend anda. Lantak andalah. Oleh itu, tunggu sajalah kalau aku rasa memang ada nak diumumkan, aku cakaplah. Okeh. Again . Aku tak marah. Aku cuma frust sebab apa yang aku cuba kawal selama ni, orang lain dah hebohkan. "Nurul, cerita ni spread like hell dekat faculty" Aisyah told me last nite. Siap ada yang buat trailer bagai. Terima kasihlah. Kalaulah aku ni artist baru, memang dah popular secara segera aku ni. Well, life aku hebat sangat kan. Sebab tu lah. Ishk. Patut berbanggalah Chika. Hell. Bangga apa? Banyak hati aku kena jaga. Semak arght. Apapon, aku tetap faham intention yang murni kawan-kawan semua. Cuma mungkin cara kalian tu tak kena gaya dan berlaku kesalahan fakta yang sangat buruk. Tapi janganlah menutup cerita dengan mewujudkan spekulasi lain yang lagi hodoh. Kebodohan anda terjelas di situ. Anda tetap bersalah dengan aku. Aku maafkan kalau anda memang mengaku anda bersalah atau memang ada rasa bersalah. Sebab anda memang bersalah. Memang salah. Dapat apa sekarang? Untung kah? Well. I don't give a damn. Kebahagian harus diteruskan. Aku tak marahlah. Aku warning je. Patut anda bersyukur jugak sebab ingat senang ke aku nak ber-warning secara damai neh? Ingat senangkah buat aku bertenang? Aku sangat bertenang ni. Tak da nak marah-marah. Sebab tak nampak jalan nak marah pon. Anything can happen. Tapi sepanjang kewujudan rumors ni, memang tiada apa yang terjadi. Mind you. Jangan ajar aku cara-cara mengguna dan memanfaatkan blog. Blog aku. Kekuasaan aku. Walaupon aku nak suruh anda get out pon, aku sangat berkuasa. Sebab tulah aku kata, komenlah secara relevan. Kalau aku bercakap pasal ilmu kaji bintang, komenlah tentang bintang-bintang. Bukan bertanya aku bilakah tarikh kenduri. Ingat. warning.To you, Sorry kalau entry ni buat you terganggu. Nothing to do with you. Taknak libatkan you jugak. I am happy to know you. :)
|
Warning : Rumors Perkahwinan Lagi!
Petang tadi dating. Apsal? Nak buat spekulasi perkahwinan la tu. Macamlah anda semua tak berdating. Mungkin anda sudah berdating bertahun-tahun. Aku baru dating kali ke empat. Adil ke nak dibuat spekulasi tu? Ho ho ho. Macam biasa. Dating bertiga. Kena bawak bodyguard. Kali ni bawak Haikal. Mereka bermain bowling, aku menjadi tugu perhiasan negara. Err. Aku jadi penonton. Aku main bowling kah? HAHA. Aku mana main bowling. Bowling pon tak da memainkan aku. Macam tak berapa kena lah game ni dengan aku. Gila hang. Tadi aku try la membuat balingan pertama dalam seumur hidup. Macam bagus jugak. Well. At least tidak ke longkang lah. Menyumbang 5 points. Okey la bukan? Tapi semacam perbuatan berciri gediklah. Sebab mem-bowling bersama heels 2 inci. Bukankah sangat menyampahkan pandangan public? AHAHAHA. Apa nak buat. Aku kan diva-diva. Ishk. Tempatku bukan di pusat-pusat sukan. HAHAHA. Anyway. (Siapalah buat aku ber-anyway ni). Anyway, thank you for the day. Hijau. Macam hutan belantara. HAHA. Nanti u guys lawan fishing la pulak ok. And again, I jadi tugu perhiasan negara. I tak kisah. I steady saja :p And oh. Adek ajak you fishing. Dia dah kecik hati sebab semacam tak dipedulikan. Dah naik masam muka budak tu. Nanti you guys pergilah fishing pulak. Tapi jangan suruh I terbabit. Jadi tugu pon okeh jugak.
Itu cerita dating. Ni cerita berciri rumors pulak. KONTROVERSI ADA DI MANA-MANA.Ingat tak semalam pasal sms dari my studiomate, Hafiz? Tapi Adian dah jelaskan yang sebenarnya itu hanya usikan secara random. Oh. Baguslah kalau betul. Aku pon mula berasa sangat okey. Gurau-gurau kasar sesekali apa salahnya. Tapi muncul beberapa perkara yang membuat aku terkesima, terkedu dan pecah kepala. Petang tadi, sampai rumah je dapat sms dari ... err ... Okay. Biar aku tulis dulu sms tersebut. Hey, how r u? I got some questions to ask. Hav u heard that ... one of the girl in our studio wanna get married? I just wanted to know... is that you or ... not?
Cuba kalau engkau dapat sms macam tu secara tak semena-mena? Apa tak terkesima ka? Teka siapa yang sms? Hmmm. Mr Lim . CAN YOU IMAGINE? Can you? My ex boyfriend asked me If I wanted to get married. Setelah sekian lama la jugak tidak bertanya kabar atau menghantar 'hi', tiba-tiba muncul soalan gergasi macam ni. Ala-ala jantung ni dikait sampai gugur ke bumi dibuatnya. Mana dapat idea neh???? Huh?! I dunno. Me? What? I dunno why they asked me. Sapa buat rumors?
Ada sikit explode di situ. I dunno. Your besfrens. And wut i've heard, that girl will get married at the end of August. But only parents not agree now. Aku terus reply secara marah: Huh? I dunno. Don't get me involved. Funny things. I have no idea at all.
What the hell was that? Kelakar pon ada. Siap tarikh tu. End of August?? Okay. Mula-mula rasa nak marah. Bengang pon ada. Lama-lama... aku rasa ... jeng jeng jeng. Mungkin ini bukan rumors. Mungkin memang ada somebody nak kawen. Kalau tak, mana pulak keluar rumors ni. Masalahnya, ada dua soalan sensasi aku nak tanya ni. Satu : Siapakah insan yang dimaksudkan? End of August? Dapat halangan keluarga? Okay. Ada kisah yang sedikit detail.
Dua : Apsal aku antara yang menjadi suspect? Serkap jarang ke? Atau memang kepala gilakah cuba bergurau kasar dengan aku? Atau ada yang cuba memutarbelitkan isi blog aku? Macam mana sampai Mr Lim pon boleh terfikirkan aku? Atau memang ada orang pengaruh fikiran dia ke? Jawap!
Hell to the yeah I have no idea and I don't give a damn about this funny silly things yew!
Okay. Aku mengaku. Dengar ni sebuah confession.Aku tengah date dengan somebody. Nanti-nantilah kalau ada peluang, aku ceritakan pasal penghujung kisah aku dan kekasih 'dua dunia kita berbeza' itu. Sekarang, I am with somebody new. Belum mahu cerita apa-apa yang detail. Tapi, macam tu lah. To be honest. Aku sendiri susah nak kongsikan dengan anda. Sebab aku pon tak tahu apa sedang terjadi. Tapi percayalah. Aku sedang melalui kehidupan yang sangat terisi. Tidak kosong. Thrill. Adventurous dan sangat express. Sampai aku rasa, aku belum pon sempat menghembuskan nafas yang ditarik. Sangat cepat. Tapi again. Aku tak boleh kongsikan apa-apa sebab aku pon tak berapa tahu apa-apa. Walaupon ini melibatkan hidup aku. Tapi aku memang tak berapa nak faham. Sebenarnya, setiap pagi pon aku akan bangun dari tidur dengan debaran-debaran yang luarbiasa. Aku mengaku. Semuanya luarbiasa. Bukan hidup yang tipikal lagi. Mungkin anda pon dapat saksikan sikit-sikit. Tak rasa pelikkah dengan hidup aku lately ni? Pelik? Aku pon pelik. Tapi semua ni bukan bahan-bahan untuk dijadikan hiburan awam okeh. Aku takda tipu. Sumpah. Bukan aku yang nak kawen tu. End of August? I have no idea, man! Cinta terlarang oleh keluarga? Hello, peoples. Keluarga saya sangat supportive. Cinta terlarang? Aku? Oh lawak apakah? Jadi entry kali ini bertujuan untuk melepaskan kesemua tanda-tanda soal berserta tanda seru. Habis. Ingat. Orang dimaksudkan bukan aku. Kan aku dah kata. Hanya aku yang berkuasa untuk mencanangkan cerita. Cerita selain daripada yang keluar dari mulut dan pengakuan aku adalah FITNAH. Tah sapa lagi nak sms aku lepas ni. Maybe, semuanya berlaku serentak. Berlaku perselisihan informasi. Dan sebuah kebetulan yang tepat. Mungkin. Atau memang ada yang berjenaka kasar tentang aku sampai mewujudkan spekulasi yang panas tak panas ni. Tapi hati aku agak panas jugak bila cellphone dihentam oleh insan yang tidak sepatutnya menyoal. Apa-apa pon, maafkan aku atas setiap keterlanjuran kata. Sorry la guys kalau mengecilkan hati anda. Aku pon tengah runsinglah kalau macam ni. Banyak lagi benda yang merunsingkan. Tapi tak dapat dikongsi. Percayalah. Apa-apa pon yang akan terjadi, aku sendiri akan cakap. Tapi memang tak ada apa untuk dicakap. Well. Kalau aku bercakap dalam keadaan tidak ada apa untuk dicakap, bukankah memfitnah? Tentang rumors ni, aku taknak terlibat. Ada banyak hati perlu dijagalah. Susah nak aku cakap. Sebab semacam telan mati mak, ludah mati bapak. Anda tak payah faham sangat apa yang ditelan dan diludah. Tapi cukuplah... kalau faham bahawa setiap rumors akan menyebabkan ada hati yang terluka. Baca saja apa yang aku tulis. Aku takda tipu punya. Apa yang aku tulis, itulah dia yang aku sudi cerita dan kongsikan. Kalau tak tertulis, maknanya aku sangat tak sudi nak kongsikan. Sebab sangat personallah. Apa ingat aku selebriti ka anda kena tahu luar dalam semua. Macam tak perlulah bukan. Okay. Kali ni aku memang sikit tak da mood. Tah. Engkau faham ka tak neh? TOLONG TENANGKAN MEREKA YANG MENGGELUPUR DI STUDIO DENGAN SEMANGAT INGIN TAHU YANG MEMBUAK-BUAK ITU. AKU DAH TAKUT NAK KE SANA. MUNGKIN AKU TAK AKAN MEMUNCULKAN MUKA BUAT MASA NI
|
Hari Ini Datuk Saya Datang
1,2,3! Sorok!!!!!Barbie Dolls, CatDog, Beruang dan Auntry Pear ... sudah selamat dicampak masuk store. Kesian kat mereka. Sampai sini saja hubungan kita. I am 22. No toys. No dolls. Lucky Stars. Konon. HAHAHA
Sudah. Nak pergi dating. Bosan. Apalagik, buatla spekulasi! Sila, sila. HAHAHAHAHA :p
|
Readers yang dikasihi ...
Assalamualaikum wahai readers yang dikasihi lagi dihargai secara sangat. Terima kasih atas doa-doa kebahagian anda. Walaupon agak tak berapa relevan dengan entry, tapi kira ok lah tu. Semoga anda semua pon bahagialah okeh. Aku kah? Aku memang bahagia. Makan kenyang, tidur lena ... mandi pon basah. Shopping pon aktif juga. Bukankah berbunyi bahagia tu? Chika marah kah? Eh. Mana ada marah. Perbuatan marah-marah ni dah ketinggalan zaman lah. Sekarang aku steady saja. Cuma aku ingin mendorong anda semua supaya memberikan komen yang agak relevan dengan entry. Itu saja. HAHAHAHAHHAHAHA. Ishk. Tapi ini private blog lah bukan? Apakata anda semua membaca POLISI NURULOVEME.BLOGSPOT secara hati-hati. Semua isi jangan dibawak keluar. Dilarang menjaja. Kalau nak bergurau-gurau manja tak pe. Tapi pastikan dalam halaman blog ni saja. Kalau dibawak gurau di luar blog, ia akan dianggap sebagai gurau kasar. Aku takda nak marah pon. Cuma semacam tak berapa cool la perbuatan tu. Anyway, kalau memang aku nak menikah, berkawen, atau melahirkan cahaya mata sama sekali pon ... aku akan istiharkan kepada seluruh dunia sampai bulan bintang jadi saksi. Anda don't worry be happy. Oh. Hari ni memang ada orang ajak aku bergurau kasarlah. Petang tadi. Tengah seronok aku bercanda dengan Aizar di tengah-tengah mall ... tiba-tiba dapat sms dari Hafiz. Aik? "Kawin tak bagitau...."
Terus aku terkedu. Huh?! Apa? Aku pon terpikir seminit dua. Aku dah kawen ke? Atau aku tak sedar yang aku dah kawen ke? Bukan aku memang belum kawen ke? Apsallah anda neh. Baru aku berpujangga kisah 'bunga-bunga' sikit, anda semua pon dah mengolah chapter seterusnya. Ishk. Tak baik tau. Berbalik pasal Hafiz. Amboihhhhhh. Sapalah yang mencanang cerita tu ye *I got my eyes on you, Bai Roti* Sabar je lah aku. Tak boleh blah betul member aku sorang ni tau. Jangan buat aku begini. Jangan aniaya aku. Diamlah hoi! Mungkin beliau bergurau tapi gurau kasar. Tolonglah kawan-kawan. Cerita dari sebuah blog yang private adalah berciri rahsia. Iaitu tidak boleh dijadikan isu umum untuk dibincangkan atau dijadikan bahan jenaka di luar blog. Tolonglah. Kalau benda betul, aku takda selindung. Tapi masalahnya, pembaca yang lagi pandai membuat cerita dan penulis terpaksa membaca pulak. Bukankah satu hakikat yang menentang hukum alam? Janganlah macam tu okeh. Aku pon manusia biasa, bukan Sailormoon. Err. Aku bukan marahlah. Aku masih steady. Tapi ni semacam warning jugak. Maka, dengan muka berciri merah macam yang Aizar katakan ... "huh, gilalah muka kau dah merah! kau marah ke?," Oh anyway. Aku tak marah. Aku cuma tak nak cerita ni dijenakakan. Sebab aku tak da kata apa-apa pon. Faham ka? Tak faham? Banyakkan meminum madu lebah asli okeh. "Ishk. Gila hape. Tak de maknanya" Aku reply. Sebenarnya aku memang tak marahlah. Cuma mengingatkan saja. Bukan apa. Tak syoklah. Cuma anda duduk di dalam kasut aku. Atau cuba berjalan menggunakan kasut aku. Pasti sukar. "O... bagus bagus. Kiranya aku ada peluang la" - Hafiz again Omaigod. Apa-apalah Hafiz. Asalkan jangan mencanang cerita sampai satu jabatan tahu okeh. Kalau betul pon aku nak kahwin tiga sekalipon ... biar aku sendiri yang canangkan. Okeh ka? HHAHHAHA. Malas lah cakap pasal tu. Kang dapat doa-doa kebahagian lagi. Tapi syukurlah atas doa-doa anda. Teruskan berdoa untuk aku. Jangan lupa berdoa untuk diri sendiri juga. Tadi aku shopping. Terbeli heels lagi. Terbeli tunic. Terbeli dress. Aih. Pendek kata, semuanya terbelilah. Nasib tak terbeli satu mall. Ngeh ngeh. Err ... mungkin tak segagah Imelda Marcos. Tapi ada sikit ciri-ciri cuma aku berciri lebih comel. Sekarang. Aku punya target ada SATU je. Handbag. Coach.Atau Marc Jacobs.Camner tu? Pergilah carik kerja! HAHAHAHAHAHA. Belum nak bekerjalah. Penganggur berhias tu bukan satu profession ke?Apsal pulak bukan? Chika pergi tidurlah. Bukankah sangat penat menternak dan berladang siang tadi? Tidurlah ok. Esok nak keluar lagi. Hoyeay! Penganggur berhias memang macam ni. Seronok i tell you. Apalagik, jomlah berhenti kerja! Mari join aku. Tapi risiko masa depan anda aku tak da tanggung la okay. Oyya. Tadi jumpa Puan Akmal. Dia tanya apa aku buat sekarang. Dah bekerja ka? Aku kata ... belum. Sangat gagah aku bercakap. Beliau pon merungut "anak orang kaya. tak payah kerja". Wo. Serkap jarang. Ya ya. Kaya sangatlah ni. Tahukah dalam purse aku ada apa? Ada syiling rupiah dengan sekeping Singapore dolar. Memang kaya la bukan? Pergi kerja lah Chika! Ye lah. Nanti aku berasa sangat miskin aku kerjalah.
|
Attention!
Aih. Apalah anda semua neh. Tak berapa clear kah entry aku yang lepas? Entry tu bukan berciri abstrak. Tiada maksud tersembunyi. Bukan bersimbolik jugak. Aku memang meet the parent. Yang anda menokok tambah episod sampai ke babak perkahwinan tu apsal? Padahal, seyakin aku ... tiada sekalipon aku memasukkan perkataan kawen. Tak percaya? Pergi cariklah kalau ada. Satu pon tak da. Perkahwinan dalam bahasa inggeris, mandarin mahupun punjab ... pon tak da aku sertakan dalam entry yang lalu. Pandai kau heh nak buat aku terblushing-blushing. Sekarang neh, mungkin kita saling tak memahami. Sebab, bila aku tulis pasal berjumpa ibu ... engkau kata aku nak kawen. Aku pon tak berapa faham kenapakah dengan anda. Anda pon tak berapa faham akulah juga. Seri satu sama. Bunyi kompang semua pon keluar dalam komen. Aik? Ajaib betullah. Sampai aku membaca previous entry aku sebanyak-banyak punya banyak kalinya. Semata-mata untuk memastikan kalau-kalau aku ada tersebut yang aku nak kawen. tapi confirm. Memang tak da. Ih. Nampak sangat anda suka menokok tambah episod, Tak baik tau.... Aniaya orang berdosa. Jadi entry kali ini bermotif untuk memberitahu bahawa entry yang lepas bukanlah sebuah entry perkahwinan. Apalah anda neh. Aku kawenkan korang sesama korang kang. Ayyark. Bilik dah 50% kemas. Lagi 50%? Tunggulah sampai aku ada hati nak mengemas. Atuk nak datang 18hb. Semua toys yang berbentuk hidupan terpaksa dihumban. Mula-mula, aku memang tekad nak simpan semua. Dah campak separuh masuk kotak. Tiba-tiba berasa tak berapa gerek pulak kalau tak ada toys bersemarak dalam bilik. Aku pon keluarkan balik. Aku susun secara sistematik dan berteknik. Iaitu, dalam satu sistem yang memudahkan untuk aku sorok bila atuk datang nanti. Macam main kotorlah. Atau berciri penipu. "Tapi you tak boleh menipu malaikat"
Ishk. Tersentak pulak. Gila buruk perbuatan aku. Kalau atuk aku tahu aku menipu, pasti dia akan bersedih. Dan aku jugak menipu malaikat kah? Ya Allah. Takutnya aku. Beliaulah neh. Sekali kasi aku ayat semacam tu. Aku berasa sangat taubat. Jadi, esok aku akan humbanlah beberapa patung yang masih berdiri gagah atas meja neh. Betul jugak. Apa gunanya aku berdoa siang malam kalau Malaikat pon tak boleh datang menghantar rezeki. Mula-mula, dah pasrah nak membersihkan bilik dari sebarang toys. Campak masuk kotak! Aik? Dah kosong? Tak sanggop aku. Aku susun balik setakat yang kecik-kecik neh. Lagipon ni semua orang kasi. Sayanglah pulak. Yang bear-besar, dan segala Barbie Dolls aku dah sumbat masuk stor sana. Taubat dah. Tinggal yang ni masih belum nak taubat-taubat. Ye lah. Esok aku simpan yang ni semua jugak. Akhirnya. Orientasi PC aku dah bertukar. Nampak tak? Patung-patung besar bersama patung-patung haiwan sudah tiada. Well done. Oyya, Ni entry tentang akidah tahu. Bukan entry perkahwinan. Faham ka? HAHAHA. Kang ada yang mintak tarikh kenduri pulak. Padahal aku bercakap tentang patung-patung yang dibenci oleh malaikat. Ih anda neh. Cubalah menjadi lebih peka. Tengok debat Anwar Ibrahim? Apsal Ahmad Shabery tu tak menjawap soalan? Boleh tahan jugak bahlulnya beliau. Kalau aku ada kat dalam dewan tu, memang aku muntah kat muka beliau. Orang tanya lain jawap lain. Walaupon aku menonton secara solo tanpa kefahaman yang konsisten, tapi aku perasan bahawa jawapan beliau pada salah satu soalan tu sangat menyimpang. Aku tak pasti kalau aku je yang rasa bahawa beliau tak menjawap soalan. Punyalah aku tak puas hati. Aku pon call abah. Sebab aku nak pastikan samada pandangan aku salah ke betul. Biasalah. Aku kan fanatik politik. Abah pon setuju. Abah kata, aku memang peka. HAHAHA. Woh. Kan aku dah kata. Otak aku memang aktif. Walaupon nampak macam tak berapa nak aktif. Politik memang happening. Anda atas pagar kah? Ruginya anda. Jangan berdiri atas pagar. Sangat rugi. Orang berdiri atas pagarlah paling bahaya sebenarnya. Sudah. Ni segmen politik tahu. Bukan segmen rumah tangga. Ingat. Jangan tanya pasal tarikh kenduri okeh. Ingat aku tak malu ke?HAHAHAHAHAHAHA Kepala aku dah bernafsu terhadap bantal. Gila tipu punya statement sebab aku tidur mana pakai bantal. HAHAHA. Tapi aku berasa sangat mengantuk sudah. Di mana mata semacam antara bukak tak bukak je ni. Tapi kepala masih cerdik. Apa nak buat. Aku memang secara lahiriahnya berotak aktif. HAHAHA. Tengok. Nak tidur pon masih cergas otak neh.
|
Thrill. And Spiritual.
Gambar hiasan. Kalau rasa tak perlu, erase lah sendiri kalau boleh. HAHAHA. Ni la dia kisah thrill hari Ahad. Aku keluar pukul 3 petang, drive from Cheras to Bangi. Pakai baju kurung warna ungu. Iaitu ada sikit berciri orang nak pergi kenduri. HAHA. Punyalah lama aku pilih baju. Memandangkan baju kurung aku adalah sebanyak 2 almari (sampai salah satu almari tu pon dah runtuh banyak kali) pastilah sangat stress aku dibuatnya. Sebab terlalu banyak, tak terpilih. HAHAHA. Ishk. Tengoklah. Aku semakin mengambil waktu yang panjang untuk memilih baju. Itulah. Sapa suruh ajak aku. HAHAHA :p On the way to Bangi, hujan lebat. Nasib baik aku pakai kereta Haikal. Ada few sebab kenapa aku pakai kereta Haikal. Salah satu yang boleh diceritakan di sini, sebab kereta aku baru polish dan masih bershining. Mana boleh kasi kena hujan. Kang hilanglah gemerlapannya. Bukan senang nak tengok body kereta aku berkilat neh. HAHA. Dan sebab lain, biarlah aku simpan sendiri. Ishk. Anda neh, takkan itu pon nak tahu. Tahu sikit-sikit pon macam bertuah sudah :p Sampai Bangi, redah hujan sikit mencari buah tangan. Berpinar kepala aku dibuatnya. Buah tangan? Apa nak dibeli neh? Biasanya, aku beli toys untuk cousin. Atau beli gula-gula kapas je untuk kawan-kawan. Tapi kali ni, bukan nak dibagi kawan. Nak dibagi kepada ... errr... kejaplah. Aku urut dada dan menarik nafas secara betul. Semput nafas aku. Pendekkan cerita yang semacam panjang tak panjang neh. Pukul 4 petang macam tu, aku dah bersedia nak menuju ke destinasi. Dup dap dup dap jantung aku. Tapi sikit pon tak rasa nak berpatah atau kembali ke pangkuan jalan. Sebab perbuatan ni memang menguji keberanian dan mencabar kewanitaan aku. HHAHAHAHHAHAHAHAAHAHAHAHAHA. Aku lakukan secara solo tahu? Tak da backup plan. Tak da bodyguard. Tak da pakai baju kalis peluru dan sebaginya. PASRAH saja. Dengan muka yang terlalu pasrah dan hati yang sangat takut secara berani ... aku pon menuju ke Kajang. HAHAHAHA. Apsallah aku bercerita secara suspen neh? Kan senang kalau aku terus menulis isi-isi yang penting. Tapi kata nak thrill kan. Marilah sambung thrill. Lagipon aku ada banyak masa ni. Nak suruh tulis intro sepanjang 3 jam pon aku sanggop. Tapi kesian andalah. Nanti pasti berasa nak racun je aku. HAHA. Tak sedar ke? aku sedang cuba memanjangkan entry ni. Supaya aku boleh lambat sikit masuk ke chapter penting. HAHAHAHA. Ada lah pulak kejadian tersilap masuk lorong dan terjumpa dead end. Tapi macam yang dikata. Keyword untuk kejadian ini ialah THRILL, PASRAH, dan TAKUT SECARA BERANI. Berbekalkan ketiga-tiga spirit tersebut, akhirnya aku sampai juga depan rumah beliau. Beliau pon dah menunggu. Teruslah menjemput dan membawa aku ke dalam rumahnya. Ishk. Okaylah. Sebenarnya ni sebuah filem bertajuk Meet The Parent. HAHAHAA. Aku jumpa parent beliau. Huk. Jumaat lepas dia jumpa parents aku. Rabu lepas beliau jumpa grandparents aku dan berdating.Ahad lepas, aku pulak berjumpa mak beliau. Err. Seminggu punya cerita. Apsallah ekspress sangat aku pon tak faham. Tapi aku memang rasa, terlalu ekspress. Mengalahkan bullet. Hahaha. Yang aku pelik neh, apsal aku tak da kata NO pon langsung. Diajak jumpa parent, aku pon pasrah. Padahal dalam jantung bukan sikit punya nak luruh dibuatnya. Sebenarnya aku memang tak bersedia pon. Dan memang rasa belum nak pon. Tapi sprit yang kuat tu. HHAHAHA. Pasrah. Tak payahlah aku cerita secara detail. Kalau ikutkan hati, aku memang taknak tulis kasi engkau semua tahu. Sebab personal life aku ma. Tapi macam sayanglah kalau tak direkodkan ke dalam kisah hidup aku. Ingat senang ke nak buat kerjaan neh? Hanya orang yang takut secara berani je boleh buat. DAn keberanian itu pulak perlulah berciri berani mati. Kalau setakat takut-takut berani, oh macam tak payahlah. Kena berani mati jugak. Tapi beliau dah jamin aku tak akan mati. Beliau kata, paling teruk pon aku akan cedera di kaki atau tangan saja. Dan kalau terjadi, akan masuk wad lah aku. Tapi Alhamdulillah. Tak da kecederaan. Sumpah weh. Aku ingatkan jumpa parent ni perkasa biasa. Macam yang selalu terjadi. Aku terserempak dengan parents kawan-kawan dan bersalaman. Kemudian berbual-bual, bertanya kabar dan mengirim salam. Tapi rupa-rupanya, ia lebih dari itu. Sebab hati aku pon sangat bergoncang-goncang. Tak cakap banyak. Aku pon berasa seperti aku bukan aku. Aku diam je secara senyap. Kalau ditanya, baru menjawap. Aku berasa sangat pasif. Aku sebenarnya tak berapa suka menunjukkan sifat pasif sebab macam seorang loser. Tapi mungkin kena gayalah kot dengan apa yang berlaku. Jumpa mak beliau. Takkan nak cakap banyak-banyak. Cakap sikit-sikit je. Tapi kalau diajak berbual, aku okay saja. Sebab aku tak berapa suka kalau keyakinan diri aku dicabar. Sebab tu, walaupon sesusah mana soalan yang diajukan, aku akan berusaha untuk jawap juga secara yakinnya. adahal dalam hati, rasa nak menangis air mata darah. HAHAAHAH. Aku tak tahu apa pandangan ibu beliau terhadap aku. Yang aku tahu, aku dah pon selamat melakukannya. Err ... mak beliau cantik. EHEHEHEH. Ni bukan ayat pancinglah. Memang cantiklah. Ishk. Anda neh. Cubalah berperasangka baik dengan aku. Bukan ayat pancing! Betul, tak tipu :p Okay. Seminggu. Semuanya menjadi sangat ekspress. Sampai aku semakin pasrah dan berasa semakin thrill. Macam best jugak neh buat benda-benda thrill. Next? Apa pulak? Panjat gunung Himalaya pulak? Thrill jugak tu. HAHAHA. Panjat gunung aku surrender. Aku memang tak akan give a try. Sebab aku tak akan ada spirit berani mati. Memang akan berasa nak mati kalau disuruh memanjat gunung. Harap beliau tak ada plan mengajak aku panjat gunung. HAHHA. Kidding. How are you? :pSekarang beliau mungkin sedang bekerja bersama-sama student cute mana tah. Aku pulak nak membaca lah buku yang dibaginya. Ishk. Adil ke? Beliau bekerja bersama gadis cute. Aku mengadap buku. Ishk. Adil ke? HAHAHAH. Hi you! :p Buku writing a novel ni buat i jadi skematiklah. But I will read them. Disebabkan beliau mempengaruhi aku beberapa kali, aku pon terasa macam nak kembali menulis novel. Lama betul aku tinggalkan dunia imaginasi neh. Dah sedap tulis blog. Iaitu menulis sesuatu yang real. Okay, aku akan sibuk menulis novel lepas ni. Insyaallah. At least aku mempunyai ketagihan lain untuk dibuat selain dari memblog macam gila. Oleh itu, kandungan dadah dalam blog akan dikurangkan mungkin. Anda semuapon akan hidup secara normal. Tidak akan overdose. Okey ka? Sebenarnya hari ni aku semakin mendemam. Sebabnya, pulang dari Meet the Parent tu, aku menunggu Farah di depan tasik secara solo. Dengan sejuknya. Nyamuk pulak jadikan darah aku ni sebagai santapan makan malam. Menggigil-gigil tunggu Farah balik dari One Utama. Ada PAM event. Last time aku join. Tahun ni, dah nama pon penganggur berhias kan. HAHAHA. Anyway, thank you Farah kerna membenarkan aku bermaharajalela menggunakan katil anda. Aku sempat jenguk studio. Nisa took over tempat aku. Studio dah nampak lapang. Ye lah. Dulu studiomates aku jenis suka simpan sampah. HAHA. Tapi dulu, studio tu sangat cramp tapi happening. Semalam masuk, aku rasa sayu. Sebab junior dah ambik alih. Selalunya, masuk-masuk je dalam studio ... akan nampak area mr.lim dulu. Lepas tu akan nampak muka Sarah sambil ber-mp3 di sebelah kanan. Sekarang. Dah lain. Sudah. Hidup harus diteruskan. Ehehehehehehehe. Nak makan, mengambil ubat-ubatan, dan membaca buku yang dibagi oleh beliau neh. Dan mungkin akan mula berkhayal untuk memulakan novel. HAHA. Kepada semua orang, hidupkanlah hidup anda yang masih hidup itu :)
|
|
|
This is a personal weblog.
Fully monitored by the owner. Before you proceed, please be
informed that you are now under a DICTATOR
rules.
♥
"dictator"
is generally used to describe a leader who holds
and/or abuses an extraordinary amount of
personal power,
especially the power to make laws without effective
restraint by a legislative assembly.
Source : Wikipedia.org
♥
Is your mental functioned well? Okay, proceed. And err...
welcome.
|
|
THEWARDROBE
The
Engagement
|
|
|